asas ekonomi islam

Upload: zeti-akhtar

Post on 07-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Asas Ekonomi Islam

TRANSCRIPT

DEFINISI PERBANKAN ISLAMPerbankan Islam adalah aktiviti perbankan yang dijalankan berlandaskan prinsip Syariah. Perbankan Islam tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan perkongsian untung di dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam.

1.PRODUK PERBANKAN ISLAMBank Islam menawarkan kemudahan Akaun Simpanan Wadiah, saluran bijak untuk anda menyimpan wang anda berlandaskan kontrak Wadiah, kemudahan ini menyediakan anda kaedah simpanan selamat tanpa gangguan untuk wang anda dan memudahkan anda mengeluarkan wang itu apabila perlu.Simpanan (Al-Wadiah)BAHASA: Simpanan atau taruhan.ISTILAH: Satu akad perjanjian di antara pihak pemilik harta bersetuju meyerahkan hartanya atau mengamanahkan hartanya kepada seseorang tertentu atau kepada pihak tertentu dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya.Definisi Al-Wadiah Muamalah al-wadiah diimplimentasikan di institusi kewangan atau perbankan islam.Ia mrupakan salah satu produk dalam sistem perbankan islam yang ditawarkan kepada pelanggan khususnya orang islam. Ia merupakan adalah satu alternatif kepada tawaran perbankan konvensional yang berunsur riba.Produk ini disebut sebagai akaun.Al-wadiah ialah pemilik harta (mendeposit) megamanahkan atau menyimpan wangnya kepada pihak bank dengan tujuan untuk disimpan semata-mata. Al-Wadiah dalam bidang urusniaga bank Islam terdapat dalam dua bentuk : 1. Akauan semasa (Current Account) 2. Akauan simpanan (Saving Account)

2.PELABURANPelaburan di dalam Islam menggunakan konsep.a)Al-Mudharabahb)Al-Musyarakaha)Al-MudharabahMudharabah adalah akad antara pihak pemilik modal (shahibul mal) dengan pengelola (mudharib) untuk memperoleh pendapatan atau keuntungan.

Pendapatan atau keuntungantersebut dibagi berdasarkan nisbah yang telah disepakati di awal akad.Hukum Mudarabah; Mudarabah merupakan kontrak yang telah dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Kedua pihak yang melakukan mudarabah mestilah terdiri dari orang yang berkelayakan memberi wakil atau menerima wakil (wakalah). Tidak disyaratkan kedua belah pihak mesti terdiri dari orang Islam. Namun jika terdapat unsur haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan.Mudarabah dalam operasi perbankan dilaksanakan dengan persetujuan pembahagian untung rugi di antara bank dan pelanggan dan ia boleh didapati dalam bentuk; Akaun Pelaburan Akaun Simpanan Tetap Akaun Pelaburan Istimewab)Al-MusyarakahPerkongsian yang menetapkan hak ke atas dua pihak atau lebih dengan menyumbangkan modal dan keuntungan dibahagi sesama mereka. Musyarakah atau syarikat merupakan suatu gabungan modal atau usaha sama di kalangan ahli bagi membiayai sesuatu projek bagi menjana keuntungan, untuk perkhidmatan kebajikan masyarakat, memupuk hubungan baik dan menjalankan perintah agama. Keuntungan dan kerugian akan ditanggung bersama mengikut nisbah saham atau sumbangan modal masing-masing. Firman Allah yang bermaksud;Maka mereka bersekutu pada satu per tiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan).

Hukum musyarakah adalah seperti berikut; Syarikat akan terbatal apabila ahli menarik diri kerana seseorang ahli berhak menarik diri pada bila-bila masa atau disebabkan oleh kematian dan gila yang berterusan. Disebabkan ahli seorang yang amanah, segala dakwaan untung atau rugi dari seorang ahli diterima dan diperakui. Ahli tidak perlu bersumpah sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian kecuali ada penyaksian dan bukti.Dalam operasi bank aktiviti musyarakah wujud sama ada dalam pembiayaan pemilikan salah satu pihak (musyarakah mutanaqisah) atau menjadi syarikat bagi satu-satu projek.C) Instrumen Lain / Produk Perbankan Islam

BilKONSEPMAKSUD

1Al-Wadiah yad DhamanahIaitu suatu akad antara empunya produk dengan pihak yang menyimpan produk.Ia boleh berubah kepada Dhamanah di mana produk yang rosak,hilang atau musnah wajib diganti.

2Al-MudharabahSuatu akad antara dua orang / pihak yang melibatkan penyerahan harta oleh seseorang / satu pihak kepada seseorng lagi / pihak untuk berniaga dan berkongsi keuntungan dengan syarat-syarat tertentu.

3Al-MusyarakahSuatu akad antara pemegang-pemegang saham bersama rakan-rakan kongsi ke atas modal dan keuntungan.

4Al-MurabahahKaedah menjual sesuatu barangan dengan harga modal berserta dengan tambahan sejumlah keuntungan yang telah dipersetujui.

5

Bai Bithaman AjilAl-Bai Bithaman Ajil lebih dikenali sebagai jualan harga tertangguh. Urus niaga al-BaiBithaman Ajil melibatkan proses menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang dan ditangguhkan pembayarannya sehingga ke satu waktu atau tempoh yang telah ditetapkan.

6

Bai Al-DaynPembiayaan hutang dan peruntukan sumber kewangan yang diperlukan untuk pengeluaran, perdagangan dan perkhidmatan melalui jualan dan belian dokumen dan kertas perdagangan. Ini adalah kemudahan jangka pendek dalam tempoh matang setahun atau kurang daripadanya. Hanya dokumen yang menjadi bukti hutang dan transaksi komersial bona fide yang boleh diperdagangkan.

7

Al-IjarahMenjual manfaat (penggunaan) atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang ditetapkan. Kaedah ini digunakan dalam urusan sewa menyewa manfaat sesuatu harta benda dan juga upah mengupah untuk melakukan sesuatu kerja. Manfaat merujuk kepada penggunaan seperti kediaman bagi rumah, rumah, kenderaan dan sebagainya. Usahawan boleh menyewa 8 tapak kilang dan mesin untuk kerja-kerja pengeluaran dengan tempoh, kadar dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan tuanpunya harta

8Al-Ijarah Thumma Al-BaiDua elemen sewaan dan belian (sewa kemudian beli)

9BaiSalamSatu perjanjian dengan pembayaran dilakukan semasa akad sedangkan penyerahan barangan ditangguhkan ke suatu masa ditetapkan.

10

Bai Al- Istijrar (kontrak bekalan)Perjanjian di antara pembekal dan pelanggan , di mana pembekal bersetuju untuk membekalkan barangan tertentu secara berterusan kepada pelanggan (sebagai contoh secara bulanan) pada harga dan cara pembayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

11

Al-Qardhul Hasan(pinjaman kebajikan)Pinjaman yang diberi tanpa mengharapkan pulangan atau faedah.Peminjam hanya perlu membayar balik jumlah wang yang dipinjam tanpa dikenakan sebarang faedah.Walau bagaimanapun,peminjam digalakkan membayar lebih daripada jumlah yang dipinjam sebagai tanda penghargaan atau terima kaish.

12

Al-Kafalah (jaminan)Jaminan yang diberikan oleh individu kepada pemilik barangan, di mana pemilik menyimpan atau mendeposit barangannya kepada pihak ketiga,. Penjamin dan pihak ketiga perlu bertanggungjawab untuk memenuhi sebarang tuntutan pemilik ke atas barangannya.

13Al-Wakalah (pelantikan/wakil ejen)Seseorang melantik individu lain untuk melaksanakan suatu tugasan sebagai wakilnya.

14Al-Hiwalah(pemindahan hutang)Pemindahan wang/ hutang dari akaun penyimpanan/pemiutang kepada akaun penerima/penerima hutang,dan bayaran perkhidmatan akan dikenakan.

15 Al-Sarf(tukangan wang asing)Pembelian dan penjualan mata wang asing.

16Ar-RahnKonsep menjadikan suatu barangan yang berharga sebagai sandaran bagi hutang yang diambil di mana barangan ini boleh membayar hutang tersebut jika hutang tersebut tidak dijelaskan.

17Al-Ujr (Upah)Komisen atau yuran yang dikenakan untuk perkhidmatan yang diberi.

18Al-Hibah(Hadiah)Pemberian hadiah secara sukarela ke atas pinjaman yang diberikan.

d)Perbankan Konvesional Akaun simpanan Konvensional terbahagi kepada dua iaitu:a) akaun pelaburan pulangan tetap (fixed deposit)b) akaun simpanan biasaAkaun pelaburan pulangan tetap tidak syariah kerana akaun ini telah menetapkan jumlah pulangan semasa awal kontrak. Ia termasuk dalam Riba al-Qardh. Akaun Simpanan Biasa juga mempunyai polisi yang lebih kurang sama cuma faedah yang diterima lebih rendah.

3.PELAKSANAAN PRODUK PERBANKAN KONVENSIONAL / ISLAM.

BILPRODUK /PERKHIDMATAN PERBANKAN KONVENSIONALPRODUK / PERKHIDMATAN PERBANKAN ISLAM

1Akaun Semasa

Al-Wadiah Yad Dhamanah

2Akauan Simpanan

Al-Wadiah Yad Dhamanah

3Akaun pelaburan Am

Al-Mudharabah

4Akaun Pelaburan Khas

Al-Mudharabah

5Pelaburan dalam GICAl-Qardhu Hasan

6Pembiayaan pelaburan saham

Al-Mudharabah

7Pembiayaan perumahan

Bai Bithaman Ajil

8Pembiayaan kenderaanBai Bithaman Ajil atau Al-Ijarah Thummah Al-Bai