assiment

3
1.0 PENGENALAN Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Anti-Dadah, Pertandingan Mereka-Cipta Bahan daripada Bahan Kitar Semula, Pertandingan Badminton dan Sukaneka telah diadakan oleh pelajar guru Tahun 1 Pemulihan pada 8 Oktober 2014 hingga 13 Oktober 2014 di kelas BBG 6 serta di padang IPG Kampus Pulau Pinang. Pada akhir pertandingan ini, semua dapat merasai pengalaman menyertai dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan serta memperolehi ilmu pengetahuan tentang cara menganjurkan sesebuah pertandingan. Selain itu, pelajar guru juga dapat memperkembangkan diri dari aspek jasmani dan fizikal secara khususnya. Mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar guru melalui semangat berpasukan. Pelajar guru bukan sahaja dapar meningkatkan semangat kesukanan dalam diri mereka malah nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 2.0 Kekuatan Antara kekuatan yang terdapat dalam pertandingan yang dikendalikan adalah terdapat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan pengendali dalam menyempurnakan pertandingan ini. Sebelum pertandingan setiap ahli diberi tugas-tugas yang mereka perlu laksanakan semasa dan selepas berlangsungnya pertandingan. Perancangan awal ini memudahkan semua orang yang terlibat dalam pertandingan ini sama ada sebagai pemain ataupun pengendali. Perancangan awal ini juga membantu setiap ahli kumpulan pengendali untuk mengenali apa tugas dan tanggungjawab mereka dan memberi panduan bagaimana untuk membuat kertas kerja. Setiap ahli kumpulan menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna dan sumbangan yang mereka berikan amat dihargai. Ahli-ahli kumpulan pengendalian

Upload: sharmilah-mimi

Post on 11-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

awttyujbvbnjhgfvc

TRANSCRIPT

Page 1: assiment

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Anti-Dadah, Pertandingan Mereka-Cipta

Bahan daripada Bahan Kitar Semula, Pertandingan Badminton dan Sukaneka telah

diadakan oleh pelajar guru Tahun 1 Pemulihan pada 8 Oktober 2014 hingga 13 Oktober

2014 di kelas BBG 6 serta di padang IPG Kampus Pulau Pinang. Pada akhir pertandingan

ini, semua dapat merasai pengalaman menyertai dalam pelbagai pertandingan yang

dianjurkan serta memperolehi ilmu pengetahuan tentang cara menganjurkan sesebuah

pertandingan. Selain itu, pelajar guru juga dapat memperkembangkan diri dari aspek

jasmani dan fizikal secara khususnya. Mereka juga dapat mengeratkan hubungan

silaturahim antara pelajar-pelajar guru melalui semangat berpasukan. Pelajar guru bukan

sahaja dapar meningkatkan semangat kesukanan dalam diri mereka malah nilai-nilai murni

juga dapat diterapkan dalam diri mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.0 Kekuatan

Antara kekuatan yang terdapat dalam pertandingan yang dikendalikan adalah

terdapat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan pengendali dalam menyempurnakan

pertandingan ini. Sebelum pertandingan setiap ahli diberi tugas-tugas yang mereka perlu

laksanakan semasa dan selepas berlangsungnya pertandingan. Perancangan awal ini

memudahkan semua orang yang terlibat dalam pertandingan ini sama ada sebagai pemain

ataupun pengendali. Perancangan awal ini juga membantu setiap ahli kumpulan pengendali

untuk mengenali apa tugas dan tanggungjawab mereka dan memberi panduan bagaimana

untuk membuat kertas kerja. Setiap ahli kumpulan menjalankan tugas yang diberikan

dengan sempurna dan sumbangan yang mereka berikan amat dihargai. Ahli-ahli kumpulan

pengendalian memberi sumbangan mereka dari segi tenaga. Mereka bekerjasama dalam

menyediakan kertas kerja pertandingan dan juga penyediaan untuk pertandingan tanpa

mengira dan mengharapkan apa-apa ganjaran. Ini merupakan salah satu kekuatan yang

dapat dikenal pasti melalui pertandingan ini.

Pemain-pemain juga memberi komitmen yang tinggi dan bertindak positif. Walaupun

mereka mempunyai urusan peribadi mereka, namun mereka sanggup meluangkan masa

dan tenaga untuk menjayakan pertandingan yang dikendalikan. Penglibatan mereka amat

baik. Namun, terdapat beberapa kumpulan yang tidak dapat bermain seperti kumpulan yang

dijemput daripada pasukan bola keranjang institut, tetapi mereka berusaha sedaya upaya

untuk bertanding. Semangat ini menunjukkan pemain-pemain pertandingan ini tinggi dengan

semangat kesukanan. Hal ini dengan jelas menunjukkan objektif pelaksanaan pertandingan

dicapai. Di samping itu, kerjasama yang para pemain berikan amat membantu pengendali

Page 2: assiment

dalam menjalankan pertandingan ini. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dan

masalah dalam mengendalikan pertandingan, para pemain tetap bersabar. Cuaca pada hari

pertandingan juga amat sesuai dan tidak ada sebarang gangguan semasa melaksanakan

aktiviti.

3.0 Kelemahan

Antara kelemahan yang terdapat dalam pengendalian Pertandingan adalah

ketidaktepatan masa. Ini menimbulkan sedikit masalah bagi pengendali pertandingan. Hal ini

berlaku disebabkan salah sebuah ahli kumpulan tidak datang pada masa yang ditetapkan di

atas urusan peribadi. Hal ini menyebabkan para peserta serta pengadil untuk menunggu

lama. Seterusnya, pengendali semasa menganjurkan pertandingan sukaneka mereka

menghadapi beberapa ancaman disebabkan mereka tidak merancang dengan betul.

4.0 Peluang

Sistem pengendalian pertandingan ini memberi ilham bagaimana untuk

mengendalikan permainan dan pertandingan bagi kanak-kanak dan para pelajar sekolah

rendah. Disebabkan pengendalian pertandingan untuk kanak-kanak di sekolah rendah

adalah sedikit susah, pelaksanaan pertandingan ini memberi idea yang bernas yang

pengalaman yang baik untuk mengendalikan suatu pertandingan pada masa yang sama

saya juga boleh mengelakkan kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam pertandingan

yang baru dikendalikan ini. Cara ini juga boleh digunakan untuk mengendalikan

pertandingan dan permainan bagi kumpulan yang kecil dalam pengendalian seterusnya.

5.0 Ancaman

Antara ancaman yang ditimpa semasa pengendalian pertandingan adalah kelewatan

waktu bermula. Hal ini berlaku kerana waktu kelas berakhir pada hari itu sedikit lewat.

Kumpulan yang menganjurkan pertandingan sukaneka menghadapi beberapa masalah

dalam menganjurkan kerana mereka perlu merancang terlebih dahulu sebelum

menganjurkannya.

6.0 Cadangan penambahbaikan

Masalah ketidaktepatan masa boleh diatasi dengan membuat pengurusan masa.

Pengendali pertandingan boleh membuat pengurusan masa dengan mempertimbangkan

kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada hari pertandingan. Usaha ini akan

banyak membantu dalam pengendalian pertandingan. Ini juga akan menolong dalam

kelancaran pertandingan. Seterusnya, sebelum menganjurkan sesuatu pertandingan

pengendali haruslah merancang terlebih dahulu supaya pertandingan dijalankan dengan

ancar tanpa sebarang ganguan.

Page 3: assiment

7.0 Penutup

Pertandingan ini berlangsung dengan lancar dan sempurna walaupun terdapat

beberapa kelemahan. Kelemahan yang dikenal pasti akan dibaiki dan boleh meyampaikan

sesuatu yang lebih baik daripada yang ini pada masa hadapan. Akhir sekali, saya

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranannya dalam

menyempurnakan pertandingan secara langsung dan tidak langsung.