ayat pasif

10
BMM 3110 AYAT PASIF PENSYARAH EN ISHAK BIN AYUB NAMA AHLI KUMPULAN AHMAD SAUFI BIN ARSHAD AHMAD ZUKI BIN YUSOFF ABD HALIM BIN OMAR

Upload: saufi-arshad

Post on 26-May-2015

2.711 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Pasif

BMM 3110AYAT PASIF

PENSYARAH

EN ISHAK BIN AYUB

NAMA AHLI KUMPULAN

AHMAD SAUFI BIN ARSHADAHMAD ZUKI BIN YUSOFF

ABD HALIM BIN OMAR

Page 2: Ayat Pasif

Golongan Ayat Pasif

Terbahagi kepada 3

1.Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.2.Ayat pasif dengan kata ganti diri pertama dan kedua.3.Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir

sebelum kata kerja.

Page 3: Ayat Pasif

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanyamengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-

Subjek Kata kerja pasif

Oleh + frasa nama

Keterangan

Ikan itu dimakan oleh kucing semalam

Buah itu dipetik oleh ayah sebentar tadi

Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang

Tahi ayam itu

terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai

Page 4: Ayat Pasif

Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif ‘di’ , katasendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepaskata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.Ayat-ayat di atas, boleh menjadi:

a.Ikan itu sudah dimakan kucing semalam.b.Buah itu dipetik ayah sebentar tadi.c.Batu itu tersepak Ali ketika pulang

Namun demikian sekiranya binaan oleh +FN itu terletak jauh daripadakata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan contoh berikut:

Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing. (betul)Ikan itu sudah dimakan semalam kucing. (salah)

Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah. (betul)Buah itu telah dipetik sebentar tadi ayah. (salah)

Page 5: Ayat Pasif

Demikian juga untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ‘ter-’ , kata sendi nama ‘oleh’ tidak boleh digugurkan misalnya:

Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.(betul)Batu itu tersepak Ali ketika pulang (salah)

Tahi ayam terpijak oleh adik semasa berjalan ke kedai.(betul)Tahi ayam terpijak adik semasa berjalan ke kedai.

(salah)

Untuk ayat pasif di atas semua bahagian binaan ‘oleh’ + FN boleh juga digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan tekanan. Contohnya:

Ikan itu sudah dimakan semalam oleh kucing.

Ikan itu sudah dimakan semalam.

Buah itu telah dipetik sebentar tadi oleh ayah..

Buah itu dipetik sebentar tadi.

Batu itu tersepak oleh Ali ketika pulang.Batu itu tersepak ketika pulang.

Page 6: Ayat Pasif

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke….an. Dalam ayat berberntuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diiperlukan.

Subjek Predikat

Budak itu bermandikan peluh.

Mereka keletihan sepanjang hari.

Surat ibunya belum berjawab.

Orang ramai ketakutan

Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Kata gantinama diri orang pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berlainan.

Page 7: Ayat Pasif

Ayat pasif dengan kata gantinama diri orang pertama dan kedua

Untuk ayat pasif bentuk ini kata gantinama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata gantinama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di- . Kata gantinama diri orang pertama dan kedua yang hadir dihadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau.Contohnya:

Subjek Frasa kerja pasif dengan gantinama diri pertama/kedua

Keterangan

Kerja itu sudah saya selesaikan semalam

Makanan itu

belum aku rasai lagi

Makanan itu

belumku rasai lagi

Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya

Hutang itu akan kau jelaskan sepenuhnya

Page 8: Ayat Pasif

Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut:

Saya telan gula-gula itu.

Yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa :

Gula-gula itu saya telan.

Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap

‘Saya telan gula-gula itu’. Sebagai ayat aktif iaitu sama seperti ayatSaya menelan gurla-gula itu.

Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan cara menyebutkan kedua-dua ayat itu kelalui intonasi

Page 9: Ayat Pasif

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena diahdapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh berikut:

Subjek Kena Kata kerja dasar

Oleh + frasa nama

Pencuri itu kena tangkap oleh polis

Dia kena tipu oleh pemuda itu

Mereka kena hasut oleh anasir luar

Page 10: Ayat Pasif

Sekian, terima kasih