ayisy syahmi b. sukiman

12
Zaman Lingustik Perbandingan Ayisy Syahmi Bin Sukiman

Upload: watak-bulat

Post on 14-Jun-2015

1.206 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayisy syahmi b. sukiman

Zaman Lingustik Perbandingan

Ayisy Syahmi Bin Sukiman

Page 2: Ayisy syahmi b. sukiman

Perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke 19.

Pendekatan agak objektif dan saintifik. Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan

bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa.

Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.

Page 3: Ayisy syahmi b. sukiman

Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa.

Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa.

Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah)

Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.

Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.

Page 4: Ayisy syahmi b. sukiman

Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.

Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik.

Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.

Page 5: Ayisy syahmi b. sukiman

Bahasa Inggeris Belanda

mother moeder

son zon

Bahasa Perkataan

Jawa pari

Malegasi fari

Sunda pare

Madura padih

Melayu padi

Bali padi

Tagalog palai

Dalam Bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:

Page 6: Ayisy syahmi b. sukiman

Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua.

Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan.

Antara rumpun bahasa sedunia adalah; Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.

Page 7: Ayisy syahmi b. sukiman

Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner.

R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah.

Hukum p-s-vBahasa Contoh

Latin pater

Inggeris father

Jerman vater

Belanda vader

Page 8: Ayisy syahmi b. sukiman

Dalam abad ke 20, penekanan telah diberikan kepada linguistik deskriptif.

Tokoh yang mula-mula memperkenalkan teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure.

Beliau orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden.

Beliau menekankan tentng pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut berbeza iaitu kajian sinkronis dan diakronis.

Linguistik Moden

Page 9: Ayisy syahmi b. sukiman

Bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu ‘keadaan’ pada sesuatu masa yang tertentu.

Dengan kata lain, ia bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa pada waktu tertentu.

Kajian ini berminat khususnya kepada ‘keadaan’ bahasa pada satu masa.

Linguistik Sinkronis

Page 10: Ayisy syahmi b. sukiman

Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistik diakronis.

Maksud lain, kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa, perubahan bahasa dan sebagainya.

Kajian yang merangkumi linguistik perbandingan dan linguistik sejarah.

F. De Saussure mengemukakan konsep langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit).

Linguistik Diakronis

Page 11: Ayisy syahmi b. sukiman

Merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan setiap penutur dalam sesuatu bahasa.

Sistem perhubungan yang dimiliki bersama oleh semua penutur.

Langue

Page 12: Ayisy syahmi b. sukiman

Tingkah laku pertuturan yang sebenarnya ditinjau dari sudut penutur-penuturnya.

Ringkasnya, ia bermaksud pertuturan sebenar yang diucapkan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat.

Parole