assigmnt

49
Isi kandungan BIL TAJUK MUKA SURAT 1 BIODATA I 2 PENGAKUAN II 3 PENGHARGAAN III 4 HALAMAN JUDUL IV 5 PENDAHULUAN VI 6 TUGASAN 1 7 TUGASAN 2 8 BIBLOGRAFI 9 LAMPIRAN

Upload: gunesvari

Post on 04-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ASSIGMNT

TRANSCRIPT

Page 1: ASSIGMNT

Isi kandungan

BIL TAJUK MUKA SURAT

1BIODATA

I

2PENGAKUAN

II

3PENGHARGAAN

III

4HALAMAN JUDUL

IV

5PENDAHULUAN

VI

6TUGASAN 1

7TUGASAN 2

8 BIBLOGRAFI

9LAMPIRAN

Page 2: ASSIGMNT

BIODATA

Page 3: ASSIGMNT

BIODATA

NAMA : GUNESVARI A/P BALAKRISHNAN

UMUR : 26 TAHUN

TARIKH LAHIR : 17 JUNE 1988

TEMPAT TINGGAL : TAIPING, PERAK

NO KAD PENGENALAN : 88017-08-6050

KUMPULAN : 3 PISMP PT/PJ/RBT

HOBI : MEMBACA NOVEL

G-MEL : [email protected]

NO TELEFON : 016-5420703

Page 4: ASSIGMNT
Page 5: ASSIGMNT

PENGAKUAN

Dengan ini saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat

berdasarkan susunan dan keperluan yang telah ditetapkan. Saya dengan ini berjanji

sekiranya kerja kursus yang saya laksanakan ini melanggar mana-mana syarat yang telah

ditetapkan, segala hasil kerja saya akan digagalkan.

Nama Pelajar : Gunesvari a/p Balakrishnan

Nombor Kad Pengenalan :(880617-08-6050)

Kursus : PISMP

Kumpulan : 3 PISMP PT/PJ/RBT

Institut : IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Tandatangan :

Tarikh : 4 Ogos 2014

Page 6: ASSIGMNT
Page 7: ASSIGMNT

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam perpaduan serta saya bersyukur kepada tuhan kerana dengan

limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang diusahakan selama ini

yang berkaitan konsep etnik, agama dan budaya dan cabaran – cabaran yang dihadapi

dalam menangani dan menguruskan perpaduan kaum di Malaysia serta maksud konsep 1

Malaysia. Kerja kursus ini amat penting bagi saya memandangkan tajuk ini membantu

dalam kriteria saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang

banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali

kepada guru subjek saya iaitu pensyarah dari Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPGM

Tuanku Bainun kerana beliau telah banyak memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada

semua pelajar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai

jasa beliau kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk

menyiapkan kerja kursus ini serta membantu saya semasa saya keliru berkaitan kerja

kursus ini. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya terima kasih

kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang

kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada mereka

kerana memberikan bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan

seperjuangan yang sama – sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus

masing – masing. Bantuan mereka dari segi maklumat terkini berkaitan kerja kursus amat

saya hargai. Budi baik mereka yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya

maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak – pihak yang

telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini

dijalankan dan dibentangkan.

Sekian terima kasih.

Page 8: ASSIGMNT
Page 9: ASSIGMNT

HALAMAN JUDUL

KONSEP ETNIK, AGAMA DAN BUDAYA DAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI DAN MENGURUSKAN

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA SERTA TERANGKAN KONSEP 1 MALAYSIA YANG DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA

PADA 3 APRIL 2009

UNIT PENGAJIAN SOSIAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 10: ASSIGMNT
Page 11: ASSIGMNT

Pendahuluan

Saya disarankan oleh guru subjek WAJ 3106 En.Roslee Bin Osman untuk membuat

karangan berkaitan konsep etnik, agama dan budaya dan cabaran – cabaran yang dihadapi

dalam menangani dan menguruskan perpaduan kaum di Malaysia serta maksud konsep 1

Malaysia. Saya telah mencari isu berkaitan tajuk ini dari pelbagai sumber. Saya dapat

memahami makna atau pengertian tentang konsep 1 Malaysia. Dengan itu, konsep 1

Malaysia merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan

kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan

kemajuan Negara. Lantaran itu, asas konsep 1 Malaysia adalah prinsip keadilan untuk

semua kaum dan ini bermaksud nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-

mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-

kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Saya menjalankan kerja kursus ini bagi

memenuhi keperluan kerja kursus waj 3106 bagi tahun 2014. Tempoh masa yang diberi

untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah selama empat minggu. Saya telah

menggunakan dua minggu yang pertama untuk mencari maklumat dan minggu yang

seterusnya untuk buat laporan. Kerja kursus ini merupakan kerja individu. Oleh sebab itu,

Saya telah bekerja keras untuk mencari data dan maklumat bagi menyiapkan kerja kursus

yang lengkap dan menarik.

Page 12: ASSIGMNT

yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat

memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman

tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan

lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang tertera

TUGASAN 1

Page 13: ASSIGMNT

Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat majmuk dan komuniti etnik yang

terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Hubungan etnik menjadi ciri penting dalam

mencorakkan sistem sosial Malaysia. Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya

yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi

dikatakan sebagai etnik. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-

konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal

atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia.

Pada tahun 2010, Malaysia mempunyai penduduk berjumlah 28.3 juta orang

dan kini anggaran dinyatakan ialah 30 juta orang. Rakyat Negara ini dikatakan mempunyai

200 etnik yang menganut pelbagai agama, budaya dan bahasa. Teori J.S Furnival (1948)

dan M.G Smith (1965), mengatakan bahawa konsep masyarakat majmuk adalah untuk

mengenalpasti masyarakat yang terdapat di Asia Tenggara di mana wujud rantaian

manusia – orang Eropah, Cina, India di Asia Tenggara dan berbagai-bagai kumpulan anak

tempatan. Mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang kepada

agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri.

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa

yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan

kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat

berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakin merujuk kepada satu

sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai

sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.

Daripada itu, agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui perlakuan, sikap

dan pernyataan seperti jampi dan mantera.

Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup.

Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti memberi

pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia. Contohnya, menurut Islam Hadhari

agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan

setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t). Seterusnya, agama menjawab pelbagai soalan

yang tidak mampu dijawab oleh manusia seperti soalan kehidupan selepas mati, matlamat

hidup, soal nasib dan sebagainya. Agama juga memberi rasa kekitaan kepada sesuatu

kelompok manusia dari segi kepercayaan, tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang

sama. Dengan itu, agama memainkan fungsi kawalan sosial. Ini kerana, ajaran agama telah

menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.

Page 14: ASSIGMNT

Selain agama, etnik di Malaysia juga terdiri daripada pelbagai budaya. Perkataan

budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' bererti

kecergasan fikiran dan akal dan 'daya' ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna

kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut,

budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik

Safiah Haji Abdul Karim, 1963).

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal

budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan

sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,

susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaaan dan budaya bukan

kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah,

kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang

reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan

kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat

mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat

perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan

manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan

kepada pihak lelaki.

Oleh kerana, Malaysia terdiri daripada etnik yang berlainan agama, budaya dan

bahasa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menyatu-padukan

kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah dari segi bahasa, sistem pendidikan

kebangsaan, kebudayaan, ekonomi, agama dan lain-lain. Di dalam Malaysia terdapat lebih

kurang 19 bangsa. Ini menggambarkan betapa banyaknya bahasa petuturan yang

digunakan di negara ini. Kepelbagaian bahasa petuturan ini menyebabkan timbulnya

masalah komunikasi di kalangan rakyat yang pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya

mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa mereka sahaja maka akan menyebabkan

terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain dan akan

terjadi pergaulan yang amat minimum di kalangan bangsa-bangsa ini. Ia adalah kerana

mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat lain kerana mereka

hanya fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja. Ini akan menyebabkan hubungan

di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi renggang dan tidak mesra serta

menyebabkan terjadinya konflik di antara kaum.

Page 15: ASSIGMNT

Seterusnya, dari segi ekonomi pula, apabila bijih timah ditemui oleh Long Jaafar

pada tahun 1948 maka bermula era kemasukkan secaran besar-besaran oleh kaum Cina

yang datang dari negeri China. Ianya telah dibawa masuk oleh pihak Inggeris untuk menjadi

buruh-buruh di lombong-lombong bijih tersebut. Dengan sebab itu di kawasan-kawasan

bandar di mana terdapatnya lombong-lombong bijih populasi penduduknya dominasi oleh

orang-orang Cina.

Dengan itu, pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu telah menyebabkan

pihak Inggeris membawa orang-orang India dari negara India masuk ke Tanah Melayu bagi

ditempatkan di estet-estet untuk menjadi buruh-buruh di ladang-ladang getah dan kelapa

sawit. Manakala orang-orang Melayu masih tinggal di kawasan-kawasan kampung

mengerjakan tanam-tanaman pertanian, menangkap ikan dan lain-lain pekerjaan kampung.

Hanya sebilangan kecil sahaja orang-orang Melayu yang tinggal di bandar dan bekerja

sebagai kerani-kerani di sektor pentadbiran. Dasar ini menyebabkan terjadinya pemisahan

di antara 3 kelompok kaum utama di negara ini. Sistem atau dasar yang dilakukan oleh

pihak Inggeris ini dinamakan sebagai ‘sistem pecah dan perintah’ iaitu kaum-kaum ini

dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan mereka.

Kesan daripada sistem yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini maka wujudlah satu

kesan negatif dikalangan kaum-kaum yang ada ini. Antara kesannya ialah wujud sifat

perkauman dan saling curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Orang-orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini hidup di dalam keadaan

miskin di kampung-kampung dan ketinggalan di sektor ekonomi sedangkan orang-orang

Cina yang merupakan pendatang telah memguasai sektor-sektor ekonomi di bandar-bandar.

Orang-orang Melayu ketinggalan di dalam mencapai kemajuan dan insfratuktur yang baik

kerana proses tersebut tertumpu di kawasan-kawasan bandar sedangkan orang-orang

Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung-kampung. Dan ini menyebabkan orang-orang

Melayu tidak berpuas hati dengan perkara ini.

Sementara orang-orang Cina dan India yang pada ketika itu turut merasa tidak

berpuas hati. Ini kerana mereka perlu melalui proses yang ketat bagi mendapatkan taraf

kerakyatan di Tanah Melayu. Disebabkan rasa tidak puas hati di antara kaum ini maka

wujudlah siri-siri rusuhan kecil namun ianya masih boleh dikawal, namun akhirnya berlaku

juga satu rusuhan besar yang telah terjadi pada 13 Mei 1969.

Page 16: ASSIGMNT

Kemudian, kepelbagaian bangsa juga turut membawa kepada kepelbagaian agama.

Di negara ini menurut perlembagaan Malaysia pada Perkara 3(1) Perlembagaan

Persekutuan telah memperuntukkan:

"Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Dari apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan tersebut ialah walaupun agama Islam

diiktiraf di dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi persekutuan namun

penganut-penganut agama-agama lain masih dibenarkan untuk mengamalkan agama

masing-masing tanpa sebarang gangguan. Ini kerana, visi Islam Hadhari; menjadikan

Malaysia sebuah negara Islam contoh dan sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Namun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara

agama yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan

antara agama. Antara isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah

berkenaan tuntutan jenazah orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak

Islam, pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam.

Iklan Hari raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya

elemen Santa Claus. Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta telah

menyebabkan umat Islam menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang

memperjuangkan agama Islam.

Gambar 1: Laporan sebuah akhbar tempatan mengenai iklan Hari Raya Aidil Fitri yang

berunsur agama lain.

Tambahan pula, dari segi sistem pendidikan, pula Laporan Razak menyebut bahawa

tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar

menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek

moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebar luaskan

Page 17: ASSIGMNT

lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan

persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan

perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang

beridentitikan satu negara.

Disamping itu, kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa,

kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan

perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan

kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku

kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak

keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Disebabkan terdapat banyak cabaran dalam menguruskan perpaduan kaum di

Malaysia maka Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun

Haji Abdul Razak telah mengumumkan konsep 1 malaysia pada 3 April 2009 bagi

menyuburkan perpaduan di Malaysia. Perdana Menteri telah mengemukakan satu hala tuju

utama kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia dengan mengetengahkan konsep “1

Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Perdana Menteri kita telah

mendefinisikan Konsep 1 Malaysia ini bahawa; “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak

sebagai, bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak

semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

Sehubungan itu, konsep 1 Malaysia memainkan peranan yang yang penting kepada

individu, masyarakat dan Negara. Antara kepentingan konsep 1 Malaysia kepada individu

adalah dapat menyingkirkan segala perasaan negatif dalam diri, menyemai semangat

patriotisme ke dalam sanubari individu, melahirkan individu yang mempunyai peribadi yang

mantap dan dihormati oleh masyarakat setempat. Seterusnya, kepentingan konsep 1

malaysia kepada masyarakat pula adalah memupuk semangat kerjasama sesama

masyarakat dan mempercepat proses kesepakatan sesama masyarakat serta membentuk

perpaduan yang utuh antara masyarakat. Dengan itu, kepentingan konsep 1 Malaysia

kepada negara adalah memantapkan pucuk pimpinan negara, menjamin keharmonian

negara serta meningkatkan ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, konsep 1 Malaysia juga merangkumi elemen yang jelas bagi

pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan

rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan Negara. Dengan itu, konsep 1

Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan

menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Konsep 1

Page 18: ASSIGMNT

Malaysia menekankan sikap ‘penerimaan’ di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana

sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama

dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah

peningkatan ketara daripada sikap toleransi semata-mata.

Lantaran itu, asas konsep 1 Malaysia adalah prinsip keadilan untuk semua kaum dan

ini bermaksud nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan

dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada

pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan

perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan

tetap dilaksanakan. Konsep 1 Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara dan

untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini

dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada

perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan

berjalan dengan lebih lancar.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, formula 1 Malaysia yang

digagaskan telah dilaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan,

manakala aspek kedua adalah penerapan nilai-nilai aspisari. Teras-teras perpaduan ini

didokong oleh nilai-nilai murni yang perlu menjadi sebahagian daripada budaya hidup rakyat

Malaysia termasuk nilai-nilai seperti hormat-menghormati, tawaduk, kesederhanaan dalam

tingkah laku dan tuturkata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan.

Aspek kedua formula 1 Malaysia pula menekankan elemen-elemen yang perlu menjadi

amalan mana-mana masyarakat yang ingin berdaya maju dan berjaya. Elemen- elemen itu

merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan

tanggungjawab; budaya ketepatan dari segi menghormati waktu serta meningkatkan

kecekapan; keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.

Selain itu, kesetiaan yang tidak berbelah kepada tanah air tercinta; ketabahan dalam

mengharungi sebarang cabaran yang mendatang dan integriti dalam segala urusan dan

transaksi. Pembudayaan nilai-nilai aspirasi ini akan menyerlahkan masyarakat Malaysia

yang berwibawa, dihormati dan disegani, bersesuaian dengan identiti sebuah negara

bangsa yang maju dan berjaya.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah kerajaan juga

telah mengalami pelbagai cabaran dalam memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti,

penerimaan pelbagai kaum. Ini kerana, rakyat tidak mahu bersikap terbuka dan toleransi.

mereka berfikiran seperti keanak-anakan kerana terlalu memikirkan kesan negatif daripada

Page 19: ASSIGMNT

konsep ini akan menjejaskan kedudukan mereka dan tidak sanggup untuk merobohkan

tembok kepentingan etnik dan kaum yang telah mereka bina selama ini. Kedua, semangat

kekitaan yang tinggi antara kaum. Setiap kaum sangat menjaga antara satu sama lain malah

segala yang dilakukan adalah untuk kepentingan bersama semangat ini selalu diamalkan

oleh kumpulan minoriti. Ketiga, perasaan takut menyelubungi diri iaitu, takut hak-hak mereka

akan ditarik seperti kebajikan dan hal-hal sosial bagi kaum bumiputera yang mempunyai

dasar afirmatif, mereka takut dasar tersebut akan diketepikan. Keempat, rakyat telah mula

melihat perbezaan dalam bangsa Malaysia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang

boleh diketengahkan ialah jika ditanyakan mengenai; contoh: “Anda orang ape?” jawapan

yang diberikan: “Saya Cina Malaysia”. Dengan ini dapat lihat sikap saling tidak percaya

antara kaum sehingga menyebabkan perbezaan.

Seterusnya, cabaran yang kelima pula ialah, prinsip penerimaan dalam konsep 1

malaysia. Walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang

berbeza tetapi kita tetap menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Percaya

bahawa konsep yang diwujudkan oleh kerajaan mempunyai agenda mereka yang tersendiri.

Umumnya, kerajaan diteraju oleh kaum majoriti di negara ini seterusnya menyebabkan

kaum minoriti berasa tergugat dengan keadaan tersebut dan hanya segelintir kaum minoriti

sahaja yang meneraju pimpinan negara. keenam, rakyat salah faham terhadap konsep 1

malaysia. Rakyat menganggap konsep 1 malaysia sama seperti konsep asimilasi yang

diamalkan di negara-negara lain. Hakikatnya, kaum dan etnik merupakan aset terbesar

negara.

Bukan itu sahaja perbolakan isu keagamaan juga merupakan cabaran yang sukar

bagi memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Iaitu, sebagaimana yang kita ketahui islam

adalah agama rasmi negara Malaysia. Tetapi segelintir rakyat melihat ketidakadilan berlaku

disebabkan Malaysia mempunyai banyak agama dan mengapa tidak menjadikan agama lain

iaitu agama kaum minoriti sebagai agama rasmi Negara. Hakikatnya, tiada paksaan dalam

beragama di negara ini.

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik

dan pragmatik telah dijalankan secara berterusan oleh kerajaan bagi membuktikan kepada

rakyat bahawa konsep Satu Malaysia ini memang bagi membantu rakyat yang berbilang

kaum di Malaysia serta mewujudkan perpaduan antara kaum. Langkah-langkah konkrit yang

dinyatakan diatas ialah bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia

agar masalah salah faham terhadap konsep 1 Malaysia ini boleh dibasmi hingga ke akar

umbi.

Page 20: ASSIGMNT

Sejak dua tahun ini memang kita dapat menyaksikan pemberian Bantuan Rakyat 1

Malaysia (BR1M) dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21

tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang telah menerima

bantuan RM250. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M

2.0 melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun 2013 dan akan memberi

manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang. Bertitik tolak daripada itu,

kerajaan persekutuan juga memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah

berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah,

yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion. “Hakikatnya

bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah

manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan

negara dengan berhemah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan

Rakyat.

Gambar 2: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia

Bukan (BR1M) sahaja, konsep satu Malaysia juga telah memperkenalkan BL1M

(BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) yang diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal

Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April

2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di Pekan, Pahang bersama Kelab Kawan. Dalam

program perintis ini, didapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat

bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara. Program ini

telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya

diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa

Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Page 21: ASSIGMNT

selanjutnya, kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang

telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar

memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran

bahaya menunggang tanpa lesen. Di samping itu, BL1M hanya untuk Lesen B2 tunggal dan

disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia serta terbuka kepada rakyat yg tidak

mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40. BL1M ini dijalankan di semua

kawasan parlimen seluruh negara. Seterusnya, peserta akan menjalani kursus yg telah

ditetapkan oleh JPJ dan yang penting sekali tiada jalan pintas dan berpeluang menduduki

ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali.

Gambar

3: Bantuan Lesen 1 Malaysia

Selepas itu, kerajaan telah menyediakan bantuan khas awal persekolahan bagi

murid warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan

kerajaan. Kemudahan ini dinikmati oleh murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau setaraf

dengannya bagi  sesi persekolahan 2012 (1), 2013 (2). Bantuan Khas Awal Persekolahan

RM100 seorang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi sesi

2014 telah diagihkan 15 Januari lalu. Sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan

persekolahan dan baucar buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan

ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Page 22: ASSIGMNT

Gambar 4: Bantuan Khas Awal Persekolahan

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga

menteri kewangan didalam pembentangan Bajet 2012 tahun lalu, Skim Amanah Rakyat 1

Malaysia atau SARA telah diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah

yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 bagi mengatasi masalah

kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini. Skim ini merupakan gabungan produk

pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana mampu memberikan aliran tunai

atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah. Perdana Menteri Najib Tun

Razak yang melancarkan Skim ini pada 12 Januari 2012 mengatakan skim ini bertujuan

untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara

RM500 hingga RM3000 menabung dan melabur sekaligus membantu golongan ini. Melalui

Skim ini, satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau

simpanan sendiri berjumlah RM5000.

Permohonan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18

hingga 58 tahun, pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar antara 500 hingga RM3,000

dan tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman serta mematuhi syarat-syarat lain

yang ditetapkan oleh bank. Tuntasnya, hanya salah seorang isi rumah yang layak

memperoleh pembiayaan pinjaman dan permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank

sahaja.

Gambar 5: Skim

Amanah Rakyat 1 Malaysia

Sebagaimana yang kita ketahui kerajaan telah memperkenalkan perkhidmatan

kesihatan klinik komuniti yang dinamakan Klinik 1 Malaysia di kawasan bandar seperti mana

klinik desa di luar bandar, kata Datuk Seri Najib Razak. Klinik itu ditempatkan di kawasan

perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat

Page 23: ASSIGMNT

mendapat rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selesema. Beliau juga Menteri

Kewangan berkata, klinik itu akan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan

dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. "Sebagai permulaan, 50 klinik akan dibuka

di kawasan terpilih dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya ketika

membentangkan Bajet 2010 di Parlimen.

Gambar 6: Klinik 1 Malaysia

Umum mengetahui bahawa penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti

yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan

Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen, kerajaan mencadangkan peruntukan

sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah

RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. Objektif inisiatif

ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain

daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat

Malaysia.

Gambar 7: Voucar Buku 1 Malaysia

Bukan itu sahaja, Program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) adalah

dilahirkan dari cetusan buah fikiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun

Haji Abdul Razak, atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu

teksi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang

Page 24: ASSIGMNT

menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat yang turut mengugat keselamatan

serta keselesaan penumpang teksi.

Bertitik tolak daripada permasalahan itu, TR1Ma dilahirkan sebagai satu inisiatif

menyeluruh bagi membantu pemandu teksi dan sekaligus menaikkan taraf perkhidmatan

teksi di Malaysia. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan

program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma. Antara program lain yang bakal

dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat, duta teksi dan

lain-lain lagi. Secara ringkasnya program TR1Ma diharapkan bukan sahaja membaiki mutu

perkhidmatan teksi, ia mampu meningkatkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap

perkhidmatan teksi.

Gambar 8: Teksi

Rakyat 1 Malaysia

Dengan adanya, Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan

selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang,

membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat

berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana

didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500

hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyedari bebanan kewangan yang dihadapi

oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di

Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada

rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai

usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di

kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan

Page 25: ASSIGMNT

perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga

RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Gambar 9: Perumahan

Rakyat 1Malaysia

Dengan itu, 'Kedai Rakyat 1 Malaysia', merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan

pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.

Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas

keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal

di kawasan bandar. Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal

kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi

oleh syarikat pengeluar antarabangsa. Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai –

kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung,

lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. 

Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama

ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Gambar 10: Kedai Rakyat 1 Malaysia

Seterusnya, projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan

kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan

sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760 sebulan bagi miskin

Page 26: ASSIGMNT

dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah. Faedah yang

terdapat dalam projek 1AZAM ialah, ia menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan

rendah menjana pendapatan dan memperkasakan ekonomi serta menggalakkan mereka

untuk berdikari. Selain itu, peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau

sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.

Gambar 11: Projek 1AZAM

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengguna mempunyai lebih

pilihan untuk mendapatkan barangan harian pada harga lebih rendah dengan kualiti

setanding produk berjenama menerusi pelancaran produk ”Coop 1Malaysia” (Coop1M) hari

ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Felda

Trading Sdn Bhd (FTSB) telah memperkenalkan 24 jenis produk antaranya sos cili, mee

segera dan kicap yang sedang dipasarkan di 500 koperasi di seluruh negara pada harga

yang kompetitif iaitu antara 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada barangan

berjenama. Koperasi berkenaan termasuklah Coop Mart yang terlibat dengan program

Tukar, dan D”Mart, koperasi di bawah FTSB. 

"Pengenalan produk Coop1M bukan untuk memberi persaingan kepada barangan

yang dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia tapi untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna,”

katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu dan merasmikan pusat

pengedaran Koperasi Permodalan Felda Berhad di Subang Jaya. Beliau berkata, FTSB

telah melantik Kontena Nasional sebagai rakan strategik yang bertanggungjawab

menguruskan pusat pengedaran, pengangkutan dan penghantaran barangan ke semua

koperasi terlibat di seluruh negara. – Bernama

Page 27: ASSIGMNT

Gambar 12: Coop1M

Selain itu, pada masa ini juga syarikat telekomunikasi telah mengambil bahagian dan

operator rangkaian maya mudah alih telah menawarkan pelbagai model di bawah inisiatif

itu menerusi kedai pengedar mereka. Oleh itu, belia seharusnya mencari logo ‘Pakej

Komunikasi Belia’ yang akan dipaparkan pada kain rentang di kedai itu atau boleh

menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan

kedai pengedar yang mengambil bahagian. Syarat kelayakan rebat ialah RM200 bagi pakej

komunikasi belia. Pemohon mestilah berumur di antara 21 hingga 30 tahun dan

berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah.

Gambar 13: 1 Pakej Komunikasi Belia

Sebagaimana yang kita maklumi, Kerajaan telah melancarkan Skim Prihatin

Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan peruntukan awal RM5 bilion untuk membantu

pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat

sarjana muda dan sarjana. Skim terbuka kepada ibu bapa dan individu membiaya kos

pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara dengan kadar faedah lebih rendah

daripada pasaran serta bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau

maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.

SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu

suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program

berkembar serta program luar negara. Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk

Page 28: ASSIGMNT

bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains

dan teknologi.

SPP1M ditubuhan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran dalam pelabagai bidang.

Ia dana tambahan bagi (PTPTN), sekaligus dapat membantu pembiayaan kos pendidikan

pelajar peringkat sarjana muda dan sarjana. Petikan rencana dalam Berita Harian 1 Jun

2013.

Gambar 14: Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)

Sebagaimana yang kita ketahui, 16 Mei merupakan hari dimana sambutan Hari Guru

diadakan di seluruh negara. Bersempena dengannya, Menteri Komunikasi dan Multimedia

telah memberikan Netbook 1 Malaysia kepada semua warga pendidik seluruh negara.

Sebanyak 400,000 orang guru seluruh negara dijangka menerimanya, sekaligus

membolehkan mereka menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pemberian ini hanya terhad kepada guru-guru di sekolah kerajaan sahaja dan tidak

termasuk sekolah swasta.

Program pemberian Netbook 1 Malaysia sebelum ini telah dimulakan pada tahun

2010 dalam usaha meningkatkan kadar celik IT dikalangan pengguna. Ia dikatakan

sehingga kini sebanyak lebih daripada 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada

para pelajar sekolah dan universiti seluruh negara.

Page 29: ASSIGMNT

Gambar 14: Komputer 1 Malaysia

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, Konsep 1 Malaysia

merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru,

Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan dan seumpamanya agar sebarang konflik perkauman dapat dielakkan serta

pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang ada dalam konsep 1 Malaysia ini adalah

untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita negara untuk

mencapai Wawasan 2020 sebagai negara yang berstatus maju tercapai dengan jayanya. Di

samping itu, ia juga diharap mampu untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan

persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah negara-bangsa yang berjaya.

            Konsep 1 Malaysia juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia

agar semua pihak saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam aspek budaya,

bahasa, dan agama. Ini selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6

berkenaan dengan konsep 1 Malaysia, iaitu “1 Malaysia adalah satu gagasan bagi

memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan

beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Hasil

perpaduan yang dicapai akan dapat menjamin kestabilan, seterusnya mampu membawa

negara ke arah kemajuan dan pencapaian yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara.

            Di sini, kita dapat melihat bahawa perpaduan yang ditonjolkan dalam konsep 1

Malaysia bukan menggambarkan akan berlakunya asimilasi antara kaum seperti negara lain

yang lazimnya identiti mereka dihapuskan dan digantikan dengan identiti nasional yang

harus digunakan oleh semua pihak. Namun sebaliknya, konsep yang diketengahkan ini

menghargai dan menghormati identiti setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap

ia merupakan suatu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, di

samping mengakui prinsip-prinsip yang ada dalam perlembagaan persekutuan.

Sesungguhnya teras-teras perpaduan haruslah dilandaskan oleh nilai-nilai murni

sebagai mekanisme penggerak agar proses perpaduan antara kaum berjalan dalam

suasana harmoni. Ia merangkumi empat aspek, iaitu hormat-menghormati, rendah hati,

Page 30: ASSIGMNT

sederhana, dan berbudi bahasa. Hormat-menghormati antara setiap kaum yang berlainan

budaya, agama, bahasa, dan adat resam agar dapat mengelakkan berlakunya perselisihan

faham yang mampu mengundang tindakan negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat

dan mempersoalkan peruntukkan undang-undang berkaitan  sensitiviti perkauman.

Tambahan lagi, rendah hati atau tawaduk mengajar kita erti keinsafan dan

kesedaran dalam diri di mana kita merupakan rakyat yang tinggal bersama-sama sebuah

negara berdaulat.  Di samping itu, kesedaran setiap kaum mempunyai kelemahan dan

kelebihan perlu dipupuk agar kelebihan yang dimiliki mampu dimanfaatkan demi

kepentingan bangsa, negara, dan agama. Kesederhanaan pula merupakan gaya hidup yang

tidak terlalu ekstrem yang mana apabila menghadapi situasi yang negatif, tidak mudah

terpengaruh dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian melalui rundingan atau

mengadakan dialog. Berbudi bahasa merupakan tingkah-laku yang bersopan-santun, tata

tertib dalam menjalankan hubungan dan interaksi sesama kaum bagi menjana kemesraan

dan permuafakatan yang lebih kukuh.

            Pemahaman negara bangsa, menurut Abdul Rahman Embong (2001), konsep

negara-bangsa lahir daripada gabungan kedua-dua konsep negara dan bangsa, iaitu

pembentukan yang berasaskan kepada proses penyatuan bangsa dan diperkukuhkan lagi

dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai suatu identiti. Negara-bangsa juga lahir

pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik, agama, budaya, dan

sebagainya. Oleh yang demikian, ciri-ciri sesebuah negara-bangsa adalah seperti

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, namun dapat hidup dengan bersatu padu,

berkongsi pegangan ideologi politik, dan mempunyai keyakinan dan kepercayaan kepada

sistem pemerintahan negara dan perlembagaan serta undang-undang negara.

  Oleh yang demikian, pelaksanaan konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh

kerajaan dilihat tidak lari daripada usaha untuk mengukuhkan proses  penyatupaduan dan

perpaduan antara kaum di Malaysia. Secara tidak langsung, konsep 1Malaysia ini sedikit-

sebanyak menyumbang kepada pemantapan sebuah negara-bangsa demi merealisasikan

hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai status negara maju di dunia. Hal ini

kerana motif dan matlamat konsep 1Malaysia mempunyai perkaitan dan persamaan dengan

konsep dan ciri-ciri untuk menjadi sebuah negara-bangsa yang berjaya.

            Oleh sebab itu, konsep 1 Malaysia harus diperkasakan agar nilai dan aspek yang

diketengahkannya dapat diketahui dan diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Matlamat

konsep 1 Malaysia ini adalah mudah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan

perpaduan nasional yang sememangnya menjadi matlamat utama kepimpinan negara.

Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kerana tanpa usaha

Page 31: ASSIGMNT

tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan

kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Justeru, perlunya suatu

pendekatan bagi memastikan konsep 1Malaysia diketahui, difahami, diterima, dan

seterusnya diimplementasikan oleh rakyat agar matlamat akhir boleh dicapai dengan

jayanya.

            Tuntasnya, Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang sedang membangun

dengan pesat, semestinya mahu mencapai matlamat yang telah dibuat dengan jayanya

tanpa dihalang oleh konflik antara kaum. Oleh itu bolehlah dikatakan, konsep 1 Malaysia

memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan, namun

perkembangannya boleh dibuat dengan membuat penilaian dan pemantauan dari masa ke

semasa. Ini merupakan suatu inisiatif dalam menghadapi cabaran pelaksanaan konsep 1

Malaysia agar matlamat penubuhannya berjaya dicapai untuk memperkasakan perpaduan

antara kaum dalam usaha mengecapi perdamaian positif, yakin boleh hidup dalam keadaan

aman dan harmoni tanpa sebarang persepsi negatif dan seterusnya mampu bersama-sama

membangunkan negara menuju ke arah Wawasan 2020.

                                          

Page 32: ASSIGMNT

                           

refleksi

Page 33: ASSIGMNT

Refleksi

Salam satu Malaysia saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja

Hubungan Etnik. Saya Gunesvari a/p Balakrishnan angat berbesar hati kerana tugasan yang

diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,

pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk

menyiapkannya.

Terus-terang saya katakan bahawa tugasan kali ini amat mencabar kerana ini

merupakan satu tugasan yang lain daripada yang pernah saya siapkan kerana sebelum ini

saya belum mendalami subjek Hubungan Etnik. Walau bagaimanapun, bersyukur kepada

tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya siapkan tugasan ini.

  Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa tugasan kerja kursus ini telah

memberi gambaran jelas kepada saya tentang pembentukan etnik di Malaysia melalui

perkembangan sejarah sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, saya dapat menambahkan

ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat

mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai keadaan hubungan rakyat Malaysia

melalui kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga telah memahami maksud budaya. Perkataan budaya berasal

daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' bererti kecergasan fikiran

dan akal dan 'daya' ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa,

tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa

maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.

Tambahan pula, saya telah meneliti dan memahami bantuan- bantuan yang telah

diberikan kepada rakyat Malaysia oleh kerajaan melalui konsep 1 Malaysia. Antaranya ialah

BR1M, KR1M, BL1M, Bantuan persekolahan dan banyak lagi. Dengan ini, saya berpendapat

bahawa kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan

banyak bantuan bagi meringankan beban kita. Selain itu konsep 1 Malaysia ini telah

mengemukakan satu hala tuju utama kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia dengan

mengetengahkan konsep “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Seperti yang telah dinyatakan, saya telah mengetahui bahawa konsep 1 Malaysia

memainkan peranan yang penting kepada individu, masyarakat dan Negara. Dengan itu,

saya telah difahamkan melalui kerja kursus ini tentang kepentingan konsep 1 Malaysia

refleksi

Page 34: ASSIGMNT

kepada negara adalah memantapkan pucuk pimpinan negara dan menjamin keharmonian

negara serta meningkatkan ekonomi negara.

Bertitik tolak daripada itu, langkah menerapkan konsep saling menghormati sesama

kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan

beberapa penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat dapat dilaksana. Seperti yang saya

sudah maklumkan, tugasan ini merupakan tugasan yang rumit. Namun begitu, atas bantuan

daripada pelbagai pihak, dapat juga saya menyiapkan tugasan yang bermakna ini.

Berbekalkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Pensyarah, Encik Roslee Bin Osman yang

sedia membantu pada bila-bila masa sahaja, proses menyiapkan tugasan ini berjalan

dengan lancar.

Dapat saya simpulkan bahawa melalui subjek ini, ia dapat membantu saya

mencanang sesuatu perkara berkaitan konsep 1 Malaysia di negara kita di samping

menambahkan ilmu pengetahuan mengenainya. Diharap kerja kursus ini memenuhi kriteria

yang diperlukan oleh pensyarah dan menepati kehendak soalan yang diberikan. Ilmu yang

saya perolehi sepanjang penulisan ini akan saya aplikasikan sebagai panduan dalam

kehidupan. Sekian terima kasih.

Page 35: ASSIGMNT

BIBLIOGRAFI

Page 36: ASSIGMNT

BIBLIOGRAFI

Buku

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur.

Safiah Karim, Nik. (1963). Kajian kebudayaan Melayu. Kota Bharu : Publisher Pustaka Dian.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006). Guru sebagai pendorong dalam bilik darjah.

Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Hoyle, E. (1980). World Yearbook of Education, Profesional Development of Teachers, New

York: Nicholes Publishing Company

Ahmnad ali Seman PhD, W. B. (2007). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Free

Mind Horizons

Zainudidn, R. (2005-2010). Teks STPM Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Rasmi.

Mohd Sohaimi Esa, D. S. (2005). Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Multimedia.

Jurnal

Abdul Rahman Embong. (2001) Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan. Penerbit UKM:

ISBN 967-942-510-X 148 hlm.

Silikin, Rosie and Hamzah, Rohana and Udin & Amimudin. Konsep satu Malaysia aspirasi

pendidikan teknik & vokasional. Journal of Edupress, 1. pp. 238-248

Page 37: ASSIGMNT

Surat Khabar

BB1M Sah Laku 5 Bulan. (2013, Februari). Harian Metro.

SPP1M Dana Biaya Pelajar. ( 2013, Jun). Berita Harian.

Tragedi 13 Mei. ( 1969, Mei). Utusan.

Program Televisyen

500 Belia Bakal Nikmati Harga Rendah BL1M. (2013, Januari 14). Berita Terkini TV3.

Pembaca Berita Siti Norfairuz S. Moham. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen

Malaysia Berhad.

Internet

http://cikgunanina89.blogspot.com/p/kepelbagaian-budaya.html

http://fokus-spm.karangkraf.com/tutor/kepentingan-konsep-1-malaysia-1.129333

http://tidongboy.wordpress.com/1malaysia-rakyat-diduhulukan/

http://www.1malaysia.com.my/zh/news_archive/najib-perjelas-1malaysia-dari-segi-

pelaksanaan-dan-penerapan/

http://www.mysumber.com/jumlah-penduduk-malaysia-30-juta-orang-tahun-2014.html

http://www.tourism.gov.my/ms-my/my/about-malaysia/culture-n-heritage

Page 38: ASSIGMNT

LAMPIRAN