ayatpermintaan

5
Apa dia ayat permintaan ? Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Upload: an-nisa

Post on 04-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AYAT PERMINTAAN

TRANSCRIPT

Slide 1

Apa dia ayat permintaan?

Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh-contoh ayat permintaan:

1 a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. b) Minta tuan benarkan kami masuk. c) Minta kamu semua bertenang.

2 a) Tolong tutup pintu depan itu. b) Tolong selesaikan pergaduhan ini. c) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.

Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul.

*Sila jangan merokok.*Tolong jangan bising.*Minta jangan berludah.

Tanda (*) bermaksud ayat yang tidak betul dalam bahasa Melayu.

Bentuk ayat-ayat larangan bagi contoh-contoh seperti yang di atas ialah:Jangan merokok.Jangan bising.Jangan berludah.

Untuk pengetahuan tambahan:

Ayat-ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya:

Harap jangan merokok.Harap jangan bising.Harap jangan berludah.