bab haid

21
Darah yang keluar dari faraj wanita ada tiga : 1. Darah Haid 2. Darah Nifas 3. Darah Istihadhah BAHAGIAN PERTAMA : HAID DAN PERMASALAHANNYA 1.1 Definisi Haid Haid dari sudut : Bahasa : Mengalir Syara’ (Istilah Ulama’ Fiqh) : Darah yang keluar dari pangkal rahim wanita dalam keadaan sihat pada waktu tertentu setelah mencapai usia baligh tanpa sebab-sebab penyakit lain. 1.2 Dalil-dalil berkaitan dengan Haid Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 222 : ُ ثْ يَ حْ نِ مَ ّ نُ ه وُ تْ َ فَ نْ ر َ ّ هَ طَ ت اَ ذِ ! َ فَ نْ ر ُ هْ طَ ت ىَ ّ تَ حَ ّ نُ ه وُ $ تَ رْ قَ ت اَ لَ وِ ض يِ حَ مْ ل ا ىِ فَ ء َ سِ ّ لن وا اُ لِ زَ تْ ع َ ى فً ذَ اَ وُ هْ ل ُ فِ ض يِ حَ مْ ل اِ نَ عَ @ كَ B ونُ لَ ْ سَ يَ وَ ن يِ رِ ّ هَ طَ يُ مْ ل اُ ّ $ ثِ حُ يَ وَ نH يِ $ ن اَ ّ وَ ّ ت ل اُ ّ $ ثِ حُ يَ َ ّ اَ ّ نِ ! اُ َ ّ اُ مُ كَ زَ مَ اMaksudnya : “ Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah

Upload: khairul-anuar-ismail

Post on 20-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB HAID

Darah yang keluar dari faraj wanita ada tiga :

1. Darah Haid2. Darah Nifas3. Darah Istihadhah

BAHAGIAN PERTAMA : HAID DAN PERMASALAHANNYA

1.1 Definisi Haid

Haid dari sudut :

Bahasa : Mengalir

Syara’ (Istilah Ulama’ Fiqh) : Darah yang keluar dari pangkal rahim wanita dalam keadaan sihat pada waktu tertentu setelah mencapai usia baligh tanpa sebab-sebab penyakit lain.

1.2 Dalil-dalil berkaitan dengan Haid

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 222 :

�ذ�ا ف�إ ن� �ط�هر� ي �ى ح�ت وهن� ب �ق�ر� ت و�ال� �م�ح�يض� ال ف�ي اء� #س� الن وا �ز�ل ف�اع�ت �ذ)ى أ هو� قل� �م�ح�يض� ال ع�ن� �ك� ون �ل أ �س� و�ي�ط�ه#ر�ين� �مت ال ح�ب/ و�ي �ين� �و�اب الت ح�ب/ ي �ه� الل �ن� إ �ه الل م ك م�ر�

� أ �ث ي ح� م�ن� وهن� �ت ف�أ ن� �ط�ه�ر� ت

Maksudnya : “ Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri ”.

آدم" " بنات على الله كتبه شىء :Dan sabda baginda s.a.wهذا

Page 2: BAB HAID

1.3 Sebab-sebab berlakunya haid terhadap wanita

Haid merupakan perkara semulajadi dan asal fitrah penciptaannya yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Ianya berlaku disebabkan tabiat penciptaan wanita dan tidak ada sebab atau punca lain kepada berlakunya haid. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 62 :

�د�يال) �ب ت �ه� الل �ة� ن ل�س �ج�د� ت �ن� و�ل �ل ق�ب م�ن� �و�ا ل خ� �ذ�ين� ال ف�ي �ه� الل �ة� ن س

Maksudnya :

1.4 Nama-nama Haid

1- Al-Haidh (الحيض) : nama yang paling masyhur. Sabda nabi s.a.w : " أسود دم الحيض دم إن"يعرف

2- At-Thomthu ( الطمث)

العراك ) ) -3

(الضحك ) -4

5- Al-Ikbar ( اإلكبار)

6- Al-‘Iksor ( اإلعصار) )

(الطمس ) -7

(الدراس ) -8

(الفراك ) -9

10- An-nifas ( النفاس)

1.5 Warna -warna Darah Haid

Terdapat lima warna haid disisi mazhab Syafie’ iaitu:

1- Warna hitam2- Warna merah3- Warna merah kekuningan4- Warna keruh5- Warna kuning

Page 3: BAB HAID

1.6 Ciri-ciri utama darah haid

Rasulullah s.a.w menyifatkan darah haid dengan sifat-sifat berikut iaitu:

1. Keadaan darah haid sedikit pekat.2. Darah haid seperti terbakar akibat kepanasannya.3. Ianya mengalir atau keluar dengan perlahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa

keluar.4. Darah haid agak berbau tambahan pula ianya berwarna hitam dan sangat merah.

1.7 Kepentingan Hukum-hukum Haid kepada Wanita

Ibnu Nujaim berkata : “ Bab haid di antara bab-bab yang rumit permasalahannya khususnya wanita mutahaiyirah (seorang wanita yang mengalami ketidakpastian di dalam menentukan warna dan waktu kebiasaan turun darah haid)”.

Oleh itu, ulama’-ulama’ muktabar amat mengambil berat tentang masalah haid. Muhammad bin al-Hasan asy-Syaibani membukukan masalah haid di dalam satu buku khas.

1.8 Umur Permulaan Haid

Pendapat Jumhur Ulama’ : usia 9 tahun mengikut bulan hijriah dikira sebagai umur paling awal haid bagi wanita.

Jika wanita mendapati darah ini sebelum genap usia Sembilan tahun maka Imam As-Syafie’ rahimahullah berpendapat ia adalah darah fasad. Bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan dari Aisyah r.a telah berkata :

" " البيهقى رواه امرأة فهى سنين تسع الجارية بلغت إذا

Maksudnya : “ Apabila seseorang kanak-kanak wanita berumur 9 tahun, maka dia telah menjadi wanita dewasa “ (Riwayat oleh al-Baihaqi dan al-Tirmizi).

Dan telah berkata Imam Syafie’ rahimahullahu taala :

أعجب سنين لتسع تحضن تهامة نساء تحضن، النساء من سمعت " ما

Page 4: BAB HAID

1.9 Umur Tamat tempoh haid bagi wanita

Para ulamak berselisih pendapat dalam menentukan usia putus haid bagi wanita :

1. Mazhab Syafie’ : 62 tahun.2. Mazhab Hanafi : 55 tahun hingga 60 tahun.3. Mazhab Maliki : 70 tahun.

1.10 Tempoh Haid

a) Sekurang-kurang tempoh haid

pendapat mazhab Syafie’ : sekurang-kurang tempoh haid sehari semalam.

b) Tempoh haid yang paling lama

Tempoh haid yang paling lama disisi mazhab Imam Syafie’ iaitu selama 15 hari 15 malam mengikut kebiasaan bagi wanita. Diriwayatkan daripada Ali r.a sesungguhnya telah berkata :

ما استحاضة فهو عشر خمسة على زاد

c) Kebiasaan Tempoh Haid

Tempoh kebiasaan haid wanita selama 6 atau 7 hari. Ia bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w :

" وطهرهن حيضهن ميقات ويطهرن النساء تحيض كما سبعة أو ستة تعالى الله علم فى "تحيض

1.11 Tempoh suci antara dua haid

a) Sekurang-kurang Tempoh Suci

Tempoh suci yang memisahkan antara dua haid ialah sekurang-kurangnya selama 15 hari. Kebiasaan tempoh suci ialah baki daripada tempoh haid bagi sebulan tersebut. Jika tempoh haidnya selama seminggu atau 7 hari, maka tempoh suci bagi wanita tersebut ialah 23 hari. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

" تصلى ال دهرها شطر أحداكن "تمكث

Page 5: BAB HAID

b) Tempoh suci yang paling lama

Tiada had tertentu bagi suci yang paling lama atau maksimum antara dua haid. Ianya adalah kerana terdapat dikalangan wanita yang mengalami atau kedatangan haid hanya berlaku sekali setahun atau hanya sekali seumur hidup.

1.12 Tanda suci dari haid

1- Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan tanda terputusnya atau suci dari haid ialah berhentinya darah dan keluarnya cairan kuning dan keruh. Maka wanita tersebut telah suci samada selepasnya keluar lempaban berwarna putih ataupun tidak.

2- Ketentuan tentang suci seseorang wanita dari haid adalah apabila keluarnya lembapan atau cairan putih, ketika para wanita datang kepada Saidatina Aisyah r.a dengan membawa bekas yang berisi kapas yang berwarna kuning . kemudian beliau berkata; Janganlah kamu tergesa-gesa melainkan setelah mendapat ‘qissah’ putih (sperti kapas yang bersih yang menandakan suci dari haid).

1.13 Kehamilan wanita haid

Kebanyakan wanita hamil tidak turun darah haid. Wanita yang hamil akan tertutup rahimnya dan menghalang darah haid turun.

Kadang-kadang darah yang turun berwarna seakan-akan darah haid pada hari-hari kebiasaan.

Terdapat dua pendapat ulama’ dalam menyatakan adakah darah yang dilihat wanita hamil dikira darah haid atau tidak?

Pendapat pertama :

Pendapat qadim (ulama’ di dalam mazhab Syafie’) bahawa darah tersebut adalah darah istihadhah.

Dalil pendapat pertama

Hadis Abu Said ak-Khudri bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda terhadap wanita-wanita Authar yang ditawan :

تحيض حتى حمل عيرات وال تضع، حتى حامل توطأ "ال

Maksudnya : “ Janganlah wanita hamil disetubuhi dan janganlah disetubuhi wanita yang tidak hamil sehingga dia haid”. (Riwayat Abu Daud)

Page 6: BAB HAID

Hadis ini menunjukkan bahawa haid adalah tanda bersihnyarahim (tidak mengandung) maka haid tidak boleh wujud bersama hamil

Pendapat kedua:

Umum hadis Fatimah binti Abu Hubaish, bahawa Nabi s.a.w bersabda :

" يعرف أسود الحيض "دم

Makksudnya : “Darah haid adalah darah merah kehitaman yang diketahui”. (Riwayat al-Hakim dan beliau mentashihkannya).

Dan Aisyah, beliau berkata , “Wanita hamil yang turun darah, maka dia perlu meninggalkan solat”.

Pendapat terpilih :

Pendapat Jumhur fuqaha’ iaitu pendapat pertama, bahawa darah yang keluar pada wanita hamil pada bulan turun haid maka darah itu darah kotor atau darah istihadhah bukannya darah haid, ini kerana ia jarang berlaku, hukum untuk umum iaitu bagi yang banyak berlaku.

1.13 Suci yang berselang-seli semasa tempoh haid

Darah haid tidak semestinya keluar terus menerus dalam tempoh haid. Ia berkemungkinan waktu suci akan berlaku diantara hari-hari haid dalam tempoh haid.

Waktu suci tersebut adalah termasuk dalam tempoh haid dengan tiga syarat:

1. Hendaklah hari yang bersih itu diapit diantara dua haid.2. Tempoh bersih itu tidak melebihi 15 hari.3. Darah yang keluar tidak kurang dari sehari.

Contohnya :Seorang wanita pada bulan-bulan tertentu mengeluarkan darah dari 5 hingga 8 haribulan. Kemudian darah haidnya keluar kembali pada 14 hingga 18 haribulan . maka tempoh suci dari 9 hingga 13 haribulan dikira termasuk dalam masa-masa haid kerana memenuhi tiga syarat berikut :

a) Masa suci tersebut diapit oleh dua darah haid pada 5 haribulan dan 14 haribulan.b) Tempoh suci tidak melebihi 15 hari.

Page 7: BAB HAID

c) Darah yang keluar kembali pada 14 haribulan adalah melebihi sehari semalam . maka dari 5 haribulan hingga 18 haribulan merupakan tempoh haid.

1.14 Melihat darah sebelum dan semasa bersalin

Para ulamak sependapat bahawa darah yang keluar selepas bersalin adalah darah nifas. Mereka berselisih pendapat tentang darah yang keluar sebelum bersalin dalam tempoh yang dekat seperti dua atau tiga hari yang disertai rasa sakit untuk bersalin. Ulama’ Syafie’ berpendapat darah tersebut bukan darah nifas.

Para ulama’juga berselisih pendapat tentang darah yang keluar seiring dengan bersalin atau seiring dengan rasa sakit untuk bersalin. Golongan Syafie’ yang sependapat dengan mereka mengatakan bahawa ianya bukan drah haid melainkan kesan akibat bersalin. Darah ini tidak dikira sebagai nifas. Ini kerana nifas ialah darah yang keluar selepas selesai bersalin dan ia keluar selepas keluarnya bayi.

1.15 Penggunaan ubat untuk mengeluarkan haid dan menahannya

Tidak mengapa bagi wanita menggunakan sesuatu yang dapat menghalang kedatangan haid jika tidak memudaradtkan dirinya.

Dalam bab haid, istihadhah dan nifas disebutkan bahawa harus hukumnya menggunakan sesuatu yang menghalang haid dengan dua syarat:

1. Tidak dibimbangi berlakunya kemudaratan pada dirinya.2. Dilakukan dengan izin suami.

Harus menggunakan sesuatu yang menyebabkan kedatangan haid dengan dua syarat:1. Tanpa mengugurkan kewajipan seperti menggunakannya disaat hampirnya Ramadhan dengan tujuan

tidak mahu berpuasa.2. Diizinkan suami kerana dengan kedatangan haid akan menghalang suaminya bersama isterinya.

1.16 Warna keruh dan kuning

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa warna kuning dan keruh dikira sebagai darah haid jika kedatangannya pada waktu haid.

Page 8: BAB HAID

Jika kedatangannya bukan pada waktu haid, maka warna tersebut tidak dianggap sebagai darah haid walaupun warna kuning dan keruh itu adalah termasuk warna-warna darah haid.

Page 9: BAB HAID

BAHAGIAN KETIGA: BAB NIFAS

2.1 Definisi Nifas

Nifas dari segi:

Bahasa : wanita yang bersalin atau melahirkan anak.Istilah syara’ : iaitu darah yang keluar selepas melahirkan anak atau keguguran.

Para ulamak bersepakat bahawa darah yang keluar setelah seorang wanita melahirkan anak adalah darah nifas.

2.2 hukum nifas ketika bersalin tanpa keluar darah

Para fuqaha’ bersepakat bahawa nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin dan sebab bersalin.

Apabila wanita bersalin tetapi tidak terdapat darah, maka dia tidak mrnjadi wanita bernifas, tetapi adakah wanita itu berada di dalam hukum wanita bernifas dan mandi wajib?

Terdapat dua mazhab dalam permasalahan ini :

Pendapat pertama :

………………

Dalil pendapat pertama

Pendapat kedua:

Dalil pendapat kedua

………….

Page 10: BAB HAID

Pendapat terpilih ………...

…………………….

2.3 Tempoh nifas

para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam menetapkan tempoh paling kurang dan paling lama tempoh nifas disebabkan berlainan keadaan seseorang wanita di dalam masalah ini.

a) Tempoh minimum atau paling singkat ialah satu lahzoh (darah keluar sekejap) atau sehari atau tiada langsung.

b) Tempoh kebiasaan nifas ialah 40 hari.c) Tempoh maksimum atau paling lama ialah 60 hari.

2.3 Perhitungan Nifas

Permulaan perhitungan nifas adalah setelah kelahiran bayi ataupun setelah kosongnya rahim dari kandungan dan sebelum 15 hari….

……………

……………………………………

2.4 Hukum –hukum berkaitan dengan haid dan nifas

1- Mengenal umur balighTiada khilaf di kalangan fuqaha’ bahawa apabila darah haid turun pada diri wanita pada umur seawal Sembilan tahun, maka ia merupakan tanda baligh dan dia telah menerima taklif. Wanita tersebut telah terikat dengan hukum halal dan haram. Dalil yang menunjukkan bahawa wanita yang berhaid ditaklif :

" بخمار إال حائض صالة الله يقبل "ال

Maksudnya : “Allah s.w.t tidak akn menerima solat wanita yang sudah mula haid sehingga dia menutup kepala .” (Riwayat Hakim, beliau berkata hadia ini adalah sah berdasarkan syarat Muslim, begitu juga Ibnu Hibban mentashihkannya).

Page 11: BAB HAID

2- Bersuci wanita yang kedatangan haid dan nifas diharamkan keatasnya bersuci (mandi wajib dan berwudu’) dengan niat mengangkat hadas dan bertujuan untuk beribadat sedangkan ia mengetahui perkara tersebut adalah tidak sah kerana dianggap mempermainkan hukum. Antara syarat sah bersuci adalah berhentinya darah haid dan nifas.

3- Solat Haram keatas wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas melaksanakan solat fardhu, solat sunat, sujud tilawah dan sujud syukur. Sabda Rasulullah s.a.w :

الصالة فدعى الحيضة اقبلت إذا

Maksudnya : “jika haid telah datang, maka tinggalkanlah solat”.

*Suci dari haid atau nifas akhir waktu solat :

Apabila wanita yang berhaid atau bernifas telah suci dari hadas tersebut dan ia mendapati masa yang berbaki bagi solat tertentu hanya sempat untuknya melakukan solat sekadar satu rakaat, maka solat tersebut wajib diqada’kan setelah bersuci.

Jika suci dari haid atau nifas berlaku pada solat yang boleh dijamakkan contohnya solat zohor dengan asar, maka solat tersebut juga perlu diqada’. Apabila wanita tersebut telah suci pada akhir waktu solat fardhu asar dan didapati waktu yang berbaki itu hanya sempat untuk melakukan satu rakaat sahaja, maka ketika ini wajib baginya menqada’kan solat asar dan zohor setelah bersuci. Ianya kerana solat asar boleh dijamakkan dengan solat fardhu zohor. Kedua-dua solat ini perlu diqada’ setelah menunaikan solat fardhu maghrib.

*kedatangan haid selepas masuk waktu solat

Wanita yang kedatangan haid selepas masuk waktu solat sedangkan pada waktu tersebut ia mampu melaksanakan solat dengan kadar paling ringan (mencukupi rakaat solat tersebut) tetapi wanita tersebut tidak melakukannya dengan sebab melambat-lambatkan atau melakukan

Page 12: BAB HAID

pekerjaan lain terlebih dahulu tau sebagainya, maka wajib baginya qada’ solat tersebut setelah bersuci.

4- Puasa Haram hukumnya keatas wanita yang kedatangan haid atau nifas berpuasa samada puasa tersebut wajib ataupun sunat dan puasanya tidak sah.

Berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri bahawa Nabi s.a..w ditanya tentang kekurangan agama pada wanita ( الدين lalu nabi menjawab , “Bukankah apabila dia didatangi (نقصانhaid dia tidak boleh solat dan puasa.” Mereka (para sahabat wanita) menjawab, Betul.” Maka Nabi s.a.w bersabda, “Itulah pengertian kekurangan agama wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Walaupun puasa tidak wajib dan tidak sah dilakukan oleh wanita dalam keadaan haid dan nifas, namun ia wajib mengqada’ puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan.

Apabila seseorang wanita kedatangan haid atau nifas ketika sedang berpuasa, maka batal puasa tersebut dan tidak sah walaupun ia hampir tenggelam matahari dan diwajibkan qada’ puasa tersebut.

Jika ketika terbit fajar, seseorang wanita itu masih dalam keadaan haid atau nifas maka tidak perlu berpuasa dan puasanya tidak sah walaupun ia suci setelah terbit fajar.

Apabila darahnya berhenti dan suci sebelum atau hampir terbit fajar, lalu ia sempat berniat puasa untuk keesokan harinya, maka puasanya sah walaupun ia belum mandi wajib.

5- TawafHaram bagi wanita yang berhaid melakukan tawaf samada tawaf tersebut fardhu ataupun sunat.

Dalil pengharaman tawaf ia adalah berdasarkan hadis Aisyah r.a bahawa beliau tiba di Makkah dalam keadaan haid dan beliau tidak menunaikan tawaf begitu juga dengan saie di antara Safa dan Marwah lalu beliau merasa sedih.

Pada ketika itu Baginda Nabi s.a.w masuk menemui Aisyah yang dalam keadaan menangis seraya Nabi bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu menangis?”. Aisyah menjawab, “Aku ingin kalau aku tidak menunaikan haji pada tahun ini.” Nabi berkata , “Adakah kamu didatangi haid?”. Aisyah menjawab, “Ya”. Lalu Nabi s.a.w bersabda, “

Page 13: BAB HAID

Sesungguhnya haid itu adalah sesuatu yang Allah tetapkan kepada anak-anak wanita Adam, lakukan amalan haji melainkan bertawaf di kaabah sehingga kamu bersih. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Ibnu Abbas bahawa bahawa Nabi s.a.w bersabda :

" . بخير إال تكلم فال تكلم فمن تتكلمون أنكم إال الصالة مثل بالبيت "الطواف

Maksudnya : “Tawaf di kaabah itu adalah seperti solat melainkan kamu kalian boleh bercakap, baragsiapa yang hendakbercakap maka jangan bercakap melainkan kepada perkara-perkara yang baik.” (Riwayat al-Hakim). Beliau berkata, sanadnya sahih, hadis ini tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

6- Menbaca al-QuranPara fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah wanita yang berhaid membaca al-Quran. Terdapat dua mazhab di dalam masalah ini :

Pendapat pertama :Mereka berpendapat bahawa diharamkan membaca al-Quran walaupun sedikit bacaan ke atas wanita haid. Ini adalah pendapat jumhur iaitu mazhab Hanafi, Syafie, Hanbali melainkan mazhab Hanbali mensyaratkan di dalam pengharaman iaitu membaca satu ayat paling kurang atau lebih daripada satu ayat.

Dalil pendapat pertama :????????

7- Memegang dan membawa mushaf

8- Dilarang duduk di dalam masjid

9- Pengharaman menjatuhkan talak

Page 14: BAB HAID

10- Melakukan persetubuhan

11- Makruh bagi wanita haid menhadiri dan menziarahi mayat

12- Mandi wajib

BAHAGIA KETIGA : ISTIHADHAH

3.1 Definisi istihadhah

Page 15: BAB HAID

Istihadhah dari segi :

Bahasa : Bermaksud mengalir. Darah yang keluar secara berterusan selepas hari darah haid.

Syara’ : Iaitu darah yang keluar disebabkan penyakit pada hari selain dari darah haid dan nifas. Ia dikenali dengan darah istihadhah, darah penyakit dan darah kotor.

Hukum Istihadhah

Istihadhah diumpamakan seperti orang yang sentiasa berada dalam keadaan berhadas seperti mazi, wadi, angin dan ia tidak menegah seseorang itu dalam melaksanakan ibadat seperti solat, puasa dan selainnya.

………………………………………………………

Jenis-jenis Istihadhah

Terdapat 5 jenis istihadhah sepertimana berikut :

1- Darah yang kurang dari tempoh haid.2- Darah yang melebihi tempoh haid yang paling lama.3- Darah yang keluar sebelum mencapai usia baligh iaitu 9 tahun dan selepas usia putus haid.4- Darah yang melebihi tempoh nifas yang paling lama.5- Darah yang melebihi kebiasaan haid dan nifas dan melebihi kedua-duanya.

Dalil hadis yang berkaitan dengan istihadhah

……………………….

Ulamak telah menghimpunkan wanita-wanita yang istihadhah di zaman rasulullah s.a.w mereka adalah :

1- Ummu habibah ………………..2- …………………………….

Cara menunaikan ibadat bagi orang yang istihadhah

Page 16: BAB HAID

……………..

Keadaan-keadaan orang yang istihadhah

………………………………..