lirik lagu tanya sama pokok

21
Lirik Lagu Tanya Sama Pokok - Lagu Kanak-Kanak Tanya pada pokok apa sebab goyang, Nanti jawab pokok angin yang goncang, Tanya sama angin apa sebab hujan, Nanti jawab angin tanyalah awan. Awan nanti kata aku kandung air, Sampai tempat sejuk aku pun cair, Lihat dalam air nampak bayang-bayang, Campak satu batu bayang pun hilang. Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-tanya- sama-pokok-lagu-kanak.html#ixzz29v3Hak7Q Asas Nyanyian Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu. Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam

Upload: mazlifaz

Post on 04-Aug-2015

128 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Lirik Lagu Tanya Sama Pokok - Lagu Kanak-Kanak

Tanya pada pokok apa sebab goyang,Nanti jawab pokok angin yang goncang,Tanya sama angin apa sebab hujan,Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,Sampai tempat sejuk aku pun cair,Lihat dalam air nampak bayang-bayang,Campak satu batu bayang pun hilang.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-tanya-sama-pokok-lagu-kanak.html#ixzz29v3Hak7Q

Asas NyanyianNyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik

nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian

secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian

secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal

contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya.

Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.

Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk,

permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga

dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam

trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil.

Biasanya, semasa bernafas, udara dari paru-paru akan

melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila

hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal

supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu

suatu bunyi akan terhasil.

Page 2: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi

bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan adalah

huruf-huruf.

Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin

nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal

cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka

semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai

suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat.

Kakuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari

paru-paru. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks.

Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik.

Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi

dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat

pic yang besar

¯ Postur

Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik.

Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi

cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian

seseorang.

Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri

Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah

kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa

1. Tangan di sisi badan.

2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat

bahu.

Page 3: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk

1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai

dan dalam keadaan selesa.

2. Tangan di atas peha.

3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar.

4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat

bahu.

5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

Pernafasan

Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik.

Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk

memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih

resonan.

Sebutan dan Ton

Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas.

Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan

peranan yang penting.

Ciri-ciri ton nyanyian meliputi

· Tenaga

· Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah )

· Kekuatan bunyi

· Harkat (panjang dan pendek)

Page 4: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Pernafasan dan bentuk mulut yang betul mengasilkan sebutan yang

baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan

dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa latihan.

Jenis Jenis Suara

Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu

· Suara kepala

· Suara tengah

· Suara dada

Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara

yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepada. Untuk mendapat suara

kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu.

Suara kepada akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami

perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan

nyanyian falsetto.

Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan

perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung ke

kerongkong.

Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara

yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini,

nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada

akan dirasai pada tangan.

Tangga Nada Solfa

Seorang paderi berbangsa Perancis, bernama Guido d’ Arenzo telah

mencipta satu kaedah untuk mengajar nyanyian semerta dikalangan

rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan 6 not iaitu

Page 5: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Do Re Mi Fa Sol La

Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan meluas untuk

nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini adalah

sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuk latihan nyanyian

sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan dengan Do manakala

pic Ti ditambah selepas La.

LATIHAN VOKAL

Latihan ringkas selama 10 minit ini adalah bertujuan untuk memanaskan badan  serta menenangkan  badan anda  sebelum memulakan aktiviti latihan/persembahan nyanyian

.Perhatian:Sila rujuk doctor anda sebelum memulakan sebarang bentuk latihan fizikal

Ok mari kita mulakan,berdiri tegak,dengan kedua-dua belah tangan anda berada disisi anda,bernafas seperti biasa dan pastikan bahu serta kepala anda berada didalam keadaan yang rileks setiap masa.

Kemudian turunkan dagu anda hingga mencecah dada anda dan perlahan-lahan  pusingkan kepala anda ke kiri dan dongak keatas kemudian pusing kan ke kanan pula dan seterusnya ke bawah(pusingan lengkap) ulang sebanyak 5 kali,ikut arah jam dan 5 kali arah lawan jam

Seterusnya pula,angkat bahu anda  kearah kepala anda,perlahan-lahan pusingkan ke belakang,bawah depan (buat pusingan)Ulang sebanyak 5 kali (setiap arah bertentangan)

Bongkokkan badan anda (jangan bengkok kan lutut)dan biarkan tangan anda mencecah lantai ,kemudain perlahan-lahan tegakkan badan anda dan luruskan

Page 6: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

tangan anda keatas dan regangkan seregang yang anda mampu,kemudain regangkan ke kiri dan kekanan.Ulang 5 kali juga.

Akhir sekali,rilekskan kepala anda dan padang ke depan ,buka mulut anda seluas-luas dan cuba menguap –buat 2 kali dan kemudian tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 5 dan lepaskan dalam kiraan 15

Anatomi   Vokal

1.Paru-paru menolak udara naik ke trakea

2. Lipatan suara yang berada di larinks pada bahagian atas trakea akan menggetarkan udara untuk menghasilkan nada asas dan juga harmonik yang mewarnakan tona

3. Bunyi yang dihasilkan oleh lipatan suara tersebut bergerak bersama udara ke dalam farinks dan rongga mulut  di mana ia mula bergema dan  mengukuhkan harmonik yang terdapat di dalam tona

Page 7: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

4. Rahang, lidah, gigi dan bibir membentuk bunyi kepada huruf-huruf vokal dan konsonan

5. Nyanyian yang baik bermula dengan tekanan udara yang padat dan konsisten daripada paru-paru/perut

6. Lipatan suara mestilah santai dan rendah di dalam kerongkong supaya ia dapat bergetar dengan bebas dan menghasilkan bunyi yang menyenangkan

7. Farinks dan rongga mulut pada bahagian belakang mulut mestilah dibuka sepenuhnya untuk membenarkan gema yang menghasilkan alunan suara dan bunyi tona yang mesra

8.Rahang, lidah, gigi dan bibir sepatutnya saling berhubung rapat bagi menghasilkan sebutan yang baik

Page 9: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

WanitaBagi wanita ada 3 range  iaitu Alto, Mezzo-Soprano, dan  Soprano.

Bagi wanita dalam category Alto (iaitu range yg paling rendah)vokal range mereka dalam category ini bermula dengan  note C dibawah middle C dan berakhir di note G dibawah high C

Manakala bagi Mezzo Soprano pula (range antara Alto dan Soprano)Range yang selesa bagi mereka ini adlaaha bermula  di note G dibawah middle C hingga ke note B sebelum high

Dan akhir sekali  Soprano pula  bermula  di note G sebelu middle C dan berakhir di melampaui note high C.Soprano adalah range wanita yang paling tinggi

Lelaki

Page 10: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Bagi lelaki pula ada 3 ranges yang popular,iaitu Bass, Baritone, dan Tenor.

Bagi lelaki yang selesa dengan  tingkat register yang paling rendah digelar Bass.Range mereka bermula di F satu octave dibawah note middle C hingga ke F above middle C

Manakala Barritone iaitu vocal range lelaki yang sederhana antara Bass dan Tenor bermula di note  A  satu octave dibwah note middle C hingga note b dibawah middle

Manakala Tenor pula adalah range tinggi bagi suara lelaki bermula di note c bawah middle C hingga ke note  C atas  middle C

Menyanyi Dengan Tekak Yang   Sakit

Baru baru ini saya telah ditanya oleh seorang rakan saya mengenai menyanyi dalam keadaan sakit tekak .”Saya dapat masuk Final  pertandingan nyanyian  tetapi saya tengah sakit tekak..macamana ni bro?’tanya beliau pada saya

Ini bergantung kepada apa yg menyebabkan tekak anda menjadi sakit .Jika teramat sakit sehingga menyakitkan semasa hendak menelan,maka lupakanlah nyanyian buat sementara waktu! Namun jika ianya hanya sakit tekak yang biasa2 je kira ok la tp kalau boleh minta pandangan doktor

Page 11: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Udara yang kering(biasanya ini jarang berlaku di Malaysia tp ada  jika anda berada dalam persekitaran berhawa dingin),menyanyi dengan cara yg salah yakni dengan mendera suara dan jangkitan bacteria adalh beberapa penyebab yang selalunya menjadikan tekak anda menjadi sakit. Sesetengah orang boleh dapat sakit tekak setiap kali mereka bangun dari tidur,ini adalah terjadi kerana kebanyakan dari mereka ini menghasilkan sejenis asid yang dinamakan asid reflux yang dikeluarkan semasa mereka tidur dalam bentuk sendawa. Disini beberapa laman web yg boleh mnerangkan secara lebih lanjut mengenai asid reflux ni

/

Oleh kerana tekak yang kering boleh sebabkan sakit tekak maka minumlah air sekurang2nya 8-10 gelas air setiap hari lagi banyak lagi bagus.Kita beruntung sebab kita tinggal  di Malaysia yang berudara lembab  dan ini amatlah bagus untuk suara kita,tetapi jika anda berada di persekiran hawa dingin yg hyper disarankan anda dapat bernafas dengan menggunakan hidung sekerapa yang boleh.Ini mampu mencegah tekak menjadi kering dan sakit.

Satu lagi punca sakit tekak ialah “penderaan suara” Ini adalah kerana menyanyi dengan terlampau tinggi dan terlalu kuat dalam jangka masa yang terlalu lama ,menjerit dan bercakap kuat dalam persekitaran yang biasing e.g perlawanan bolasepak dan menjerit  di konsert ,menghidu asap rokok, dan sebagainya Bila ini terjadi pada anda maka disarankan anda merehatkan suara anda  dan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan pulihkan suara anda dengan melakukan latihan humming dan juga bubling/tongue trills

Jika anda dijangkiti laryngitis  dan tone anda mulai terputus-putus/tersangkut-sangkut di sustained note maka ini menandakan anda amat memerlukan rehat yang betul2 REHAT dan jumpa doctor dan makan ubat sewajarnya..

Kesimpulannya jika anda dapati tekak anda perit di waktu bangun tido maka tak payah risau  pasal ni normal dan ini juga factor yg menyebabkan ramai yang tak boleh nak naynyi pada waktu pagi..Ianya akan pulih secara semulajadi  beberapa jam selepas anda bangun dan anda  boleh menyanyi seperti biasa.

Jika sakit tekak  yang serius maka rehat la dari menyanyi dan minum air sewajarnya dan jika makin teruk lagi jumpa la doctor  anda

 

Kenapa   Sumbang 20/11/2011zarulumbrella73 Leave a comment

Page 12: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Ada beberapa 3 sebab mengapa masalah ini boleh terjadi

Pertama, kita mungkin tak  tahu apa itu note  atau pic yg kita

nyanyikan atau vocal range lagu yg kita nyanyikan

Sbg contoh,sesebuah lagu mungkin mempunyai banyak lompatan

pitcing,dan kita mungkin tak tahu bagaimana nak nyanyikan perubahan

pitching-pitching ini dan dengan bebrapa latihan mengenai skala

muzik dan intervals akan dapat membantu kita mengenali setiap nada

seterusnya membantu kita menyanyi dalam pelbagi pitch/nada

Kedua, kita mungkin kurang tahu mengenai vocal register/perletakan

suara yg seharusnya kita gunakan semasa kita menyanyikan satu2 pitch

Sebagai contoh,jika saya suruh seorang pelajar lelaki nyanyikan

note “high E” atau F beliau mungkin tak sampai dan pitch beliau

akan tak tepat ini adalah disebabkan belaiu tidak kenal/tidak tahu

dimanakah vocal register yg sepatutnya

Beberapa latihan untuk mempertajamkan lagi teknik ini dan latihan

vocal warm-up akan dapat membantu anda mencapai note yg tinggi

Page 13: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

dengan lebih tepat

Kita juga mungkin tak beri perhatian pada sokongan pernafasan atau

breath support yg diperlukan  bgi mencapai atau pun projectkan note

note yg kita nyanyikan terutamanya di range tinggi suara kita yg

mana ini akan menyebabkan kita of tune semasa menyanyi

Latihan latihan pernafasan akan dapat membantu kita mengatasi

masalah ini

Ketiga, kita mungkin tak biasa mendengar suara kita dan adakah

suara kita serasi dengan muzik semasa kita menyanyi?Ini adalah

amatlah vital skill yg perlu ada pd setiap penyanyi

Kadangkala semasa kita menyanyi,kita lebih fokuskan pada nyanyian

tetapi tidak pada muzik yg mengiringi kita,ini adalah factor yg

menyumbang kepada “sumbangnya” nyanyian kita tanpa kita sedari.

5 Perkara Asas Nyanyian Yang Patut Korang   Tahu

Kali ini saya datang lagi dengan tip tip nyanyian buat tatapan pembaca blog ni yang amat saya hargai dan ribuan terima kasih kerana masih lagi setia dgn blog ni

Jom layan tips seterusnya ini…

Page 14: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahapkemampuan suara anda.

Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-1.Pitch/Nada

2.Rhythm/Irama

3.Pernafasan

4.Suara

5.Sebutan

Mari saya jelaskan satu persatu :-

1. PITCH/NADAOk saya kira ramai yg tahu mengenai pitch ni sejak AF disiarkan sejak 2002 yang lepas kan?Kalau kita dengar si penyanyi tu sumbangdalam penyampaian lantas kita akan kata pitching tak kena la ni.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan sedap didengar

Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalamsesebuah lagu itu tadi..

Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note2yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting

2. RHYTHM/IRAMASetiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ’groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju cthnya lagu2 rock!

Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan

Page 15: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

notes dengan rentak yang berbeza2, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

3. PERNAFASANPernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??.

Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi! Dalam ebook Rahsia Vokal ada diterangkan lebih lanjut tentang bab ini4. SUARASuara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita.

Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ’sihat’

5. SEBUTANBelajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita.

Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita.

Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

Kelas Vokal

.

Page 16: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

3 jenis Suara atau Vokal   Register

Feel dalam   lagu

Pada mula-mula saya menyanyi dan merakamkan album saya seringditegur oleh penerbit album saya iaitu Saari Amri-’kau nyanyi macamhighway,straight jer”-saya tak paham pada mulanya dengan apa yangdimaksudkan oleh beliau namun setelah diberi penjelasan baru sayasedar bahawa nyanyian saya tak ada jiwaJadi saya bertanyakan pada beliau bagaimana nak feel kan lagu?Laludia jawab ko baca dan fahamkan lirik lagu,da faham, kalau lagu tulagu sedih leleh kasik gelap sikit studio nnt bila nak rakam..Begitulah serba sedikit pengalaman saya menyanyi dan feel menyanyibersama2 Saari AmriTips saya untuk anda mengenai feel ni,senang jer…apa yg kita rasamelalui melodi dan lirik kita keluarkan melalui suara kita,menyanyilagu slow mmg mencabar berbanding dgn lagu rancak,pasal nak feellagu sedih ni perlu penghayatan yg tinggi…kelembutan dalammengeluarkan suara nyanyian amat penting jika laguperlahan..kelembutan suara boleh dihasilkan melalui suara daridada..jgn ‘keraskan’ suara anda bila nyanyi lagu perlahan dan nadarendah,cth nyanyi dgn suara keras adalah apabila kita nyanyi HappyBirthday-selalunya bila org nyanyi lagu ni dgr macam keras danstraight je -xde feel..betul tak??p/s Mungkin ada ramai yang tak berapa nak paham,nak tahu contoh yang baik dengan penghayatan lagu ni cuba dengar lagu lagu dari penyanyi penyanyi hebat cth Datuk Siti Nurhaliza,Anuar Zain,Faizal Tahir dan Dayang Nurfaezah–cuba dengar perbezaan nyanyian/feel dorang antara lagu rancak/slow

Tip   Pernafasan

Setiap bahagian dalam nyanyian adalah based on your breath/pernafasan..Jika anda tak bernafas dengan betul maka anda takkan dapat nyanyi dengan sebaik yg anda boleh .Belajar bernafas semasa menyanyi boleh elakkan masalah pitching,broken notes dan juga mengelakkan kecederaan pd vocal chord.

Berikut adalah beberapa cara mengajar anda untuk bernafas seperti penyanyi pro:atau boleh terus dapatkan ebook Rahsia Vokal untuk tip yg lebih lanjut;http://rahsiavokal.com/

Tumpukan perhatian pada pernafasan anda

Page 17: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Cuba baring atas lantai dan sedut nafas sedalam2 yg boleh.Rasakan ianya memenuhkan paru paru anda .Dalam posisi ini anda boleh penuhkan paru2 anda dgn udara dan dalam masa yg sama perhatikan perut anda menaik semasa anda inhale atau sedut nafas..

Beginilah yg anda mahu rasakan semasa anda bernafas semasa berdiri.Jangan ‘keraskan’ atau tense kan bahu anda atau amik nafas pendek pendek..sebaliknya breathe deeply into your stomach.

Sedut dan Lepas

Semasa anda sedut nafas (inhale) semasa menyanyi …sedut udara sedalam2 seolah2 anda cuba untuk meniup belon ..Anda perlu melakukan ini dengan secepat yg boleh.Penuhkan paru2 anda dgn udara!

Bila lepas nafas(exhale) prektis melepaskan nafas anda secara perlahan2 .Bila da habis ..paru2 anda sepatutnya kosong kemudian amik nafas dalam2 balik dan perlahan2 lepas semasa nyanyi..Jangan amik nafas pendek dan lepas dgn cepat..kalau bernafas mcm ni anda akan cepat semput

Postur Pernafasan

Postur pernafasan yg baik akan membantu anda bernafas dgn lebih efisyen dan mengenalpasti otot2 yg terbabit semasa proses inhaling dan exhaling.Berdiri tegak dengan bahu sedikit kebelakang dan tulang pelvis anda slightly tilted ke depan

Angkat kepala anda tapi jangan mendongak keatas sangat.Cuba selarikan bahu,pinggang dan kaki anda dengan lutut anda,kemudian amik nafas. and push it out with your diaphragm. Rasakan how powerful this breath feels compared dengan breaths yg u take when you’re hunched over atau terbongkok

Prektis Latihan Pernafasan

Anda boleh tingkatkan kawalan pernafasan dengan teknik latihan ini:Breathe in deeply for 4 seconds, tahan nafasfor 4 seconds, kemudian exhale for 4 seconds gak

Empty your lungs n start balik

Bila da lama2 anda boleh cuba selama 6 saat,8 saat malah 10 saat pun boleh! Latihan ini membantu anda mengurangkan inhale dan memanjangkan tempoh exhale pernafasan anda ,juga membantu anda rilex bila anda rasa stress/berdebar2.

Belajar Untuk bernafas secara SENYAP

Page 18: Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Jika anda sedut nafas secara gelojoh boleh mengganggu nyanyian anda.Amalkan menyedut udara dengan mulut anda terbuka (tp jgn la sampai ternganga). The breath should gostraight down your throat and into your lungs, expandingyour belly.

Pernafasan senyap ini amat penting semasa anda merakamkan lagu. Breathy inhales don’t sound good, but adeep, quiet breath is fine. Anda juga bolehlah jauhkan sikit mic tu bila anda inhale

Penjadualan Pernafasan /Time Your Breathing

Cuba amik nafas semasa bahagian ‘pause’ dalam lagu.Jika anda tahu anda akan berdepan dengan note yg panjang,cuba amik nafas sedalam2 yg boleh before it begins. Then ration out yourbreath as you sing the note so that you can sustain atau tahan untuk masa yg lama

Note that it’s normal to feel short of breath atau rasa tercungap2 selepas latihan pernafasan.Anda juga akan rasa macam nak menguap2. Ini adalah kerana badan kita sedang sesuaikan atau adjusting to the different amounts of oxygen yg diterimanya.

Singing is about pitch, breath, and rhythm. Pernafasan yg betul membantu anda stay on pitch. If you time it with the song’s rhythm, tiada siapa akan perasan yg andabernafas(inhale/exhale) unless dorang tengok u dekat2

Latihan2 pernafasan ini boleh membantu nyanyian anda ke satu tahap yg lebih tinggi dari apa yg anda ada sebelum ini dan jika anda inginkan latihan yg lebih detail anda boleh dapatkan ebook Rahsia Vokal yg ditulis oleh saya..http://rahsiavokal.com/

Jadi amalkan lah latihan ini..Semoga Berjaya!!