bab10.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    1/22

    1

    Dasar British dan Kesannya

    terhadap ekonomi negara

    Pengenalan

    Zaman awal Tanah Melayu telah dikenali sebagai Suvarnabhumi (Bumi Emas) Banyak pelabuhan penting muncul di sepanjang Selat Melaka menjadi tumpuan pedagang-

    pedagang India, China dan Eropah.

    Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkantanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah.

    Pertapakan kuasa Barat telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial sepertigetah, tebu, tembakau dan kelapa sawit.

    Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah memberikan kesanmendalam dan mengubah corak ekonomi, politik dan social masyarakat tempatan.Ekonomi

    Tradisional

    Ekonomi Sara diri

    Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi sepertimemungut hasil hutan, menternak binatang danmenangkap ikan secara kecil-kecilan.

    Pengeluaran dalam bentuk skala kecil, menggunakanteknologi mudah, modal yang kecil, jumlah buruhyang terhad dan pasaran yang kecil.

    Lebihan pengeluaran digunakan oleh keluarga ataukumpulan masayarakat untuk kenduri kendara, tukarbarang dan bayaran zakat.

    Adakalanya lebihan pengeluaran disimpan untukmemastikan kelangsungan bekalan bekalan makanan.

    Masyarakat Melayu juga menanam ubi, kelapa danpisang.

    Untuk menambah sumber bekalan makananmasyarakat Melayu menternak binatang seperti ayam,itik, lembu dan kerbau.

    Teknologi

    Peralatan asas yang digunakan diperbuat daripadabahan yang ada di sekitar mereka contohnya dalampenanaman padi mereka menggunakan peralatan

    seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala.

    Sistem pengairan yang mudah dari sumber sungaiatau hujan.

    Dalam kegiatan menangkap ikan peralatan yangdigunakan mudah dan bergantung kepada kawasanpenangkapan ikan sama ada di laut, sungai atau

    sawah padi.

    Kaedah yang digunakan adalah dengan tali kail,bubu dan jala.

    Teknologi yang digunakan oleh masyarakatMelayu dalam kegiatan ekonomi sara diri

    bergantung kepada tenaga binatang atau manusiadan bukannya mesin.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    2/22

    2

    Ekonomi Dagangan

    Pengenalan

    Ekonomi dagangan bermaksud kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkanlebihan pengeluaran untuk tujuan eksport.

    Pengeluaran dalam jumlah yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yangbanyak dan modal yang besar, teknologi moden dan pasaran yang lebih meluas.

    Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India sejak sebelumkedatangan British.

    Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih untuk membuat gendang gangsa, alatan senjatadan alatan muzik seperti gong.

    Perlombongan bijih sebelum kedatangan British.

    Kebanyak lombong dikuasai oleh pembesar Melayudan diusahakan oleh buruh-buruh tempatan.

    Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknikmendulang di kawasan sungai.

    Antara pembesar yang memiliki kawasan lombongbijih termasuklah Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja

    Jumaat (Selangor), Datuk Kelana Putra, Datuk Bandardan Datuk Muda Linggi (di Sungai Ujong)

    Kegiatan Ekonomi selepas kedatangan British.

    Penguasaan British terhadap pelabuhan utamatelah mewujudkan satu rangkaian ekonomi

    dagangan yang berkembang pesat terutama di

    kawasan yang kaya dengan bijih timah dantanaman getah.

    Kepesatan kegiatan British dan dasar pertaniannyatelah menyebabkan aktiviti ekonomi tradisionalterutama di kawasan luar Bandar terpinggir danketingalan.

    Ini telah mewujudkan dua jenis ekonomi iaituekonomi sara diri dan ekonomi komersial.

    Penumpuan kepada aktiviti ekonomi di PantaiBarat telah menyebabkan ketidakseimbangan

    pembangunan dengan negeri-negeri di PantaiTimur.

    Buruh

    Buruh luar dibawa masuk kesan perkembanganperusahaan perlombongan bijih.

    Buruh luar dari China telah dibawa masuk padapertengahan kurun ke-19.

    Buruh China juga diperlukan untuk sector perladangan.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    3/22

    3

    Sistem Pertanian Komersial

    British memberi penekanankepada pertanian berasaskan

    eksport.

    Pertanian komersial memberisumbangan kepada pendapatan

    kerajaan British di Tanah Melayu.

    Tanaman komersial yangdigalakkan ialah ubi kayu, kopigambir, lada hitam dan tembakau

    Semasa pemerintahan MaharajaAbu Bakar, gambir dan lada

    hitam telah diusahakan secarabesar-besaran melalui system

    kangcu.

    1860-an Johor mempunyai 1200ladang lada hitam dan gambir.

    Pada zaman penjajahan British, tanaman komersialbanyak melibatkan para pemodal dari Eropah dan

    China.

    Mereka menguasai pertanian komersial keranamempunyai modal, teknologi serta konsesi tanah

    yang luas dan pajakan yang lama.

    Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomipertanian sara diri, ini mewujudkan dwiekonomi.

    Pada kurun ke-19, British hanya memberi tumpuankepada tanaman kopi dan tembakau manakalapemodal dari China mengusahakan gambir, lada

    hitam dan ubi kayu.

    Pada kurun ke-20, pemodal British telahmengusahakan tanaman getah untuk tujuan

    eksport.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    4/22

    4

    Perusahaan Getah

    Perkembangan RevolusiPerindustrian menyebabkan

    permintaan yang tinggi terhadapgetah akibat perkembangan industri

    membuat kereta.

    Perkembangan industri pembuatanseperti kasut, tayar basikal dan peralatn

    elektrik meningkatkan permintaanterhadap getah.

    Ini menyebabkan harga getah melabungtinggi dan menjadikan perusahaan getah

    merupakan perusahaan yang penting diTanah Melayu.

    H.N Ridley telahmemperkembangkan perusahaan

    getah.

    Ridley telah menyakinkan parapeladang untuk menanam getah dan

    mengagihkan benih getah secarapercuma.

    Ridley juga telah memperkenalkanteknik torehan ibidem yang lebih

    sesuai.

    Galakan dan sokongan Britishmemainkan peranan penting perluasan

    kawasan tanaman getah.

    British menyediakan kadar sewa tanahdan tariff cukai yang rendah kepada

    peladang yang ingin mengusahakantanaman etah.

    Perkembangan infrastukturseperti jalan raya dan kereta

    api dibina menghubungkankawasan pertanian dengan

    pelabuhan dan pusatpentadbiran untuk kemudahan

    golongan pengusaha.

    British telah membawa buruhpekerja asing terutamanya

    dari Selatan India untukbekerja dengan bayaran gaji

    yang murah.

    Tujuan untuk mengatasimasalah kekurangan buruh.

    Zaman Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan kejatuhan harga getah di pasaran dunia 1929-1932. Nilai eksport getah mulai pulih selepas tahun 1934 disebabkan peningkatan permintaan dunia dan kawalan Negara

    pengeluar.

    Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi mengawal harga getah. Prinsip asal rancangan ini adalah untuk mengehadkan pengeluaran getah di kalangan Negara pengeluar. Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    5/22

    5

    Industri Perlombongan

    Perlombongan merupakan kegiatanekonomi perdagangan penting

    masyarakat Melayu tradisional.

    Tanah Melayu kaya dengan pelbagaihasil galian seperti emas, bijih timah,arang batu, bauksit, antimony dan

    bijih besi sehingga digelarSuvarnabhumi yang bermaksud Bumi

    Emas.

    Bijih timah dan emas telahdilombong oleh masyarakat Melayusecara kecil-kecilan.

    Bijih timah telah mendapatperhatian British keranasector ini telah

    mendatangkan keuntungan

    yang lumayan akibatpermintaan yang tinggi.

    Pemodal-pemodal Eropahkemudiannya telah

    melibatkan diri dalamperlombongan yang

    sebelum ini diusahakan olehorang Melayu.

    Pengusaha China mula terlibatdalam sector perlombongan bijihtimah mulai pertengahan abad ke-

    19.

    Pada awalnya mereka diawasioleh pembesar Melayu.

    Hasil bijih yang dilombong,dijual semula kepada pembesar

    Melayu. Harga bijih ditentukan sendiri

    oleh pembesar Melayu.

    Pada awal abad ke-20, pelombong Eropah mulaimenguasai industri perlombongan bijih timah.

    Pemodal Eropah berjaya menyaingi pemodaldari China kerana menyediakan modal untukmenggunakan kapal korek.

    Kelebihan yang ada pada pemodal Eropah telahmembolehkan mereka menguasai sector

    pengeluaran bijih timah.

    Beberapa enakmen dan undang-undang telahdiluluskan untuk membolehkan Kolonial British

    menguasai perusahaan melombong bijih timah.

    Terdapat pembesar Melayu mengambil jalan mudahuntuk mendapat keuntungan dengan memajakan

    lombong mereka kepada saudagar-saudagar China darinegeri-negeri Selat.

    Ini disebabkan para pembesar Melayu tidak berupayauntuk menyediakan modal berbanding pemodalBritish.

    Penguasaan pemodal China dalam perusahaanperlombongan bijih timah merosot pada awal abad ke-

    20, teutamanya selepas pengenalan kapal korek oleh

    pemodal Eropah.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    6/22

    6

    Penggunaan tenaga Buruh luar

    Pengenalan

    Perkembangan perlombongan dan perusahaan getah telahmenyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh tempatan untuk

    memenuhi keperluan aktiviti ekonomi tempatan.

    Bagi mengatasi masalah ini British telah membawa masuk buruhIndia untuk bekerja di ladang dan buruh China untuk bekerja dilombong bijih timah.

    Faktor Kedatangan Buruh Galakan kolonial British agar mereka

    berhijrah.

    Kedatangan mereka tidak ditentang oleh orangMelayu

    Hubungan tradisi antara TanahMelayu dengan India telahmendorong mereka berhijrah ke

    Tanah Melayu.

    Kepesatan pembangunan Tanah Melayu akibat perkembangan perusahaanbijih timah dan getah terdapat banyak peluang pekerjaan.

    Kestabilan politik yang wujud di Tanah Melayu telah menarik minat bukansahaja pemodal malahan juga tenaga buruh.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    7/22

    7

    Kemasukan Buruh China

    ke Tanah Melayu

    system tiket kredit

    Melalui sistem tiket kredit, bakal imigrandikumpulkan dari kampung-kampungdari Negara China oleh Kheh-thau

    (ketua)

    Ketua akan dibayar sejumlah wang bagisetiap imigran China.

    Bakal imigran dikenali sebagai sinkheh. Golongan imigran diletakkan di bawah

    pengawasan nakhoda kapal atau agensiburuh yang telah menerima bayaran

    daripada bakal majikan imigran.

    Sin kheh membuat perjanjian akanmenjelaskan hutang dengan bekerja

    dengan majikan tersebut dalam satutempoh yang tertentu.

    Sin kheh akan diberi tiket menunjukkanpelabuhan yang akan dituju dan

    keterangan sama ada berhutan atau tidak.

    Apabila sampai di pelabuhan, merekaakan diambil oleh orang tengah yangakan mendapatkan majikan untuk

    mereka.

    system pengambilan kakitangan

    Majikan yang memerlukantenaga buruh akan menghantarpegawainya ke China untuk

    mendapatkan buruh.

    Segala tambang danperbelanjaan dibiayai olehmajikan.

    Pegawai terbabit akanmemastikan buruh-buruh

    tersebut dihantar sehinggamereka sampai ke tempat

    majikan.

    system pengambilan rumah kongsi.

    Pengambilan buruh dilakukan olehpegawai di Negara China yangdilantik oleh sesebuah rumah kongsi.

    Pegawai tersebut akan membiayaisegala perbelanjaan buruh-buruh

    tersebut sehinggalah mereka sampaike rumah kongsi.

    Apabila buruh tersebut diserahkankepada ketua rumah kongsi,

    pembawa buruh akan dibayar dengankadar tertentu seperti yang telah

    dipersetujui.

    Pada tahun 1872, jawatan pegawai pelindung buruh dari Negara China telahdiambil untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran China.

    Beberapa undang-undang dan tindakan telah diluluskan untuk membaiki systempengambilan buruh.

    Pada 30 Jun 1914, British telah memperkenalkan system pengambilan kakitanganataupun system pengambilan rumah kongsi.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    8/22

    8

    Sistem Buruh Bebas

    Melalui sistem buruh bebasmereka akan datang sendiri

    dengan pembiayaan masing-masing.

    Kedatangan mereka diatur olehorang perseorangan atau

    kumpulan tertentu keranakepentingan ekonomi.

    Apabila di Tanah Melayumereka bebas untuk memilih

    tempat dan pekerjaan yangmereka kehendaki.

    Sistem Kontrak

    Majikan membiayai segala tambangdan perbelanjaan, sebagai balasan

    mereka akan bekerja dalam tempohmasa tertentu dengan bayaran yang

    paling minimum. Dalam system ini sering berlaku

    penindasan dan pemerasan terhadap.

    Sistem ini pernah dianggap sebagaisatu bentuk perhambaan yang tidakketara.

    Sistem ini kemudiannya digantikandengan sistem kangani pada tahun

    1907.

    Sistem Kangani

    Kangani bermaksud ketua, tandil ataumandur.

    Melalui system ini, seseorang kangani yangdiberi kepercayaan oleh majikan akan diberi

    lessen dan pulang ke India untuk mencaritenaga buruh.

    Kangani diberi wang pendahuluan untukmembiayai perbelanjaan buruh sehingga

    mereka sampai ke Tanah Melayu.

    Kangani seolah-olah seperti pengurus agensiyang membawa buruh asing.

    Pada tahun 1938, system ini diharamkankerana penyelewengan kangani.

    Kemasukan Buruh India

    ke Tanah Melayu

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    9/22

    9

    Mata Wang Awal

    Terdapat pelbagai mata wangdigunakan di Tanah Melayu

    selain di Melaka. Dinar emas telah digunakan di

    Kelantan, wang dan kupang emas

    di Terengganu dan jongkongtampang di Pahang.

    Kedatangan pedagang Eropahtelah memperkenalkan mata wang

    asing di Tanah Melayu.

    Mata wang perak Sepanyol telahdiperkenalkan pada tahun 1580

    dan bertahan selama 300 tahundigunakan di Negeri-negeri

    Melayu dan Negeri Selat.

    Pada tahun 1897, LembagaPesuruhjaya Wang ditubuhkanuntuk mengeluarkan wang kertas

    bagi negeri-negeri Selat di bawah

    ordinan XIII.

    Wang kertas ini muladiperkenalkan pada tahun 1906.

    Hanya mata wang ini sahaja sahdigunakan untuk perdagangan di

    Negeri-negeri Selat.

    Institusi Kewangan

    Bagi mempercepat dan melicinkanurusan kewangan, pihak penjajah

    telah menubuhkan institusi kewanganatau bank.

    Institusi kewangan ini telahmenyediakan kemudahan pinjaman

    kepada para pelabur.

    Secara tidak langsung telah memajudan memesatkan lagi industri getahdan bijih timah.

    Bank juga telah memperkenalkansystem kewangan moden yang

    berorientasikan keuntungan denganmemperkenalkan faedah yang tinggi.

    Penubuhan institusi kewangan initelah membolehkan dana dari luar

    Negara dapat disalurkan terus ke

    Tanah Melayu dengan lebih cepatdan mudah.

    Bank telah bertindak sebagai ejenpembayar kepada pengeksport dan

    pengimport yang kemudiannya

    menjadikan urusan perniagaanantarabangsa bertambah licin.

    Bank-Bank

    Bank yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayuialah Mercantile Bank.

    Selepas perjanjian Pangkor lebih banyak bankEropah membuka cawangan di Tanah Melayu.

    The Chartered Bank ditubuhkan pada tahun 1875,Hong Kong and Shanghai Bank pada tahun 1894dan Algemene Bank Nederland pada tahun 1899.

    Bank Eropah lebih mengutamakan pedagangEropah.

    Pedagang tempatan hanya boleh mendapatkanperkidmatan bank melalui orang tengah

    (komprador).

    Pemodal tempatan telah menubuhkan bank merekasendiri.

    Pada tahun 1913, Kwong Yik Bank telahditubuhkan, 1920 penubuhan Bank of Malaya diIpoh, dan 1935 Ban Hin Lee ditubuhkan di Pulau

    Pinang.

    Di Sarawak, Kwong Lee Bank ditubuhkan padatahun 1905, Sarawak Chinese BankingCorporation Limited tahun 1913 dan Ban Chiang

    Bank 1924.

    Orang Melayu menubuhkan Bank yang pertamaMalay National Banking Corporation pada tahun1947 di Kuala Lum ur.

    Institusi Kewangan

    Sistem mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman Sultan muzaffar Syah, mata wang emas, perak dan timah telah digunakan

    bagi tujuan melicinkan urusan perdagangan.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    10/22

    10

    Pengenalan

    Perkhidmatan insurans yangpenting pada masa itu ialahInsurans maritime, insurans

    kebakaran, insurans harta,insurans perniagaan dan

    kemalangan serta insurans nyawa.

    Abad ke-20, pengangkutan lautmerupakan pengangkutan utama

    sector perdagangan. Insurans kebakaran menjadi

    penting kerana kebakaran sering

    menimbulkan masalah.

    Contoh pada tahun 1881,berlakukebakaran yang hampirmemusnahkan Bandar Kuala

    Lumpur dan pada tahun 1892,

    100 buah kedai musnah dalam

    kebakaran di Ipoh.

    Syarikat Insurans

    Pada peringkat awal insurans di Tanah Melayumerupakan wakil syarikat asing yang beribupejabat di luar Negara.

    Antara syarikat perwakilan yang terkenal di TanahMelayu ialah Boustead and Company yang

    ditubuhkan di Pulau Pinang yang mewakiliSyarikat Royal Insurance Company dari England.

    Pada akhir abad ke-19, barulah ditubuhkanbeberapa syarikat insurans tempatan seperti StraitsInsurance Limited dan Khean Guan InsuranceLimited yang berpusat di Singapura dan Pulau

    Pinang.

    Undang-undang insurans telah dikemaskini padatahun 1917 oleh Kerajaan Inggeris.

    Berdasarkan kepada enakmen ini, insurans nyawatelah diasingkan daripada insurans kebakaran.

    Pada tahun 1948 enakmen ini telah digantikandengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan

    Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

    Perkhidmatan Insurans

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    11/22

    11

    Dasar British

    Terhadap Pertanian

    British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara langsung meninggalkan kesan yang positifterhadap masyarakat Melayu.

    Dalam sector pertanian British telah memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getahyang mendapat pasaran yang baik diperingkat antarabangsa.

    British juga cuba mengkomersialkan tanaman tradisonal seperti tanaman gambir dan lada hitam. Tanaman ini diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari India dan China. Undang-undang tanah telah diperkenalkan dalam usaha untuk memastikan British terus menguasai

    ekonomi Tanah Melayu.

    Undang-undang tanah yang diperkenalkan ini bertujuan untuk menyekat tanah milik orang Melayudicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.

    Bagaimanapun terdapat aspek-aspek yang tertentu dalam undang-undang ini menindas orang Melayu.

    Undang-Undang Berhubung Tanah,

    Sebelum Kehadiran British.

    Sebelum kehadiran British tanah tidak menjadi persoalan kerana wujud kawasan tanah yang luas dankepadatan penduduk yang rendah.

    Segala hal yang berkaitan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi di atas tanah perlu mendapatkebenaran para pembesar Melayu.

    Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan kedudukanseseorang pembesar.

    Menurut undang-undang adat, tanah yang telah diteroka dan dikerjakan akan menjadi milik seseorangdan boleh diwarisi oleh generasi kemudian.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    12/22

    12

    Penjajah telah mengubah carapemilikan tanah.

    Sistem pemilikan tanah yangdipraktikkan oleh masyarakatMelayu dianggap tidak sesuai.

    System pemilikan tanah masyarakatMelayu dikatakan tidak mempunyai

    rekod dan catatan bagi menjamindan mengesahkan hak pemilikan

    tanah.

    Sistem rekod dapat memudahkanurusan pentadbiran seperti cukaidan urus niaga seperti pajakan,sewa beli, penjualan dan

    pembelian.

    Konsep Barat tanah boleh dijadikancagaran bagi mendapatkan modal.

    British telah memperkenalkanundang-undang tanahberkonsepkan barat bagi

    memudahkan kerja

    pentadbiran tanah danpembangunan ekonomi.

    Negeri Melayu pertama yangmemperkenalkan undang-

    undang tanah ialah negeriPerak melalui Peraturan

    Tanah Perak 1879.

    Kanun Tanah Selangor telahdiperkenalkan pada tahun1891.

    Peraturan Tanah SungaiUjong telah diperkenalkan

    pada tahun 1887.

    Undang-Undang Berhubung Tanah,

    Selepas Kehadiran British.

    British telah membahagikan tanahmengikut kegunaan dan nilai komersialseperti tanah ladang, tanah peribumi dan

    tanah perlombongan.

    Jenis cukai yang dikenakan bergantungkepada jenis tanah yang dimiliki dandiusahakan.

    Pengenalan undang-undang tanah Barattelah memberi kesan kepada masyarakat

    Melayu keseluruhannya.

    Undang-undang Barat menetapkansesiapa yang berminat untukmengusahakan kawasan tidak perlumendapat kebenaran daripada pembesar

    Melayu, tetapi mestilah membuatpermohonan di pejabat tanah.

    Masyarakat tempatan juga perlumendapat kebenaran dari Pejabat Tanah

    untuk mengutip sumber hutan.

    Undang-undang Tanah British memberikuasa sepenuhnya kepada residen

    menentukan jumlah konsesi tanah yangakan diberikan kepada para pemodal.

    Dasar kerajaan British telah membawa perkembangan ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu. Semua urusan jual beli, cukai dan sewa tanah, barang keperluan dan

    perkhidmatan dibayar dengan wang.

    Masyarakat Melayu di kawasan luar Bandar bergantung kepada orangtengah untuk meminjam wang.

    Ada orang Melayu terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutangmereka.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    13/22

    13

    Akta Tanah Simpanan Melayu

    Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu pada 25 November 1913. British berpendapat akta ini penting untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, social dan politik orang

    Melayu di Tanah Melayu.

    Tujuan akta ini untuk mengelakkan tanah orang Melayu jatuh ke tangan orang asing. Akta ini memberi kuasa kepada Residen untuk mengisytiharkan mana-mana tanah milik orang Melayu sebagai

    Tanah Simpanan Melayu (TSM).

    TSM sebenarnya bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi penjajah. Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu. Kebanyakan kawasan Tanah Simpanan Melayu juga tidak subur, walaupun kawasannya besar.

    Sekiranya terdapat tanah yang subur, jumlah keluasannya terhad.

    Akta Tanah Di Sarawak

    Akta Tanah Sarawak (Land Order) telah diperkelakan padatahun 1931 untuk melindungi hak milik tanah peribumi

    daripada dicerobohi pengusaha China untuk tujuanpertanian.

    Pada tahun 1933, Land Settlement Order telahdikuatkuasakan.

    Berdasarkan akta ini, pemindahan hak milik tanah hanyaboleh dilakukan melalui pewarisan.

    Ini bertujuan mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah tersebut kepada orang luar.

    Akta membahagikan Sarawak kepada tiga kawasan iaitutanah campuran, kawasan tanah simpanan dan kawasan

    pedalaman.

    Golongan imigran hanya boleh mempunyai tanah campuransahaja, secara tidak langsung, akta ini memberi

    perlindungan kepada tanah Peribumi.

    Akta Tanah Di Sabah

    Proklamasi III perlindungan HakPeribumi yang melindungi kepentingan

    peribumi telah diwartakan oleh Britishpada tahun 1889.

    Peraturan ini menetapkan kepentinganhak milik tanah peribumi di bawahbidang kuasa Pegawai Daerah.

    Semua urus niaga tanah dengan orangEropah mesti dimaklumkan kepada

    ketua peribumi.

    Penduduk juga berhak menuntut gantirugi terhadap tanah yang dijual kepada

    orang asing.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    14/22

    14

    British mahu mengekalkan orang Melayusebagai petani.

    British telah memperkenalkan enakmentanah padi yang melarang melarang

    tanaman getah di kawasan tanaman padi.

    Tujuannya untuk mengurangkanpenglibatan orang Melayu sebagaipekebun kecil getah.

    Penglibatan orang Melayu dalampenanaman getah pada peringkat awaltidak mendatangkan masalah kepada

    penjajah British.

    Sentimen ini berubah apabila berlakukejatuhan harga getah di pasaran dunia

    pada tahun 1930-an.

    Kejatuhan harga getah telahmenyebabkan British memberiperlindungan kepada pemodal dan

    pengusaha ladang dari Eropah denganmempekenalkan rancangan Sekatan

    Stevenson pada tahun 1922.

    Rancangan Peraturan GetahAntarabangsa pada tahun 1934

    menyebabkan pekebun kecil getah diberikuota yang lebih rendah.

    Pekebun kecil getah ditekan keranaBritish menganggap mereka menjadi

    ancaman kepada pengusaha ladang.

    Langkah British untukmeningkatkan harga getah telah

    memberi kesan negatif kepadapekebun kecil getah.

    Rakyat tempatan tidak berminatdengan tanaman padi kerana

    mengusahakan tanaman getahmendatangkan keuntungan yang

    lebih baik walaupun menghadapipelbagai masalah.

    Tanah Melayu terpaksamengimport beras dari Thailand,

    Myanmar dan Indo-China.

    Untuk mengelakkanpergantungan yang berlebihanterhadap import beras dari luar,

    penjajah telah memperkenalkan

    beberapa dasar dan langkah.

    Pekebun kecil tidak dibenarkanmenanam getah di kawasan tanahsawah.

    British juga telah menubuhkanJabatan Parit dan Tali Air pada

    tahun 1930 bagi memperbaikisystem perparitan dan tali air

    untuk membantu kegiatan

    penanaman padi.

    Polisi British yang memberigalakkan kepada pelaburan

    Eropah melalui skimperladangan telah

    meminggirkan pekebunkecil di Tanah Melayu.

    Insentif kewangan danbantuan teknikal tidak

    pernah ditawarkan kepadapekebun kecil yang terdiridaripada orang Melayu.

    Ini menyebabkan pekebunkecil terpinggir dari aliran

    ekonomi.

    Tanpa bantuan teknikal danmodal, golongan pekebun

    kecil yang terdiri daripada

    orang Melayu jauh

    ketinggalan berbandinggolongan yang mendapatbantuan kerajaan kolonial.

    Polisi penjajah tidakmengambil kira kepentingan

    golongan pekebun kecil

    dalam sektor pertanian di

    Tanah Melayu.

    Dasar British Terhadap

    Pekebun Kecil

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    15/22

    15

    Kesan-Kesan Dasar

    Ekonomi

    Pembandaran

    Perubahan daripada pekan kecil ataukampung kepada sebuah bandar

    Perkembangan pesat ekonomitelah membawa kepada

    perkembangan Bandar.

    Kawasan yang kaya denganbahan mentah dan yang menjadi

    pusat kegiatan ekonomi

    berkembang menjadi Bandar.

    Pekan yang berhampiran dengankawasan perlombongan akan

    berkembang menjdai Bandar.

    Akan berlaku pertambahanpenduduk serta berfungsi sebagai

    tempat mengumpul hasil

    perlombongan

    Antara bandar yang munculekoran kegiatan perlombonganbijih ialah Bandar Kuala Lumpur,

    Taiping dan Seremban

    Bandar Miri berkembang ekoranperkembangan petroleum.

    Bandar-bandar yang baru munculberfungsi sebagai pusat perniagaan dan

    pusat pentadbiran yang dilengkapidengan pelbagai kemudahan seperti

    jalan raya, bekalan air bersih, pusatkesihatan dan institusi kewangan

    seperti bank.

    Kebanyakan kawasan Bandar lebihbanyak didiami oleh orang Chinaberbanding orang India dan Melayu.

    Masyarakat Melayu terdapat dikawasan perkampungan manakala

    orang India di kawasan lading getah.

    Perkembangan system pengankutan dan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan Bandarseperti Kuala Lumpur.

    Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah bandar besar kerana kedudukannya yang strategic.

    Ia menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain membabitkaninfrastuktur jalan raya dan jalan kereta api utama.

    Peningkatan hasil pengeluaran getah dan bijih timah telah menjadikan Pelabuhan Kelang, Melakadan Pulau Pinang menjadi pelabuhan yang penting.

    Bandar Kuching berkembang sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan ladahitam sejak tahun 1840-an.

    Pembinaan infrastuktur penjajah British tertumpu di kawasan yang mempunyai keuntunganekonomi kepada mereka.

    Kesannya kawasan Pantai Barat Tanah Melayu dibangunkan berbanding kawasan Pantai Timurkerana kawasan Pantai Barat mempunyai sumber bahan mentah yang banyak.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    16/22

    16

    Masyarakat Berbilang Kaum

    Pembentukan

    Kekayaan sumber alam, kemakmuranekonomi dan kestabilan politik telah

    menarik minat lebih ramai golongan

    imigran berhijrah ke Tanah Melayupada zaman penjajah.

    Dasar penjajah yang menggalakankemasukan buruh asing untuk

    menampung keperluan tenaga kerjatelah menyumbang kepada

    pertambahan jumlah kedatangan

    imigran China dan India.

    Imigran China di Negeri-negeriMelayu Bersekutu telah bertambahdari 163,000 orang pada tahun 1891

    kepda 300,000 orang pada 1901.

    Di Negeri-negeri Selat dalam tempohyang sama telah berkembang

    daripada 228,000 orang kepada282,000 orang.

    Petempatan

    Kewujudan masyarakatberbilang kaum ini telah

    menyebabkan wujud

    pertempatan dan jenis pekerjaanyang berbeza mengikut kaum.

    Orang Melayu yangmenjalankan kegiatan pertanian

    tinggal di kawasan luar bandar. Orang India yang kebanyakan

    menjadi penoreh getah tinggaldi kawasan estet.

    Orang China yang bekerja dilombong dan berniaga tinggal

    di kawasan bandar.

    Bahasa pertuturan yangdigunakan di antara kaum

    adalah berbeza antara satu sama

    lain.

    Masalah

    Pada zaman penjajah tidakterdapat kesepaduan dan

    interaksi antara kaum yang

    meluas.

    Perkara ini telah menyulitkanproses mewujudkanperpaduan nasional dalam

    usaha membentuk bangsa diTanah Melayu selepas

    mencapai kemerdekaan.

    Selepas mencapaikemerdekaan, kerajaan kita

    terpaksa bertungkus lumusberusaha untuk

    menghapuskan perbezaankaum berdasarkan fungsi

    ekonomi demi kesejahteraan

    dan perpaduan rakyat danNegara.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    17/22

    17

    Sistem Pendidikan Vernakular

    Pendidikan Sebelum Zaman Penjajah

    Sebelum kedatangan penjajah system, kanak-kanak Melayu mendapatpendidikan di surau, , masjid dan sekolah pondok.

    Mereka belajar membaca dan memahami al-Quran, bahasa Arab danhukum agama serta menguasai kemahiran menulis, membaca dan

    mengira.

    Sekolah Vernakular Melayu

    Selepas kedatangan penjajah, sekolah vernakular Melayu ditubuhkan diNegeri-negeri Selat.

    Sekolah Melayu pertama ialah Sekolah Melayu Teluk Belanga diSingapura 1856.

    Sekolah Melayu seterusnya di Seberang Prai (1871), Kuala Kangsardan Batu Gajah (1884).

    Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri-negeriSelat pada tahun 1885.

    Sekolah Melayu hanya dibina peringkat rendah dan kurikulumnyaterbatas.

    Ia bersesuaian dengan cita-cita penjajah menjadikan mereka petaniyang lebih baik daripada bapa mereka.

    Sekolah Vernakular China

    Sekolah vernakular China dibiayai oleh saudagardari Negara China.

    Pendidikan China seperti Sekolah chung Hwa(1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala

    Pilah menggunakan dialek masing-masing sebagaibahasa perantaraan.

    Guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dariNegara China.

    Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakanenakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekatpengaruh komunis di sekolah Cina.

    Melalui enakmen ini, segala aktiviti danpertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh British.

    Sekolah Vernakular Inggeris

    Sekolah vernakular Inggeris di Tanah Melayu padaawalnya diusahakan oleh Mubaligh Kristian danbadan sukarela.

    Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana iaterletak di kawasan Bandar dan pelajarnya terdiri

    daripada kalangan orang atasan.

    Sukatan pelajaran sekolah Inggeris disusunberasaskan system pendidikan di England.

    British juga membina Universiti Malaya diSingapura, walaupun agak terlewat.

    Sekolah Venakular Tamil

    Sekolah vernakular Tamil dibina oleh penjajah di Bandar. Pihak pengurusan ladang membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda (1912) di

    Seremban berorientasikan pendidikan di Negara India.

    Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India dan menggunakan bahasaTamil.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    18/22

    18

    Sistem Pendidikan Vernakular

    Pendidikan Sebelum Zaman Penjajah

    Sebelum kedatangan penjajah system, kanak-kanak Melayu mendapatpendidikan di surau, , masjid dan sekolah pondok.

    Mereka belajar membaca dan memahami al-Quran, bahasa Arab danhukum agama serta menguasai kemahiran menulis, membaca dan

    mengira.

    Sekolah Vernakular Melayu

    Selepas kedatangan penjajah, sekolah vernakular Melayu ditubuhkan diNegeri-negeri Selat.

    Sekolah Melayu pertama ialah Sekolah Melayu Teluk Belanga diSingapura 1856. Sekolah Melayu seterusnya di Seberang Prai (1871), Kuala Kangsar

    dan Batu Gajah (1884).

    Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri-negeriSelat pada tahun 1885.

    Sekolah Melayu hanya dibina peringkat rendah dan kurikulumnyaterbatas.

    Ia bersesuaian dengan cita-cita penjajah menjadikan mereka petaniyang lebih baik daripada bapa mereka.

    Maktab Perguruan Sultan Idris dibina bertujuan melatih guru untuksekolah Melayu.

    Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) dibina untuk golongan elit.

    Sekolah Vernakular China

    Sekolah vernakular China dibiayai oleh saudagardari Negara China.

    Pendidikan China seperti Sekolah chung Hwa(1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala

    Pilah menggunakan dialek masing-masing sebagai

    bahasa perantaraan.

    Guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dariNegara China.

    Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakanenakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekatpengaruh komunis di sekolah Cina.

    Melalui enakmen ini, segala aktiviti danpertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh British.

    Sekolah Vernakular Inggeris

    Sekolah vernakular Inggeris di Tanah Melayu padaawalnya diusahakan oleh Mubaligh Kristian dan

    badan sukarela.

    Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana iaterletak di kawasan Bandar dan pelajarnya terdiridaripada kalangan orang atasan.

    Sukatan pelajaran sekolah Inggeris disusunberasaskan system pendidikan di England.

    British juga membina Universiti Malaya diSingapura, walaupun agak terlewat.

    Sekolah Venakular Tamil

    Sekolah vernakular Tamil dibina oleh penjajah di Bandar. Pihak pengurusan ladang membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda (1912) di

    Seremban berorientasikan pendidikan di Negara India.

    Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India dan menggunakan bahasaTamil.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    19/22

    19

    Sektor Perkilangan

    Sebelum abad ke-20 ekonomi British di Tanah Melayu tertumpukepada pengeluaran bahan mentah terutama getah dan bijih timah.

    Semua barangan perkilangan yang diperlukan di Tanah Melayu telahdiimport.

    Barangan perkilangan yang diimport telah memperlahankanperkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu.

    Perusahaan Berasaskan Getah

    Pada tahun 1923, Syarikat Shum Yip Leongtelah mendirikan dua buah kilang yang

    menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke

    China.

    Kilang yang berasaskan getah juga telahdibina di Setapak, Selangor dan di Tapah,Perak.

    Kilang Kasut Bata telah ditubuhkan diKlang, Selangor untuk membuat kasut getah.

    Syarikat Fung Keong di Klang, Selangor danKinta Rubber Works di Ipoh, Perakmengeluarkan barangan yang berasaskan

    Perusahaan Berasaskan Bijih

    Timah

    Syarikat United Engineerstelah mendirikan kilang untuk

    membina kapal korek, kapalkecil dan mesin memproses

    getah.

    Syarikat Straits TradingCompany menjalakanperusahaan melebur bijih

    timah.

    Secara umumnya kebanyakan kilang dimiliki dan diusahakan olehpemodal Eropah atau orang China.

    Orang Melayu terus tercicir dan ketinggalan. Tindakan pemerintah untuk membanyakkan penglibatan orang Melayu

    dalam sector perindustrian dan perniagaan mulai tahun 1970-an adalah

    wajar untuk mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum.

    Perusahaan Mengetin

    Perusahaan kaleng-kalengan telah diasaskan

    di Johor oleh seorang

    berbangsa Perancis.

    Perusahaan yang berpusatdi Johor ini telahmenghasilkan nanas di

    dalam tin untuk dieksport.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    20/22

    20

    Jalan Raya

    Jalan raya berasal daripada jalan denai dankereta lembu yang digunakan untuk

    mengangkut bijih timah dan getahkemudian ditukar dengan jalan berturapdan tanah merah.

    Pembinaan jalan raya semakin berkembangterutamanya dikawasan perlombongan

    bijih timah dan getah.

    Menjelang tahun 1895, Perak dan Selangormempunyai rangkaian jalan raya sepanjang2400 km.

    Pengenalan kenderaan bermotormenyebabkan kegunaan jalan raya semakinpopular.

    Pada tahun 1911, jalan raya Seberang PraiMelaka telah disiapkan.

    Jalan raya menghubugkan Perlis danSingapura telah disiap dibina antara tahun

    1911 hingga tahun 1928.

    Untuk menghubungkan pantai Timurdengan pantai Barat, Jalan raya Kuala

    Lumpur dengan Kuantan dibina.

    Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

    Jalan Kereta Api

    Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkanpengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan

    ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan kereta api telah dibina pada tahun 1885

    menghubungkan Taiping dengan Port Weld.

    Jalan kereta api lain turut dibina menghubungkankawasan perlombongan dengan pelabuhan seperti

    Kuala Lumpur ke Port Swettenham (1889), Serembanke Port Dickson (1891), Ipoh dengan Tapah kemudian

    ke Teluk Anson (1895).

    Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan diSelangor, Perak dan Negeri Sembilan telah

    dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api. Jalan kereta api menguhubungkan Seberang Prai

    dengan Siam siap pada tahun 1918.

    Pada tahun 1931, jalan kereta api Pantai Timurmenghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke

    sempadan Siam siap dibina.

    Menjelang 1923, jalan kereta api Tanah Melayu telahdihubungkan hingga ke Singapura.

    Pembinaan jalan kereta api telah menggalakkanpembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah.

    Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian telah menyebabkanperkembangan system perhubungan dan pengangkutan.

    Sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio danperkhidmatan udara turut diwujudkan.

    Dengan system perhubungan ini, hubungan dengan Negara luar semakin cekap.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    21/22

    21

    Perkhidmatan Kesihatan

    Hospital dan Pusat Kesihatan

    Kerajaan British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan bertujuanuntuk mengawal penyakit.

    Hospital awal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898. Menjelang tahun 1895, terdapat lebih kurang 29 buah pusat perubatan

    di Perak dan di Kuala Lumpur.

    Di Perak, hospital telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng,Kerian dan Kuala Kangsar.

    Di negeri-negeri lain pusat kesihatan kecil telah dibina, misalnya 14buah pusat kesihatan di Selangor, 2 buah di Pahang 3 buah di Negeri

    Sembilan.

    Institut Penyelidikan Perubatan

    Kerajaan British juga menjalankan usaha untukmengawal penyakit.

    Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telahditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1900.

    Institut ini bertanggungjawab untuk mengkaji puncapenyakit dan langkah-langkah pencegahan yangpatut diambil.

    Sanitary Board

    British juga menitikberatkan kebersihan dankesihatan awan di kawasan bandar.

    Sanitary Board telah ditubuhkan pada tahun 1890-anuntuk mengawasi kebersihan dan kesihatan di

    kawasan bandar di Kuala Lumpur.

    Lembaga seperti ini turut dibina dibeberapa Bandardi Perak. Pada tahun 1911, fungsi dan tanggungjawab

    Sanitary Board telah dipecahkan kepada duabahagian.

    Tanggungjawab menjaga kebersihan bandarditeruskan oleh Sanitary Board sehingga perang

    Dunia ke-2.

    Tanggungjawab kesihatan diambil alih oleh JabatanKesihatan.

    Hospital dan Pusat Kesihatan di Sabah dan Sarawak

    Di negeri Sabah, beberapa buah hospital telah dibina di Jesselton,Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau.

    Di negeri Sarawak, perkhidmatan perubatan tertumpu di bahagianKuching sahaja.

    Selepas tahun 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Amandan Sibu.

    Hospital Swasta

    Terdapat juga hospital yang dibina dengan pembiayaan atausumbangan orang perseorangan.

    Hospital Tung Shing (swasta) di Kuala Lumpur dibina untukmemberikan perkhidmatan kesihatan khususnya kepada pekerja

    lombong bijih yang terdiri daripada kalangan imigran China.

  • 8/14/2019 bab10.pdf

    22/22

    22