azizan sedia bantu isu tanah - nre.gov.my di akhbar/azizan sedia ba… · (swapping) dengan pihak...

2
Azizan sedia bantu isu tanah ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memberi jaminan akan membantu permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa berhubung isu pengambilan tanah berstatus rizab Melayu, bersebelahan sekolah itu. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco untuk memudahkan proses pertukaran status tanah (swapping) dengan pihak terbabit termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG). “Sebelum ini lembaga pengelola sudah menyatakan hasratnya dan saya tiada halangan kerana sekolah berdepan dengan pelbagai masalah jika gagal mendapatkan tapak itu termasuk untuk membina dewan sekolah dan elak banjir kilat,” katanya. Menurutnya, memandangkan permohonan tanah berkenaan adalah untuk menaik taraf kemudahan asas di sekolah itu dan bukannya untuk tujuan komersil, Kerajaan Negeri bersedia membantu sekolah memiliki tanah seluas 1.6 hektar itu. “Kita prihatin dengan masalah mereka kerana sekolah itu mempunyai pelajar bijak tetapi kemudahan asas amat mengecewakan. Malah dewan sedia ada hanya mampu menampung sekitar 300 orang sedangkan pelajar mencecah 2,400 orang,” katanya. Azizan berkata, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu pendidikan di negeri ini tanpa mengira kaum, kerana mahu melahirkan generasi Kedah yang bijak dan berakhlak. “Kita harus galakkan pelajar dan golongan remaja fokus dalam aktiviti ko-kurikulum supaya cemerlang. Tidak mustahil jika digilap bakat mereka, kelak mereka akan mengharumkan nama negeri dan negara,” katanya. Sebelum itu, Azizan menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pengerusi Lembaga Pengelola SMJK Keat Hwa, Datuk Teoh Boon Beng untuk menampung kos pasukan pancaragam sekolah mengadakan persembahan di „World Shanghai Music Festival‟ April depan. Tajuk : Azizan sedia bantu isu tanah Tarikh : 10 Februari 2011 Sumber : Sinar Harian KERATAN AKHBAR ONLINE

Upload: votruc

Post on 10-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Azizan sedia bantu isu tanah - nre.gov.my di Akhbar/Azizan sedia ba… · (swapping) dengan pihak terbabit termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat ... kemudahan asas

Azizan sedia bantu isu tanah

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memberi jaminan akan membantu permohonan Lembaga

Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa berhubung isu pengambilan

tanah berstatus rizab Melayu, bersebelahan sekolah itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri akan membincangkan

perkara itu dalam mesyuarat Exco untuk memudahkan proses pertukaran status tanah

(swapping) dengan pihak terbabit termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat

Tanah dan Galian (PTG).

“Sebelum ini lembaga pengelola sudah menyatakan hasratnya dan saya tiada halangan kerana

sekolah berdepan dengan pelbagai masalah jika gagal mendapatkan tapak itu termasuk untuk

membina dewan sekolah dan elak banjir kilat,” katanya.

Menurutnya, memandangkan permohonan tanah berkenaan adalah untuk menaik taraf

kemudahan asas di sekolah itu dan bukannya untuk tujuan komersil, Kerajaan Negeri bersedia

membantu sekolah memiliki tanah seluas 1.6 hektar itu.

“Kita prihatin dengan masalah mereka kerana sekolah itu mempunyai pelajar bijak tetapi

kemudahan asas amat mengecewakan. Malah dewan sedia ada hanya mampu menampung

sekitar 300 orang sedangkan pelajar mencecah 2,400 orang,” katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu pendidikan di negeri ini tanpa mengira

kaum, kerana mahu melahirkan generasi Kedah yang bijak dan berakhlak.

“Kita harus galakkan pelajar dan golongan remaja fokus dalam aktiviti ko-kurikulum supaya

cemerlang. Tidak mustahil jika digilap bakat mereka, kelak mereka akan mengharumkan nama

negeri dan negara,” katanya.

Sebelum itu, Azizan menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pengerusi Lembaga

Pengelola SMJK Keat Hwa, Datuk Teoh Boon Beng untuk menampung kos pasukan

pancaragam sekolah mengadakan persembahan di „World Shanghai Music Festival‟ April depan.

Tajuk : Azizan sedia bantu isu tanah

Tarikh : 10 Februari 2011

Sumber : Sinar Harian

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Azizan sedia bantu isu tanah - nre.gov.my di Akhbar/Azizan sedia ba… · (swapping) dengan pihak terbabit termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat ... kemudahan asas

“Pasukan pancaragam ini mengharumkan nama negara, khususnya Kedah apabila mewakili

Malaysia dalam persembahan itu. Saya bangga dengan pencapaian ini dan mereka berhak

mendapat persekitaran sekolah yang lebih baik atas usaha itu,” katanya.

Pengetua SMJK Keat Hwa, Yeoh Chin Seang berkata, 82 ahli pancaragam itu dijemput

mengadakan persembahan di China selepas muncul juara peringkat kebangsaan dalam

pertandingan pancaragam tahun lalu