bab 2 ayat tanya

12
5 BAB 2 AYAT TANYA Ayat tanya digunakan untuk bertujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu pertanyaan merupakan penjelasan. Ayat contoh: Mereka pelajar sekolah ini? Jawapan: Ya, pelajar tersebut murid sekolah ini. 2.1 Kesalahan Lazim (a) Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan “kata tanya” tetapi mestilah ada tanda tanya (?). Ayat contoh: (i) Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja? (ii) Nama bapa saudara awak ialah Kamaruddin bin Ishak? (b) Penegas “kah” tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya Ayat contoh: (i) Semalam awak tidak hadir, mengapakah? (ii) Awak akan melancong ke sana, bilakah? Ayat yang betul: Bahagian Dua: Ayat

Upload: aku-insan-biasa

Post on 20-Oct-2015

81 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sintaksis Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

BAB 2AYAT TANYA

Ayat tanya digunakan untuk bertujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu pertanyaan merupakan penjelasan.

Ayat contoh: Mereka pelajar sekolah ini?Jawapan: Ya, pelajar tersebut murid sekolah ini.

2.1 Kesalahan Lazim

(a) Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata tanya tetapi mestilah ada tanda tanya (?).

Ayat contoh:(i) Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?(ii) Nama bapa saudara awak ialah Kamaruddin bin Ishak?

(b) Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya

Ayat contoh: (i) Semalam awak tidak hadir, mengapakah?(ii) Awak akan melancong ke sana, bilakah? Ayat yang betul: (i)Semalam awak tidak hadir, mengapa?(ii) Mengapakah awak tidak hadir semalam?(iii)Awak akan melancong ke sana, bila?(iv) Bilakah awak akan melancong ke sana?

(c) Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat tanya.(tukar dengan menyebut fungsinya)

Ayat yang salah:(i) Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.(ii) Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.(iii)Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.(iv) Kami tidak tahu bagaimana anda terjatuh ke dalam longkang itu.

Ayat yang betul:(i)Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.(ii)Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.(iii)Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.(iv)Kami tidak tahu punca anda terjatuh ke dalam longkang itu.

(d) Kata tanya apa tidak boleh digunakan untuk manusia dan siapa tidak boleh digunakan untuk binatang.

Ayat yang salah:(i) Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang menjadi doktor itu?(ii) Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

Ayat yang betul:(i) Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?(ii) Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

(e) Jika kata tanya diletakkan di hadapan ayat, partikal -kah mesti diletakkan.

Ayat yang salah:(i) Mengapa awak tidur di lantai?(ii) Bila awak tiba di sini?

Ayat yang betul:(i) Mengapakah awak tidur di lantai?(ii) Bilakah awak tiba di sini?

2.2 Rumus

2.2.1 Ayat tanya terbahagi kepada dua jenis: (i) Ayat tanya tanpa kata tanya(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya

2.2.2 Ayat tanya tanpa kata tanya

Ayat tanya tanpa kata tanya terbentuk dengan mengekalkan bentuk ayat penyata dan dengan menggunakan intonasi menaik pada akhir. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda tanya(?).

Ayat contoh:(i) Kanak-kanak itu sudah pulang?(ii) Bola di tepi padang bola kamu?(iii) Pelajar itu masih menangis? Ayat jenis ini boleh disertai partikel-kah, tetapi partikel ini tidak boleh diletakkan pada hujung ayat. Hal ini demikian kerana tugas partikel -kah adalah untuk menegaskan predikat. Apabila predikat diberikan penegasan, maka kedudukan predikat mesti berada di hadapan seperti 1(b). 1 (a) *Azim sudah makankah? 1 (b) Sudah makankah Azim?

Ayat pasif pula dapat dijadikan ayat tanya pasif dalam bentuk susunan biasa atau susunan songsang.

Ayat contoh:1 Buku itu diambil oleh Azam. (ayat pasif kata ganti nama diri ketiga)2 Buku ini akan dibawa oleh Azam? (ayat tanya pasif susunan biasa)3 Akan dibawa oleh Azam buku ini? (ayat tanya pasif susunan songsang)4 Basikal itu akan saya ambil. (ayat pasif kata ganti diri pertama)5 Basikal itu akan kamu ambil? (ayat tanya pasif susunan biasa)6 Akan kamu ambilkan basikal itu? (ayat tanya pasif susunan songsang)

Ayat tanya pasif susunan biasaSubjek (penderita)Kata bantuPredikat

Buku iniakandibawa oleh Azmi?

Ayat tanya pasif susunan songsangPredikatSubjek

Kata bantuFrasa KerjaSubjek

Akan dibawa oleh Azmibuku ini?

2.2.3 Ayat Tanya dengan Unsur Tanya

Ayat tanya dengan unsur tanya iaitu ayat tanya yang mempunyai unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Ayat-ayat ini ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu:

(a) Ayat tanya dengan kata tanya.(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya.(c) Ayat tanya dengan frasa sendi tanya.

2.2.4 Ayat Tanya dengan Kata Tanya

Ayat tanya yang mempunyai unsur tanya ialah ayat tanya yang mempunyai unsur tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana, dan bila. Kata tanya ini menduduki unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:

1 Pertandingan drama itu bila?2 Pelajaran kamu bagaimana?3 Bilangan pelajar kelas ini berapa?4 Adik menangis mengapa?

SubjekPredikat

Pertandingan drama itubila?

Pelajaran kamubagaimana?

Ayat tanya di atas boleh dijadikan susunan songsang. Namun begitu, dalam tulisan, kata tanya ini perlu menerima partikel -kah, jika tidak, ayat itu tidak gramatis.

Ayat contoh:1 (a) *Bila pertandingan drama itu?1 (b) Bilakah pertandingan drama?2 (a)*Bagaimana pelajaran kamu?2 (b) Bagaimanakah pelajaran kamu?3 (a)*Berapa bilangan pelajar kelas ini?3 (b)Berapakah bilangan pelajar kelas ini? 4 (a)*Mengapa adik menangis? 4 (b)Mengapakah adik menangis?

SubjekPredikat

Bilakah pertandingan drama itu?

Mengapakah adik menangis?

2.2.5 Ayat Tanya dengan Ganti Nama Diri Tanya

Ayat tanya yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. Oleh itu, kata ganti nama diri tanya boleh menjadi inti frasa nama. Apabila ayat ini mengalami pendepanan predikat, partikel-kah diperlukan pada kata tanya tersebut. Contoh:

(1) Benda itu apa?(2) Apakah benda itu?(3) Orang tua itu siapa?(4) Siapakah orang tua itu?(5) Hadiah itu mana?(6) Manakah hadiah itu?

Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya dalam struktur ayat relatif, apabila disongsangkan perlu menerima partikel -kah. Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat tersebut tidak gramatis. Jika ayat di bawah tidak diletakkan partikel -kah pada kata tanya tersebut, ayat itu tidak gramatis kerana tiada subjek. Contoh:

1(a) Yang dicari siapa?1(b) Siapakah yang dicari?1(c) *Siapa yang dicari?

2.2.6 Ayat Tanya Sendi Nama

Ayat tanya jenis ini mengandungi kata sendi nama dan diikuti oleh kata tanya untuk membentuk frasa sendi nama tanya. Antara contoh frasa sendi nama tanya ialah di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, dengan siapa, seperti mana untuk siapa dan sebagainya. Dalam ayat susunan biasa, frasa sendi tanya menerima partikel -kah. Ketiadaan partikel -kah menyebabkan ayat itu tidak gramatis, contohnya:

1 (a) Awak tinggal di mana?2 (b) Di manakah awak tinggal?3 (c) *Di mana awak tinggal?

2.2.7 Ayat Tanya Berdasarkan Jawapan yang Dikehendaki

Berdasarkan jawapan yang dikehendaki, ayat tanya dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

2.2.7.1 Ayat Tanya TertutupAyat tanya tertutup ialah ayat tanya yang dapat dijawab dengan kata ya, tidak, tidak tahu atau bukan. Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan intonasi menaik pada akhir ayat, atau dengan menambahkan kata tanya dalam ayat. Contoh:

1 (a) Air itu panas. (ayat penyata)1 (b) Air itu panas? (ayat tanya tertutup)1 (c) Adakah air itu panas? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya)

Ya, air itu panas. (jawapan)

2 (a) Dia abang Faiz. (ayat penyata)2 (b) Dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup)2 (c) Adakah dia abang Faiz? (ayat tanya tertutup dengan kata tanya) Bukan, dia bukan abang Faiz. (Jawapan)

Perhatian bahawa jika jawapan bagi ayat tanya adalah bukan atau tidak, kata nafi bukan dan tidak itu diulang.

2.2.7.2 Ayat Tanya TerbukaAyat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penjelasan dan penerangan. Ayat jenis ini ditandai oleh adanya kata tanya seperti bagaimana, bila, berapa, siapa, mana, apa, dan kenapa. Frasa sendi nama tanya seperti yang mana, di mana, sejak bila dan sebagainya. Kedudukan kata tanya boleh dipindahkan sama ada di hadapan atau di akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai dengan partikel -kah dalam ayat songsang. Contohnya:

1 Siti membeli apa?Siti membeli sayur.2 Bapa Hani siapa?Bapa Hani pegawai tentera.3 Dari manakah lelaki itu berasal?Lelaki itu berasal dari Pahang.

2.3 Latihan Pengukuhan

2.3.1 Mengenal Pasti Kesalahan Gariskan perkataan dan frasa yang salah dalam ayat yang berikut. 1. Syuhada telah pergi ke bandarkah? 2. Bila ayah akan menjahit baju kebaya itu untuk adik? 3. Mengapa adik tidak makan apa-apa semalam? 4. Kamu berasal dari manakah?5. Apa nama pengawas itu?6. Bila ayah akan pulang?7. Binatang peliharaan awak bernama siapa?8. Sejak bila dia tidak hadir?9. Dari mana pemuda itu?10. Mengkaji sejarah Melakakah Ahmad.

2.3.2 Membetulkan Kesalahan dalam Ayat Tulis semula ayat tanya di bawah dengan struktur yang betul. 1. Bila majlis pertunangan adik kamu?________________________________________

2. Pukul berapa kamu pergi ke sekolah?_________________________________________

3. Kamu bangun setiap pagi pukul berapakah?_________________________________________

4. Di mana bola-bola itu kamu simpan?_________________________________________

5. Mereka pergi ke sekolahkah?_________________________________________

2.3.3 Memilih Ayat yang Betul / SalahTandakan () jika ayat tersebut betul dan tandakan (X) jika ayat tersebut salah.

BilAyatBetul/Salah

1Mengapa mereka bergaduh pagi tadi?

2Awak balik ke asrama bila?

3Sudah berkahwin perempuan yang cantik itu?

4Pukul berapa kakak bangun pagi itu?

5Yang dibaca oleh Ali apakah?

6Siapakah nama pelajar perempuan yang pandai itu?

7Sejak bila dia tidak hadir?

8Siapa nama kucing itu.

B13ahagian Dua: Ayat