ayat tunggal dan ayat majmuk

4
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. 1 subjek 1 predikat Saya sakit Rumah Ali cantik Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk Kata hubun g Ayat tunggal Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup. dan(a) Suhaili suka makan nasi lemak. (b) Suhaili suka makan mi sup. Rumah yang besar itu rumah Fazli. Yang (a) Rumah itu besar. (b) Rumah itu rumah Fazli. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. bahaw a (a) Dia memberitahu. (b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Dia akan balik ke Apabil (a) Dia akan balik ke

Upload: qisqaidarul

Post on 25-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari 

ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung

Ayat tunggal

Suhaili suka makan nasi 

lemak dan mi sup.

dan(a)      Suhaili  suka makan nasi 

lemak.

(b)      Suhaili suka makan mi 

sup.

Rumah yang besar itu 

rumah Fazli.

Yang(a)      Rumah itu besar.

(b)      Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa 

kakaknya akan melanjutkan 

pelajaran ke luar Negara.

bahawa(a)      Dia memberitahu.

(b)      Kakaknya akan 

melanjutkan pelajaran ke 

luar Negara.

Dia akan balik ke kampong 

apabila ada masa lapang.

Apabila(a)      Dia akan balik ke 

kampung.

(b)      Dia ada masa lapang.

Page 2: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

Latihan :

(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi

ayat majmuk.

1.     Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen.                                   sambil

________________________________________

2.    Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman                             dan

_________________________________________

3.    Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk

_________________________________________

4.    Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal.                                       yang

_________________________________________

5.    Kami terkejut.

Page 3: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila

_________________________________________

6.    Halim kaya.

Halim kedekut.                                                  tetapi

_________________________________________

7.  Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum

__________________________________________

8.  Ibu memarahi adik.

Adik bermain di tepi longkang.                              kerana

__________________________________________

9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.

Asward tidak sihat.                                             walaupun

__________________________________________

Page 4: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

Definisi:

1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk

menanyakan sesuatu hal.

2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya

tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam

tulisan.

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang

diucapkan dengan meninggikan nada suara pada

akhir ayat penyata.

2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan

tanda soal (?).

Ayat contoh:

a)  Adik masih belum makan?

b)  Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu

hadapan?

c)   Bas itu sudah bertolak?