bab7(penderia)

Upload: muhamad-shahir

Post on 29-May-2018

332 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    1/13

    Unit 7 Penderia

    PENDERIA

    Pengenalan

    Penderia merupakan alat yang menukarkan satu bentuk tenaga/isyarat kepada

    satu bentuk tenaga/isyarat yang lain. Contohnya menukarkan dari tenaga/isyarat

    tekanan kepada tenaga elektrik. Antara jenis-jenis penderia yang biasa

    digunakan terdiri dari jenis cahaya, suhu, tekanan dan bunyi.

    Contoh :

    Tekanan penderia elektrik

    Tekanan piezoelektrik elektrik

    Elektrik motor pusingan sudut

    Penderia terbahagi kepada dua iaitu :

    1. Penderia aktif - tidak memerlukan sumber tenaga dari luar untuk berkendali.

    2. Penderia pasif - memerlukan sumber tenaga dari luar untuk berkendali.

    Jenis-Jenis Penderia

    1. Cahaya LDR (Light Dependent Resistor), Phototransistor, Photodiode

    2. Suhu Thermocouple, RTD (Resistance Temperature Detector)

    3. Bunyi Ultrasonic4. Tekanan Strain Gauge, Piezoelectric

    5. Kelembapan - Humidity

    74Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    2/13

    Unit 7 Penderia

    Penderia cahaya

    1. LDR (Light Dependent Resistor)

    Satu elemen dimana kendaliannya bergantung kepada gelombang cahaya. LDR boleh

    dianggap sebagai perintang yang mana nilai rintangannya dikawal oleh keamatan

    cahaya. Bila keamatan cahaya tinggi rintangan adalah rendah. Bila keamatan cahaya

    rendah rintangan adalah tinggi.

    Rintangan cerah

    Rintangan gelap

    Caha a

    R

    Ciri-Ciri Rintangan Melawan Cahaya Bagi LDR

    75Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    3/13

    Unit 7 Penderia

    Penggunaan LDR

    Sebagai suis kawalan cahaya

    LDR

    -V

    gegantiC

    BE

    lampuR

    Lampu akan menyala/padam secara automatik bergantung kepada keamatan

    cayaha yang terkena kepada LDR

    Pada waktu malam (gelap), rintangan LDR hdala lebih tinggi, voltan pada tapak

    (B) transistor menjadi tinggi. Transistor ON dan geganti tertutup, lampu menyala.

    Pada siang hari (terang), rintangan LDR menjadi rendah, voltan yang dikenakan

    pada tapak (B) transistor menjadi rendah. Transistor OFF maka geganti terbuka

    dan seterusnya lampu akan terpadam.

    2. Diod Foto (Photo Diode)

    Asasnya penderia photo diode ialah sebuah diode seperti rajah di bawah

    Permukaan Permukaan katodnya disaluti dengan bahan-bahan seperti

    cesium antimony atau potasium oksida yang sangat peka kepada cahaya.

    76Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    4/13

    Unit 7 Penderia

    Apabila pancaran cahaya dikenakan ke atas permukaan katod, ianya akan

    mengeluarkan elektron dan mengalirkan arus. Arus yang mengalir ini boleh

    diukur dengan ammeter yang ditentukur dengan menggunakan unit lumen

    iaitu unit untuk cahaya.

    Jenis kaca pada tiub akan menentukan kepekaan penderia tersebut kepada

    panjang gelombang cahaya. Pada amnya tiub kaca akan memotong sinaran

    pancaran dalam julat ultra-violet.

    Ciri arus-voltan bagi foto diod ini digambarkan oleh lengkung ciri arus-

    voltannya, apabila voltan mencukupi dikenakan di antara anod dan katod, arus

    yang mengalir bergantung lepada jumlah cahaya yang dipancarkan.

    Ciri arus-cahaya digambarkan oleh lengkung arus-cahayanya. Arus yang

    mengalir melalui diod foto ini adalah berkadaran dengan keamatan cahaya

    yang terkena pada katod diod ini (boleh ditentukur secara linear)

    Lengkung ciri arus-voltan bagi diod foto

    77Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    5/13

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    6/13

    Unit 7 Penderia

    Penderia Suhu

    1. Thermocouple

    Dibina daripada sepasang logam yang berlainan jenis

    Pasangan logam ini disambungkan pada satu hujung (cantuman panas) dan

    terbuka pada hujung satu lagi (cantuman sejuk) Hujung terbuka dikekalkan pada

    satu nilai suhu yang tetap.

    Apabila terdapat perbezaan suhu diantara cantuman sejuk dan panas, daya gerakelektrik (d.g.e) akan dihasilkan dan ini akan menyebabkan arus mengalir didalam

    litar.

    Apabila disambungkan satu meter pada cantuman sejuk yang terbuka itu, nilai

    arus yang mengalir dapat diukur.

    Arus adalah berkadaran terus dengan perbesaan suhu diantara cantuman panas

    dan sejuk. Magnitud d.g.e yang dihasilkan bergantung kepada logam dawai dan

    juga perbezaan suhu di antara cantuman panas dan cantuman sejuk.

    Instrumentasi 1/2010 79

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    7/13

    Unit 7 Penderia

    Kesan termo-elektrik yang disebabkan oleh keupayaan sesentuh pada cantuman

    dikenali sebagai Kesan Seeback.

    Magnitud d.g.e yang dihasilkan bergantung lepada jenis logam pada dawai dan

    juga perbezaan suhu di antara cantuman.

    Binaan Thermocouple

    bahan G

    Cantuman panas

    Cantuman sejuk

    V o

    l t a n

    k e l u a r a n

    t e r m o

    k u m e

    l

    meter

    Suhu x 10 2 C

    Graf keluaran termokupel melawan suhu untuk beberapa jenis logam

    80Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    8/13

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    9/13

    Unit 7 Penderia

    Pancaran gelombang tersebut akan di kesan oleh satu alat penerima yang mana

    akan berkeadaan positif sekiranya terdapat satu gangguan atau halangan bagi

    laluan gelombang yang sepatutnya diterima oleh alat penerima tersebut.

    Penderia Tekanan

    1. Strain Guage

    Strain Gauge tergolong dalam penderia pasif di mana rintangan Strain Gauge

    akan berubah apabila daya mekanikal dikenakan ke atasnya. Ianya terbahagi

    kepada dua jenis iaitu:

    i. Jenis terikat (bounded)

    ii. Jenis tidak terikat (unbounded)

    Strain Gauge jenis terikat terdiri daripada satu kepingan logam nipis dan

    diperketatkan pada satu bahan penyokong seperti yang ditunjukkan dalam rajah di

    bawah:

    Bahanpenyokong

    Logam nipis

    Strain Gauge jenis terikat

    Strain Gauge jenis tidak terikat terdiri daripada satu dawai halus yang dibentukkan

    pada penyokong-penyokongnya dan dikenali juga sebagai Wire Strain Gauge

    82Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    10/13

    Unit 7 Penderia

    Wire Strain Gauge

    83

    Apabila Strain Gauge dikenakan tegasan dari luar, rintangan dawai akan berubah

    disebabkan oleh perubahan panjang dawai akibat dari pemanjangan atau

    mampatan. Perubahan rintangan pada Strain Gauge adalah berkadaran dengan

    terikan pada bahan dan diukur dengan mengunakan litar Tetimbang Wheatstone.

    Kepekaan suatu strain gaufe di beri dalam sebutan Faktor Tolok iaitu nisbah

    perubahan rintangan per unit ( R/R) dengan perubahan panjang per unit ( l/l)

    Di mana K = Faktor Tolok

    R = rintangan asal Strain Gauge

    R = perubahan rintangan Strain Gauge

    l = panjang bahan diukur

    penyokong

    Dawaihalus

    FAKTOR TOLOK, K = R / R l / l

    l = perubahan panjang

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    11/13

    Unit 7 Penderia

    2. Piezoelectric

    Piezoelektrik merupakan bahan aktif yang berupaya mengeluarkan voltan dan

    arus sendiri apabila dirangsang oleh satu tenaga yang berbentuk fizikal. Bahan

    yang biasa digunakan didalam penderia ini ialah kuartza. Walaubagaimana pun

    piezoelektrik synthetic yang mengandungi bahan titanate seramik adalah terdiri

    daripada serbuk-serbuk halus dibawah tekanan yang menjadikannya satu bahan

    yang mempunyai medan elektrik arus terus yang kuat.

    Manakala piezoelektrik hablur digunakan sebagai satu cara untuk mengukur

    tenaga.

    Rajah 17.6 Piezoelektrik

    ta ak

    Plet daya(diafram)

    Tekanan masukan

    keluaran

    Prinsip Kendalian

    Bahan binaan piezoelektrik terdiri daripada bahan yang menghasilkan cas-cas elektrik

    apabila terkena daya atau tekanan. Beban hablur atau kristal akan mengeluarkan daya

    gerak elektrik. Kristal ini akan diapit di antara tapak dan plet yang mengalami sejumlah

    daya bila tekanan dari bahagian atas kristal dan ianya akan tertekan dan mengeluarkan

    daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2. Pengeluaran daya gerak elektrik pada

    punca Keluaran 1 dan 2 adalah berkadar terus dengan kekuatan tekanan.

    84Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    12/13

    Unit 7 Penderia

    Kegunaan

    Piezoektrik digunakan untuk mengukur perubahan tekanan, getaran dan bunyi. Juga

    sebagai meter pecutan frekuensi tinggi kerana ia mempunyai tindakbalas frekuensi yang

    baik. Biasanya ia digunakan didalam system penguat.

    Pengesan Kelembapan

    Humidity Sensor

    Humidity sensor atau penderia kelembapan terbentuk daripada lapisan polimer

    thermoset, elektrod platinum serta cip silicon voltan bersepadu untuk keluaran isyarat

    seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah

    85

    Penderia Kelembapan

    Habuk, kotoran & minyak tidak akan memeberi kesan kepadasensor

    Cara Operasi

    Kandungan air pada lapisan dielektrik akan bertindak balas dengan gas di sekelilingnya.

    Bagi penderia, lapisan platinum poros akan mengenalpasti tindak balas luar dielektrikmanakala lapisan polimer akan menyediakan pertahanan nekanikal untuk lapisan

    platinum daripada habuk, kekotoran serta minyak.

    Sekiranya lapisan kekotoran terlalu tebal, maka ini akan menyebabkan masa bertindak

    balas bagi deria akan menjadi semakin perlahan kerana kelembapan air akan lambat

    bertindak balas dengan penderia

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB7(penderia)

    13/13

    Unit 7 Penderia

    Latihan:

    1. Nyatakan takrifan bagi penderia dan berikan dua contoh penderia yang sering

    digunakan.

    2. Dengan bantuan gambarajah, terangkan contoh penggunaan penderia jenis cahaya

    iaitu LDR

    3. Lukiskan binaan bagi sebuah termokupel

    4. Terangkan kesan termo elektrik (seeback) di dalam penderia termokupel

    5. Nyatakan dua jenis penderia tekanan (strain gauge) dan lukiskan gambarajahnya

    6. Berikan tekrifan Faktor Tolok

    7. Dengan bantuan gambarajah, terangkan kendalian bagi Piezoelektrik

    8. Berikan keterangan ringkas mengenai penderia kelembapan seperti yang terdapat

    dalam unit ini.

    9. Apakah dia penderia ultrasonik, terangkan

    86Instrumentasi 1/2010