asg2

10

Click here to load reader

Upload: mastura-mdzin

Post on 03-Jul-2015

50 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asg2

KPS 6014

TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

TUGASAN 2

SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

NAMA : MASTURA BINTI MD ZIN

NO. MATRIK : M20122001666

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR AMIR HASSAN DAWI

Page 2: Asg2

PENGENALAN

Sebagai satu lanjutan kepada proses sosialisasi, sistem pendidikan mempunyai tugas

menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam

konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada

abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk

memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu

unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri

individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya

berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri

sendiri sebagai insan dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan

alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun,

visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan

juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani

masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang bermoral

tinggi.

Page 3: Asg2

ANALISIS POLISI PENDIDIKAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

STRUKTURAL-FUNGSIONAL

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang

menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan

manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori

fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana

sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang

mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur.

Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi.

Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau

keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian

utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan

kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat

dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam

masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan

perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial

kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan

sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di

kalangan remaja.

Page 4: Asg2

ANALISIS ISU : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERLAKUNYA

JENAYAH DI KALANGAN REMAJA.

1. Institusi Keluarga

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu

kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan

ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf

sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak.

Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan

menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.

James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan

anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan

ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang

penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami

dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada

kewujudan suasana harmonis.

2. Pihak Sekolah

Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang

lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai

dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber.

Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Pengetua /

Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Guru-

guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas

ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin

aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar. Kini, guru

tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang datang daripada pelbagai latar

belakang dan corak pendidikan ibu bapa.

Page 5: Asg2

Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak-

anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang

sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru.

Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup

mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah. Namun

kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai

cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membentuk

sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif

yang mungkin menimpa diri.

3. Media Massa / Internet

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi

masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih ini,

golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai

yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.

Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling

mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan

ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka

tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.

Selain daripada video cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui

internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya

membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul.

4. Rakan Sebaya

Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.

Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya merupakan sumber

yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga

berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari

keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib

dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan

Page 6: Asg2

anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik

perhatian orang lain.

Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya

hedonisme di kalangan remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah cukup

memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guru untuk membimbing dan

mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat.

Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah laku pelajar

terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan keciciran dalam

pelajaran.

Page 7: Asg2

MENGANALISIS ISU BERDASARKAN TIGA KONSEP SOSIOLOGI

Definisi Modenisasi

Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat

sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai

keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti,

hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah

sebagai gaya hidup moden.

Modenisasi

Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah

disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang

inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.

Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha

mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat

industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-

barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran

atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas –

diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak

diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima

pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini telah menyebabkan remaja

kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-

masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan

perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah.

Kelas Sosial

Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil

dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari

keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama

pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.

Page 8: Asg2

Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar.

Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat

menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur &

Ericson (1992); Kosterman (1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan

alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika

masalah ini tidak ditangani.

Budaya Sekolah

Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir

daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid

warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan

material ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah

penyelewengan budaya.

Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam

mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun,

terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di

sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya.

Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang

terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini

mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan

bersekolah. Antara contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah

seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal.

Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan

komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini

perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu

jenayah.

Page 9: Asg2

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah

disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat

banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang

utama isu ini.

Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar

bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini.

Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat

tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah

untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut

bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks

juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk

mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar.

Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga,

kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang

dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-

kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak

bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.

Page 10: Asg2

RUJUKAN

Amir Hassan, 2001. (Penteorian Sosiologi dan Pendidikan), Tanjong Malim: Quantum

Books.

Inkeles, Alex, 1982. (Apa Itu Sosiologi ?), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Noran Fauziah Yaakub, 1987. (Pengantar Sosiologi), Penerbit Fajar Bakti Sdn

Bhd. Petaling Jaya.

Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. (Sosiologi Pendidikan), Kuala Lumpur:

Heinemann.

Ting Chew Peh, 1979. (Konsep Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.