award no. 1768 tahun 2011 [no. kes: 16/4-2751/06]

Upload: salam-salam-solidarity-fauzi-ibrahim

Post on 04-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    1/49

    MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

    KES NO: 16/4-2751/06

    DI ANTARA

    ENCIK NASID BIN ELIAS DAN 13 ORANG YANG LAIN

    DAN

    TWP SDN. BHD.

    AWARD NO: 1768 TAHUN 2011

    Di Hadapan : Y. A. TUAN ROSLAN BIN MAT NOR- PENGERUSI

    Tempat : Mahkamah Perusahaan MalaysiaCawangan Johor

    Tarikh Rujukan : 10.08.2006.

    Tarikh Sebutan : 26.02.2007; 30.04.2007; 14.05.2007;25.06.2007; 31.07.2007; 05.09.2007;01.07.2008; 17.04.2009; 10.08.2009;15.09.2009; 07.12.2009; 16.03.2010;02.09.2010; 24.11.2010; 14.03.2011.

    Tarikh Perbicaraan : 16.02.2009; 28.06.2010; 24.01.2011;09.03.2011; 22.04.2011; 13.07.2011.

    Perwakilan : Encik A. Sivananthan

    Dari Kongress Kesatuan Sekerja MalaysiaMewakili Pihak-Pihak Menuntut

    Encik Vijayan VenugopalDari Tetuan Shearn Delamore & Co.Mewakili Pihak Responden

    1

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    2/49

    Rujukan :

    Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta

    Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Nasid

    bin Elias dan 13 Orang Yang Lain (selepas ini disebut sebagai Pihak-Pihak

    Menuntut) oleh TWP Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden)

    pada 04.03.2006. Kes ini telah dirujuk oleh Y. B. Menteri Sumber Manusia pada

    10.08.2006 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 07.12.2006.

    AWARD

    Latar Belakang

    1. Kes ini telah pertama kalinya didengar oleh Pengerusi yang telah berpindah

    dari Mahkamah ini pada 16.02.2009 dengan COW1 memberikan keterangan. Kes

    ini telah pertama kalinya disebut oleh Mahkamah ini pada 27.02.2007. Ia telah

    ditangguhkan sebanyak tujuh kali sebelum ditetapkan untuk perbicaraan pada

    16.02.2009. Semasa kes ini dijalankan, terdapat kesukaran Pihak Responden

    untuk meneruskan kes ini kerana wakil Pihak-Pihak Menuntut tidak memfailkan

    pernyataan saksi seperti yang sepatutnya. Pada 24.01.2011, kes telah ditetapkan

    untuk perbicaraan namun tiada pernyataan saksi Pihak-Pihak Menuntut difailkan.

    Setelah mendengar alasan-alasan yang dikemukakan oleh Pihak-Pihak Menuntut

    berkenaan kegagalan mereka memfailkan penyataan saksi serta hujah-hujah Pihak

    2

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    3/49

    Responden di samping mengambil kira kes ini telah bermula sejak tahun 2007 yang

    melibatkan pembuangan kerja Pihak-Pihak Menuntut pada 04.03.2006, maka

    Mahkamah memutuskan untuk meneruskan perbicaraan ini dengan Pihak-Pihak

    Menuntut memanggil saksi mereka dan Pihak Responden akan mengemukakan

    saksi bagi menyanggah keterangan-keterangan saksi Pihak-Pihak Menuntut. Pada

    masa itu, peguam Pihak Responden menyatakan bahawa beliau masih lagi belum

    menutup kes walaupun Pihak-Pihak Menuntut telah diminta untuk mengemukakan

    saksi dalam perbicaraan. Mahkamah berpendapat walaupun Pihak Responden

    masih belum menutup kes mereka yang mana adalah menjadi amalan di

    Mahkamah Perusahaan apabila kes melibatkan pembuangan kerja biasa, Pihak

    Responden akan terlebih dahulu memulakan kes mereka sehingga menutup kesnya

    sebelum Pihak-Pihak Menuntut diminta untuk mengemukakan keterangan mereka.

    Namun begitu, dalam kes ini demi kepentingan keadilan dan mengelakkan kes ini

    terus ditangguhkan dengan lebih lama, Mahkamah berpendapat bahawa adalah

    wajar pada peringkat ini, Pihak-Pihak Menuntut memanggil saksi-saksi mereka

    sungguhpun Pihak Responden belum menutup kesnya. Namun begitu, Mahkamah

    perlu tidak mengenepikan bahawa beban pembuktian adalah terletak kepada Pihak

    Responden dalam menjelaskan kewajaran pembuangan kerja Pihak-Pihak

    Menuntut di dalam kes ini.

    Fakta Kes

    2. Kesemua Pihak-Pihak Menuntut iaitu 14 orang di dalam kes ini telah

    3

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    4/49

    dikemukakan dengan pertuduhan seperti berikut dan dikemukakan kepada

    siasatan dalaman syarikat yang telah diadakan seperti di muka surat 1 hingga 157

    COB2. Pertuduhan-pertuduhan adalah diperturunkan seperti berikut :

    a) Nasid bin Elias

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005, 26 November 2005 dan 30 November

    2005.

    b) Shahrom Arshad

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 26

    November 2005, 29 November 2005 dan 2 Disember 2005.

    c) Ahmad Nasri bin Roslan

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005 dan 26 November 2005.

    4

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    5/49

    d) Faridah Abd Ghaffar

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005 dan 26 November 2005.

    e) Tatee Marenee Maee

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005

    dan 2 Disember 2005.

    f) Rositah binti Harun

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005,

    30 November 2005 dan 1 Disember 2005.

    g) Zawiah binti Mat Saleh

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    5

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    6/49

    kebenaran daripada jabatan ini pada 25 November 2005, 26

    November 2005, 29 November 2005, 30 November 2005

    dan 2 Disember 2005.

    h) Hamimah binti Daim

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005,

    30 November 2005 dan 1 Disember 2005.

    i) Zainab binti Mohd Yatim

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 2 Disember 2005.

    j) Rosnina binti Hamzah

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005,

    30 November 2005 dan 2 Disember 2005.

    6

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    7/49

    k) Rosmili binti Talib

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005

    dan 2 Disember 2005.

    l) Nora binti Kubek

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005 dan 26 November 2005.

    m) Norizah binti Rapingi

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    November 2005 dan 26 November 2005.

    n) Suliana binti Ali

    Kamu telah didapati masih memakai cebisan kain hitam

    beramai-ramai di atas pakaian seragam syarikat tanpa

    kebenaran daripada jabatan ini pada 24 November 2005, 25

    7

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    8/49

    November 2005, 26 November 2005, 29 November 2005

    dan 30 November 2005.

    3. Semasa perbicaraan, peguam Pihak Responden dan wakil Pihak-Pihak

    Menuntut telah bersetuju untuk keterangan CLW1 di peringkat pemeriksaan balas

    diterima sebagai keterangan CLW2, CLW3, CLW4, CLW5, CLW6, CLW7, CLW8,

    CLW9, CLW10, CLW11, CLW12, CLW13 dan CLW14. Pemeriksaan balas akan

    hanya dikemukakan pada saksi-saksi tersebut mengenai tempoh perkhidmatan

    mereka dan gaji akhir serta adakah mereka telah mendapat pekerjaan selepas

    dibuang kerja oleh Pihak Responden. Semasa CLW1 memberikan keterangan pada

    peringkat pemeriksaan balas pada 24.01.2011, kesemua Pihak-Pihak Menuntut

    iaitu CLW2, CLW3, CLW4, CLW5, CLW6, CLW7, CLW8, CLW9, CLW10, CLW11,

    CLW12, CLW13 dan CLW14 juga berada di Mahkamah untuk mendengar

    keterangan CLW1 semasa pemeriksaan balas. Mereka juga telah mengakui semasa

    pemeriksaan balas menerima pakai keterangan yang dikemukakan oleh CLW1

    semasa pemeriksaan balas.

    Kes Pihak Responden

    4. COW2 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama telah menyatakan

    bahawa pemakaian simpai kain (arm band) berwarna hitam oleh Pihak-Pihak

    Menuntut telah dilarang penggunaan pemakaiannya oleh syarikat. COW2

    menyatakan seperti berikut :

    8

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    9/49

    A : Yes, I agree. When the instruction came from the

    Managing Director to inform all workers not to wear the

    black arm band, or stern action will be taken against

    them. I called a meeting everybody in the graphic,

    plate, make and sample making that include the superior

    (CLW19) informing them the instruction of our Managing

    Director not to wear the arm band or stern action will be

    given to them.

    COW2 juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa arahan Pengarah Urusan

    adalah untuk beliau memaklumkan pekerja mengenai larangan pemakaian simpai

    kain berwarna hitam. COW2 menyatakan mengenainya seperti berikut :

    Q : What was the instruction from Managing Director?

    A : To tell the workers not to wear black arm band or stern

    action will be taken against them.

    COW2 juga telah menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan arahan Pengarah

    Urusan tersebut kepada pekerja-pekerja di Bahagian Grafik dan Jabatan Sampel.

    Empat belas orang Pihak-Pihak Menuntut yang dibuang kerja di dalam kes ini ialah

    di Jabatan Grafik menurut COW2. COW2 juga menyatakan beliau telah

    menjalankan pemeriksaan ke atas kakitangan bagi melihat sama ada mereka

    9

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    10/49

    memakai kain simpai hitam atau sebaliknya. COW2 telah menyediakan laporan

    mengenai pemeriksaan tersebut kepada Pengurus Sumber Manusia. Namun begitu,

    COW2 tidak mengambil gambar pekerja yang memakai kain simpai hitam semasa

    pemeriksaan. Nama-nama pekerja yang memakai kain simpai hitam itu telah

    dimaklumkan kepada Pengurus Sumber Manusia melalui emel yang dihantar

    kepadanya. COW2 menafikan bahawa beliau tidak memaklumkan kepada

    kakitangan di Jabatan Grafik berkenaan larangan memakai kain simpai hitam

    tersebut.

    5. Sementara itu, COW3 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa

    beliau telah membuat pemeriksaan ke atas pekerja-pekerjanya bagi memastikan

    tiada kakitangan yang memakai simpai hitam dari 21.11.2005 hingga 02.12.2005.

    COW3 memperihalkan tatacara pemeriksaan yang dilakukan seperti berikut :

    S : Bagaimanakah pemeriksaan telah dibuat?

    J : Kita periksa seorang ke seorang. Kita tengok dari depan

    sama ada pakai atau tidak kemudian tengok di bahunya.

    S : Berapa kali anda membuat pemeriksaan dari 21.11.2005

    hingga 02.12.2005?

    J : Setiap hari.

    COW4 yang merupakan Jurutera Penyelenggaraan syarikat mengesahkan bahawa

    beliau juga telah membuat pemeriksaan dan pemerhatian ke atas kakitangan bagi

    10

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    11/49

    memastikan sama ada mereka memakai simpai hitam atau sebaliknya.

    6. Seterusnya, COW1 menyatakan bahawa kesemua kakitangan berjumlah 60

    orang telah didapati memakai kain simpai hitam mulai 21.11.2005. COW1

    menyatakan seperti berikut :

    Q : Wearing of arm band started on 21.11.2005. You

    confirm that?

    A : Yes, according to the documents.

    Q : How many workers wearing arm band?

    A : Those wearing arm band were issued show cause letter.

    Q : Are you telling the Court that all 60 workers were issued

    show cause letter?

    A : Yes.

    Seterusnya, COW1 mengesahkan bahawa pemakaian kain simpai hitam tersebut

    tidak dinyatakan sebagai satu kesalahan di dalam Perjanjian Bersama (collective

    agreement). COW1 menyatakan seperti berikut :

    Q : Is there anything stated in the Collective Agreement that

    wearing arm band is an offence?

    A : Nothing.

    11

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    12/49

    COW1 juga mengakui bahawa surat tunjuk sebab yang dikeluarkan di halaman 20

    COB1 adalah dari jabatan yang sama.

    Kes Pihak-Pihak Menuntut

    7. CLW1 di dalam keterangannya mengesahkan bahawa mereka tidak

    mendapatkan kebenaran pengurusan syarikat sebelum memakai kain simpai

    hitam. CLW1 mengesahkan bahawa beliau pernah diberi amaran kerana memakai

    kain simpai hitam sebelum ini. CLW1 juga menyatakan bahawa pemakaian kain

    hitam yang dilakukan oleh kesemua Pihak-Pihak Menuntut adalah atas arahan

    kesatuan sekerja. Ini berdasarkan kepada surat daripada Setiausaha Eksekutif

    Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Percetakan Semenanjung Malaysia bertarikh

    24.11.2005 seperti berikut :

    Pengurus Sumber ManusiaTWP Sdn. Bhd.No. 89 Jalan TampoiKawasan Perindustrian Tampoi80350 Johor BahruMalaysia

    Tuan, (U/P : En. Alfred Law Kim Sang)

    SURAT TUNJUK SEBAB

    Kami menulis surat ini merujuk kepada SURAT TUNJUK SEBAByang dikeluarkan oleh tuan kepada ahli-ahli kami bertarikh 22hbNovember 2005.

    Untuk pengetahuan tuan, bahawa PIEU bertanggungjawabsepenuhnya mengarahkan ahli-ahli kami memakai cebisan (reben)hitam sebagai tanda protes ke atas majikan di atas kelewatan

    12

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    13/49

    menyelesaikan isu berbangkit berhubung M.O.U.

    Kami tidak nampak kenapa ahli-ahli kami perlu mendapatkankebenaran untuk memakai reben hitam berkenaan kerana tidak adamana-mana bahagian di dalam peruntukan Perjanjian Bersama yangmemerlukan mereka berbuat demikian.

    Sekian dimaklumkan, terima kasih.

    Bagi pihak Printing Industry Employees Union,Peninsular Malaysia.

    Signed.Kamarus Zaman MansorSetiausaha Eksekutif

    s.k Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kerja Kilang.

    CLW1 semasa pemeriksaan semula menyatakan seperti berikut berkenaan arahan

    pemakaian kain simpai hitam :

    S : Siapakah yang beri arahan untuk pakai reben hitam?

    J : Kesatuan.

    S : Melalui apakah arahan itu disampaikan?

    J : Melalui surat Setiausaha Eksekutif Kesatuan.

    8. Seterusnya, CLW14 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa

    keputusan untuk memakai cebisan kain simpai hitam tersebut telah dibuat oleh

    exco kesatuan. CLW14 telah menyampaikan keputusan exco tersebut kepada ahli

    jawatankuasa. CLW14 juga telah mengambil tindakan setelah 14 orang Pihak-

    Pihak Menuntut di dalam kes ini telah diberikan surat tunjuk sebab dengan

    memaklumkan hal tersebut kepada pihak ibu pejabat kesatuan. CLW15

    13

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    14/49

    menyatakan perkara ini seperti berikut :

    S : Bilakah Exco ambil keputusan untuk pakai cebisan kain

    hitam bagaimana ia disampaikan?

    J : Semua maklumat dari ibu pejabat saya akan sampaikan

    kepada ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa akan

    sebarkan kepada ahli-ahli di bawah.

    S : Ahli-ahli di bawah secara apa?

    J : Secara lisan.

    S : Selaku Pengerusi Kesatuan bila 14 orang ini terima

    tunjuk sebab adakah kesatuan menyatakan mengapa

    syarikat ambil tindakan?

    J : Saya tidak berhubung kepada majikan tetapi saya buat

    aduan terus kepada ibu pejabat selepas ahli-ahli ini

    mendapat surat tunjuk sebab kedua.

    Semasa diperiksa balas, CLW15 tidak dapat memastikan bilakah keputusan dibuat

    oleh exco berkenaan dengan pemakaian kain simpai hitam. CLW15 mengakui

    bahawa beliau yang memberi arahan kepada 14 Pihak-Pihak Menuntut itu

    memakai cebisan kain simpai hitam. CLW15 menyatakan berkenaan arahan

    tersebut seperti berikut di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas :

    14

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    15/49

    S : Adakah anda arah sendiri 14 pengadu ini pakai cebisan

    kain hitam?

    J : Saya sendiri yang beritahu 14 orang pengadu ini.

    S : Bila anda beritahu mereka?

    J : Saya beritahu secara berkumpulan.

    S : Berapa orang dalam kumpulan?

    J : Tidak kurang dari 30 orang.

    S : 14 orang pengadu itu adakah anda sendiri beritahu atau

    jawatankuasa?

    J : 14 orang itu dalam kumpulan 30 orang itu.

    Walau bagaimanapun, CLW15 tidak dapat mengesahkan sama ada Setiausaha

    Kesatuan, Encik Kamarus Zaman Mansor ada berhubung dengan Pihak Responden

    secara bertulis tetapi menyatakan bahawa Pengurus Sumber Manusia ada

    dihubungi oleh Encik Kamarus Zaman. CLW15 menyatakan beliau tidak berada

    dengan Encik Kamarus Zaman bagi mengesahkan bahawa Encik Kamarus Zaman

    ada menghubungi Pengurus Sumber Manusia syarikat. CLW15 sebagai salah

    seorang ahli jawatankuasa kesatuan di syarikat Pihak Responden menegaskan

    bahawa beliau telah diarahkan untuk memakai cebisan kain simpai hitam dan

    adalah tidak munasabah untuk ahli jawatankuasa tidak memakainya sedangkan

    ahli biasa termasuk 14 Pihak-Pihak Menuntut telah memakai cebisan kain simpai

    hitam tersebut.

    15

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    16/49

    9. Seterusnya, CLW16 telah mengesahkan bahawa pihak Setiausaha Kerja

    Kesatuan, Encik Kamarus Zaman Mansor telah mengarahkan untuk memakai

    cebisan kain simpai hitam. Seterusnya, CLW16 juga menyatakan bahawa Encik

    Kamarus Zaman telah memberitahu ahli-ahli tidak perlu mendapat kebenaran

    untuk memakai kain tersebut. Selain itu, CLW17 semasa pemeriksaan balas telah

    menyatakan bahawa arahan memakai cebisan kain simpai hitam itu dilakukan oleh

    Encik Kamarus Zaman. CLW17 menyatakan perkara tersebut seperti berikut :

    S : Rujuk soalan 5, siapa yang memberitahu berkenaan

    arahan ini?

    J : Allahyarham Encik Kamarus Zaman Mansor.

    S : Adakah anda diberitahu sendiri oleh Encik Kamarus

    Zaman?

    J : Dia memberitahu secara umum kepada ahli-ahli

    termasuk saya.

    S : Apa yang anda tahu berkenaan keputusan Exco adakah

    berdasarkan makluman daripada Encik Kamarus

    Zaman?

    J : Ya.

    Sementara itu CLW2, CLW3, CLW4, CLW5, CLW6, CLW7, CLW8, CLW9, CLW10,

    CLW11, CLW12, CLW13 dan CLW14 menerima pakai keterangan CLW1 bahawa

    mereka memakai cebisan kain simpai hitam tersebut adalah atas arahan pegawai

    16

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    17/49

    kesatuan.

    Penilaian Keterangan Dan Undang-Undang

    10. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa tugas Mahkamah pada peringkat ini

    adalah untuk menentukan sama ada tindakan Pihak-Pihak Menuntut adalah satu

    salah laku yang boleh dijadikan alasan untuk Pihak Responden membuang kerja

    Pihak-Pihak Menuntut. Pada masa yang sama, Mahkamah juga mendapati bahawa

    tiada sebarang pertikaian berkenaan siasatan dalaman yang dijalankan oleh Pihak

    Responden dinyatakan di dalam pernyataan kes Pihak-Pihak Menuntut. Pada masa

    yang sama, ia juga tidak dibangkitkan semasa kes ini dibicarakan. Walaupun

    Mahkamah mendapati di perenggan 10 pindaan pernyataan kes dinyatakan bahawa

    Pihak-Pihak Menuntut tidak dibekalkan dengan nota-nota keterangan siasatan

    dalaman, namun tiada pernyataan lanjut berkenaan sama ada siasatan dalaman

    tersebut telah tidak dijalankan dengan adil dan bercanggah dengan prinsip-prinsip

    keadilan asasi dan perbicaraan yang adil ditimbulkan oleh Pihak-Pihak Menuntut.

    Oleh itu, Mahkamah berpendapat isu berkenaan sama ada siasatan dalaman

    dijalankan dengan teratur atau menyalahi prinsip keadilan asasi dan perbicaraan

    yang adil tidak sewajarnya dijadikan isu di dalam kes ini. Ini adalah kerana ianya

    tidak dibangkitkan secara spesifik di dalam pernyataan kes dan perbicaraan di

    Mahkamah. Oleh itu, Mahkamah akan mengambil kira keterangan-keterangan

    yang dikemukakan semasa siasatan dalaman bersama-sama saksi-saksi dalam

    perbicaraan ini untuk menentukan sama ada pembuangan kerja tersebut adalah

    17

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    18/49

    adil dan beralasan. Ini adalah disebabkan Mahkamah berpendapat siasatan

    dalaman yang dijalankan adalah teratur oleh Pihak Responden.

    11. Jika diteliti kepada keterangan dan hujahan pihak-pihak adalah dapat

    difahami bahawa isu di dalam kes ini ialah sama ada kegagalan Pihak-Pihak

    Menuntut mematuhi arahan syarikat yang dibuat oleh Pengarah Urusan berkenaan

    larangan pemakaian cebisan kain simpai hitam yang dimaklumkan kepada Pihak-

    Pihak Menuntut melalui COW2 adalah merupakan salah laku. Dalam konteks ini,

    peguam Pihak Responden yang bijaksana telah berhujah seperti berikut :

    14. We humbly submit Yang Arif that the Company had reasonably

    concluded that the 14 Claimants were guilty of the

    misconducts alleged based on the prevailing set of facts and

    evidence at the time of the dismissal, that is, not only did the

    14 Claimants wear the black armband in defiance of the

    Company instructions, but also admitted that they wore the

    black armbands knowing that the Company expressly forbade

    such an act.

    12. Sebaliknya wakil Pihak Menuntut telah menyatakan bahawa arahan yang

    diberikan untuk tidak memakai cebisan kain simpai hitam adalah sesuatu yang

    tidak sah. Beliau berhujah seperti berikut :

    18

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    19/49

    3.7 This is not a lawful instruction as it breach the fundamental

    principle of Freedom of Expression in Article 10 of the Federal

    Constitution as the Claimants and other workers wear

    armband to express their dissatisfaction on the violation of the

    Memorandum of Understanding between the Union and the

    Company dated 8.3.2003 which was taken cognizance by the

    Industrial Court as stated in Paragraph 11 of the Amended

    Statement of Case.

    3.8 Coupled with the above is the fact there is no provision in the

    Collective Agreement that the workers including the Claimants

    need to get the Company's permission to wear armband.

    Failure to get permission is a misconduct and attract

    disciplinary action is also a misconduct is not Agreement.

    Moreover, wearing the armband is also a misconduct is not

    stated in the Collective Agreement. Hence the Claimants had

    not committed any misconduct in wearing the armband to

    express their dissatisfaction in line with Article 10 of the

    Federal Constitution. Therefore, the action of the Company is

    unreasonable and frivolous in nature and unconstitutional.

    13. Apa yang jelas daripada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh

    Pihak-Pihak Menuntut dan Pihak Responden ialah fakta bahawa kesemua Pihak-

    19

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    20/49

    PIhak Menuntut memakai cebisan kain simpai hitam adalah suatu yang tidak dapat

    dinafikan oleh Pihak-Pihak Menuntut. Malahan CLW15, CLW16 dan CLW17

    mengesahkan bahawa mereka telah memberi arahan kepada ahli-ahli kesatuan

    termasuk 14 Pihak-Pihak Menuntut untuk memakai cebisan kain simpai hitam

    tersebut. Walaupun Pihak Responden ingin menyatakan bahawa CLW15, CLW16

    dan CLW17 yang merupakan orang kuat kesatuan sendiri tidak memakai kain

    hitam tersebut, namun ia dinafikan oleh mereka. Mahkamah berpendapat bahawa

    isu sama ada CLW15, CLW16 dan CLW17 tidak memakai cebisan kain simpai hitam

    bukanlah menjadi pertimbangan di dalam kes ini. Apa yang lebih penting ialah

    adakah Pihak-Pihak Menuntut di dalam kes ini telah memakai cebisan kain simpai

    hitam atau pun tidak. Mahkamah mendapati tiada keterangan yang mengatakan

    mereka tidak memakai kain hitam tersebut. Pada masa yang sama, Mahkamah

    juga mendapati keterangan daripada Pihak Responden mendapati sememangnya

    ada arahan daripada Pengarah Urusan syarikat yang telah disampaikan oleh COW2

    kepada para pekerja termasuk 14 Pihak-Pihak Menuntut di dalam kes ini mengenai

    larangan pemakaian kain cebisan simpai hitam. Berdasarkan kepada keterangan

    tersebut jelaslah bahawa tindakan Pihak-Pihak Menuntut memakai kain hitam itu

    adalah berlawanan dengan arahan yang diberikan oleh Pihak Responden.

    14. Apa yang menarik di dalam kes ini ialah adakah Pihak-Pihak Menuntut perlu

    mematuhi larangan yang dibuat oleh Pihak Responden sedangkan arahan

    pemakaian cebisan kain simpai hitam adalah dibuat oleh pihak kesatuan sekerja

    yang dianggotai oleh mereka. Ini bermakna terdapat pertembungan di antara

    20

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    21/49

    larangan majikan dan arahan kesatuan sekerja. Adalah menjadi prinsip umum

    undang-undang perhubungan perusahaan bahawa pekerja sewajarnya mematuhi

    arahan yang dikeluarkan oleh majikan seperti yang dinyatakan di dalam kes Ngeow

    Voon Yean v. Sungei Wang Plaza Sdn. Bhd./Landmarks Holding Berhad[2006] 3 CLJ

    837 seperti berikut :

    [34] The duty of an employee at common law is also similar in

    that he is to comply with all lawful and reasonable orders given

    by his employer with respect to the performance of such

    functions within the scope of his employment. That duty is one

    of the fundamental obligations which is deemed to be impliedly

    undertaken in every contract of hiring. The duty of obedience at

    common law is subject to two qualifications, firstly that the

    employer may not order his employee to do something illegal or

    secondly order his employee to do anything dangerous.

    [35] However it may well be that an employee is caught in the

    situation that he is required to obey an order and he is doubtful

    whether the order is legal or not. Under those circumstances the

    proper course is for the employee to obey the order first and to

    challenge its legality in separate proceedings. This distinction is

    made on the basis that if the law allows the employee to disobey

    any order he thinks is not legal, it would be impossible for the

    21

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    22/49

    management to maintain discipline and industrial peace. On the

    other hand, if the employee takes it upon himself to disobey the

    order which he thinks to be unlawful and unreasonable two

    courses are open to him. He can point out his difficulties, if any,

    to the superior and if the latter insists on the order being carried

    out, he can do the work and take the matter further in

    proceedings against his employer or to complain to his union. If

    he disobeys, he must take the risk if the court finds the order to

    be lawful and reasonable. See the case of Pan Global Textiles

    Berhad, Pulau Pinang v. Ang Beng Teik[2002] 1 CLJ 181; [2002]

    2 MLJ 27.

    Namun demikian, di dalam kes ini arahan yang diberikan oleh majikan menurut

    hujah Pihak-Pihak Menuntut adalah suatu yang bercanggah dengan Perkara 10

    Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan

    seperti berikut :

    10. Freedom of speech, assembly and association.

    (1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) -

    (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;

    (b) all citizens have the right to assemble peaceably and without

    22

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    23/49

    arms;

    (c) all citizens have the right to form associations.

    (2) Parliament may by law impose -

    (a) on the rights conferred by paragraph (a)of Clause (1), such

    restrictions as it deems necessary or expedient in the interest

    of the security of the Federation or any part thereof, friendly

    relations with other countries, public order or morality and

    restrictions designed to protect the privileges of Parliament or

    of any Legislative Assembly or to provide against contempt of

    court, defamation, or incitement to any offence;

    (b) on the right conferred by paragraph (b)of Clause (1), such

    restrictions as it deems necessary or expedient in the interest

    of the security of the Federation or any part thereof or public

    order;

    (c) on the right conferred by paragraph (c)of Clause (1), such

    restrictions as it deems necessary or expedient in the interest

    of the security of the Federation or any part thereof, public

    order or morality.

    (3) Restrictions on the right to form associations conferred by paragraph

    (c)of Clause (1) may also be imposed by any law relating to labour or

    23

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    24/49

    education.

    (4) In imposing restrictions in the interest of the security of the

    Federation or any part thereof or public order under Clause (2) (a),

    Parliament may pass law prohibiting the questioning of any matter,

    right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative

    established or protected by the provisions of Part III, Article 152, 153

    or 181 otherwise than in relation to the implementation thereof as

    may be specified in such law.

    Persoalannya di dalam kes ini ialah apakah peruntukan Perlembagaan Persekutuan

    terpakai kepada hubungan di antara majikan dan pekerja di mana majikannya

    bukanlah merupakan kerajaan? Persoalan ini telah dijawab oleh Mahkamah

    Persekutuan di dalam kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia &

    Anor [2005] 2 CLJ 713, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Artikel 8

    Perlembagaan Persekutuan tidak tepakai terhadap perjanjian bersama. Y. A. Hakim

    Abdul Malek Ahmad, Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu menyatakan seperti

    berikut :

    We took time to examine this allegation carefully and we found

    that it is simply not possible to expand the scope of art. 8 of the

    Federal Constitution to cover collective agreements such as the

    one in question. To invoke art. 8 of the Federal Constitution, the

    24

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    25/49

    applicant must show that some law or action of the Executive

    discriminates against her so as to controvert her rights under

    the said article. Constitutional law, as a branch of public law,

    deals with the contravention of individual rights by the

    Legislature or the Executive or its agencies. Constitutional law

    does not extend its substantive or procedural provisions to

    infringements of an individual's legal right by another individual.

    Further, the reference to the " law " in art. 8 of the Federal

    Constitution does not include a collective agreement entered into

    between an employer and a trade union of workmen.

    Di dalam kes ini, Mahkamah perlu meneliti sama ada Artikel 10 Perlembagaan

    Persekutuan terpakai di antara hubungan pekerja dan majikan. Apakah arahan

    majikan untuk Pihak-Pihak Menuntut tidak memakai cebisan kain simpai hitam

    tersebut adalah suatu tindakan yang menghalang kebebasan asasi Pihak-Pihak

    Menuntut yang dijamin di dalam perlembagaan? Jika diteliti kes Beatrice AT

    Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor[2005] 2 CLJ 713 di atas adalah

    didapati bahawa Mahkamah Persekutuan seolah-olah menyatakan bahawa

    Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dalam urusan kontrak pekerjaan. Ini

    adalah kerana kontrak pekerjaan adalah merupakan perhubungan kontraktual

    (contractual relationship) di antara seorang majikan dan pekerja dan bukannya

    merupakan isu yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian,

    terdapat pandangan yang menyatakan bahawa keputusan di dalam kes Beatrice AT

    25

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    26/49

    Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 itu adalah

    tidak tepat. Misalnya melalui rencana bertajuk Gender Discrimination in

    Employment How far does art 8 of the Federal Constitution guarantee gender

    equality? [2006] 6 MLJ xliv oleh Jashpal Kaur Bhatt dan di dalam artikel bertajuk

    The Workman and the Constitution [2007] 1 MLJ clxxii oleh Dato Gopal Sri Ram.

    Pengarang yang bijaksana telah menyenaraikan jaminan perlembagaan kepada

    pekerja kepada lima kategori dengan menyatakan seperti berikut :

    Adopting the approach to interpretation that has been commended

    by high and distinguished authority, the Constitution guarantees, at

    the very least, the following rights of a workman :

    (1) the protection of livelihood;

    (2) the right to work in a reasonably safe environment;

    (3) the right to unionise;

    (4) the right to a fair wage; and

    (5) the right to reinstatement.

    Pengarang yang bijaksana di dalam artikel tersebut telah merumuskan hak-hak

    asasi pekerja di bawah perlembagaan dengan menyatakan seperti berikut :

    26

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    27/49

    Conclusion

    I conclude as I began. A workman's fundamental rights are there in

    the Constitution. They are guaranteed by the Constitution. All you

    have to do is to apply the correct interpretation approach to find

    them. But if you take a narrow and literal approach, you will never

    find them. And it will be our citizens who will ultimately bear the

    loss.

    15. Pada masa yang sama, Mahkamah juga meneliti pandangan yang

    dikemukakan melalui artikel bertajuk Does The Law Of Human Rights Pervade All

    Malaysian Law In View Of Part II Of The Federal Constitution? [2007] 7 MLJ lxxxvi

    oleh B Lobo yang memberi pandangan keputusan Beatrice AT Fernandez v. Sistem

    Penerbangan Malaysia & Anor[2005] 2 CLJ 713 dari perspektif undang-undang hak

    asasi manusia seperti berikut :

    It is generally understood that the rights under the Federal

    Constitution is in the realm of public law. It is submitted that in

    view of the HR Act 1999, the distinction between public law and

    private law rights at least as far as Part II of the Federal Constitution

    has been to a large extent, obliterated.

    27

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    28/49

    In the application and enforcement of the HR Act 1999, i.e. the

    vertical or direct application to private law and horizontal or indirect

    application to private law can impact private law. An example of the

    former is where statutes applying to private individuals are

    interpreted (as it has to be) in compliance with Part II of the Federal

    Constitution (i.e. human rights). An example of the latter will be the

    example of S (slave) and M (the master) given by Mr. Justice Sri Ram.

    Therefore, the dicta of Abdul Malek Ahmad PCA (as he then was)

    that:

    .Constitutional law as a branch of public law, deals with the

    contravention of individual rights by the legislature or the Executive

    or its agencies. Constitutional law does not extend its substantive or

    procedural provisions to infringements of an individual's legal right

    against another individual

    (Emphasis added.)

    It is, with respect, inaccurate and perhaps incorrect.

    Malahan jika diteliti keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Teck Seng v.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Another [1996] 1 MLJ 261, [1996] 2 CLJ

    28

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    29/49

    771 di mana telah diputuskan bahawa hak untuk mendapatkan pekerjaan dan

    kesinambungan hidup adalah merupakan hak yang dijamin di bawah Perkara 5

    Perlembagaan Persekutuan. Ia termasuklah hak untuk mendapatkan pekerjaan

    yang sah dan berpendapatan. Ia dinyatakan seperti berikut :

    Such as objective may only be achieved if the expression "life" in

    Article 5(1) is given a broad and liberal meaning.

    Adopting the approach that commends itself to me, I have

    reached the conclusion that the expression "life" appearing in

    Article 5(1) does not refer to mere existence.

    It incorporates all those facets that are an integral part of life

    itself and those matters which go to form the quality of life.

    Of these are the right to seek and be engaged in lawful and

    gainful employment and to receive those benefits that our society

    has to offer to its members.

    It includes the right to live in a reasonably healthy and pollution

    free environment.

    For the purposes of this case, it encompasses the right to

    continue in public service subject to removal for good cause by

    resort to a fair procedure.

    29

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    30/49

    Walau bagaimanapun, Mahkamah sedar bahawa penafsiran seperti ini telah tidak

    dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Pihak Berkuasa Negeri

    Sabah v. Sugumar Balakrisnan & Another[2002] 3 MLJ 72 seperti berikut :

    We note that neither in the instant case nor in Tan Teck Seng v.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor. (supra) did the

    Court of Appeal refer to Loh Wai Kongand we cannot understand

    why. Unfortunately, too, in the majority judgment of the Federal

    Court in R. Rama Chandran, although reference was made to the

    Court of Appeal decision ofTan Teck Sengand to art. 5 in the

    context of the expression "life", the reference was only a brief

    reference and we note, too, that Loh Wai Kongwas not cited let

    alone considered by the Federal Court in R. Rama Chandran.

    We therefore disagree with the Court of Appeal that the words

    "personal liberty" should be generously interpreted to include all

    those facets that are an integral part of life itself and those

    matters which go to form the quality of life. We are of the view

    that other matters which go to form the quality of life has been

    similarly enshrined in Part II of the Constitution under

    'FUNDAMENTAL LIBERTIES' viz, protection against retrospective

    criminal laws and repeated trials (art. 7); equality (art. 8);

    freedom of speech, assembly and association (art. 10); freedom

    30

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    31/49

    of religion (art. 11); rights in respect of education (art. 12) and

    rights to property (art. 13).

    Namun demikian, intrepretasi sedemikian di dalam kes Pihak Berkuasa Negeri

    Sabah v. Sugumar Balakrisnan & Another [2002] 3 MLJ 72 telah ditolak oleh

    Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia

    & Anor[2010] 3 CLJ 507 seperti berikut :

    In the present instance, the appellant bases his case on the

    "personal liberty" limb. Learned senior federal counsel submits

    that the concept "personal liberty" in art. 5(1) should receive the

    narrow and restricted meaning ascribed to it by a two member

    Bench of this court in Pihak Berkuasa Negeri Sabah v. Sugumar

    Balakrishnan [2002] 4 CLJ 105. With respect this submission

    must be rejected as being without merit. The authorities referred

    to earlier in this judgment are clearly against such an approach

    to constitutional interpretation.

    Pada masa yang sama, Mahkamah juga meneliti pandangan yang dikemukakan

    oleh Y. A. Zaleha Yusof di dalam kes Noorfadilla binti Ahmad Saikin v. Chayed bin

    Basirun dan 5 yang lain, Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, saman pemula no. :

    21-248-2010 di mana di dalam kes tersebut, kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem

    Penerbangan Malaysia & Anor [2005] 2 CLJ 713 telah dikemukakan dalam

    31

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    32/49

    menyokong hujah bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai

    kepada hubungan kontraktual. Mahkamah berpendapat di dalam kes tersebut,

    prinsip Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor[2005] 2 CLJ

    713 tidak terpakai kerana fakta kes menyatakan bahawa pihak responden adalah

    merupakan pihak berkuasa awam seperti di bawah Fasal 160 Perlembagaan

    Persekutuan. Oleh itu, walaupun kes ini melibatkan hubungan kontraktual,

    Perlembagaan Persekutuan masih terpakai kerana pihak responden adalah badan

    berkuasa awam. Ini dapat dilihat di halaman 23 di perenggan 24 seperti berikut :

    (24) By virtue of Article 160 of the Federal Constitution, the

    defendants are definitely public authorities and therefore

    agents of the Executive. To me, the defendants' act of revoking

    and withdrawing the Placement Memo because the plaintiff

    was pregnant constitute a violation of Article 8 (2) of the

    Federal Constitution. It was the contravention of the plaintiff's

    rights by the defendants as agents of the Executive. As such,

    the requirement of Beatrice's case has been fulfilled.

    Apa yang menarik di dalam kes tersebut ialah pandangan Y. A. Hakim mengenai

    tanggungjawab mahkamah untuk menyokong tindakan pematuhan hak-hak asasi

    manusia. Y. A. Hakim menyatakan seperti berikut :

    32

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    33/49

    In my opinion, the Court has a role to promote the observance of

    human rights in this country.

    16. Berdasarkan kepada duluan kehakiman dan perbincangan di dalam artikel-

    artikel yang ditulis berkenaan dengan isu sama ada Perlembagaan Persekutuan

    terpakai kepada perjanjian pekerjaan di antara pekerja dan majikan, dapat

    disimpulkan dua pendekatan iaitu :

    (a) Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai terhadap perjanjian persendirian

    termasuklah perjanjian di antara majikan dan pekerja. Ia berasaskan kepada

    prinsip bahawa perjanjian persendirian adalah di antara pihak-pihak yang

    terlibat di dalam sesuatu perjanjian di mana mereka adalah terikat dengan

    terma-terma perjanjian tersebut. Sementara perlembagaan menyentuh

    kepada hubungan di antara pihak pemerintah dan warganegara. Sekiranya

    terdapat apa-apa peruntukan yang diluluskan oleh pihak pemerintah yang

    menghakis mana-mana hak warganegara maka hak-hak warganegara yang

    dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan bolehlah digunakan.

    (b) Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada perjanjian pekerjaan walaupun ia

    adalah merupakan perjanjian persendirian. Ini adalah disebabkan,

    Perlembagaan Persekutuan perlu ditafsirkan dengan lebih liberal bagi

    memastikan hak-hak warganegara terutamanya kebebasan asasi dilindungi

    oleh perlembagaan. Oleh itu, penafsiran yang ketat berkenaan Perlembagaan

    33

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    34/49

    Persekutuan berkaitan dengan kebebasan asasi boleh menghakis kebebasan

    warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ianya tidak

    sejajar dengan interpretasi dengan perlembagaan oleh mahkamah di negara-

    negara lain yang memberi penafsiran liberal dalam hak-hak asasi

    warganegara mereka.

    Pada masa yang sama, Mahkamah juga meneliti aliran pemikiran terkini berkenaan

    dengan pengukuhan dan jaminan hak warganegara di dalam hak asasi mereka

    begitu ditekankan oleh mahkamah. Ini dapat dilihat misalnya di dalam keputusan

    majoriti Mahkamah Rayuan di dalam kes Muhammad Hilman bin Idham dan 3 yang

    lain v. Kerajaan Malaysia dan 2 yang lain, rayuan sivil no. W-01(IM)-636-2010, di

    mana Y. A. Hakim Mohd Hishamudin Yunus seperti berikut :

    I propose to conclude by saying this. Freedom of expression

    is one of the most fundamental rights that individuals enjoy.

    It is fundamental to the existence of democracy and the

    respect of human dignity. This basic right is recognized in

    numerous human rights documents such as Article 19 of the

    Universal Declaration of Human Rights and Article 19 of the

    International Covenant on Civil and Political Rights. Free

    speech is accorded pre-eminent status in the constitutions of

    manycountries.

    34

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    35/49

    Walau bagaimanapun, Mahkamah harus berhati-hati di dalam kes ini kerana kes

    Muhammad Hilman bin Idham dan 3 yang lain v. Kerajaan Malaysia dan 2 yang lain,

    rayuan sivil no. W-01(IM)-636-2010 melibatkan pihak universiti yang boleh

    dikategorikan sebagai pihak berkuasa awam. Sebaliknya di dalam kes ini, Pihak

    Responden adalah majikan Pihak-Pihak Menuntut yang merupakan pihak kepada

    perjanjian pekerjaan. Namun demikian, Mahkamah berpendapat bahawa hak asasi

    di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan adalah terpakai kepada kesemua

    warganegara persekutuan. Oleh itu, sebarang tindakan majikan kepada pekerja

    harus mengambil kira kebebasan asasi pekerjanya yang merupakan warganegara

    persekutuan terhadap hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Sekiranya Mahkamah tidak mengambil kira hak-hak kebebasan yang dijamin oleh

    Perlembagaan Persekutuan dan hanya semata-mata berdasarkan kepada terma-

    terma perjanjian pekerjaan di antara Pihak-Pihak Menuntut dan Pihak Responden,

    jaminan hak asasi warganegara di dalam Perlembagaan Persekutuan akan menjadi

    tidak bermakna. Ia mungkin akan menyebabkan perjanjian pekerjaan boleh

    dengan sewenang-wenangnya menyalahi hak-hak warganegara yang dijamin di

    dalam Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah berpendapat ini bukannya

    matlamat undang-undang perhubungan perusahaan. Hak majikan sebagai

    warganegara yang dijamin hak-hak di dalam perlembagaan perlu dipertahankan.

    Di samping itu, hak-hak pekerja sebagai warganegara persekutuan yang dijamin di

    dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu ditegakkan. Dalam erti kata lain,

    urusan di antara pekerja dan majikan tidak boleh lari daripada hak-hak yang

    35

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    36/49

    dijamin di dalam perlembagaan walaupun mereka bebas untuk meletakkan terma-

    terma yang dipersetujui di antara pekerja dan majikan. Terma-terma tersebut

    sudah pasti tidak boleh membelakangkan hak asasi di dalam Perlembagaan

    Persekutuan. Di samping itu, terma-terma tersebut tidak boleh menyalahi

    peruntukan undang-undang atau polisi awam.

    17. Di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa Pihak-Pihak Menuntut

    telah meletakkan cebisan kain simpai hitam di lengan mereka adalah atas arahan

    kesatuan seperti yang dinyatakan oleh CLW15, CLW16 dan CLW17. Ia adalah

    salah satu daripada hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kepada

    syarikat. Malahan pihak kesatuan telah mengakui kepada Pihak Responden

    bahawa tindakan Pihak-Pihak Menuntut itu adalah atas arahan kesatuan. Oleh

    itu, adakah wajar mereka dinafikan hak untuk menyuarakan dan mempamerkan

    ketidakpuasan hati mereka kepada Pihak Responden? Namun begitu, di dalam

    konteks kes ini, Mahkamah harus menekankan bahawa kebebasan Pihak-Pihak

    Menuntut untuk menyuarakan perasaan atau rasa hati mereka tidaklah boleh

    dilakukan sehingga menjejaskan operasi syarikat. Sekiranya ini dilakukan ia

    sudah pasti akan bercanggah dengan tanggungjawab Pihak-Pihak Menuntut untuk

    memberikan kesetiaan dan menjaga kepentingan Pihak Responden. Hal ini telah

    dinyatakan di dalam kes Secretary of State for Employment v. ASLEF (No. 2)[1972]

    I.C.R. 19. Namun demikian, tindakan seorang pekerja menyuarakan ketidakpuasan

    hati mereka dengan tidak menyebabkan apa-apa kerugian kepada pihak majikan

    adalah tidak boleh dikatakan sebagai suatu tindakan yang bercanggah dengan

    36

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    37/49

    terma tersirat pihak pekerja untuk setia dan menjaga kepentingan syarikat. Hal ini

    telah dinyatakan di dalam kes Mahkamah Rayuan di United Kingdom di dalam kes

    British Telecommunications PLC v. Ticehurst and another [1992] ICR 383 di mana

    Ralph Gibson LJ menyatakan di halaman 396 seperti berikut :

    The mere fact that she took part in joint action, with the intention

    that the business of B.T. should be rendered thereby unmanageable,

    could not constitute breach of contract because mere intention,

    without achievement of the fact intended to be achieved, was

    nothing. The principle in the ASLEFcase should be restricted to very

    narrow terms, namely to action with the intention of frustrating the

    object of the contract of employment which has or will have that

    effect.

    18. Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati tiada keterangan yang dikemukakan

    oleh Pihak Responden atau keterangan dari Pihak-Pihak Menuntut yang

    mencadangkan tindakan Pihak-Pihak Menuntut memakai cebisan kain simpai

    hitam tersebut telah menjejaskan operasi syarikat atau memberikan kerugian

    kepada syarikat. Pada masa yang sama, tiada juga keterangan yang menunjukkan

    bahawa tindakan Pihak-Pihak Menuntut itu telah menimbulkan ketidakharmonian

    kepada syarikat Pihak Responden. Halnya adalah berbeza sekiranya terdapat

    keterangan yang menunjukkan kerugian, gangguan operasi atau ketidakharmonian

    perusahaan antara majikan dan pekerja akibat pemakaian cebisan kain simpai

    37

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    38/49

    hitam oleh Pihak-Pihak Menuntut. Jika terdapat keterangan yang sedemikian,

    maka Mahkamah boleh menyimpulkan bahawa tindakan Pihak-Pihak Menuntut

    memakai cebisan kain simpai hitam telah memberi kesan kepada operasi syarikat

    dan ini bermakna Pihak-Pihak Menuntut telah mencabuli terma-terma tersirat

    seorang pekerja untuk taat dan menjaga kepentingan majikannya sepanjang

    bertugas di syarikat. Namun demikian, di dalam kes ini senario di atas tidak

    berlaku. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa tindakan Pihak-Pihak

    Menuntut memakai cebisan kain simpai hitam tidak boleh dikategorikan sebagai

    salah laku sehingga mewajarkan Pihak-Pihak Menuntut dibuang kerja oleh Pihak

    Responden. Ini bermakna, Pihak Responden telah gagal pada perimbangan

    kebarangkalian membuktikan bahawa Pihak-Pihak Menuntut tersebut telah

    melakukan salah laku bagi mewajarkan pembuangan kerja.

    Remedi

    19. Setelah Mahkamah mendapati bahawa Pihak Responden pada tahap

    perimbangan kebarangkalian tidak dapat menunjukkan bahawa tindakan Pihak-

    Pihak Menuntut memakai cebisan kain simpai hitam adalah salah laku, maka kini

    Mahkamah harus memutuskan remedi yang bersesuaian diberikan kepada Pihak-

    Pihak Menuntut. Semasa memutuskan remedi yang bersesuaian, Mahkamah

    mengambil kira garis panduan yang dikemukakan dalam Jadual Kedua Akta

    Perhubungan Perusahaan 1967 yang menyatakan faktor-faktor yang perlu diambil

    kira dalam memutuskan remedi seperti berikut :

    38

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    39/49

    SECOND SCHEDULE

    FACTORS FOR CONSIDERATION IN MAKING AN AWARD IN RELATION

    TO A REFERENCE UNDER SUBSECTION 20(3)

    [Subsection 30(6a)]

    1. In the event that backwages are to be given, such backwages shall

    not exceed twenty-four months' backwages from the date of

    dismissal based on the last-drawn salary of the person who has been

    dismissed without just cause or excuse;

    2. In the case of a probationer who has been dismissed without just

    cause or excuse, any backwages given shall not exceed twelve

    months' backwages from the date of dismissal based on his last-

    drawn salary;

    3. Where there is post-dismissal earnings, a percentage of such

    earnings, to be decided by the Court, shall be deducted from the

    backwages given;

    4. Any relief given shall not include any compensation for loss of future

    earnings; and

    5. Any relief given shall take into account contributory misconduct of

    the workman.

    39

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    40/49

    Sebelum itu, Mahkamah juga berpendapat di dalam kes ini remedi yang

    bersesuaian untuk diberikan kepada Pihak-Pihak Menuntut adalah pampasan

    sebagai ganti rugi kepada pelantikan semula. Ini adalah disebabkan Pihak-Pihak

    Menuntut telah dibuang kerja pada 04.03.2006 iaitu lebih daripada lima tahun

    sebelum award ini diturunkan. Selain itu, keterangan Pihak-Pihak Menuntut juga

    ada yang menunjukkan bahawa mereka telah bekerja di tempat lain selepas

    dibuang kerja oleh Pihak Responden. Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar

    remedi pelantikan semula diberikan kerana ianya akan menjejaskan kerja Pihak-

    Pihak Menuntut yang sedia ada di samping tempoh yang lama setelah dibuang

    kerja menyebabkan mereka tidak mungkin dapat ditempatkan dalam struktur

    organisasi syarikat yang baharu setelah lima tahun berlalu.

    20. Dalam menentukan kadar bayaran pampasan pelantikan semula dan bayaran

    gaji ke belakang, adalah wajar Mahkamah meneliti satu persatu keterangan Pihak-

    Pihak Menuntut kerana terdapat perbezaan gaji Pihak-Pihak Menuntut, tempoh

    Pihak-Pihak Menuntut tidak bekerja dan tempoh Pihak-Pihak Menuntut bekerja di

    syarikat. Ia perlu dilakukan bagi mengelakkan ketidakadilan kepada Pihak-Pihak

    Menuntut dan Pihak Responden dalam menentukan amaun yang sewajarnya.

    21. Pihak Menuntut Pertama, Encik Nasid bin Elias mempunyai gaji akhir

    berjumlah RM1,379.00. Beliau mula bekerja semenjak 01.01.1990. Ini bermakna

    beliau telah bekerja selama 16 tahun sebelum dibuang kerja. Beliau telah bekerja

    40

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    41/49

    semula lebih kurang satu bulan dari tarikh diberhentikan dengan gaji RM750.00

    sebulan.

    22. Sementara itu, Pihak Menuntut Kedua, Encik Shaharom bin Arshad mula

    bekerja dengan syarikat mulai 01.04.1989. Ini bermakna beliau telah bekerja

    selama 16 tahun. Gaji terakhir beliau ialah RM1,385.00. Kini beliau telah bekerja

    dengan Kementerian Pendidikan semenjak 16.10.2007 dengan pendapatan

    RM1,164.00.

    23. Pihak Menuntut Ketiga, iaitu Encik Ahmad Nazri bin Roslan telah mula

    bekerja di syarikat pada 13.07.1992 iaitu selama 13 tahun sebelum ditamatkan

    perkhidmatan. Gaji akhir beliau ialah RM1,344.00. Beliau telah mula bekerja

    setelah dibuang kerja pada Mei 2006 dengan gaji pada masa itu RM700.00 dan kini

    RM2,100.00.

    24. Pihak Menuntut Keempat, Puan Faridah binti Abd. Ghafar telah mula bekerja

    semenjak 08.07.1987 iaitu bekerja selama 18 tahun. Gaji akhir beliau ialah

    RM967.00. Beliau mula bekerja di tempat baharu pada 08.04.2006 dengan

    pendapatan RM670.00 sebulan.

    25. Pihak Menuntut Kelima, Cik Tatee Marenee binti Maee mula bekerja di

    syarikat pada 03.05.2000 iaitu 5 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir beliau

    ialah RM902.00. Beliau mendapat kerja di tempat baharu pada 16.04.2006 dengan

    41

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    42/49

    gaji RM800.00.

    26. Pihak Menuntut Keenam, Puan Rositah binti Harun mula bekerja semenjak

    24.06.1988 iaitu selama 17 tahun sebelum dibuang kerja dengan gaji terakhir

    RM1,344.00. Beliau telah mendapat kerja pada 01.06.2006 dengan pendapatan

    RM791.00.

    27. Pihak Menuntut Ketujuh, Cik Zawiah binti Md. Saleh mula bekerja di syarikat

    pada 06.01.1992 iaitu selama 14 tahun iaitu sebelum dibuang kerja. Gaji akhir

    beliau ialah RM940.00 sebulan. Pihak Menuntut Ketujuh tidak bekerja selepas

    dibuang kerja. Ia adalah kerana beliau ditanggung oleh suami.

    28. Pihak Menuntut Kelapan, Puan Hamimah binti Daim mula bekerja dengan

    syarikat pada 17.11.1989 iaitu selama 16 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir

    Pihak Menuntut Kelapan ialah RM1,030.00. Pihak Menuntut Kelapan mula bekerja

    semula selepas dibuang kerja pada 15.04.2006 dengan gaji RM700.00 sebulan.

    29. Pihak Menuntut Kesembilan, Puan Zainab binti Mohd Yatim telah mula

    bekerja semenjak 21.08.1989 iaitu 16 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir

    Pihak Menuntut Kesembilan ialah RM864.00 sebulan. Beliau telah mula bekerja di

    tempat lain setelah dibuang kerja pada April 2006 dengan gaji RM600.00 sebulan.

    42

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    43/49

    30. Pihak Menuntut Kesepuluh, Puan Rosnina binti Hamzah mula bekerja

    dengan syarikat mulai 02.04.1993 iaitu selama 12 tahun sebelum dibuang kerja.

    Gaji akhir Pihak Menuntut Kesepuluh ialah RM897.00 sebulan. Beliau telah mula

    bekerja di tempat lain pada 11.04.2006 dengan gaji RM500.00 sebulan.

    31. Pihak Menuntut ke-11, Puan Rosmili binti Talib mula bekerja dengan syarikat

    pada 12.02.1990 dengan gaji akhir sebanyak RM1,008.00 sebulan. Beliau telah

    bekerja selama 16 tahun sebelum dibuang kerja. Beliau telah mula bekerja setelah

    sebulan dibuang kerja di tempat baru dengan gaji RM400.00.

    32. Pihak Menuntut ke-12, Cik Nora binti Kubek mula bekerja dengan syarikat

    pada 06.01.1988 iaitu 18 tahun sebelum dibuang kerja dengan gaji akhir

    RM1,050.00. Beliau telah mula bekerja di tempat lain pada bulan Disember 2006

    dengan gaji RM425.00 sebulan.

    33. Pihak Menuntut ke-13, Cik Norizah binti Rapingi mula bekerja di syarikat

    semenjak 06.05.1992 iaitu selama 13 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir

    Pihak Menuntut ke-13 ialah RM1,077.00 sebulan. Beliau tidak bekerja setelah

    dibuang kerja oleh Pihak Responden kerana ditanggung oleh suami.

    34. Akhirnya, Pihak Menuntut ke-14, Cik Suliana binti Ali mula bekerja di

    syarikat pada 06.09.1999 iaitu 6 tahun sebelum dibuang kerja. Gaji akhir Pihak

    Menuntut ke-14 ialah RM897.00 sebulan. Beliau telah mula bekerja semula di

    43

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    44/49

    tempat lain pada bulan Disember 2006 dan semenjak 04.01.2007, beliau telah

    bekerja sebagai Senior Assistant Graphicdengan gaji RM1,575.00.

    35. Setelah melihat secara terperinci gaji akhir Pihak-Pihak Menuntut dan

    tempoh perkhidmatan Pihak-Pihak Menuntut di syarikat Pihak Responden dan

    tempoh Pihak-Pihak Menuntut tidak bekerja, Mahkamah memutuskan amaun

    kepada setiap Pihak-Pihak Menuntut adalah seperti berikut :

    (a) Pihak Menuntut Pertama :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,379.00 x 8 bulan = RM11,032.00

    Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula

    RM1,379.00 x 16 tahun= RM22,064.00

    Jumlah

    RM11,032.00 + RM22,064.00 = RM33,096.00

    (b) Pihak Menuntut Kedua :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,385.00 x 8 bulan = RM11,080.00

    Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula

    RM1,385.00 x 16 tahun= RM22,160.00

    Jumlah

    RM11,080.00 + RM22,160.00 = RM33,240.00

    44

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    45/49

    (c) Pihak Menuntut Ketiga :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,344.00 x 8 bulan = RM10,752.00

    Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula

    RM1,344.00 x 13 tahun= RM17,472.00

    Jumlah

    RM10,752.00 + RM17,472.00 = RM28,224.00

    (d) Pihak Menuntut Keempat :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM967.00 x 8 bulan = RM7,736.00

    Pampasan sebagai galang ganti penempatan semula

    RM967.00 x 18 tahun = RM17,406.00

    Jumlah

    RM7,736.00 + RM17,406.00 = RM25,142.00

    (e) Pihak Menuntut Kelima :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM902.00 x 8 bulan = RM7,216.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM902.00 x 5 tahun = RM4,510.00

    Jumlah

    45

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    46/49

    RM7,216.00 + RM4,510.00 = RM11,726.00

    (f) Pihak Menuntut Keenam :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,344.00 x 8 bulan = RM10,752.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM1,344.00 x 17 tahun= RM22,848.00

    Jumlah

    RM10,752.00 + RM22,848.00 = RM33,600.00

    (g) Pihak Menuntut Ketujuh :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM940.00 x 8 bulan = RM7,520.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM940.00 x 14 tahun = RM13,160.00

    Jumlah

    RM7,520.00 + RM13,160.00 = RM20,680.00

    (h) Pihak Menuntut Kelapan :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,030.00 x 8 bulan = RM8,240.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM1,030.00 x 16 tahun= RM16,480.00

    46

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    47/49

    Jumlah

    RM8,240.00 + RM16,480.00 = RM24,720.00

    (i) Pihak Menuntut Kesembilan :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM864.00 x 8 bulan = RM6,912.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM864.00 x 16 tahun = RM13,824.00

    Jumlah

    RM6,912.00 + RM13,824.00 = RM20,736.00

    (j) Pihak Menuntut Kesepuluh :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM897.00 x 8 bulan = RM7,176.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM897.00 x 12 tahun = RM10,764.00

    Jumlah

    RM7,176.00 + RM10,764.00 = RM17,940.00

    (k) Pihak Menuntut Ke-11 :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,008.00 x 8 bulan = RM8,064.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    47

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    48/49

    RM1,008.00 x 16 tahun = RM16,128.00

    Jumlah

    RM8,064.00 + RM16,128.00 = RM24,192.00

    (l) Pihak Menuntut Ke-12 :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,050.00 x 8 bulan = RM8,400.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM1,050.00 x 18 tahun = RM18,900.00

    Jumlah

    RM8,400.00 + RM18,900.00 = RM27,300.00

    (m) Pihak Menuntut Ke-13 :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM1,077.00 x 8 bulan = RM8,616.00

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM1,077.00 x 13 tahun = RM14,001.00

    Jumlah

    RM8,616.00 + RM14,001.00 = RM22,617.00

    (n) Pihak Menuntut Ke-14 :

    Bayaran gaji ke belakang

    RM897.00 x 8 bulan = RM7,176.00

    48

  • 7/29/2019 AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

    49/49

    Pampasan sebagai galang ganti pelantikan semula

    RM897.00 x 6 tahun = RM5,382.00

    Jumlah

    RM7,176.00 + RM5,382.00 = RM12,558.00

    Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 40 hari dari tarikh award ini setelah

    ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai pendapatan dan

    caruman-caruman statutori yang lain.

    DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 01HB DISEMBER 2011.

    t.t

    ( ROSLAN BIN MAT NOR )PENGERUSI

    MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIACAWANGAN JOHOR