ayah pin

3
Wiki Loves Monuments : Ambil gambar monumen, bantu Wikipedia dan menang! Ariffin Mohamad Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah , cari Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit " (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat. [1] Ayah Pin di hadapan beberapa barangan replika besar Isi kandungan [sorokkan ] 1 Asal usul 2 Kejayaan dan pengaruh 3 Pembentukan Kerajaan Langit 4 Kejatuhan 5 Menghilangkan diri 6 Pertikaian Polis dengan JHEAT 7 Rujukan 8 Pautan luar Asal usul[sunting | sunting sumber ] Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut. Kejayaan dan pengaruh[sunting | sunting sumber ] Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama

Upload: munjiyah

Post on 05-Dec-2015

285 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

bicara tentang ayah pin

TRANSCRIPT

Page 1: ayah pin

Wiki Loves Monuments : Ambil gambar monumen, bantu Wikipedia dan menang!

Ariffin MohamadDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.[1]

Ayah Pin di hadapan beberapa barangan replika besar

Isi kandungan

 [sorokkan] 

1 Asal usul 2 Kejayaan dan pengaruh 3 Pembentukan Kerajaan Langit 4 Kejatuhan 5 Menghilangkan diri 6 Pertikaian Polis dengan JHEAT 7 Rujukan 8 Pautan luar

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Kejayaan dan pengaruh[sunting | sunting sumber]

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan

Page 2: ayah pin

masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.[2]

Pembentukan Kerajaan Langit[sunting | sunting sumber]

Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi[3].

Menghilangkan diri[sunting | sunting sumber]

Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke selatan Thailand. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.

Ayah Pin bersama 4 orang isterinya

Pertikaian Polis dengan JHEAT[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November 2008, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kesal kerana JHEAT menyatakan Ayah Pin tidak perlu ditangkap. Musa Hassan menjelaskan pertikaian itu dalam seminar memperkasakan pentadbiran keadilan di mahkamah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak . Padahal Ayah Pin didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005. Ayah Pin mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh

Page 3: ayah pin

merosakkan akidah. Polis bimbang tanggapan ramai bahawa polis tidak memberi kerjasama dan penyelarasan dengan jabatan agama Islam.[4][5]

Tetapi pada 13 November 2008, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis Terengganu supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke Terengganu, dari Selatan Thailand. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEAT, Mohamad Nor Mohamad menegaskan tiada perbincangan diadakan dengan polis berhubung Ayah Pin.[6] Setakat ini status siasatan JHEAT terhadap Ayah Pin kini masih di peringkat mencari bukti. Walaupun ada cakera padat Ayah Pin tetapi tidak dapat dibuktikan bila ia berlaku dan apakah ciri-ciri ajaran-ajaran tersebut.