asimilasi dan akomodasi

11
Ulasan Artikel Tajuk : “Assimilation, Accomodation, and the Dynamics of Personality Development” Jack Block (University of California,Berkeley) Pengenalan Artikel ini ditulis oleh Jack Block dari University of California,Berkely. Artikel ini berkisar tentang proses asimilasi dan akomodasi dalam aspek perkembangan personaliti menurut teori Jean Piaget. Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana motivasi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses adaptasi ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu yang lain ialah akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah dikenali sebagai proses akomodasi. Melalui pembacaan ini juga, adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang

Upload: wmm9656

Post on 21-Jun-2015

8.760 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asimilasi dan akomodasi

Ulasan ArtikelTajuk :

“Assimilation, Accomodation, and the Dynamics of Personality Development”

Jack Block (University of California,Berkeley)

Pengenalan

Artikel ini ditulis oleh Jack Block dari University of California,Berkely. Artikel ini berkisar

tentang proses asimilasi dan akomodasi dalam aspek perkembangan personaliti

menurut teori Jean Piaget. Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula

kepuasan kerana motivasi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses

adaptasi. Di dalam proses adaptasi ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga

perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan Piaget,

adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu yang lain ialah

akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan

proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan.

Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah dikenali sebagai

proses akomodasi. Melalui pembacaan ini juga, adalah didapati bahawa akomodasi

merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu

berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan

mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Ringkas kata,

mengikut Piaget, murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau

maklumat baru dan dengan proses asimilasi, mentransformnya dalam struktur kognitif

(skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuh serta ditambah.

Bagi ilmu atau maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka

menggunakan proses akomodasi untuk cara reorganisasi dan menyesuaikannya dalam

struktur kognitif dan dengan proses yang sedemikian, ilmu pengetahuan murid dapat

diperkembangkan dan dipertingkat kepada tahap yang lebih tinggi.

Page 2: Asimilasi dan akomodasi

Artikel ini juga memberi takrifan tentang asimilasi. Secara rumusannya, asimilasi ialah

proses kognitif yang membolehkan individu mengintegrasi pengalaman baru dengan

skema yang sedia ada.  (Iaitu,  melatakkan rangsangan atau pengalaman baru ke

dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa

memproses rangsangan yang kian dialami dan kian bertambah. Skema adalah seperti

balon dan asimilasi ialah seumpama memasukkan angin ke dalam balon itu.  Lama

kelamaan, balon itu menjadi besar (iaitu perubahan kuantitatif sahaja) tetapi bentuknya

tidak berubah (iaitu tidak ada perubahan kualitatif). Skema baru tidak dihasilkan kerana

skema yang lama digunakan dan ini bermakna tidak ada perkembangan skema.

Manakala akomodasi juga diberi pengertian. Apabila individu bertembung dengan

pengalaman baru, dia cuba mengasimilasinya dengan skema yang sedia ada tetapi

tidak berjaya kerana tidak ada skema yang sesuai. Dia ada 2 pilihan:

a) mengubahsuai ('modification') skema sedia ada untuk

   menerima pengalaman baru

b) membentuk atau mewujudkan skema BARU untuk

   menerima pengalaman baru.

Kedua-dua proses ini dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif dan

perkembangan skema ('development of schema').

Hasil penulisan Jack Block juga berpendapat bahawa menurut Piaget, proses pemikiran

kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai

kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan

mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget

mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses

pemikiran individu.

Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor

baka/genetik.

Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran

untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka,

menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

Page 3: Asimilasi dan akomodasi

Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan

individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru

dan sebagainya.

Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang

digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru

dialami.

Proses mencapai keseimbangan.

Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran

mereka.

Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan

sesuatu kekusutan.

Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan

yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka.

Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau

keseimbangan.

Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun

pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk

satu sistem yang dipanggil skema.

Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.

Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan

dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.

Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia

bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada

skema yang lebih kompleks.

Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak

membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk

mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak.

Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan

situasi yang baru.

Page 4: Asimilasi dan akomodasi

Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi

baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang

mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta

memasak nasi tomato.

Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah.

Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil

adaptasi.

Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan

akomodasi.

Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba

untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia

ada.

Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan ‘d’

sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-

kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang

telah ada.

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk

disesuaikan dengan pengalaman baru.

Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman

baru dan seterusnya membentuk skema baru.

Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat

mengenal dan membezakan ‘d’ daripada ‘b’.

Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan mengakomodasi

adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan.

Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

Kesimpulannya, jika kita menggunakan skem baru untuk sesuatu situasi atau

pengalaman yang baru dan ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi

sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka

ketidakseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi

penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan

Page 5: Asimilasi dan akomodasi

terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru

tersebut

Pandangan dan Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)

Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi

penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun

ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa

kelemahan seperti berikut:

a) Ketidaksempurnaan

Piaget telah memberi kita satu rangka penerangan tentang perkembangan

kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak

menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal,

istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap

perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula,

beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu

berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980)

telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang

seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung

pada pengalaman mereka.

Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria pada setiap

tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepda tahap yang

lain. Piaget lebih berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan

pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecil

akan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang

membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih

awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukkan

bahawa kanak-kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti

yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi

berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang

Page 6: Asimilasi dan akomodasi

disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang

sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan kekekalan

diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu bergantung pada

keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata Berjaya member

jawapan yang betul.

b) Metologi

Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada

aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi

berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa

bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga

berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan

tangan mereka. Walaubagaimanpun, ada kajian terkini yang telah membuktikan

bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan

mereka akan member kesan terhadap persekitaran

Page 7: Asimilasi dan akomodasi

Rumusan

Sumbangan penting Piaget harus dianalisis dari segi perkembangan pemikiran pelajar

iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkah laku. Keperluan guru memerhati

pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan

kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan informasi membincangkan

bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan informasi dalam memori.

Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang

bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan

yang telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang

menjelaskan bagaimanapelajar belajar dengan bantuan proses kognitif.

Fokus kepada teori ini, menerangkan bagaimana pelajar mengalami dan memahami

makan dan mengingatkan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang dipelajari

melalui proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak

formal iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, dianalisis juga teori perkembangan

kognitif Piaget, pengaruh sosiobudaya Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan

metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan muktahir ini.

Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan memaparkan bagaimana aspek kognitif

manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian tentang

perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori pemprosesan

informasi peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari di teliti untuk seterusnya.

Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran dan pembelajaran

mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusia membesar dari peringkat bayi

ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka mempunyai

keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk

mengembangkan pengalaman hidup.

Page 8: Asimilasi dan akomodasi