bab 7-ting-4 sejarah spm

15
BAB 7 BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA ISLAM DI ASIA TENGGARA

Upload: nurul-othman

Post on 03-Dec-2014

3.651 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

BAB 7BAB 7BAB 7BAB 7

ISLAM DI ASIA TENGGARAISLAM DI ASIA TENGGARA

Page 2: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

KEDATANGAN ISLAM KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARAKE ASIA TENGGARAKEDATANGAN ISLAM KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARAKE ASIA TENGGARA

Page 3: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(b) Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi menyokong teori mereka itu. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.174-178)

(1) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab

Arab - Islam berkembang di Asia Tenggara dari Semenanjung ArabCrawford - Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.Canton - Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai penempatan di Canton.Perdagangan – Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai

perdagangan dari Mesir hingga ke China.Singgah - Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di

pelabuhan Asia Tenggara.

Page 4: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

Kampung - Wujud sebuah perkampungan Islam di Utara Sumatera pada 650 M.

Kesusasteraan -Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.Sheikh -Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh dari Semenanjung Tanah Arab.

Page 5: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(ii) Teori Islam dari China

China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China Eridia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eridia dan S.Q.Fatimi.Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga China di Canton.Sebar - Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara,mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat di Asia Tenggara.Pindah - Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang

di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M.Batu - Penemuan Batu Tersurat Terengganu yang ditemui di Sg. Tersat

di Kuala Berang mencatatkan wujudnya hubungan perdagangan antara Terengganu dengan China.

Seni bina- Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara ada persamaan dgn unsur seni bina China.

Page 6: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(iii) Teori Islam datang dari India

India - Islam dikemukakan di Asia Tenggara menerusi India.Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje.Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dgn Asia Tenggara.Nisan - Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik,Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India.Kebudayaan- Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara.

Page 7: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a)Apakah faktor-faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.179 )

Perdagangan - Disebarkan oleh pedagang-pedagang yang datang berdagang.Sikap - Sikap terbuka dan kesediaan masyarakat Asia Tenggara.Perkahwinan - Melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.Raja - Pengislaman raja dan golongan bangsawan menjadi ikutan

rakyat.Kerajaan - Kerajaan Islam menyebarkan Islam ke tanah jajahan dan

negeri naungan.Intelek - Kerajaan islam juga berperanan sebagai pusat kebudayaan

dan keintelektualan Islam.Pendakwah - Pendakwah dihantar ke kawasan tertentu menyebarkan

Islam.Istimewa - Keistimewaan Islam menarik minat masyarakat.

Page 8: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(b) Bagaimanakah Islam boleh tersebar di Asia Tenggara melalui perdagangan ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.175-176 & 179-180)

Pedagang – Dakwah islamiah disebarkan oleh pedagang Islam berketurunan Arab,China dan India yang berdagang ke Asia Tenggara.

Singgah - Mereka singgah di pelabuhan Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun.

Bual - Menjadikan kepercayaan dan agama Islam sebagai tajuk perbualan dengan pedagang tempatan.Bawa - Pedagang Islam membawa ulama bersama-sama mereka

untuk menyebarkan Islam.Menetap - Mereka menetap dan membina perkampungan.Kampung - Perkampungan Islam menjadi pusat perbincangan agama

Islam.Kahwin - Ada di antara mereka yang mengahwini wanita tempatan.Nilai - Nilai-nilai Islam yang yang diperlihat menarik minat penduduk tempatan mendalami Islam.Terpuji - Sifat terpuji yang dimiliki oleh pedagang Islam menarik minat penduduk tempatan memeluk Islam.

Page 9: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

Baik - Pedagang Islam mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah tempatan.

Istimewa - Pedagang Islam menggunakan keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah untuk berdakwah.Syahbandar - Mereka menggunakan jawatan syahbandar yang dianugerah

oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam.

[14 x 2m = Mak.12 markah ]

Page 10: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a)Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran kerajaan di Asia Tenggara? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.185-187)

Institusi - Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah diperkenalkan.

Ketua - Sultan diletakkan sebagai ketua negara.Mufti - Mufti dilantik sebagai penasihat sultan.Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi,khatib,bilal,pemungut zakat,

penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf diwujudkan.Sultan - Pemerintah menggunakan gelaran Sultan.Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khalifatul Mukminin dan Zilullah fil AlamAgama - Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus adil.Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran.Nama - Nama raja juga menggunakan nama Islam.Syariah - Kerajaan Islam memperkenal undang-undang syariah.Praktik - Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.Jihad - Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah.

Page 11: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(b) Berikan kegunaan tulisan jawi ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.188-189 )

Tulisan rasmi dalam pentadbiranUntuk membaca dan menulis bahan kesusasteraanMenjadi bahasa lingua franca / bahasa perantaraan antara pedagangBahasa ilmuTulisan dalam seni khat dan seni ukir

[5 x 1m = Mak. 2 markah ]

Page 12: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(c) Nyatakan perubahan-perubahan dalam cara hidup masyarakat selepas kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.189-190 )

Kepercayaan animisme berubah kepada kepercayaan kepada AllahCara hidup Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakatIslam dijadikan ad-dinCara berpakaian berorientasikan IslamSistem sosial berkonsepkan persaudaraan dan persamaan tarafNilai akhlak Islam menjadi panduan dalam kehidupan harianAmalan bersatu-padu digalakkan dalam masyarakat

[7 x 1m = Mak.3 markah ]

Page 13: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(d) Apakah perubahan yang dibawa oleh islam dalam bidang ekonomi masyarakat Asia Tenggara? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.190 )

Institusi Baitulmal diperkenalkanKonsep mencari rezeki yang halalGalakan menceburi bidang perniagaanAmalan riba,penindasan dan penipuan adalah satu kesalahanNilai-nilai murni dalam ekonomi digalakkan

[5 x 1m = Mak. 2 markah ]

Page 14: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

(b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan di Asia Tenggara ? ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.187-188 )

Peluang - Peluang mendapatkan pendidikan terbuka kepada golongan awamSikap - Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam

jiwa masyarakat.Formal - Wujudnya institusi pendidikan formal seperti istana,pondok, pesantren,madrasah dan surau.Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama.Pondok - Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara.Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang

berasaskan peringkat pendidikan.Luar - Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar.Wanita - Wanita mendapat peluang belajar dan memegang jawatan.

[8 x 2m = Mak.8 markah ]

Page 15: Bab 7-ting-4 Sejarah spm

PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a)Nyatakan kesan-kesan kedatangan Islam terhadap perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu di Nusantara. ( Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.188-189 )

Kewujudan tulisan jawi Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran Bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran dan perdagangan Bahasa Melayu menjadi lingua franca Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu Bahasa Melayu meminjam istilah bahasa Arab Gaya bahasa Melayu dipengaruhi gaya dan tatabahasa Arab Kesusasteraan melayu dipengaruhi bentuk sastera Islam Fungsi sastera sudah berubah daripada hiburan kepada tujuan mengkritik

[9 x 1m = Mak.3 markah ]