bab_12

9
189 BAB 12 RUMUSAN PENGANTAR KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan skop bidang komunikasi sebagai disiplin sains sosial. 2. Membincangkan kepentingan, jenis dan konteks komunikasi. 3. Memahami keseluruhan asas komunikasi. 12.1 PENGENALAN Syukur kita sudah sampai ke penghujung kursus Pengantar Komunikasi. Sepanjang tempoh pembelajaran, kita telah membincangkan pelbagai konsep, fungsi, kepentingan, konteks dan kemahiran asas komunikasi. Pada hakikatnya, bidang komunikasi adalah berkaitan dengan gelagat pencarian dan perkongsian maklumat di kalangan manusia. Manusia mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ragam inilah yang mencorakkan jenis dan bentuk komunikasi. Daripada awal mula komunikasi dalam diri sendiri (intrapersonal) hinggalah ke komunikasi massa yang melibatkan khalayak ramai, tujuan kita berkomunikasi adalah untuk mencipta kesamaan kefahaman tentang sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, komunikasi adalah proses merapatkan jurang kefahaman antara individu. Apabila kita berkomunikasi sebenarnya kita cuba mengurangkan ketidakpastian dan keraguan antara satu sama lain dalam mencapai titik persamaan dan kefahaman. Jadi dalam bab ini, kita akan membuat rumusan mudah dan ringkas dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah kita bincang. Di samping itu, kita juga akan membincangkan tentang keperluan kemahiran komunikasi dalam kehidupan manusia. 12.2 KOMUNIKASI SEBAGAI BIDANG SAINS SOSIAL Dalam Bab 1– Sejarah Komunikasi, kita telah membincangkan secara terperinci sejarah awal perkembangan bidang komunikasi dari zaman Aristotle hinggalah perkembangan komunikasi siber yang berlaku dewasa

Upload: bangyongguk

Post on 16-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nates

TRANSCRIPT

  • 189

    BAB 12

    RUMUSAN PENGANTAR KOMUNIKASI

    OBJEKTIF BAB

    Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan skop bidang komunikasi sebagai disiplin sains

    sosial. 2. Membincangkan kepentingan, jenis dan konteks komunikasi. 3. Memahami keseluruhan asas komunikasi.

    12.1 PENGENALAN Syukur kita sudah sampai ke penghujung kursus Pengantar Komunikasi. Sepanjang tempoh pembelajaran, kita telah membincangkan pelbagai konsep, fungsi, kepentingan, konteks dan kemahiran asas komunikasi. Pada hakikatnya, bidang komunikasi adalah berkaitan dengan gelagat pencarian dan perkongsian maklumat di kalangan manusia. Manusia mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ragam inilah yang mencorakkan jenis dan bentuk komunikasi. Daripada awal mula komunikasi dalam diri sendiri (intrapersonal) hinggalah ke komunikasi massa yang melibatkan khalayak ramai, tujuan kita berkomunikasi adalah untuk mencipta kesamaan kefahaman tentang sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, komunikasi adalah proses merapatkan jurang kefahaman antara individu. Apabila kita berkomunikasi sebenarnya kita cuba mengurangkan ketidakpastian dan keraguan antara satu sama lain dalam mencapai titik persamaan dan kefahaman. Jadi dalam bab ini, kita akan membuat rumusan mudah dan ringkas dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah kita bincang. Di samping itu, kita juga akan membincangkan tentang keperluan kemahiran komunikasi dalam kehidupan manusia. 12.2 KOMUNIKASI SEBAGAI BIDANG SAINS SOSIAL Dalam Bab 1 Sejarah Komunikasi, kita telah membincangkan secara terperinci sejarah awal perkembangan bidang komunikasi dari zaman Aristotle hinggalah perkembangan komunikasi siber yang berlaku dewasa

  • 190

    ini. Ramai sarjana awal dalam bidang sains sosial seperti bidang antropologi, sosiologi, sains politik dan psikologi yang berminat membuat kajian tentang gelagat komunikasi antara manusia. Pada peringkat awal, perkembangan bidang komunikasi dipelopori oleh sarjana sains sosial. Sebagai satu bidang sains sosial, bidang komunikasi bersifat dinamik dan berubah mengikut masa. Dari zaman Plato dan Aristotle yang membangkitkan pengkajian tentang retorik hinggalah zaman siber ini, komunikasi masih lagi relevan dan terus dikaji khususnya tentang kepentingan, keterampilan dan impak komunikasi kepada budaya kerja, pencarian maklumat dan pembinaan masyarakat berpengetahuan. Pendek kata, ilmu komunikasi perlu dikaji dan dipelajari dari semasa ke semasa sesuai dengan perubahan konteks, budaya, khalayak dan tujuan-maksud-niat.

    Bolehkah anda kenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pembangunan bidang komunikasi?

    12.3 KOMUNIKASI IALAH SUATU PROSES Komunikasi ialah suatu proses pertukaran makna antara individu. Jika kita imbas kembali Bab 2 Fungsi dan Takrifan, komunikasi secara umumnya merujuk kepada satu proses seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang (Emery, Ault & Agee, 1965). Kajian oleh Dance (1970) telah mengenal pasti 98 takrifan komunikasi. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah satu bidang yang luas dan sentiasa disesuaikan dengan bidang-bidang ilmu lain. Perbincangan tentang takrifan juga mengupas beberapa dimensi penekanan takrifan komunikasi seperti yang dikemukakan oleh Samsudin. A Rahim (1993) iaitu

    (i) Takrifan yang menekankan aspek penyampaian dan penyebaran maklumat.

    (ii) Takrifan yang menekankan aspek perkongsian makna dan kesefahaman.

    (iii) Takrifan yang menekankan aspek pembujukan dan perubahan.

    (iv) Takrifan yang menekankan aspek tingkah laku.

    Bolehkan anda imbas kembali takrifan komunikasi berdasarkan penekanan yang dinyatakan di atas?

  • 191

    Di samping itu, kita juga telah membincangkan beberapa fungsi umum komunikasi. Antara fungsi komunikasi tersebut adalah komunikasi berperanan menyebarkan maklumat dan amaran, komunikasi bertindak sebagai transmisi budaya masyarakat, komunikasi berupaya menyediakan hiburan, komunikasi dapat mendidik masyarakat, komunikasi sebagai penentu agenda dan komunikasi berfungsi sebagai alat pembujukan.

    Cuba anda terangkan dengan lebih mendalam fungsi-fungsi komunikasi dalam pelbagai konteks komunikasi yang telah anda pelajari.

    Melalui takrifan-takrifan komunikasi, kita dapat mengenal pasti beberapa elemen komunikasi seperti sumber, pengirim, mesej, saluran, maklum balas dan gangguan serta persekitaran seperti yang dibincangkan dalam Bab 3 Elemen-Elemen Komunikasi. Kajian tentang elemen-elemen komunikasi adalah penting bagi mengetahui tahap kesediaan, kemampuan dan kewibawaan elemen tersebut dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan. Contohnya, sebelum kita berkomunikasi, kita sebagai sumber perlu menganalisis kekuatan diri sendiri dalam menyampaikan sesuatu mesej sesuai dengan tujuan konteks, khalayak (penerima) dan saluran yang dipilih sama ada saluran kemanusiaan iaitu bersemuka atau menggunakan perantaraan teknologi seperti media massa. Analisis setiap elemen ini adalah penting sebelum proses komunikasi dimulakan bagi mencapai tahap keberkesanan dan kelangsungan komunikasi.

    Kenal pasti ciri-ciri setiap elemen komunikasi yang berupaya mewujudkan komunikasi yang berkesan.

    Bab 4 Model Komunikasi pula telah membincangkan tiga kumpulan model komunikasi berdasarkan hubungan elemen-elemen yang terlibat iaitu Model Klasik (sehala), Model Komunikasi Dua Hala (transaksional) dan Model Komunikasi Kontemporari. Model Berlo contohnya mengutarakan konsep S-M-C-R iaitu sumber, mesej, saluran dan penerima. Model Klasik ini memperlihatkan hubungan sehala antara sumber dengan penerima tanpa ada unsur maklum balas. Umumnya, Model Klasik memberikan tumpuan kepada kesan media yang melibatkan proses komunikasi yang bersifat sehala. Manakala Model Dua Hala menambahkan elemen maklum balas bagi mewujudkan proses komunikasi yang aktif antara sumber dan penerima. Model Komunikasi Kontemporari pula melihat proses komunikasi yang lebih interaktif dan mengambil kira aspek-aspek pengaruh persekitaran dalam mempengaruhi keberkesanan komunikasi.

  • 192

    Cuba anda lakarkan gambar rajah model-model yang terdapat dalam Model Klasik, Model Dua Hala dan Model Kontemporari.

    Setelah kita mengetahui elemen-elemen yang melibatkan proses komunikasi melalui model, kita juga perlu membuat tafsiran terhadap mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh sumber dan penerima. Dalam hal ini, Bab 5 Bentuk Mesej Komunikasi membincangkan dengan terperinci tentang dua bentuk mesej komunikasi iaitu mesej lisan dan mesej bukan lisan. Kedua-dua bentuk mesej ini penting diperhalusi agar perkongsian makna mesej antara sumber dan penerima mencapai persamaan. Mesej lisan merujuk kepada komunikasi lisan iaitu bahasa. Ciri-ciri bahasa yang unik menuntut kita mentafsir makna mesej yang tersurat dan tersirat secara tepat. Begitu juga dengan mesej komunikasi bukan lisan yang bersifat kabur, sukar ditafsir secara tepat. Sebaliknya, komunikasi bukan lisan memaparkan lebih 60 peratus mesej berbanding mesej lisan. Setiap gerak laku kita sentiasa berinteraksi kerana memberi makna tertentu khususnya tentang emosi dalaman kita. Oleh yang demikian, komunikasi sebagai suatu proses perlu dilihat hubungan antara elemen-elemen komunikasi secara menyeluruh. Hubungan ini boleh dikaji dengan merujuk kepada model-model komunikasi yang dikemukakan oleh sarjana terdahulu.

    Kenal pasti dan jelaskan fungsi komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan? Imbas kembali jenis-jenis komunikasi bukan lisan berikut: paraliguistik, proksimiti, kinesik dan artifaktual.

    12.4 KONTEKS DAN APLIKASI KOMUNIKASI Komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Di mana sahaja kita berada, proses komunikasi akan berlaku sama ada secara sedar ataupun tidak. Malah dengan berdiam diri juga dapat menzahirkan mesej tertentu. Selain elemen-elemen utama komunikasi, konteks sesuatu komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan komunikasi. Konteks komunikasi secara umumnya merujuk kepada suasana berlakunya komunikasi. Dalam Bab 6 Jenis-Jenis Komunikasi anda telah mengenal pasti beberapa jenis komunikasi mengikuti konteks iaitu komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal, komunikasi kumpulan, komunikasi awam, komunikasi massa dan komunikasi antarabudaya. Setiap jenis komunikasi ini

  • 193

    mempunyai ciri-ciri tersendiri khususnya dari aspek bilangan individu yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut. Konteks komunikasi yang lebih luas juga boleh kita lihat dalam Bab 7 Komunikasi Organisasi dan Bab 8 Komunikasi Pembangunan. Kedua-dua bab ini membincangkan secara terperinci peranan komunikasi dalam konteks yang berbeza. Komunikasi organisasi merujuk kepada proses komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi yang saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Dalam hal ini komunikasi memainkan peranan mewujudkan aturan pertukaran mesej antara pekerja majikan, dan majikan masyarakat luar dan sebagai unsur kawalan dan arahan. Sebaliknya, komunikasi dalam konteks pembangunan pula merujuk kepada proses mewujudkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam mencapai kemajuan sosioekonomi melalui penyebaran maklumat dan penggunaan media massa. Dalam hal ini, konteks komunikasi pembangunan adalah lebih luas dengan melihat kepada peranan ejen pembangunan dan masyarakat keseluruhannya. Begitu juga dengan Bab 9 Teknologi Komunikasi yang melihat komunikasi dalam konteks penggunaan peralatan untuk menyampaikan maklumat secara meluas kepada khalayak massa.

    Cuba anda senaraikan dan bandingkan peranan dan ciri-ciri Komunikasi Organisasi, Komunikasi Pembangunan dan Teknologi Komunikasi.

    Dalam Bab 10 Bidang Komunikasi yang Lain pula, anda telah didedahkan kepada empat konteks komunikasi yang begitu popular dan berkembang maju dewasa ini iaitu Perhubungan Awam, Periklanan, Komunikasi Massa dan Kewartawanan. Keempat-empat bidang ini secara tidak langsung dapat memberi anda gambaran bagaimana komunikasi berperanan dalam konteks profesion yang berbeza-beza. Walaupun konteks berbeza, namun elemen-elemen utama komunikasi masih sama iaitu sumber, penerima, mesej dan saluran. Ini menunjukkan bahawa komunikasi yang berkesan ialah suatu proses penyesuaian elemen yang efektif dalam konteks berbeza. Oleh yang demikian, perbezaan konteks menuntut kita menyesuaikan diri dan menganalisis semula setiap elemen yang terlibat. 12.5 MANUSIA DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI Komunikasi adalah segala tindakan manusia yang memberi makna dalam bentuk simbol yang difahami secara bersama. Dalam proses komunikasi terdapat tiga bentuk tindakan yang dilakukan iaitu penilaian, perancangan dan pelaksanaan. Sebenarnya proses tindakan ini memerlukan kita

  • 194

    memikirkan sesuatu sebelum kita mengeluarkan mesej kepada individu lain dengan menggunakan saluran tertentu. Justeru itu, pemikiran manusia akan mempengaruhi bentuk tindakan yang akan diambil sama ada baik, buruk, berkesan atau kabur. Pemikiran adalah suatu proses sedar yang dijana oleh otak manusia. Semua ini dijelaskan dengan terperinci dalam Bab 11 Kemahiran Pemikiran dan Komunikasi. Oleh itu, kita perlu berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Tindakan yang positif lahir dari jiwa yang bersih dan pemikiran yang luhur. Oleh yang demikian komunikasi yang berkesan dan positif adalah gambaran jiwa seseorang yang murni. Dalam konteks Islam, aktiviti komunikasi adalah sesuatu yang dianggap mulia. Mulia itu datang daripada pemikiran yang tulus dan ikhlas. Begitu juga dalam masyarakat Melayu, komunikasi dapat melambangkan budi pekerti seseorang. Budi ialah pemikiran, sikap dan tingkah laku seseorang seperti peribahasa Melayu berikut: Yang merah saga Yang kurik kundi Yang indah bahasa Yang baik hati. Persoalannya ialah mengapakah komunikasi penting dalam kehidupan kita? Mengapakah komunikasi penting bagi diri anda? Banyak jawapan yang boleh disajikan kepada persoalan tersebut seperti yang dibincangkan dalam bab-bab yang lalu. Bagi meringkaskan perbincangan rumusan ini, dipetik beberapa kepentingan komunikasi seperti yang dinyatakan oleh Abdul Rahman Abdul Aziz dalam bukunya yang berjudul Kemahiran Sosial Asas (2000) iaitu

    (i) Kelangsungan generasi manusia manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan. Komunikasi antara kedua-dua jantina ini dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan seterusnya menzahirkan ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama. Akhirnya, hubungan ini dapat membentuk sebuah keluarga dan generasi seterusnya. Dalam hal ini, komunikasi begitu penting dalam mewujudkan keluarga bahagia dan sejahtera. Banyak kes keruntuhan institusi kekeluargaan adalah disebabkan oleh faktor komunikasi yang kurang berkesan.

    (ii) Perhubungan antara manusia manusia sebagai

    makhluk sosial perlukan aktiviti sosial. Keperluan bersosial dengan anggota masyarakat dapat meningkatkan

  • 195

    keperibadian, harga diri dan mengukuhkan ikatan kejiranan serta kepercayaan antara satu sama lain.

    (iii) Kepuasan dan keberkesanan kerja melalui pekerjaan

    manusia bukan hanya bekerja untuk mencari rezeki tetapi juga membina persahabatan dengan manusia lain. Perhubungan yang mesra, harmoni dan produktif dengan rakan sekerja serta pelanggan akan mewujudkan kepuasan kerja kepada kita.

    (iv) Kepimpinan berkesan semua manusia ada sifat

    kepimpinan. Paling asas, seseorang itu memimpin dan mengurus dirinya sendiri. Dalam konteks yang luas, komunikasi diperlukan untuk mengurus organisasi. Tanpa komunikasi, pemimpin organisasi tidak dapat mengurus, mengawal, merancang dan mengkoordinasi sumber manusia dan modal organisasi dengan berkesan.

    (v) Komunikasi untuk berubah proses sosialisasi sejak

    zaman kanak-kanak hinggalah dewasa mampu mengubah pendirian, sikap dan tingkah laku seseorang. Perolehan maklumat daripada pelbagai sumber dan proses pembujukan oleh media massa dan orang yang lebih dewasa serta interaksi dengan rakan sebaya dapat membentuk keperibadian seseorang. Komunikasi inidividu berubah seiring perubahan diri individu tersebut.

    Kenal pasti kepentingan komunikasi dalam kerjaya anda. Adakah ilmu komunikasi dapat membantu anda meningkatkan harga diri (self esteem) anda? Sejauh manakah komunikasi dapat memperluas jaringan sosial anda? Bagaimana pula dengan kemahiran komunikasi anda? Adakah anda berpuas hati dengan kemahiran komunikasi sedia ada?

    12.6 RUMUSAN Modul Pengantar Komunikasi merupakan satu kursus pengenalan kepada asas-asas bidang komunikasi. Reka bentuk silibus kursus ini sesuai dengan niche pelajar Program Komunikasi UUM. Bagi pelajar yang membuat rujukan buku-buku akademik lain, pendekatan pengantar komunikasi yang dikemukakan mungkin ada perbezaan kerana kebanyakan buku dan program komunikasi di institutsi pengajian tinggi lain menumpukan kepada komunikasi massa. Ini berbeza dengan

  • 196

    Program Komunikasi di UUM yang menjurus kepada komunikasi yang berteraskan ilmu kepengurusan. Secara keseluruhannya, perbincangan modul memberi tumpuan kepada tiga fokus utama yang saling bergantungan (dependent) antara satu sama lain. Fokus awal kursus ini ditumpukan kepada perkembangan dan pembangunan bidang komunikasi dari zaman Plato dan Aristotle di peringkat antarabangsa hingga ke zaman siber di Malaysia. Dalam perbincangan awal ini anda didedahkan tentang disiplin ilmu komunikasi sebagai salah satu bidang sains sosial. Di samping itu, anda juga didedahkan tentang takrifan dan fungsi umum komunikasi dalam kehidupan seharian. Fokus perbincangan seterusnya tertumpu kepada komunikasi sebagai satu proses. Anda didedahkan tentang elemen-elemen komunikasi dan model komunikasi yang menggambarkan corak aliran maklumat iaitu sama ada secara sehala atau dua hala. Komunikasi sebagai proses juga melihat tentang kepentingan memahami bentuk-bentuk mesej iaitu mesej lisan dan mesej bukan lisan. Keperluan memahami bentuk mesej ini penting kerana tidak semua mesej disampaikan membawa makna tersurat. Ada juga mesej yang tersirat. Dalam perbincangan konteks komunikasi pula, anda telah didedahkan dengan pelbagai konteks komunikasi seperti Komunikasi Organisasi, Komunikasi Pembangunan dan Teknologi Komunikasi. Begitu juga dengan bidang komunikasi profesional seperti perhubungan awam, periklanan, kewartawanan dan komunikasi massa. Berdasarkan perbincangan konteks komunikasi, kita dapati bahawa sifat komunikasi bukan sahaja dinamik tetapi versatile dan fleksibel. Justeru itu, untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi, kita perlu bijak menyesuaikan diri kita dengan konteks komunikasi. Komunikasi tidak stereotaip! Kepelbagaian kemahiran, gaya dan gabung jalin pengetahuan ilmu komunikasi dalam sesuatu konteks komunikasi dapat menjamin kelancaran dan kejayaan sesuatu proses komunikasi. Dalam Bab 11 pula anda didedahkan dengan suatu dimensi pemikiran yang mungkin baru pada diri anda. Pemikiran luhur, lateral, kritikal dan pemikiran kritis merupakan bidang yang berkaitan dengan minda manusia. Oleh kerana komunikasi adalah cetusan rangsangan dalam diri manusia, maka kita tidak perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Pemikiran yang luhur dapat menjamin kualiti mesej dan tindakan komunikasi yang positif dan bermakna kepada semua khalayak kita.

  • 197

    Setelah mengikuti sebelas bab asas komunikasi, anda disyorkan agar menyemak semula semua objektif bab yang disediakan di awal setiap bab. Pastikan anda dapat menguasai objektif yang telah ditetapkan dalam silibus ini. Akhirnya, diharapkan anda dapat mencapai objektif-objektif kursus Pengantar Komunikasi seperti berikut:

    (i) Menerangkan sejarah perkembangan bidang, asas teori komunikasi dan model proses komunikasi.

    (ii) Mengenal pasti idea-idea dan konsep-konsep asas bidang komunikasi.

    (iii) Mengenal pasti bentuk mesej dan jenis-jenis komunikasi. (iv) Mengaplikasikan idea dan konsep komunikasi dengan

    persekitaran semasa. Ilmu asas komunikasi yang anda pelajari dalam kursus ini juga akan dibincangkan secara tidak langsung dalam kursus-kursus asas lain seperti Teori Komunikasi, Pengantar Komunikasi Organisasi dan Komunikasi Kemanusiaan.