assigment583

7
CEE 583 Physical Education Facilities and Sport Event. Assignment 9: Antara kemudahan yang terdapat di keliling sekolah saya adalah padang , gelanggang badminton dan juga dewan terbuka kuil . Dewan terbuka kuil ini terletak bersebelahan dengan sekolah. Selain itu sekolah juga mempunyai kemudahan-kemudahan peralatan sukan, amplifier, speaker dan sebagainya. Melalui penilaian yang dijalankan terhadap kemudahan- kemudahan yang terdapat di sekolah dan kawasan ladang , program yang sesuai dijalankan adalah Senam robik . Nama program yang dirancangkan adalah “ Program Senam Perpaduan”. Program ini dapat memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid dan juga masyarakat setempat. Objektif program ini adalah memberi peluang kepada warga sekolah dan juga masyarakat setempat melakukan aktiviti cergas setiap hari. Selain itu warga sekolah dan juga masyarakat setempat dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu program ini dapat melahirkan murid dan masyarakat setempat yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah pendidikan Negara. Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 10 hari .Bermula 1 april 2015- 15 April 2015. Program ini akan dijalankan 5 hari dalam seminggu iaitu Ahad- Khamis . Masa pelaksanaannya pula pada pukul 7.00-7.30 pagi. Program dianjurkan

Upload: punitha-malar-krishnan

Post on 12-Apr-2016

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

assign diplama kejurulatihan dan sukan pendidikan jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: assigment583

CEE 583 Physical Education Facilities and Sport Event.

Assignment 9:

Antara kemudahan yang terdapat di keliling sekolah saya adalah padang ,

gelanggang badminton dan juga dewan terbuka kuil . Dewan terbuka kuil ini terletak

bersebelahan dengan sekolah.

Selain itu sekolah juga mempunyai kemudahan-kemudahan peralatan sukan,

amplifier, speaker dan sebagainya.

Melalui penilaian yang dijalankan terhadap kemudahan-kemudahan yang

terdapat di sekolah dan kawasan ladang , program yang sesuai dijalankan adalah

Senam robik . Nama program yang dirancangkan adalah “ Program Senam

Perpaduan”. Program ini dapat memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat

dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid dan juga masyarakat setempat.

Objektif program ini adalah memberi peluang kepada warga sekolah dan juga

masyarakat setempat melakukan aktiviti cergas setiap hari. Selain itu warga sekolah

dan juga masyarakat setempat dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu

program ini dapat melahirkan murid dan masyarakat setempat yang seimbang dari segi

Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah pendidikan Negara.

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 10 hari .Bermula 1 april 2015-

15 April 2015. Program ini akan dijalankan 5 hari dalam seminggu iaitu Ahad- Khamis .

Masa pelaksanaannya pula pada pukul 7.00-7.30 pagi. Program dianjurkan oleh Panitia

Pendidikan jasmani dan Ko-kurikulum sekolah. Kumpulan sasaran bagi program ini

adalah murid-murid, para guru dan kakitangan SJKT Ladang Buntar dan juga

masyarakat setempat yang keseluruhanya berjumalah 45 orang.

Program ini akan dijalankan di dewan terbuka kuil yang terletak bersebelahan

dengan sekolah. Program ini juga tidak memerlukan kos yang banyak kerana alatan

yang diperlukan untuk program ini adalah PA system, speaker, pembesar suara dan

komputer riba. Alatan-alatan ini sudah sedia ada di sekolah. Selain itu semua peserta

program diminta membawa air sendiri dari rumah .oleh itu, pihak penganjur tidak perlu

membelanjakan wang untuk menyediakan air minuman mineral ataupun jus.

Page 2: assigment583

Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga kemahiran-kemahiran yang disampaikan dalam program senam

robik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid dan masyarakat setempat

di samping memberi keseronokan kepada murid.

Page 3: assigment583

Assignment 10

1. Jadual Perlaksanaan “Program Senaman Perpaduan”

Tarikh Masa Aktiviti

01.04.2015

Rabu

7.00pg

7.15pg

7.15pg

8.00 pg

Warga sekolah dan masyarakat setempat berkumpul di

dewan.

Ucapan Guru Besar dan perasmian.

Senam robik bermula

Senam robik tamat

02.04.2015

Khamis

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

5.04.2015

Ahad

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

6.04.2015

Isnin

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

7.04.2015

Selasa

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

8.04.2015

Rabu

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

9.04.2015

Khamis

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

12.04.2015

Ahad

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

13.04.2015

Isnin

7.00pg

7.30 pg

Semua peserta berkumpul dan program bermula.

Senam Robik tamat

14.04.2015

selasa

Cuti sempena Tahun Baru Hindu

15.04.2015

Rabu

7.00pg

7.15pg

Warga sekolah dan masyarakat setempat berkumpul di

dewan.

Senam robik bermula

Page 4: assigment583

7.45pg

8.00 pg

Senam robik tamat

Ucapan penutupan Guru Besar dan bersurai.

2. PenganjurProgram ini telah dijalankan anjuran bersama Panitia Pendidikan Jasmani dan

Ko-kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang buntar. Program ini juga

merupakan salah satu aktiviti tahunan 2015 yang dirancangkan oleh Panitia Pendidikan

Jasmani dan Ko-kurikulum sekolah.

3. PenyertaanKumpulan sasaran bagi program ini adalah seramai 25 murid, 10 orang guru dan

kakitangan SJKT Ladang Buntar dan 10 orang ibubapa atau masyarakat setempat yang

keseluruhannya berjumlah 45 orang.

4.Kemudahan yang digunakanKemudahan-kemudahan yang digunakan untuk “Program senaman Perpaduan” adalah

dewan terbuka Kuil Ladang buntar, LCD, system audio, PA sistem , pembesar suara ,

speaker, wayar peyambung dan tenaga elektrik. Untuk kemudahan dewan terbuka pihak

penganjur telah meminta kebenaran daripada pengerusi kuil dan pihak AJK kuil

bersetuju dengan sabulat suara. Perlatan-peralatan yang lain seperti LCD, sistem

audio, PA sistem , pembesar suara , wayar peyambung dan speaker sudah sedia ada di

sekolah. Tenaga elektrik pula diambil dari sekolah melalui wayar penyambung.

5.Kreativiti dan inovasi dalam penggunaan peralatan dan kemudahan.Setiap guru perlulah mempunyai kreativiti dan inovasi dalam menggunakan sesuatu

kemudahan dan peralatan agar ia dapat digunakan dengan maksimum dan ini secara

tidak langsung dapat mengurangkan pembaziran. Pihak penganjur telah

mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan yang disediakan. Kami tidak

memanggil jurulatih senamrobik untuk Program Senam Perpaduan ini kerana ia akan

memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tambahan lagi jangka masa program ini adalah

Page 5: assigment583

selama 10 hari. Maka perlukan duit yang banyak untuk membayar jurulatih tersebut.

Oleh itu, kami telah menggunakan LCD dan bahan Video senam robik 1 Malaysia satu

malaysia yang dibekalkan oleh KPM pada tahun 2012. Bahan video itu ditayangkan

dengan bantuan LCD dan para peserta dapat membuat senam robik berdasarkan bahan

video tersebut dengan berkesan.

Refleksi

Secara keseluruhannya “Program senaman Perpaduan” ini dapat dijalankan dengan

jayanya seperti yang dirancangkan. Selain itu objektif program ini juga tercapai

dimana, ia dapat membantu warga sekolah dan masyarakat menjalinkan hubungan

silaturahim dan budaya cergas dapat dipupuk dalam kalangan semua peserta. Semua

peserta mengambil bahagian dengan aktif dalam program ini. Diharapkan Program ini

dapat dijalankan pada tahun hadapan.