audit firm report

Upload: jletchemy-madavan

Post on 16-Oct-2015

413 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Akaun

TRANSCRIPT

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    1

    BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

    1.1 Pengenalan

    1.1.1. Pendahuluan

    Latihan industri merupakan salah satu sistem pembelajaran yang dilaksanakan oleh

    politeknik Tinggi Malaysia (KPTM) ke atas setiap pelajarnya sebelum menamatkan

    pengajian dengan dianugerahkan sijil atau diploma.Penempatan setiap Latihan industri

    dilakukan di firma-firma yang berkaitan dengan kursus yang terlibat.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    2

    Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang bersedia

    dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik

    mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang

    tinggi.Selain itu, member pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dunia pekerjaan

    disamping membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar.

    Di sini lah pelajar akan didedahkan dengan suausana pekerjaan yang sebenar di

    mana ianya amat berbeza sekali daripada suasana yang terdapat di Institusi Pengajian

    sebalum ini. Langkah pihak pentadbiran mengadkan latihan industri adalah bertujuan

    untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dn supaya mereka akan lebih

    bersedia menempuh segala cabaran serta mendapat pengalaman yang baru seterusnya

    mengikuti akur kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak

    pentadbiran.

    Latihan ini juga merupakan salah satu sumber tenaga manusia untuk

    perkembangan organisasi di masa akan dating serta menggunakan pengetahuan terkini

    para pelajar untuk feadah organisasi. Selain itu, pelajar akan mahir dengan pengetahuan

    teori dan amalan pengurusan perniagaan dengan mengambil kira masalah dan realiti

    dunia perniagaan di samping membentuk sikap positif terhadap bidang pekerjaan yang

    luasdi pasaran.

    1.1.2 Objektif latihan industri

    Latihan Industri adalah satu syarat yang diwajibkan kepada semua pelajr politeknik

    untuk mendapatkan sijil atau diploma.Ia merupakan satu bentuk pelajaran iaitu belajar

    sambil bekerja selama enam (6) bulan. Latihan ini boleh dijalankan sama ada di Jabatan

    Kerajaan atau Swasta. Setiap pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum dapat

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    3

    meneruskan pelajaran pada semester yang berikutnya. Objektif Latihan Industri ini

    adalah seperti berikut :

    Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan

    Objektif latihan ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke dalam bidang pekerjaan. Para

    pelajar lebih mudah mengetahui cara sebenar alam pekerjaan apabila mengalami sendiri

    sewaktu tempoh Latihan Industri. Jika sebelum ini para pelajar hanya memahami dalam

    bentuk pembacaan, proses Latihan Industri ini ternyata lebih memberi pendekatan

    mengenei suasana sebenar alam pekerjaan.

    Mengaitkan teori kepada praktis atau sebaliknya

    Latihan Industri ini juga bertujuan untuk memberi peluang pelajar mengaplikasikan

    semua teori yang telah dipelajari pada waktu pembelajaran mahupun sebaliknya.Di

    kesempatan inilah, para pelajar dapat mnggunakan pengetahuan yang sedia untuk

    memahirkan diri pada setiap pelajar.

    Mengamalkan peraturan dalam industri

    Ini juga bertujuan untuk pelajar mengamal dan mengikut undang-undang dan peraturan

    keselamatan pejabat yang selama ini hanya berpandukan peraturan sekolah dan pusat

    pengajian sahaja.

    Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik antara

    pekerja

    Pelajar juga dapat bergaul dengan semua pekerja di syarikat yang terdiri daripada

    berbagai peringat umur.Di sini juga pelajar dapat menanam semangat kerja berpasukan

    dan perhubungan yang baik antara pekerja syarikat.Secara langsung pelajar dapat

    mengamalkan ini, pelajar boleh mendapatkan ilmu pengetahuan para juruteknik dan

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    4

    teori dapat mempratikkan. Maka, wujudlah suatu sistem komunikasi yang baik sesame

    sendiri

    Memupuk semangat amanah dan tanggungjawab

    Selain itu, secara tidak langsung pelajar akan belajar bersifat amanah dan

    mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam diri. Ia member kesedaran betapa

    pentingnya bersikap demikian dalam menjalankan tugas.

    Membina keyakinan diri

    Latihan ini turut menbantu membina keyakinan diri pelajar dari segi kebolehan,

    kesanggupan dan kerajinan di mana pelajar akan mengetahui sejauh mana

    kebolehannya untuk melakukan sesuatu tugas yang bertanggungjawab untuknya. Di

    kesempatan inilah pelajar berpeluang memantapkan lagi keyakinan diri yang telah

    sedia ada.

    Meningkatkan daya kreativiti

    Semasa menjalani latihan industry, pelajardapat menimba ilmumengenai

    perkembangan dunia pekerjaan terutama dalam bidang yang diceburi.Dengan

    mempelajari sedikit sebanyak mengenai alam pekerjaan, pelajar dapat meningkatkan

    daya kreativiti mereka.Contohnya, penyelesai terhadap sesuatu masalah yang timbul

    dapat diselesaikan sekiranya mereka mempunyai daya kreativiti yang baik.

    Menjalani hubungan professional

    Berpeluang menjalani hubungan baik dengan ahli professional li luar kampus serta

    memperkenalkan politeknik kepada organisasi.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    5

    Kesimpulanya, sebagaimana yang telah diterangkan, satu daripada tujuan

    Latihan Industri ialah untuk membiasakan diri pelajar kepada keadaan alam

    perkerjaan sebenar sama ada di Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta. Oleh itu,

    setiap pelajar haruslah berusaha sehabis baik agar dapat membantu pelajar

    mendapatkan pekerjaan pada masa datang sama ada di sektor swasta atau awam.

    1.1.3 Objektif laporan latihan industri

    Keseluruhannya, setiap pelajar yang menjalani latihan industry diwajibkan

    menyediakan laporan bertulis semasa menjalani latihan dan laporan lengkap atau

    laporan rasmi setelah tamat latihan tersebut. Laporan ini terbahagi kepada dua jenis

    Laporan Harian dan Laporan Besar Latihan industri.

    Laporan harian

    Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah buku laporan industri yang

    mengandungi catatan kasar harian yang dilakukan pada setiap hari.Tujuan utama

    buku laporan harian ini dibuat adalah bagi memudahkan pelajar membuat pelajar

    membuat rujukan kembali gerak kerja yang dilakukan supaya dapat menyediakan

    laporan lengkap selepas tamat latihan.Selain itu, buku laporan harian ini juga perlu

    diperiksa oleh pegawai latihan firma atau penyelia pada setiap dua minggu untuk

    memastikan pelajar tidak menyalin hal-hal sulit firma dan tidak berkerja sambil

    lewa.

    Laporan besarlatihan industri

    Para pelajar adalah diwajibkan menyediakan sebuah buku laporan lengkap setelah

    tamat tempoh latihan industri. Kandungan laporan ini berdasarkan gerak kerja yang

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    6

    telah dibuat dalam Buku Laporan Harian yang catatkan secara kasar oleh pelajar itu

    sendiri. Tujuan buku laporan ini dibuat adalah untuk memudahkan para

    pensyarah memeriksa laporan yang telah dibuat dan member penilaian yang

    sewajarnya terhadap latihan industri yang telah dijalani oleh pelajar. Selain itu, buku

    laporan lengkap ini boleh dibuat rujukan semula apabila telah tamat tempoh belajar

    di politeknik bagi meluaskan lagi ilmu pengetahuan pelajar.

    Namun di dalam usaha untuk menerbitkan laporan ini, terdapat beberapa kelemahan

    yang dapat dilihat. Ini kerana ia merupakan kali pertama dikarang dan disusun oleh

    pelatih sendiri. Walaubagaimanapun, diharap agar pembaca dapat memahami serba

    sedikit segala apa yang cuba disampaikan oleh pelatih.

    1.1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

    Latihan Industri adalah salah satu perkara wajib yang perlu dijalankan oleh setiap

    pelajar politeknik.Tambahan pula, latihan ini wajib ke atas setiap pelajar semester 3

    bagi peringkat Sijil dan semester 4 bagi peringkat Diploma.Kerjayaan pelajar bagi

    penentuan meneruskan pengajiannya ke semester berikutnya dan memperolehi Sijil

    atau Diploma adalah bergantung kepada Latihan Industri yang telah dijalankan pada

    semester yang dinyatakan.

    Pelajar dapat didedahkan kepada alam perkerjaan yang sebenarnya apabila menjalani

    Latihan Industri ini. Seterusnya, ia dapat memupukkan semangat bekerja

    berpasukan, bertolak ansur dan tolong-menolong sekaligus membantu pelajar

    membina kejayaan diri apabila tamat belajar dan menempatkan diri dalam sector

    perkerjaan.

    Selain itu, pelajar berpeluang mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari di

    politeknik.Di samping dapat menambahkan lagi kemahiran yang ada, pelajar juga

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    7

    dapat mempelajari sesuatu yang baru bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan

    boleh digunakan pada masa hadapan.

    Tambahan, Latihan Industri ini membantu memberi kemahiran dalam berkomunikasi

    dan perhubungan dengan dunia luar.Ia akan member keyakinan diri kepada pelajar.

    Pelajar ternyata akan lebih berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab dalam

    menghadapi tugasan yang diberikan.

    Sesungguhnya, Latihan Industri ini ternyata memberi banyak peluang kepada pelajar

    untuk mempelajari sesuatu yang baru, mempraktikkan segala teori dan mendedahkan

    kepada alam pekerjaan sebenar.Oleh itu, usaha pihak politeknik untuk memajukan

    para pelajarnya boleh dianggap sudah berjaya.Walaubagaimanapun para pelajar

    haruslah bijak mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kursus yang diambil agar

    Latihan Industri tidak member sebarang masalah kepada diri pelajar.

    1.2 Latar belakang organisasi

    Loh&Co merupakan sebuah firma audit yang ditubuhkan pada tahun 1986 di bawah

    nama Loh, Albert Khoo & Co disebabkan pengasasnya, Encik Loh Boon Eng,

    memulakan firma audit bersama rakan kongsi iaitu Albert Khoo. Dari situlah

    bermulanya langkah pertama yang telah mewujudkan firma Loh&Co yang dikenali

    hari ini.

    Kelulusan akauntan bertauliah (Chartered accountant) yang diperolehi oleh Encik

    Loh Boon Eng hasil pengajiannya di Australia membolehkan beliau menubuhkan

    firma Loh, Albert Khoo & Co (LAK).Pada mulanya, firma audit LAK bertempat di

    premis yang disewa dan hanya merangkumi dua tingkat, iaitu tingkat bawah dan

    tingkat satu. Perkhidmatan ditawarkan adalah kesetiausahaan dan perakaunan di

    tingkat bawah manakala percukaian dan audit di tingkat satu.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    8

    LAK beroperasi selama lebih kurang setahun sebelum terdapat perkembangan positif

    dalam kareer Encik Loh Boon Eng, yang mendorong beliau mengembangkan potensi

    beliau dengan menubuhkan sebuah firma baru.

    1.2.1 Sejarah penubuhan Loh&Co

    Setelah mendapat permulaan yang bagus dengan menubuhkan LAK, Encik Loh

    Boon Eng memutuskan untuk menubuhkan firmanya sendiri di bawah nama

    Loh&Co pada tahun 1987. Ia juga beroperasi di premis sama dan firma baru ini

    diwujudkan bersama rakan kongsi beliau yang baru iaitu abangnya sendiri, Encik

    Loh Mun Kong.

    Encik Loh Mun Kong adalah seorang setiausaha bertauliah dan beliau

    bertanggungjawab untuk jabatan kesetiausahaan dan akaun yang beroperasi di bawah

    nama Corporate and Personal Management Sdn Bhd (CPM). Encik Loh Boon Eng

    pula bertanggungjawab untuk mengendalikan jabatan audit dan percukaian di bawah

    nama Loh&Co dan LAK.

    Pendek kata, firma Loh&Co menempatkan tiga entiti berbeza di bawah satu

    bumbung, iaitu Loh&Co, LAK, dan CPM.Beberapa tahun selepas Loh&Co

    memulakan operasi, premis terpaksa dibesarkan kerana semakin banyak pelanggan

    dari tahun ke tahun. Tidak lama lagi, seluruh bangunan telah dibeli oleh Encik Loh

    dan kini firma Loh&Co merangkumi empat tingkat iaitu tingkat bawah (Jabatan

    Kesetiausahaan), Tingkat satu ( Jabatan Percukaian dan Pentadbiran) , Tingkat dua

    (Jabatan Perakaunan) dan tingkat tiga (Jabatan Audit).

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    9

    1.2.2 Perkhidmatan Firma

    Firma Loh&Co menawarkan empat jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan mengurus

    akaun , kesetiausahaan, sebagai agen cukai dan perkhidmatan audit. Setiap jabatan di

    Loh&Co menawarkan perkhidmatan yang berbeza.

    jabatan Kesetiausahaan menawarkan perkhidmatan setiausaha kepada syarikat-

    syarikat berdaftar. Mengikut undang-undang, kesemua syarikat dan perniagaan yang

    didaftar di bawah Pendaftar Syarikat (Registrar of Companies, ROC), diwajibkan

    melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha bertauliah untuk merekod kesemua

    aktiviti syarikat tersebut setiap tahun. Perkhidmatan setiausaha termasuklah

    menyediakan resolusi pekeliling (Circular Resolution , CR), mencatat prosedur

    Mesyuarat Tahunan, melengkapkan borang-borang yang harus difailkan kepada

    ROC dan sebagainya.

    Seterusnya, jabatan percukaian menyediakan perkhidmatan sebagai agen cukai

    kepada klien yang terdiri daripada syarikat dan juga seseorang individu.Mengikut

    undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan, setiap syarikat yang

    memperoleh keuntungan hasil bisnes yang dijalankan, harus membayar cukai

    pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Begitu juga dengan

    orang perseorangan yang gajinya melebihi had yang ditetapkan. Tugas jabatan

    percukaian Loh&Co adalah menjadi wakil kepada syarikat dan klien yang perlu

    membayar cukai, dengan memfail borang-borang yang berkaitan kepada LHDN dan

    menjadi orang tengah klien dan LHDN.

    Jabatan Perakaunan menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada klien.

    Sesetengah klien yang rela menyerahkan akaun syarikatnya untuk dibuat oleh firma

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    10

    Loh&Co akan menghantar resit-resit, baucar-baucar dan apa-apa sahaja dokumen

    yang berkaitan kepada Loh&Co untuk membuat akaun yang lengkap.

    Akhir sekali, jabatan Audit Loh&Co pula menawarkan perkhidmatan audit untuk

    klien. Menurut Akta Syarikat,1965 setiap syarikat yang berdaftar di bawah

    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), diwajibkan menghantar kesemua akaunnya

    kepada seorang juruaudit luar yang bertauliah dan bebas, untuk diaudit. Peranan

    juruaudit di jabatan audit adalah bertindak sebagai penyiasat akaun yang bebas

    menjalankan aktiviti siasatan audit tanpa dikongkong oleh batasan-batasan yang

    mungkin ditetapkan oleh klien.

    1.2.3 Carta Organisasi

    I. Carta organisasi firma

    Rajah 1.1. Carta Organisasi Firma Loh & Co

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    11

    II. Carta organisasi jabatan audit

    Rajah 1.2 Carta Organisasi Jabatan Audit

    1.2.4 Tatacara Kerja

    Secara amnya, setiap jabatan mempunyai tatacara kerja yang berbeza.Namun

    demikian, terdapat beberapa persamaan tatacara kerja yang diamalkan oleh kesemua

    jabatan yang membolehkan seluruh entiti Loh & Co. berfungsi sebagai satu firma yang

    berjalan lancar dalam operasi sehariannya.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    12

    I. Jabatan Kesetiausahaan

    Jabatan Kesetiausahaan, yang bertanggungjawab merekodkan segala perubahan

    yang berlaku dalam sesebuah syarikat, akan memastikan bahawa setiap perubahan yang

    berlaku dalam sebuah syarikat, diberitahu kepada mereka oleh klien supaya mereka

    boleh memfailkan resolusi pekeliling dan borang-borang yang berkaitan yang

    diwajibkan oleh Pendaftar Syarikat.

    Setiausaha juga berperanan memfailkan borang Pulangan Tahunan (Annual

    Return) setiap tahun selepas Laporan Tahunan disiapkan oleh juruaudit.Borang yang

    difailkan kepada Pendaftar Syarikat ini beserta Laporan Tahunan, adalah borang yang

    amat penting kerana mencatatkan butir-butir perniagaan syarikat seperti jenis

    perniagaan, tempat perniagaan, alamat pejabat berdaftar, dan sebagainya.Setiausaha juga

    bertanggungjawab menyediakan dokumen-dokumen yang diwajibkan sekiranya sebuah

    syarikat baru ingin melantik CPM sebagai agen setiausaha.

    II. Jabatan Perakaunan

    Jabatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan akaun untuk syarikat-

    syarikat yang melantik Loh & Co. menjadi akauntan mereka.Lazimnya, syarikat-syarikat

    yang melantik Jabatan Perakaunan Loh & Co. menyediakan akaun, adalah syarikat yang

    bersaiz kecil dan sederhana. Kerja staf Jabatan Perakaunan bermula apabila syarikat

    menghantar invois, resit, dan dokumen-dokumen asas lain kepada firma untuk dibuat

    akaun. Staf kemudiannya akan menyediakan jurnal, yang kemudiannya akan diposkan

    kepada lejar am mengikut sistem debit-kredit (sistem kemasukan berganda ataupun

    double entry system).

    Setelah selesai merekodkan kesemua transaksi yang berlaku dalam tempoh

    perakaunan syarikat tersebut, ketepatan perekodan sistem diuji dengan penyediaan

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    13

    imbangan duga bagi tempoh perakaunan tersebut.Bagi meminimumkan kesilapan yang

    mungin berlaku, imbangan duga disediakan menggunakan komputer. Setelah imbangan

    duga disahkan imbang, barulah akaun untung rugi dan lembaran imbangan bagi syarikat

    tersebut disediakan.

    III. Jabatan Percukaian

    Jabatan Percukaian bertindak sebagai agen cukai untuk syarikat dan orang-

    perseorangan, dengan menjadi perantara syarikat dengan LHDN.Tugas staf Jabatan

    Percukaian termasuklah memfail borang-borang yang relevan kepada LHDN, mengira

    cukai taksiran untuk pelanggan, menjadi penghubung bagi pihak pelanggan dengan

    pihak LHDN, dan membantu pelanggan menyelesaikan masalah berhubung percukaian.

    Tatacara Jabatan Percukaian adalah hampir sama dengan Jabatan Perakaunan,

    iaitu bermula dengan persetujuan Loh & Co. mewakili sesebuah syarikat atau orang-

    perseorangan sebagai agen percukaian. Seterusnya, staf Jabatan Percukaian akan

    menyediakan borang-borang yang diwajibkan untuk difail kepada LHDN (Borang E,

    Borang EA, Borang J, dan sebagainya). Borang-borang tersebut akan difailkan mengikut

    peraturan yang ditetapkan.

    Untuk cukai pendapatan, staf Jabatan Percukaian akan mengambil Laporan

    Tahunan tahun tersebut sebagai asas untuk mengira cukai pendapatan. Justeru ,

    sekiranya firma Loh & Co. turut menjadi juruaudit syarikat tersebut, maka staf Jabatan

    Percukaian akan mengira cukai pendapatan tahun tersebut berasaskan Laporan Tahunan

    yang disediakan. Jika firma lain bertindak sebagai juruaudit, maka staf Jabatan

    Percukaian akan menunggu sehingga Laporan Tahunan syarikat tersebut lengkap,

    barulah dikira cukai pendapatan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    14

    IV. Jabatan Audit

    Tugas seorang juruaudit juga termasuk memperbetulkan kemasukan ataupun

    entri akaun yang tersilap oleh akauntan syarikat. Ini penting kerana Laporan Tahunan

    yang akan dihasilkan oleh juruaudit setelah selesai proses audit, haruslah

    mempersembahkan data akaun syarikat tersebut dalam satu format yang teratur, jelas,

    dan nyata. Laporan Tahunan tersebut seterusnya diserahkan kepada Lembaga Pengarah

    syarikat tersebut, pemegang saham, serta sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan

    terhadap syarikat tersebut.

    Dalam Jabatan Audit firma Loh & Co., pengurus audit iaitu Encik Choo Chin

    Ngan, akan menugaskan kes audit kepada juruaudit. Juruaudit kemudiannya akan

    memulakan kerja audit ke atas syarikat tersebut, dan dia harus menyiapkannya dalam

    tempoh masa yang ditetapkan. Setelah audit siap, hasil kerja juruaudit akan direviu oleh

    juruaudit yang lebih senior sebelum direviu oleh Encik Choo.

    Setelah reviu selesai, maka juruaudit tersebut perlu menjelaskan nota reviu yang

    ada, sebelum kebenaran diberi bagi mencetak Laporan Tahunan.Setelah Laporan

    Tahunan siap, maka dua salinan diberikan kepada setiausaha dan satu (atau dua,

    bergantung kepada agen cukai) lagi dihantar kepada agen cukai.Beberapa naskhah

    Laporan Tahunan juga dihantar kepada klien.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    15

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    16

    BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

    2.1 Pengenalan

    Jadual 2.1 menunjukkan jadual latihan secara ringkas semasa saya menjalani

    latihan industri:

    HARI MASA KERJA BILANGAN JAM

    Isnin - Sabtu 8.30 A.M 6 P.M 8 Jam 30 Minit

    Ahad Pelepasan Am _

    2.1 Jadual masa kerja secara ringkas

  • 2.2 Aktiviti Semasa Latihan

    Tempoh latihan industri saya di Klinik Kereta Tampin Sdn Bhd (Kia Service)

    adalah 20 minggu iaitu dari 2 Disember 2013 hingga 18 April 2014. Saya

    telah bekerja di Jabatan Perakaunan . Jadual di bawah adalah menunjukkan

    ringkasan aktiviti yang saya menjalani pada tempoh latihan industri:-

    Tarikh JenisKerja Yang Dilakukan

    02.12.2013 -

    07.12.2013

    (Minggu Pertama)

    Melapor diri di organisasi

    Mengadakan perjumpaan dengan Excecutive

    Manager organisasi iaitu Mrs Hun Siew Yin untuk

    mengetahui peraturan-peraturan organisasi.

    Dihantar ke Kia Service dan Admin Room

    Memperkenalkan diri dengan pekerja-pekerja dan

    pelatih saya Ms Tan Hong See dan juga akauntan

    Miss Chong Siew Moi.

    Diberitahu tentang prosedur secara ringkas bahawa

    membuka akaun,memasukkan data-data dalam

    sistem Workshop Management System dan UBS

    Accouting System.

    Belajar dan mengira stok bersama Part Assistant

    Miss Thamarai.

    09.12.2013-

    14.12.2013

    (Minggu Kedua)

    Membuat CASTING untuk mengetahui jumlah

    jualan bagi Ace Auto dan Kia.

    Belajar bagaimana memasukkan data Purchase

    Parts,Petty Cash dalam UBS

    Memasukkan Mechanic Performance dalam

    Daily Sales Record untuk mengetahui target setiap

    mekanik

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    18

    Mengira dan menyusun stok of Ace dan Kia.

    16.12.2013

    21.12.2013

    (Minggu Ketiga)

    Membuat Casting

    Menyususn data pengeluaran dan deposit wang

    mengikut Statement of Maybank dan Cimb dalam

    Cash Flow.

    Merekod perbelanjaan dengan mengunakkan wang

    runcit dalam UBS.

    Memasukkan Cash Sales dan cek di Maybank

    dan Cimb.

    Membuat Follow Up Calls.

    23.12.2013

    28.12.2013

    (Minggu Keempat

    Membuat Casting .

    Memasukkan data data belian alat-alat ganti

    daripada pemuitang,perbelanjaan wang runcit

    dalam UBS.

    Memasukkan target mekanik dalam Daily Sales

    Record 2014.

    Merekod penerimaan hutang daripada penghutang

    dan mencetak Transaction Voucher Listing

    dalam UBS.

    Memasukkan Cash Sales daripada Ace Auto dan

    Klinik Kereta Tampin di Maybank dan Cimb.

    30.12.2013

    04.01.2014

    ( Minggu Kelima)

    Menyediakan Casting

    Merekod target mekanik dalam Daily Sales Record

    dan meyemak semula.

    Memasukkan data data kredit kad dalam folder

    Kia & Ace Credit Card.

    Memasukkan invois Spanco dalam folder Ace

    Invoice.

    Memasukan data-data belian alat-alat ganti

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    19

    kereta , dan perbelanjaan kecil mengunkan wang

    runcit dalam UBS.

    06.01.2014 -

    11.01.2014

    (Minggu

    Keenam)

    Membuat Casting.

    Memasukkan wang dalam akaun Ace Auto,Klinik

    Kereta, Klinik Tayar di Maybank,Cimb dan Public

    Bank.

    Memasukkan pembayaran kepada

    pemiutang,deposit wang dan cek,belian alat-alat

    ganti kereta dalam UBS.

    Mencetak Transaction Voucher Listing daripada

    batch Journal.

    Mengubah akaun nombor daripada trade debtor

    cash ke trade debtor credit card dalam

    Transaction File Maintenanace untuk bulan

    Disember.

    Mengira stok

    Menyediakan kertas kerja audit

    Membuat audit

    Menyediakan PD

    Menghantar dokumen-dokumen kepada pelanggan

    dengan menggunakan faks mesin.

    Mempelajari menerima cara menerima buku-buku

    untuk membuat audit.

    Mengisikan weekly time report, overtime slip

    dan baucer pembayaran

    Menyediakan kertas kerja untuk membuat audit

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    20

    Memeriksa setiap satu perbelanjaan sesebuah

    syarikat dan Photostat dokumen sokongan jika

    perlu.

    Membuat analisis bulanan untuk jualan dan belian.

    Mengisikan weekly time report, overtime slip

    dan baucer pembayaran

    Menyediakan kertas kerja

    Menerima buku-buku klien dan menyediakan

    incoming list.

    Menyediakan analisis akaun-akaun seperti akaun

    jualan dan belian, gaji pekerja dan lain-lain.

    Menghantar dokumen-dokumen kepada pelanggan

    dengan menggunakan faks mesin.

    Menyemak dan membuat pelarasan akaun-akaun.

    Mengisikan weekly time report, overtime slip

    danbaucerpembayaran

    Membuat audit untuk syarikat jenis solicitor.

    Menyediakan kertas kerja

    Menyediakan outgoing list untuk menghantar

    buku-buku klien kepada klien.

    Mempelajari cara untuk menyediakan dan

    menghantar Laporan Tahunan kepada pelanggan.

    Menyediakan draf awal laporan tahunan.

    Fotostat dokumen-dokumen syarikat.

    Menyemak penyata kewangan syarikat.

    Mengisikan weekly time report, overtime slip

    dan baucer pembayaran

    Menyediakan kertas kerja audit

    Menyediakan PD

    Membaca audit statutori (indeks 31) dan cuba

    memahami.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    21

    Menerima buku-buku klien

    Memfakskan dokumen-dokumen yang diminta

    oleh klien.

    Mengisikan weekly time report, overtime slip

    danbaucerpembayaran

    Menyediakan kertas kerja audit.

    Pergi ke tempat klien dan membuat audit.

    Menyediakan PD dan hantar ke klien.

    Mempelajari cara menyemak Final Audit Report

    setelah dibuat binding.

    Menerima buku-buku klien.

    Menyediakan surat pengeshan untuk hantar ke

    klien.

    Photostat dokumen sokongan.

    Mengisikan weekly time report

    Menyediakan kertas kerja audit

    Menyediakan PD

    Menghantar report untuk attestation dan

    binding.

    Mempelajari mengira anggaran cukai untuk

    dimasukkan dalam akaun untung rugi.

    Menyediakan bank confirmations.

    Menyemak surat pengesahan sebelum dihantar ke

    klien.

    Menyediakan outgoing list

    Mengisikan weekly time report dan hantar ke

    senior

    Menyediakan kertas kerja audit.

    Menyemak senarai aset tetap.

    Menyediakan PD.

    Menerima buku-buku klien.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    22

    Menyemak dan membuat pelarasan akaun-akaun.

    Menghantar dokumen-dokumen kepada pelanggan

    dengan menggunakan faks mesin.

    Menyediakan dan menghantar Laporan Tahunan

    kepada pelanggan.

    Mengisikan weekly time report

    Menyediakan draf awal laporan tahunan.

    Fotostat dokumen-dokumen syarikat.

    Menyemak penyata kewangan syarikat.

    Menyalin working paper.

    Menyemak dan membuat pelarasan akaun-akaun.

    Menerima dokumen-dokumen syarikat.

    Memindahkan fail audit semasa.

    Menghantar draf awal laporan tahunan kepada

    pelanggan dengan menggunakan faks mesin.

    Menyediakan outgoing list.

    Mengisikan weekly time report.

    Menyelesaikan semua kes yang telah diberikan.

    Menyediakan kertas kerja audit

    Menfakskan dokumen-dokumen kepada klien.

    Menyediakan PD untuk kes yang yang telah

    diluluskan oleh pengurus audit.

    Menyediakan diluluskan oleh klien.

    Mengisikan weekly time report

    Jadual 2.2 Ringkasan Aktiviti Sepanjang Tempoh Latihan Industri

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    23

    BAB 3 : BIDANG PERAKAUANAN

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    24

    1.1 Pengenalan

    Perakaunan merupakan satu rekod yang meliputi proses simpan kira dan penyediaan

    maklumat perakaunanuntuk kegunaan pemiutang, jurubank, lembaga hasil dalam

    negeri, pemilik syarikat, pemilik syer dan lain-lain lagi. Satu kesimpulan tentang

    operasi perniagaan boleh diambil dengan adanya akaun.

    Perakaunan adalah satu proses klasifikasi, merekod, membuat keringkasan tentang

    urusniaga sesebuah syarikat dan membuat pentafsiran tentang data kewangan tentang

    sesebuah urusniaga supaya pihak terlibat membuat keputusan.

    Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan

    kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang

    membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan

    sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana

    melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu

    perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, suatu

    disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses

    yang mana seorang juruaudit bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji

    penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    25

    Rajah 3.1 Proses perakaunan

    3.2 Perbezaan Perakaunan Secara Manual dan Perakaunan Secara

    Komputer

    Perakaunan Secara Manual

    Perakaunan Secara Komputer

    Penyediaan dan

    pencatatan

    Melibatkan catatan

    berperingkat : mulai

    Pengunaan hanya perlu memasukkan

    maklumat ke dalam computer sahaja.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    26

    maklumat daripada buku catatan

    Jadual 3.1 Perbezaan Perakaunan Secara Manual dan Perakaunan Secara

    Komputer

    3.2.1 Proses perakaunan secara computer

    Rajah 3.2 Proses perakaunan secara computer

    3.2.2 Proses perakaunan secara manual

    Kitaran akaun adalah proses merekod transaksi perniagaan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    27

    Rajah 3.3 Proses Perakaunan secara manual

    I. Dokumen

    Sumber

    Dokumen sumber adalah bahan asas yang digunakan untuk tujuan merekod. Apabila

    sesuatu urusniaga dijalankan, dokumen sumber akan diciptakan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    28

    Dokum

    en

    sumber

    Kegunaan

    Invois D

    igunakan untuk transaksi secara hutang.

    D

    ikeluarkan oleh penjual

    Bill

    tunai D

    igunakan untuk transaksi secara tunai

    D

    ikeluarkan oleh penjual

    Nota

    kredit D

    igunakan untuk memaklumkan penghutang bahawa akaunnya telah

    dikreditkan dengan amaun tertentu.

    D

    okumen ini biasanya dikeluarkan apabila berlakunya pulangan masuk.

    Nota

    debit D

    igunakan untuk memaklumkan penghutang bahawa akaunnya telah

    didebitkan dengan amaun tertentu.

    D

    okumen ini biasanya dikeluarkan apabila harga jualan telah

    understated.

    Resit D

    ikeluarkan oleh penerima bayaran secara tunai atau cek.

    cheque

    butts

    B

    ukti bahawa bayaran telah dibuat menggunakan cek.

    Jadual 3.2 Dokumen sumber dan kegunaannya

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    29

    II. Buku

    catatan pertama

    Buku catatan pertama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu buku tunai dan

    jurnal.

    Segala urusniaga tunai termasuk cek akan dicatatkan di buku tunai terlebih dahulu

    dan kemudiannya akan diposkan ke lejar. Buku tunai merupakan sebahagian

    daripada lejar utama yang digunakan untuk merekod wang yang diterima, wang yang

    dibayar dengan tunai dan cek.

    Jurnal biasanya digunakan untuk merekod semua transaksi perniagaan yang tidak

    boleh direkodkan dalam buku tunai. Antara transaksi yang menggunakan jurnal

    sebagai buku catatan adalah jualan atau belian secara credit, pelarasan pengeposan ,

    belanja tertunggak(accruals) serta terleih dahulu (prepayments), susut nilai aset tetap

    dan sebagainya.

    Di Loh & Co, buku tunai dan jurnal akan disediakan berdasarkan penyata bank,

    keratan buku cek, resit rasmi, bil-bil air, elektrik serta telefon, baucar gaji, penyata

    pembayaran perkeso, kwsp dan sebagainya.

    Di bahagian debit buku tunai segala rekod akan dicatatkan berdasarkan penyata bank

    dimana segala deposit tunai dan cek akan dicatatkan. Penerimaan tunai juga akan

    dicatatkan di bahagian debit buku tunai. Di bahagian kredit pula, segala rekod akan

    dicatatkan berdasarkan keratan buku cek, resit dan segala perbelanjaan seperti gaji,

    bayaran elektrik, air dan telefon.

    III. Pengepos

    an ke lejar

    Lejar merupakan sistem catatan bergu dimana setiap urusniaga direkodkan ke dalam

    dua akaun lejar yang berasingan dengan jumlah nilai yang sama. Ia bermaksud satu

    akaun didebitkan manakala satu akaun lagi dikreditkan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    30

    Di Loh&co pengeposan dibuat secara manual iaitu dalam buku lejar dan juga

    menggunakan computer. Baki awal akan direkodkan terlebih dahulu mengikut baki

    tahun lepas.Sebelum pengeposan, semua transaksi yang telah direkodkan di buku

    tunai sama ada di sebelah debit ataupun kredit akan diklasifikasikan mengikut

    kategori masing-masing. Kemudian semua butir yang direkodkan dalam buku tunai

    akan diposkan ke lejar mengikut kategori masing-masing. Sama juga untuk catatan di

    jurnal.

    IV. Imbangan

    Duga

    Imbangan duga akan disediakan selepas pengeposan bagi tempoh satu tahun

    disediakan. Semua lejar mesti ditutup sebelum imbangan duga disediakan. Imbangan

    duga disediakan dengan menyenaraikan semua nama lejar dan baki akhir masing-

    masing sama ada di sebelah debit ataupun kredit. Baki akhir Aset dan

    perbelanjaan(expenses) akan disenaraikan di sebelah debit manakala capital,

    liability dan hasil (revenue) akan disenaraikan di sebelah kredit. Jumlah amaun di

    sebelah debit mestilah sama dengan sebelah kredit. Ini yang dimaksudkan imbangan

    duga.

    V. Lembaran

    Kerja

    Lembaran kerja merupakan keraja lebar yang mengandungi banyak lejar yang

    digunakan untuk merancang dan menjalankan kerja permulaan sebelum

    memindahkan amaun yang rasmi dan tetap ke dalam akaun penamat. Pada mulanya

    baki dalam imbangan duga akan dimasukkan dalam lejar imbangan duga. Kemudian

    pelarasan akan dibuat dalam lejar pelarasan. Pelarasan merupakan lejar yang

    digunakan untuk membetulkan kesilapan yang telah dibuat sewaktu membuat

    pengeposan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    31

    Selain itu, butir-butir yang tertinggal seperti insurans dan banyak lagi akan

    dimasukkan dalam lejar pelarasan untuk mendapatkan amaun yang sebenar. Selepas

    pelarasan, baki yang telah dibuat pelarasan akan dimasukkan ke dalam Penyata

    Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan seterusnya Untung bersih akan dikira. Lembaran

    kerja bertujuan untuk memudahkan kerja pada akhir tempoh perakaunan kerana baki-

    baki dalam lembaran kerja akan dipindahkan ke dalam akaun penamat.

    VI. Akaun

    Penamat

    Akaun penamat akan disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas lembaran

    kerja. Akaun penamat terdiri daripada penyata pendapatan dan Kunci kira-

    kira.Setelah akaun akhir disediakan, hasil kerja tersebut akan diserahkan kepada

    pengurus Jabatan Perakaunan untuk direviu. Setelah pengurus tersebut mereviu kerja

    yang dibuat dan disahkan benar, hasil kerja tersebut akan dihantar pula kepada Encik

    Loh Mun Kong untuk reviu kali kedua. Apabila reviu kedua tersebut disahkan,

    barulah akaun yang dibuat benar-benar boleh dipersembahkan kepada klien.

    Pada tahap ini, dua perkara mungkin berlaku. Jikalau juruaudit syarikat tersebut

    adalah Loh & Co. juga, maka akaun yang siap disediakan oleh Jabatan Perakaunan

    akan dihantar pula kepada Jabatan Audit untuk diaudit. Sebaliknya, jikalau juruaudit

    syarikat tersebut bukan Loh & Co., maka dokumen-dokumen asas klien beserta

    buku-buku klien, akan dihantar semula kepada klien, bersama-sama akaun yang siap

    dan lengkap.

    3.3 Penerang

    an terperinci akaun penamat

    I. Penyata

    pendapatan

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    32

    Penyata pendapatan merupakan gabungan Akaun perdagangan dan Akaun Untung

    Rugi.

    Akaun perdagangan disediakan untuk mencari untung kasar atau rugi kasar bagi

    sesuatu perniagaan. Berikut adalah item-item yang biasanya dinyatakan dalam akaun

    perdagangan serta penerangan.

    a) Stok

    Awal (Opening Stock)

    Baki awal

    stok yang dibawa masuk dari tahun lepas sebagai aset semasa.

    Diambil

    kira dalam akaun perdagangan untuk mengira kos jualan (cost of sales).

    b) Stok

    Akhir (Closing Stock)

    Stok yang

    belum dijual pada akhir tahun perakaunan.

    Mempuny

    ai baki debit dan dikategorikan sebagai aset semasa.

    c) Belian

    (Purchases)

    Belian

    barang perdagangan secara tunai atau kredit.

    Jumlah

    belian akan dipindah ke akaun perdagangan untuk mengira kos jualan.

    d) Kos

    Belian (Purchase Expenses)

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    33

    Segala

    kos belian akan diambil kira semasa mengira kos jualan.

    e) Muatan

    Masuk (Freight Inwards)

    Kos

    pengangkutan akibat bawa masuk barang perdagangan ke premis perniagaan.

    f) Hasil

    Hasilialahpendapatansebuahperniagaan.Hasilperniagaanutamaterdiridaripadajualanba

    rangatauperkhidmatan.Disampingitu, hasiljugatermasukpendapatan yang

    diterimasepertikomisen, sewa, faedahdan lain-lain.Hasil yang diperolehi terbahagi

    kepada 2 iaitu Hasilkendalianperniagaan dan Hasilbukankendalian.

    HasilKendalian

    HasilBukanKendalian

    a) Berpuncadaripadaaktivit

    iperniagaan

    a) Berpuncadaripadaaktiviti-aktiviti

    yang

    tidakadakaitansecaralangsungdengana

    ktivitibiasaperniagaan

    b) Contoh: Jualan,

    Bayaranperkhidmatanse

    pertikomisen

    b) Contoh: Faedah bank

    yang diterima Dividen daripada

    pelaburan dan keuntungan penjualan

    aset tetap

    .

    Jadual 3.3 Perbezaan Hasil Kendalian dan Hasil Bukan Kendalian

    g) Jualan/

    Hasil Servis (Sales/ Service Revenue)

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    34

    Jualan

    barang perniagaan or servis secara tunai atau credit.

    Jumlah

    jualan akan ditolakkan dari stok semasa iaitu stok awal tambah belian dan tolak

    pulangan keluar jika ada untuk mengira untung/rugi kasar.

    h) Pulangan

    Masuk

    Barang

    perniagaan yang dipulang balik ke pembekal (pemiutang).

    i) Pulangan

    Keluar

    Barang

    perniagaan yang telah dijual dipulangkan balik dari pelanggan (penghutang).

    Selepas akaun perdagangan disediakan, akaun untung rugi akan disediakan. Akaun

    ini disediakan untuk mencari untung/rugi bersih bagi sesuatu perniagaan. Segala

    butir-butir yang berkaitan dengan perbelanjaan hasil yang ditanggung dalam

    membantu perniagaan harian akan dicatat dalam akaun untung rugi. Penerimaan hasil

    adalah seperti sewa diterima, komisen diterima, diskaun diterima dan sebagainya

    akan dicatat di akaun untung rugi. Perbelanjaan yang biasanya diambil kira adalah bil

    elektrik, bil air, bil telefon, gaji, sewa, bayaran audit/akaun/cukai/kesetiausahaan dan

    sebagainya. Jumlah keuntungan sector dagangan diperoleh dengan menolakkan kos

    jualan daripada hasil jualan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    35

    I. Kunci

    kira-kira

    Kunci kira-kira merupakan satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan

    sesebuah perniagaan.Ia bukan dikenali sebagai akaun. Kunci kira-kira

    menyenaraikan semua aset ,liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan.

    Aset terdiri daripada aset tetap dan aset semasa.Aset tetap adalah segala harta benda

    yang kekal dan tahan lama serta boleh digunakan berulang kali yang dimiliki oleh

    sesebuah perniagaan.Aset semasa pula adalah aset yang tidak mempunyai hayat yang

    lama dan boleh ditukarkan dalam bentuk wang.

    Liabiliti juga terdiri daripada liabiliti jangka panjang dan liabiliti semasa.Liabiliti

    jangka panjang adalah hutang atau liabiliti yang tidak perlu dibayar balik dalam

    tempoh satu tahun dimana jangkanya adalah lebih daripada satu tempoh perakaunan

    seperti pinjaman bercagaran, debenture dan sebagainya.Liabiliti jangka pendek pula

    hutang yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang singkat.Contohnya, baki

    pemiutang, bank overdraf, belanja terakru dan sebagainya.

    Ekuiti pemilik pula terdiri daripada modal untung atau rugi bersih serta ambilan

    tunai.Ambilan merupakan pengambilan barang atau tunai untuk kegunaan sendiri.Ia

    akan mengurangkan modal perniagaan.

    Aset tetap

    Pembelian aset tetap boleh berlaku bagi setiap tahun perakaunan. Aset tetap akan

    dibeli untuk kegunaan perniagaan dan menjana pendapatan dan bukan untuk jualan

    jangka pendek. Nilai aset tetap yang ditunjukkan dalam penyata kewangan tahun

    lepas akan berubah apabila aset dibeli pada tahun perakaunan semasa.

    Apabila aset dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai buku aset itu,

    perniagaan dikatakan memperolehi keuntungan daripada jualan aset tetap.Perniagaan

    memperolehi kerugian apabila harga aset yang dijual adalah kurang daripada nilai

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    36

    buku aset. Nilai bersih buku diperolehi dengan menolak peruntukan susut nilai

    daripada kos aset tetap.

    Susut nilai merupakan kejatuhan nilai sesuatu aset tetap perniagaan.Pengiraan susut

    nilai terbahagi kepada dua iaitu kaedah garis lurus dan kaedah baki

    berkurangan.Biasanya kaedah garis lurus digunakan di Loh&co untuk mengira nilai

    susut nilai. Kaedah garis lurus dikira mengikut jumlah yang sama susut pada setiap

    tahun dimana jumlah itu dikira mengikut kos asal aset. Oleh itu, aset tetap

    disusutnilaikan pada kadar yang sama setiap tahun.

    Peruntukan susut nilai merupakan sejenis peruntukan yang mesti ditolak dari kos aset

    dalam kunci kira-kira untuk mendapatkan nilai buku yang bersih. Peruntukan susut

    nilai bukanlah sejenis liabiliti seperti yang dikatakan kerana peruntukan ini tidak

    dihutang kepada sesiapa.

    Hasil

    terdahulu dan terakru

    Hasil yang perlu diterima bagi suatu tempoh perakaunan tidak semestinya ia boleh

    diterima dalam tempoh yang ditetapkan tetapi mungkin diterima pada tempoh yang

    lebih cepat atau lebih lambat daripada tempoh yang ditetapkan.

    Hasil yang diterima lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan dikenali sebagai

    Hasil Terdahulu. Hasil terdahulu ini akan ditolak daripada jumlah hasil yang

    diterima. Oleh itu, hasil terdahulu ini akan didebitkan dalam akaun hasil berkenaan

    untuk mendapatkan jumlah hasil yang sebenar bagi tempoh masa tersebut. Jumlah

    hasil tersebut akan dikreditkan dalam akaun untung rugi. Jumlah hasil terdahulu ini

    akan direkodkan dibahagian liabiliti semasa dalam kunci kira-kira.

    Hasil yang belum diterima pada tempoh perakaunan yang ditetapkan dipanggil hasil

    terakru. Hasil terakru ini akan ditambah dengan jumlah hasil yang diterima. Oleh itu,

    ia akan dikreditkan dalam akaun hasil berkenaan untuk mendapatkan jumlah hasil

    yang sebenar pada tempoh tersebut dan jumlah itu akan dikreditkan dalam akaun

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    37

    untung rugi. Jumlah hasil terakru pula akan direkodkan di sebelah aset semasa kunci

    kira-kira.

    Perbelanj

    aan terdahulu dan terakru

    Perbelanjaan bagi sesuatu tempoh perakaunan akan diambil kira dalam rekod-rekod

    perakaunan tidak kira bayaran wang tunai telah dibuat ataupun tidak. Belanja

    terdahulu terdiri daripada belanja-belanja seperti sewa, komisen, gaji dan sebagainya.

    Manakala belanja terakru pula merangkumi belanja-belanja seperti bil elektrik, air ,

    telefon , caruman kwsp dan perkeso.

    Belanja yang telah dibayar bagi tempoh perakaunan atau tahun kewangan yang

    berikut dipanggil belanja terdahulu.Ia perlu ditolak daripada jumlah yang dibayar.

    Amaun belanja terakru ini akan dikreditkan dalam akaun belanja yang berkenaan

    untuk mendapatkan amaun yang sebenar pada tempoh tersebut. Jumlah belanja yang

    sebenar akan didebitkan dalam akaun untung rugi. Belanja terdahulu ini akan

    direkodkan di bahagian aset semasa dalam kunci kira-kira.

    Belanja yang belum dibayar bagi suatu tempoh perakaunan tersebut dipanggil

    sebagai belanja terakru.Ia perlu dicampurkan dengan belanja yang telah dibayar

    untuk mendapatkan jumlah amaun yang sebenar bagi tempoh tersebut. Catatannya

    pula amaun belanja terakru akan didebitkan dalam akaun belanja yang berkaitan.

    Dalam kunci kira-kira ia akan direkodkan di bahagian liabiliti semasa.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    38

    BAB 4 : BIDANG PENGAUDITAN

    4.1 Pengenalan

    Bab ini menerangkan tentang proses pengauditan dan prosedur yang diamalkan

    dalam jabatan audit di firma Loh & Co.

    Pengauditan ditakrifkan sebagai pemeriksaan yang sistematik dan bebas daripada

    data, penyata, rekod, operasi dan persembahan (kewangan atau sebaliknya) sesuatu

    perusahaan bagi tujuan yang dinyatakan. Dalam mana-mana audit juruaudit

    menganggap dan mengiktiraf usul di hadapannya bagi pemeriksaan, mengumpul

    bukti, menilai sama dan atas dasar ini merumuskan pertimbangan yang disampaikan

    melalui laporan audit.

    Tujuan utama audit adalah untuk memastikan bahawa akaun yang disimpan oleh

    sesebuah syarikat, dapat dipersembahkan dalam format yang jelas, benar dan senang

    difahami oleh pihak luar/pihak ketiga.Matlamat audit adalah untuk menyatakan

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    39

    pendapat mengenai orang, organisasi atau sistem contoh dalam soalan, di bawah

    penilaian berdasarkan kerja yang dilakukan secara ujian. Disebabkan kekangan

    praktikal, audit bertujuan untuk memberikan jaminan yang munasabah bahawa

    penyata kewangan tersebut adalah bebas dari kesilapan yang material.Oleh itu,

    persampelan statistik sering diterima pakai dalam audit.

    Audit adalah sebahagian penting perakaunan.Secara tradisinya, audit telah

    terutamanya berkaitan dengan mendapat maklumat mengenai sistem kewangan dan

    rekod kewangan syarikat atau perniagaan. Walau bagaimanapun, pengauditan baru-

    baru ini telah mula termasuk maklumat lain mengenai sistem itu, seperti maklumat

    mengenai prestasi alam sekitar. Hasilnya, kini terdapat profesion menjalankan audit

    alam sekitar.

    4.2 Jenis-Jenis Audit

    Audit terdiri daripada tiga jenis audit Interim, audit akhir dan audit khas.

    a) Audit Interim

    Audit ini bertujuan untuk menentukan kawalan sistem dalam.Ia dilakukan sebelum

    sesuatu kerja audit akhir dijalankan.Audit ini juga bertujuan untuk mengenal syarikat

    terutamanya. Tentang organisasi dan sistem syarikat secara am atau sistem kawalan

    dalamnya. Audit interim ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu belian dan

    pembayaran,jualan dan penerimaan,gaji dan upah serta buku dan rekod.

    Kerja-kerja audit interim ini bermula dengan kajian permulaan secara am tentang

    sistem kawalan dalam seperti organisasi syarikat, sistem dan rekod perakaunan dan

    kertas kerja audit. Dua dan tiga bulan sebelum audit akhir dijalankan, beberapa

    kakitangan akan dihantar ke tempat pelanggan untuk membuat audit interim. Ia

    biasanya dilakukan bagi syarikat perkilangan yang besar.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    40

    b) Audit Akhir

    Audit ini dilakukan pada tahun semsa berakhir iaitu pada 31 Disember atau 30 Jun

    waktu-waktu ini dikenali sebagai peak period. Ia merupakan waktu dimana kerja-

    kerja akaun dan audit perlu disiapkan sebelum tarikh tersebut untuk dihantar kepada

    LHDN. Dalam kerja audit akhir, kerja pengauditan dapat dilakukan dengan lancar

    dan teratur. Ini kerana juruaudit telah mengetahui sistem kawalan dalaman firma

    tersebut berikutan audit interim yang telah dijalankan.

    c) Audit khas

    Audit ini dijalankan setelah ada permintaan dari pihak pelanggan umpamanya,

    pengambilalihan pelanggan ke atas sebuah firma yang lain atau bankrup.

    4.3 Standard Operasi Audit Negara

    Standard pengauditan terpakai apabila audit dijalankan. Berikut adalah perkara-

    perkara utama dalam standard pengauditan : -

    i. Merancang, mengawal dan merekod

    - Juruaudit secukupnya perlu merancang, mengawal dan merekodkan kerjanya.

    ii. Sistem Perakaunan

    - Juruaudit perlu memastikan sistem perusahaan rakaman dan pemprosesan

    urus niaga dan menilai kecukupan sebagai asas untuk penyediaan penyata

    kewangan.

    iii. Bukti Audit

    - Juruaudit perlu mendapatkan relevan dan boleh dipercayai bukti audit yang

    cukup untuk membolehkan beliau membuat kesimpulan yang munasabah.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    41

    iv. Kawalan Dalaman

    - Jika juruaudit ingin meletakkan pergantungan ke atas kawalan dalaman, dia

    harus memastikan dan menilai kawalan dan melakukan ujian pematuhan

    operasi mereka.

    v. Kajian Penyata Kewangan

    - Juruaudit perlu menjalankan apa-apa kajian semula penyata kewangan adalah

    mencukupi, bersempena dengan kesimpulan yang diambil daripada bukti

    audit yang lain yang diperoleh , untuk memberi asas yang munasabah bagi

    pendapat mengenai penyata kewangan.

    4.4Proses Pengauditan

    Rajah 4.1 Carta alir proses pengauditan

    1.Menerima

    buku klien/ pergi

    ke tempat klien

    Menganalisis

    akaun klien

    2.Penugasan

    kes

    Reviu oleh

    senior

    Menjelaskan nota reviu

    Reviu kedua oleh

    senior 10a. menyelesaikan

    kesilapan/masalah

    yang mungkin timbul. Reviu oleh

    pengurus

    12. Memulangkan

    buku klien

    11.Percetakan

    Laporan

    Tahunan

    dengan

    keizinan klien

    10. menghantar

    drafpermulaan

    Laporan

    Tahunan

    kepada klien.

    9. mengalis baca

    (proofread)

    Menaip draf

    permulaan

    laporan

    tahunan

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    42

    Proses pengauditanboleh dibahagikan kepada beberapa tahap, seperti yang

    ditunjukan dalam rajah 3.1. Proses-proses yang ditunjukkan dalam carta alir tersebut

    hanyalah garis panduan umum yang harus diikuti dalam menjalankan pengauditan

    mana-mana kes sekalipun.

    Pertama sekali, buku-buku klien akan diserahkan oleh klien kepada firma Loh&co.

    Berikut adalah rekod-rekod yang diperlukan dari klien untuk mengendalikan kerja

    audit :

    I. Imbangan Duga (Trial Balance)

    II. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet / Statement Of Financial Position)

    III. Akaun Untung Rugi / Penyata Pendapatan ( Profit & Loss Account /

    Income Statement )

    IV. Lejar Am (General Ledger)

    V. Buku Tunai (Cash Book)

    VI. Jurnal ( Journal )

    VII. Lejar Subsidiary (Subsidiary Ledger)

    VIII. Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation)

    IX. Surat Pengakuan Bank ( Bank Confirmation)

    X. Penyata Bank (Bank Statement)

    XI. Stok Akhir ( Closing Inventory)

    XII. Senarai Pemiutang (List Of Creditors )

    XIII. Senarai Penghutang (List Of Debtors)

    XIV. Senarai Fixed Asset ( List Of Fixed Assets)

    XV. Baucar Pembayaran (Payment Vouchers)

    XVI. Invois( Invoice)

    XVII. Resit rasmi ( OfficialReceipt)

    XVIII. Keratan Cek (Cheque Butts)

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    43

    Alternatifnya, terdapat juga klien yang lebih rela juruaudit pergi ke tempatnya untuk

    menjalankan proses pengauditan. Ini terutamanya bagi klien yang operasi

    perniagaannya besar ataupun tempat operasi jauh daripada Loh&co. proses

    pengauditan bagi klien begini adalah sama dengan proses pengauditan klien yang

    menghantar buku-buku ke loh&co, perbezaannya hanyalah buku-buku tersebut

    berada di tempat klien, dan bukannya dihantar ke Loh&Co.

    Langkah kedua adalah penugasan kes, iaitu pengurus menugaskan kes kepada staf.

    Setelah menerima buku klien, pengurus akan menugaskan kes tersebut kepada salah

    satu atau lebih (bergantung kepada saiz perniagaan/ syarikat yang bakal diaudit) staf

    di Jabatan Audit. Staf tersebut akan bertanggungjawab menghabiskan audit kes

    tersebut sebaik-baiknya dalam tempoh masa yang ditetapkan (Budget hour).

    Langkah ketiga pula, staf dikehendaki untuk menganalisis akaun klien, berasaskan

    segala buku dan dokumen yang diserahkan oleh klien. Analisis yang dijalankan

    terhadap akaun klien hendaklah analisis yang terperinci kerana analisis inilah yang

    akan dijadikan asas dalam menghasilkan Laporan Tahunan. Boleh dikatakan bahawa

    langkah ini merupakan intipati utama seluruh proses pengauditan. Pada tahap akhir

    analisis, satu draf laporan tahunan akan dihasilkan berdasarkan apa yang dianalisis.

    Langkah keempat dalam proses pengauditan adalah reviu analisi dan draf tahunan

    oleh senior. Analisis yang lengkap tersebut perlu diserahkan kepada senior untuk

    proses reviu. Reviu di sini bermaksud meneliti semula hasil kerja yang dibuat untuk

    mengenalpasti masalah yang timbul dan menuliskan masalah-masalah tersebut di

    atas dalam sekeping kertas dipanggil nota reviu.

    Prosedur seterusnya adalah menjelaskan nota reviu iaitu menyelesaikan masalah-

    masalah yang timbul selepas analisis telah dilakukan.Nota reviu bertujuan

    menjadikan analisis yang dilakukan, lebih lengkap dan sempurna. Setelah nota reviu

    dijelaskan, analisis yang telah diperbaiki akan diserahkan semula kepada senior yang

    sama untuk reviu kali kedua. Setelah senior berpuas hati bahawa tiada lagi masalah

    berkenaan analisis yang dijalankan, maka akan diserahkan pula kepada pengurus

    untuk direviu. Pengurus akan mereviu kes tersebut dan akan mengesahkan bahawa

    draf laporan tahunan boleh ditaip jika analisis dibuat dengan sempurna.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    44

    Draf permulaan Laporan tahunan akan ditaip oleh jurutaip Loh&Co. Setelah ditaip,

    salinan tersebut akan dikalisbaca (proofread) dengan salinan yang dibawa untuk

    ditaip (draf permulaan laporan tahunan). Setelah proses kalisbaca selesai dan semua

    kesilapan diperbetulkan, maka salinan yang betul tersbut dihantar untuk ditaip

    salinan sebenar (master copy).

    Langkah kesepuluh adalah menyediakan draf permulaan Laporan Tahunan dan

    menghantar salinan kepada klien. Draf permulaan ini akan dicop Preliminary Draft

    pada sudut kanan sebelah atas setiap mukasurat laporan tahunan tersebut untuk

    menandakan bahawa ia hanya draf permulaan dan bukan laporan tahunan sebenar.

    Klien akan meneliti kandungan draf permulaan ini akan membandingkannya dengan

    akaun yang disimpan olehnya. Jika klien terdapat apa-apa keraguan tentang

    kesahihan draf tersebut, maka beliau akan menelefon juruaudit untuk mendapatkan

    penjelasan bagaimana sesuatu angka itu boleh timbul. Berserta dengan draf

    permulaan, dokumen-dokemen berikut juga dihantar iaitu :

    I. Management Representation

    II. Senarai Pelarasan Dan Reklasifikasi Audit (Adjustment And Reclassification

    List)

    III. First Forwarding

    IV. Bil Audit

    V. Sign Pages

    VI. Confirmation Letters

    VII. Enclosure Slip

    Setelah klien berpuas hati, loporan tahunan yang memuatkan segala perubahan yang

    telah dilakukan akan dihasilkan oleh juruaudit. Biasanya, dua salinan disediakan

    kepada klien, satu salinan kepada agen cukai, dua salinan kepada agen

    kesetiausahaan dan 3 salinan untuk juruaudit.Langkah terakhir adalah memulangkan

    buku-buku klien beserta Laporan Tahunan yang telah disediakan.

    4.5. Sistem Pengefailan Audit

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    45

    Terdapat tiga fail yang utama untuk setiap syarikat di bilik fail iaitu Permanent

    Audit File, Current Audit File dan Correspondence File.

    4.5.1 Fail audit tetap (Permanent Audit File)

    Fail audit tetap pula memuatkan segala maklumat tentang syarikat yang diaudit.

    Perkara-perkara yang terkandung dalam fail ini adalah seperti berikut :

    I. Surat Pengikatan (Engagement Letter)

    II. Maklumat Pelanggan Dan Perniagaan ( Client And Business Information)

    III. Kawalan Dalaman & System Perakauanan ( Internal Control & Accounting

    Systems)

    IV. Perlembagaan (Constitution)

    V. Petikan Rekod Statutory ( Extracts Of Statutory Records)

    VI. Dokumen Perjanjian ( Agreements & Other Documents)

    VII. Ringkasan & Penganalisa ( Summaries & Analysis)

    VIII. Laporan Khas ( Special Reports)

    IX. Maklumat Percukaian ( Tax Information)

    X. Akaun Kumpulan ( Group Accounting)

    Sungguhpun kebanyakan dokemen yang terkandung dalam fail audit tetap tidak

    mungkin akan berubah, tetapi perhatian yang harus diberikan kepadanya setiap tahun

    kerana mungkin terdapat perjanjian baru ataupun perkara baru yang wajib difailkan.

    Mungkin juga terdapat pembatalan sesetengah perjanjian yang patut dikemaskini

    seperti tenancy agreement dan sebagainya.

    4.5.2 Fail audit semasa (Current Audit File)

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    46

    Fail audit semasapula mengandungi kertas kerja pengauditan, statutory audit,

    minutes,share capital, form of annual return dan dokumen sokongan audit.

    Fail ini merupakan komponen yang penting dalam possesi juruaudit kerana ia juga

    merupakan sumber rujukan juruaudit yang akan menguruskan sesuatu kes itu pada

    tahun-tahun akan datang. Kertas kerja yang terdapat dalam fail audit semassa

    disusun mengikut indeks yang dipraktis oleh firma Loh&co.

    Fail audit semasa dikemaskini setiap tahun perakaunan syarikat yang diaudit dan

    merupakan fail yang paling dirujuk oleh juruaudit semasa menjalankan

    pengauditan.

    4.5.3 Fail hubungan (Correspondence File)

    Segala salinan surat-menyurat antara loh & co dengan syarikat pelanggan seperti

    dokumen yang difakskan , bil audit, 1st forwarding, 2nd forwarding dan

    reminders akan disimpan dalamFail hubungan. Fail hubungan penting untuk

    dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa butir-butir syarikat

    seperti alamat syarikat, nombor telefon, nombor faksimili dan sebagainya

    diketahui sekiranya terdapat apa-apa perubahan.

    4.6 Kawalan dalaman jabatan audit

    Jabatan audit Loh&co mempunyai beberapa jenis kawalan dalaman yang

    digunakan dalam proses pengauditan. Kawalan dalaman ini penting bagi

    memastikan bahawa kerja-kerja audit dapat dijalankan dalam suasana yang

    sistematik, teratur dan konsisten. Antaranya adalah :

    i. Buku rekod masuk keluar buku klien :

    Ini merupakan buku yang harus direkodkan setiap kali ada klien menghantar

    buku-buku dan dokumen-dokumen untuk diaudit. Setelah kerja audit siap,

    buku-buku tersebut akan dihantar pulang ke klien dan pemulangan juga harus

    dicatatkan. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan tentang penghantaran

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    47

    buku-buku klien, sebab terdapat ramai klien yang hantar buku-buku pada

    masa yang sama.

    ii. Dokumen masuk/keluar (Incoming/outgoing documents)

    Setiap kali buku klien diterima atau dipulangkan, dokumen ini harus

    dilengkapkan.Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa semasa buku

    klien diterima dan dipulangkan, buku-buku tersebut lengkap seperti yang

    disediakan oleh klien. Kebiasaannya dokumen keluar buku klien akan

    berasaskan dokumen masuk.

    iii. Laporan masa mingguan (Weekly time report)

    Kertas yang harus diisi oleh setiap juruaudit setiap hari untuk menunjukkan

    perkembangan kes yang dikendalikan dan tugas harian yang telah

    dilakukan.Kertas ini harus dihantar ke supervisor setiap minggu sekali untuk

    menjadikan asas mengisi laporan status kerja.

    iv. Laporan status kerja (Job status report)

    Ini merupakan kertas yang mempunyai maklumat status semua kes yang

    dibuat oleh semua juruaudit. Diisikan oleh supervisor jabatan audit

    berasaskan Laporan masa mingguan setiap staf di jabatan audit.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    48

    BAB 5 PENERANGAN TERPERINCI PROSES PENGAUDITAN

    5.1 Proses sebelum memulakan proses pengauditan

    5.1.1. Penganalisaan fail tahun lepas

    Langkah pertama yang diambil sebelum merancang program audit bagi satu kes

    ialah penganalisaan fail semasa tahun lepas. Daripada kertas kerja audit tersebut,

    fahaman semula sistem kawalan dalaman bagi syarikat adalah lebih mudah.

    Langkah-langkah pemeriksaan dan penetapan keluasan skop pemeriksaan dapat

    dirancang dengan mudah melalui menganalisa fail tahun lepas. Penganalisaan fail

    tahun lepas juga penting untuk mencatat baki akhir tahun lepas dalam kertas kerja

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    49

    tahun semasa. Proses ini penting untuk membuat movement of account dari

    tahun lepas sampai tahun semasa.

    Adakalanya, maklumat-maklumat perlu fotostat sekiranya tiada perubahan untuk

    kewangan semasa. Contohnya jika tiada perubahan maksudnya tiada penambahan

    atau pelupusan dalam aset-aset tetap untuk tahun kewangan semasa, semua

    maklumat untuk aset tetap diikutkan sama seperti tahun lepas. Penyediakan bil

    audit juga perlu dirujuk kepada fail tahun lepas.

    5.1.2. Menyemak angka dan tanda audit

    Terdapat beberapa istilah audit yang selalu digunakan dan berkaitan dengan tugas

    pemeriksaan iaitu memeriksa, menganalisa, menyemak, membandingkan,

    pengesahan, footing, meneliti dan mengesan.

    Memeriksa dalam konteks audit ialah menentukan pengesahan penyata-penyata

    kewangan pelanggan sehingga terjumpa penipuan. Menganalisa pula bererti

    memeriksa dengan cara memecah-mecahkan atau membahagi-bahagikan satu

    urusniaga kepada bahagian-bahagiannya. Misalnya, pelbagai belanja yang

    ditunjukkan dalam Akaun Untung Rugi atau Penyata Pendapatan dianalisa untuk

    melihat apakah jenis perbelanjaan dikelaskan dalam pelbagai belanja tersebut.

    Meyemak dimaksudkan sebagai pengawasan atau menjamin ketepatan kerja

    penyemakan dibuktikan dengan menggunakan tanda audit.Membandingkan

    bermaksud memeriksa dua atau lebih data dengan memerhatikan persamaan dan

    perbezaannya. Pengesahan atau verifikasi pula bermaksud pemeriksaan mengenai

    kebenaran penghitungan seperti memeriksa dan mengesahkan proses

    perjumlahan.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    50

    Footing ialah pemeriksaan perjumlahan atau pengurangan ke bawah. Cross

    Footing pula ialah pemeriksaan perjumlahan atau pengurangan secara horizontal.

    Meneliti ialah melihat secara kritis tanpa melakukan verifikasi yang lengkap.

    Mengesan bermaksud memeriksa dengan cara melihat kembali bukti-bukti asal

    sesuatu urusniaga dari awal hingga akhir.

    5.1.3. Memo perancangan audit (audit planning memorandum)

    Langkah utama yang dibuat sebelum memulakan kertas kerja audit adalah

    menyediakan audit planning memorandum secara bertulis. Perancangan memo

    dirancang selepas meneliti fail audit tahum lepas.Sebenarnya memo ini adalah

    penyenaraian secara terperinci kerja-kerja audit yang harus dilaksanakan bagi

    item-item di penyata kewangan serta masa budget bagi setiap prosedur kerja-kerja

    audit. Contoh audit planning memorandum boleh dilihat pada lampiran yang

    disediakan.

    Setiap langkah dalam kerja audit hendaklah ditulis dengan ringkas dan tepat serta

    disusun secara sistematik. Masa budget adalah penting bagi membolehkan

    wujudnya perancangan pembahagian kerja secara sistematik dan rekod bagi setiap

    tahap kerja audit serta masa yang telah dihabiskan. Sekiranya masa sebenarnya

    diambil untuk membuat kerja audit melebihi masa budget, kemungkinan banyak

    ralat telah dilakukan oleh pelanggan dan ujian tambahan perlu dibuat. Sebelum

    memulakan penyediaan program audit, tujuan mengaudit perlu ditentukan. Untuk

    mencapai tujuan menyeluruh, saya perlu memeriksa rekod-rekod seperti jurnal

    am, buku tunai, lejar, dan dokumen- dokumen lain.

    Sekiranya program audit yang dijalankan adalah mengenai hutang perniagaan,

    salah satu prosedur adalah mengirim pengesahan baki penghutang.Jika pelanggan

    mempunyai lejar subsidiary, baki-baki penghutan boleh diambil dari lejar

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    51

    tersebut.Tanpa menentukan tujuan audit, tidak ada satu pegangan tatacara yang

    boleh meliputi program audit.

    5.1.4. Pengauditan statutori dan percukaian

    I. Audit Statutori ( Statutory Audit)

    Pengauditan Statutori bermula dengan mengenalpasti lokasi pejabat:

    Setiusaha syarikat, Juruaudit kemudianya akan menyediakan tiga perkara berikut

    sebelum bertolak ke pejabat setiusaha untuk mengekstrak informasi statutori:

    Senaraisemak keperluan statutori dan daftar (indeks 27, sila rujuk Lampiran).

    Senarai semak ini disalin seperti tahun lepas, dan disahkan semasa

    pengauditan statutori dibuat.

    Surat rasmi juruaudit kepada setiusaha (indeks 31, sila rujuk Lampiran).

    Surat ini membolehkan juruaudit mendapatkan minit-minit mesyuarat dan

    resolusi pekeliling. Disediakan dalam 2 salinan: sesalinan untuk juruaudit dan

    satu lagi untuk Setiusaha.

    Borang modal saham (indeks 140, sila rujuk Lampiran). Mencatatkan saham

    yang dipegang individu, saham yang disahkan (authorised), saham yang

    diterbit (Issued), dan saham yang dibayar penuh (fully paid-up).

    Semasa di pejabat setiusaha syarikat, pengauditan statutori akan dibuat.

    Pengauditan statutori melibatkan pemeriksaan terhadap 3 jenis buku utama

    sesebuah Syarikat, yang disimpan di pejabat setiusaha syarikat tersebut:

    (a) Buku Pendaftaran Syarikat

    (b) Buku Minit

    (c) Fail ROC/Fail Setiusaha

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    52

    Buku Pendaftaran Syarikat mencatatkan perkara-perkara berikut:

    Pertama,pendaftaran ahli-ahli (Register of Member). Pendaftaran ahli-ahli

    merekodkan latar belakang setiap ahli seperti nama, alamat, nombor kad

    pengenalan, Kewarganegaraan, pekerjaan, tarikh lahir, dan jumlah saham yang

    dipegang berserta tarikh mula memegang dan melepaskan saham. Juruaudit perlu

    memastikan bahawa jumlah saham yang diterbitkan-diterbitkan setuju (sama)

    dengan akaun, dan segala perubahan saham telah diluluskan oleh Lembaga

    Pengarah dalam Minit Mesyuarat.

    Kedua, dalam Buku Pendaftaran Syarikat juga mencatatkan pertukaran

    pendaftaran (Register of Transfer, iaitu rekod segala pertukar saham yang siap

    difailkan dan menepati resolusi Lembaga Pengarah.Ketiga, Register of

    Chargesyang menyimpan maklumat aset yang dicagarkan (oleh bank, dan

    sebagainya.) Keempat, juga terdapat pendaftaran, pengarah, setiusaha dan

    pengururs syarikat .Ini merekodkan maklumat latar belakang pengarah, setiusaha

    dan pengurus syarikat.Akhir sekali, terdapat juga pendaftaran pegangan pengarah,

    iaitu bahagian yang merekodkan jumlah, nilai dan jenis saham yang dipegangoleh

    pengarah, tarikh mula memegang dan melepaskan saham.Perubahan yang berlaku

    mestilah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.

    Buku Minit pula menyimpan rekod segala minit mesyuarat bagi setiap jenis

    mesyuarat yang dijalankan sepanjang tahun termasuk resolusi perkeliling yang

    dikeluarkan.

    Semua resolusi perkeliling yang diisytiharkan, dan semua minit mesyuarat,

    haruslah diambil oleh juruaudit bagi tujuan pengauditan statutori.Lazimnya,

    salinan juruaudit ada disertakan bersama.Maklumat dalam resolusi perkeliling dan

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    53

    minit mesyuarat haruslah setuju dengan maklumat yang ada dalam Buku

    Pendaftaran Syarikat dan Fail ROC/Setiusaha.

    Juruaudit juga perlu memfotostat sesalinan Pulangan Tahunan (AR, Annual

    Return) untuk difail selepas indeks 140 dalam Fail Audit Semasa.

    II. Audit Percukaian

    Untuk menyediakan Laporan Tahunan yang lengkap, juruaudit perlu mengetahui

    cukai pendapatan yang mungkin dibayar oleh syarikat pada tahun ini.

    Justeru, pengiraan peruntukan cukai pendapatan (provision for taxation, indeks

    120) adalah penting untuk memastikan cukai sebenar yang dibayar, tidak lari jauh

    dengan Peruntukan yang dikira.Disebabkan inilah, pengauditan percukaian

    penting kerana maklumat yang didapati, amat berguna sebagai garis panduan

    mengira peruntukan cukai pendapatan tahun ini.

    Perkara-perkara yang diekstrak semasa pengauditan percukaian adalah:

    Pengiraan cukai pendapatan tahun lepas, jadual Elaun Modal (Capital Allowance),

    Borang J/J1 (borang bayaran ansuran cukai/cukai dilepaskan), Seksyen 108 dan

    Jadual Kedudukan Bayaran Cukai.

    5.2 Menyediakan Kertas Kerja

    International Audit Guideline 3, Basic Principles Governing an Audit

    (paragraph 11) states: The auditor should document matters which are

    important in providing evidence that the audit was carriedout in accordance with

    the basic principles.

    Ini bermakna bahawa juruaudit perlu mendokumentasikan segala perkara yang

    pentingsebagaikerja audit telah dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip am.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    54

    Ini merujuk kepada analisis akaun klien yang dilakukan di atas kertas kerja .Kertas

    kerja boleh dikategorikan kepada dua jenis, kertas kerja utama (main working

    paper/schedule) dan sub-kertas kerja.Penyediaan kedua-dua jenis adalah berbeza,

    sungguh pun fungsi kedua-dua adalah sama, iaitu untuk mencatatkan analisis akaun

    klien.

    5.2.1 Kertas Kerja Utama

    Kertas kerja utama adalah kertas kerja yang merumuskan segala analisis akaun yang

    telah dilakukan dengan terperinci dalam sub-kertas kerja. Amnya, penyediaan kertas

    kerja utama sebelum proses analisis adalah seperti berikut:

    (a) Empat kolum wajib disediakan dalam kertas kerja single, dan setiap

    satu kolum perlu diisi dengan butir yang tersendiri, Kolum pertama adalah kolum

    baki seperti Dalam Buku (Balance Per Book), iaitu baki penutupan dalam buku

    klien pada tahun ini. Kolum kedua pula dilabel AJE/RJE, iaitu pelarasan dan

    reklasifikasi yang bakal dibuat semasa pengauditan dijalankan. Kolum ketiga

    ialah Baki Selepas Diaudit (Balance As Per Audit), iaitu baki selepas dibuat

    segala pelarasan audit. Kolum terakhir adalah kolum Baki Penutupan Tahun Lalu

    (Closing Balance As At Prior Year), iaitu kolum yang memuatkan baki

    penutupan tahun lalu.

    (b) Untuk analisis seperti analisis perbelanjaan dan aset tetap serta

    analisis yang memerlukan kajian mendalam, kertas kerja yang lebih panjang dan

    berkolum lebih banyak digunakan, dipanggil kertas kerja double. Amnya,

    peraturan mewujudkan kolum dalam kertas kerja berganda ini adalah sama

    dengan kolum dalam kertas kerja single. Perbezaanya cuma kolum AJE dan RJE

    dipisahkan untuk Nampak lebih jelas, dan mungkin kadang-kadang kolum

    significant variance(varians) ditambahkan (terutamanya analisis

    perbelanjaan), untuk membandingkan angka tahun ini dengan angka tahun lepas

    menggunakan varians.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    55

    5.2.2 Sub-kertaskerja

    Sub-kertas kerja merupakan kertas kerja yang memuatkan analisis sesuatu akaun

    secara terperinci dan detail.Sub-kertas kerja menerangkan bagaimana sesuatu angka

    itu boleh timbul, apakah pelarasan yang telah dibuat, mengapa pelarasan dibuat, dan

    angka akhir yang diperoleh selepas diaudit.

    Penyedian sub-kertas kerja adalah lebih bebas berbanding kertas kerja utama, kerana

    analisis yang terperinci bergantung kepada kemahiran juruaudit mempersembahkan

    data. Justeru, juruaudit boleh menggunakan apa sahaja

    Cara untuk menganalisis akaun klien secara terperinci dalam sub-kertas kerja,

    asalkan kaedah yang digunakan itu logik, boleh difahami dan menjimatkan

    masa.Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan

    atau dipatuhi dalam analisis sub-kertas kerja.

    Pertama sekali, juruaudit perlu mendapatkan kembali angka yang ditunjukkan dalam

    buku klien. Bagaimana angka tersebut boleh timbul, apakah komponen-komponen

    yang menyebabkan angka tersebut menjadi begitu, harus ditunjukkan dalam sub-

    kertas kerja.Setelah itu juruaudit haruslah mengesahkan kewujudan transaksi yang

    berlaku dengan menyemak dokumen-dokumen asas. Resit, invois, cek, bil, dan apa-

    apa sahaja yang boleh menyokong kewujudan transaksi, akan dibauchkan dan

    diletakkan tanda audit di dokumen itu sendiri dan dalam sub-kertas kerja.

    Selepasitu, barulah pelarasan-pelarasan yang difikirkan perlu, dibuat dalam sub-

    kertas kerja.Pelarasan-pelarasan yang dibuat ditunjukkan dengan jelas, dan

    diringkaskan dalam AJE/RJE Journal Entries dan juga ditunjukkan dalam kertas

    kerja utama.Dokumen yang difotostat untuk jadikan bahan bukti sub-kertas

    kerja.Diletakkan selepas sub-kertas kerja tersebut, dan disilang rujuk kepada sub-

    kertas kerja.Seterusnya, sub-kertas kerja pula disilang rujuk kepada kertas kerja

    utama.

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    56

    5.3 Peristiwa selepas tahun kewangan berakhir (subsequent event)

    Peristiwa selepas tahun kewangan berakhir perlu diambil perhatian jika ia berlaku

    sebelum tarikh laporan juruaudit (within report date). Subsequent event perlu

    disemak untuk menentukan samada ia mempengaruhi penyata kewangan dan

    pelarasan perlu dibuat ataupun ia perlu dinyatakan (disclosed) dalam nota kepada

    akaun di Laporan Tahunan.

    Prosedur-prosedur untuk mengenal pasti subsequent events dibuat sebaik-baiknya

    selepas kerja-kerja pengauditan hampir siap atau telah siap.Segala soal selidik

    hendaklah ditunjukkan kepada pengarah ataupun pegawai esekutif yang

    bertanggungjawab ke atas sistem perakaunan dan kewangan syarikat.

    5.3.1 Mencetak Laporan Tahunan

    Setelah klien memberikan kelulusanya ke atas draf permulaan, haruslah

    Laporan tahunan akan dicetak dan dijual oleh juruaudit Loh & Co. Sendiri (biasanya

    oleh Juruaudit junior) Bilangan Laporan Tahunan yang dijilid berbeza untuk syarikat

    yang berbeza, tetapi peraturan yang biasa diikuti ialah:

    2 salinan untuk setiusaha: kedua-dua salinan mengandungi cop rasmi

    Pesuruhjaya Sumpah, satu salinan lengkap berserta kulit depan, dan satu

    salinan Tanpa Akaun Untung Rugi tanpa kulit depan.

    Satu atau dua salinan kepada agen cukai bergantung kepada agen

    cukai, sama ada satu atau dua salinan akan disediakan. Dalam mana-mana

    situasi sekalipun, hanya satu salinan memerlukan cop Pesuruhjaya Sumpah.

    Tiga salinan untuk Loh &Co : satu salinan berkulit depan dengan cop

    Pesuruhjaya Sumpah yang difailkan dalam Fail Audit Tetap, satu salinan

    tidak berkulit depan difail Dalam Fail Audit Semasa (indeks 1), dan satu lagi

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    57

    salinan tidak berkulit depan dan tanpa tandatangan Pengarah dan cop

    Pesuruhjaya Sumpah yang difail dalam Fail Audit Semasa (indeks 24, yang

    akan dibuat draf Laporan Tahunan tahun yang akan datang).

    Sekurang-kurangnya dua salinan untuk klien: bergantung kepada

    klien, sekurang- kurangnya dua salinan perlu disediakan. Salinan Laporan

    Tahunan yang diberi Kepada klien tidak memerlukan cop Pesuruhjaya

    Sumpah.

    Loh & Co. mencaj RM 5 bagi setiap salinan Laporan Tahunan, dan akan dibilkan Bil

    audit dikira berdasarkan garis panduan yang ditentukan oleh Institut Akauntan

    Malaysia (MIA). Renj yuran audit yang dikenakan oleh Loh & Co. Adalah dari RM

    450 (minimum, untuk syarikat kecil dormant case) hingga ke RM 10000 (syarikat

    besar).

    5.4 Format Laporan Tahunan

    5.4.1 Maklumat Korporat, Mukasurat 2 hingga 5

    Setiap mukasurat dalam Laporan Tahunan hendaklah mengandungi Nombor Syarikat

    pada sebelah kiri atas mukasurat. Mukasurat pertama dalam Laporan Tahunan adalah

    sentiasa sama, iaitu merupakan maklumat korporat syarikat. Maklumat yang

    didedahkan dalam mukasurat 1 ini adalah: Pengarah, Setiausaha, Pejabat Berdaftar,

    Juruaudit dan alamatnya, Alamat Perniagaan (tidak wajib), dan Banker.

    Mukasurat 2 pula menunjukkan maklumat seperti: Laporan Pengarah, Aktiviti Utama

    Syarikat, Keputusan (untung/rugi bersih), Dividen (sama ada diisu atau sebaliknya),

    Rizab dan Peruntukan, dan Isu Saham Dan/Atau Debentur. Mukasurat 3 pula

    merupakan kenyataan yang menerangkan maklumat statutori lain, yang kebiasaannya

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    58

    sama sahaja untuk semua Laporan Tahunan. Sila rujuk Lampiran 13 untuk sampel

    (dalam Bahasa Inggeris).

    Mukasurat 4 pula berkenaan Pengarah yang Dilantik/Meletak Jawatan/Bersara,

    Kepentingan Pengarah, dan Faedah Pengarah. Mukasurat 5 pula adalah kenyataan

    juruaudit bahawa mereka ingin sama ada meletak jawatan sebagai juruaudit pada

    tempoh perakaunan yang akan datang, ATAU menyatakan keinginan mereka terus

    menjadi juruaudit. Mukasurat ini akan ditandatangani oleh kedua-dua Pengarah yang

    termaktub dalam indeks 31 Fail Audit Semasa, beserta tarikh Laporan.

    (Tarikh Laporan hendaklah tidak boleh melebihi 14 hari sebelum enam bulan selepas

    tempoh perakaunan syarikat tersebut tamat. Contoh: bagi syarikat yang tempoh

    perakaunannya tamat pada 31 Disember 2013, tarikh Laporan haruslah pada atau

    sebelum 6 bulan selepas 31 Disember 2013 = 30 Jun 2013, tetapi 14 hari sebelum 30

    Jun 2013 = 16 Jun 2013)

    5.4.2 Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan dalam

    Ekuiti, Penyata Aliran Tunai

    Mukasurat 6 pula mengandungi Lembaran Imbangan bagi syarikat. Sesetengah item

    dalam Lembaran Imbangan akan disilangrujuk kepada bahagian Nota Kepada

    Penyata Kewangan (6.3), seperti Aset Tetap, Amaun Terhutang Kepada/Dihutang

    Oleh Pengurus, Pemiutang Lain-lain Dan Akruan, Pemiutang Sewabeli, Pinjaman

    Bank, Peruntukan Cukai, Liabiliti Jangka Panjang, Modal Saham, dan sebagainya.

    Bagi syarikat yang besar, Lembaran Imbangan mungkin mencecah dua atau lebih

    mukasurat.Oleh itu, susunan mukasurat-mukasurat seterusnya, adalah bergantung.

    Mukasurat seterusnya adalah Penyata Pendapatan, iaitu penyata yang menunjukkan

    dengan jelas pergerakan pendapatan yang diperoleh syarikat, dan bagaimana

    untung/rugi bersih diperoleh.Seterusnya, dihuraikan Penyata Perubahan dalam

    Ekuiti.Ini adalah penyata yang menunjukkan gabungan modal saham, untung/rugi

  • AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

    59

    bersih, dan untung tertahan/rugi terkumpul. Angka akhir yang diperoleh MESTI

    sama dengan angka imbangan Lembaran Imbangan.

    Mukasurat seterusnya adalah Penyata Aliran Tunai, iaitu penyata yang mencirikan

    aliran tunai dalam syarikat. Semua item yang melibatkan sama ada pengaliran wang

    keluar atau masuk ke dalam syarikat, akan ditunjukkan. Contohnya, penambahan

    dalam penghutang perniagaan berbanding tahun lepas, akan mengakibatkan aliran

    tunai yang negatif kerana bermakna wang syarikat tidak akan mengalir keluar,

    disebabkan wang yang dihutang oleh pihak lain kepada syarikat, masih belum

    dikutip, malah bertambah banyak. Logik beginilah yang akan memastikan penyata

    aliran tunai, imbang. Kadangkala, juruaudit yang kurang berpengalaman tidak dapat

    mengimbangkan penyata aliran tunai, khususnya untuk syarikat yang banyak item.

    5.4.3 Nota Kepada Penyata Kewangan

    Mukasurat-mukasurat seterusnya selepas item-item yang dihuraikan di atas, adalah

    nota-nota kepada penyata kewangan. Sesetengah item yang penting dalam Lembaran

    Imbangan dan Penyata Pendapatan, akan disilangrujuk ke bahagian ini. Bahagian ini

    akan memperincikan butir-butir yang mendalam dan detail tentang item tersebut.

    Contohnya, Aset Tetap dalam Lembaran Imbangan, akan disilangrujuk ke bahagian

    ini dan seterusnya, bahagian ini akan membutirkan jenis aset, kos, susutnilai semasa

    dan terkumpul, dan nilai buku.

    Antara item-item yang dihuraikan dalam bahagian ini adalah: Asas Penyediaan

    Penyata Kewangan, Polisi Perakaunan yang Penting, Aktiviti Utama Syarikat (sama

    dengan mukasurat 2), Aset Tetap, Pemiutang Sewabeli, Amaun Terhuta