asimilasi

5
Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identiti yang sama, atau satu versi daripada kelompok dominan. Menurut Vander Zanden asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satudalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Pertama, asimilasi mutlak iaitu apabila kelompok masyarakat yang diasimilasikan akan berubah menjadi satu kelompok yang baru dengan menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya[7] merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. [Misalnya, busana tradisional Baba Nyonya berunsurkan asimilasi budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan sejarah Puteri Hang Li Po. Pakaian masyarakat Chitty pula berunsurkan asimilasi masyarakat Melayu dan India. Jika diperhatikan, terdapat ciri-ciri unik pada busana-busana tradisi Melaka yang tidak mungkin terdapat pada

Upload: magesswari-muniandy

Post on 02-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asimilasi

Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok

kebudayaan dan identiti yang sama, atau satu versi daripada kelompok

dominan.

Menurut Vander Zanden asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-

kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi

satudalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi boleh

mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza.

Pertama, asimilasi mutlak iaitu apabila kelompok masyarakat yang

diasimilasikan akan berubah menjadi satu kelompok yang baru dengan

menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. konsep ini diwakili

dengan formula A+B+C =A,

disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan

sementara

B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.

Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan,

Baba dan Nyonya[7] merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.

[Misalnya, busana tradisional Baba Nyonya berunsurkan asimilasi

budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu

Melaka dengan sejarah Puteri Hang Li Po. Pakaian masyarakat Chitty pula

berunsurkan asimilasi masyarakat Melayu dan India. Jika diperhatikan,

terdapat ciri-ciri unik pada busana-busana tradisi Melaka yang tidak mungkin

terdapat pada busana-busana lain. Kaum Chitty, Baba Nyonya dan Melayu

Melaka terkenal dengan pemakaian Kebaya bersulam manakala masyarakat

Portugis masih menggunakan pakaian tradisi mereka sehingga kini. ]

Page 2: Asimilasi

Orang bukan Melayu juga sudah dapat diasimilasikan dengan dari segi

pakaian dan makanan. Hari ini bukan suatu yang janggal untuk melihat orang

Cina dan India berbaju kurung dan menjamah nasi lemak. Malah, berkat

daripada sistem pendidikan kebangsaan, generasi muda bukan Melayu begitu

fasih berbahasa kebangsaan.Ironinya, selepas setengah abad negara ini

merdeka, asimilasi etnik minoriti ke dalam kebudayaan Melayu semakin tipis

dengan membiarkan kaum Cina dan India semakin berkiblatkan Hong Kong,

India dan Barat. Sebaliknya, seperti wujud kecenderungan asimilasi songsang

apabila orang Melayu pula secara sedar atau tidak cuba untuk diasimilasikan

dengan kebudayaan etnik-etnik lain.

Kedua, kelompok yang diasimilasikan akan mengamalkan kebudayaan

baru yang dicipta hasil daripada percantuman budaya antara kelompok

dengan kebudayaan asalnya..

________________________________________________________

[ Sekiranya soalan tanya 3 bentuk /jenis

asimilasi

Asimilasi Struktur, Asimilasi Budaya, Asimilasi

Perdagangan dan Perkahwinan (sila rujuk

buku teks HE pg 42) ]

_____________________________________

Asimilasi terbahagi kepada dua iaitu

asimilasi struktur dan asimilasi budaya.

Page 3: Asimilasi

_____________________________________________

Asimilasi budaya adalah satu proses penyerapan unsur-unsur

kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan

budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua

budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan

tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.

Formula yang digunakan ialah

Ab + B + C = Ab + Bb+ Cb

– ‘A’ mewakili kelompok etnik majoriti ;

– ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti;

– ‘b’ mewakili budaya

Berdasarkan formula tersebut, kelompok minoriti hanya mempelajari &

mengamalkan aspek budaya sahaja dari kelompok majoriti. Contohnya

adat resam, ilmu pengetahuan dan bahasa .Hasil daripada akulturasi ini,

perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok

adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.

CONTOH,

Contoh asimilasi budaya ialah adaptasi yang berlaku dalam pelbagai bahasa

selagi bahasa itu berkembang dan terus hidup termasuklah bahasa Melayu.

Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit,

Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai

kaum di Malaysia. Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata

bahasa Melayu.

&

busana tradisional Baba Nyonya (RUJUK ATAS)

_________________________________________________________

Page 4: Asimilasi

Asimilasi struktur pula ialah apabila kelompok minoriti

menyertai institusi utama.

Contohnya penyertaan dalam institusi politik, sosial, ekonomi dan

pendidikan.

Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal cuma mengalami

perubahan dengan menyertai struktur majority.

Contoh asimilasi struktur ialah proses yang terdapat dalam

pelaksaan DEB, sekolah kebangsaan, parti politik seperti Barisan

Nasional dan sebagainya. Formula yang digunakan adalah seperti

berikut.

Ai + B + C= Ai + Bi + Ci

– ‘A’ mewakili kelompok majoriti

– ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti

– ‘i’ mewakili institusi

Asimilasi Perdagangan dan Perkahwinan (sila

rujuk buku teks HE pg 42) ]

_______________________________________________

faktor kejayaan proses asimilasi

Pada masa yang sama, perlu ditekankan kejayaan proses

asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting iaitu

pertama, kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan

identiti mereka.

Page 5: Asimilasi

Kedua, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima

golongan lain. Selain itu, mesti terdapat banyak persamaan

budaya antara kumpulan etnik.

Seterusnya, proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz

kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti

dengan majoriti dan juga kadar imigrasi[8]. Umumnya, kumpulan

minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah

diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan

anggotanya besar. Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan

tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar

diasimilasikan.

ALL THE BEST~!