bab7pelaburan

10

Click here to load reader

Upload: metgrotec85

Post on 11-Jul-2016

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

Page 1: bab7pelaburan

BAB 7 : PELABURAN

MAKSUD PELABURAN

1)Pelaburan ialah satu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini untuk mendapat

pulangan pada masa akan datang.

TUJUAN PELABURAN

1)Pendapatan semasa2)Keuntungan atas modal

(pertambahan nilai pelaburan)

Page 2: bab7pelaburan

PELABUR SPEKULATOR1) Pelabur membeli syer

untuk mendapat pulangan dalam bentuk dividen dan syer bonus.

1) Spekulator membeli syer pada harga yang endah dan menjual semula syer pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

2) Pelabur membeli syer untuk jangka masa panjang dengan harapan prestasi syarikat akan berkembang dan harga saham akan naik.

2) Spekulator membeli dan menjual syer dalam masa yang singkat untuk mendapat keuntungan hasil perbezaan harga belian dengan jualan.

3) Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga-harga pasaran.

3) Penglibatan spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun,naik dan tidak menentu.

4) Pelabur sentiasa membuat analisis kewangan untuk mendapat maklumat sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam sesebuah syarikat.

4) Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer,terpengaruh dengan khabar angin,sikapnya yang keterlaluan menjejaskan pasaran saham.

AKAUN SIMPANAN TETAP

Page 3: bab7pelaburan

1) Pilihan yang mudah bagi pelabur yang mempunyai lebihan wang.

2) Pelaburan di Akaun Simpanan Tetap berisiko rendah.3) Pelaburan di Akaun Simpanan Tetap sangat sesuai bagi

pelabur yang kurang arif dalam bidang pelaburan yang lain.

4) Kadar faedah yang dikenakan untuk penyimpanan adalah lebih rendah setimpal dengan risiko yang ditanggung.

5) Kadar faedah hanya akan dikira apabila sampai tempoh matang.

6) Kadar faedah yang dikenakan lebih tinggi daripada kadar faedah yang dikenakan untuk penyimpan di Akaun Simpanan Biasa.

7) Simpanan di Akaun Simpanan Tetap boleh disimpan selama 60 bulan.

8) Bank membolehkan pelabur menyimpan wang minimum RM 5000.

9) Kebaikan melabur di Akaun Simpanan Tetap ialah :-a) Pelabur mendapat pulangan yang tetap dan konsisten.b) Simpanan selamat tanpa risiko dijamin oleh Bank

Negara.c) Simpanan boleh dikeluarkan oleh pelabur atas

permintaan.

HARTA TANAH

Page 4: bab7pelaburan

1)Dikenali sebagai pelaburan modal2)Harta Tanah merujuk kepada aset kekal

seperti bangunan.3)Sangat sesuai bagi pelabur ingin menginginkan

keuntungandalam jangka masa yang panjang.

4)Sangat sesuai bagi pelabur yang bermodal besar.

5)Keuntungan yang diraih ialah :-a)Pendapatan semasab) Keuntungan atas modal

SAHAM

Page 5: bab7pelaburan

1) Saham ialah satu aktiviti pelaburan dalam sekuriti untuk tujuan spekulatif atau mendapat pulangan dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.

2) Saham ialah gabungan kesemua syer yang dibayar penuh oleh pemegang syer.

3) Modal sesebuah syarikat berhad ialah syer.4) Pemegang syer ialah orang yang membeli syer sesebuah syarikat.5) Urusan jual beli saham dijalankan melalui broker dan remisier6) Terdapat dua jenis saham :-

a) Saham yang disenaraikan – saham yang diurusniagakan di bursa saham secara rasmi.

b) Saham yang tidak disenaraikan – saham yang tidak diurusniagakan di bursa saham secara rasmi.

7) Saham terbahagi kepada dua :-a) Syer Biasab) Syer Keutamaan pula terbahagi kepada 4 :-

i) Syer Keutamaan Kumulatif – pemegang syer menikmati dividen semasa dan tunggakan dividen tempoh kewangan yang lepas.

ii) Syer Keutamaan Penyertaan – pemegang syer dibayar satu kadar dividen yang tetap dan pembayaran dividen tambahan selepas pembayaran kepada pemegang syer biasa.

iii) Syer Keutamaan Boleh Tebus – Syarikat tersebut membeli semula syer selepas satu tempoh tertentu.

iv) Syer Keutamaan Boleh Tukar – Pemegang syer keutamaan boleh menukar syer keutamaan kepada syer biasa.

Page 6: bab7pelaburan

SYER BIASA SYER KEUTAMAAN1) Kadar dividen berubah

mengikut keuntungan syarikat.

1) Kadar dividen tetap seperti yang ditetapkan oleh syarikat.

2) Pembayaran dividen kepada syer biasa selepas pembayaran dividen kepada syer keutamaan.

2) Mendahului pembayaran dividen kepada syer keutamaan.

3) Pemegang syer biasa mempunyai hak untuk mengundi serta memilih lembaga pengarah.

3) Pemegang syer keutamaan tidak mempunyai hak untuk mengundi serta memilih Lembaga Pengarah.

4) Pihak terakhir yang berhak menuntut kembali modal apabila syarikat dibubarkan.

4) Pihak yang diberi keutamaan untuk menuntut balik modal apabila syarikat dibubarkan.

Page 7: bab7pelaburan

SAHAM SYER1) Saham ialah gabungan

semua syer yakni 1 lot saham mewakili 1000 unit syer.

1) Syer dibahagikan kepada unit-unit kecil

2) Saham perlu dibayar penuh 2) Syer tidak perlu dibayar penuh.

3) Saham boleh diniagakan dalam pecahan unit.

3) Syer tidak boleh diniagakan dalam pecahan unit.

4) Saham tidak mempunyai nombor yang berlainan.

4) Setiap syer mempunyai nombor siri.

Syer bonus ialah unit-unit syer percuma yang diberi kepada

pemegang saham-utk menurunkan harga saham

Dividen ialah bahagian keuntungan yang diberikan kpd

pemegang saham setelah keuntungan syarikat diketahui Keuntungan modal ialah

keuntungan yang diperoleh daripada kenaikan harga saham

di bursa saham.

Page 8: bab7pelaburan

Mewujudkan peluang pasaran saham

- BSKL menyediakan kemudahan dan suasana pelaburan yang baik untuk

membeli dan menjual syer,bon.

Menyebarkan maklumat kewangan syarikat.

- BSKL memaparkan kedudukan kewangan syarikat.- Pengguna boleh mengetahui melalui media massa.

Melindungi kepentingan pelabur

- BSKL mengenakan peraturan agar tidak dimanipulasi dan berlaku penipuan- Hanya syarikat yang menunjukkan prestasi yang baik sahaja yang akan dipaparkan di BSKL

- Broker BSKL menubuhkan Tabung Jaminan Setia.-

Menjalankan urusniaga saham.

-Pelabur boleh menjual saham dan peroleh wang tunai pada bila-bila masa.

Membantu mengumpul modal.

- BSKL membantu menampung modal digunakan untuk pembangunan negara.

Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai.

-BSKL menganjurkan pelbagai program.

Page 9: bab7pelaburan

Unit Amanah

- Sejenis pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai dan diuruskan

oleh pengurus profesional bagi phk pelabur.- Amanah Saham : pelaburan kolektif yang

dibuat oleh pengurus profesinal bg phk pelabur dlm saham-saham syarikat lain.

- Cth : ASB- Amanah Harta Tanah : pengurus harta tanah

menguruskan pelaburan dalam harta tanah seperti projek pembinaan.

- Cth : AMFPT

- Gilts : Pelaburan individu dalam sekuriti kerajaan atau separuh kerajaaan utk jangka masa panjang. (menjanjikan plgn yang ttp)

- Contoh : bon kerajaan.

Page 10: bab7pelaburan

1) Mendapat maklumat- Pelabur perlu mendapatkan maklumat berkaitan bidang pelaburan

yang ingin diceburi.- Maklumat boleh diperoleh dari broker.

2) Pulangan atas modal.- Pelabur perlu mengambil kira masa untuk memperoleh pulangan atas

modal.- Pulangan atas modal berbentuk dividen,keuntungan atas

modal,faedah.

3) Risiko atas pelaburan - Pelabur perlu mengetahui risiko yang perlu dihadapi atas pelaburan

yang dilakukan.- Pelaburan bebas risiko : Akaun simpanan tetap dan Gilts- Pelaburan berisiko : Unit Amanah dan Harta Tanah.

4) Modal yang ada - Modal yang ada di tangan pelabur menentukan sama ada pelabur

akan melabur dalam projek yang besar atau kecil.- Projek yang besar : Perhotelan- Projek yang kecil : Gilts

5) Kecairan- Kemudahan menukarkan aset kepada tunai.- Menyimpan wang di dalam bank mempunyai kecairan yang tinggi

namun nilainya yang rendah.

Panduan Am Melabur