bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/bab5.pdf · atm, tidak...

29
56 BAB 5: PROSEDUR KAWALAN PANGGILAN DALAM RANGKAIAN ATM 5.1 Prosedur Umum Secara umumnya, terdapat tiga prosedur untuk mengasaskan sebuah rangkaian maya (virtual channel) VC: 1. Penghantaran isyarat- meta (meta-signaling) – pertamanya, isyarat VC diasaskan dengan menggunakan prosedur isyarat-meta pada sebuah perhubung rangkaian maya (virtual channel connection) VCC dengan VCI iaitu pengecam rangkaian maya (virtual channel identifier) = 1. Isyarat VC ini kemudiannya digunakan untuk menghubungkan beberapa VCC yang dikehendaki. 2. Penghantaran isyarat luar kawasan pada antaramuka pengguna kepada rangkaian (out-of-band signaling on a user-to-network interface) (UNI) – Seperti di dalam N-ISDN, di mana rangkaian D yang dibiasa digunakan untuk isyarat, satu VC yang ditetapkan dengan VCI = 5 digunakan untuk panggilan yang asal. Piawai Q.2931 membekalkan hanya untuk isyarat point-to-point dan tidak menyokong isyarat siaran. Penghubung point-to- point didefinisikan sebagai hanya menjadi penghubung antara dua end- point dengan dua atau lebih VC atau laluan maya (virtual paths) VP. Dalam hubungan point-to-multipoint, end-point boleh dihubungkan kepada kepada lebih daripada satu end-point dengan satu atau lebih VC. Dalam ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet LAN. Walau bagaimanapun, ia masih memungkinkan untuk seorang pengguna untuk menghubungkan lebih daripada satu end-point dengan menggunakan prosedur isyarat point-to- multipoint. Untuk melakukan ini, panggilan pertama mengasaskan satu VCC kepada satu daripada end-point yang dikehendaki dan kemudian menambahkannya kepada panggilan yang lain satu pada satu masa untuk mengasaskan satu hubungan.

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

56

BAB 5: PROSEDUR KAWALAN PANGGILAN DALAM

RANGKAIAN ATM 5.1 Prosedur Umum

Secara umumnya, terdapat tiga prosedur untuk mengasaskan sebuah

rangkaian maya (virtual channel) VC:

1. Penghantaran isyarat- meta (meta-signaling) – pertamanya, isyarat VC

diasaskan dengan menggunakan prosedur isyarat-meta pada sebuah

perhubung rangkaian maya (virtual channel connection) VCC dengan VCI

iaitu pengecam rangkaian maya (virtual channel identifier) = 1. Isyarat VC

ini kemudiannya digunakan untuk menghubungkan beberapa VCC yang

dikehendaki.

2. Penghantaran isyarat luar kawasan pada antaramuka pengguna kepada

rangkaian (out-of-band signaling on a user-to-network interface) (UNI) –

Seperti di dalam N-ISDN, di mana rangkaian D yang dibiasa digunakan

untuk isyarat, satu VC yang ditetapkan dengan VCI = 5 digunakan untuk

panggilan yang asal. Piawai Q.2931 membekalkan hanya untuk isyarat

point-to-point dan tidak menyokong isyarat siaran. Penghubung point-to-

point didefinisikan sebagai hanya menjadi penghubung antara dua end-

point dengan dua atau lebih VC atau laluan maya (virtual paths) VP.

Dalam hubungan point-to-multipoint, end-point boleh dihubungkan kepada

kepada lebih daripada satu end-point dengan satu atau lebih VC. Dalam

ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang

terdapat di dalam Ehternet LAN. Walau bagaimanapun, ia masih

memungkinkan untuk seorang pengguna untuk menghubungkan lebih

daripada satu end-point dengan menggunakan prosedur isyarat point-to-

multipoint. Untuk melakukan ini, panggilan pertama mengasaskan satu

VCC kepada satu daripada end-point yang dikehendaki dan kemudian

menambahkannya kepada panggilan yang lain satu pada satu masa untuk

mengasaskan satu hubungan.

Page 2: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

57

3. Penghantaran isyarat pengguna-kepada-pengguna (user-to-user

signaling) – Dengan menggunakan VCC yang biasa sebagai rangkaian

isyarat utama, satu VCC diasaskan di dalam penghubung laluan maya

(virtual path connection) VPC di antara dua UNI. VCC kemudiannya

digunakan untuk isyarat.

Prosedur Q.2931 membenarkan pengguna untuk membuat permintaan

panggilan dengan keupayaan sempadan, membekalkan pembetulan kesalahan,

menunjukkan sebab dan akibat kegagalan sesuatu panggilan, penyelesaian

pelanggaran penggilan, dan juga menyokong re-initialization sesuatu

antaramuka apabila rangkaian mendapati ianya adalah mustahil untuk

berkomunikasi dengan end-point yang dihubungkan kepada antaramuka. Dalam

B-ISDN, suatu end-point boleh membuat permintaan untuk kelambatan

perpindahan yang dikehendaki, protokol AAL akan digunakan, bit-rate yang

dikehendaki berada di dalam jenis perkhidmatan constant-bit-rate (CBR), dan

sebagainya. Terdapat pelbagai jenis kesilapan seperti sesuatu mesej tidak

besturuktur denga baik, mengandungi alamat destinasi end-point yang salah,

ataupun memasukkan keupayaan sempada yang tidak wujud atau tidak

dilanggan oleh end-point. Kegagalan sesuatu panggilan juga mungkin disebakan

oleh beberapa perkara seperti rangkaian tersebut mungkin menghantar

permintaan panggilan asal yang betul, tetapi kemudiannya mungkin tidak

berfungsi dan mungkin tidak akan bertindakbalas kepada panggilan masuk

tersebut. Seperti juga sesuatu panggilan mungkin ditolak samada oleh rangkaian

atau end-point. Perlanggaran pula berlaku apabila satu end-point cuba untuk

memulakan satu panggilan pada waktu yang sama dengan rangkaian sedang

membuat panggilan masuk pada end-point.

Protokol timbunan ATM digunakan di dalam kawalan panggilan (Rajah 5-1).

AAL jenis 5 digunakan untuk mengawal mesej panggilan. Apabila satu end-point

menghantar keluar mesej, ia mungkin akan memulakan kiraan masa untuk

menglindungi daripada sebarang kegagalan fungsi dalam penerimaan supaya ia

tidak perlu menunggu untuk respon. Prosedur kawalan panggilan yang

Page 3: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

58

dimplementasi di dalan rangkaian secara umum adalah lebih terperinci daripada

yang diimplementasi pada terminal.

Sebuah VP mengandungi beberapa VC, dan dihubungkan bersama dengan

VPI. Walau bagaimanapun, VPI ini hanya mengandungi maklumat setempat

yang penting. Dalam lain perkataan, jika alat tersebut hanya mengandungi satu

antaramuka, ia mungkin mengandungi beberapa VP, setiapnya mempunyai VPI

yang unik seperti yang

Rajah 5-1 Timbunan protokol yang digunakan di dalam kawalan panggilan ATM

ditunjukkan di dalan Rajah 5-2(a). Tetapi, jika terdapat beberapa antaramuka

pada suatu alat,, laluan pada antaramuka yang berbeza boleh mempunyai VPI

yang sana seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5-2(b). Di dalam kes ini, setiap

laluan yang pelbagai melintasi semua antaramuka sekarang boleh dikenali oleh

satu pengecam laluan penghubung maya (virtual path connection identifier)

VCPI. Oleh itu, VPI dan VPCI adalah sama di dalam alat dengan satu

antaramuka, tetapi tidak pada alat yang mempunyai pelbagai antaramuka.

Sebagaimana VC boleh dihubungkaitkan di dalam rangkaian, begitu juga dengan

VP.

Kedua-dua prosedur isyarat point-to-point dan point-to-multipoint

menyokong kelas perkhidmatan yang berikut: (i) perkhidmatan orientasi-

perhubungan (connection-oriented), constant-bit-rate yang sensitif kepada

kehilangan sel dan variasi kelambatan sel, (ii) perkhidmatan orientasi-

Lapisan Aplikasi (call hadler)

AAL Jenis 5

Lapisan ATM

Lapisan Fizikal

Page 4: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

59

perhubungan (connection-oriented), variable-bit-rate, dan (iii) sebarang

perkhidmatan orientasi-perhubungan (connection-oriented) di mana pengguna

mendefinisikan jenis laluan.

Rajah 5-2 Definisi laluan maya (a) Alat ATM dengan satu antaramuka yang

mengandungi dua laluan maya VPI=1,2. (b) Alat yang dua antaramuka. VPI yang sama

digunakan kerana ianya antaramuka yang lain.

5.2 Isyarat Point-to-Point

5.2.1 Panggilan Keluar dari Terminal

Terdapat dua jenis penghantaran isyarat: bersekutu dan tidak bersekutu.

Dalam penghantaran isyarat bersekutu, kawalan penghantaran VC hanyalah VC

yang terkandung di dalam VPC yang membawa isyarat penghantaran VC.

Alat pengguna/ rangkaian

VCI= 12

VCI= 13

VCI= 14

VCI= 22

VCI= 24

VCI= 23

VPI=1

VPI=2

VPI=1

VPI=2

(a)

(b)

Alat pengguna/ rangkaian

Page 5: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

60

Manakala di dalam penghantaran isyarat tidak sekutu, isyarat penghantaran VC

boleh mengawal VC pada VPC yang lain. Secara umumnya, kedua jenis ini perlu

diadakan pada peranti pengguna dan juga rangkaian.

Peranti pengguna membuat panggilan asal dengan menghantar mesej

SETUP dan memulakan kiraan masa yang dipanggil T303. Satu mesej boleh

mengandungi sebilangan elemen maklumat, yang mana sebilangannya adalah

mandatori, yang mana selainnya adalah sebagai pilihan. Mesej SETUP tersebut

adalah termasuk trafik descriptor ATM, kebolehan sempadan broadband, yang

dipanggil alamat pihak dan parameter kualiti perkhidmatan (QoS). Jika

penghantaran isyarat bersekutu digunakan peranti pengguna mestilah termasuk

elemen maklumat pengecam penghubung, dan menunjukkan VPCI ekslusif dan

VCI ekslusif di dalam VPC tersebut, atau VPCI ekslusif tetapi dengan sebarang

VCI. Dengan perkataan lain, dalam kes pertama, peranti pengguna boleh

menerima VC dan VP yang ditunjukkan dan di dalam kes kedua pula, hanya VC

yang ditunjukkan tetapi dengan sebarang VC yang terdapat di dalam VP. Di

dalam kes yang pertama, jika VC/VP yang ditunjukkan tiada, rangkaian akan

menghantar RELEASE COMPLETE dengan cause code 45 (“no VP/VC”).

Manakala di dalam kes kedua, jika VP yang ditunjukkan tiada, rangkaian akan

menghantar RELEASE COMPLETE dengan cause code 35 (“requested

VPCI/VCI not available”). Jika kombinasi VP/VC yang dikehendaki ada,

rangkaian tersebut akan menyimpan satu ruang untuk panggilan dan

memasukkannya di dalam elemen maklumat pengecam penghubung untuk

mesej yang pertama dan kemudiannya rangkaian akan menghantar kepada

pihak penghantar.

Jika penghantaran isyarat tidak bersekutu digunakan, pengguna

mempunyai pilihan ketiga: tidak melibatkan sebarang elemen maklumat

pengecam penghubung langsung, yang mana menunjukkan bahawa ianya

bersedia untuk menerima sebarang kombinasi VPCI/VCI. Dalam kes ini,

rangkaian akan memilih VPCI/VCI yang idle dan seterusnya akan

menghantarnya bersama dengan mesej pertama kepada end-point yang asal.

Page 6: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

61

Julat VC yang boleh ditugaskan kepada end-point adalah di antara 32-

65525. rangkaian akan menugaskannya bermula daripada julat yang paling

bawah. Manakala, apabila satu end-point mahu membuat permintaan yang

tertentu, ia akan memilih rangkaian daripada julat yang paling tinggi. Julat VC

diantara 0-31 telah ditetapkan untuk tujuan lain.

Pihak pemanggil boleh menggunakan samada mod penghantaran en bloc

atau overlap. Dalam mod penghantaran en bloc, keseluruhan string alamat pihak

penghantar akan dihantar ke dalam mesej SETUP, sementara di dalam mod

penghantaran overlap, mesej SETUP hanya mengandungi sebahagian daripada

digit alamat, atau tiada langsung. Apabila menggunakan mod penghantaran en

bloc, peranti pengguna mesti melibatkan elemen maklumat penghantaran

broadband yang lengkap. Di dalam mod penghantaran overlap, rangkaian akan

bertindakbalas dengan mesej SETUP ACKNOWLEDGEMENT dan kemudiannya

untuk mengutip digit yang telah didail. Digit tersebut dihantar melalui mesej

INFORMATION. Apabila semua mesej telah dihantar, elemen maklumat

penghantaran broadband yang lengkap dihantar ke dalam rangkaian.

Andaikan mod penghantaran en bloc digunakan, jika rangkaian tersebut

tidak memberikan jawapan balas kepada mesej SETUP sebelum masa T303

tamat, maka end-point yang asal boleh menghantar mesej SETUP untuk kali

kedua, memulakan semula kiraan masa tersebut. Jika tiada jawapan semasa

masa T303 tamat untuk kali kedua, peranti pengguna akan membatalkan

panggilan tersebut.

Dalam menerima mesej SETUP, rangkaian akan memeriksa elemen

maklumat kebolehan sempadan dan menerangkan jika kebolehan sempadan

yang diminta adalah di dalam julat yang terdapat pada peranti pengguna

tersebut. Jika ia ada, rangkaian tersebut akan menghuraikan ID pihak memanggil

dengan menganggapkannya kes penghantaran en bloc. Jika ID tersebut sah,

rangkaian akan menghantar end-point asal mesej CALL PROCEEDING yang

mungkin mengandungi elemen maklumat pengecam penghubung. Jika destinasi

end-point dihubungkan pasa suis yang sama, kemudiannya ianya akan

menghantar mesej SETUP kepada end-point. Dalam pada itu, jika ia menyilang

Page 7: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

62

rangakaian penghantaran, suis akan melalui trunk dengan menghantar mesej

SETUP en route kepada destinasi end-point. Jika keupayaan sempadan yang

dikehendaki tidak terdapat pada pengguna, rangkaian akan menolak panggilan

dengan menghantar mesej RELEASE COMPLETE dengan cause code 57

(“bearer capability not authorized”). Jika ianya tiada buat sementara, panggilan

tersebut akan ditolak dengan cause code 58.

Dalam menerima mesej CALL PROCEEDING, end-point penguna akan

memberhentikan kiraan masa T303, dan akan memulakan kiraan yang baru,

T310. Pada masa ini, end-point yang asal berada di dalam keadaan menghantar

panggilan keluar.

Semasa masa T310 sedang berjalan, rangkaian akan menunggu balasan

daripada destinasi end-point. Balasan ini adalah samada mesej ALERTING yang

diikuti dengan mesej CONNECT, atau ianya hanya mesej CONNECT sahaja.

Penerimaan mesej ALERTING menunjukkan bahawa pihak pemanggil sedang

diberi amaran, dan penerimaan mesej CONNECT menunjukkan destinasi end-

point telah menerima panggilan tersebut. Di dalam salah satu kes, rangkaian

akan menghantar mesej kepada end-point yang asal. Ia kemudiannya akan

menerima mesej ALERTING, ia akan memberhentikan masa T310, dan

memberikan (jika perlu) bunyi deringan yang dijanakan setempat kepada

pengguna, dan kemudian menunggu untuk mesej CONNECT. Apabila ia

menerima mesej CONNECT, ia akan memberhentikan masa T310, jika ia tidak

lagi diberhentikan, dan menghantar mesej CONNECT ACKNOWLEDGEMENT

kepada rangkaian. Jika tidak mendapat sebarang balasan daripada rangkaian

sebelum masa T310 tamat, end-point asal akan membatalkan panggilan dangan

cause code 102 (“recovery on timer expiry”).

5.2.2 Prosedur Kawalan Panggilan Masuk

Apabila rangkaian menerima mesej SETUP daripada peranti pengguna,

pertama sekali ia akan memeriksa samada ia mempunyai sumber yang lengkap

untuk mengendalikan panggilan tersebut. Jika ya, ia akan mempamerkan mesej

Page 8: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

63

SETUP kepada destinasi end-point, memulakan kiraan masa T303, dan bertukar

keadaaan daripada idle kepada call present. Untuk penerimaan en bloc, mesej

mengandungi alamat penuh pihak pemanggil dan juga mungkin mengandungi

elemen maklumat penghantaran yang lengkap. Jika rangkaian tidak mempunyai

sumber lengkap, ia akan menolak permintaan untuk panggilan masuk dengan

menghantar terminal asal mesej RELEASE COMPLETE dengan cause code 47

(“resources unavailable, unspecified”).

Semasa masa T303 sedang berjalan, rangkaian mungkin akan menerima

mesej CALL PROCEEDING, ALERTING, CONNECT atau RELEASE

COMPLETE. Jika ia menerima mesej CALL PROCEEDING daripada pihak

pemanggil sebelum masa pada T303 berenti, ia kana memberhentikan masa

tersebut, memulakan kiraan masa T310, dan menukar keadaan kepada

Incoming Call Proceeding. Jika ia menerima mesej CONNECT, ia akan

memberhentikan masa T303, menghantar mesej CONNECT kepada pihak

pemanggil dan mesej CONNECT ACKNOWLEDGEMENT pada pihak yang

menerima, dan memasuki keadaan Connect Request. Akhir sekali, ia menerima

RELEASE COMPLETE, ia akan memohon prosedur pembatalan panggilan pada

antaramuka asal dengan menghantar kepada pihak pemanggil mesej RELEASE

dengan cause code 18 (“no user responding”).

Jika rangkaian menerima mesej CALL PROCEEDING, tetapi tidak

menerima mesej ALERTING, CONNECT atau RELEASE sebelum masa T310

tamat, ia akan memohon prosedur pembatalan panggilan pada antaramuka asal

dengan cause code 18 (“no user responding”) dan antaramuka destinasi dengan

cause code 102 (“recorvery on timer expiry”).

Jika rangkaian menerima mesej ALERTING, tetapi tidak menerima mesej

CONNECT atau RELEASE sebelum masa T301 tamat, ia akan memohon

prosedur pembatalan panggilan pada antaramuka asal dengan cause code 19

(“no answer from user”) dan antaramuka destinasi dengan cause code 102

(“recovery on timer expiry”). Perhatikan dalam panggilan data, peranti pengguna

boleh melangkah mesej ALERTING dan menghantar terus mesej CONNECT.

Page 9: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

64

Jika rangkain tidak menerima sebarang balasan daripada pihak yang

dipanggil sebelum masa T303 tamat, ia akan menghantar mesej SETUP untuk

kali kedua dan memulakan semula kiraan masa. Jika ia masih tidak mendapat

balasan sebelum masa kedua tamat, rangkaian akan memohon prosedur

pembatalan panggilan pada antaramuka asal dengan cause code 18 (“no user

responding”). Rajah 5.3 akan menyimpulkan perjalanan kawalan mesej

panggilan.

5.2.3 Prosedur Pembatalan Panggilan

Prosedur pembatalan panggilan adalah sama pada rangkaian dan

pengguna. Jika pihak pemanggil hendak membatalkan panggilan, ia akan

menghantar mesej RELEASE kepada rangkaian, dan memulakan kiraan masa

pada T308, memutuskan hubungan dengan VC, memasuki keadaan Release

Request, dan menunggu mesej RELEASE COMPLETE daripada rangkaian.

Pada rangkaian pula, ia akan memutuskan hubungan VC dengan pengguna

yang memanggil, menghantar RELEASE COMPLETE pada pihak yang

memanggil, membebaskan nilai rujukan panggilan dan VC yang telah digunakan

dalam antaramuka panggilan, dan kemudiannya memulakan prosedur

pembatalan pada pengguna yang dipanggil. Apabila pihak memanggil menerima

mesej RELEASE COMPLETE, ia akan memberhentikan masa T308,

membebaskan VC, dan memasuki

Page 10: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

65

Rajah 5-3 Hubungan mesej panggilan dalan rangkaian ATM

Rajah 5-4 Turutan pembatalan mesej

Calling party Network

SETUP

SETUP CALL PROCEEDING

CALL PROCEEDING

ALERTIING

ALERTIING

CONNECT

CONNECT

CONNECT ACK

CONNECT ACK

ACTIVE STATE

Calling party Network

RELEASE

RELEASE

RELEASE COMPLETE RELEASE COMPLETE

Called party

Called party

Page 11: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

66

keadaan Idle. Jika peranti pengguna tidak menerima sebarang balasan daripada

rangakian sebelum masa T308 tamat, ia akan menghantar mesej RELEASE

untuk kali yang kedua, dan boleh memilih untuk menghantar maklumat elemen

second cause dengan cause code 102 (“ recovery on timer expiry”), dan

memulakan kiraan masa semula. Jika masih tidak terdapat sebarang balasan

sebelum masa kedua tamat, peranti pengguna meletakkan VC pada mod

penyelenggaraan, membebaskan nilai rujukan panggilan, dan kemudiannya

memasuki keadaan Idle. Rajah 5-4 merupakan turutan pembatalan.

5.2.4 Prosedur Mula Semula

Jika VC atau antaramuka tidak berfungsi dengan baik, ini mungkin perlu

untuk re-initialize VC atau antaramuka fizikal yang berkaitan. Ini boleh dilakukan

dengan menghantar satu mesej RESTART dengan elemen maklumat penanda

yang betul dan elemen maklumat pengecam penyambung yang menunjukkan

VC atau antaramuka yang ingin dimulakan. Penghantar juga perlu untuk

memulakan masa pada T316. Apabila penghantar menerima mesej RESTART

ACKNOWLEDGE, ia akan memberhentikan masa pada T316, membatalkan

panggilan, dan jika ada VC atau antaramuka yang ditunjukkan. Dan

membebaskan semua nilai rujukan panggilan. Dalam menerima RESTART,

penerima juga perlu untuk melakukana perkara yang sama. Jika penghantar

tidak menerima RESTART ACKNOWLEDGE sebelum masa pada T316 tamat, ia

akan menghantar semula mesej RESTART dan memulakan semua kiraan masa

sehingga ia mendapat mesej RESTART ACKNOWLEDGE. Jika percubaan ini

gagal, penghantar akan mengalihkan semua panggilan daripada VC atau

antaramuka yang ditunjukkan dan meletakkan mereka di dalam keadaan tidak

boleh dipakai (out-of-service). Perhatikan mesej RESTART boleh dihantar

samada oleh pengguna atau rangkaian, dan ia menggunakan nilai rujukan

panggilan sejagat.

Page 12: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

67

5.2.5 Pertanyaan Status

Mesej ini berguna memandangkan salah satu penghujung sambungan ini

boleh menggunakannya untuk mengetahui tentang keadaan terkini sambungan

tersebut. Penghantar yang paling akhir akan menghantar mesej ini dan

memulakan kiraan masa T322. Dalam menerima mesej ini, penerima paling akhir

patut membalas dengan mesej STATUS, menunjukkan keadaan terkini

panggilan tersebut. Jika penerima tidak menerima sebarang balasan sebelum

masa pada T322 tamat, ia akan menghantar semula mesej dan mulakan semua

masa sehingga ia mendapat balasan. Jika percubaan ini gagal, penghantar akan

membatalakn semua panggilan menggunakan cause code 41 (“temporary

failure”)

5.3 Pembentukan Mesej

Semua kawalan mesej panggilan mempunyai struktur umum seperti di dalam

Rajah 5-5. Setiap mesej mengandungi sebilangan elemen maklumat (information

elemen) IE, iaitu empat yang pertama – pembezaan protokol (protocol

discriminator), nilai rujukan panggilan (call reference value), jenis mesej

(message type), dan panjang mesej (message length) – adalah sama untuk

semua mesej, sementara yang lain adalah lebih terperinci. Pembezaan

(discriminator) protokol menunjukkan protokol yang mana yang sedang

digunakan(Q.2931), dan berbeza daripada protokol yang lain seperti Q.931 untuk

N-ISDN. Nilai rujukan panggilan adalah ID panggilan. Ia ditentukan oleh

bahagian asal sesuatu antaramuka pada masa panggilan dimulakan. Yang mana

selepas itu ia akan digunakan oleh kedua bahagian antaramuka di dalam semua

pertukaran mesej di dalam antaramuka yang berhubung di dalam sesuatu

panggilan, dan ianya dipindahkan hanya pada penghujung sesuatu panggilan.

Jenis mesej mengenalpasti mesej yang terlah dihantar, dan diikuti dengan

panjang sesuatu mesej itu.

Page 13: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

68

Rajah 5-5 Struktur umum kawalan mesej panggilan untuk Q.2391

Untuk mesej tertentu IE, hanya beberapa sahaja yang mandatori tetapi

yang lain mungkin mandatori dalam satu arah (network-to-user atau user-to-

network) tetapi ianya adalah pilihan pada arah yang mana satu atau keduanya.

Mandatori untuk IE mestilah dibekalkan didalam mesej: jika tidak, panggilan

tersebut tidak boleh melaluinya. IE tersebut mestilah berada di dalam turutan

seperti yang ditunjukkan di dalam jadual; jika tidak, mesej tersebut akan

ditandakan sebagai kesilapan protokol dan panggilan mungkin tidak akan

lengkap. Jadula 5-1 menyenaraikan mesej IE yang sering digunakan.

Mesej tertentu IE mempunyai format umum seperti di dalam Rajah 5-6.

tindakan mesej menunjukkan elemen maklumat ID tindakan yang akan diambil

jika IE yang diterima tidak sah. Secara umumnya, semuanya telah disetkan

kepada sifar. Dalam kes ini, penerima perlu membatalkan panggilan jika terdapat

IE yang tidak sah.

Jenis Mesej IE Mandatori IE Pilihan

SETUP ATM Traffic Descriptor,

Broadband Bearer Capability,

QoS Parameter

AAL Parameters, Broadband, High-

Layer Information, Broadband

Repeat Indicator, Broadband Low-

Layer Information, Called Party

Number, Called party Subaddress,

Calling Party Number, Calling Party

Subaddress, Connection Identifier,

End-to-End Transit Delay,

Notification Indicator, OAM Traffic

Descriptor, Broadband Sending

Protocol Discrimin

-ator

1 (octet)

Call Reference

Value

4

Message Type

2

Message Length

2

IE 1

Variable- Length

IE 2

Variable- Length

o o o IE n

Variable- Length

Page 14: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

69

Complete, Transit Network Selection

CALL

PROCEEDING

CONNECT

End-point Reference Connection Identifier AAL

Parameters, Broadband Low-Layer

Information, Connection Identifier,

End-Point Reference

RELEASE Cause

Jadual 5-1 Senarai mesej IE tertentu dalam sebahagian mesej yang sering

digunakan

Rajah 5-6 Struktur umum untuk elemen maklumat

5.4 Penghantaran Isyarat Point-to-Multipoint

Sedikit penerangan tentang prosedur penghantaran isyarat point-to-

multipoint adalah seperti di dalam Rajah 5-7. Di dalam penyambungan point-to-

multipoint, pengguna yang memanggil mungkin akan mengsetkan satu

penyambungan dengan lebih dari satu pengguna yang akan dipanggil dalam

satu bentuk konfigurasi pokok (tree configuration) seperti di dalam Rajah 5-7(a).

Pengguna yang memanggil adalah akar (root) manakala pengguna yang

dipanggil adalah daun (leaf). Isyarat rangkaian penghantaran digunakan adalah

sama seperti yang digunakan di dalam peryambungan point-to-point. Dalam

Elemen Maklumat ID

Ext.

1

Coding Standard

2 bit

IE Instruction Field – 5 bit

Flag Spare

1 1

Msg Action Ind

3

Length of the IE

Contents of the IE

Page 15: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

70

prosedur penghantaran isyarat yang ada sekarang, maklumat pengguna hanya

dibenarkan hanya pada satu arah sahaja, iaitu, daripada akar ke sebarang daun.

Prosedur kawalan panggilan tidak menyatakan secara spesifik ataupun

mengimplementasikan bagaimana keupayaan multicast atau broadcast yang

mesti diimplementasikan di dalam rangkaian. Sebagai contoh, seseorang itu

boleh menggunakan entiti fungsian dipanggil server multicast di dalam rangkaian

untuk memberikan keupayaan ini. Untuk menjelaskan konsep ini, rujuk Rajah 5-

7(b). Di sini, akar memulakan panggilan dengan membuat penyambungan untuk

ditubuhkan bersama Pengguna 1. Server multicast, yang mana merupakan

sebahagian daripada rangkaian, memberi balasan membina VCC X antara

rangkaian dengan pengguna yang memanggil , adan VCC 1 antara rangkaian

dengan Pengguna 1. Pengguna yang memanggil kemudiannya menghantar

mesej ADD PARTY, meminta rangkaian untuk menambah Pengguna 2 Yang

Dipanggil. Sebagai balasan, server akan mengukuhkan VCC 2 antara rangkaian

dengan Pengguna 2. Pengguna yang memanggil kemudiannya mengulang

prosedur ini sehingga semua pihak yang dikehendaki telah dimasukkan ke dalam

panggilan.

Page 16: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

71

Rajah 5-7 Kawalan panggilan point-to-multipoint. (a) Definisi penyambungan

point-to-multioint. (b) Kegunaan entiti fungsian yang dipanggil server multicast

yang memberikan penyambungan point-to-multipoint.

5.4.1 Memulakan Pihak Pertama

Untuk mengukuhkan penyambungan pada pihak pertama, pengguna yang

memanggil akan menghantar mesej SETUP yang mengandungi elemen

.

.

.

Calling user (root)

Called User 1 (leaf)

Called User 2

Called User N

(a)

Multicast Server

(p/o network)

VCC X

VCC 1

VCC 2

VCC N

Called User 1

Called User 2

Called User N

(b)

Page 17: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

72

maklumat rujukan end-point dengan nilai rujukan pengecam end-point yang telah

disetkan kepada 0. Seterusnya, keupayaan sempadan broadband mesti

dienkodkan untuk menunjukkan satu penyambungan point-to-multipoint pada

konfigurasi oktet penyambungan user-plane. Jika mesej mengandungi elemen

maklumat rujukan end-point, rangkaian akan menolak panggilan tersebut dengan

cause code 100 (“invalid information element contents”). Begitu juga jika

keupayaan sempadan telah disetkan pada penyambungan point-to-multipoint,

tetapi tidak terdapat elemen maklumat rujukan end-point di dalam mesej,

rangkaian akan menolak panggilan tersebut dengan cause code 96 (“mandatory

information element is missing”). Memandangkan aliran maklumat sempadan

hanya berada pada satu arah dalam penyambungan point-to-multipoint, mesej

SETUP mesti mengandungi ukuran parameter sel pengguna sifar yang terbalik.

Jika tidak, rangakaian akan menolak panggilan dengan cause code 73

(“unsupported combination of traffic parameters”).

5.4.2 Menambah Pihak Yang Seterusnya

Andaikan panggilan untuk pihak pertama berjaya, akar boleh meneruskan

untuk menambah pihak ke dua ke dalam panggilan dengan menghantar mesej

ADD PARTY kepada rangkaian dan memulakan kiraan masa yang ke 14, T399.

mesej ini mesti mengandungi elemen maklumat rujukan end-point bersama

dengan nilai rujukan end-point yang tergolong pada pihak kedua tersebut. Nilai

ini mestilah bukan sifar dan unik, dan boleh jadi 1 untuk pihak kedua. Rangkaian

akan memeriksa samada ia boleh memberikan QoS yang dikehendaki dan

menyokong kadar sel yang dikehendaki pengguna. Jika ia boleh, ia akan

memerikan mesej ADD PARTY kepada pengguna yang dipanggil dan

memulakan masa T399nya sendiri. Mesej ini mesti mengandungi kombinasi

VPCI/VCI yang sama dalam elemen maklumat mengecam penyambungan dan

nilai rujukan penggilan yang sama sebagainya di dalam setup mesej panggilan

yang pertama. Jika rangkaian tidak boleh memberikan QoS yang dikehendaki

Page 18: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

73

atau menyokong kadar sel yang dikehendaki pengguna, ia akan menghantar

mesej ADD PARTY REJECT kepada pengguna yang memanggil dengan cause

code yang sesuai.

Jika pengguna yang memanggil menerima permintaan tersebut, ia akan

menghantar mesej ADD PARTY ACKNOWLEDGE kepada rangkaian dan

memasuki keadaan Active Party. Di atas penerimaan mesej ini, rangkaian akan

memberhentikan masa pada T399, memasuki kedaan Active Party untuk pihak

tersebut, dan menghantar mesej ADD PARTY ACKNOWLEDGE pada pengguna

yang memanggil, dan kemudiannya memberhentikan T399 dan memasuki

kedaan Active Party untuk pihak tersebut. Akar tersebut kemudiannya akan

menyambung prosedur ini dan menambah pihak lain kepada panggilan tersebut.

Jika pengguna penerima tidak berupaya untuk menerima panggilan di

atas sebab tertentu, ia boleh menolak permintaan ADD PARTY dengan

menghantar mesej ADD PARTY REJECT pada rangkaian dengan cause code

yang sesuai. Dalam kes ini, rangkaian akan memberhentikan masa pada T399

dan meminta pengguna penghantar untuk membatalkan pihaknya. Pertukaran

mesej untuk mengukuhkan penyambungan point-to-multipoint ditunjukkan pada

Rajah 5-8.

5.4.3 Membatalkan Satu Pihak

Samada rangkaian atau pengguna di dalam penyambungan point-to-

multipoint boleh memulakan untuk membatalkan satu pihak. Satu pihak boleh

dibatalkan dengan menghantar mesej RELEASE atau DROP PARTY. Secara

umumnya, mesej RELEASE dihantar kepada pengguna apabila semua

pengguna lain di dalam panggilan telah dibebaskan atau dalam proses

pembebasan. Manakala mesej DROP PARTY pula, dihantar pada satu pihak

apabila pihak tersebut dan satu atau lebih pihak yang lain berada di dalam

keadaan Active atau Null. Dalam menerima mesej DROP PARTY, rangkaian

Page 19: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

74

akan membebaskan rujukan end-point yang ditunjukkan, menghantar DROP

PARTY ACKNOWLEGDE kepada penghantar mesej DROP PARTY, memulakan

prosedur untuk membatalkan pengguna tersebut. Rajah 5-9 menunjukkan mesej

yang digunakan unutk membatal satu pihak pada satu panggilan.

Rajah 5-8 Pertukaran Mesej Untuk Memulakan Penyambungan point-to-

multipoint

SETUP (to first party)

SETUP (to first party) CALL PROCEEDING

CALL PROCEEDING

CONNECT

CONNECT

CONNECT ACK

ADD PARTY (2nd party)

ADD PARTY

ADD PARTY ACK

ADD PARTY ACK

Calling party Network Called party

Page 20: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

75

Rajah 5-9 Pertukaran Mesej Apabila Satu Pihak Dibatalkan daripada

Penyambungan point-to-multipoint

5.5 Pengalamatan End-Point dalam ATM

5.5.1 Format Alamat End-Point

Setiap end-point di dalam rangkaian ATM mempunyai alamat ATM yang

unik. Apabila pengguna memulakan panggilan, alamat pihak penerima akan

dimasukkan pada mesej SETUP menggunakan elemen maklumat nombor pihak

penerima. Mesej SETUP juga mengandungi elemen maklumat nombor pihak

penghantar supaya apabila diperlukan, suis akan menghantar nombor pihak

penghantar kepada pihak penerima sebagai khidmat tambahan.

Format untuk alamat ini telah ditetapkan oleh ISO 8348 dan CCITT X.213,

dan ianya ditunjukkan dalam Rajah 5-10. Empat bahagian pertama dipanggil

rangkaian prefiks dan memandangkan rangkaian yang membekalkan nilai

mereka. Rangkaian prefiks adalah sama untuk semua pengguna yang

berhubung pada satu UNI, dan berbeza hanya untuk antaramuka yang berbeza.

Dua bahagian yang terakhir – pengecam akhiran sistem (end system identifier)

ESI dan pemilih (selector) SEL – merupakan bahagian alamat ATM pengguna

memandangkan ia boleh mengecam peranti pengguna secara unik. Panjang

Calling party Network

DROP PARTY (desired end-point

reference ID)

DROP PARTY (desired end-point

reference ID)

DROP PARTY ACK

DROP PARTY ACK

Called party

Page 21: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

76

alamat ATM sudah ditetapkan pada 20 oktet. Setiap oktet mengandungi dua kod

digit desimel binary (binary coded decimal digits) BCD. Apabila alamat

merupakan nombor telefon E.164, elemen maklumat nombor pihak pemanggil

mesti terdiri daripada setiap digit BCD yang dienkod seperti karektor IA5. jika

alamat ATM mempunyai format DCC atau ICD, ia mesti diletakkan di dalam

elemen maklumat seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5-10.

5.5.2 Pendaftaran Alamat

Sebelum ia merancang perjalanan panggilan ke end-point, rangkaian

mestilah tahu alamat end-point tersebut. Peranti pengguna dan rangkaian akan

bertukar alamat menggunakan prosedur pendaftaran alamat.

Pendaftaran alamat menggunakan mesej Integrated Local Management

Interface (ILMI). Dua jadual MIB (Management Information Base) digunakan:

satu memegang prefiks rangkaian dan satu lagi memegang alamat pendaftaran

ATM. Bahagian pengguna akan menyelenggara jadual prefiks rangkaian,

mencipta, mengemaskini, atau memadam kemasukan setiap kali rangkaian

mengahnatar mesej ILMI SetRequest, meminta bahagian pengguna untuk

memasukkan prefiks rangkaian yang baru dan begitu juga dengan bahagian

rangkaian. Dan kedua bahagian juga boleh untuk menerima atau menolak

sesuatu permintaan.

Page 22: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

77

Rajah 5-10 Format Alamat ATM. Alamat boleh menggunakan rancangan

penomboran E.164 ISDN, atau boleh menggunakan format DCC atau ICD.

Dalam kes seterusnya, bahagian 8 oktet mempunyai 4 subbahagian seperti yang

ditunjukkan pada bahagian bawah rajah.

5.6 Penghantaran Isyarat untuk Suara dan Telefoni Melalui

ATM (Voice and Telephony Over ATM - VTOA)

Apabila dua end-point pada satu N-ISDN atau PSTN yang tradisional

yang dihubungkan melalui rangkaian ATM untuk 64-kb/s suara dan telephony, ia

perlu untuk menukarkan prosedur penghantaran isyarat kepada prosedur ATM,

dan sebaliknya. Untuk memudahkannya, konfigurasi rangkaian telah

diilustrasikan dalam Rajah 5-11, di mana entiti fungsian antara rangkaian

ditandakan dengan IWF (InterNetworking Function) memberikan antaramuka

antara peranti bukan ATM dan rangkaian ATM. NT2 merupakan penghapusan

rangkaian N-ISDN 2 yang mungkin boleh memberikan sehingga 3 lapisan

fungsian, dan juga mungkin boleh melakukan pensuisan dan penumpuan.

IWF pula melakukan 2 perkara. Pertama, ia menukarkan Q.931 atau

penghantaran isyarat bersekutu pada rangkaian yang sempit kepada

penghantaran isyarat ATM, dan begitu juga sebaliknya. AAL Type 5 d igunakan

Authority and Format

ID

1 octet

E.164 ISDN Telephone Number, Data Country Code (DCC), or International Code

Designator(ICD)

8 octets

Routing Domain

2 octets

Area within a Routing Domain

2 octets

End System

ID (ESI)

6 octets

Selector (SEL)

1 octet

DCC or ICD Identifier

2 octets

Domain-specific Part Format ID

1 octet

Administrative Authority

3 octets

Reserved

2 octets

Page 23: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

78

untuk penghantaran isyarat. Kedua, ia menukarkan litar mod suara B-channel

kepada format yang sesuai untuk perhantaran melalui ATM, dan sebaliknya. Ini

dapat dilakukan melalui meniruan litar dengan AAL Type 1.

Rajah 5-11 Suara dan Telephony Melalui ATM. Di sisni, 2 telefon N-ISDN telah

dihubungkan melalui satu rangkaian ATM.

5.6.1 Penghantar Isyarat N-ISDN

Turutan mesej kawalan panggilan untuk antara rangkaian antara satu N-

ISDN dan rangkaian ATM ditunjukkan dalam Rajah 3-12. Dua VCC yang asing

digunakan: satu untuk tujuan penghantaran isyarat antara IWF dikedua end-point

dan atu lagi untuk saluran sempadan. Jika VCC ini tidak wujud apabila telefon

ISDN asal membuat panggilan, satu isyarat VCC dibuat antara IWF pemanggil

dengan suis ATM, dan kemudiannya antara suis dan IWF penerima ,

menggunakan standard prosedur kawalan panggilan Q.2931. Pada masa yang

sama juga, satu la VCC kemudiannya dibina untuk saluran sempadan antara

IWF pemanggil dan suis ATM, dan antara suis dan IWF penerima. Di sini, mesej

IWF

IWF

ATM Network

ISDN PSTN

ISDN phone

NT2

PRI/BRI

T

PRI

NT2

PRI

T

T1

ISDN phone

Page 24: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

79

B-ISDN SETUP mesti mengandungi, elemen yang berikut: penerang laluan ATM

(ATM traffic descriptor), keupayaan sempadan broadband, dan parameter QoS.

Rajah 3-12 Mesej Kawalan Panggilan untuk Suara Telephony antara dua ISDN

end-point melalui ATM.

Selepas kesemua VCC ini telah dibina, IWF pemanggil akan menghantar

mesej N-ISDN SETUP untuk IWF penerima melalui penghantaran IWF-IWF

isyarat VCC. Kemudian, IWF penerima menghantar mesej N-ISDN SETUP

kepasa stesen penerima. Jika balasan yang diterima adalah dengan menghantar

mesej N-ISDN CONNECT, IWF penerima akan menghantarnya kepada IWF

pemanggil dan kemudian ke stesen pemanggil. Pada masa ini, kedua stesen

telah dihubungkan end-to-end.

Jika VCC telah wujud, IWF pemanggil akan serta-merta menghantar

mesej N-ISDN SETUP kepada IWF peneirma melalui penghantaran IWF-IWF

isyarat VCC, dan prosedur keseluruhan adalah seperti di atas.

NT2 at source end originates an N-ISDN call, sending a Q.931 SETUP messase to IWF 1 at source end over the D channel of a PRI interface

IWF 1 sets up two VCCs to destination end IWF2-VCC1 for signaling and VCC2 for B channel user information, using Q.2931 prosedures

IWF1 sends an N-ISDN SETUP message over VCC1 to IWF2, using AAL-5

IWF2 sends a Q.2931 SETUP to destination NT2 over the D channel of a PRI interface

Destination end NT2 sends a Q.931 CONNECT message to IWF2 over the D channel

IWF2 sends an N-ISDN CONNECT over VCC1 to IWF1 using AAL-5

IWF1 sends a Q.931 Connect message to source NT2 over D channel PRI interface

Page 25: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

80

5.6.2 Penghantaran Isyarat Saluran Bersekutu

Penghantaran isyarat saluran bersekutu (channel-associated signaling)

CAS merupakan satu bentuk penghantaran isyarat in-band untuk antaramuka

T1. Di sini, fungsi seliaan in-hook/off-hook dilakukan dengan menggunakan

robbed bits, yang mana bit A dan B merupakan bit yang kurang penting di antara

frame ke-6 dan ke-12 untuk setiap superframe T1. Digit yang didail dihantar in-

band melalui saluran yang sama seperti maklumat pengguna.

Apabila stesen menjadi off-hook, saluran T1 yang ditetapkan pada stesen

akan dirampas. Ini ditunjukkan pada IWF pemanggil dengan mensetkan tinggi bit

A. Apabila IWF yang bersekutu mengecamnya, ia akan menghantar makluman

kepada stesen pemanggil dengan mengsetkan tinggi bit A, kemudian menjadi

rendah untuk masa tertentu, dan kemudian tinggi semula. Inii dipanggil kedipan

(wink). Pertukaran mesej secara terperinci terdapat pada Rajah 5-13. Perhatikan

penghantaran isyarat ATM untuk CC penyokong adalah sama seperti dalam kes

N-ISDN.

To originate a call, a hub at the source end seizes a channel of a T1 interface. Using robbed bit signaling, IWF1 at source end ‘winks’, whereupon the hub sends dialed digits.

IWF1 sets up two VCCs to destination end IWF2-VCC1 for signaling and VCC2 for B channel user information, using Q.2931 procedures

IWF1 sends a seizure message over VCC1 to IWF2, using AAL-5. When IWF2 sends a ‘wink’ back over VCC1, Iwf1 sends dialed digits over VCC1, using AAL-5

IWF2 seizes a channel of the T1 interface. Destination Hub winks, whereupon IWF2 sends digits to that hub

Destination hub answers using robbed bit signaling

IWF2 sends answers to IWF1 over VCC1, using AAL-5

IWF1 sends answer to the originating hub using robbed bit signaling

Page 26: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

81

Rajah 5-13 Mesej Kawalan Panggilan Untuk VTOA antara bukan ISDN end-

point dengan CAS

5.7 Contoh Pengkodan Mesej Kawalan Panggilan

Andaikan kita ingin memulakan satu panggilan B-ISDN ke dalam

rangkaian ATM meminta orentasi-penyambungan, kadar-bit-pembolehubah,

perkhidmatan Kelas C yang tidak memerlukan sebarang kiraan masa end-to-

end. Penghantaran daya adalah dwi-arah, di mana kadar puncak sel yang

dikehendaki adalah 32,000 sel/s dalam salah satu arah. Ini adalah bersamaan

dengan 1.536Mb/s bandwidth. Kadar sel dalam tabiat sumber dan sel

pengurusan sumber adalah 14-bit, floating point, nombor binary dengan 9-bit

mantissa dan 5-bit eksponen menggunakan formula berikut:

x = 2e (1+ m/512), 0 <= e <=31 , 0<= m <=511

di mana x adalah kadar sel. Di dalam kes kita, x adalah 32,000. Untuk

melakukan ia sebagai nombor floating point, pilih e = 14, dan selesaikan

persamaam di atas untuk m. Ini memberikan m = 488 (decimal) = 1E8 (heks).

Oleh itu, kadar puncak sel adalah

e m

00 01110 111101000

atau 1D E8 dalam heks

Apabila meminta servis, kita boleh menunjukkan pada rangkaian bahawa

ratio kehilangan sel (cell loss ratio) CLR adalah berdasarkan pada kehilangan sel

yang mana bit keutamaan kehilangan sel (cell loss priority) CLP adalah disetkan

kepada sifar. Secara alternative, ia boleh dikatakan pada rangkaian bahawa nilai

CLR akan ditentukan dalam konteks kehilangan mana-mana sel adalah kerana

set bit CLP.

Page 27: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

82

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat 2 jenis penghantaran

isyarat: bersekutu dan tidak bersekutu. Dalam penghantaran sekutu , pengguna

diberikan VC daripada VPC yang sama yang membawa isyarat VC. Walau

bagaimanapun, pengguna boleh menunjukkan pada rangkaian ia boleh

menerima sebarang VC atau hanya VPC yang tertentu mengikut pilihannya.

Dalam penghantaran isyarat tidak bersekutu, rangkaian boleh menentukan VC

daripada sebarang VPC dan bukan hanya daripada VPC yang sama yang

membawa isyarat VC. Oleh itu, di sini, pengguna boleh menyatakan VC yang

tertentu atau VPC yang tertentu mengikut pilihannya, atau bersetuju untuk

merima sebarang VC dan VPC. Dalam contoh ini kita kaan andaikan

penghantaran isyarat tidak bersekutu dan tiada keutamaan untuk sebarang VC

atau VPC. Ini ditunjukkan pada mesej SETUP dengan hanya samada melalaikan

elemen maklumat pengecam penyambungan atau melibatkan elemen

makluamat yang dibentuk ia mempunyai sifar yang banyak.

Sementara mesej SETUP mengandungi elemen maklumat, hanya

sebahagian daripadanya adalah mandatori dan yang lain adalah pilihan. Elemen

mandatori adalah : perbezaan protokol, nilai rujukan penggilan, jenis mesej,

panjang mesej, pengecam laluan ATM, keupayaan sempadan broadband, dan

parameter QoS. Elemen pilihan adalah: nombor pihak penerima dan pengecam

penyambungan. Memandangkan semua digit nombor pihak penerima

dimasukkan di dalam mesej SETUP, elemen maklumat penghantaran broadband

yang lengkap juga dihantar. Mesej SETUP yang dienkod ditunjukkan di dalam

Jadual 5-2

Protocol Discriminator 0000 1001

Call Reference Value (CRV) – its length is 3 octets. The flag bit is set to 0 since

the originating side is being considered. The assigned CRV is assumed to be 1.

0000 0011

0000 0000

0000 0000

0000 0001

Page 28: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

83

Message Type _ SETUP message. The flag bit in the second octet is set to 0,

indicating that the message action field is to be ignored and errors should be

handled in a regular manner

0000 0101

1000 0000

Message Length – The message contents ae 45 octets long 0000 0000

1000 0000

Broadband Bearer Capability – The first octet is the information element

identifier, the regular error-handling procedures are indicated. The length of the

information element’s contents is 2. The Class C service category is requested.

0101 1110

--------------

1000 0000

-------------

0000 0000

0000 0010

-------------

1000 0011

1000 0000

Calld Party Number – Its contents are 8 octets long. The unknown numbering

plan is assumed. The numbers dialed are 545-1897. these are expressed as

IA5 caharacters.

0111 0000

-------------

1000 0000

-------------

0000 0000

0000 1000

-------------

1000 0000

-------------

0011 0101

0011 0100

0011 0101

0011 0001

Page 29: bab 5 - prosedur kawalan panggilan dalam rangkaianweb.fsktm.um.edu.my/~nizam/Bab5.pdf · ATM, tidak terdapat penyiaran asal atau mod multicast sebagaimana yang terdapat di dalam Ehternet

84

0011 1000

0011 1001

0011 0111

Connection Identifier – This information element is present, but has a zero

length. This indicates that the calling party is willing to accept any Vc and any

VPC

0101 1010

------------

1000 0000

------------

0000 0000

0000 0000

QoS Parameter – This parameter is not supported by B-ISDN User Part

Release 1. Thus, the forward and Backward QoS service classes are both

unspecified

0101 1100

-------------

1000 0000

-------------

0000 0000

0000 0010

-------------

0000 0000

-------------

0000 0000

Braodband sending Complete – The information element’s contents are only

one octet long

0110 0010

1000 0000

-------------

0000 0000

0000 0001

-------------

1010 0001

Jadual 5-2 Mesej SETUP yang telah dienkod