asas jalur

7
cara pmbinaan kedalaman bhn yg dignekn fktor2 jenis fungsi kebaikn kbrukn Asas-asas cetek 1. Asas pad 2. Asas jalur 3. Asas rakit Asas Jalur - asas yang menanggung satu kumpulan tiang-tiang dan mampu bertindak sebagai asas tergantung. - boleh juga berfungsi untuk menanggung dinding penggalas beban. - bersesuaian bila beban tiang adalah kecil dan rapat antara satu sama lain. - juga sesuai bila asas dikenakan beban bergerak yang berat. Asas Jalur Asas jalur mangandungi jalur selanjar yang dibuat dari konkrit bagi menanggung dinding galas beban. Sebelum simen Portland diperkenalkan asas jalur biasanya di bina daripada batu bata. Lebar asas jalur bergantung pada kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tinggi kekuatan galas tanah semakin kecil lebar asa yang diperlukan untuk beban yang sama. Lebar minimum untuk satu asas jalur ialah 450mm. Asas ini selalunya dibina untuk dinding dinding penggalas beban (lihat rajah 4.6), dan untuk baris tiang yang berjarak tersangat dekat antara satu sama

Upload: puteri-buntat-cendawan-biru

Post on 22-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Asas

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Jalur

cara pmbinaankedalamanbhn yg digneknfktor2jenisfungsikebaikn kbrukn

Asas-asas cetek 1. Asas pad2. Asas jalur3. Asas rakit

Asas Jalur

- asas yang menanggung satu kumpulan tiang-tiang dan mampu bertindak sebagai asas tergantung.

- boleh juga berfungsi untuk menanggung dinding penggalas beban.

- bersesuaian bila beban tiang adalah kecil dan rapat antara satu sama lain.

- juga sesuai bila asas dikenakan beban bergerak yang berat.

Asas Jalur

Asas jalur mangandungi jalur selanjar yang dibuat dari konkrit bagi menanggung dinding galas beban. Sebelum simen Portland diperkenalkan asas jalur biasanya di bina daripada batu bata.

Lebar asas jalur bergantung pada kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tinggi kekuatan galas tanah semakin kecil lebar asa yang diperlukan untuk beban yang sama. Lebar minimum untuk satu asas jalur ialah 450mm. Asas ini selalunya dibina untuk dinding dinding penggalas beban (lihat rajah 4.6), dan untuk baris tiang yang berjarak tersangat dekat antara satu sama lain sehingga lebih menjimatkan untuk untuk membina asas jalur daripada asas pad.

JENIS – JENIS ASAS JALUR

Asas jalur kecil

Keupayaan galas tanah dan beban di atas asas hanya memerlukan asas jalur yang tidak lebar atau lebar sedikit daripada tebal dinding. Kedalaman tanah adalah sekurang-kurangnya 0.9m.

Page 2: Asas Jalur

Asas jalur lebar

Beban di atas asas adalah cukup besar berbanding dengan kekuatan galas tanah. Jadi ia perlulah menggunakan asas yang lebar untuk memindahkan beban.

Kriteria Rekabentuk Asas

Pelbagai kehendak dalam merekabentuk asas mestilah memenuhi prasyarat bagi keselamatan, kebolehpercayaan dan ketahanan fungsinya serta faktor ekonomi. Berikut adalah tiga kriteria rekabentuk asas dalam skop kejuruteraan tapak.

a) Faktor Keselamatan terhadap Kegagalan Keupayaan Galas

FK diperlukan bagi mengurangkan kebarangkalian terhadap kegagalan keupayaan galas. Pemilihan faktor keselamatan bergantung kepada umur jangkaan sesuatu struktur, akibat-akibat yang mungkin berlaku bila asas gagal, pengetahuan tentang profile sub tanah dan pengetahuan tentang berlakunya beban maksima. FK = 2.5 hingga 3.0 biasanya digunakan bagi kebanyakan bangunan dan didapati berkesan.

b) Had-had Enapan

Jumlah enapan mestilah kecil bagi mengelakkan kerosakan pada pelbagai pemasangan perkhidmatan dengan enapan kerbezaan biasanya lebih kritikal. Kebiasaannya sukar meramalkan enapan kerbezaan dari jumlah enapan kerana ketidakseragaman tanah. Namun begitu didapati enapan kerbezaan boleh dikaitkan dengan jumlah enapan. Oleh itu menghadkan jumlah enapan selalunya digunakan bagi mengawal enapan kerbezaan sesebuah bangunan/struktur. Enapan yang dibenarkan sehingga 25 mm adalah spesifikasi yang biasa digunakan dalam sesebuah bangunan komersil.

Jumlah enapan boleh direndahkan dengan cara-cara berikut ;

- menjalankan/melakukan lebih banyak penyiasatan tapak (sample lebih banyak).

- mengurangkan nilai tekanan galas yang dibenarkan yang diagihkan pada asas/tapak.

Enapan kerbezaan boleh dikurangkan dengan cara-cara berikut ;

- menyediakan saiz asas yang berbeza bergantung pada beban yang ditanggung oleh setiap asas.

- Struktur yang panjang boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil.

c) Kedalaman Asas

Pada amnya kedalaman asas mestilah sampai ke kedalaman yang secukupnya.

Page 3: Asas Jalur

- selamat dari perubahan isipadu tanah akibat dari cuaca bagi mengelakkan pergerakan struktur berlebihan akibat dari perubahan tersebut.

- Bahaya air yang meresip melalui bawah tanah kerana ia boleh memberi kesan kepada kestabilan asas.

- Diletakkan dilokasi yang selamat, berpandukan struktur di kawasan bersebelahan (jika ada).

- Kedalaman minima yang diamalkan oleh JKR ialah 5 kaki (1.5 m).

Faktor Pemilihan Sesuatu Jenis Asas

Faktor penting yang perlu diambil kira semasa memilih dan mereka bentuk asas ialah

keadaan tanah. Jenis serta saiz struktur asas yang akan dibina.

1. Keadaan Tanah

Keadaan tanah bagi sesuatu tapak binaan diperoleh daripada penyiasatan tanah yang dilakukan.

Hasil penyiasatan tanah menunjukkan keupayaan galas tanah dan kandungan lembapan dalam

tanah mempengaruhi kekuatan tanah. Untuk tujuan reka bentuk awal, BS 8004 memberikan

anggaran nilai keupayaan galas seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.0.

Jadual 1.0 menunjukkan jenis keupayaan galas berdasarkan CP 2004 : 1872 (BS 8004 : 1986).

Jenis tanah

Nilai

keupayaan

galas (kn/m2)

Catatan

- Kerikil tumpat atau pasir

tumpat dan kerikil

-Kerikil sederhana tumpat atau

pasir sederhana tumpat dan

kerikil.

-Kerikil longgar atau pasir

longgar dan kerikil.

>600

200 – 600

<200

Lebar asas (B) yang diambil

tudak kurang daripada 1m

(B ≥ 1m).

Aras air bumi sekurang –

kurangnya berada dibawah

Page 4: Asas Jalur

-Pasir padat.

-Pasir sederhana tumpat.

-Pasir longgar.

>300

100 – 300

<100

dasar asas.

-Tanah liat tongkol yang sangat

kaku dan tanah liat keras.

-Tanah liat kaku

-Tanah liat kukuh

-Tanah liat lembut dan kelodak.

300 – 600

150 – 300

75 – 150

< 75

Tertakluk pada enapan

pangukuhan jangka panjang.

2. Jenis dan Saiz Struktur Yang Akan Didirikan.

Walaupun syarat – syarat keadaan tanah dan kandungan lembapan tanah diikuti semasa proses

pemilihan jenis asas dibuat, faktor jenis dan saiz struktur binaan yang akan didirikan juga perlu

diambil kira.

Jadual 2.0 menunjukkan rumusan pemilihan jenis asas mengikut jenis dan saiz strukturnya.

Jadual 2.0 menunjukkan pemilihan jenis asas.

Jenis dan Saiz Struktur Jenis Asas

- Binaan yang mempunyai beban

struktur yang kecil dan kurang

daripada empat tingkat. Berbentuk

panjang dan berdinding.

Asas Jalur

- Binaan berkerangka kurang daripada

empat tingkat di mana struktur

disambungkan ke asas dengan

menggunakan tiang.

Asas pad dibawah setiap tiang

- Binaan yang kedudukan tiang yang

terlalu hamper dan dalam.Asas jalur bertiang

- Binaan dengan tiang dan dinding

yang berada pada struktur yang

Asas jalur bertiang dan dinding

Page 5: Asas Jalur

sama.

- Binaan dengan beban tiang yang

tinggi dan keupayaan galas yang

rendah.

Asas rakit dan asas cerucuk

- Binaan dengan luas asas bagi setiap

tiang melebihi separuh daripada

jumlah keluasan binaan.

- Binaan seperti tembok penahan yang

melibatkan kerja pembinaan

membrane kalis lembap.

Asas Rakit