bab4_penuras_dan_minyak_pelincir_enjin

Upload: apechranger

Post on 09-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    1/11

    36

    BAB 4

    PENURAS DAN MINYAK PELINCIR ENJIN

    4.1 Pengenalan

    Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin

    pula majoritinya menggunakan bahan berasaskan logam sebagai medium

    ketika enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini menghasilkan

    geseran dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen -

    komponen yang bersentuhan. Jadi, untuk melicinkan pergerakan dalaman

    enjin, penuras digunakan seba gai perangkap benda asing di dalam enjin dan

    medium seperti minyak pelincir digunakan sebagai penyelesaian.

    4.1.1 Fungsi

    Umumnya, minyak pelincir berfungsi menyerap tekanan dan geseran

    yang boleh menyebabkan kehausan komponen -komponen enjin.

    Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak

    pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    2/11

    37

    pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi

    sesebuah enjin.

    4.2 Spesifikasi Piawaian

    Penyelidikan dan pembangunan dalam industri automotif bertujuan

    meningkatkan mutu dan kawalan dalam menentukan jenis dan pengkelasan

    minyak pelincir di seluruh dunia. Penghasilan minyak pelincir untuk pelbagai

    kegunaan dan tujuan boleh diketahui melalui singkatan perkataan bagi

    pertubuhan atau institusi ini sebagai kod piawai an minyak pelincir. Dua jenis

    kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAEdan Kod

    PiawaiAPI.

    4.2.1 Kod Piawai SAE

    SAEadalah singkatan bagi Society of Automotive Engineers atau

    Persatuan Jurutera Automotif. Ia adalah sebuah badan yang terlibat

    secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang

    berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

    4.2.2 Kod Piawai API

    APIadalah singkatan bagi American Petroleum Insti tuteatau Institut

    Petroleum Amerika. Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri

    petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan

    dan pemasaran dunia. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji

    selidik dan pengkelasan produk petroleum . Pengeluar-pengeluar

    minyak pelincir akan merujuk kepada Kod Piawai APIuntuk

    menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    3/11

    38

    4.3 Spesifikasi Minyak Pelincir

    Minyak pelincir terbahagi kepada dua jenis utama iaitu Monogradedan

    Multigrade.

    4.3.1 Monograde atau Gred Tunggal

    Rajah 4.1 Minyak pelincit jenis Monogradeatau Gred Tunggal.

    Minyak pelincir jenis monograde adalah lebih murah berbanding

    minyak pelincirmultigradedan biasanya digunakan pada kenderaan

    atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang

    telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40biasanya menjadi pilihan bagi

    penggunaan yang lasak.

    4.3.2 Multigrade atau Pelbagai Gred

    Minyak pelincir jenis multigrade pula merujuk kepada kadar

    kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada lebih cair

    semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu

    meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis multigrade ini

    lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis monograde.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    4/11

    39

    Minyak pelincir jenis multigradeboleh dikenali berpandukan label

    yang tertera pada botol atau bekas minyak pelincir tersebut. Minyak

    pelincir jenis multigrade mempunyai dua kadar kelikatan yang boleh

    berubah-ubah. Label Piawaian seperti SAE 10W/30, SAE 15W/50,

    SAE 20W/50dan banyak lagi merupakan contoh minyak pelincir jenis

    multigrade.

    Rajah 4.2 Minyak pelincir jenis Multigrade atau Pelbagai Grade.

    Konsonan Wbermaksud Winteratau Wetiaitu kadar kelikatan

    sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara yang musimnya

    berubah-ubah, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan

    rendah adalah sangat penting bagi memudah kan enjin kenderaan

    dihidupkan.

    Manakala angka selepas tanda palang adal ah bermakna kadarkelikatan maksimum minyak pelincir itu apabila enjin mencapai suhu

    panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan

    minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    5/11

    40

    4.4 Kaedah Kendalian

    Kaedah dan prosedur kerja melibatkan minyak pelincir berbeza-beza

    bergantung kepada sebab ia dilakukan . Kerja yang melibatkan minyak

    pelincir biasanya ketika melakukan penyelenggaraan :

    i. Memeriksa kandungan minyak pelincir dalam enjin.

    ii. Membuat tukaran minyak pelincir enjin.

    iii. Menukar penuras minyak pelincir enjin.

    4.4.1 Kelengkapan dan Peralatan

    Peralatan asas yang perlu bagi melakukan kerja tukaran minyak

    pelincir termasuklah :

    i. Minyak pelincir enjin.

    Bergantung kepada spesifikasi kenderaan yang telah

    ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Bagi kebanyakan

    kenderaan yang membuat penyelenggaraan di Bahagian

    Worksyop CKM Negeri Selangor menggunakan Minyak

    Pelincir Jenis Gred Tunggal SAE 40.

    Rajah 4.3 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 40.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    6/11

    41

    ii. Penuras minyak pelincir enjin.

    Penuras minyak pelincir enjin yang biasa digunakan ialah

    daripada jenis basah. Penuras biasanya terletak di bahagian

    sisi tepi blok enjin.

    Rajah 4.4 Penuras minyak pelincir e njin.

    iii. Pembuka penuras minyak pelincir.

    Rajah 4.5 Pembuka penuras minyak pelincir enjin.

    Pelbagai jenis penuras yang terdapat di pasaran kini. Oleh itu

    pembuka penuras yang digunakan b ergantung kepada saiz

    dan jenis penuras yang digunakan.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    7/11

    42

    iv. Set sepana pelbagai saiz.

    Sepana yang digunakan bergantung kepada saiz skru lantai

    pada takung minyak kenderaan. Kebanya kkan kenderaan

    menggunakan skru lantai bersaiz 17mm dan 19mm.

    Rajah 4.6 Set sepana pelbagai saiz.

    v. Bekas tadahan minyak pelincir. Bekas tadahan digunakan

    ketika proses pembuangan minyak lama bagi mengelakkan

    tumpah ke lantai.

    Kain perlu untuk membersihkan alatan setiap kali hendak

    digunakan dan ketika membuat pemeriksaan paras minyak

    pelincir ketika isian minyak baru.

    vi. Kain buruk/terpakai.

    4.4.2 Langkah Keselamatan

    Langkah bagi pencegahan kemalangan ketika kendalian proses

    tukaran minyak pelincir.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    8/11

    43

    i. Pastikan menggunakan minyak pelincir enjin yang sesuai

    kerana minyak pelincir mempunyai kelikatan yang berbeza.

    ii. Pakai sarung tangan.

    iii. Tidak merokok.

    iv. Kendalian kerja ketika enjin dalam keadaan sejuk.

    v. Elakkan minyak tertumpah ke lantai.

    4.5 Prosedur Kerja

    i. Buka penutup minyak pada bahagian atas enjin. Biarkan enjin sejuk

    dahulu.

    Rajah 4.7 Tempat penutup minyak pelincir pada bahagian atas enjin.

    ii. Tempatkan kenderaan di atas ram dan letakkan pada ketinggian

    sesuai. Skru lantai berada pada takung minyak yang terletak di

    bahagian bawah enjin.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    9/11

    44

    Rajah 4.8 Skru lantai.

    iii. Pusing lawan arah jam untuk bukaan skru lantai menggunakansepana dengan soket.

    iv. Longgarkan dengan tangan dan tadah minyak yang keluar dengan

    bekas. Tunggu hingga minyak keluar sepenuhnya.

    v. Buka penuras minyak menggunakan pembuka penuras mengikut

    putaran arah lawan jam. Setelah longgar pulas dengan ta ngan.

    Rajah 4.9 Membuka penuras menggunakan pembuka penuras.

    vi. Bersihkan skru lantai dengan kain. Periksa ulir palam untuk

    memastikan ulir skru lantai berkeadaan baik.

    vii. Pasang skru lantai dengan memutar ke arah lawan jam dan ketatkan.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    10/11

    45

    viii. Pasang penuras yang baru di mana O-Ringdisapu sedikit dengan

    minyak pelincir supaya tidak kesat ketika pemasangan. Kebocoran

    boleh berlaku jika tidak disapu dengan minyak.

    Rajah 4.10 O-Ringdisapu dengan minyak pelincir.

    ix. Isi minyak pelincir yang baru.

    Rajah 4.11 Isian semula minyak pelincir.

    x. Periksa paras minyak yang telah di isi menggunakan dipstickyang

    terletak di bahagian tepi blok enjin.

    xi. Hentikan isian apabila minyak berada pada paras tengah penanda

    pada dipstick.

  • 8/7/2019 BAB4_Penuras_dan_Minyak_Pelincir_Enjin

    11/11

    46

    Rajah 4.12 Dipstick.

    xii. Tutup penutup minyak pada atas enjin dan kemas peralatan.xiii. Hidupkan enjin bagi menggerakkan minyak ke komponen dalaman

    enjin.

    4.6 Kesimpulan

    Penggunaan minyak pelincir mestilah betul dan sesuai bag i mengekalkan

    ketahanan enjin. Tukaran mengikut jadual mampu mengelakkan kehausan

    komponen akibat geseran.