bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

24
HUBUNGAN KELUARGA DAN KOMUNITI (BED 1263) Cik Nurul Laili Asyikin bt Ahmad Shamsuddin 2013 _Practices Make Perfect_

Upload: 018665

Post on 04-Jul-2015

561 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

HUBUNGAN KELUARGA DAN KOMUNITI

(BED 1263)

Cik Nurul Laili Asyikin bt Ahmad Shamsuddin2013

_Practices Make Perfect_

Page 2: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

BAB 1TEORI PENDEKATAN BERASASKAN

PENGLIBATAN KELUARGA DI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Page 3: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Definisi Keluarga

- Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang ketua keluarga.

- Keluarga juga adalah ahli atau isi rumah yang tinggal bersama-sama seperti ibubapa, abang, kakak, adik, nenek, datuk, emak saudara, bapa saudara.

Definisi keluarga dan komuniti

Page 4: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

•Definisi Keluarga

- Keluarga adalah sekumpulan manusia dengan ikatan perkahwinan, kelahiran yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fizik, mental, emosi, serta sosial dari setiap anggota keluarga (Duvall dan Logan, 1986).

- Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam sebuah rumah tangga kerana adanya hubungan darah, perkahwinan. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya (Bailon dan Maglaya,1978 ).

Page 5: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Definisi Komuniti

- Sekumpulan manusia dan ahli masyarakat yang tinggal bersama di sesuatu kawasan, saling berinteraksi, dan berkongsi kemudahan serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan hidup dan kesejahteraan keluarga

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat komuniti bermaksud kumpulan manusia atau masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, serta kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll) yg serupa: akademik, para ilmuwan, doktor, sasterawan.

Page 6: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Kepentingan keluarga di dalam kehidupan kanak-kanak

Kasih sayang

PendidikanKeperluan

asas

PerlindunganRekreasi

Keagamaan

Page 7: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Teori Kontekstual

- Teori kontekstual• Menyentuh kepada interaksi antara faktor biologi

dengan persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak

• Cth: kaedah pembelajaran yg menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman seharian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yg melibatkan aktiviti hands-on dan minds –on.

Page 8: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

- Pembelajaran secara kontekstual

• Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di mana murid akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, pemecahan masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan.

Page 9: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

• konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara perkara yang diajar dengan situasi nyata murid dan mendorong murid membuat hubungan antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan seharian.

• Pengetahuan sedia ada ditambah dengan pengetahuan baru

• Pembelajaran hanya berlaku apabila kanak-kanak dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam rangka minda mereka.

Page 10: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

- Aktiviti yang menggunakan pembelajaran secara kontekstual:

a) Aktiviti hands-on melibatkan peralatan, penggunaan bahan, aktiviti penyenggaraan mesin, eksperimen.

b) Pendekatan berasaskan projek iaitu melibatkan aktiviti yang memerlukan beberapa langkah tertentu serta jangka masa yang lebih panjang dan kerjasama kumpulan. Pelajar perlu membuat perancangan aktiviti, membuat penyelidikan, menyelesaikan masalah, mengumpul serta menganalisa maklumatbentuk dan sebagainya.

Cth aktiviti: projek pertanian, projek masakan

Page 11: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Kepentingan pembelajaran secara kontekstual

Pembelajaran ini membantu kanak-kanak mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan/ pengalaman harian

‘active learning’ dan penglibatan murid yang aktifMenggalakkan interaksi muridMemudahkan guru menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaranObjektif pelajaran tercapaiMurid akan mahir dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalahPembelajaran tidak membosankan

Page 12: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Perbezaan pembelajaran secara kontekstual dan tradisional

NO. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

TRADISONAL

1. Menyandarkan pada memori spasial (pemahaman makna)

Menyandarkan pada hapalan

2. Pemilihan maklumat berdasarkan pengetahuan/ maklumat murid

Pemilihan maklumat di-tentukan oleh guru

3. Murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran

Murid secara pasif menerima maklumat

Page 13: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

NO PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

TRADISONAL

4. Pembelajaran dikaitkan dengan kehidupan nyata/pengalaman harian

Pembelajaran sangat abstrak dan teori

5. Selalu mengaitkan informasi dan maklumat dengan pengetahuan sedia ada murid

Memberikan informasi dan maklumat kepada murid tanpa mengambil tahu pengetahuan sedia ada mereka

6. Cenderung mengintegrasikan beberapa bidang

Fokus pada satu bidang tertentu

Page 14: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

NO PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

TRADISONAL

7. Kanak-kanak menggunakan masa belajarnya untuk berbincang, berfikir secara kritis, atau membuat projek, menyelesaikan masalah.

Waktu belajar murid hanya melakukan tugasan dalam buku latihan, mendengar ceramah, (melalui kerja individu)

8. Keterampilan dikem-bangkan atas dasar pemahaman

Keterampilan dikem-bangkan atas dasar latihan

Page 15: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

NO. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

TRADISONAL

9. Murid mendapat kepuasan diri

Murid hanya mendapat pujian daripada guru

10. Murid tahu mengenai perkara yang baik mahupun salah kerana boleh berfikir kesan dan akibat

Murid tidak melakukan sesuatu yang buruk kerana takut akan hukuman

11. Pembelajaran terjadi di berbagai tempat, suasana

Pembelajaran hanya terjadi dalam kelas

112. Hasil belajar diukur melalui penerapan penilaian autentik.

Hasil belajar diukur melalui kegiatan akademik dalam bentuk test/ujian/ulangan.

Page 16: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Proses “REACT” Dalam Pembelajaran Secara Kontekstual

Terdapat satu kaedah pengajaran yang sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kontekstual. Kaedah pengajaran itu melibatkan lima proses/aktiviti, iaitu menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama, dan memindahkan. Kelima-lima aktiviti ini diringkaskan sebagai “REACT”.

Page 17: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

REACT

Proses ‘REACT’

Page 18: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

1. Menghubungkait (Relating)

• Aktiviti ini melibatkan proses di mana pelajar menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup mereka sendiri.

• Murid akan dapat menumpukan perhatian kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

• Contoh: di sekolah, murid belajar cara menjaga kebersihan. Murid mungkin dapat mengaitkan pengalaman mereka semasa di rumah, di mana pelajar sering diberitahu oleh ibu bapa supaya membasuh tangan sebelum makan. Menerusi pengalaman ini murid akan dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di rumah dengan aktiviti pembelajaran yang sedang berlangsung.

Page 19: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

2. Mengalami (Experiencing)• Semasa pembelajaran, murid akan sedaya upaya

menimba pengalaman melalui aktiviti eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual.

• Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti video, naratif (penceritaan) , atau aktiviti berasaskan teks, akan dapat membantu pelajar mengalami sesuatu perkara atau peristiwa yang dipelajari.

• Contoh: Murid dibawa ke bilik tayangan untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali merawat kecederaan semasa bermain. Pengalaman ini boleh digunakan semasa mereka berhadapan dengan situasi sebenar di luar bilik darjah

Page 20: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

3. Mengaplikasi (Applying):

• proses mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain.

•Pendidikan Jasmani &Kesihatan- proses aplikasi ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada murid

mengalami sendiri situasi atau perkara sebenar berdasarkan konteks yang dipelajari.

•Contoh: guru boleh membawa murid melawat kantin dan melihat sendiri cara mengendalikan makanan dengan betul.

Setelah itu, mereka akan diberikan peluang melakukan latihan praktikal di kantin

•Pengalaman ini sudah tentu akan dapat diaplikasikan pula semasa mereka berada di rumah kelak.

Page 21: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

4. Bekerjasama (Cooperating):

• Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain

• merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran konteksual.

• Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid digalakkan bekerjasama dalam pelbagai peringkat kumpulan untuk memberikan pengalaman kepada mereka.

• Contoh: pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan eksperimen. Penyelesaian eksperimen memerlukan pemerhatian, cadangan dan perbincangan.

Page 22: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

5. Memindahkan (Transferring)• Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang

sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar.

• Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui.

• Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan murid dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

• Contoh : murid mempelajari cara untuk memilih menu sarapan yang sesuai. Murid boleh memindahkan pengetahuan mereka itu dalam memilih dan menetapkan menu sarapan mereka setiap hari semasa berada di rumah.

Page 23: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

Implikasi latihan dalam pendidikan awal kanak-kanak

• membantu perkembangan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

• Membantu murid menerokai dunia pembelajaran• Murid dapat meningkatkan kemahiran menaakul,

berfikir secara logik, menyelesaikan masalah• Melatih murid menjadi seorang yang

bertanggungjawab dan memiliki modal insan yang unggul

• Melahirkan murid yang pintar-cergas

Page 24: Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263

• Penglibatan keluarga amat penting di dalam memastikan kanak mendapat pendidikan yang sempurna• ibubapa dan guru perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan murid• Guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid dapat menerima isi pelajaran dengan baik •Pembelajaran secara kontekstual – murid akn melalui pengalaman sebenar dan merupakan antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. •guru harus menggunakan kekuatan yang ada pada murid untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. • ‘Active learning’ - pembelajaran menjadi seronok, murid aktif, guru mudah menyampaikan pengajaran.

Rumusan..