ayat al-quran tentang zalim

Upload: luis-garcia

Post on 13-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ayat Tentang Zalim

TRANSCRIPT

10+ AYAT AL-QURAN YANG MENCERITAKAN TENTANG ZALIM

1. Menghalang Orang Untuk Beribadah Dalam Masjid Allah ( 2 : 114 ) 114. dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatunya masuk ke Dalam masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang amat besar.

2. Orang Yang Menyembunyikan Penyaksian Yang Diterima Daripada Allah (2 : 140 ) 140. "Atau Patutkah kamu mengatakan, Bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu Yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang Yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) Yang telah diberikan Allah kepadanya?" dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang telah kamu lakukan.3. Mengada-Adakan Dusta Terhadap Allah Dan Al-Quran ( 6 : 21 ) 21. dan siapakah lagi Yang lebih aniaya dari orang Yang mengada-adakan perkara-perkara Yang dusta terhadap Allah, atau Yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang Yang zalim itu tidak akan berjaya.4. ( 6 : 93 ) 93. dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang Yang mereka-reka perkara Yang dusta terhadap Allah, atau orang Yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang Yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa Yang diturunkan Allah". dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang zalim itu Dalam penderitaan "sakaratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas Dengan azab seksa Yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa Yang telah kamu katakan terhadap Allah Dengan tidak benar, dan kamu pula (Menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

5. ( 6 : 157 ) 157. atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada Kami tentulah Kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). oleh itu, siapakah Yang lebih zalim lagi daripada orang Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang Yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa Yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).6. ( 7 : 37 ) 37. maka tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap Allah atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa Yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) Yang mengambil nyawa mereka, Bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) Yang kamu sembah selain Allah?" mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, Bahawa mereka adalah orang-orang Yang ingkar.7. ( 61 : 7 ) 7. dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang zalim.8. ( 49 : 11 ) 11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.9. ( 17 : 99 ) 99. tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini Bahawa Allah Yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang orang Yang seperti mereka (dalam bentuk Yang baharu), padahal ia telahpun menentukan bagi mereka tempoh Yang tidak ada syak padanya.? Dalam pada itu, orang orang Yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran.10. ( 15 : 78 ) 78. dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang Yang berlaku zalim.11. ( 32 : 22 ) 22. dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); Sesungguhnya Kami tetap membalas.

12. ( 18 : 57 ) 57. dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa Yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; Sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka Yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). dan jika Engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka Dengan keadaan Yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

13. ( 11 : 18 ) 18. dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! orang-orang Yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang Yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". ketahuilah (Sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang Yang zalim!

14. ( 10 : 17 ) 17. Dengan Yang demikian, tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap Allah, atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang Yang berdosa itu tidak akan berjaya.15. ( 3 : 94 ) 94. (jika tidak) maka sesiapa Yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah Yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.16. ( 5 : 72 ) 72. Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim".17. ( 2 : 145 ) 145. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, akan Segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan Engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian Yang lain. Demi sesungguhnya! kalau Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang Yang zalim.18. ( 5 : 107 ) 107. kemudian jika didapati Bahawa kedua saksi itu (Sesudah bersumpah) ada melakukan dosa (kerana berdusta atau mengkhianati Dalam perkara Yang mereka menjadi saksi itu), maka hendaklah dua orang Yang lain menggantikan tempat mereka dari waris-waris si mati lebih dekat, Yang lebih berhak (menuntut dan memberi keterangan Yang sebenarnya), kemudian mereka bersumpah Dengan nama Allah (dengan berkata): "Demi sesungguhnya, persaksian Kami lebih berhak diterima daripada persaksian kedua saksi itu (yang telah nyata berdusta), dan Kami tidak melampaui batas, (kerana jika Kami berbuat demikian) tentulah Kami Dengan itu termasuk Dalam golongan orang-orang Yang zalim.19. ( 2 : 254 ) 254. Wahai orang-orang Yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang Yang zalim.

20. ( 2 : 254 ) 229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.