assngmt falsafah.docx
TRANSCRIPT
Tugasan individu
Secara individu dikehendaki menulis sebuah esei
i) Huraikan maksud FPK dan kepentingannya.
ii) Bincangkan cara anda sebagai guru dapat merealisasikan hasrat FPK
iii) Membincangkan kekangan/ masalah yang dihadapi serta cara
menanganinya.
Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu,
masyarakat mahupun negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan
masyarakat. Manusia yang berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia
yang tidak mendapat pendidikan sempurna. Pendidikan yang sempurna dan
berkesan dapat diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu
digarisi visi dan misi, matlamat, peraturan dan undang-undang. Antara aspek
pendidikan sempurna dan bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan
yang seragam untuk semua bangsa dalam sebuah negara berdaulat. Pada awalnya,
falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia dinamakan Falsafah
Pendidikan Negara, sebagaimana di bawah.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sekitar akhir tahun 1990-an, penyataan falsafah pendidikan itu disemakan dan
diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
sebagaimana di bawah.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan
berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Salah satu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.
Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia
secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.
Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak
yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat
dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan
masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan
sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu,
tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat
inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada.
Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga
mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan
pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan
dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan
setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas
kepada masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan.
Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup kerana
isu-isu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan
manusia dan sebagainya. Maka, menurut Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula
merupakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan
kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi
peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta
perkembangan peribadi.
Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang
diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah selari dengan
pandangan Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan
bahawa “Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi
kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang
bersamaan dengan persekitaran sosial. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang
penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Dr. Ragbir Kaur Joginder singh ( DPLI Falsafah dan Etika), Falsafah
pendidikan ialah kajian terhadap tujuan, proses, penjenisan dan hasrat-hasrat
pendidikan. Untuk memahami falsafah pendidikan, konteks pendidikan dilihat
sebagai institusi sosial atau sebagai proses pertumbuhan manusia secara
“eksistential”. Konsep eksistentialisme memperjelaskan bagaimana pemahaman
dunia manusia sering berubah secara berterusan melalui aspek-aspek fizikal, emosi,
kognitif dan pengalaman-pengalaman “transcendental”.
Kepentingan falsafah pendidikan Kebangsaan ialah mencipta satu masyarakat adil
dan menikmati kemakmuran secara bersama dan saksama. Selain itu, ia juga untuk
menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan dan membina satu
masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi moden.
Selain itu, kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ialah
Peranan utama guru ialah sebagai pendidik. Dalam merealisasikan matlamat
pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid
iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik
murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan mengajar, menyampai maklumat,
berbincang, dan sebagainya. Hal ini kerana, guru merupakan insan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu
pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam
diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru juga perlu
mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Antaranya
pengalaman mengembara, ikhitat hidup di hutan dan menyertai pertandingan. Hal ini
adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya, guru juga
berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka
menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah
penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab
makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi
insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid. Kaunselor berperanan
dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi
masalah. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu
murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana
sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka
menghadapi masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting
dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya tidak melakukan perkara-
perkara yang negataif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi
perhatian tambahan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya
mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah
kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah
untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat
pencapaian yang terbaik.
Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan
sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di sekolah
mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik dalam
mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini
kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana
tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk
mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap potensi
yang ada di kalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap
yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dank ke
peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu
mempunyai potensi dalam acara sukan guru boleh melatih, membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi
atlet yang terbaik. Secara tidak langsung faktor jasmani murid dapat
diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru
haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan
murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah
mengetahui latar belakang keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam
menyimpan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru
merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik
anak mereka di rumah dengan cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa
mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru merupakan insan yang
terbaik untuk mereka meluahkan perasaan dan masalah serta meminta nasihat dan
dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian,
peranan guru ketika ini amatlah penting dalam member nasihat, dorongan dan
bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan anak mereka dan membantu anak mereka dalm proses
pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan jasmani, emosi, intelek, dan
sosial anak mereka.
Kesimpulannay, guru merupakn insan terpentingdalam meralisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru
berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, pensihat
dan role model kepada murid-murid dan masyarakt. Oleh yang demikian, guru perlu
mempunyai kemahiran professional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang,
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai,
berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri.
Hal ini supaya mereka dapt mendidik dan melahirkan ank bangsa yanga berkualiti,
berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.