asas fiqh-sumpah & nazar

27
Al-Aiman wa An-Nuzur (Sumpah dan Nazar) SITI SYAHIDAH BINTI ABU BAKAR ZIQRA HUSNA BINTI ZAKARIA NUR FITHRIYAANI SYAHIRROH BINTI SUHAIMI ZULAIHA BINTI MOHAMED USTAZAH HOLDIAH BINTI ABDUL HALIK

Upload: kmymky

Post on 22-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

slide show berkenaan dengan sumpah dan nazar dalam islam mengikut pendapat mazhab as-syafie

TRANSCRIPT

Slide 1

Al-Aiman wa An-Nuzur(Sumpah dan Nazar)SITI SYAHIDAH BINTI ABU BAKARZIQRA HUSNA BINTI ZAKARIANUR FITHRIYAANI SYAHIRROH BINTI SUHAIMIZULAIHA BINTI MOHAMED

USTAZAH HOLDIAH BINTI ABDUL HALIKAl-aiman Dari segi bahasa,berarti kekuatan. Ini telah disebutkan dalam firman allah:

Pasti kami rentap dia dengan yamin (tangan kanan/kekuatan) Kami.(Al-Haqqah: 45 )

Ia juga digunakan dengan makna sumpah disandarkan dengan perkara yang diagungkan. Dari segi istilah al-Aiman adalah bererti Mengukuhkan kata-kata yang tidak sabit kebenaran kandungannya dengan menyebutkan salah satu daripada nama-nama Allah Azzawajalla, ataupun menyebutkan salah satu sifat-Nya dengan lafaz yang tertentu.

TAKRIF AL-AIMANPENJELASAN TAKRIF DARI SEGI ISTILAH1) Penggunaan perkataan mengukuhkan dalam takrif tadi adalah yang diucapkan tanpa niat untuk melaksanakannya ataupun tanpa niat untuk membenarkannya, Contohnya seseorang yang menyatakan tidak, demi Allah, Ini tidak dianggap sumpah menurut istilah syarak .

Firman allah: Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.(Al-Maidah:89)

2) Penggunaan perkataan yang tidak sabit kebenaran kandungannya adalah untuk mengeluarkan kata-kata yang sabit kebenaran kandugannya secara pasti.

Termasuk dalam pengertian sumpah ialah sumpah terhadap perkara yang telah berlaku seperti kata-kata: Demi Allah! Saya tidak melakukan begitu

Firman allah: Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu) (At-taubah:74)

Begitu juga sumpah boleh berlaku terhadap perkara yang akan datang.

Hukum Sumpah dari Sudut Syarak

1) HARAM3) HARUS. Apabila menunjuk ke jalan benar ataupun melarang daripada kebatilan. 2)WAJIB. Apabila tiada cara lain melainkan dengan bersumpah untuk menyatakan hak orang yang dizalimi ataupun untuk menyatakan yang benar.4) SUNAT. Apabila sumpah itu sebagai jalan untuk memberikan kesan kepada para pendengarApakah syarat Syarat Sumpah?

3. Sumpahnya disertakan dengan salah satu perkara berikut:Zat Allah Azzawajalla

ii. Salah satu nama Allah Taala yang khusus bagi-NyaSeperti kata-kata: Aku bersumpah dengan kemuliaan Allah, atau dengan ilmu-Nya atau dengan kehendak-Nya ataupun dengan kekuasaan-Nya.

iii. Salah satu daripada sifat Allah

2. Bukan sumpah yang lagha (sia-sia)

1. Pelakunya hendaklah sudah akil balighDiangkat pena (tidak diperkirakan dosa) daripada tiga jenis manusia: Yang tidur sehinggalah ia bangun, kanak-kanak sehinggalah dia bermimpi (baligh) dan orang gila sehinggalah dia sedar (siuman)

hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (4403) dan selainnya daripada All r.a. daripada Nabi s.a.w.

Melaksana dan Melanggar Sumpah: Makna dan Hukumnya

Maksud melaksanakan sumpah ialah seseorang itu melaksanakan apa yang perlu dipenuhi dan pada sumpahnya, sekiranya sumpahnya berupa janji. Sekiranya sumpah Itu berupa perkhabaran tentang sesuatu perkara,maka dia mestilah benar di dalam dakwaannya.

Manakala melanggar sumpah bererti tidak memenuhi dan melaksanakan apa yang telah dijanjikan di dalam sumpahnya, sekiranya sumpahnya berupa janji dan kewajipan yang perlu dipenuhiHukum Melaksana dan Melanggar Sumpah

Keadaan pertama: Perlanggaran sumpah yang bermaksud pelakunya tidak melakukan apa yang disebut di dalam sumpahnya. Seperti seseorang bersumpah dengan nama Allah Taala bahawa dia akan bersedekah kepada orang fakir miskin pada hari yang ditentukannya. Lalu dia tidak bersedekah pada hari yang ditetapkan itu. Hukum perlanggaran ini ialah dia wajib mengkafarahkan penlanggaran sumpahnya.

Keadaan kedua: Perlanggaran sumpah berupa pendustaan terhadap perkhabaran yang hanya akan dapat dipercayai dengan sumpah. Contohnya seseorang itu berkata: Demi Allah! Sesungguhnya barang ini adalah milik saya, sedangkan dia mengetahui bahawa ia bukan miliknya. Sumpah seperti ini diniatkan sumpah ghamus (menenggelamkan) seperti yang telah dijelaskan.

KAFARAH SUMPAH Sesiapa yang melanggar sumpah ghamus (dusta) ataupun bukan ghamus maka dia wajib mengkafarahkannya. Dia boleh memilih salah satu daripada tiga perkara berikut:1. Membebaskan seorang hamba yang beriman, lelaki atau perempuan. Hal ini dilakukan jika ada hamba.

2.Memberi makan sepuluh orang fakir miskin. Setiap orang miskin diberikan secupak makanan asasi yang menjadi kebiasaan negeri tersebut. Secupak ialah kadar yang diketahui umum yang lebih kurang seberat 600 gm.

3. Memberi Kiswah (pakaian) untuk sepuluh orang fakir miskin dengan pakaian yang biasanya dipakai. Secara kebiasaannya Kiswah terdiri daripada baju, seluar, stokin dan penutup kepala dalam apa bentuk sekalipun. Semuanya ini dinamakan kiswah.

Dalil Wajibnya Kafarah Sumpah

MAKSUDNYA:

(Maksudnya) Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur. (Al-Maidah: 89)

NAZARTakrif :An nuzur adalah kata jamak bagi nazar. Bahasa : janji melakukan kebaikan ataupun keburukkanSyarak: janji melakukan kebaikan secara khususIstilah fuqaha : mewajibkan diri melakukan ibadat yang tidak diwajibkan oleh syarak secara mutlak ataupun ibadat yang bergantung kepada perkara lainHukum Nazar Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Oleh sebab ia itu para ulama feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir. Namun adalah lebih afdhal seseorang itu melakukan ibadat yang mahu dilakukannya tanpa mewajibkan perkara itu ke atas dirinya dengan menjadikannya nazar. Sedekah yang menjadi ibadat kepada Allah secara sukarela adalah lebih afdhal daripada sedekah yang diwajibkan dengan sebab nazar.

Dalilnya,hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari(6234) dan Muslim(1639):

Nabi s.a.w. melarang daripada melakukan nazar.Sabdanya: Sesungguhnya ia tidak akan menolak sesuatupun,tetapi ia hanya akan dilakukan oleh orang yang bakhil.JENIS-JENIS NAZARPertama : Nazar Lajaj

Ketiga : Nazar Mutlak

Kedua : Nazar al-Mujazat ( Mukafaat )

Pertama : Nazar Lajaj Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia berkata ketika dalam keadaan itu : Sekiranya aku bercakap dengan si fulan maka demi Allah atasku puasa sebulan.Kedua : Nazar al-Mujazat ( Mukafaat ) Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata :Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing.

Ketiga : Nazar Mutlak Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika hilang pertimbangan diri tetapi kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu berkata :Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis. Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan kerana orang yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan menghampirkan diri kepada Allah.Syarat-syarat NazarOrang Yang BernazarPerkara yang dinazarkanIslam.Tidak sah nazar orang kafir,kerana orang kafir tidak ada kelayakan untuk melakukan ibadat.Ini kerana ibadatnya tetapi tidak sah selagimana dia kafir.Orang Yang BernazarTaklif.Tidak sah nazar kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-duanya tiada kelayakan kewajipan.Sekiranya kedua-duanya mewajibkan diri mereka melakukan ibadat,ia tetap tidak akan menjadi wajib kerana mereka tiada kelayakan akan untuk melakukannya disebabkan tiada taklif dari sudut syarak.

Sukarela.Tidak sah nazar oarng yang dipaksa kerana Nabi s.a.w. telah bersabda:Tidak diperkirakan daripada ummatku kesilapan,kelupaan dan apa yang dipaksakan keatasnya.

Perkara yang dinazarkanHendaklah sesuatu yang dinazarkan itu berupa ibadat Maka tidak boleh barnazar terhadap perkara yang harus,iaitu perkara-perkara yang tidak menghasilkan dosa ataupun pahala apabila dilaksanakan atau ditinggalkan.Kalau seseorang bernazar untuk melakukan perbuatan yang harus ataupan bernazar meninggalkannya separti makan dan tidur,maka dia tidak wajib melaksanakan atau meninggalkannya dan tidak dikenakan apa-apa ke atasnya.

Perkara yang dinazarkan bukanlah termasuk perkara yang sememangnya telah diwajibkan secara fardu ain. Kalau seseorang bernazar untuk menunaikan sembahyang Zohor atau untuk mengeluarkan zakat hartanya,maka nazar ini adalah batal kerana ia tiada kesan baru terhadap perkara yang dinazarkan,kerana ia sememangnya telah diwajibkan ke atas orang yang bernazar tanpa perlukepada nazar lagi untuk menjadikan ia wajib.Jadi tiada makna untuk mewajibkannya (melalui nazar).

SEKIAN