assignment.docx

Upload: hemahnaidu

Post on 10-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

PengenalanPendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di negara ini.Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun.Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat,kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun). Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).Pendidikan di peringkat kanak-kanak juga merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah. Pendidikan awal kanak-kanak ialah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara. Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukanperhatiandanmembina dayakeintelektualan. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.

A) Anda dikehendaki menjelaskan ciri-ciri dan faktor-faktor kurikulum pendidikan awal kanak-kanak secara umum.

Perkatan pendidikan awal kanak-kanak diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak pihak. Antaranya, pendidikan awal kanak-kanak (early childhod) merujuk kepada kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehinga lapan tahun dan mendapat jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai instiusi yang berbeza-beza. Dewasa ini, kebanyakan ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak selari dengan bertambahnya golongan wanita yang berkerjaya. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak wajar diberikan perhatian serius.Konsep kurikulumTerdapat banyak definisi kurikulum. Kurikulum boleh didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah. Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itu, kurikulum juga membawa pengertian senarai topic pembelajaran yang akan dilaksanakan. Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (203), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (191) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Alen (199) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktivit dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.Ciri-ciri kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ciri-ciri kurikulum Pendidikan awal kanak-kanak adalah dengan membentuk sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah mengambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsan dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsan dan Rukun Negara. Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Pendidik dan pengubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsan.Seterusnya ciri yang kedua adalah matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu, matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilhat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.Isi kandungan juga merupakan ciri dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilh merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran melibatkan aktivit , bahan dan pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak. Setiap aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian dengan matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanak-kanak.Ciri yang seterusnya ialah penilaian adalah proses menilai sama ada matlamat dan objektif telah dicapai. Penilaian boleh dijalankan secara tidak formal melalui kaedah pemerhatian. Senarai semak dan rekod anekdot boleh digunakan sebagai kaedah pengumpulan maklumat pemerhatian. Penilaian yang dibuat akan membantu guru melaksanakan proses penambahbaikan dari aspek pedagogi. Penilaian merupakan komponen terakhir dalam proses pembentukan sesuatu kurikulum sebagai langkah untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Suraya Zaidon pula menunjukkan penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititikberatkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan menganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain.

Faktor-faktor kurikulum pendidikan awal kanak-kanakSelain daripada mengetahui lima komponen utama bagi membentuk sesuatu kurikulum, kita juga perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan atau perubahan sesuatu kurikulum.

Kehendak dan keperluan pelajarMerujuk kepada Teori Keperluan Maslow ,faktor keperluan murid merangkumi keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargan kendir dan kesempurnan kendir. Kehendak dan keperluan pelajar perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendir yang positf sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin dirancang.Setiap hari kanak-kanak perlu diberi makan dan minum yang mencukupi. Keperluan asas dianggap satu keperluan yang kuat bagi seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan tidak akan belajar dengan baik sekiranya mereka belum mendapat sarapan pagi. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan prasekolah yang ada masa kini perlulah menitikberatkan mengenai kebajikan kanak-kanak ini. Makanan yang berkhasiat perlu disediakan untuk kanak-kanak prasekolah. Makanan yang berkhasiat bermaksud makanan yang mempunyai kandungan nutrien makanan yang seimbang misalnya seperti makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral yang lain. Melalui pemakanan yang sihat dan seimbang, kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang aktiviti harian mereka samada dalam aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Waktu makan yang tepat dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak menjadikan mereka aktif dalam melakukan sesuatu, tidak kira sama ada dalam melakukan aktiviti lasak mahupun penerimaan perkara-perkara dan maklumat yang disampaikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Kita memerlukan makanan yang seimbang dan air yang mencukupi supaya seseorang individu itu mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Kanak-kanak juga memerlukan tidur yang secukupnya kerana ia merupakan keperluan yang penting kerana tidur dapat menghilangkan kepenatan seseorang. Kanak-kanak yang selalu penat tidak dapat menumpukan perhatian yang secukupnya ketika di dalam bilik darjah. Pakaian dan tempat tinggal juga menjadi kepentingan utama bagi menjamin kualiti perkhidmatan prasekolah. Keadaan kawasan prasekolah mestilah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus. Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Premis haruslah selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran premis seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.Kanak-kanak juga memerlukan atau seseorang individu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa, kawan dan juga penerimaan dari masyarakat. Setiap orang perlu dikasihi dan mengasihi orang lain. Jika keperluan ini dipenuhi, seorang individu akan berasa bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang lebih tinggi. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu akan menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan kecewa. Dalam konteks persekolahan, guru mesti menunjukkan kepada pelajarnya bahawa dia menyayangi mereka. Perkhidmatan prasekolah yang akan dibentuk perlulah menekankan aspek ini. Tenaga pengajarnya, iaitu orang yang terdekat dengan pelajar perlu memberikan perhatian dan kasih sayang selaras dengan usia kanak-kanak prasekolah.Apabila kanak-kanak prasekolah itu berasa selamat da dikasihi, dia akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Terdapat dua jenis penghargaan, iaitu penghargaan kendiri dan juga penghargaan dari orang lain. Penghargaan kendiri merupakan tanggapan atau persepsi seseorang yang positif terhadap diri sendiri. Biasanya, orang yang berjaya akan mempunyai penghargaan kendiri yang positif kerana dia memiliki ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi dan sifat berdikari yang baik. Dalam aspek ini, seseoarng individu juga sering memerlukan pengiktirafan dan penghormatan daripada orang lain. Jika sesorang individu tidak menerima pengiktirafan ini, dia akan menjadi seorang yang kecewa dan keyakinan dirinya akan menjadi sangat rendah. Dalam aspek di prasekolah, guru mesti memastikan bahawa dia selalu membina konsep kendiri yang positif di kalangan pelajarnya dengan memberi pujian dan mengiktiraf kekuatan dan kebaikan mereka. Aktiviti yang diberi pada pelajar mestilah sejajar dengan kebolehan supaya mereka berasa berkeyakinan dan berkebolehan.

Ini merujuk kepada keperluan kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan bagi kanak-kanak. Jika kehendak seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa selamat dan akan menjadi seseorang yang mempunyai emosi yang stabil. Dalam konteks persekolahan, guru mesti mengelakkan diri daripada menghina pelajar dan mewujudkan satu suasana yang selamat dan harmonis dalam bilik darjah. Perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dan bersesuaian dengana keadaan sekelilingsupaya pelajar dan juga tenaga pengajar berada dalam keadaan baik sepanjang masa. Dari segi psikologi, kanak-kanak memang mengharapkan sangat tunjuk ajar dan bimbingan. Kanak-kanak akan merasa yakin terhadap kebolehan mereka sekirannya ibu bapa dan guru selalu membantu dan menggerakkan mereka untuk belajar. Guru dan ibu bapa sanggup mengorbankan masa bersama-sama dengan anak-anak untuk tujuan bimbingan pendidikan. Dengan cara itulah kanak-kanak akan menjadi murid yang pandai, berakhlak mulia dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah. Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak. Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini. Untuk perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan pihak pengurusan prasekolah perlu mementingkan pendidikan dari segala aspek.

Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak prasekolah. Aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor kasar. Bermain sangat pentin bagi perkembangan mental emosi dan sosial kanak-kanak. Semua kanak-kanak suka kepada permainan. Kanak-kanak yang berumur lima tahun dan ke atas, permainan kanak-kanak bertukar kepada bentuk permainan luar yang banyak melibatkan aktiviti perkumpulan rakan sebaya. Pengurusan ruang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ia terbahagi kepada dua iaitu ruang dalam kelas dan juga ruang di luar kelas. Ruang pembelajaran di dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang pembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa.Untuk luar kelas pula ialah disediakan bagi aktiviti pembelajaran murid secara tidak langsung. Persekitaran luar kelas sebaik-baiknya dapat mendorong murid-murid bebas melakukan pergerakan fizikal. Guru bertindak sebagai pembimbing semasa menjalankan aktivit luar kelas. Peralatan luar kelas seperti buaian, papan gelongsor, temapat main air dan pasir serta tempat bercucuk tanam dapat mendorong aktiviti fizikal di samping meningkatkan daya kognitif murid. Guru mempelbagaikan aktiviti kepada beberapa kumpulan dan disesuaikan dengan minat murid.

Kehendak dan keperluan negaraKehendak dan keperluan negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Jika kita lihat di negara Malaysia pembentukan kurikulum pendidikan haruslah mengutamakan kepelbagaian kaum yang pastinya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Maka elemen yang dimasukan di dalam kurikulum adalah mengandungi unsur-unsur kebudayan masyakarat serta nilai yang diterima oleh semua. Ia juga wajar mementingkan keperluan negara untuk bersaing dalam era globalisasi.

Kehendak sarwa jagatKurikulum juga mestilah memenuhi kehendak sarwa jagat. Arus perubahan teknologi misalnya telah menuntut persaingan positf di seluruh dunia. Aspek keseimbangan politk, kestabilan ekonomi serta teknologi maklumat dan komunikasi merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Asas pembangunan sesebuah negara juga bergantung kepada bidang pendidikan. Maka kurikulum pendidikan yang ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai jati diri untuk negara.

b) Anda juga dikehendaki membanding dan membezakan 6 bidang pembelajaran bagi PERMATA dan KSPKSelaras dengan hasrat awal pembangunan Kurikulum PERMATA Negara, penumpuan khusus diberikan kepada membina sahsiah kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi insan yang akan memilih jalan kehidupan yang sihat dan mulia. Penekanan ini bertujuan membina asas ketahanan emosi dan kemantapan kemahiran sosial kanak-kanak agar mereka mampu menghadapi cabaran-cabaran hidup masa hadapan, dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan, bukan sahaja di peringkat lokal tetapi juga global. Kurikulum PERMATA Negara juga menekankan kepada pembinaan aspek kerohanian yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia yang beriman, berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih, jujur dan amanah. Aspek kerohanian amat penting terutama dalam dunia yang penuh cabaran kemerosotan nilai moral dan akhlak yang baik. Dengan penekanan kepada aspek kerohanian, walau untuk agama apa sekalipun, diharap Kurikulum PERMATA Negara dapat melahirkan modal insan yang bermoral tinggi, produktif, dan sayang kepada bangsa dan negara. Dengan sahsiah yang baik, modal insan ini kelak dapat menolak kehidupan yang sia-sia dan menepis pengaruh gejala sosial dan elemen-elemen tidak sihat yang boleh meruntuhkan akhlak manusia. Sahsiah yang baik inimestilah dibentuk sejak awal usia, iaitu sejak bayi dilahirkan. Maka, Kurikulum PERMATA Negara meletakkan aspek perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian sebagai aspek pembelajaran yang utama dalam pendidikan kanak-kanak di TASKA. Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran sosial, interpersonal, intrapersonal, dan kerohanian kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mesti diberi pengalaman dan sokongan untuk membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain; mempunyai kemahiran sosial yang baik; bermotivasi dan serta kompeten belajar. Objektif pembelajaran bidang Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian bagi kanakkanak 0 hingga 4 tahun ialah untuk membina perasaan tenteram, kebolehan mengawal emosi dan perasaan, membina tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan keyakinan diri yang tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi arahan, menghayati nilai-nilai murni, mensyukuri kebesaran Tuhan. Pendidik PERMATA mestilah prihatin dalam membina kesejahteraan emosi kanak-kanak dan sentiasa membantu mereka membina emosi yang terkawal, tenang dan berdisiplin. Berikut ialah panduan kepada pendidik PERMATA bagaimana membantu kanak-kanak berkembang secara optimum dalam aspek sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian.Manakala, tunjang kerohanian yang terdapat dalam KSPK merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama due jam seminggu. Pendidikan moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu. Misalnya pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bbersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijjaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hans-on, meneroka dan bermain.Pada masa yang sama pendidikan moral dalam prasekolah KSPK memberi focus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang Prasekolah Kebangsaan adalah seperti kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, keberaniaan, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.Tambahan pula, dalam KSPK juga memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengahadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan yang lain.Bidang pembelajaran ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas penting dalam membina kemahiran sosial dan intelek kanak-kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, maka kanak-kanak perlu menguasai kosa kata dan bahasa seperti disarankan oleh Chomsky dan Vygotsky. Manakala, kedua-dua kemahiran ini perlu dibina berasaskan pembelajaran literasi awal. Kurikulum PERMATA Negara menekankan penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktivitinya setiap hari. Selain itu, penguasaan bahasa ibunda juga digalakkan sekiranya terdapat peluang untuk membina kemahiran dalam bahasabahasa tersebut di TASKA. Kanak-kanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil tanpa menjadi keliru. Kanak-kanak lebih cepat boleh menguasai bahasa-bahasa yang selalu digunakan dalam berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat dari persekitarannya. Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan. Bahasa, menurut Vygotsky lagi, adalah alat untuk berfikir. Penguasaan bahasa akan membolehkan kanak-kanak Malaysia berfikir lebih cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka. Bidang pembelajaran ini adalah bidang kedua yang sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Bidang ini bertujuan memastikan kanakkanak boleh menguasai bahasa, khususnya bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, serta bahasa Inggeris lebih awal. Secara khususnya, objektif pembelajaran bagi bidang ini ialah: untuk membina kebolehan bertutur, bersoal jawab, awal baca, awal tulis, dan menanam minat suka membaca sebagai langkah awal ke arah pembudayaan ilmu dalam diri kanak-kanak. Sejak dilahirkan otak bayi telah boleh menyerap dan menyimpan perkataan dan bahasa yang dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh bercakap, bayi dan kanak-kanak boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa badan. Sekiranya didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas untuk mereka. Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan pendidik sentiasa berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dalam bahasa yang betul dan lengkap iaitu bahasa surat. Aktivitiaktiviti bagi membina kemahiran berkomunikasi, berbahasa dan awal literasi telah dirancang dengan begitu rapi supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi (mengikut tahap masing-masing) semasa berada di TASKA.Manakala, tunjang komunikasi dalam KSPK terdiri daripada bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingeeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah Bahasa Cina dan bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. Menurut KSPK fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran bahasa dan seni bahasa . kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktivi dan pemainan bahasa seperti drama dan sajak.

C) Pengaruh PERMATA dan KSPK dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak1. PERMATAProgram PERMATA Negara merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Pendekatan ini menekankan kepada pembinaan keupayaan kanak-kanak untuk meransang minda dengan menggunakan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami sendiri (experimentation, exploration and experential) melalui permainan ataupun learning is fun. Ia adalah satu pendekatan yang bersesuaian dan menyeronokkan bagi kanak-kanak berikut teknik-teknik asuhan dan didikan yang diaplikasikan adalah sesuai dengan fitrah semulajadi kanak-kanak. Program PERMATA Negara juga memberi pengaruh yang kuat dalam pendidikan awal kanak-kanak.Kurikulum PERMATA Negara adalah satu garis panduan kepada pengusaha dan pendidik TASKA dalam melaksanakan peranannya untuk membangunkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. PERMATA negara juga mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, misalnya kurikulum ini mencakupi aspek penting yang membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Perkara-perkara yang dititikberatkan ialah kaedah dan cara berinteraksi dengan kanak-kanak, memberi pengalaman pembelajaran yang maksimum, menyediakan asuhan secara holistic, merancang aktiviti yang boleh menaksir perkembangan kanak-kanak dan juga mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti.

Selain itu, dengan adanya kurikulum ini berupaya membantu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk mencapai wawasan negara. Dapatan hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah seperti berikut iaitu 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri. Tambahan pula, 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak bukan PERMATA. Selain itu, 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak bukan PERMATA. Lebih-lebih lagi 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA. Kajian juga menyatakan bahawa 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA. Sementelahan pula, 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak bukan PERMATA. Akhirnya 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak bukan PERMATA; dan kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

Pendekatan kurikulum menekankan pengupayaan kanak-kanak (empowerment) di mana kanak--kanak digalakkan meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen, berinteraksi dengan rakan--rakan dan orang dewasa secara bebas dalam persekitaran yang selamat. Pembelajaran adalah menyeronokkan (learning is fun), bertujuan membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsangminda dan meningkatkan minat ingin tahu (curiosity) yang tinggi, di samping membina sosioemosi yang ceria dan tenang. Kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan aktif ibubapa dan komuniti, termasuk pakar bidang awal kanak-kanak, pegawai kesihatan/perubatan, psikologi, neurosaintis, sosiologis, jabatan-jabatan kerajaan dan pihakpihak berkuasa tempatan. Program asas pengasuhan berkualiti untuk bayi dan kanak--kanak adalah meliputi aspek-aspek membina hubungan emosi (attachment), penjagaan, pemakanan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran (well-being). Proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan pembelajaran kanak-kanak dapat berlaku secara serentak, optimum dan berkesan. Penaksiran dan penilaian kanak--kanak adalah berasaskan pemerhatian klinikal menggunakan kaedah 'pedagogi bermain' (play pedagogy) yang direkodkan dengan jelas.PERMATA Negara juga mengamalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kanak-kanak kerana ianya menyumbang kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan mereka. Keperluan pemakanan kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur kerana kadar tumbesaran dan perkembangan mereka yang berbeza. TASKA perlu menyediakan permakanan yang seimbang, mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, dan sebaik-baiknya mengikut selera dan budaya setempat. Adalah tidak wajar memaksa kanak-kanak makan sesuatu makanan yang tidak disukainya. Pendidik boleh menggantinya dengan jenis makanan lain yang mengandungi zat atau nutrien yang sama, supaya kanak-kanak dapat menikmati makanan berkhasiat.

Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan. Pendidik hendaklah memastikan makanan yang disediakan adalah segar, berkhasiat dengan amaun yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian oleh pendidik mengenai pemakanan kanak-kanak, ialah:

Kepelbagaian jenis makanan untuk kanak-kanak Cara dan teknik penyediaan sebelum, semasa dan selepas memasak; Amaun makanan Persekitaran makan ruang, peralatan, perabot, jadual, dan menu harian Cara memberi makanan kepada kanak-kanak Interaksi positif dengan kanak-kanak semasa makan Adab sebelum, semasa dan selepas makan.

Seterusnya, pengaruh PERMATA dalam pendidikan awal kanak-kanak juga menggalakkan kanak-kanak menjaga kebersihan diri dan peralatan peribadi mereka. latihan urus diri yang dijalankan oleh pendidik kepada kanak-kanak akan membantu mereka memahami cara menguruskan diri mereka terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan, kesihatan, adab dan keselamatan diri mereka. Sebahagian besar peruntukan masa kanak-kanak di TASKA digunakan untuk melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri. Latihan ini dijadikan sebagai aktiviti rutin yang wajib dilaksanakan oleh pendidik. Melalui aktiviti rutin, kanak-kanak dilatih mengurus diri seperti makan, mandi, gosok gigi, buang air di tandas, memakai pakaian, menyediakan alat permainan, mengemas peralatan selepas aktiviti, dan sebagainya. Semua aktiviti ini merupakan kemahiran asas hidup yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk dapat hidup secara berdikari. Ia juga dapat membina daya ketahanan dan jati diri kanak-kanak.

Tambahan pula, kurikulum permata negara menggunapakai pedagogi yang bersesuaian dengan kanak-kanak 0-4 tahun iaitu pedagogi bermain. Amalan pedagogi ini telah diterima pakai di seluruh dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja bermain tetapi belajar semasa mereka bermain. Pendekatan ini dinamakan belajar melalui bermain. Pakar perkembangan kanak-kanak menerangkan, bermain adalah 'kerja' kanak-kanak, kerana secara fitrahnya kanak-kanak suka bermain dan ia melibatkan pengalaman langsung mengendali dan memanipulasi alat-alat mainan dan bahan-bahan dalam persekitarannya. Maka ia akan memberi impak yang positif dan mendalam kepada kanak-kanak prasekolah tersebut dalam menguasai sesuatu kemahiran awal. PERMATA adalah satu kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik. Ia menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang memapu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri. Ia menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial dan penguasaan bahasa bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.Ia mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran semulajadi, tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang dapat meahirkan warga negara yang toleren dan inklusif. Ia membolehkan pengesanan dan intervensi awal dilakukan melalui kaedah pemerhatian secara berterusan dan perancangan aktiviti yang bersesuaian mengikut peringkat umur dan kebolehan kanak-kanak dan membolehkan intervebnsi awal dilakukan. Ia menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Ia mewajibkan kolaborasi ibu bapa dengan TASKA untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak, dan kesinambungan asuhan dan didikan awal di TASKA dan di rumah. Ia memastikan penglibatan komuniti sebagai satu kolaborasi dan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan, asuhan dan didikan awal yang terbaik dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Ia memberikan perhatian kepada aspek keselamatan, kesihatan dan kecergasan kanak-kanak yang akhirnya melahirkan insan yang mengamalkan gaya hidup sihat. Ia menyokong pembangunan profesionalisme pendidik. Kurikulum PERMATA Negara juga memberi pengaruh yang besar dan signifikan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

2. KSPKKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP)Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak. Ia juga akan memberi pengaruh kepada kanak-kanak dalam menguasai kemahiran awal literasi bahasa dan juga yang lain.

Kurikulum KSPK dapat memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak kerana berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum ini juga menekankan prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan menabantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah. Pengaruh KSPK dan PERMATA juga merupakan pengaruh yang utama dalam menentukan pendidikan awal kanak-kanak.