istimewa. atiyyah mohd said sedia permintaan bagi khidmat

1
SESEBUAH pusat prasekolah yang mempunyai kanak-kanak ber- keperluan khas perlu menimbangkan beberapa faktor dan membuat bebe- rapa penyesuaian. Ini bagi memastikan kanak-kanak itu dapat menikmati pembangunan yang menyeluruh dalam alam perse- kolahan, kata para pengamat. Menurut Dr Joanna Tay-Lim, dari- pada Kumpulan Akademik Pendidi- kan Awal dan Keperluan Khas Insti- tut Pendidikan Nasional (NIE) Uni- versiti Teknologi Nanyang (NTU), se- baik-baiknya kanak-kanak berkeper- luan khas dididik bersama dengan ka- nak-kanak lain dalam sekitaran prase- kolah yang inklusif. Namun beberapa aspek perlu di- ambil perhatian dalam memastikan prasekolah itu dilengkapi dan disiap- kan dengan berkesan untuk memenu- hi keperluan pembangunan holistik. Keadaan fizikal dan sumber Dr Tay-Lim memberi contoh, se- buah prasekolah boleh memastikan ia tidak mempunyai hambatan fizi- kal, menyediakan tanjakan bagi ka- nak-kanak yang ada keperluan berge- rak, perabot yang mempunyai tepian lembut untuk kanak- kanak mengala- mi sawan, sudut bertenang bagi mere- ka yang memiliki isu deria dan emosi untuk berehat apabila perlu. Selain itu, Cik Harnezah Juma- hat, pemilik Train Kids, berpendapat kanak-kanak istimewa perlukan sem- padan yang jelas bagi menandakan kawasan berbeza di sebuah praseko- lah. “Dari segi peralatan pula, perala- tan terapi adalah penting bagi keper- luan deria,” tambahnya. Guru Guru perlu memiliki kecekapan dan sikap positif untuk bekerja de- ngan kanak-kanak istimewa, jelas Dr Tay-Lim. Bagi guru aliran biasa yang mem- punyai kanak-kanak istimewa dalam kelas, penting bagi mereka memiliki latihan profesional yang relevan. Sekitaran inklusif Kanak-kanak istimewa sering ter- dedah kepada penolakan rakan seba- ya dan ini boleh meninggalkan kesan ke atas perkembangan sosio-emo- sional, bahkan motivasi mereka bela- jar. Justeru Dr Tay-Lim berkata terda- pat keperluan “menubuhkan sekitar- an bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak belajar menerima dan menghormati perbezaan serta mem- bangunkan rasa kekitaan”. Karyawan bersekutu Penting bagi prasekolah ini meng- gajikan mereka yang dilatih khas ba- gi menyokong guru-guru dan pro- gram yang disediakan. PERMINTAAN khidmat prasekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, menurut beberapa penyedia khid- mat. Mencerminkan permintaan ini, jum- lah tadika yang dipilih bagi menawar- kan sokongan dan pembelajaran untuk kanak- kanak yang mempunyai keper- luan pembangunan sederhana telah meningkat kepada 350 sejauh ini. Ini berbanding 300 pada tahun lalu, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) kepada Berita Harian. Golongan kanak-kanak yang mem- punyai keperluan pembangunan ringan boleh menyertai tadika atau pusat pra- sekolah terpilih, yang menawarkan pro- gram Sokongan Pembangunan (DS) dan Sokongan Pembelajaran (LS). Kanak-kanak yang mempunyai ta- hap keperluan pembangunan sederha- na hingga tinggi pula boleh mendapat- kan khidmat terapi di pusat-pusat Pro- gram Campur Tangan Awal untuk Bayi dan Kanak- kanak (EIPIC). Menjawab pertanyaan Berita Hari- an, MSF menjelaskan: “Daripada perspektif pengawalan dan subsidi, kami tidak mempunyai ka- tegori berasingan untuk prasekolah yang hanya untuk kanak-kanak yang memiliki keperluan pembangunan. “Selain itu, kanak-kanak yang memi- liki keperluan pembangunan sederha- na, DS dan LS disediakan di lebih 350 prasekolah dipilih, berbanding 300 pa- da tahun sebelumnya.” DS dan LS menyediakan program campur tangan sokongan terapi dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan bertujuan membantu kanak-kanak itu membuat peralihan lebih lancar ke sekolah rendah. Perangkaan Kementerian Kesihatan tahun lalu menunjukkan bahawa sera- mai 4,000 kanak-kanak mengalami pembangunan lewat pada 2015 berban- ding 2,500 pada 2010. Kanak-kanak berkeperluan khas me- ngalami, antara lain, autisme, gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD), palsi serebral, Sindrom Down, disleksia dan kelewatan perkembangan global (GDD). Cik Shahidah Ayoob Angullia, pemi- lik Ilham Childcare dan I-Inspire Inter- national Preschool Pte Ltd, memerhati- kan jumlah pelajar yang mempunyai keperluan khas bertambah saban ta- hun. Ini sehinggakan beliau sendiri telah mempertingkat pendidikannya untuk mengikuti pengajian Diploma dalam Pendidikan Bagi Kanak-Kanak Istime- wa agar dapat memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik. “Semasa kami bermula pada 2013, kami hanya memiliki dua pelajar istime- wa dan itu pun mereka berkemahiran tinggi – bermakna mereka boleh mem- baca dan dapat berbual dengan baik cu- ma mereka mengalami Gangguan Spek- trum Autisme (ASD). “Selepas itu kami lihat jumlahnya mula meningkat daripada 2015, tahun ini 10 daripada 150 pelajar kami adalah kanak- kanak istimewa,” jelas Cik Sha- hidah. Tajaka boleh menyediakan sehingga 15 peratus daripada kapasitinya untuk kanak-kanak yang disahkan mempu- nyai keperluan khas tahap ringan hing- ga sederhana. Menyedari pentingnya memastikan guru-gurunya bertauliah, Cik Shahidah merancang menghantar guru-gurunya yang mempunyai pelajar keperluan khas menjalani latihan. Pemilik tajaka untuk kanak-kanak is- timewa, Train Kids, Cik Faizzah Roslan Samat, memerhatikan bahawa permin- taan bagi khidmat sedemikian semakin bertambah sejak enam bulan lalu. Bekas guru kanak-kanak istimewa yang sudah mengendalikan tajaka sendiri sejak tiga tahun lalu itu berkata: “Ibu bapa hari ini lebih berpendidi- kan dan mempunyai tahap kesedaran lebih tinggi tentang keadaan anak mere- ka. “Justeru permintaan untuk tahap ja- gaan terbaik untuk anak itu semakin ketara sejak akhir-akhir ini. “Misalnya, kami mempunyai ibu ba- pa yang telah mengesan awal keadaan anak mereka pada usia dua tahun. Ka- mi sebenarnya gembira melihat ibu ba- pa lebih terbuka mendapatkan bantu- an,” tambahnya. Sejauh ini seramai 4,000 kanak- kanak telah meraih manfaat daripada program DS dan LS. Menurut MSF, ibu bapa menerima subsidi bagi mengurangkan kos yuran DS and LS serta EIPIC, yang termasuk subsidi asas $500 sebulan untuk semua kanak-kanak warga setempat di sam- ping subsidi ujian kemampuan bagi me- nyokong keluarga bergaji rendah. SUKAR mencari tajaka atau khidmat jaga- an lepas sekolah khusus untuk anak-anak isti- mewa. Keluhan ini sering disuarakan oleh ibu ba- pa kepada Cik Harnezah Jumahat dan Cik Faizzah Roslan Samat selama 10 tahun mere- ka bertugas sebagai guru pelajar berkeperlu- an khas. Menyedari adanya permintaan untuk khid- mat tersebut, kededua bekas guru di Rainbow Centre di Yishun itu bergabung tenaga dan kepakaran untuk menubuhkan Train Kids – sebuah tajaka untuk kanak- kanak istimewa tiga tahun lalu. Pusat pertama mereka ditubuhkan di Tam- pines pada 2015 sebelum mereka berpindah ke bangunan Woodlands Horizon di Wood- lands sekarang. Pusat itu, yang menggajikan tiga guru lain, menawarkan khidmat jagaan setengah dan se- penuh hari serta khidmat jagaan fleksibel un- tuk anak berkeperluan khas seperti mereka yang mengalami autisme dan gangguan hiper- aktif kurang tumpuan (ADHD). Train Kids merupakan institusi yang dilu- luskan oleh Kementerian Pembangunan So- sial dan Keluarga (MSF) untuk program cam- pur tangan awal bagi golongan itu. Sejauh ini, ia pernah menerima sokongan geran daripada Pusat Singapura untuk Perusa- haan Sosial (raiSE) serta SG Enable. Menjelaskan mengenai penubuhan pusat itu, Cik Harnezah, 36 tahun, berkata: “Salah satu sebab kami memutuskan me- ninggalkan pekerjaan sepenuh masa adalah kerana kami kasihankan ibu bapa anak-anak ini, terutama ibu bapa yang bekerja. “Bagi anak mereka yang sudah berseko- lah, anak-anak itu tidak ada tempat untuk di- hantar selepas waktu sekolah – sebuah tem- pat atau pusat yang terlatih untuk menangani mereka. “Sebaliknya, ramai bergantung pada orang lain seperti amah atau datuk nenek. “Dalam keadaan sedemikian, sering kali timbul masalah sebab ramai yang tidak mem- punyai pengetahuan dan kemahiran mengu- ruskan anak-anak istimewa ini. “Bagi yang masih kecil pula, ramai ditolak oleh tajaka aliran utama kerana faktor seperti tiada guru terlatih atau sudah memenuhi kuo- ta bagi golongan anak-anak itu. “Jadi apabila ibu bapa menyuarakan kepri- hatinan dan masalah mereka, kami terfikir ada permintaan untuk khidmat ini,” ujar Cik Harnezah, yang memegang diploma lanjutan dalam pendidikan awal (keperluan khas). Pada awalnya, tajaka yang menelan pela- buran hampir $100,000 itu bermula dengan hanya menawarkan program selama tiga jam sahaja. Tetapi apabila permintaan semakin me- ningkat, mereka memutuskan meluaskan pro- gram dan khidmat yang ditawarkan. Kini tajaka itu sudah mempunyai 23 ka- nak-kanak, yang berusia di antara dua sete- ngah tahun dengan 12 tahun. Jelas Cik Faizzah, 33 tahun, banyak cabar- an yang ditempuhi apabila memutuskan ber- niaga dalam bidang itu. “Paling utama, kami terpaksa berkorban dari segi gaji. Kalau dulu ada gaji tetap, boleh juga kami melancong, namun kini harus amat berjimat cermat dan mengutamakan perniaga- an. “Tetapi cabaran kami juga dalam memban- tu ibu bapa menguruskan kos yuran tajaka ka- mi kerana ada keluarga bergaji rendah yang cuba mendapatkan subsidi daripada pusat- pusat khidmat keluarga tetapi ditolak kerana kami bukan tajaka biasa,” terangnya yang ber- kelulusan diploma lanjutan dalam pendidikan awal (keperluan khas). Tajaka khas perlu buat penyesuaian sedia khidmat Permintaan bagi khidmat prasekolah keperluan khas bertambah Keluhan ibu bapa dorong dua guru tubuh tajaka khas Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG IKUTI KAMI DI Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan lebih banyak inisiatif bagi mempertingkatkan mutu pendidikan prasekolah di samping memastikan ia inklusif untuk semua golongan termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ini sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat, termasuk daripada ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa. ATIYYAH MOHD SAID ([email protected]) melaporkan. SEDIA KHIDMAT BAGI GOLONGAN MEMERLUKAN: Berbekal pengalaman 10 tahun bertugas sebagai guru pelajar berkeperluan khas, Cik Harnezah (kiri) dan Cik Faizzah menubuhkan Train Kids, tajaka istimewa untuk kanak-kanak serupa itu, tiga tahun lalu. – Foto M.O. SALLEH SELASA, 12 SEPTEMBER 2017 (21 ZULHIJAH 1438) 16 BH BH .sg .sg SISTEM LEBIH MESRA WARGA TUA, GOLONGAN KURANG UPAYA `DI STESEN MRT Tonton di beritaharian.sg/galeri-video Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SESEBUAH pusat prasekolah yang mempunyai kanak-kanak ber-keperluan khas perlu menimbangkan beberapa faktor dan membuat bebe-rapa penyesuaian.

Ini bagi memastikan kanak-kanak itu dapat menikmati pembangunan yang menyeluruh dalam alam perse-kolahan, kata para pengamat.

Menurut Dr Joanna Tay-Lim, dari-pada Kumpulan Akademik Pendidi-kan Awal dan Keperluan Khas Insti-tut Pendidikan Nasional (NIE) Uni-versiti Teknologi Nanyang (NTU), se-baik-baiknya kanak-kanak berkeper-luan khas dididik bersama dengan ka-nak-kanak lain dalam sekitaran prase-kolah yang inklusif.

Namun beberapa aspek perlu di-ambil perhatian dalam memastikan prasekolah itu dilengkapi dan disiap-kan dengan berkesan untuk memenu-hi keperluan pembangunan holistik.

Keadaan fizikal dan sumberDr Tay-Lim memberi contoh, se-

buah prasekolah boleh memastikan ia tidak mempunyai hambatan fizi-kal, menyediakan tanjakan bagi ka-nak-kanak yang ada keperluan berge-rak, perabot yang mempunyai tepian lembut untuk kanak- kanak mengala-mi sawan, sudut bertenang bagi mere-ka yang memiliki isu deria dan emosi untuk berehat apabila perlu.

Selain itu, Cik Harnezah Juma-hat, pemilik Train Kids, berpendapat kanak-kanak istimewa perlukan sem-padan yang jelas bagi menandakan kawasan berbeza di sebuah praseko-lah.

“Dari segi peralatan pula, perala-tan terapi adalah penting bagi keper-luan deria,” tambahnya.

GuruGuru perlu memiliki kecekapan

dan sikap positif untuk bekerja de-ngan kanak-kanak istimewa, jelas Dr Tay-Lim.

Bagi guru aliran biasa yang mem-punyai kanak-kanak istimewa dalam kelas, penting bagi mereka memiliki latihan profesional yang relevan.

Sekitaran inklusifKanak-kanak istimewa sering ter-

dedah kepada penolakan rakan seba-ya dan ini boleh meninggalkan kesan ke atas perkembangan sosio-emo-sional, bahkan motivasi mereka bela-jar.

Justeru Dr Tay-Lim berkata terda-pat keperluan “menubuhkan sekitar-an bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak belajar menerima dan menghormati perbezaan serta mem-bangunkan rasa kekitaan”.

Karyawan bersekutuPenting bagi prasekolah ini meng-

gajikan mereka yang dilatih khas ba-gi menyokong guru-guru dan pro-gram yang disediakan.

PERMINTAAN khidmat prasekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, menurut beberapa penyedia khid-mat.

Mencerminkan permintaan ini, jum-lah tadika yang dipilih bagi menawar-kan sokongan dan pembelajaran untuk kanak- kanak yang mempunyai keper-luan pembangunan sederhana telah meningkat kepada 350 sejauh ini.

Ini berbanding 300 pada tahun lalu, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) kepada Berita Harian.

Golongan kanak-kanak yang mem-punyai keperluan pembangunan ringan boleh menyertai tadika atau pusat pra-sekolah terpilih, yang menawarkan pro-gram Sokongan Pembangunan (DS) dan Sokongan Pembelajaran (LS).

Kanak-kanak yang mempunyai ta-hap keperluan pembangunan sederha-na hingga tinggi pula boleh mendapat-kan khidmat terapi di pusat-pusat Pro-gram Campur Tangan Awal untuk Bayi dan Kanak- kanak (EIPIC).

Menjawab pertanyaan Berita Hari-an, MSF menjelaskan:

“Daripada perspektif pengawalan dan subsidi, kami tidak mempunyai ka-tegori berasingan untuk prasekolah yang hanya untuk kanak-kanak yang memiliki keperluan pembangunan.

“Selain itu, kanak-kanak yang memi-liki keperluan pembangunan sederha-na, DS dan LS disediakan di lebih 350 prasekolah dipilih, berbanding 300 pa-da tahun sebelumnya.”

DS dan LS menyediakan program campur tangan sokongan terapi dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan bertujuan membantu kanak-kanak itu membuat peralihan lebih lancar ke sekolah rendah.

Perangkaan Kementerian Kesihatan tahun lalu menunjukkan bahawa sera-mai 4,000 kanak-kanak mengalami pembangunan lewat pada 2015 berban-ding 2,500 pada 2010.

Kanak-kanak berkeperluan khas me-ngalami, antara lain, autisme, gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD), palsi serebral, Sindrom Down, disleksia dan kelewatan perkembangan global (GDD).

Cik Shahidah Ayoob Angullia, pemi-lik Ilham Childcare dan I-Inspire Inter-national Preschool Pte Ltd, memerhati-kan jumlah pelajar yang mempunyai keperluan khas bertambah saban ta-hun.

Ini sehinggakan beliau sendiri telah mempertingkat pendidikannya untuk mengikuti pengajian Diploma dalam Pendidikan Bagi Kanak-Kanak Istime-wa agar dapat memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik.

“Semasa kami bermula pada 2013, kami hanya memiliki dua pelajar istime-wa dan itu pun mereka berkemahiran tinggi – bermakna mereka boleh mem-baca dan dapat berbual dengan baik cu-ma mereka mengalami Gangguan Spek-trum Autisme (ASD).

“Selepas itu kami lihat jumlahnya mula meningkat daripada 2015, tahun ini 10 daripada 150 pelajar kami adalah kanak- kanak istimewa,” jelas Cik Sha-hidah.

Tajaka boleh menyediakan sehingga 15 peratus daripada kapasitinya untuk kanak-kanak yang disahkan mempu-nyai keperluan khas tahap ringan hing-ga sederhana.

Menyedari pentingnya memastikan guru-gurunya bertauliah, Cik Shahidah merancang menghantar guru-gurunya yang mempunyai pelajar keperluan khas menjalani latihan.

Pemilik tajaka untuk kanak-kanak is-timewa, Train Kids, Cik Faizzah Roslan Samat, memerhatikan bahawa permin-taan bagi khidmat sedemikian semakin bertambah sejak enam bulan lalu.

Bekas guru kanak-kanak istimewa yang sudah mengendalikan tajaka sendiri sejak tiga tahun lalu itu berkata:

“Ibu bapa hari ini lebih berpendidi-kan dan mempunyai tahap kesedaran lebih tinggi tentang keadaan anak mere-ka.

“Justeru permintaan untuk tahap ja-gaan terbaik untuk anak itu semakin ketara sejak akhir-akhir ini.

“Misalnya, kami mempunyai ibu ba-pa yang telah mengesan awal keadaan anak mereka pada usia dua tahun. Ka-mi sebenarnya gembira melihat ibu ba-pa lebih terbuka mendapatkan bantu-an,” tambahnya.

Sejauh ini seramai 4,000 kanak- kanak telah meraih manfaat daripada program DS dan LS.

Menurut MSF, ibu bapa menerima subsidi bagi mengurangkan kos yuran DS and LS serta EIPIC, yang termasuk subsidi asas $500 sebulan untuk semua kanak-kanak warga setempat di sam-ping subsidi ujian kemampuan bagi me-nyokong keluarga bergaji rendah.

SUKAR mencari tajaka atau khidmat jaga-an lepas sekolah khusus untuk anak-anak isti-mewa.

Keluhan ini sering disuarakan oleh ibu ba-pa kepada Cik Harnezah Jumahat dan Cik Faizzah Roslan Samat selama 10 tahun mere-ka bertugas sebagai guru pelajar berkeperlu-an khas.

Menyedari adanya permintaan untuk khid-mat tersebut, kededua bekas guru di Rainbow Centre di Yishun itu bergabung tenaga dan kepakaran untuk menubuhkan Train Kids – sebuah tajaka untuk kanak- kanak istimewa tiga tahun lalu.

Pusat pertama mereka ditubuhkan di Tam-pines pada 2015 sebelum mereka berpindah ke bangunan Woodlands Horizon di Wood-lands sekarang.

Pusat itu, yang menggajikan tiga guru lain, menawarkan khidmat jagaan setengah dan se-penuh hari serta khidmat jagaan fleksibel un-

tuk anak berkeperluan khas seperti mereka yang mengalami autisme dan gangguan hiper-aktif kurang tumpuan (ADHD).

Train Kids merupakan institusi yang dilu-luskan oleh Kementerian Pembangunan So-sial dan Keluarga (MSF) untuk program cam-pur tangan awal bagi golongan itu.

Sejauh ini, ia pernah menerima sokongan geran daripada Pusat Singapura untuk Perusa-haan Sosial (raiSE) serta SG Enable.

Menjelaskan mengenai penubuhan pusat itu, Cik Harnezah, 36 tahun, berkata:

“Salah satu sebab kami memutuskan me-ninggalkan pekerjaan sepenuh masa adalah kerana kami kasihankan ibu bapa anak-anak ini, terutama ibu bapa yang bekerja.

“Bagi anak mereka yang sudah berseko-lah, anak-anak itu tidak ada tempat untuk di-hantar selepas waktu sekolah – sebuah tem-pat atau pusat yang terlatih untuk menangani mereka.

“Sebaliknya, ramai bergantung pada orang lain seperti amah atau datuk nenek.

“Dalam keadaan sedemikian, sering kali timbul masalah sebab ramai yang tidak mem-punyai pengetahuan dan kemahiran mengu-ruskan anak-anak istimewa ini.

“Bagi yang masih kecil pula, ramai ditolak oleh tajaka aliran utama kerana faktor seperti tiada guru terlatih atau sudah memenuhi kuo-ta bagi golongan anak-anak itu.

“Jadi apabila ibu bapa menyuarakan kepri-hatinan dan masalah mereka, kami terfikir ada permintaan untuk khidmat ini,” ujar Cik Harnezah, yang memegang diploma lanjutan dalam pendidikan awal (keperluan khas).

Pada awalnya, tajaka yang menelan pela-buran hampir $100,000 itu bermula dengan hanya menawarkan program selama tiga jam sahaja.

Tetapi apabila permintaan semakin me-ningkat, mereka memutuskan meluaskan pro-

gram dan khidmat yang ditawarkan.Kini tajaka itu sudah mempunyai 23 ka-

nak-kanak, yang berusia di antara dua sete-ngah tahun dengan 12 tahun.

Jelas Cik Faizzah, 33 tahun, banyak cabar-an yang ditempuhi apabila memutuskan ber-niaga dalam bidang itu.

“Paling utama, kami terpaksa berkorban dari segi gaji. Kalau dulu ada gaji tetap, boleh juga kami melancong, namun kini harus amat berjimat cermat dan mengutamakan perniaga-an.

“Tetapi cabaran kami juga dalam memban-tu ibu bapa menguruskan kos yuran tajaka ka-mi kerana ada keluarga bergaji rendah yang cuba mendapatkan subsidi daripada pusat- pusat khidmat keluarga tetapi ditolak kerana kami bukan tajaka biasa,” terangnya yang ber-kelulusan diploma lanjutan dalam pendidikan awal (keperluan khas).

Tajaka khas perlu buat

penyesuaian sedia

khidmatPermintaan bagi khidmat prasekolah

keperluan khas bertambah

Keluhan ibu bapa dorong dua guru tubuh tajaka khas

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan lebih banyak inisiatif bagi mempertingkatkan mutu pendidikan prasekolah di samping

memastikan ia inklusif untuk semua golongan termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ini sejajar dengan permintaan yang semakin

meningkat, termasuk daripada ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa. ATIYYAH MOHD SAID ([email protected]) melaporkan.

SEDIA KHIDMAT BAGI GOLONGAN MEMERLUKAN: Berbekal pengalaman 10 tahun bertugas sebagai guru pelajar berkeperluan khas, Cik Harnezah (kiri) dan Cik Faizzah menubuhkan Train Kids, tajaka istimewa untuk kanak-kanak serupa itu, tiga tahun lalu. – Foto M.O. SALLEH

SELASA, 12 SEPTEMBER 2017 (21 ZULHIJAH 1438) 16

BHBH.sg.sg

SISTEM LEBIH MESRA WARGA TUA, GOLONGAN KURANG UPAYA `DI STESEN MRT

To n t o n d i b e r i t a h a r i a n . s g / g a l e r i - v i d e o

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.