assig.docx

24
Pendahuluan Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoniis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Sukatan pelajaran juga mengambil kira kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang di luar waktu sekolah juga akan memantapkan lagi penguasaan bahasa murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan,

Upload: geetha-shan

Post on 11-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: assig.docx

Pendahuluan

Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat

Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang

mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada

semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk

mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan

menghayati kandungan sukatan pelajaran,

Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan

disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang

guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan

dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan

kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut.

Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat

kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoniis dari

segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Sukatan pelajaran juga mengambil kira kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan

kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang di luar

waktu sekolah juga akan memantapkan lagi penguasaan bahasa murid. Strategi pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan,

pengayaan dan pemulihan. Ia selaras dengan usaha untuk memenuhi konsep bersepadu dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai

kaedah dan aktiviti mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.

Page 2: assig.docx

Soalan 1 :

Membuat kajian dan menjelaskan falsafah,

objektif dan organisasi Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan

menulis menulis semula dalam bentuk nota

ringkas atau pengurusan grafik yang

menarik dan berkesan. (20%)

Page 3: assig.docx

Falsafah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah

Pendidikan di Malaysia

adalah suatu usaha yang

berterusan ke arah lebih

memperkembang potensi

individu.

TUJUAN FALSAFAH

Melahirkan rakyat

Malaysia :

berilmu pengetahuan

berketerampilan

berakhlak mulia

bertanggungjawab

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri

memberikan

sumbangan

terhadap

keharmonian dan

kemakmuran

keluarga,

masyarakat, dan

Negara.

Melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis:

Intelek

Rohani

Emosi

Jasmani

Page 4: assig.docx

Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah

Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah

membina budaya pembelajaran berterusan.

Menghayati dan mengamalkan nilai murni,

sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta

akan negara

Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai

dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan

memproses maklumat secara kritis.

Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran

kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,

membaca dan menulis

Teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan

situasi formal

Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif

dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran

menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul

Menggunakan bahasa an sebutan baku yang meliputi

ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam

aktiviti mendengar bertutur, membaca dan menulis

Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah mencapai persetujuan

dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara

Menghargai dan menghayati keindahan bahasa Melayu karya sastera dan karya

berunsur ilmu

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang

betul dalam pelbagai situasi

Page 5: assig.docx

Organisasi

Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu

Sekolah Rendah

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Mendengar

keupayaan murid mendengar dengan teliti

memahami perkara yang didengar

dapat memberikan maklumbalas

Kemahiran bertutur

keupayaan murid untuk berbual

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea

Kemahiran Membaca

keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.

Kemahiran Menulis

keupayaan murid menulis perkataan dan ayat.

Mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan

SISTEM BAHASA

Sistem ejaan Pola keselarasan

vocal Ejaan Kata

Pinjaman Ejaan kata dasar

dan Kata pinjaman Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan

Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat

Tatabahasa

Morfologi Sintaksis

Kosa Kata

umum istilah

HASIL PEMBELAJARAN

petunjuk    yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid

membantu guru memilih kandungan,   kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan

dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum

membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

PENGISIAN KURIKULUM

Terdiri daripada elemen :

kemahiran berfikir kemahiran belajar cara

belajar kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi kajian masa depan kecerdasan pelbagai pembelajaran

konstruktivisme kontekstual

Page 6: assig.docx

Soalan 2 :

Menghuraikan bagaimana objektif

pengajaran dan pembelajaran Kurikulum

Bahasa Melayu Sekolah Rendah dapat

dicapai melalui penekanan terhadap Hasil

Pembelajaran dan Huraian Hasil

Pembelajaran. (20%)

Page 7: assig.docx

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum

bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran

yang perlu dikuasai oleh murid.Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang

terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran membantu guru dalam

merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang

berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu. Ia juga menolong guru dalam

membina ujian formatif dan sumatif. Objektif menyatakan apa yang guru perlu buat yakni apa

yang perlu diajar, dan apa yang perlu dirancang untuk mengajar, bukan penyataan akhir

pendidikan. Hasil pembelajaran menyatakan apa yang pelajar tahu dan boleh buat atau

jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah proses Pengajaran dan Pembelajaran

dilaksanakan. Hasil pembelajaran ini dapat dicapai dengan mengabungjalinan kemahiran

bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Hasil pembelajaran adalah set kemahiran dan

kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa

(Melayu). Ini sejajar dengan pandangan Skinner (1992) bahawa pembelajaran ialah proses

perubahan tingkah laku melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap

dapat dibentuk.

Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia di peringkat

sekolah.  Terdapat lima elemen yang terkandung dalam konsep 5P iaitu strategi

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program pengayaan dan pemulihan. Konsep ini

merupakan satu saranan agar bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran disampaikan secara bersepadu.  Setiap elemen ini penting untuk membantu guru

merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia yang efektif. 

Penggabungjalinan adalah proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang

menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan

pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Apa yang

disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan

pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu

pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang

berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan

pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran asas

Page 8: assig.docx

yang perlu dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia ialah kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis.  Strategi penggabungjalinan juga akan membantu

guru untuk merangka  dan membentuk sebuah sesi pengajaran yang lebih menarik dan efektif

kerana guru mempunyai kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran. Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu

penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan

kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti

kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang

melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata

pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan

terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting

dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif

pengajaran dapat dicapai. Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan

kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-

kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang

diajar. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-

kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran

murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan

pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi

pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Penyerapan merupakan proses penyebatian dan

menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain

sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.  Terdapat empat aspek yang

terkandung dalam proses penyerapan iaitu aspek pembelajaran, aspek komunikasi,

pengetahuan atau isi pelajaran dan nilai murni.  Proses penyerapan diaplikasikan secara

terancang oleh guru dan diserap pula oleh murid-murid secara tidak langsung semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah

dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus

Page 9: assig.docx

sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Objektif pendidikan pemulihan

diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu

dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid. Aktiviti pemulihan boleh

dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran

kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi

pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi

dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan

membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai

masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh

maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.  Menurut Koh Boh Boon (1989),

dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat

pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif

pengajaran dan pembelajaran.  Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan

penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.

Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana

atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar

cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada

mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas

pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti

pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan

atau telah menguasai kemahiran asas. Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk

membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping

menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan

diri dan bakat mereka.

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan

wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan

pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa

maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai

murni secara bersepadu dan menyeluruh.

Page 10: assig.docx

SOALAN 3 :

Analisis strategi pengajaran dan

pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam

satu contoh Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) yang diperoleh daripada mana-mana

sumber. Bincangkan kekuatan dan

kelemahan strategi yang terdapat dalam

rancangan tersebut.

Page 11: assig.docx

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran

untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah

ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin

murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru

untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan

kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu

pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang

perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi

mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis

maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan

mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran.

Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan

lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat

membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan

murid bermasalah pembelajaran. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur

membolehkan guru :

1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang

2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam jangka masa

yang diperuntukkan

3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat

pelajar

4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan

5. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai

6. Mengawal bilik darjah dengan baik

7. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid

8. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid

9. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan

10. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan

teratur

Page 12: assig.docx

11. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa

pengajaran

12. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

13. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

     Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain.

Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Contoh rph yang saya pilih merangkumi semua elemen yang

ternyata dalam Huraian Sukatan Pelajaran seperti objektif, hasil pembelajaran, kemahiran

bahasa, sistem bahasa, penyerapan ilmu, Kemahiran Berfikir(KBK) , Kemahiran Belajar(KB),

Kecerdasan Pelbagai (KP) dan nilai murni.

Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai

matlamat atau kejayaan.

Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara

Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta

kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif

pelajaran yang telah ditentukan.

Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.

Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori

pembelajaran.

Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah

disusun.

Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.

Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah

menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini

selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. 

Page 13: assig.docx

Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar

yang sesuai dengan kebolehan murid.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan

penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid

berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

Konsep 5P iaitu Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengayaan dan

Pemulihan telah digunakan dalam rph yang saya pilih. Penggabungjalinan memainkan peranan

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan adalah satu sesi

pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan beberapa bidang kemahiran lain dari mata

pelajaran lain dapat disampaikan dalam satu masa yang sama. Penggabungjalinan aktiviti telah

digunakan dalam contoh rph tersebut. Penyerapan merupakan proses menyatupadukan

pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata

pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai dan kemahiran

bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh

diserapkan. Dalam rph yang saya pilih, nilai murni telah diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang

menerapkan unsur-unsur yang baik iaitu nilai murni yang merangkumi aspek kerohanian,

kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula hendaklah merujuk kepada

perkara-perkara baik, mulia dan luhur. Nilai murni boleh diterapkan secara terancang dalam

aktiviti pembelajaran seperti melalui penyampaian pengetahuan tentang nilai yang dimasukkan

dalam semua mata pelajaran yang diajar oleh guru seperti melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah,

melalui aspek kognitif seperti melalui kesedaran, keyakinan dan penghayatan. Pemupukan nilai

murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti aktiviti kerja

kumpulan dan kerja projek. Konsep seterusnya ialah pengayaan. Konsep ini adalah sejenis

aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar kepada murid untuk mengembangkan sifat

ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan

disediakan untuk semua jenis murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah.

Dalam rph ini ada menggunakan konsep penyerapan ini. Aktiviti ini diberikan kepada murid

selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu bagi meluaskan pengalaman dan

pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Pemulihan adalah dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Pengajaran pemulihan merupakan satu strategi yang guru lakukan untuk membantu murid

Page 14: assig.docx

dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Program ini hanya

akan dilaksanakan setelah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Objektif

strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu.

Kelemahan

Tiada menggunakan ICT

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan

bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui

cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih

baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat

ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual

dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan

lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan

persembahan menarik serta mudah untuk di faham. Di samping itu kesan penggunaan ICT

ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan

proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan

sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai

kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan

kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya

penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai

dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa

perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti

pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana

maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Page 15: assig.docx

SOALAN 4 :

Secara individu anda dikehendaki menulis

refleksi berhubung dengan tugasan di atas

dengan menjelaskan sekurang-kurangnya

lima (5) ilmu baharu yang diperoleh

daripada tugasan tersebut. (20%)

Page 16: assig.docx

Syukur kepada tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang

untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pengajian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah BMM3101. Sepanjang menjalankan

tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

            Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul

di kotak minda saya ialah mampukah  saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini

memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang

perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Pada masa yang sama, saya juga terpaksa

menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diamanahkan oleh Guru Besar kerana ada pemantauan

dari Jabatan Pendidikan Negeri. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji

daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Saya menyahut cabaran ini dengan

melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.

           Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah

mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah

pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada

rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil

yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya

mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasi-kolaborasi

tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan

dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah

banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.           

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mendapat beberapa ilmu

baharu yang diperoleh daripada tugasan ini. Saya telah mempelajari dan memahami tentang

Falsafah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah , Objektif Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah dengan teliti. Selain itu saya juga mendapat ilmu tentang Konsep 5P yang perlu ada

dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan

pembelajaran bahasa Malaysia di peringkat sekolah.  Terdapat lima elemen yang terkandung

dalam konsep 5P iaitu strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, program pengayaan

dan pemulihan. Konsep ini merupakan satu saranan agar bidang-bidang kemahiran atau

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu.  Setiap elemen ini

Page 17: assig.docx

penting untuk membantu guru merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa

Malaysia yang efektif. 

Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu yang luas tentang hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.

Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu

dikuasai oleh murid.Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam

setiap hasil pembelajaran. Saya juga mendapat tahu bahawa hasil pembelajaran membantu

guru dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu

mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran.

Setelah menganalisis strategi pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam

contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya telah dapat menyedari kesilapan saya

semasa merancang pengajaran harian untuk murid saya. Analisis Rancangan Pengajaran

Harian adalah satu ilmu yang sangat memberikan manfaat untuk saya. Saya dapat membaiki

kesilapan-kesilapan saya semasa merancang pengajaran harian untuk murid saya selepas

menyiapkan tugasan ini.

            Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan

tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan

ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya

haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung.

Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat

mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan

yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah

ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan

berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-

mata untuk menyiapkan tugasan ini.

            Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran

agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat

menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian,

Page 18: assig.docx

saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih

tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

            Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan

tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada

saya.