asimen_bmm_3033e_1

Upload: archana-selvarajoo

Post on 09-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

TEMAAktiviti Keluarga

TAJUKBerkhemah Di Laman Idaman

KEMAHIRANMendengar dan bertutur

KELOMPOKSatu

TAHAPPENGUASAAN1. Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMemberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap sangat terhad.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid menyebut ayat berkenaan gambar yang diperlihatkan.2. Murid diminta menyatakan jenis-jenis ayat yang digunakan.3. Murid diminta memadankan gambar dengan ayat yang sesuai.

BAHAN BANTU1. Lembaran kerja2. Buku teks

Nama :.Tahun : 4 ..Sebut, dengar dan suaikan gambar di bawah dengan ayat yang sesuai.

Minumlah teh ini dahulu

Di manakah perkhemahan sekolah kamu kali ini

Datuk sedang berehat sambil membaca surat khabar.

Jangan petik bunga itu !

Wah, cantiknya pemandangan di sini !

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMA

Masyarakat Penyayang

TAJUKKhidmat Rakan Sebaya

KEMAHIRANMendengar dan bertutur

KELOMPOKTiga

TAHAPPENGUASAAN2. Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMenyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul pada tahap terhad.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid membaca dialog yang diberikan.2. Murid melakonkan watak yang terdapat di dalam dialog.3. Murid bercerita semula secara ringkas berdasarkan gambar.4. Murid melengkapkan dialog.

BAHAN BANTU1. Buku teks2. Lembaran kerja3. Kad gambar

Nama :.Tahun : 4 ..Lengkapkan dialog di bawah berdasarkan gambar.

Razif : Helo Raju. Mengapakah awak tidak datang ke Program Khidmat Masyarakat di sekolah pagi tadi ?Raju : Maaflah, Razif. Saya kurang sihat hari ini. Bagaimanakah perjalanan program itu ?Razif : Semuanya berjalan lancar. Seronok apabila dapat melakukan kerja bersama-sama. Program seperti ini dapat mendidik murid bergaul dengan masyarakat.Raju : Ceritakanlah tentang program itu. Saya juga ingin tahu tentang program tersebut.Razif : Baiklah. Mula-mula, semua peserta (1) ___________________________. Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian. Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami pun bergotong-royong (2) _________________________________________ bersama-sama.Raju : Ada jamuan tak ?Razif : Mestilah ada. Selepas semua kerja selesai, para peserta (3) ___________ ___________________________________ di kantin sekolah. Sambil makan dan minum, kami (4) ________________________ dengan mesra. Suasana sangat meriah.Raju : Tentu sekolah kita telah berubah wajah sekarang.Razif : Betul tu Raju. Sekolah kita semakin cantik, bersih dan ceria.Raju : Terima kasih, Razif kerana sudi menelefon saya untuk menceritakan tentang program tersebut. Razif : Sama-sama.

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMA

Sentiasa selamat

TAJUK

Sentiasa Awasi Diri

KEMAHIRAN

Mendengar dan bertutur

KELOMPOK

Dua

TAHAPPENGUASAAN3. Murid berupaya mempamerkan tahap penguasaan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa

PERNYATAANBerbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid mendeklamasikan sajak yang diberikan.2. Secara kumpulan, murid mencari maksud setiap rangkap sajak dengan bimbingan guru.3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

BAHAN BANTU1. Kad manila2. Pen marker3. Buku rampaian

Nama :.Tahun : 4 ..

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.Cikgu Lutfi : Murid-murid, Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas akan diadakan tidak lama lagi. Siapakah yang berminat untuk mewakili pasukan sekolah (1) _______ ?Manu : (2) _______ berminat untuk menyertai pertandingan itu, cikgu. Kategori apakah yang sesuai untuk (3) _______ sertai, cikgu ?Cikgu Lutfi : Oh, ya! Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pedal kart, berbasikal dan pejalan kaki. Jika betul (4) _______ berminat, bolehlah datang ke sekolah pada petang ini untuk mengetahui tentang pertandingan ini lebih lanjut.Mazni : (5) ________ pun berminat untuk menyertainya, cikgu. (6) ________ akan meminta izin daripada ibu bapa (7) _______ terlebih dahulu. Kalau (8) _______ izinkan, (9) _______ akan datang petang nanti.Badri : (10) _______ pun berminat juga. (11) _______ pula bagaimana, Linly ?Linly : (12) _______ pun berminat. (13) _______ jumpa di sekolah petang nanti ya, kawan-kawan. Tunggu (14) ________ ya, cikgu.

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMA

Amalan Kesihatan Dan Kebersihan

TAJUK

Bersih Dan Sihat

KEMAHIRAN

Membaca

KELOMPOK

Dua

TAHAPPENGUASAAN4. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMembaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam pelbagai bahan bagi membuat ramalan dengan tepat.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid membaca petikan rencana yang diberikan.2. Murid membuat perbincangan dalam kumpulan untuk mencari isi-isi penting di dalam rencana yang disediakan.3. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.

BAHAN BANTU1. Petikan 2. Kad manila3. Pen marker4. Buku Rampaian

Nama :.Tahun : 4 ..Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, catatkan maklumat tentang idea utama dalam ruangan yang disediakan.Banyak faedah yang kita dapat daripada bersukan. Antara kebaikannya ialah memanfaatkan masa, memberi hiburan, menyihatkan tubuh badan dan mengeratkan silaturahim. Apabila bersukan, masa dapat diisi dengan baik. Jika tidak, masa tersebut mungkin kita gunakan untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bercampur dengan budak-budak nakal atau menjadi kutu embun. Tindakan sedemikian, menyebabkan kita mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat. Di samping itu, dengan bersukan, kita akan berasa seronok dan terhibur. Apabila kita terhibur, kita akan kelihatan ceria. Hati dan fikiran kita berasa lapang dan tenang. Dengan ketenangan ini, kita dapat belajar dengan lebih baik lagi di kelas. Setiap aktiviti yang dilakukan dalam bersukan boleh menyumbang kepada kesihatan kita. Apabila kita melakukan aktiviti tersebut, badan kita akan berpeluh. Ini menjadikan badan kita sentiasa sihat dan segar. Dengan cara ini, diharapkan diri kita terhindar daripada diserang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung atau darah tinggi. Apabila bersukan, kita akan berjumpa dan bermesra dengan ramai kenalan baharu. Kita boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam banyak perkara. Dengan demikian, kita dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan kenalan baharu itu.

Idea Utama1. ________________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________________

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMAMasyarakat Penyayang

TAJUKKhidmat Rakan Sebaya

KEMAHIRANMembaca

KELOMPOKTiga

TAHAPPENGUASAAN5. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMembaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid mendeklamasikan sajak yang diberi.2. Secara kumpulan, murid mencari maksud setiap rangkap sajak. 3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

BAHAN BANTU1. Petikan sajak.2. Kad manila3. Pen marker

Nama :.Tahun : 4 ..

Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian, tulis maksud setiap rangkap sajak itu.

Anak Malaysiakaulah pewaris tanah inikaulah pejuang budaya initeruskan menegak keadilandengan penuh kejujuran

Anak Malaysiausah kau berpeluk tubuh bangun dan bangkitlah dengan diri sendiribersaing maju di persada dunia

Anak Malaysiahiasilah dirinu dengan sifat terpujiagar elok pekertimutetapkanlah cita-citamuberusahalah sepenuh hatimuagar kejayaan menjadi milikmu

Anak Malaysiawalaupun pelbagai bangsabersatulah umpama serumpunsaling mempercayailahsesamamunescaya keunggulan milikmu

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMAMeneroka Sains Dan Teknologi

TAJUKBijak Mencipta

KEMAHIRANMembaca

KELOMPOKSatu

TAHAPPENGUASAAN6. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMembaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid diminta membaca petikan rencana yang diberikan. 2. Guru membimbing murid mencari nilai murni yang terdapat dalam petikan.3. Murid diminta memberi keterangan bagi setiap nilai murni yang dikenal pasti.

BAHAN BANTU1. Petikan rencana2. Buku rampaian

Nama :.Tahun : 4 ..Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, nyatakan nilai murni yang terdapat dalam petikan.Troli Separa TerlantarKebanyakan warga emas bergerak dalam keadaan mengesot dan merangkak akibat keuzuran dan sudah terlantar kerana sakit tua. Ketidakupayaan itu hanya mengharapkan bantuan kudrat orang lain untuk bergerak. Menyelami kepayahan itu, Kumpulan Hibrid dan kakitangan Rumah Sri Kenangan, Taiping, mencipta alat bantuan pergerakan, iaitu Troli Separa Terlantar atau Trosepter. Trosepter yang dicipta khas menggunakan bahan terpakai dengan reka bentuk ringkas untuk memudahkan warga emas uzur bergerak sendiri di dalam kawasan sekitar tanpa bantuan orang lain. Trosepter dihasilkan daripada besi rangka katil yang telah rosak dibalut dengan fabric PVC yang diambil daripada kerusi roda terpakai dan dijadikan tempat duduk dan bersandar. PVC dipilih kerana tidak menyerap cecair dan mudah dilap.Bil.Nilai MurniKeterangan

1

2

3

4

5

Justeru, pelbagai keunikannya, Trosepter dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Inovasi Sosial Kejayaan, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ketua Projek kumpulan Hibrid bersyukur atas kejayaan itu. Trosepter bukan sahaja sebagai alat bantuan holistik, malah memudahkan mereka bergerak ke sana sini.

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMAAmalan Kesihatan Dan Kebersihan

TAJUKBersih Dan Sihat

KEMAHIRANMenulis

KELOMPOKDua

TAHAPPENGUASAAN 2. Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMenulis perkataan berimbuhan pinjaman dengan ejaan yang tepat secara imlak.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid membaca petikan.2. Murid diminta menyenaraikan kata imbuhan pinjaman yang didapati di dalam petikan.3. Murid membina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan pinjaman yang dikenal pasti.

BAHAN BANTU1. Petikan bacaan2. Buku rampaian

Nama :.Tahun : 4 ..A. Baca petikan di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman dalam petikan tersebut.

Encik Munir merupakan usahawan yang cukup terkenal di sekitar daerah Baling, Kedah kerana sifat dermawan yang ada pada dirinya. Isterinya pula merupakan guru prasekolah di sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya. Encik Munir mempunyai tiga orang anak. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Amir, anaknya yang sulung bertugas sebagai doctor di sebuah hospital kerajaan. Beliau banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan. Noraini, anaknya yang kedua pula bekerja sebagai pensyarah selain menjadi penulis buku-buku ilmiah. Anaknya yang bongsu masih lagi bergelar mahasiswa di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Encik Munir dan isterinya mempunyai minat yang sama, iaitu menonton filem lakonan seniman Tan Sri P. Ramlee.

B. Pilih lima perkataan berimbuhan pinjaman yang telah kamu garisi. Kemudian bina ayat.

1. ____________________________ Ayat : _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________2. ____________________________ Ayat : _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________3. ____________________________ Ayat : _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________4. ____________________________ Ayat : _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________5. ____________________________ Ayat : ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMABumi Indah Rakyat Bertuah

TAJUKManusia Dan Alam Sekitar

KEMAHIRANMenulis

KELOMPOKEmpat

TAHAPPENGUASAAN3. Murid berupaya mempamerkan tahap penguasaan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMenulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk surat, laporan dan cerita dengan jelas serta menggunakan bahasa yang santun.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Guru memberi contoh karangan berbentuk laporan kepada murid.2. Murid menulis semula laporan tersebut di dalam buku rampaian.3. Murid melengkapkan skrip laporan yang diberikan berdasarkan contoh yang diberi.

BAHAN BANTU1. Contoh skrip laporan2. Lembaran kerja3. Buku rampaian

Nama :.Tahun : 4 ..Lengkapkan laporan di bawah.Laporan Aktiviti Gotong-royong Membersihkan Taman Rekreasi AwanaPada 2 November 2014 yang lalu, Persatuan Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Bandar Awana telah mengadakan aktiviti (1) ______________________________________________________________________. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi. (2) _______________________________ disertai oleh lima puluh orang ahli persatuan dan empat orang (3)________________________________. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, penerangan tentang (4) ___________ semasa melakukan aktiviti gotong-royong diberikan oleh Encik Hanif selaku guru penasihat. Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada (5) _____________________. Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing. Selepas selesai (6) _______________________________, kami menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Guru-guru wanita turut sama menyediakan hidangan tengah hari. Semua yang terlibat berehat dan (7) _______________________________________________. Selain itu, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Awana mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami untuk membersihkan alam sekitar. Beliau mengingatkan kami supaya sentiasa (8) ________________________________________. Aktiviti ini tamat pada pukul 2.00 petang. Meskipun keletihan, masing-masing berasa gembira kerana telah memberi sumbangan untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Sekian, (9) ___________________________.

Disediakan oleh,4 November 2014Afiqah Nabilah (10) ___________________________Setiausaha, Persatuan Alam Sekitar,Sekolah Kebangsaan Bandar Awana.

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

TEMAMeneroka Sains Dan Teknologi

TAJUKBijak Mencipta

KEMAHIRANMenulis

KELOMPOKSatu

TAHAPPENGUASAAN4. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAANMenulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan jelas dan menggunakan bahasa yang gramatis.

AKTIVITIPENTAKSIRAN1. Murid membaca petikan rencana yang diberikan.2. Perbincangan tentang isi kandungan rencana. 3. Murid menjawab soalan kefahaman yang diberi.4. Murid diminta mengulas secara ringkas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.

BAHAN BANTU1. Petikan rencana2. Buku rampaian3. Lembaran Kerja

Nama :.Tahun : 4 ..Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian jawab soalan berdasarkan petikan tersebut.Troli Separa TerlantarKebanyakan warga emas bergerak dalam keadaan mengesot dan merangkak akibat keuzuran dan sudah terlantar kerana sakit tua. Ketidakupayaan itu hanya mengharapkan bantuan kudrat orang lain untuk bergerak. Menyelami kepayahan itu, Kumpulan Hibrid dan kakitangan Rumah Sri Kenangan, Taiping, mencipta alat bantuan pergerakan, iaitu Troli Separa Terlantar atau Trosepter. Trosepter yang dicipta khas menggunakan bahan terpakai dengan reka bentuk ringkas untuk memudahkan warga emas uzur bergerak sendiri di dalam kawasan sekitar tanpa bantuan orang lain. Trosepter dihasilkan daripada besi rangka katil yang telah rosak dibalut dengan fabric PVC yang diambil daripada kerusi roda terpakai dan dijadikan tempat duduk dan bersandar. PVC dipilih kerana tidak menyerap cecair dan mudah dilap. Justeru, pelbagai keunikannya, Trosepter dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Inovasi Sosial Kejayaan, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ketua Projek kumpulan Hibrid bersyukur atas kejayaan itu. Trosepter bukan sahaja sebagai alat bantuan holistik, malah memudahkan mereka bergerak ke sana sini.

1. Apakah maksud Trosepter ? Trosepter bermaksud ______________________________________________________.2. Apakah perkara yang menarik perhatian kamu tentang ciptaan ini ? Perkara yang menarik perhatian saya tentang ciptaan ini ialah_______________ ________________________________________________________________________.

3. Tulis ulasan tentang nilai murni yang kamu peroleh berdasarkan petikan dalam satu perenggan. __________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Menguasai

Tidak menguasai Tarikh :..

RujukanAspek-aspek Penting Kemahiran Berbahasa. Dipetik pada 3 Ogos 2014 daripada http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/aspek-aspek-penting- kemahiran- berbahasa.html

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Standard Kurikulum Dan Pentaksian Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4, Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia

Haji Razali Yahya. (2013). Inovasi Cemerlang KSSR Bahasa Malaysia Tahun 4, Selangor : Cemerlang Punlications Sdn. Bhd.

Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, Tan Kim Lan. (2014). Amalan Pentaksiran Dalam Matematik, Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/4-penanda-wacana.pdf

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2009). Modul Bahasa Melayu Pendidikan Rendah BMM3103, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dipetik pada 3 Ogos 2014 daripada http://pengajian-ipg.blogspot.com/2012/05/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Nur Hazliana Harun. (2014). Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia Tahun 4, Selangor : Penerbit Ilmu Bakti

Pengajaran Kemahiran BM (BM3104). Dipetik pada 1 Ogos 2014 daripada http://roslighani.blogspot.com/2012/07/pengajaran-kemahiran-bm-bmm3104.html

Pengajaran Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis. Dipetik pada 1 Ogos 2014 daripada http://asyiqazhad.blogspot.com/p/nota-bahasa-melayu.html

Rohayati A. Rahman, M. Azizi Sharar.(2012). Revisi Ekspres Bahasa Malaysia UPSR, Selangor : Penerbit Ilmu Bakti

Siti Sarah, Nur Farah Lo, Sarawati. (2014). KSSR Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Sharum Sameon, Kamarudin Jeon. (2015). On Fun Bahasa Malaysia Tahun 4, Selangor : Mybooks.com sdn. Bhd.