assgigment juu101 thn 1 naa.doc

21
JUU 101/2 TEKNIK BERFIKIR TUGASAN : Dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia moden dan bertamaddun, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen. Antaranya, ialah : a. Kempen Kebersihan b. Kempen Berbudi Bahasa c. Kempen Hormatilah Jiran Kita d. Kempen Sayangilah Sungai Kita e. Kempen Keselamatan Jalan Raya Pilih salah SATU daripada kempen di atas, kemudian dengan menggunakan pemikiran analitikal, bincangkan keberkesanan kempen tersebut. Berdasarkan pemikiran kreatif kemukakan cadangan- cadangan yang lebih bersifat inovatif bagi memperkasakan kempen ini. Tajuk yang dipilih ialah : d. Kempen Sayangilah Sungai Kita 1

Upload: kalobenor-nantidemertau

Post on 24-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

JUU 101/2TEKNIK BERFIKIR

TUGASAN :

Dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia moden dan bertamaddun, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen. Antaranya, ialah :

a. Kempen Kebersihanb. Kempen Berbudi Bahasac. Kempen Hormatilah Jiran Kitad. Kempen Sayangilah Sungai Kitae. Kempen Keselamatan Jalan Raya

Pilih salah SATU daripada kempen di atas, kemudian dengan menggunakan pemikiran analitikal, bincangkan keberkesanan kempen tersebut. Berdasarkan pemikiran kreatif kemukakan cadangan-cadangan yang lebih bersifat inovatif bagi memperkasakan kempen ini.

Tajuk yang dipilih ialah : d. Kempen Sayangilah Sungai Kita

1.0 PENDAHULUAN

1

Page 2: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Sebahagian besar Bumi diliputi air. Hampir satu per empat permukaan bumi diliputi

laut dan lautan. Dikawasan daratan juga terdapat banyak air. Air boleh didapati dari kolam ,alur,

sungai, tasik malah ia boleh didapati dari dalam tanah. Air juga berpunca dari hujan. Tanpa air

semua hidupan akan mati.

Air banyak kegunaannya. Kita menggunakkan air yang bersih dalam pelbagai cara. Air

digunakan untuk minum ,membasuh, memasak dan menghapuskan kotoran. Setiap orang

dianggarkan menggunakan air antara 150-500 liter sehari. Air juga dipam dari tasik, perigi dan

sungai. Air yang keluar dari tanah dipanggil mata air. Banyak sungai bermula dari mata air. Alur

sungai akan menjadi lebih besar sekiranya lebih banyak air yang mengalir ke dalamnya. Maka

secara tidak langsung akan terbentuknya sungai-sungai kekal yang banyak terdapat di negara

kita.

Pada asasnya sungai adalah kurniaan Yang Maha Esa kepada hambanya sebagai satu

nikmat yang tidak ternilai. Sungai juga asasnya merupakan sumber alam semula jadi yang

berfungsi membekalkan air untuk kegiatan manusia sejak berkurun lagi. Masa kini kedudukan

sungai sebagai pembekal air terbersih kian terancam. Ini adalah disebabkan kerakusan manusia

mengeksplotasi alam semulajadi yang secara langsung menjejaskan kualiti sungai , Umpamanya

sikat sesetengah pihak yang berkepentingan menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan

sisa-sisa toksik, pembuangan bahan kumbahan dari ladang-ladang ternakan dan pembalakkan

yang berleluasa masa kini.

Sebagai manusia yang bertamadun, tidak terlintaskah difikiran kita untuk membuka mata

hati dan merenung sejenak akan nasib warisan generasi masa depan. Ini yang harus

dipertahankan untuk generasi akan datang, anak-anak kita juga.

2.0 OBJEKTIF

Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus

dikhianati ,adalah menjadi agenda utama setiap badan berwajib samaada badan kerajaan atau

bukan kerajaan seperti NGO memainkan peranan untuk menimbulkan kesedaran dikalangan

masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranannya.Bagi merealisasikan tujuan ini

2

Page 3: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ), Kementerian Pertanian Malaysia telah

melancar pelbagai program di peringkat nasional, salah satunya ialah Kempen Cintai Sungai

Kita , pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal ialah:

2.1 Memberi kesedaran kepada orang ramai langkah dan amalan dan amalan yang

berkesan boleh dilakukan untuk menjadi sungai kita.

2.2 Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tantang akibat yang bakal diwarisi

oleh generasi akan datang sekiranya sungai dan isi dinodai .

2.3 Memberi kesedaran dikalangan masyarakat negara ini tentang pentingnya sungai

dalam kehidupan seharian kita iaitu sebagai pembekal air bersih yang utama.

2.4 Mempertingkatkan pengentahuan kepada rakyat tentang teknik pengurusan

sungai dan kawasan sekitarnya, seterusnya melibatkan pihak swasta

bertanggungjawab sepenuh bagi menjamin pembangunan yang dijalankan tidak

menjejaskan sungai kita.

3.0 SKOP PERBINCANGAN

Skop perbincangan adalah berfokuskan kepada sejauhmana keberkesanan kempem Sayangi

Sungai Kita. Berdasarkan pemikiran analitikal disini dikemukakan cadangan-cadangan

berdasarkan pemikiran kreatif, sehubungan dengan ini perlulah kita memahami terlebih dahulu

apa yang dimaksudkan dengan pemikiran analitikal dan pemikiran kreatif.

3.1 Pemikiran Analitikal

Gaya berfikir secara analitikal adalah berdasarkan kepada pemikiran logikal

kerana berdasarkan kepada maklumat dan fakta. Secara analitikal, kita akan menjalankan

proses memecahkan sesuatu isu kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya kita

dapat melihat satupersatu dari perspektif yang mendalam. Menurut Munir Shuib dan

Mohd. Zainul Fithri Othman (2005) Gaya berfikir secara analitikal adalah suatu

pendekatan berfikir dengan cara terperinci dan mendalam untuk menyelesaikan masalah.

3.2 Pemikiran Kreatif

3

Page 4: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Pemikiran kreatif adalah keupayaan individu untuk melihat sesuatu daripada

pelbagai sudut. Apabila kita menggunakan gaya ini, pemikiran kita berupaya untuk

menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu. Apabila berfikir dengan

menggunakan idea kreatif, matlamat berfikir adalah untuk menghasilkan pelbagai

persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara mengatasi konflik, reka cipta,

strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan serta hasil perundingan

sesuatu permasalahan yang difokuskan.

4.0 PELAKSANAAN KEMPEN “SAYANGILAH SUNGAI KITA”

4.1 Kempen Fasa I

Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak

tahun 1993 ialah;

4.1.1 Sungai Angkat, rujuk peta 1

4.1.2 Pemerhatian Sungai

4.1.3 Pendidikan dan Ceramah

4.1.4 Ekspedisi Sungai

4.1.5 Pengindahan Sungai

4.2 Kempen Fasa II

Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema ‘Pencegahan Asas Pemulihan’, Fasa

II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah

diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan

sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan pegawai-pegawai

berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan

merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan

penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan

daerah adalah seperti berikut:

4

Page 5: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

4.2.1 Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai (Task Force).

4.2.2 Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca pencemaran yang

berlaku di kawasan tadahan sungai.

4.2.3 Memperkenalkanu undang-undang / akta-akta yang sedia ada bersangkutan air

dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan

4.2.4 Rekabentuk sungai yang lebih lembut mengambil kira alam persekitaran dalam

perancangan pencegahan banjir yang dijalankan oleh jurutera-jurutera Jabatan

Pengairan dan Saliran ( JPS ) mula diperkenalkan melalui buku-buku dan garis

panduan seperti berikut:

4.2.4.1 Penerbitan Brosur :

Penanaman Pokok-Pokok Yang Sesuai Di Tebing Sungai (1997)

Penciptaan Sungai Yang Kaya Dengan Alam Semulajadi (1997)

‘Creation of Nature Rich Rivers’ (1997)

4.2.4.2 Penerbitan buku:

‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature ( 1996)

Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai (1998)

Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah Perlis,

Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Selangor.

4.3 Kempen Fasa III

  Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat

komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal JPS dan juga orang ramai

khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya.

Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir

Bin Mohamad telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan kempen pada

tahun ini. Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan

ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan

Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan,

5

Page 6: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II.

Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu; 

Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan

menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di kalangan

setiap lapisan rakyat jelata.

Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif terhadap

pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai.

Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara

dan memulihara sungai-sungai.

5.0KEBERKESANAN KEMPEN

5.1 Pengurusan Jabatan Pengairan Dan Saliran

Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia ( JPS ) yang bertanggungjawab

sepenuhnya mengurus sistem sungai di negara ini seharusnya belum boleh mendabik

dada akan kejayaan kempen yang telah dilaksanakan . Sejak pelancaran kempen yang

pertama pada tahun 1993 JPS telah melancarkan beberapa kempen susulan yang sama

pada tahun 2000 dan 2002. Terbaru kempen yang akan dilancarkan ialah pada

Sepetember 2005. Sejak pelancaran kempen yang pertama hingga kini sejumlah 484

batang sungai berjaya dijadikan “sungai angkat”.

JPS juga bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai kaedah untuk

membersihkan sungai seperti kaedah memasang perangkap sampah. Jenis Continuos

Defective Seperation ( DCS ) yang dipasang di hulu sungai. Selain itu JPS dengan

kerjasama DBKL memasang perangkap minyak di premis masing-masing supaya air

yang berminyak dapat diasingkan dengan sisa-sisa makanan.

5.2 Kualiti Air

6

Page 7: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Beberapa batang sungai di Malaysia telah menampakan kesan apabila telah

menunjukkan peningkatan Indeks Kualiti Air ( WQI ) yang memberangsangkan iaitu

bersih dan selamat digunakan. Ini adalah disebabkan pelbagai kempen yang telah

diperkenalkan sejak tahun 1993 yang mana secara tidak langsung mempengaruhi sikap

dan kesedaran orang ramai dari melakukan pencemaran terhadap sungai. Daripada 25

lembangan sungai yang dianggap kritikal dan sungai mati pada tahun 1997 telah

berkurangan kepada 14 pada tahun 2002 dan jumlah ini berkurangan menjadi 9 pada

tahun 2003. Sebagai contoh Sungai Klang telah menunjukkan peningkatan Indeks Kualiti

Air ( WQI ) = 49 dan seterusnya catatan terbaru WQI = 55 pada Jun 1999. Ini

membuktikan ada keberkesanan yang ketara dalam kempen yang dijalankan untuk

meningkatkan kualiti air di negara ini.

5.3 Kesedaran Orang Ramai

Suatu masa dahalu, pada zaman Inggeris datang ke Tanah Melayu kehidupan

masyarakat pada waktu itu amat daif. Sebagai contoh di sepanjang sungai-sungia utam

seperti Sungai Pahang, Sungai Kelantan dan beberapa tempat lagi menjadikan kawasan

tebingan sungai sebagai kawasan petempatan. Ini secara tidak langsung ianya menjadi

kawasan pembuangan najis. Ini jelas apabila kita menyusuri sungai-sungai berkenaan

banyak pondok-pondok usang yang didirikan di gigi-gigi air sebagai tandas. Tapi kini

situasi itu sudah jauh berbeza. Ini menunjukkan kesedaran orang-ramai tentang

kepentingan menjaga sungai dan persekitarannya.

Negara kita pernah mengalami krisis air yang teruk apabila kemarau berlaku pada

tahun 1998. Di beberapa buah negeri seperti Selangor dan Melaka telah menerima

kesannya apabila bekalan air telah dicatu. Krisis ini secara tidak langsung menimbulkan

kesedaran kepada orang-ramai betapa pentingnya penjagaan dan pemuliharaan sungai

sebagai khazanah alam semulajadi.

Peranan media elektronik di Negara ini juga tidak dapat kita nafikan. Pendedahan

berani oleh wartawan televisyen tempatan seperti Karam Singh Walia ( TV3 ) Wan

Kamarudin Wan Ahmad ( NTV7 ) melalui slot-slot utama Buletin Utama dan Edisi

Siasat menunjukkan betapa pihak media beras aterpanggil dalam menjalankan

tanggungjawab bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar. Pendedahan jenayah

7

Page 8: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

pencemaran sungai diselongkar dan dipaparkan kepada orang-ramai tentang sikap

sesetengah golongan manusia yang rakus mengaut keuntungan tanpa mempedulikan

alam sekitar. Kes-kes sebegini menimbulkan kesedaran orang-ramai mempertahankan

warisan ini.

5.4 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak berkuasa temapatan haruslah banyak memainkan peranan. Dengan

peruntukan dan kemahiran yang mereka ada pelbagai usaha boleh dijalankan. Mereka

juga boleh memperindahkan tebingan sungai dan kawasan di sepanjang sungai sebagai

tempat berkelah dan taman rekreasi. Sebagai contoh Dewan Bandaraya Kuching Selatan

telah membuktikannya. Mereka telah berjaya membangunkan tebingan Sungai Sarawak

menjadi “waterfront”. Kawasan ini telah menjadi daya tarikan utama para pelancong.

Pihak berkuasa tempatan lain juga telah bergerak aktif memajukan tebingan sungai

menjadi kawsan rekreasi seperti Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Daerah Kuala

Kangsar.

Kerajaan negeri juga boleh membantu supaya segala usaha pihak berkuasa

tempatan tidak terhenti di separuh jalan. Kerajaan negeri seharusnya menyalurkan

kewangan yang cukup untuk pengurusan dan pemuliharaan sungai dari masa ke semasa.

6.0CADANGAN TAMBAHAN UNTUK MEMPERKASAKAN KEMPEN

“SAYANGILAH SUNGAI KITA “

Berdasarkan sumber-sumber dan fakta sedia ada, melalui pendekatan pemikiran

kreatif saya mendapat beberapa idea sebagai cadangan tambahan untuk memperkasakan

lagi kempen “ Sayangilah Sungai Kita “. Cadangan-cadangan tersebut adlah seperti

berikut;

6.1 Menjadikan Sungai Dan Kawasan Tebingan Serta Sekitarnya Sebagai

Kawasan Angkat

8

Page 9: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi boleh diberi tanggungjawab untuk

memberi kesedaran kepada masyarakat yang tinggal disepanjang tebing sungai betapa

pentingnya sungai sebagai sumber air kepada mereka.Buktinya manusia amat

memerlukan air dalam kehidupan, apabila air dicemari oleh kotoran dan bendasing

pelbagai penyakit akan berlaku. Contohnya demam kepialu dan taun.Penyakit ini boleh

membawa maut. Mengikut kajian 4 daripada 5 pengjidap penyakit di Negara

membangun adalah berpunca dari air. Oleh itu kempen “ Sayangilah Sungai Kita “

sebagai pencegahan awal yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar ini sebagai

program khidmat sosial.

6.2 Penggubalan Undang-Undang

Kerajaan perlulah lebih tegas dalam menangani isu-isu berkaitan pencemaran

sungai. Undang-undang dan akta yang lebih keras perlu digubal bagi menghukum

sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan mencemari sungai-sungai di Negara ini.

Pesalah-pesalah sebegini harus dikenakan denda yang sewajarnya jikan perlu hukuman

penjara atau sebatan rotan dikenakan ke atas mereka. Ini akan memberikan pengajaran

kepada orang-ramai agar jangan sewenang-wenangnya menjadikan sungai sebagai

tempat pembuangan sisa toksid atau kumbahan lain. Pesalah-pesalah yang terdiri

daripada syarikat-syarikat koporat atau kilan-kilang perindustrian perlu

dipertanggunjawabkan untuk menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai

6.3 Meningkatkan Kesedaran Golongan Muda

Kesedaran mengenai kepentingan sungai boleh diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah atau menengah. Contohnya disekitar awal tahun 90an

mata pelajaran Alam dan Manusia pernah diperkenalkan di sekolah rendah. Ini secara

tidak lansung mendidik pelajar mencintai dan memelihara alam sekitar. Sayangnya mata

pelajaran ini telah ditarik balik dan tidak diajar lagi di sekolah. Diharapkan Kementerian

Pelajaran Malaysia mempertimbangkan semula topic-topik yang berkaitan alam sekitar

di ajar dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah.

9

Page 10: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Kementerian Pelajaran Malaysia juga boleh menganjurkan kem-kem atau

lawatan-lawatan ke sungai terpilih untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sejauh

mana kedudukan sungai dan pencemaran yang berlaku ke atasnya. Pelajar juga boleh

didedahkan dengan maklumat seperti peranan pihak tertentu pemuliharaan sungai untuk

memastikan tahap kualiti air yang bersih.

6.4 Mempertingkatkan Penguatkuasaan Pihak Berwajib

Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar perlulah

menambah bilangan anggota khususnya dalam menangani masalah pencemaran sungai.

Dengan bilangan anggota yang ramai akan menambah tahap kecekapan semasa

menjalankan tugas seperti pemantauan yang berterusan ke atas sungai-sungai yang

kritikal. Pengawasan yang lebih kerap dan berterusan ke kawasan sungai yang

berhampiran kawasan perindustrian dan penternakan. Ini adalah bertujuan untuk

mencegah pihak berkenaan menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa toksid

dan sisa kumbahan. Apabila pemantauan dilakukan dengan lebih kerap diharap gejala

negatif ini dapat dibendung.

6.5 Peranan Perkhidmatan Sistem Pembentungan Nasional

( Indah Water Konsortium ) Diperluaskan

Rakyat Malaysia harus diterapkan kesedaran pentingnya persekitaran yang bersih

dan sihat. Indah Water Konsortium ( IWK ) adalah satu nama besar yang

bertanggungjawab menyediakan perkidmatan penyelenggaraan system pembentungan

berjadual. Setiap rumah di Malaysia disarankan menggunakan khidmat IWK. Ini adalah

unutk menghalang limpahan air takungan kumbahan mencemari sumber-sumber air yang

lain. Penggunaan tandas-tandas primitif seperti tandas tergantung, tandas di tebing

sungai dan jaman lubang perlu dihapuskan. Dengan teknologi yang serba canggih kini

sistem pembentungan telah mengorak selangkah kehadapan. Melalui teknologi sistem

pembentungan yang kini berkembang kepada proses olahan biologi dalam bentuk

kolam-kolam pengoksidaan dan penstabilan. Oksigen, alga, bakteria dan mikrob-mikrob

ynag terdapat di dalam air kumbahan adalah penting dalam proses olahan air najis untuk

memastikan efluen atau air sisa yang dikembalikan ke perairan adalah selamat.

Masyarakat masih lagi belum memahami dan menyedari bahawa system pembentungan

10

Page 11: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

dan tangki septik adalah serupa seperti manusia yang memerlukan pemeriksaan dan

penjagaan rapi untuk kekal dalam keadaan baik. Maka, enap cemar atau pepejal najis

yang terkumpul di dalam tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual. Pada masa

yang sama, loji olahan kumbahan dan rangkaian saliran paip pembentungan awam perlu

diselenggarakan dengan efisen demi memastikan efluen atau air sisa yang disalirkan

kembali ke perairan adalah sentiasa selamat.

7.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan lagi sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia

dan alam. Sebagai bukti lebih 6000 kanak-kanak mati setiap hari akibat penyakit berkaitan

bekalan air yang tidak bersih. Ini emlibatkan 80% penghidapnya adalah penduduk di Negara-

negara membangun. Purata bekalan air bersih didunia adalah kurang daripada 1% jumlah

keseluruhan air yang ada. Ini mengakibatkan 1 orang dari 6 orang tidak mendapat akses

sempurna bekalan air.

Setelah diteliti dan dikaji dari fakta-fakta sedia ada, dapatlah dirumuskan bahawa sungai-

sungai di Malaysia adalah dalam keadaan terkawal. Apabila disebut terkawal bukan bermakna

dalam keadaan memuaskan, sebaliknya sungai-sungai di Malaysia masih terancam.

Merujuk kepada sikap individu dalam masyarakat Malaysia bila-bila masa sahaja sungai

di negara kita boleh terjerumus dalam krisis pencemaran. Masyarakat Malaysia harus sedar

bahawa banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kempen “ Sayangilah Sungai

Kita “ mencapai matlamat dan objektifnya.

Seperti apa yang telah dibincangkan di atas peranan Jabatan Pengairan dan Saliran,

Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan mahupun Kerajaan Pusat

telah berusaha mengembleng tenaga dalam isu pemuliharaan sungai namun ianya tidak akan

tercapai tanpa penglibatan dan tindakan oleh seluruh rakyat. Bersama-samalah kita mengekalkan

keindahan dan kebersihan sungai untuk generasi yang mendatang.

Gambar-gambar :

11

Page 12: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Gambar 4“Bank pelaburan tanpa

faedah “

Peta 1Sungai-sungai yang terlibat

denganProgram sungai angkat

12

Gambar 3Perangkap sampah

Page 13: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Poster Kempen” Cintailah Sungai Kita”

Bibliografi :

Munir Shuib, Azman Azwan Azmawati dan Azleena Zainal (2005) Menyelesaikan Masalah Secara Sistematik & Efektif. Petaling Jaya. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

13

Page 14: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Salmah Zainal Abidin & Tham Weng Leong (1993 ) Ancaman Alam Sekitar AIR. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Terry Jennings ( 1982 ) The Young Scientist Investigates WATER. Oxford. Oxford University Press.

http://218.208.23.3/jpsns/

http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan/

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php

http://www.brunet.bn/news/pelita/21jan/minda.htm

http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpThree/DataSekunder/alamsekitar2.htm

http://www.iwk.com.my/

http://www.jpsjohor.gov.my/jps-pontian/sejarah.htm

http://www.kapitro.sarawak.gov.my/php/main/malay/tourism/news.php

http://www.malaysia-today.net/blog/2005/04/bersihkan-sg-pinang-dulu-baru.htm

http://www.water.gov.my/

http://www.water.gov.my/

http://www.water.gov.my/didnet/core_c.html

Berikut adalah keratan akhbar daripada pelbagai akhbar yang disiarkan di Malaysia. Petikan ini dikumpulkan berdasarkan kepada maklumat yang bersangkutan dengan pengairan.

Dua Pam Sementara Atasi Banjir Kilat ( Harian Metro -01/02/2001 )

JPS Pastikan Pembangunan Hartanah Patuhi Garis Panduan ( Berita Harian - 29/01/2001 )

Ketua Kampung Diminta Tidak Guna Racun Bersih Saliran ( Berita Harian - 29/01/2001 )

Projek Pembangunan di Port Dickson Perlu Jalani Pengukuran Pantai ( Utusan Malaysia - 23/01/2001 )

RM400 Million Request To Clean Up Sungai Juru And Sungai Pinang ( Sun - 18/01/2001 )

MPPJ To Draw Masterplan On Drainage ( Star - 12/01/2001 )

Kempen Sedarkan Rakyat DiLancarkan ( Berita Harian - 05/01/2001 )

Sungai Tercemar Kini Jadi Daya Tarikan ( Berita Harian - 05/01/2001 )

14

Page 15: Assgigment JUU101 Thn 1 Naa.doc

Pulihara Sungai Bukan Mudah ( Harian Metro - 03/01/2001 )

'Stop Dumping Garbage Into Drains And Rivers' ( Malay Mail - 02/01/2001 )

JPS Diminta Baiki Sistem Perparitan ( Utusan Malaysia - 02/01/2001 )

Pembersihan Tanah Punca Kelodak ( Berita Harian - 03/01/2001 )

Sumber Air Negara Mungkin Hadapi Masalah ( Utusan Malaysia - 03/01/2001 )

USM Initiates Eco-Friendly Drainage System ( Sun - 15/12/2000 )

A Test-Bed For New Drainage System ( New Straits Times - 15/12/2000 )

50 Lorries Deployed To Clear River Of Debris ( Sun - 30/11/2000 )

Ubah Sikap Cemari Sungai ( Harian Metro - 28/11/2000 )

Usaha Bersih Sungai Rekah Gagal ( Berita Harian - 27/11/2000 )

Learn To LOVE Our Rivers ( Malay Mail - 24/11/2000 )

Flash Floods The Norm In Puchong ( Malay Mail - 24/11/2000 )

JPS Cadang Wujud Pengurusan Kebersihan Sungai ( Berita Harian - 16/11/2000 )

Kempen Cintai Sungai Masuki Haluan Baru ( Utusan Melayu - 13/11/2000 )

Kaji Semula Undang-Undang Berkaitan Sungai ( Utusan Melayu - 11/11/2000 )

Kerajaan Rancang Jadikan Sungai Tarikan Pelancong ( Utusan Malaysia - 11/11/2000 )

Rivers Are Not Waste Dumps, Says Dr M ( Star - 11/11/2000 )

Love Our Rivers, Says Mahathir ( Sun - 11/11/2000 )

PBT Diminta Kenal Pasti Pencemar Sungai ( Utusan Malaysia - 03/11/2000 )

DID To Target Corporations And Individuals In Love Our Rivers Campaign (Sun - 01/11/2000)

15