bab 1 - keselamatan

Upload: azman-jamaat

Post on 13-Jul-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja. Peraturan keselamatan bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-alat dan bangunan daripada bahaya elektrik yang mungkin berlaku. Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan kerana aliran arusnya tidak kelihatan. Arus ini boleh mengakibatkan renjatan, kebakaran, lumpuh, letupan dan kematian.

1.1 Aspek Keselamatan Di Tempat Kerja 1.1.1 Keselamatan Diri Di antara langkah-langkah keselamatan diri yang perlu dipatuhi : a. Pakaian untuk bekerja mestilah sesuai dengan tugas yang dijalankan, contohnya memakai apron untuk kerja-kera ketukangan kayu, memakai gogal dan pelindung muka untuk kerja-kerja mengimpal. Baju lengan panjang hendaklah dilipat hingga ke siku. b. Cincin, gelang tangan, jam tangan dan rantai janganlah dipakai sewaktu bekerja.c.

Kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berpaku tidak dibenarkan, sebaliknya kasut yang bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya serta kasut yang berpenebat adalah lebih digalakkan. Bagi kerja-kerja mengangkat barang, kasut tahan hentakkan hendaklah digunakan.

d. Sarung tangan yang hendak digunakan mestilah sesuai untuk sesuatu tugas, contohnya

sarung tangan kulit untuk kerja-kerja kimpalan dan sarung tangan getah untuk kerjakerja yang melibatkan bahan kimia atau elektrik.e. Rambut hendaklah pendek dan ditutup dengan topi atau memakai topi keledar khas

untuk sesuatu tugas. Rambut yang panjang harus diikat dan disepitkan. f. Sentiasa mematuhi arahan yang diberi oleh guru atau penyelia, papan-papan tanda danBBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

1

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

bertanya jika kurang jelas.g. Jangan makan dan minum, bergurau senda atau berkejar-kejaran semasa anda sedang

bekerja. h. Sentiasa bertenang dalam menjalankan tugas. i. Bersihkan tempat kerja dan alat setelah selesai menjalankan sesuatu kerja. j. Gunakan sabun dan air untuk membasuh tangan terutama selepas bekerja dengan bahan-bahan kimia.k. Jika terdapat sesuatu yang dianggap merbahaya, laporkan kepada guru atau penyelia. 1.1.2 Keselamatan Sewaktu Menggunakan Alat atau Mesin

Bagi menjamin keselamatan sewaktu menggunakan alat atau mesin, langkah-langkah yang berikut perlu dipatuhi :a. Jangan menggunakan alat atau mesin tanpa mengetahui cara yang betul bagaimana

menggunakannya. b. Jangan menggunakan alat atau mesin tanpa izin daripada guru atau penyelia. c. Alat-alat atau mesin yang rosak atau mengalami sedikit kerosakan perlu dibaiki sebelum digunakan.d. Peralatan kerja mestilah disimpan di tempat yang betul supaya mudah dicari apabila

diperlukan terutama semasa kecemasan. e. Setelah menggunakan alatan, bersihkan dan letak di tempat asal. f. Jangan biarkan mesin berfungsi atau hidup tanpa diawasi. g. Gunakan penutup muka dan hidung di tempat kerja yang memerluuatkannya. h. Patuhi peraturan penggunaan sesuatu peralatan dan mesin walaupun anda telah biasa dengannya. i. Jangan tutup atau buang tanda-tanda arahan dan amaran yang terdapat pada alat-alat atau mesin kerana pengguna lain mungkin tidak mengetahuinya. j. Gunakan alat yang betul untuk menjalankan sesuatu tugas. k. Tentukan alat atau mesin itu benar-benar dalam keadaan baik sebelum menggunakannya, uji terlebih dahulu jika diragui keselamatannya. l. Jangan cuba membaiki alatan yang rosak tanpa pengetahuan dan kebenaran guru atau penyelia.BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

2

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

1.1.3

Tabiat Kerja Yang Baik Tabiat atau sikap yang berikut mesti diamalkan semasa menjalankan kerja-kerja amali, seperti : a. Utamakan kebersihan pada alat atau mesin, tempat kerja atau pakaian. Adakan satu jadual tugas untuk memastikan ianya dipatuhi.b. Cara berpakaian dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika

melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu :i.

Pakaian Ama. Pakaian yang sesuai, iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian

yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana

mudah

tersangkut pada alat dan mesin, terutama pada mesin yang begerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja. b. Bagi lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi perempuan yang berambut panjang pula, rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Bagi yang memakai tudung, hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.c. Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah

ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut boleh menyebabkan kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku. d. ii. Pakaian Perlindungan a. Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.b.

Sarung tangan yang sesuai digunakan ketika memegang bahan kerja

atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong dan merivet. c. Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu3

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.iii.

Peralatan perlindungan Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan mengerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) , perlu digunakan.

Rajah 1 c. Sediakan papan tanda amaran bahaya dan arahan cara yang betul menggunakan sesuatu alat atau mesin. d. Adakan kotak pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakannya. e. Susun alat dan bahan mengikut tugasnya, letakkan di tempat yang mudah dicapai dan dicari apabila diperlukan. Jangan campur adukkan bahan dan alat, lebih-lebih lagi jika bahan itu boleh meletup, beracun, mudah terbakar dan sebgainya.f. Sentiasa beringat akan bahaya yang terlibat dan mengambil langkah-langkah

keselamatan sebelum memulakan sesuatu kerja. g. Jalankan kerja mengikut jujukan atau aturan yang telah disediakan.h. Gunakan alat yang sesuai sahaja dan kembalikan ke tempat asalnya setelah selesai

menggunakannya. Laporkan kepada guru atau penyelia sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan yang berlaku.BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

4

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

1.2

Keperluan Akta Keselamatan Pekerjaan Dan Keselamatan Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan, contohnya bekalan elektrik di Negara kita mematuhi peraturan-peraturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan Elektrik United Kingdom (I.E.E), peraturan elektrik 1951, peraturan keselamatan ordinan elektrik 1949, peraturan Elektrik lembaga bekalan 1949 dan akta jemaah pemeriksa elektrik pemeriksa elektrik 227 1983, 1984 dan SIRIM. Sebelum menaggunakan kerja pemasangan atau membaiki alat kelengkapan, sesorang juruelektrik mestilah memahami dan membiaasakan diri dengan peraturan-peraturan keselamatan yang terlibat untuk melindungi pengguna, peralatan, bangunan dan pemasangan daripada bahaya dan kemalangan. Disenaraikan beberapa contoh kod-kod pemasangan dan baikpulih alat-alat elektrik. Kod ini berdasarkan buku peraturan I.E.E edisi ke-15 dan akta 277, jemaah pemeriksa elektrik 1984. a. Pemeriksaan dan pengujian hendaklah dijalankan terhadap pemasangan berikut :i.

1.2.1 Kod-kod Keselamatan Elektrik

Pemasangan elektrik yang baru. ii. Penambahan tambahan atau ubahsuaian. iii Pemasangan sementara setelah tamat tempohnya. iv. Pemasangan sedia ada setelah tamat tempohnya. v. Pemasangan sedia ada mengikut permintaan dan arahan.

b. Pengalir dan perkakas yang digunakan mestilah sesuai saiznya pada kadar arus yang diperlukan. c. Pengalir itu mestilah mempunyai penebatan yang baik dan diberikan perlindungan tambahan jika dirasakan perlu. Fius atau pemutus litar mestilah dipasang pada setiap litar akhir, bagi melindungi arus lebih atau kebocoran arus di litar itu. d. Suis satu kutub dipasang hanya pada pengalir hidup. e. Setiap pemasangan mestilah mengadakan suis pemencil yang dapat memutuskan kesemua bekalan di pemasangan sewaktu berlaku kemalangan.f. Di kawasan lembab dan berair pembumi rangka dan kerja logam tetap diadakan,

contohnya paip air, paip gas dan sebagainya.BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

5

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

g. Pendawai elektrik mestilah memperoleh Sijil Pemasangan daripada pihak berkuasa sebelum memasang sesuatu pendawaian. 1.2.2 Alat-alat Keselamatan Elektrik a. Fungsi Pelbagai Alat Keselamatan elektrik Di antara alat-alat keselamatan elektrik ialah : i. Pelindung arus lebih, iaitu fius atau pemutus litar yang ditempatkan dalam kotak fius agihan.Dawai bumi Dawai Neutral Earth Wire (E) Neutral Wire (N)

Dawai Hidup Life Wire

Rajah 2 Rajah 2 ii.iii.

Pelindung beban lebih yang dipasang dalam alat pemula motor atau mesin. Pelindung arus bocor ke bumi yang dipasang pada permulaan litar pengguna. Pemencil yang memutuskan bekalan keseluruhan litar dan dipasang di permulaan litar pengguna.v.

iv.

Pelindung kilat yang melindung pemasangan kabel di bahagian atas bangunan daripada disambar kilat. Pelindung tanpa voltan yang melindung mesin daripada dihidupkan semula secara automatik setelah berlaku gangguan bekalan elektrik. Pelindung suhu lebih.

vi.vii.

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

6

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

b. Alat kawalan Kuasa Setiap beban, alat dan mesin elektrik mempunyai suis yang memutus dan menyambungkan litar itu ke bekalan. Suis-suis ini biasanya ditempatkan berhampiran alat atau beban kecuali ia mempunyai suis kawalan dari tempat lain. Suis-suis kawalan yang dikumpulkan bersama perlu ditanda tugasnya agar mudah dikenal dan dikawal terutama sewaktu kemalangan. Suis-suis kawalan kuasa atau disebut jujukan kawalan pengguna biasanya dipasang bersama di dalam sebuah bilik, stor atau di tepi dinding sebelah pintu masuk ke rumah atau bangunan. Ini bertujuan memudahkan pengguna memutuskan bekalan sekiranya kemalangan, membuat tambahan atau membaiki sesuatu litar. Antara alat-alat kawalan ialah kotak fius agihan, pemutus litar bocor ke bumi dan suis utama. Alat-alat ini mesti diperiksa dari masa ke semasa terutamanya pemutus litar bocor ke bumi bagi memastikan ianya dalam keadaan baik. Kadaran fius dalam kotak fius ditentukan kadarannya dan sebarang penambahan boleh mengakibatkan litar tidak dapat dilindungi daripada kadar arus yang berlebihan. Suis kawalan alat atau beban yang sedang dibaiki atau tidak boleh digunakan(rosak) mesti diberikan tanda amaran bahaya supaya pengguna lain tidak menghidupkannya. c. Mematikan suis Kuasa Mematikan suis kuasa bagi alat atau beban yang tidak digunakan amat baik kerana kita dapat menjimatkan tenaga elektrik. Sebelum mematikannya, berundinglah terlebih dahulu dengan pengguna alat berkenaan, mungkin dia sedang menjalankan sesuatu percubaan atau kerja dan apabila bekalan diputuskan kerja itu akan tergendala.1.3

Punca-punca Kemalangan Kecuaian atau tidak mengikut peraturan keselamatan dalam bengkel boleh menyebabkan kehilangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Oleh itu, peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan selalu untuk mengelakkan kemalangan. Jangan sekali-

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

7

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

kali memandang ringan akan sesuatu peraturan yang ditetapkan. 1.3.1 Contoh-contoh kemalangan

Di antara contoh-contoh kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja ialah ; a. Tergelincir di lantai tempat kerja, terseliuh, terkehel dan terjatuh. b. Luka akibat terkena pisau atau benjol kerana terkena barang jatuh.c. Kecederaan mata kerana serpihan logam atau percikan bahan kimia ke dalam mata.

d. Kebakaran dan letupan akibat litar pintas atau bahan api. e. Kejutan elektrik. f. Terhantuk, terhempap, tersepit, terketuk sewaktu menukul atau mengangkat barangbarang.1.3.2 Sebab-sebab berlakunya kemalangan

Di antara sebab-sebab utama berlakunya kemalangan di tempat kerja ialah :a. Tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.. b. Tidak mengendalikan sesuatu alat atau mesin dengan betul. c. Menggunakan sesuatu alat atau mesin yang tidak sesuai. d. Kejahilan tentang cara-cara membaiki alat, misalnya menggantikan fius berkadaran

lebih besar daripada yang sepatutnya. e. Menggunakan alat-alat yang rosak. f. Sikap cuai, tergesa-gesa dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa bekerja, contohnya bergurau senda dan berkejar-kejaran. g. Berpakaian yang tidak sesuai dan berambut panjang. h. Keadaan di bengkel yang kurang sesuai seperti lantai yang berminyak atau basah, lampu yang malap, tempat kerja yang sesak dan sebagainya.i.

Kekurangan alat pemadam api atau alat pemadam api yang tidak berfungsi dengan baik.

j. Sistem-sistem elektrik yang tidak mencukupi k. Kebersihan bengkel yang tidak dijaga dengan baikBBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

8

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

l. Renjatan/kejutan elektrik terjadi apabila badan kita menjadi laluan pengaliran elektrik.1.4

Punca-punca Kebakaran dan Pencegahan kebakaran Kebakaran yang berlaku dan terjadi dikaitkan terus kepada kelalaian manusia. Masyarakat sekarang sudah mula cuai dan tidak bertanggungjawab terhadap pencegahan kebakaran. Mengikut statistik yang ada, kadar kebakaran bangunan-bangunan telah bertambah kebelakangan ini.

1.4.1 Punca-punca Kebakaran

a. Membuang pontong rokok merata-rata tempat. b. Menukarkan kadaran fius dengan yang lebih besar. c. Alat perlindungan litar rosak PLBB /perangkap kilat. d. Sambungan pendawaian terdedah atau rosak.e. Percikan bunga api di punca sambungan yang terdedah. f.

Kecuaian mengasingkan bahan mudah terbakar.

g. Tidak membersihkan lantai dari tumpahan bahan api. h. Bermain dengan bahan api / punca api mancis.

1.4.2

Pencegahan Kebakaran Alat atau bahan pencegah kebakaran adalah terdiri daripada : a. Buih (busa) untuk kebakaran bahan api yang sukar dikawal seperti petrol.b. Karbon dioksida (CO2) untuk kebakaran yang disebabkan oleh arus elektrik.

c. Air untuk kebakaran bahan pepejal seperti bangunan kayu, sampah-sarap dan sebagainya. d. Cecair berwap (BCF) untuk kebakaran pada enjin. e. Serbuk kering atau pasir untuk kebakaran petrol yang sedang mengalir. Sesebuah bangunan mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang disediakan oleh pihak bomba. Di antara lain, peraturan tersebut adalah : a. Pintunya mestilah tahan kebakaran. b. Disediakan alat pemadam kebakaran.BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

9

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

c. Diadakan dua pintu masuk dan keluar dari arah yang berlainan. d. Bangunan yang menggunakan lif, mesti disediakan tangga dari dua arah yang berlainan. 1.4.3 Alat Pemadam Api Alat pemadan api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk sislinder. Kaedah menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat bertindak dengan cara yang betul. Biasanya alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk memadamkan kebakaran yang kecil sebelum pihak bomba datang membantu. Adalah satu kesalahan jika mana-mana bangunan tidak menyediakan alat pemadam api kerana ianya amat penting bagi mengelakkan kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain. Pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti Rajah3. Arahan penggunaan alat pemadam api boleh dibaca pada pelekat di tangki alat pemadam api tersebut. Jenis kebakaran Jenis alat pemadam api Kelas A Cara menggunakan Jenis katrij air Kayu, tilam, kain, kertas, alatan perabot dan seumpamanya. 1. Tanggalkan pin penutup. 2. Halakan muncung ke pangkal api.3. Hampiri tempat kebakaran

4. Tekan tuil.

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

10

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

Kelas B Cecair, petrol, minyak, cat varnish dan seumpamanya.

Jenis buih(Busa)1. Goncangkan tabung.

2. Tarik tuil dan pusingkan ke kanan. 3. Terbalikkan tabung.4. Halakan muncung ke pangkal

api.5. Hampiri tempat kebakaran.

Jenis karbon dioksida Kelas C Elektrik, jentera, papan suis, pengubah, jentera pendingin udara dan sebagainya.A

1. Tanggalkan pin keselamatan. 2. Halakan corong ke pangkal api. 3. Tekan tuil 4. Hampiri tempat kebakaran

B 1. Putar penutup ke kiri.

2. Halakan corong ke pangkal api.3. Hampiri tempat kebakaran.

4. Halakan muncung ke pangkal api. 5. Tekan tuil. Kelas D Jenis serbuk keringA

1. Tanggalkan pin penutup. 2. Hampiri tempat kebakaran 3. Halakan muncung ke pangkal api. 4. Tekan tuil. 1. Tarik getah penutup. 2. Hentakkan penebuk. 3. Hampiri tempat kebakaran.

Bahan kimia seperti natrium, kalium dan kalsium.B

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

11

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

4. Halakan muncung ke pangkal api. 5. Tekan tuil. Rajah 3

1.4.4

Langkahlangkah keselamatan semasa mengendalikan bahan yang mudah terbakar. Di antara langkah pencegahan kebakaran adalah seperti berikut : a. Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat lain yang selamat dan apabila telah digunakan, kembalikan ke tempat asalnya.b. Alat-alat pemadam kebakaran janganlah tersorok. Ia hendaklah diuji dari masa ke

semasa dan disediakan mengikut jenis kebakaran yang mungkin terjadi.c. Jangan nyalakan api semasa bnekerja terutama di bilik mengecas bateri atau stor

menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar dan meletup, termasuk menyalakan punting rokok. d. Bekas-bekas, tong, tin atau botol bahan yang mudah terbakar hendaklah dibuang atau disimpan di tempat yang selamat.e. Lantai yang berminyak atau tapak tumpahan bahan yang mudah terbakar hendaklah

dibersihkan dengan segera.f. Jika terdapat kabel, perkakas atau pendawaian yang pecah, ia hendaklah dibaiki

dengan segera sebelum digunakan.g. Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba/kebakaran jika

bekerja di kawasan yang mudah terbakar. h. Adakan latih tubi kebakaran supaya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu kebakaran. 1.4.5 Latih Tubi Kebakaran Antara perkara penting dalam latih tubi kebakaran ialah mengenali bunyi tanda amaran kebakaran yang biasanya bunyi loceng berterusan. Kemudian mereka yang terlibat12

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

dikhendaki berkumpul di kawasan lapang yang selamat, contohnya padang di mana arahan-arahan selanjutnya akan diberikan. Mereka yang terlibat perlulah menghubungi orang-orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka dan meminta bantuan kecemasan daripada pihak bomba, ambulans dan sebagainya. Sebaiknya hubungi mereka secara terus atau menggunakan panggilan telefon. Sewaktu menggunakan alat pemadam api, mereka mestilah mengetahui bagaimana menggunakannya dan jenis yang hendak digunakan. Berikan pertolongan cemas seberapa segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan jangan tunggu kehadiran pasukan pertolongan cemas atau ambulans.1.5

Pertolongan Cemas dan Kaedah Pemulihan Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang bentuk kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor pakar perubatan. Semua orang perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya mpat kemalangan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas. atau

1.5.1

Peti Pertolongan Cemas Peti petolongan cemas hendaklah diletakkan di tempat yang mudah diperolehi. Ubatubatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas mestilah disimpan dengan baik dan sentiasa dikemaskini. Senarai ubat-ubatan dan kelengkapan dalam kotak peti pertolongan cemas perlu ada serta kegunaannya.

Bil

Alat/Ubat13

Kegunaan

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

1. 2 3. 4. 5. 6. 7. 9. 10. 11. 1.5.2

Kain Anduh Kain Pembalut Kasa Gunting Larutan Flavin Larutan Antiseptik Krim Antiseptik Kapas Penampal Luka (Plaster) Krim Burnol Minyak panas

Mengampu lengan yang patah atau terseliuh. Membalut luka atau anggota yang terseliuh. Memotong. Merawat luka. Merawat luka. Merawat luka. Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka. Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka. Merawat luka terbakar dan melecur/melepuh. Melegakan kesakitan akibat patah atau terseliuh. Rajah 4

Kaedah Pemulihan Apabila berlaku kecederaan seperti luka dan melecur, rawatan segera hendaklah diberikan kepada mangsa sebelum bantuan perubatan tiba. Antara rawatan awal yang perlu : a. Rawatan Lukai.

Sapukan ubat antiseptik pada bahagian luka ii. Lekatkan penampal luka pada bahagian yang luka. iii. Sekiranya berlaku luka yang besar, balutkan dengan kain kasa. viii.ix.

Jika darah keluar terlalu banyak, tambahkan balutan kain kasa. Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk memperlahankan pengaliran darah sementara bantuan perubatan tiba.

Gunakan plastic dan gauze untuk menutup luka.

Rajah 5 Rawatan luka b. Rawatan Mangsa Patah i. Anggota yang patah tidak boleh digerakkan. Jangan sekali-kali bertindak kasar ketika menggerakkan bahagian yang patah kerana boleh menyebabkan kesakitan dan memburukkan lagi keadaan. ii. Gantungkan anggota yang patah dengan menggunakan anduh untuk mengampuBBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

14

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

anggota tersebut dengan berhati-hati. iii. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Rajah 6 Rawatan mangsa patah c. Rawatan Melecur i. Jangan sentuh pada tempat yang melecur. ii. Jangan letakkan sebarang ubat sekiranya keadaan tempat melecur kelihatan teruk. iii. Balut tempat melecur dengan pembalut yang bersih sementara menunggu bantuan perubatan.

Rajah 7 Rawatan melecurd. Sesak Nafas

i.

Longgarkan ikatan seperti tali leher dan tali pinggang yang terdapat pada badan mangsa.

ii. Alihkan mangsa ke tempat yang lapang untuk mendapatkan pengaliran udara yang lebih baik. iii. Tenangkan dan rehatkan mangsa. iv. Dapatkan bantuan perubatan. 1.5.3 Kaedah Pemulihan Pernafasan Pemulihan pernafasan bererti memulihkan pernafasan atau memberikan bantuanBBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

15

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

pemulihan nafas atau oksigen agar mangsa itu boleh bernafas seperti sediakala. Pernafasan boleh berhenti disebabkan oleh kejutan elektrik, cemas, saluran udara tersumbat, tercekik, sakit jantung dan sebagainya. Kejadian ini menyebabkan udara yang masuk ke paru-paru dan darah berkurangan yang mengakibatkan fungsi jantung dan paru-paru terjejas. Kesusahan bernafas, bernafas dengan kencang dan berbunyi dan mulut berbuih merupakan tanda-tanda awal seseorang mengalami kepayahan bernafas. Masa bertahan seseorang adalah tempoh 5 hingga 6 minit sahaja. Jika pemulihan pernafasan tidak dilakukan segera, kemungkinan mangsa akan pengsan dan mati.

Rajah 8 a. Kaedah Mulut Ke Mulut i. Baringkan si mangsa menelentang, perawat bolehlah melutut atau pada kedudukan yang selesa.ii. Tekan kepada mangsa ke bawah dan sebelah tangan lagi menolok rahangnya ke

atas. iii. Picit hidung mangsa dengan jari. Hembuskan nafas ke mulut mangsa dan perhatikan dadanya ternaik, kemudian lepaskan mulut dari mulut si mangsa. iv. Ulang Kerja menghembus ini dilakukan dengan kadar 10 kali seminit. b. Kaedah Silvester

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

16

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

i. Baringkan mangsa menelentang dengan kedua-dua tangannya diletakkan di dadanya.ii. Kedudukan perawat berlutut di sisi mangsa dengan bandanya menghadap ke

kepala mangsa. iii. Tekan dengan dua belah tangan ke atas dadanya beberapa kali dan sekali-sekala pada bahunya. iv. Lakukan begini sebanyak 60 kali seminit. c. Kaedah Holger Nielsoni.

Si mangsa dibaringkan meniarap dan kedua-dua tangannya diletakkan di bawah dahi. Perawat pula duduk berlutut di hadapan kepalanya.

ii. Letakkan kedua-dua belah tangan perawat di atas belakang si mangsa dengan pangkal tapak tangan menekan bahagian bawah tulang belikatnya dan ibu jari mengikut tulang belakang dan jari-jari tangan perawat lurus ke arah kaki mangsa. d. Kaedah Schafer i. Si mangsa dibaringkan meniarap dengan kedua-dua tangan diletakkan dibawah dahinya.ii. Perawat berlutut di sisi di bawah sedikit dari pinggang dan menghadap ke kepala

mangsa. iii. Letakkan kedua-dua tangan di atas punggung mangsa dan ayunkan badan perlahan-lahan ke hadapan sehingga paha dan tangan perawat tegak. iv. Gerakan secara perlahan dalam masa 12 kali seminit. e. Kaedah Tekanan Luar kardiak i. Mangsa dibaringkan menelentang, kakinya ditinggikan sedikit dari badan dan tangannya diletakkan bersilang di atas dadanya. ii. Perawat berlutut di kepala mangsa. iii. Dengan lengan yang lurus tekan dada si mangsa perlahan-lahan, kemudian pegang pergelangan tangannya dan bukakan sambil menarik ke belakang. iv. Gerakan tekanan dan buka ini dilakukan 60 kali seminit.BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

17

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

1.5.4

Kaedah Pemulihan Mangsa Kejutan Elektrik Apabila berlaku kejutan elektrik, pengguna akan terdedah kepada bahaya elektrik sehingga masalah menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya, kejutan atau renjatan elektrik boleh menyebabkan kecederaan dan mengakibatkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik. Antaranya termasuklah : a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak dan tiada pembumian. b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa membaiki dan mengubahsuai oleh orang yang tidak bertauliah. c. Persekitaran yang basah. d. Kerosakan alat elektrik. Apabila seseorang mendapat kejutan elektrik, langkah-langkah berikut perlu dilakukan dengan tenang dan segera. a. Mematikan bekalan elektrik samada dengan mematikan suis litar yang terlibat, mematikan suis utama, menanggalkan suis atau palam, mematikan suis pemutus litar dan sebagainya. b. Jika suis bekalan tidak dapat dimatikan, mangsa hendaklah dipindahkan ke tempat yang tidak bersentuh dengan punca bekalan.c. Tarik keluar mangsa menggunakan bahan penebatseperti sarung tangan getah atau

menggunakan kain tebal yang kering. Jangan sentuh atau mengangkat mangsa dari tempat kemalangan tanpa mempunyai cukup penebatan. d. Jauhkan kawasan itu daripada bahan basah atau lembab atau bahan pengalir seperti besi, zink dan lain-lain. e. Jika pernafasan terhenti, lakukan proses pemulihan pernafasan dengan segera. f. Rawat mangsa jika dia mengalami kecederaan. g. Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa itu dan panaskan badannya dengan selimut.h. Laporkan kepada pasukan pertolongan cemas untuk rawatan lanjut. BantuanBBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

18

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

pemulihan pernafasan hanyalah rawatan sementara.

SOALAN MODUL KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA SOALAN 1BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

19

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

a) Peraturan keselamatan dalam bengkel perlulah dipelajari dari semasa ke semasa. Nyatakan 4 amalan keselamatan yang anda perlu tahu semasa berada di dalam bengkel.

Rajah 1 b) Rajah 1 menunjukkan plug 3 pin 13A. i) ii) Nyatakan 2 sebab mengapa plug di dalam rajah tidak selamat digunakan. Seterusnya, nyatakan 2 kesan kemalangan elektrik yang mungkin berlaku.

Soalan 2a) Alat pemadam api mempunyai beberapa jenis antaranya A, B, C dan D. Apakah jenis

kebakaran yang sesuai untuk dipadamkan menggunakan alat pemadam api tersebut.b) Senarai dan terangkan faktor-faktor yang menyebabkan kebakaran berlaku.

RUJUKAN

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

20

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2011-2015

1. Teknologi Elektrik Tingkatan 4 Untuk Sekolah Menengah Vokasional. Abd Samad bin Haji Hanif, Mohd Nazi bin Haji Mustafa. Editor : Amirudin bin Abdullah. Pustaka Sistem Pelajaran.

2. Teknologi Elektrik Tingkatan 5 Untuk Sekolah Menengah Vokasional. Abd Samad bin Haji Hanif, Mohd Nazi bin Haji Mustafa. Editor : Amirudin bin Abdullah. Pustaka Sistem Pelajaran.

3. Buku pemasangan Elektrik Untuk Sekolah Menengah Vokasional. Abd Samad bin Haji Hanif, Mohd Nazi bin Haji Mustafa. Editor : Amirudin bin Abdullah. Pustaka Sistem Pelajaran.

4.

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal tingkatan 4. Kaharrudin bin Ismail, Azmi bin Mohd Yassir, Ramli bin Asun. Dewan Bahasa dan Pustaka.

BBE 20503 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN

21