ayat pasif songsang

7
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek asal dalam Ayat Aktif sebagai unsur yang hendak diterangkan dalam ayat Contoh: Ayat Aktif: Zakiah menulis karangan Ayat Pasif: Karangan ditulis oleh Zakiah Dalam Ayat Aktif: unsur yang hendak diterangkan ialah Zakiah (subjek) Dalam Ayat Pasif: unsur yang

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 26-May-2015

4.635 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SEDIKIT PENERANGAN RINGKAS TENTANG AYAT AKTIF DAN PASIF SEBELUM TAJUK AYAT PASIF SONGSANG DIBINCANGKAN

TRANSCRIPT

Page 1: AYAT PASIF SONGSANG

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek asal dalam Ayat Aktif sebagai unsur yang hendak

diterangkan dalam ayat• Contoh: • Ayat Aktif: Zakiah menulis karangan• Ayat Pasif: Karangan ditulis oleh Zakiah

• Dalam Ayat Aktif: unsur yang hendak diterangkan ialah Zakiah (subjek)

• Dalam Ayat Pasif: unsur yang hendak diterangkan ialah karangan (subjek)

Page 2: AYAT PASIF SONGSANG

Apakah objek dalam Ayat AktifObjek dalam ayat aktif ialah kata nama yang

mengikuti kata kerja transitif dalam Ayat Aktif

Contoh: Zakiah /menulis /karangan .

Karangan tergolong dalam kata namaObjek mesti terdiri daripada kata nama

Page 3: AYAT PASIF SONGSANG

OBJEK TEPAT DAN OBJEK SIPI dalam Ayat Aktif

Objek tepat ialah objek yang mengikuti kata kerja transitifObjek sipi ialah objek yang mengikuti objek tepat

Contoh: Amalina /menghadiahi /Fatin/ sebuah buku.Amalina – subjekMenghadiahi- kata kerja transitifFatin- objek tepatSebuah buku- objek sipi

Page 4: AYAT PASIF SONGSANG

Ayat Pasif:

• Cara Mempasif Ayat :• Amalina menghadiahi/ Fatin /sebuah buku.

• Hanya subjek, kata kerja transitif dan objek tepat yang terlibat semasa mempasif ayat.

• Objek sipi tetap di tempat asal iaitu selepas objek tepat .• Fatin dihadiahi Amalina sebuah buku.• Fatin – subjek• Dihadiahi- kata kerja pasif• Amalina menjadi objek tepat.

Page 5: AYAT PASIF SONGSANG

Begitu juga jika selepas objek tepat bukan terdiri daripada kata nama TETAPI terdiri daripada frasa

adjektif, frasa sendi nama atau frasa kerja.• Contoh: 1. Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi menangkap bayan dengan mudah sekali.

Ayat Pasif: Bayan ditangkap oleh Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi dengan mudah sekali.

2. Raja Indera Bumaya menyantap nasi sambil berbual-bual dengan Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi.

Ayat pasif: Nasi disantap oleh Raja Indera Bumaya sambil berbual-bual dengan Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi.

3. Raja Baharom Dewa menyerang istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi kerana terlalu marah akan tuan puteri.

Ayat pasif: Istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi diserang oleh Raja Baharom Dewi kerana terlalu marah akan tuan puteri.

Page 6: AYAT PASIF SONGSANG

Ayat Pasif Songsang ialah Ayat Pasif yang mengalami pendepanan predikat

• Contoh: • ( subjek diikuti predikat)• Ayat aktif: Raja Indera Bumaya /memerangi /tentera Raja Baharom.

• Subjek diikuti predikat• Ayat Pasif: Tentera Raja Baharom /diperangi oleh /Raja Indera

Buyama.

• Ayat pasif Songsang: • (PREDIKAT DIIKUTI SUBJEK)• Diperangi oleh Raja Indera Buyama, tentera Raja Baharom.

Page 7: AYAT PASIF SONGSANG

LATIHAN: Tukarkan Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif, kemudian menjadi Ayat pasif Songsang

1. Tuan Puteri Madu Kesuma Dewi mencintai Raja Indera Buyama.

2. Burung bayan sentiasa memuji-muji Raja Indera Buyama

3. Dayang-dayang menghidangkan sedulang makanan kepada Raja Indera Buyama.

4. Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi mempercayai kata-kata bayan tentang kebijaksanaan Raja Indera Buyama.

5. Raja Indera Buyama segera meminta bantuan .

6. Pasukan tentera mengepung istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi

( sumber latihan: HIKAYAT LANG LANG BUANA-ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU)