asean.org · web viewascc 22 menggalakkan perkongsian amalan baik dan pelajaran yang dipelajari...

29
Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 Pelan Induk Pengupayaan ASEAN 2025: Mengarusperdanakan Hak Asasi Orang Kurang Upaya I. Pengenalan 1.1 Promosi dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asas, pengukuhan demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan kepatuhan kepada kedaulatan undang-undang adalah antara prinsip dan tujuan utama ASEAN 1 . Para pemimpin ASEAN telah mengguna pakai ASEAN Human Rights Declaration (AHRD) 2 pada tahun 2012 untuk menegaskan semula prinsip-prinsip ini. Bersama Phnom Penh Statement on the Adoption of the AHRD, kedua-dua dokumen ini merangkumi komitmen kerajaan ASEAN untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asas rakyat ASEAN, termasuk Orang Kurang Upaya. Pada tahun 2016, semua negara anggota ASEAN telah meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Orang Kurang Upaya (United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities - CRPD). 1.2 Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ASEAN telah secara konsisten mengutamakan promosi dan perlindungan hak asasi Orang Kurang Upaya. Kerangka dasar ASEAN ke arah memajukan hak dan kebajikan Orang Kurang Upaya adalah hasil daripada Bali Declaration on the Enhancement of the Role and Participation of Persons with Disabilities in ASEAN Community 2011 yang menggesa kepada pencapaian perangkuman Orang Kurang Upaya melalui pembangunan pelan tindakan nasional, kepelbagaian perkhidmatan sosial, pembangunan skim keselamatan sosial, akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan. Deklarasi ini juga mengisytiharkan dan memperkenalkan Mobilisation Framework of the ASEAN Decade of Persons with Disabilities 2011-2020 untuk menggalakkan pembangunan inklusif Orang Kurang Upaya di ASEAN. Prinsip perangkuman, sebagai petunjuk dasar utama ASEAN, menjadi teras dalam semua inisiatif dan program ASEAN yang mengetengahkan Hak Asasi Orang Kurang Upaya dalam Komuniti ASEAN. Komitmen ASEAN ke arah komuniti inklusif yang termaktub dalam Visi Komuniti ASEAN 2025 (ASEAN Community Vision 2025) 3 , hala tuju strategik sepuluh tahun ASEAN, yang berhasrat mewujudkan komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat, "di mana rakyat menikmati hak asasi manusia dan kebebasan asasi, kualiti hidup yang lebih tinggi dan faedah pembangunan masyarakat." 1 ASEAN Charter, 2007 2 ASEAN Human Rights Declaration, 2012 3 ASEAN Community Vision 2025, 2015 Halaman 1/27

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Pelan Induk Pengupayaan ASEAN 2025:

Mengarusperdanakan Hak Asasi Orang Kurang Upaya

I. Pengenalan1.1 Promosi dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asas,

pengukuhan demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan kepatuhan kepada kedaulatan undang-undang adalah antara prinsip dan tujuan utama ASEAN1. Para pemimpin ASEAN telah mengguna pakai ASEAN Human Rights Declaration (AHRD)2 pada tahun 2012 untuk menegaskan semula prinsip-prinsip ini. Bersama Phnom Penh Statement on the Adoption of the AHRD, kedua-dua dokumen ini merangkumi komitmen kerajaan ASEAN untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asas rakyat ASEAN, termasuk Orang Kurang Upaya. Pada tahun 2016, semua negara anggota ASEAN telah meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Orang Kurang Upaya (United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities - CRPD).

1.2 Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ASEAN telah secara konsisten mengutamakan promosi dan perlindungan hak asasi Orang Kurang Upaya. Kerangka dasar ASEAN ke arah memajukan hak dan kebajikan Orang Kurang Upaya adalah hasil daripada Bali Declaration on the Enhancement of the Role and Participation of Persons with Disabilities in ASEAN Community 2011 yang menggesa kepada pencapaian perangkuman Orang Kurang Upaya melalui pembangunan pelan tindakan nasional, kepelbagaian perkhidmatan sosial, pembangunan skim keselamatan sosial, akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan. Deklarasi ini juga mengisytiharkan dan memperkenalkan Mobilisation Framework of the ASEAN Decade of Persons with Disabilities 2011-2020 untuk menggalakkan pembangunan inklusif Orang Kurang Upaya di ASEAN. Prinsip perangkuman, sebagai petunjuk dasar utama ASEAN, menjadi teras dalam semua inisiatif dan program ASEAN yang mengetengahkan Hak Asasi Orang Kurang Upaya dalam Komuniti ASEAN. Komitmen ASEAN ke arah komuniti inklusif yang termaktub dalam Visi Komuniti ASEAN 2025 (ASEAN Community Vision 2025)3 , hala tuju strategik sepuluh tahun ASEAN, yang berhasrat mewujudkan komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat, "di mana rakyat menikmati hak asasi manusia dan kebebasan asasi, kualiti hidup yang lebih tinggi dan faedah pembangunan masyarakat." Secara khusus, Rangka Tindakan Komuniti Socio-Budaya ASEAN 2025 (ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Blueprint 2025) menggariskan langkah-langkah strategik khusus yang bertujuan untuk mengurangkan

1 ASEAN Charter, 2007

2 ASEAN Human Rights Declaration, 2012

3 ASEAN Community Vision 2025, 2015Halaman 1/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

halangan dan memastikan kebolehcapaian Orang Kurang Upaya di samping menggalakkan dan melindungi hak asasi mereka.

1.3 Dengan ini, instrumen lain di peringkat serantau juga mengesahkan komitmen ASEAN dan menunjukkan persekitaran dasar yang teguh di rantau ini yang bertujuan untuk memperkasakan Orang Kurang Upaya. Ha Noi Declaration on the Enhancement of the Welfare and Development of ASEAN Women and Children 2010 bertujuan memastikan antara lain kesaksamaan gender dalam pendidikan dan kemasukan sekolah di kalangan kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berkeperluan khas. Kuala Lumpur Declaration on a People-Oriented, People-Centred ASEAN 2015 menggesa kepada promosi dan perlindungan Hak Asasi Orang Kurang Upaya serta mengetengahkan kepentingan dan kebajikan mereka dalam agenda masa depan ASEAN. ASEAN Declaration on Strengthening Education for Out-of-School Children and Youth (OOSCY) menyatakan bahawa akses kepada pendidikan adalah keutamaan untuk memastikan faedah yang optimum untuk semua kanak-kanak dan belia tanpa mengira kecacatan. Declaration on the Elimination of Violence Against Women and Elimination of Violence Against Children in ASEAN 2013 bertujuan untuk melindungi wanita dan kanak-kanak kurang upaya daripada semua bentuk keganasan, penyalahgunaan dan eksploitasi. ASEAN Declaration on Strengthening Social Protection 2013 menyatakan bahawa Orang Kurang Upaya berhak mendapat akses yang saksama terhadap perlindungan sosial dan menggesa negara anggota ASEAN untuk menyokong dasar, strategi dan mekanisme nasional untuk mempertingkatkan pelaksanaan program perlindungan sosial, serta sistem sasaran yang berkesan untuk memastikan perkhidmatan perlindungan sosial akan diberikan kepada orang yang memerlukan.

1.4 Perkembangan dasar-dasar penting di ASEAN untuk memacu hak asasi dan kebajikan Orang Kurang Upaya adalah diinspirasi dan menyumbang kepada pembangunan global. Antara yang paling utama ialah Agenda Pembangunan Lestari 2030 (2030 Agenda on Sustainable Development) dengan teras dasarnya bahawa tiada sesiapa tercicir yang sejajar dengan Visi ASEAN yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat. The Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific menggesa penggalakan penyertaan Orang Kurang Upaya dengan menghapuskan halangan dan meningkatkan aksesibiliti serta memastikan responsif gender, melalui pendekatan yang merentasi sektor dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. The Sendai Framework for Disaster Risk Reduction menggesa kepada tindakan merangkumi Orang Kurang Upaya terhadap bencana dan pemulihan daripada bencana supaya membina daya tahan Orang Kurang Upaya dan mengiktiraf peranan signifikan mereka dalam menilai risiko dan reka bentuk program. The New Urban Agenda menyeru kepada "pencapaian progresif kepada perumahan yang mencukupi untuk semua orang sebagai komponen hak terhadap taraf hidup yang memuaskan", termasuk Orang Kurang Upaya. Agenda ini juga menyeru penggalakan "langkah-langkah sesuai

Halaman 2/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

di bandar dan penempatan orang yang memudahkan akses kepada Orang Kurang Upaya secara sama rata dengan orang lain dalam persekitaran fizikal bandar, khususnya ruang awam, pengangkutan awam, perumahan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, maklumat dan komuniti awam (termasuk teknologi maklumat dan komunikasi dan sistem) serta kemudahan dan perkhidmatan lain yang terbuka atau disediakan kepada orang awam, di kawasan bandar dan luar bandar". Akhir sekali, agenda ini menggalakkan "penyertaan dan kerjasama yang berkesan di kalangan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk Orang Kurang Upaya, untuk mengenal pasti peluang bagi pembangunan ekonomi bandar dan menangani cabaran sedia ada dan yang baru". Perkembangan global ini, antara lain, mempengaruhi dan membentuk landskap dasar di ASEAN mengenai Orang Kurang Upaya.

1.5 Berdasarkan kepada perkembangan serantau dan global, terdapat peluang untuk memanfaatkan kerjasama di peringkat ASEAN untuk menggubal perundangan dan dasar ke arah pelaksanaan CRPD sepenuhnya di peringkat nasional, supaya menghapuskan diskriminasi dan halangan serta memastikan aksesibiliti Orang Kurang Upaya. Pada masa yang sama, tindakan di peringkat nasional dapat mengeratkan kerjasama serantau dengan menonjolkan isu-isu yang lebih berkesan untuk ditangani di peringkat serantau. Isu-isu tersebut termasuk impak integrasi Komuniti ASEAN, terutamanya integrasi ekonomi, untuk memastikan penggajian dan pekerjaan yang sepadan untuk Orang Kurang Upaya. Lebih penting lagi, untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang tercicir, agenda pasca 2020 mestilah bersasar dan secara sistematik termasuk; kanak-kanak kurang upaya, wanita kurang upaya, belia kurang upaya, warga emas kurang upaya, Orang Kurang Upaya yang terjejas oleh bencana, konflik dan krisis serta menjadi mangsa keganasan dan pemerdagangan.

II. Rasional

2.1 Seperti yang diperuntukkan, Mesyuarat Menteri Mengenai Kebajikan dan Pembangunan Sosial ASEAN (ASEAN Ministerial Meeting on Social Welfare and Development - AMMSWD) bertanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan sosial untuk golongan rentan termasuk Orang Kurang Upaya dan pelaksanaan CRPD di peringkat nasional dan serantau. AMMSWD menerajui proses pembangunan dan penyerahan Bali Declaration on the Enhancement of the Role and Participation of Persons with Disabilities in ASEAN Community 2011 untuk pengesahan oleh pemimpin-pemimpin pada tahun 2011. Bersama dengan instrumen lain, Deklarasi itu menggalakkan kerajaan dan organisasi masyarakat sivil, termasuk NGO, untuk bekerja rapat dengan badan sektoral ASEAN yang berkaitan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights - AICHR) dan Suruhanjaya mengenai Promosi dan

Halaman 3/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Perlindungan Hak Asasi Wanita dan Kanak-kanak ASEAN (ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children - ACWC), dalam usaha bersama untuk melindungi hak dan memenuhi keperluan Orang Kurang Upaya, terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan warga emas.

2.2 AICHR sebagai badan hak asasi manusia yang menyeluruh di ASEAN telah mula meningkatkan hak Orang Kurang Upaya dan menyumbang dalam menangani jurang pembangunan yang memberi kesan terhadap Orang Kurang Upaya di rantau ini sejak 2015. AICHR bekerjasama dengan badan sektoral ASEAN yang berkaitan dalam mempengerusikan bersama dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan mengenai Kebajikan dan Pembangunan Sosial (Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development - SOMSWD) - badan sokongan AMMSWD - Pasukan Petugas mengenai Mengarusperdanakan Hak Asasi Orang Kurang Upaya dalam Komuniti ASEAN (Pasukan Petugas) (Task Force on the Mainstreaming of the Rights of Persons with Disabilities in the ASEAN Community -Task Force) dengan mandat untuk membangunkan Pelan Induk Pengupayaan ini. Pasukan Petugas ini merupakan inisiatif pertama yang merentasi tonggak ASEAN untuk hak Orang Kurang Upaya dalam ASEAN yang terdiri daripada wakil AICHR, sepuluh wakil SOMSWD dan dua wakil ACWC.

2.3 Pembangunan Pelan Induk Pengupayaan ASEAN 2025: Mengarusperdanakan Hak Asasi Orang Kurang Upaya (Pelan Induk Pengupayaan) selari dengan visi yang dinyatakan dalam Bali Declaration on the Enhancement of the Role and Participation of Persons with Disabilities in ASEAN Community 2011 dengan mengambil kira Mobilisation Framework of the ASEAN Decade of Person with Disabilities 2011 - 2020 dan berdasarkan prinsip-prinsip panduan berikut:

1) Relevan. Hak Orang Kurang Upaya berkaitan dengan semua komuniti di bawah tonggak ASEAN serta visi dan pelan kerja mereka . Tindakan utama yang disenaraikan dalam Pelan Induk Pengupayaan menegaskan perkaitan tersebut dan akan menuju ke arah merealisasikan komuniti inklusif;

2) Kesalinglengkapan. Pelan Induk Pengupayaan saling melengkapi komitmen dan aspirasi sedia ada oleh pemimpin-pemimpin dan negara anggota ASEAN, terutamanya Visi Komuniti ASEAN 2025, dalam mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang inklusif bagi Orang Kurang Upaya;

3) Saling Berkait. Semua hak asasi manusia, termasuk hak asasi Orang Kurang Upaya, saling berkait dan bergantung. Penyelarasan antara badan sektoral dan penyertaan Orang Kurang Upaya dan organisasi mereka

Halaman 4/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

akan menjadi faktor utama dalam menjayakan pelaksanaan secara holistik Pelan Induk Pengupayaan ini.

Pembangunan Pelan Induk Pengupayaan juga mendapat manfaat daripada sumbangan kerajaan, persatuan Orang Kurang Upaya dan pihak berkepentingan utama lain melalui perundingan serantau Pasukan Petugas dan perundingan ASEAN Disability Forum (ADF), Asia-Pacific Development Centre on Disability (APCD) dan pakar mengenai hak asasi Orang Kurang Upaya.

2.4 Pelan Induk Pengupayaan mendapat manfaat hasil daripada konsultasi dengan badan sektoral ASEAN yang memberi komitmen melaksanakan Pelan Induk ini. Tambahan pula, Pelan Induk Pengupayaan telah dirujuk dengan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (ASEAN Political-Security Community - APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community - AEC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASEAN Socio-Cultural Community - ASCC) serta Sekretariat ASEAN mengesahkan komitmen mereka untuk menyokong pelaksanaannya.

2.5 Tujuan keseluruhan Pelan Pengupayaan adalah untuk menyumbang kepada peningkatan pelaksanaan CRPD di peringkat serantau, membina komuniti inklusif yang berdikari, kebebasan memilih dan penyertaan penuh dan berkesan Orang Kurang Upaya dalam semua aspek kehidupan dapat direalisasikan dan dikekalkan. Pelan Induk Pengupayaan bertujuan untuk mencapai kesaksamaan dan kualiti hidup yang tinggi untuk Orang Kurang Upaya, ahli keluarga mereka, pembantu peribadi dan penjaga, jika berkenaan.

2.6 Pelan Induk Pengupayaan juga bertujuan untuk melengkapi dan mengukuhkan Visi Komuniti ASEAN 2025 dalam Mengarusperdanakan Hak Asasi Orang Kurang Upaya yang merentasi ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN dan memupuk komitmen negara anggota ke arah komuniti yang inklusif. Pelan ini berpandukan prinsip asas bahawa semua tindakan yang berkaitan dengan Orang Kurang Upaya sama ada yang dilaksanakan oleh individu, institusi kebajikan sosial awam atau swasta, mahkamah perundangan, pihak berkuasa pentadbiran atau badan atau entiti perundangan, kepentingan dan keperluan mereka mesti dipertimbangkan, menyedari bahawa penyertaan dan mengarusperdanakan hendaklah dipromosikan dan pendekatan khusus dianggap sebagai usaha terakhir. Oleh sebab ASEAN mensasarkan untuk mencapai pembangunan mampan selaras dengan Agenda 2030, Pelan Induk Pengupayaan berfungsi sebagai instrumen utama dalam memacu dasar dan program yang inklusif bagi Orang Kurang Upaya.

2.7 Pelan Induk Pengupayaan bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi janji-janji negara anggota ASEAN kepada rakyat yang kurang upaya menerusi Bali Declaration dan Rangka Tindakan ASEAN 2025, ia juga bertujuan untuk

Halaman 5/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

membantu negara anggota ASEAN dalam menyelaraskan undang-undang dan dasar tempatan.

2.8 Pelan Induk Pengupayaan mematuhi prinsip umum CRPD, instrumen hak asasi manusia yang sama untuk semua negara anggota ASEAN, iaitu:

a. Menghormati maruah, autonomi individu termasuk kebebasan untuk membuat pilihan sendiri dan kebebasan seseorang;

b. Menghapuskan diskriminasi;c. Penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan dalam masyarakat;d. Menghormati perbezaan dan penerimaan Orang Kurang Upaya sebagai

sebahagian daripada kepelbagaian manusia dan kemanusiaan;e. Kesaksamaan peluang;f. Aksesibiliti;g. Kesaksamaan antara lelaki dan wanita;h. Menghormati perkembangan keupayaan kanak-kanak kurang upaya dan

menghormati hak asasi kanak-kanak kurang upaya untuk mengekalkan identiti.

III. Bidang Keutamaan / Tindakan Utama

3.1Pelan Induk Pengupayaan pada mulanya mengenal pasti bidang keutamaan/tindakan utama untuk meneruskan pelaksanaan Bali Declaration dan Mobilisation Framework supaya meningkatkan pelaksanaan CRPD. Bidang keutamaan/tindakan utama ini menekankan pengiktirafan kepentingan perangkuman Orang Kurang Upaya dalam persekitaran politik, undang-undang, ekonomi, sosial dan budaya serta pencapaian penuh hak asasi mereka.

3.2 Selain daripada pengiktirafan kepentingan yang sama bagi semua sasaran utama yang dinyatakan dalam Bali Declaration, Pelan Induk Pengupayaan juga menyedari cabaran dalam mengagihkan sumber ke arah pencapaian semua matlamat dalam jangka masa yang terhad. Oleh itu, Pelan Induk Pengupayaan bertujuan untuk memfokuskan usaha dan sumber ASEAN dalam bidang-bidang keutamaan yang selaras dengan ketiga-tiga Rangka Tindakan Komuniti ASEAN dan akan mewujudkan impak konkrit kepada rakyat ASEAN. Pelan Induk Pengupayaan ialah kerangka kerja yang terhad dan tidak merangkumi seluruh tanggungjawab dalam CRPD dan kerangka kerja lain yang disertai negara angota ASEAN, negara anggota amat digalakkan untuk mengambil tindakan yang seiring melangkaui bidang keutamaan Pelan Induk Pengupayaan. Maklumat mengenai pendekatan serta hasil usaha ini harus dikongsi bersama dengan para anggota dan pegawai ASEAN yang lain dalam dialog serantau pada masa depan.

Halaman 6/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

IV. Pelaksanaan

4.1 Pelan Induk Pengupayaan mengiktiraf obligasi negara anggota untuk menghormati, mempromosi, melindungi dan memenuhi Hak Asasi Orang Kurang Upaya yang dinyatakan dalam CRPD dan instrumen hak asasi manusia lain yang berkaitan dengan semua pemegang hak, terutamanya Orang Kurang Upaya. Untuk melaksanakan obligasi ini, negara anggota diharap dapat mewujudkan persekitaran yang mengupayakan, termasuk pembangunan kapasiti kedua-dua pelaksana kerajaan dan pemegang tugas, untuk meningkatkan pemahaman prinsip-prinsip hak asasi manusia dan penggunaannya yang berkesan. Dengan ini, Pelan Induk Pengupayaan akan digerakkan oleh badan sektoral yang berkaitan mengikut bidang keutamaan masing-masing dengan mengambil tindakan utama untuk mengarusperdanakan hak asasi Orang Kurang Upaya ke dalam program, projek dan aktiviti tertentu sebagai sebahagian daripada pelan kerja masing-masing, dan melaporkan kemajuan mereka di persidangan berkaitan.

4.2 AMMSWD sebagai pusat rujukan untuk kerjasama antara tonggak akan memantau pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan dan menerima laporan tahunan daripada Sekretariat ASEAN mengenai kemajuan pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan dalam ketiga-tiga Komuniti untuk penyatuan dan penyerahan laporan kepada ketiga-tiga Majlis Komuniti ASEAN.

4.3 Sekretariat ASEAN hendaklah melaporkan kemajuan pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan bagi ketiga-tiga Komuniti dalam Mesyuarat Perundingan Bersama (Joint Consultative Meeting - JCM).

4.4 The Coordinating Conference of the APSC (ASCCO), the Committee of the Whole (COW) for AEC dan the Coordinating Conference on the ASCC (SOC-COM) hendaklah mempunyai agenda tetap mengenai kemajuan pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan semasa persidangan masing-masing.

4.5 Pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan akan menggunakan strategi dan pendekatan yang memaksimumkan peranan organisasi dan badan ASEAN, menggalakkan penyertaan organisasi masyarakat sivil, khususnya persatuan Orang Kurang Upaya, untuk meningkatkan peluang penglibatan dan perkongsian pihak berkepentingan, termasuk persidangan kerjasama sektor awam-swasta dan orang awam (PPPP) yang berkala, keusahawanan sosial dan tanggungjawab sosial korporat untuk pembangunan inklusif dan lestari.

Halaman 7/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

V. Pemantauan dan Penilaian

5.1 Kajian dan penilaian Pelan Induk Pengupayaan akan menggunakan Monitoring and Evaluation - M&E Strategy and Results framework yang sedia ada atau yang dipersetujui, yang merangkumi sasaran, petunjuk dan kriteria penilaian. Pendekatan dan metodologi lain yang sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumpulan data secara sistematik serta penilaian kualitatif dan kuantitatif, digalakkan untuk menilai kesan dasar/program/projek hasil daripada Pelan Induk Pengupayaan di peringkat serantau, nasional dan sektor.

5.2 Penilaian Separuh Penggal bagi tempoh 2018-2021 dan Penilaian Akhir Penggal bagi tempoh 2021-2025 akan dijalankan untuk memantau kemajuan dan menilai hasil/impak ke arah pencapaian Pelan Induk Pengupayaan di bawah kepimpinan SOMSWD. Penilaian Separuh Penggal akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan bagi orang dengan pelbagai jenis kecacatan, termasuk antara lain pekerja asing yang kurang upaya.

5.3 Penyertaan organisasi masyarakat sivil, dan khususnya persatuan Orang Kurang Upaya, dalam pemantauan dan penilaian Pelan Induk Pengupayaan adalah penting untuk memastikan pelaksanaannya yang berkesan.

VI. Pembangunan Kapasiti dan Perkongsian untuk Perubahan

6.1 Orang Kurang Upaya, persatuan Orang Kurang Upaya, pegawai kerajaan yang berkaitan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain hendaklah dilibatkan dalam aktiviti pembangunan kapasiti supaya mereka berpeluang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran bersesuaian untuk menjadikan komitmen antarabangsa sebagai sesuatu yang berhasil di peringkat komuniti dan menggiatkan penyertaan Orang Kurang Upaya. Aktiviti pembangunan kapasiti akan tertumpu kepada peluang yang sama dan saksama untuk penyertaan sosial dan ekonomi, termasuklah bidang kesihatan, pendidikan, pekerjaan, perkhidmatan awam, inovasi teknologi, penglibatan kewangan, keusahawanan, penyesuaian munasabah pada pelbagai perkhidmatan dan mewujudkan persekitaran inklusif untuk proses kehakiman dan politik, acara sosial dan aktiviti riadah.

6.2 Pembangunan inklusif untuk Orang Kurang Upaya juga akan maju dengan berkongsi maklumat. Kebergunaan penyelidikan dan maklumat, termasuk data statistik, penerbitan penyelidikan dan maklumat tentang amalan terbaik dimaksimumkan melalui penyebaran secara meluas. Pengedaran yang

Halaman 8/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

berkesan termasuk bahan dan maklumat sedemikian serta instrumen antarabangsa boleh diakses dalam pelbagai bahasa dan format.

6.3 Sesi dialog dasar yang berkala akan diadakan untuk memastikan integrasi tiga tonggak Komuniti ASEAN mengenai isu-isu merentasi sektor berkaitan Orang Kurang Upaya penyertaan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk pegawai kerajaan, persatuan Orang Kurang Upaya dan organisasi masyarakat sivil.

Halaman 9/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Pelan Induk Pengupayaan ASEAN 2025:

Mengarusperdanakan Hak Orang Kurang Upaya

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

A. Komuniti Berdasarkan Peraturan, Berorientasikan Rakyat, Berpaksikan Rakyat

APSC 1 Menggalakkan semua langkah perundangan dan pentadbiran yang sesuai untuk mempromosi dan melindungi Hak Asasi Orang Kurang Upaya secara penuh dan mengambil bahagian dalam kehidupan dan politik untuk mengundi, dipilih dan mendapat keadilan secara sama rata dengan mereka yang tanpa kecacatan;

APSC 2 Menggalakkan akses kepada maklumat daripada laman sesawang sektor awam dan swasta yang munasabah untuk perkhidmatan mahkamah, pilihan raya, pilihan raya yang boleh diakses dan pusat pengundian reka bentuk sejagat, dan proses politik lain dengan membangunkan sistem inklusif untuk Orang Kurang Upaya dengan penggunaan teknologi baru dan format alternatif seperti braille, audio, penyarikataan tertutup dan/atau deskripsi audio untuk video, dan format elektronik dengan reka bentuk sejagat, menyediakan sari kata pada video dan televisyen, bantuan penterjemah bahasa isyarat profesional, dan bahan kartun untuk Orang Kurang Upaya pembelajaran;

APSC 3 Mewujudkan rangkaian profesional dan pertubuhan bantuan guaman yang boleh diakses khusus dalam Orang Kurang Upaya dan hak asasi manusia untuk memberikan bantuan undang-undang kepada Orang Kurang Upaya yang tidak mampu mendapat perwakilan undang-undang;

APSC 4 Menganjurkan latihan dan aktiviti pembangunan kapasiti mengenai perspektif Orang Kurang Upaya dan prinsip hak asasi manusia dan penggunaannya dalam kerja harian pengamal undang-undang seperti peguam, hakim, pendakwa, pegawai akhlak, pegawai kebajikan sosial, polis dan lain-lain sebagai cara menghormati, melindungi dan memenuhi hak-hak ini;

Halaman 10/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

APSC 5 Meningkatkan kesedaran badan kehakiman, badan politik dan suruhanjaya pilihan raya mengenai Hak Asasi Orang Kurang Upaya dan penglibatan Orang Kurang Upaya melalui sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia (International Day of Persons with Disabilities - IDPD) dan acara lain yang berkaitan, seperti acara kesenian dan sukan serta pelbagai media komunikasi dan maklumat;

APSC 6 Menggalakkan negara anggota ASEAN untuk meningkatkan penglibatan dengan Jawatankuasa PBB mengenai Hak Asasi Orang Kurang Upaya (UN Committee on the Rights of Persons with Disabilities) dan mekanisme antarabangsa yang lain terutamanya melalui penyerahan laporan negara mengenai pelaksanaan UNCRPD, UNCEDAW, dan UNCRC;

APSC 7 Memperkukuhkan rangkaian persatuan Orang Kurang Upaya dan agensi kerajaan yang mengendalikan kepentingan Orang Kurang Upaya di ASEAN dan menggalakkan penyelarasannya dengan rakan ASEAN dalam pelaksanaan komitmen hak asasi antarabangsa dan serantau yang berkesan melalui perkara berikut:

APSC 7.1 Membangunkan kumpulan pakar mengenai hak asasi Orang Kurang Upaya, termasuk pakar dalam kalangan Orang Kurang Upaya untuk meningkatkan pemahaman, pengetahuan dan penghargaan terhadap kepelbagaian cabaran dan inovasi dasar negara di negara anggota ASEAN, termasuk melalui Rangkaian Universiti ASEAN (ASEAN University Network - AUN) dan Pusat Pengajian ASEAN;

APSC 7.2 Menganjurkan aktiviti pembangunan kapasiti untuk pegawai kerajaan, kumpulan pemikir, belia dan organisasi masyarakat sivil (CSO) untuk berkongsi pengalaman mengenai demokrasi dan prinsip-prinsip penglibatan demokratik bagi Orang Kurang Upaya;

APSC 7.3 Menggalakkan dialog dan perkongsian

Halaman 11/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

inklusif dalam kalangan kerajaan dan pihak berkepentingan untuk membangun dan melaksanakan inisiatif yang boleh meningkatkan penyertaan dan keberkesanan tadbir urus Orang Kurang Upaya;

APSC 7.4 Menyokong Yayasan ASEAN untuk memperkukuh kerjasama dengan sektor swasta dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk menyemai tanggungjawab sosial korporat dalam menjadikan maklumat, perkhidmatan dan ruang sektor swasta turut melibatkan Orang Kurang Upaya;

APSC 7.5 Meningkatkan kerjasama antara ALAWMM dan ALA dan organisasi Track II yang lain termasuk persatuan Orang Kurang Upaya, melalui seminar, bengkel dan penyelidikan mengenai undang-undang antarabangsa, dan aplikasi konvensyen antarabangsa seperti CRPD pada kerangka undang-undang nasional;

APSC 7.6 Menggalakkan interaksi dan perundingan yang bersesuaian di kalangan AICHR, badan sektoral ASEAN yang berkaitan dan pihak berkepentingan lain, termasuk persatuan Orang Kurang Upaya dan CSO yang berkaitan dengan promosi dan perlindungan Hak Asasi Orang Kurang Upaya termasuk mengekalkan dialog serantau AICHR tahunan mengenai hak Orang Kurang Upaya;

APSC 7.7 Menggalakkan penglibatan persatuan Orang Kurang Upaya dengan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) dan kerajaan ASEAN di peringkat nasional dalam menggalakkan Komuniti ASEAN yang berasaskan peraturan, termasuk pelaksanaan Pelan Induk Pengupayaan ASEAN di peringkat nasional;

APSC 7.8 Menggalakkan aktiviti jangkauan dan bersama antara badan-badan ASEAN dan pihak

Halaman 12/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

berkepentingan ASEAN, termasuk persatuan Orang Kurang Upaya, Orang Kurang Upaya serta organisasi yang mewakili mereka di peringkat nasional dan serantau.

B.Kedamaian, Keamanan dan Kestabilan Serantau

APSC 8 Mengukuhkan dasar-dasar nasional dan tempatan untuk menyediakan apa juga yang munasabah kepada kanak-kanak, belia, wanita, dan warga emas yang sering mengalami beberapa bentuk ketidakupayaan akibat penuaan;

APSC 9 Menggalakkan kerjasama antara badan-badan sektoral dan persatuan Orang Kurang Upaya untuk menyumbang kepada pelaksanaan Work Programme of the ASEAN Plan of Action to Combat Transnational Crimes yang berkesan termasuk keganasan, ekstremisme ganas, pengedaran dadah secara haram, pemerdagangan orang termasuk wanita dan kanak-kanak kurang upaya, penyeludupan senjata, pelanunan, pengubahan wang haram, jenayah ekonomi antarabangsa dan jenayah siber;

APSC 10 Mempergiatusaha ke arah ASEAN Bebas Dadah dengan menghasilkan maklumat yang boleh diakses dan bahan kempen pendidikan untuk Orang Kurang Upaya dan menggalakkan institusi pemulihan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang mematuhi prinsip reka bentuk sejagat;

APSC 11 Memperluaskan perlindungan dengan kerjasama persatuan Orang Kurang Upaya bagi pelarian dan pencari suaka yang kurang upaya berdasarkan undang-undang antarabangsa dan nasional negara anggota ASEAN, termasuk UNCRPD;

APSC 12 Menyelaraskan usaha-usaha ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM), ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise (ARDEX) dan ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercise (ARF DiRex) dan peruntukan dalam ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency

Halaman 13/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

Response (AADMER), ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP) dan Declaration on One ASEAN One Response dengan kerangka kerja antarabangsa dan serantau berkaitan hak asasi manusia dan Orang Kurang Upaya untuk melindungi Hak Asasi Orang Kurang Upaya sebelum, semasa dan selepas bencana;

APSC 13 Membangunkan rancangan daya tahan bencana meliputi Orang Kurang Upaya melalui perundingan dengan persatuan Orang Kurang Upaya dan Orang Kurang Upaya termasuk peruntukan belanjawan, peranti bantuan, rawatan perubatan, kebolehcapaian terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan dan penginapan, persediaan semasa situasi kecemasan, strategi tindak balas bencana, pelan bantuan bencana dan perkhidmatan serta mekanisme pemantauan dan penilaian untuk mengurangkan kesan bencana ke atas Orang Kurang Upaya, khususnya wanita, kanak-kanak, warga emas;

APSC 14 Mewujudkan jaringan profesional dalam isu Orang Kurang Upaya dan hak asasi manusia dalam kalangan pengurus dan responden tindak balas kecemasan dan berunding dengan rangkaian persatuan Orang Kurang Upaya dalam perancangan, pelaksanaan, dan penilaian dasar dan program tentang persediaan semasa bencana dan situasi kecemasan;

APSC 15 Menggalakkan perkongsian inovasi, amalan terbaik dan pengajaran yang dipelajari mengenai rancangan, program dan prosedur pengurusan bencana meliputi Orang Kurang Upaya tetapi tidak terhad kepada dialog serantau dengan persatuan Orang Kurang Upaya, badan dan organisasi ASEAN serta pihak berkepentingan yang berkaitan;

APSC 16 Menyokong mekanisme penyelarasan yang berkesan di badan sektoral ASEAN, kementerian/institusi statistik nasional dan masyarakat tempatan yang akan memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyebaran statistik yang boleh dipercayai, koheren dan komprehensif mengenai orang yang sering terkesan dalam situasi bencana seperti

Halaman 14/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

kanak-kanak, wanita, warga emas dan Orang Kurang Upaya untuk memastikan bahawa maklumat tersebut menghasilkankeputusan mengenai pengagihanberkesan bagi sumber-sumber persediaan semasa bencana.

C. Pemusatan ASEAN dalam Rantau yang Dinamik dan Berpandangan Jauh

APSC 17 Menggalakkan mesyuarat berkala antara Pegawai-Pegawai Kanan yang berkaitan dengan persatuan Orang Kurang Upaya dan Orang Kurang Upaya tentang hala tuju strategik rantau ini untuk menegakkan hak Orang Kurang Upaya, selaras dengan visi 2025 "Forging Ahead Together";

APSC 18 Memudah cara usaha pembangunan kapasiti berterusan dan perkongsian dalam kalangan negara- anggota, organisasi dan badan ASEAN dengan persatuan Orang Kurang Upaya ke arah promosi dan perlindungan penuh serta berkesan ke atas Hak Asasi Orang Kurang Upaya dan penglibatan Orang Kurang Upaya dalam Komuniti ASEAN;

APSC 19 Menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan mesyuarat Badan Sektoral ASEAN dan mekanisme yang dipimpin oleh ASEAN tentang isu-isu silang berkaitan seperti promosi dan perlindungan hak asasi Orang Kurang Upaya dan penglibatan Orang Kurang Upaya di rantau ini;

APSC 20 Menggalakkan perkongsian baharu dengan negara dan organisasi berdasarkan kepentingan dan faedah bersama serta sokongan mereka terhadap ASEAN sebagai masyarakat yang mesra Orang Kurang Upaya, inklusif, dan komuniti yang mengupayakan orang kurang upaya.

D. Mengukuhkan Kapasiti dan Kewujudan Institusi ASEAN

APSC 21 Menggalakkan peranan ASEAN sebagai institusi utama yang melindungi Hak Asasi Orang Kurang Upaya termasuklah ketidakupayaan, terutamanya dengan meningkatkan keupayaan unit-unit berkaitan Sekretariat ASEAN;

APSC 22 Memperluaskan kewujudan dan nilai ASEAN sebagai komuniti yang berupaya dan masyarakat yang inklusif untuk semua Orang Kurang Upaya dan memperkukuhkan kapasiti dalam mempromosi dan

Halaman 15/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC)

2025

Tindakan Utama

melindungi hak asasi Orang Kurang Upaya dengan meningkatkan penglibatan antara Badan-badan Sektoral di bawah ASEAN, persatuan Orang Kurang Upaya dan pihak berkepentingan yang berkaitan;

APSC 23 Memastikan aktiviti dan program peningkatan kesedaran ASEAN adalah peka gender dan boleh diakses oleh semua bahagian masyarakat, termasuk Orang Kurang Upaya;

APSC 24 Menggalakkan negara anggota ASEAN untuk memasukkan aktiviti penyelarasan dan perangkuman Orang Kurang Upaya di peringkat ASEAN berkaitan promosi hak asasi orang kurang upaya ke dalam laporan CRPD.

Halaman 16/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025

Tindakan Utama

A. Ekonomi yang Bersepadu dan Kohesif

AEC 1 Membangunkan dasar-dasar yang menggalakkan perangkuman Orang Kurang Upaya dan perlindungan Hak Asasi Orang Kurang Upaya dalam menyelaraskan konsep CRPD dan untuk menghapuskan halangan terhadap peluang pekerjaan dan perniagaan serta menggalakkan persekitaran mesra OKU yang inklusif untuk keusahawanan, perusahaan, termasuk perusahaan sosial, koperasi dan perniagaan biasa dan e-dagang yang dijalankan oleh orang dengan atau tanpa kecacatan;

AEC 2 Meningkatkan peluang pasaran yang sama rata bagi Orang Kurang Upaya sebagai para pengguna, pelanggan, pembekal dan usahawan di semua negara anggota ASEAN dengan memudah cara perdagangan yang lebih inklusif, boleh guna dan meliberalisasikan perdagangan berasaskan perkhidmatan, perkhidmatan kewangan dan pemudahan pergerakan buruh mahir dan pengunjung perniagaan;

AEC 3 Meningkatkan penglibatan kewangan dengan menggalakkan pembangunan institusi kewangan, peralatan, dan cara menjalankan transaksi ekonomi boleh capai seperti bank, ATM, wang kertas dan duit syiling, kad debit/kredit, aplikasi dan laman sesawang perbankan dengan reka bentuk sejagat serta peningkatan literasi kewangan dan perlindungan pengguna;

AEC 4 Menggalakkan pusat sehenti usahawan untuk Orang Kurang Upaya bagi menyediakan maklumat serta penerangan tentang penubuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (Micro, Small, and Medium Enterprises - MSME), rangkaian dan pembiayaan untuk usahawan kurang upaya dan ahli keluarga mereka.

B. ASEAN yang Bersaing, Inovatif, dan Dinamik

AEC 5 Bekerjasama untuk meningkatkan kerangka kerja perlindungan pengguna ASEAN dengan memastikan bahawa ia meliputi semua pengguna, termasuk mereka yang kurang upaya, dengan membangun, menguatkuasa dan memantau undang-undang perlindungan pengguna yang inklusif, dan membetulkan mekanisme pembetulan sedia ada, termasuk mekanisme penyelesaian pertikaian

Halaman 17/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025

Tindakan Utama

alternatif yang boleh diakses;

AEC 6 Meningkatkan perlindungan hak harta intelek Orang Kurang Upaya;

AEC 7 Menggalakkan akses dan penggunaan bahan-bahan yang dilindungi oleh hak cipta untuk Orang Kurang Upaya dengan menggalakkan negara anggota ASEAN meratifikasi Marrakesh Treaty to Facilitate Access to Published Works for Persons Who Are Blind, Visually Impaired or Otherwise Print Disabled;

AEC 8 Memperluaskan sistem sokongan dan persekitaran dengan sumber manusia yang tangkas, pintar dan kreatif yang berkembang maju dalam penciptaan dan aplikasi pengetahuan dengan menggalakkan penggunaan teknologi yang boleh diakses dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta melibatkan individu seperti Orang Kurang Upaya menggunakan teknologi yang boleh diakses secara berterusan;

AEC 9 Menggalakkan ekonomi yang lebih inklusif di rantau ini dengan menggalakkan pengecualian cukai yang munasabah ke atas penjualan alat dan teknologi membantu dan/ atau penyesuaian yang digunakan oleh Orang Kurang Upaya dan warga emas untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam persekitaran yang masih belum boleh diakses dan diperkasakan;

AEC 10 Menggalakkan mengatur kedudukan dan penggunaan teknologi yang cekap, mempunyai impak persekitaran yang rendah, dan meningkatkan pergerakan Orang Kurang Upaya.

C. Mempertingkatkan kesinambungan dan kerjasama sektoral

AEC 11 Menggalakkan pengangkutan yang boleh diakses di ASEAN ke arah kesalinghubungan, kecekapan, integrasi, keselamatan dan kemampanan yang lebih baik untuk mengukuhkan daya saing ASEAN dan memupuk pertumbuhan dan pembangunan inklusif serantau dalam bidang pengangkutan darat serta rel, udara, maritim dan kemudahan pengangkutan, dan untuk merangkum pengangkutan yang mampan sebagai tumpuan utama sektor yang baharu kerana ia mempunyai peranan penting dalam pembangunan

Halaman 18/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025

Tindakan Utama

mampan di rantau ASEAN;

AEC 12 Menggalakkan projek-projek bandar pintar yang mempunyai infrastruktur dan teknologi inklusif yang dapat diakses oleh penduduk bandar kurang upaya;

AEC 13 Menggalakkan ICT inklusif dengan meningkatkan kebolehcapaian dan kebolehgunaannya bagi Orang Kurang Upaya dan dengan menaik taraf kemahiran digital di kalangan pemaju dan pengguna demi membentuk warga ASEAN dan pihak berkepentingan yang lebih perkasa dan berhubung secara digital;

AEC 14 Meneruskan galakan terhadap integrasi ekonomi serantau yang inklusif melalui kerjasama e-Dagang yang lebih intensif dengan menyelaraskan undang-undang hak dan perlindungan pengguna termasuk hak dan perlindungan undang-undang yang berkaitan dengan pengguna dan usahawan yang kurang upaya, menyelaraskan kerangka undang-undang untuk penyelesaian pertikaian secara atas talian yang boleh diakses dan penyelesaian pertikaian alternatif dengan meningkatkan penggunaan teknologi dan menggalakkan penggunaan skim e-pengenalan dan kebenaran (tandatangan elektronik) yang boleh dikendali, saling diiktiraf, selamat, dipercayai, boleh diakses, dan mesra pengguna;

AEC 15 Menggalakkan keselamatan makanan dan kebolehcapaian lanskap makanan di rantau ini dengan memperkasakan pengeluar dan pengguna kurang upaya menerusi usaha strategik seperti melatih petani kurang upaya dalam penggunaan teknologi baharu termasuk teknologi bantuan untuk pertanian, membangunkan pengangkutan awam yang komprehensif dan menyediakan sistem penghantaran makanan yang mampu milik dan boleh diakses;

AEC 16 Menggalakkan pembangunan pelancongan yang bertanggungjawab, mampan dan boleh diakses menerusi pengangkutan, komunikasi, dan infrastruktur di rantau ASEAN, dan mengukuhkan penyelarasan dan keupayaan komuniti tempatan dalam menyediakan

Halaman 19/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025

Tindakan Utama

penyesuaian munasabah untuk mengakses kemudahan dan perkhidmatan;

AEC 17 Menggalakkan pembangunan industri penjagaan kesihatan sejagat yang kukuh bagi menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, produk dan perkhidmatan yang boleh diakses serta mampu milik; proses pendaftaran dan pelabelan nutrisi boleh diakses termasuk kepada orang yang berpenglihatan terhad atau buta, dan Orang Korang Upaya dengan masalah pembelajaran dan memudahkan mobiliti para profesional penjagaan kesihatan termasuk pembantu penjagaan peribadi untuk Orang Kurang Upaya dan warga emas di rantau ini;

AEC 18 Menggalakkan sistem insentif dan mekanisme sokongan yang akan meningkatkan penglibatan wanita dan belia kurang upaya dalam teknologi sains dan inovasi.

D. ASEAN yang berdaya saing, inklusif, berorientasi dan berpaksikan kepadarakyat

AEC 19 Menggalakkan syarikat-syarikat untuk mengamalkan tanggungjawab sosial korporat dan menggalakkan pembangunan mampan, termasuk membangun dan melaksanakan inisiatif inklusif untuk Orang Kurang Upaya yang melengkapi Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (United Nations Guiding Principles on Business and Human Rights);

AEC 20 Menggalakkan produktiviti dan penglibatan MSME untuk orang kurang upaya dengan memaksimumkan potensi teknologi dan inovasi melalui pemahaman tentang trend utama dan menggalakkan pendidikan keusahawanan dan program pembangunan kapasiti;

AEC 21 Menyediakan sokongan kepada Orang Kurang Upaya untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan dengan menyediakan akses kepada pelbagai sumber kewangan yang responsif kepada status ekonomi Orang Kurang Upaya dan menyelaraskan proses bagi mendapatkan permit dan lesen;

AEC 22 Menggalakkan keusahawanan dan pembangunan modal insan Orang Kurang Upaya di

Halaman 20/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025

Tindakan Utama

ASEAN dengan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk keusahawanan melalui ASEAN SME On-line Academy yang boleh diakses oleh Orang Kurang Upay; dan meningkatkan pembangunan modal insan untuk MSME, terutamanya belia dan wanita kurang upaya;

AEC 23 Memupuk dan menyokong kumpulan sektor swasta dalam memulakan kumpulan berkelompok untuk melibatkan diri dalam isu-isu tertentu termasuk yang memberi kesan kepada usahawan kurang upaya;

AEC 24 Menggalakkan dan menyokong pewujudan peluang-peluang perniagaan inklusif bagi pertumbuhan serta pekerjaandan akses Oang urang Upaya kepada perkhidmatan kewangan.

E. ASEAN yang Global AEC 25 Menggalakkan ekonomi global yang inklusif dan tidak mendiskriminasi Orang Kurang Upaya di rantau ini melalui promosi peluang saksama dalam bidang pekerjaan, keusahawanan dan integrasi ekonomi untuk semua.

Halaman 21/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

(ASCC) 2025

Tindakan Utama

A. Melibat Urus dan Manfaat kepada Rakyat

ASCC 1 Menggalakkan hak asasi semua Orang Kurang Upaya terhadap penyertaan penuh, saksama dan berkesan dalam semua aspek kehidupan di semua negara anggota ASEAN;

ASCC 2 Meningkatkan akses kepada perlindungan sosial dan peluang ekonomi untuk mencapai kehidupan berdikari bagi Orang Kurang Upaya, memastikan hak mereka untuk hidup bermaruah dan diperkasa dalam komuniti yang terlibat, termasuk peluang untuk menikmati dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosio-budaya dan keagamaan, sukan dan riadah;

ASCC 3 Mengukuhkan aktiviti pembangunan kapasiti yang berkaitan dengan Orang Kurang Upaya dan ahli keluarga mereka, pembantu peribadi dan penjaga, memberi fokus kepada kepelbagaian, perangkuman, perubahan norma sosial, anti-stigma, prasangka dan diskriminasi secara tidak sedar terhadap Orang Kurang Upaya dan megaplikasikannya dalam peranan dan fungsi harian penyedia perkhidmatan, termasuk antara lain kakitangan awam, pengamal undang-undang, pegawai kebajikan sosial, pegawai penguatkuasa undang-undang dan penyedia penjagaan kesihatan;

ASCC 4 Memberi ruang dan peluang kepada Orang Kurang Upaya untuk mengambil bahagian secara aktif dan terlibat dalam proses membuat keputusan dalam kerja badan-badan, mekanisme dan platform yang berkaitan di bawah naungan ASCC, termasuk CSO, persatuan Orang Kurang Upaya, sektor swasta dan pihak berkepentingan lain.

ASCC 5 Meningkatkan ketersediaan dan kebolehcapaian laman sesawang; termasuk sektor awam dan swasta, khususnya perbankan atas talian; serta penggunaan teknologi baharu, teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi bantuan dan teknologi penyesuaian untuk Orang

Halaman 22/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

(ASCC) 2025

Tindakan Utama

Kurang Upaya.

B. Inklusif ASCC 6 Memperkenalkan dasar dan perundangan kebajikan dan kesihatan4 huluan, dan pendekatan berdasarkan hak asasi manusia arus perdana5 untuk Orang Kurang Upaya, terutamanya wanita dan kanak-kanak kurang upaya, bagi memastikan penjagaan kesihatan berkualiti yang saksama, boleh diakses dan menyeluruh, termasuk perkhidmatan kesihatan reproduktif dan seksual yang menangani cabaran dan keperluan seseorang dengan pelbagai jenis ketidakupayaan dan program pemulihan yang boleh mampu di semua negara anggota ASEAN;

ASCC 7 Mengiktiraf dan mengarusperdana Hak Asasi Orang Kurang Upaya untuk terlibat sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan masyarakat dengan menghormati autonomi, kebebasan dan keputusan yang diambil mereka dan memastikan bahawa perkhidmatan komuniti dan kemudahan yang bersifat responsif terhadap keperluan Orang Kurang Upaya;

ASCC 8 Menggalakkan penyelarasan dasar dan undang-undang buruh serantau dan nasional mengenai Hak Asasi Orang Kurang Upaya sejajar dengan Konvensyen ILO dan instrumen hak asasi manusia yang berkaitan terpakai kepada negara anggota ASEAN;

ASCC 9 Menggalakkan peluang pasaran yang saksama, mudah diakses dan inklusif bagi pengguna, pelanggan, pembekal dan usahawan di semuanegara anggota ASEAN, dan mempunyai pautan dengan inisiatif serantau;

ASCC 10 Menggalakkan produk yang dihasilkan oleh Orang Kurang Upaya ke pasaran yang lebih

4 Dasar kesihatan huluan termasuk pertimbangan penentu sosial, merangkumi ketidaksamaan sosial dan ekonomi serta faktor risiko alam sekitar yang menyebabkan hasil kesihatan yang kurang memuaskan.

5 Pengarusperdanaan hak asasi manusia adalah proses mengintegrasikan prinsip-prinsip hak asasi manusia seperti penglibatan, penyertaan, tidak diskriminasi, kesamarataan, dan kebolehcapaian. Sila dapatkan butiran lanjut mengenai Pengarusperdanaan hak asasi manusia, seperti yang digunakan dalam dokumen ini.

Halaman 23/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

(ASCC) 2025

Tindakan Utama

luas untuk meningkatkan permintaan terhadap produk-produk tersebut, termasuk melalui dasar dan peraturan perolehan negara;

ASCC 11 Menggalakkan Hak Asasi Orang Kurang Upaya sebagai teras nilai Komuniti ASEAN dengan memasukkan konsep keterangkuman Orang Kurang Upaya ke dalam kurikulum pengajian ASEAN yang akan digalakkan untuk diterima pakai oleh institusi-institusi pendidikan di negara anggota ASEAN;

ASCC 12 Memajukan sistem pendidikan dan aktiviti pembangunan kapasiti inklusif di semua peringkat dengan menggalakkan akses sejagat kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar, bersama dengan guru mereka, pentadbir sekolah dan kakitanganserta ibu bapa dengan atau tanpa kecacatan; melalui antara lain dengan menyediakan terjemahan bahasa isyarat dan pencatat.

ASCC 13 Mengiktiraf Hak Asasi Orang Kurang Upaya untuk hidup dengan pilihan mereka sendiri, dan untuk memastikan pelbagai pilihan berkaitan dengan hidup bermaruah6, membuat keputusan mereka sendiri dan menjamin autonomi bagi Orang Kurang Upaya berkaitan urusan hidup dan kebolehcapaian, serta melindungi mereka di dalam dan di luar rumahdaripada semua bentuk diskriminasi berasaskan kecacatan, penafian kebebasan, eksploitasi, penyalahgunaan dan keganasantermasuk diskriminasi dan keganasan berasaskan seks dan gender;

ASCC 14 Menyokong pembangunan pelbagai sumber budaya yang mengiktiraf penglibatan, maruah, dan hak yang saksama bagi Orang Kurang Upaya dan menerima perangkuman dan

6 Hidup bermaruah merujuk kepada hak untuk memilih di mana dan dengan siapa untuk hidup, tanpa kewajiban untuk terikat kepada urusan hidup tertentu; dan akses kepada pelbagai pilihan hidup, termasuk kehidupan yang disokong, dan perangkuman dalam masyarakat secara sama rata. Konsep hidup bermaruah adalah versi tambahan "hidup berdikari" (CRPD 19) dan menekankan budaya keluarga dan rumah, seperti yang diamalkan di negara anggota ASEAN.

Halaman 24/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

(ASCC) 2025

Tindakan Utama

penyertaan penuh dalam semua aspek kehidupan sosial dan budaya sebagai hak asas dan penyataan nilai bersama;

ASCC 15 Memastikan akses sejagat untuk persekitaran alam bina, terutamanya institusi dan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan undang-undang, agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi hak asasi manusia nasionalserta pejabat penyedia perkhidmatan, termasuk pengangkutan awam, menggunakan prinsip reka bentuk sejagat, dan teknologi maklumat dan komunikasi dengan tumpuan kepada isu gender dan pelbagai kumpulan umur di semua negara anggota ASEAN;

ASCC 15.1 Memastikan pengiktirafan bahasa isyarat nasional sebagai bahasa bagi orang pekak di semua negara anggota ASEAN;

ASCC 15.2 Membangunkan penggunaan bahasa isyarat nasional secara berterusan dalam bidang pendidikan di semua negara anggota ASEAN.

C. Mampan ASCC 16 Memastikan keperluan Orang Kurang Upaya disepadukan dalam proses mewujudkan akses yang saksama kepada persekitaran yang mampan bagi memupuk perubahan positif sosial dan pembangunan ekonomi serta menghubungkan secara positif dengan bandar, pinggir bandar dan luar bandar;

ASCC 17 Mengintegrasikan prinsip reka bentuk sejagat untuk Orang Kurang Upaya dalam semua pendekatan perancangan dan pengurusan bandar melalui pengukuhan dasar, perkongsian strategik dan penyelarasan dengan sektor yang berkaitan untuk sistem infrastruktur yang mampan dan boleh diakses untuk bandar-bandar yang boleh didiami dan ASEAN ‘hijau’;

ASCC 18 Menggalakkan penyertaan dengan komuniti dan kumpulan berkepentingan, khususnya Orang Kurang Upaya dalam

Halaman 25/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

(ASCC) 2025

Tindakan Utama

pembangunan tindakan menyeluruh dan koheren terhadap perubahan iklim, inventori Gas Rumah Hijau (GHG), dan penilaian kerentanan;

ASCC 19 Menggalakkan negara anggota ASEAN, institusi sektor, kumpulan sektor swasta dan ahli komuniti untuk mengarusperdana hak asasi manusia dan melindungi kepentingan Orang Kurang Upaya dalam melaksanakan penyesuaian dan pengurangan perubahan iklim, termasuk pengurusan risiko perubahan iklim serta pengurangan pelepasan GHG, pengurusan sisa yang baikdan kecekapan tenaga.

D. Berdaya tahan ASCC 20 Memastikan keselarasan undang-undang, dasar, pelan dan program pengurusan bencana nasional dan tempatan dengan pengurangan risiko bencana antarabangsa dan serantau serta kerangka kerja daya tahan untuk memupuk persekitaran yang lebih merangkumi Orang Kurang Upaya dan berdaya tahan bencana yang menjangkakan, menanggapi, mengatasi, dan mengadaptasi terhadap bencanadan membina semula dengan lebih baik dari awal, lebih pintar, dan lebih cepat di semua negara anggota ASEAN;

ASCC 21 Membangunkan pelan pemulihan bencana termasuk penilaian risiko, pelan tindak balas kecemasan, rancangan pemulihan dan baik pulih, memperuntukkan sumber dan memastikan penglibatan aktif Orang Kurang Upaya terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan warga emas;

ASCC 22 Menggalakkan perkongsian amalan baik dan pelajaran yang dipelajari tentang pengurangan risiko bencana untuk digunakan berserta langkah-langkah inovatif lain dalam mewujudkan rancangan, program dan prosedur pengurusan bencana yang meliputi Orang Kurang Uaya; menjalankan latihan dan aktiviti pembangunan kapasiti untuk pengurus tindak balas kecemasan tempatan, nasional dan komunitiserta responden

Halaman 26/27

Diterima pakai di Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN

(ASCC) 2025

Tindakan Utama

pertama;

ASCC 23 Memastikan Orang Kurang Upaya mempunyai akses kepada pejabat, kemudahan, peralatan dan sumber awam di peringkat nasional, tempatan dan komuniti yang digunakan dalam situasi kecemasan;

ASSC 24 Mereka bentuk mekanisme untuk, dan bertindak atas maklum balas daripada golongan Orang Kurang Upaya, menghormati maruah dan memastikan keselamatan mereka.

E. Dinamik ASCC 25 Menggalakkan latihan kemahiran inklusif berkaitan keusahawanan, termasuk meningkatkan kesedaran mengenai dasar dan perundangan, pemahaman pasaran, perolehan dan pengedaran, serta maklumat dan teknologi, dalam lanskap ekonomi yang berdaya saing, inovatif dan dinamik;

ASCC 26 Meningkatkan kesedaran institusi kewangan dan kakitangan sumber manusia mengenai Hak Asasi Orang Kurang Upaya dengan memberi tumpuan kepada kepelbagaian, kesaksamaan latihan, perangkuman, anti-stigma dan prasangka secara tidak sedar serta diskriminasi terhadap Orang Kurang Upaya;

ASCC 27 Menggalakkan pusat sehenti usahawan untuk Orang Kurang Upaya bagi menyediakan maklumat penting tentang pendanaan termasuk MSME permulaan; rangkaian usahawan; peralatan kewangan yang boleh diakses dan cara menjalankan transaksi ekonomi.

Halaman 27/27