asal usul gerakan pendidikan muhammadiyah di indonesia · pdf filememecahkan masalah-masalah...

16
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 65 - 80 Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia MAMAN ABDUL MAJID BINFAS, MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH & AHMAD MUNAWAR ISMAIL ABSTRAK Sejarah penubuhan suatu organisasi tidak dapat dipisahkan daripada gagasan dan pemikiran pengasasnya. Orang- orang yang bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebut yang pada hakikatnya adalah perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Demikian halnya dengan Muhammadiyah, di Indonesia tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan sebagai pengasasnya. Lebih asas lagi, kelahirannya sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperolehi rujukan teologi, sebagaimana tercermin dalam pemaknaan atapun tafsiran surah al-Quran C ali Imran ayat 104. Artikel ini menggunakan metodologi kualitatif bersifat deskriptif analitikal , iaitu tulisan yang berusaha menggambarkan data yang sesuai keadaannya. Dalam memformat gerakan Muhammadiyah dalam konteks kelahirannya bukan hanya semata-mata teknikal tetapi juga didasari pada rujukan keagamaan yang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulama mengenai Kaedah “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, ertinya sekiranya suatu urusan tidak akan sempurna manakala tanpa alat, maka alat itu menjadi wajib adanya. Hal inilah yang membuat gerakan Muhammadiyah, terutama di bidang lembaga pendidikan semakin laju sejak didirikannya pada tahun 1912 hingga tahun 2010 telah berjumlah 16,942 buah. Kata kunci: asal usul, gerakan, pendidikan Muhammadiyah ABSTRACT The history of an organization cannot be separated from the ideas and thoughts of the founder. The individuals who join the organization as a conscious member has agreed to the policies and objectives of the organization which is in fact the embodiment of the idea and vision of its founders. As such Muhammadiyah will not be separated from Ahmad Dahlan as its founder. More fundamentally, the birth of the Muhammadiyah Islamic movement through the organisation, also obtain theology references as reflected in the meanings or interpretations of verses from the holy c ali Imran verse 104. This article is about history (origin) of Indonesian Muhammadiyah Education Movement using qualitative analytical descriptive methodology. The establishment of the Muhammadiyah movement is not purely technical but also was based on religious references about the nature on methods “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, meaning a business would not be perfect without tools, then the device becomes mandatory. This is also to make the Muhammadiyah movement, especially in the field of education board since it was founded in the year 1912 to 16,942 units grow faster in 2010. Key words: origin, movement. Muhammadiyah education PENGENALAN Sejarah pengasasan suatu organisasi tidak dapat dipisah daripada gagasan dan fikiran pengasasnya. Sebab orang-orang yang kemudian bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebut yang pada hakikatnya merupakan perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Persatuan Syarikat Islam Indonesia (PSII) tidak mungkin dipisah dengan Haji Oemar Said Cokroaminoto (HOS Cokroaminoto). NU tidak mungkin dipisah dengan Hasyim Asya’ari. Demikian juga Muhammadiyah tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan (Maman A. Majid Binfas 2003:29). “Lebih asas lagi, kelahiran Muhammadiyah sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperoleh rujukan teologi sebagaimana tercermin dari pemaknaan ataupun tafsiran surah al-Quran C ali Imran ayat ke-104: Yang ertinya bermaksud memerintah adanya “sekumpulan orang untuk mengajak kepada Islam, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar (Hamka 1990:5360). Pemaknaan ayat inilah menjadi inspirasi teologi amal yang mengandung makna perintah untuk gerak dalam sebuah gerakan, kerana dasar utama dalam memaknai ajaran Islam bukan sekadar menjadi seperangkat ajaran ritual-ibadah dan hubungan dengan Allah semata, tetapi justeru

Upload: phungdang

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 65International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 65 - 80

Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia

MAMAN ABDUL MAJID BINFAS, MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH & AHMAD MUNAWAR ISMAIL

ABSTRAK

Sejarah penubuhan suatu organisasi tidak dapat dipisahkan daripada gagasan dan pemikiran pengasasnya. Orang-orang yang bergabung menjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengan dasar dan matlamat organisasi tersebutyang pada hakikatnya adalah perwujudan daripada gagasan para pengasasnya. Demikian halnya denganMuhammadiyah, di Indonesia tidak mungkin dipisah daripada Ahmad Dahlan sebagai pengasasnya. Lebih asaslagi, kelahirannya sebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi juga memperolehi rujukan teologi, sebagaimanatercermin dalam pemaknaan atapun tafsiran surah al-Quran Cali Imran ayat 104. Artikel ini menggunakan metodologikualitatif bersifat deskriptif analitikal, iaitu tulisan yang berusaha menggambarkan data yang sesuai keadaannya.Dalam memformat gerakan Muhammadiyah dalam konteks kelahirannya bukan hanya semata-mata teknikal tetapijuga didasari pada rujukan keagamaan yang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulama mengenai Kaedah“mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”, ertinya sekiranya suatu urusan tidak akan sempurna manakalatanpa alat, maka alat itu menjadi wajib adanya. Hal inilah yang membuat gerakan Muhammadiyah, terutama dibidang lembaga pendidikan semakin laju sejak didirikannya pada tahun 1912 hingga tahun 2010 telah berjumlah16,942 buah.

Kata kunci: asal usul, gerakan, pendidikan Muhammadiyah

ABSTRACT

The history of an organization cannot be separated from the ideas and thoughts of the founder. The individuals whojoin the organization as a conscious member has agreed to the policies and objectives of the organization which is infact the embodiment of the idea and vision of its founders. As such Muhammadiyah will not be separated from AhmadDahlan as its founder. More fundamentally, the birth of the Muhammadiyah Islamic movement through the organisation,also obtain theology references as reflected in the meanings or interpretations of verses from the holy cali Imran verse104. This article is about history (origin) of Indonesian Muhammadiyah Education Movement using qualitativeanalytical descriptive methodology. The establishment of the Muhammadiyah movement is not purely technical butalso was based on religious references about the nature on methods “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihi fa huwâ wâjib”,meaning a business would not be perfect without tools, then the device becomes mandatory. This is also to make theMuhammadiyah movement, especially in the field of education board since it was founded in the year 1912 to 16,942units grow faster in 2010.

Key words: origin, movement. Muhammadiyah education

PENGENALAN

Sejarah pengasasan suatu organisasi tidak dapatdipisah daripada gagasan dan fikiran pengasasnya.Sebab orang-orang yang kemudian bergabungmenjadi ahli secara sedar telah bersetuju dengandasar dan matlamat organisasi tersebut yang padahakikatnya merupakan perwujudan daripada gagasanpara pengasasnya. Persatuan Syarikat IslamIndonesia (PSII) tidak mungkin dipisah dengan HajiOemar Said Cokroaminoto (HOS Cokroaminoto).NU tidak mungkin dipisah dengan Hasyim Asya’ari.Demikian juga Muhammadiyah tidak mungkin dipisahdaripada Ahmad Dahlan (Maman A. Majid Binfas

2003:29). “Lebih asas lagi, kelahiran Muhammadiyahsebagai gerakan Islam melalui sistem organisasi jugamemperoleh rujukan teologi sebagaimana tercermindari pemaknaan ataupun tafsiran surah al-Quran CaliImran ayat ke-104: Yang ertinya bermaksudmemerintah adanya “sekumpulan orang untukmengajak kepada Islam, menyuruh kepada yangma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar”(Hamka 1990:5360). Pemaknaan ayat inilah menjadiinspirasi teologi amal yang mengandung maknaperintah untuk gerak dalam sebuah gerakan, keranadasar utama dalam memaknai ajaran Islam bukansekadar menjadi seperangkat ajaran ritual-ibadahdan hubungan dengan Allah semata, tetapi justeru

Page 2: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

66 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

melakukan gerakan peduli dan terlibat dalammemecahkan masalah-masalah konkrit yangdihadapi manusia. Untuk itu, kajian ini akanmenghuraikan mengenai asal usul GerakanPendidikan, Muhammadiyah, KelahiranMuhammadiyah, dan Institusi PendidikanMuhammadiyah.

GERAKAN PENDIDIKAN

Gerakan pendidikan yang berpaksi ajaran tauhid,dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat yangmendasarinya, pendidikan Islam adalah suatupendidikan yang melatih perasaan murid-muriddengan cara begitu rupa sehingga dalam sikap hidup,tindakan, keputusan, dan pendekatan merekaterhadap segala jenis pengetahuan, mereka sangatdipengaruhi oleh nilai rohani dan sangat sedar akannilai aturan Islam, sebagaimana pengajaran yangtelah dicontohi oleh Rasulullah, dalam meletakkangaris-garis besar pemikiran pendidikan Islam dalamal-Qur’an (Syed Sajjad & Syed Ali 1986:2). SelepasRasulullah s.a.w. wafat, budaya gerakan pendidikanterus berkelanjutan sehingga ke semasa kini. Parasahabat meneruskan tugas Rasulullah sebagaimurabbi (pendidik) atau telah berkhidmat secarasukarela, tulus ikhlas, dari roh batin menjiwa, menjadidasar intisari geraknya sebagai pensyarah. Sehinggabudaya gerakan pendidikan Islam semakin lamasemakin berkembang dan diperbaharui sesuaimasanya.

Timbulnya budaya pengelolaan pendidikan disetiap Dawlah Islam yang muncul sehingga ajaranIslam berkembang dan masuk Alam Melayu.Pengaruh demikian memberi kepada sistempendidikan yang dikelola oleh gerakan-gerakan Islamdi Alam Melayu Terutama Dar al-Arqam, MusliminMalaysia (ISMA), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM),dan sebagainya di Malaysia. Penerusan pengaruhIslam sebagai pemaksa (force) dalam sesuatusebagai bentuk gerakan Islah di Tanah Melayu padatahun 1906 hingga 1948 (Roff 2003: 87). Walaupunkemuncak pengaruh Islam dalam satu gerakan politikdi Malaysia dengan kelahiran Hizbul Muslimin padabulan Mac 1948, pertubuhan ini dirancang sebagailandasan kepada perjuangan politik Islamsebagaimana Masyumi di Indonesia. Gagasanpembentukan seperti ini bersendikan cita-citaIslamiyah dan berimbas kepada pemikiran untukmemajukan pendidikan Islam (Mohamad Abu Bakar1997: 158). Cita-cita tersebut, boleh wujud tentunya

dengan gagasan gerakan pembaharuan termasukdalam hal pembaharuan pendidikan.

Gerakan pembaharuan pendidikan di Indonesiabermula dari Minangkabau, Sumatera Barat yangadalah kelanjutan dan perluasan daripada organisasipendidikan. Kemudian pembaharuan pendidikanyang dilakukan oleh masyarakat Arab di Indonesia,sehingga kebangkitan Islam semakin berkembangdalam membentuk organisasi-organisasi sosialkeagamaan (Azyumardi 2002:125). Sementara itu,hampir pada masa yang sama, pemerintah penjajahmenggunalaksanakan politik etik (Ethische Politiek)atau politik balas budi. Ini dilakukan oleh RatuWihelmina yang telah memutuskan polisi ini keranadesakan dan kritik-kritik daripada beberapa tokoh,seperti Van Deventer dan lain-lain (Mulyawan Karim2008, 5 Mei).

Selanjutnya, Belanda mendirikan sekolah-sekolah formal bagi bumiputra, terutama darikalangan keluarga kerajaan (priyayi) dan kaumbangsawan. Pendidikan Belanda tersebut membukamata kaum terpelajar akan keadaan masyarakatIndonesia. Pengetahuan mereka tentang kemiskinan,kebodohan, dan ketertindasan masyarakat Indonesia,pada saatnya mendorong lahirnya organisasi-organisasi sosial (Badri Yatim 2006:25). Lahirnyaorganisasi tersebut, menanda tumbuhnya benih-benihnasionalisme dalam pengertian moden. Daribeberapa insititusi atau organisasi massa Islam yangmasih wujud hingga ke masa kini, seperti Persis, AlIrsyad, Jami’at Khair, dan beberapa nama di luarjawa, meliputi Nahdlatul Wathan, Sumatera Thawali,dan lain-lain. Nampaknya hingga ke semasa kini,Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama (NU), lebihdikenali oleh masyarakat luas. Ini juga, tidak terlepasdaripada kerapnya kedua-dua organisasi masyarakat(ORMAS) tersebut, diwacanakan dalam pelbagaikajian ilmiah, sama ada oleh ilmuwan tempatanmahupun antarabangsa. Selain itu, kedua-dua ormasIslam terbesar di Indonesia tersebut juga memilikistruktur kepemimpinan yang sangat hierarki dariperingkat pusat di ibukota hingga keperingkatcawangan di kelurahan-kelurahan.

Memformat gerakan Islam melalui organisasidalam konteks kelahirannya, seperti organisasiMuhammadiyah juga bukanlah semata-mata isuteknikal tetapi juga didasari pada rujukan keagamaanyang selama ini melekat dalam alam fikiran para ulamamengenai qaidah “mâ lâ yatimm al-wâjib illâ bihifa huwâ wâjib” [suara-muhammadiyah.com 2012].Ertinya sekiranya sesuatu urusan tidak akansempurna tanpa alat, maka kewujudan alat itumenjadi wajib. Untuk itu dalam kajian; Sejarah (asal

Page 3: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 67

usul) Gerakan Muhammadiyah Indonesia akanbermula dengan mengenalpasti asal usul tentang jejaksejarah ditubuhkan sebuah gerakan yang dimaksud.

ASAL USUL MUHAMMADIYAH

Pengamalan ajaran Islam bercampur tanpa difahamsecara baik dan benar oleh penghulu agama keratondan oleh ramai umat Islam, baik berada dikalangankeraton Yogjakarta mahupun di seluruh wilayah diIndonesia terlebih khususnya lagi di masyarakatKauman Yogjakarta sebagai kampung halaman K.H.Ahmad Dahlan. Di sini bermula Kiyai Ahmad Dahlandibuatnya gelisah sungguh, dan merenung untukbertindak balas dalam meluruskan pemahaman yangbaik dan benar terhadap amalan-amalan ritualkeagamaan, yang sudah tidak sesuai akal sihat dalampengamalan ajaran agama Islam yang sesungguhnya.Misalnya, pengamalan ajaran agama tidak mendasardengan pemahaman yang benar seperti; tahyul,bidaah, dan khurafat. Hal tersebut, membuatkeadaan umat Islam semakin mengalamikemunduran dan kebekuan dalam berfikir, sehinggamereka berbuat hal yang tidak sesuai dengan ajaranal-Qur’an, sesuai dengan firman Allah yangbermaksud, yang ertinya;

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apayang tidak memberi manfaat dan tidak (pula)memberi mudharat kepadamu selain Allah (QS.Yunus 10:106); sebab jika kamu berbuat (yangdemikian), itu, maka sesungguhnya kamukalau begitu termasuk orang-orang yangzalim” (QS. Ghofir: 60).

Di samping, keadaan masyarakat yang ditindasoleh penjajah Belanda yang memang menginginkanrakyat Indonesia tetap bodoh, dan makin parah lagijusteru dilakukan oleh para penghulu agama Islampribumi yang tidak memahami ajaran agama yangbaik dan benar sesuai al-Quran dan Sunnah. JustruKiyai Ahmad Dahlan menjalankan gagasanpembaharuannya melalui pendidikan untukmencerahkan masyarakat dengan melakukan iaitu:pertama, memurnikan ajaran Islam denganmembersih amalan dan pengaruh yang bukan ajaranIslam, kedua, reformasi ajaran dan pendidikan Islam,ketiga, mereformasi doktrin-doktrin denganpandangan alam fikiran moden, keempat,mempertahankan ajaran Islam daripada pengaruhdan serangan daripada luar Islam (Yusran Asmuni2001:100). Oleh itu, untuk mengetahui kejayaan danasal usul Muhammadiyah dalam dunia pendidikan,

maka sepatutnya harus lebih dahulu mengenali KiyaiAhmad Dahlan.

K.H. Ahmad Dahlan

K.H. Ahmad Dahlan (KHAD) lahir di Kauman,Yogyakarta pada tahun 1868M (1285 H), danmeninggal pada 23 Februari 1923 M / 7 Rejab 1340Hijrah dalam usia 55 tahun. Beliau berakar darikeluarga dihormati dan terkenal alim dalam ilmuagama. Ayahnya bernama KH. Abu Bakar, seorangimam dan khatib Masjid besar Keraton Yogyakarta.Sementara ibunya bernama Aminah, putri KH.Ibrahim, iaitu mantan penghulu di KeratonYogyakarta (Delia Noer 1995: 48). Nama kecilnya,adalah Muhammad Darwisy, mengenai pertukarannamanya daripada Darwisy menjadi Ahmad Dahlan,terdapat beberapa pandangan. Konon, beliaumengganti namanya menjadi Haji Ahmad Dahlan,yang diambil daripada seorang mufti yang terkenaldari mazhab Syafi’i di Mekah, iaitu Ahmad bin ZainiDahlan. Pada versi lain mengatakan bahawapertukaran tersebut berlaku semasa beliau belajarpada Syeh Ahmad Khatib. Semasa itulah beliaumengganti namanya secara rasmi menjadi HajiAhmad Dahlan (Hasbullah 1995:95). Namun, jejakasal pergantian nama beliau menjadi Ahmad Dahlanadalah pemberian daripada seorang guru agamanyaSayyid Bakri Syaththa (penganut Imam Syafi’i) diMekah. Alasan pemberian nama Ahmad Dahlanadalah sebagai bentuk penghormatan kepadaseorang tokoh besar mazhab Syafi’i di Mekah,Ahmad ibn Zaini Dahlan (Ahmad Najib Burhani2004: 57).

Ahmad Dahlan dikenal sebagai seorang yangjujur dan sederhana, dan ini membuat beliau disukairamai orang. Untuk mempelajari ilmu-ilmu agamabeliau berpindah dari satu sekolah ke sekolah yanglain. Ahmad Dahlan memiliki sikap kritikal terhadappola pendidikan tradisional semasa itu, tetapi tidakpunya kekuatan untuk mengubahnya. Untuk itu,beliau menggunakan hati suci dan memfungsikan akalfikiran yang suci, merenung sambil berdoa dengansungguh-sungguh penuh ikhtiar guna mencari jalankeluar yang terbaik. Sehingga kemudian, beliaumemutuskan dengan berpendapat bahawa suatupengetahuan hanya akan bermanfaat sekiranya iadirealisasikan sesuai dengan keadaan, dan bahayabesar akan dihadapi, sekiranya setiap persoalan tidakdapat dipecahkan dengan “hati yang suci” atau“fikiran yang suci.” Tentunya gerak jiwa yang sucidengan do’a tulus ikhlas suci akan dikabul oleh Tuhan

Page 4: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

68 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

yang Maha Suci. Sememangnya Tuhan Maha Sucidan pemurah, tanpa diduga-duga oleh Ahmad Dahlan,Tuhan menggerakkan hati ayahnya, sehingga ayahbeliau meminta Ahmad Dahlan untuk melanjutpendidikannya ke Mekah tahun 1890 (MusthafaKamal Pasha 1975:8-9). Kemungkinan di sinilah,beliau berinteraksi dengan pemikir-pemikir danpembaharu dalam dunia Islam, selai melalui kitab-kitab yang dikarang oleh Muhammad Abduh, al-Afgani, Rasyid Ridha, dan Ibnu Taimiyah. Haltersebut, boleh dikatakan bahawa mungkin beliausemakin membuka wawasannya, mengenaigagasan-gagasan tentang reinterpretasi Islam dengangagasan kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah.Pemikiran tokoh-tokoh Islam tersebut, kemungkinanberpengaruh besar kepada beliau. Ahmad Dahlanjuga berguru pada Syaikh Ahmad Khatib (1899-1916), tokoh kelahiran Indonesia, yang di masa itumemegang posisi tertinggi dalam penguasaannya atasilmu-ilmu agama di Mekkah (Muhammad SyamsuAs 1999:245).

Pada tahun 1902 untuk kedua kalinya beliaumenunaikan ibadah Haji, peluang tersebut selaindimanfaatkan untuk berhaji, juga untuk lebihmemperluaskan lagi ufuk keilmuannya denganmenelaah kitab-kitab dari Mesir terutama kitab yangpaling disukai beliau seperti Tafsir MuhammadAbduh. Seterusnya, hal tersebut terbukti semasabeliau bertemu Syeikh Ahmad Sjoorkati yang sedangmembaca kitab tafsir Muhammad Abduh di dalam“kereta api,” dari Jakarta menuju Surabaya, lewatYogya dan Solo (Solichin Salam 1963:80). Daripadapertemuan tersebut, diduga kuat bahawa merekaberdua bertukar fikiran mengenai fahaman di dalamtafsir tersebut. Tafsir ini memberi cahaya terangdalam hatinya dan semakin membuka akalnya untukberfikir jauh ke hadapan tentang keadaan dan nasibumat Islam di tanah airnya.

Selanjutnya, menjadi pertanyaan; adakahkesamaan dan perbezaan antara Muhammad Abduhdengan KH. Ahmad Dahlan? Muhammad Abduhterkenal dengan ketajaman penanya, dan denganpenanya itu pula dituangnya segala fikiran dan cita-citanya, maka dalam hal ini berbeza halnya denganAhmad Dahlan (Solichin Salam 1963: 58). KH.Ahmad Dahlan oleh banyak pakar sering dinyatakansebagai tokoh pembaharu dan Muhammadiyahsebagai wadah gerakan pembaharuan. Namun, perludicatat bahawa gerakan pembaharuan yangdilakukan Muhammad Abduh adalah di laksanakandi negara-negara di mana institusi keagamaan danfasilitinya sudah tersedia dengan lengkap. BahkanMuhammad Abduh sendiri adalah salah seorang

ulama di Mesir yang mempunyai kedudukanterhormat di Universiti al Azhar dan Darul Ulum.Kedua universiti tersebut merupakan perguruantinggi yang sangat berwibawa dalam keilmuan agamaIslam, bukan sahaja di Mesir, namun juga di seluruhdunia Islam. Oleh demikian gagasan pembaharuanMuhammad Abduh merupakan gagasan intelektualyang telah di sokong oleh dua universiti besartersebut. Sedangkan gagasan pembaharuan yangdilakukan oleh Ahmad Dahlan sama sekali tidakmemperoleh sokongan daripada institusi pendidikanmana pun. Disebabkan di Indonesia pada masa itubelum ada sebuah sekolah pendidikan dasar dikalangan umat Islam, dapat difahami bahawagerakan pembaharuan Ahmad Dahlan bersifatsangat pratikal, ialah mengembangkan gagasan danfikiran serta mengusahakan fasiliti sendiri sebagaipenyokong untuk melaksanakan gagasan danfikirannya (Maman A. Majid Binfas 2003: 29).

Terlepas daripada itu gagasan untukmemperdalamkan lagi ilmu yang dicita-citanyatersebut, Kiyai Ahmad Dahlan semakin terus diasahdan dijayakan, dengan melakukan ibadah Haji keduakalinya dan bermukim di Mekah selama dua bulan.Pada masa-masa itulah, beliau bertemu danberkenalan dengan Rasyid Ridha yang kebetulansedang berada di Tanah Suci. Keduanya sempatbertukar fikiran sehingga cita-cita pembaharuanmeresap ke hati sanubari Kiyai Ahmad Dahlan.Daripada kisah mengenai keterpengaruhan KiyaiAhmad Dahlan secara intelektual dan semangatyang terkandung, sama ada dalam bentuk tulisanmahupun secara langsung yang diperolehinya diMekah tersebut, maka secara perlahan-lahanmempengaruhi pemikiran beliau untuk melakukanpembaharuan pemikiran keislaman di kampunghalamannya di Kauman, Yogyakarta.

Sekembalinya Ahmad Dahlan dari Mekah tahun1905, beliau menikah dengan Siti Walidah, anakperempuan seorang hakim di Yogyakarta yang kelakdikenal dengan Nyai Ahmad Dahlan, dan setelahkemerdekaan Indonesia diangkat menjadi salahseorang Pahlawan Nasional dan pendiri Aisyiyah(Syamsi Sumardjo 1976: 4). Dari perkahwinannyapertama dengan Siti Walidah, Ahmad Dahlan dianugerahi enam orang anak. Kedua, berkahwinNyai Abdullah berputra R.H. Duri. Ketiga,berkahwin dengan Nyai Rum adiknya KjahiMunawar Krapjak Jogja mempunyai anak namunmeninggal semasa bayi. Keempat, berkahwindengan Ibu Nyai Aisyah (adik Adjengan Penghulu)Cianjur dan mempunyai seorang anak yang bernamaDandanah. Kelima, Beliau pernah pula menikah

Page 5: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 69

dengan Nyai Yasin Pakualam Yogyakarta. Namun,dari isteri yang kedua sampai kelima tersebut,mereka adalah berstatus janda, dan isteri pertamalahyang paling lama hingga beliau meninggal dunia(Junus 1968: 9). Adapun hubungan beliau, sama adasebagai suami mahupun sebagai ayah kepada isteri-isteri dan anak-anaknya, adalah baik sesuai dengantuntutan agama Islam yang sesungguhnya.

Ahmad Dahlan mendapat sebutan Kiyai darimasyarakat sekembalinya beliau dari Mekah yangpertama. Sejak itu di mana-mana beliau dikenalidengan nama Kiyai Haji Ahmad Dahlan (KH AhmadDahlan). Kemudian, diangkat oleh Sri Sultan Agung(Sultan Hamengkubuwono VII) menjadi KhatibMasjid Besar Kauman Yogyakarta, dan dianugerahigelar khatib Amin (Deliar Noor 1980: 99). Gelar inidiperolehi, selepas kematian ayahnya pada tahun1890, sebagai seorang khatib beliau memikul amanahuntuk menyampai khutbah di Masjid Agung sebulansekali. Selain mengajar di suraunya, KH. AhmadDahlan juga adalah seorang peniaga batik yangberjaya dengan jaringan perniagaan di beberapabandar di Jawa sehingga ke Medan, Sumatera.Sikapnya yang amanah dan penghayatankeagamaannya menjadikan beliau amat disukai olehpara Kiyai sehingga diberi gelar sebagai ketib Aminatau Tibamin, iaitu khatib yang dapat dipercayai (A.Mukti Ali 1975:30). Kerana itu, beliau semakin turutmendapat kepercayaan para Kiyai dan usahawanMuslim di luar Jogjakarta sehingga pernahditawarkan untuk menjadi khatib di masjid Medan,walaupun beliau bukan orang tempatan. Di sampingitu, KH. Ahmad Dahlan selain tokoh masyarakatbeliau juga seorang tokoh nasional. Atas jasa-jasanyadalam membangkitkan kesedaran bangsa Indonesiamelalui pembaharuan Islam dan pendidikan, makaPemerintah Republik Indonesia menetapkannyasebagai Pahlawan Nasional dengan surat KeputusanPresiden no. 657 tahun 1961 (Junus Salam 1968: 8,VII-VIII). Bahkan Bung Karno sendiri adalahpengagum ajaran KH. Ahmad Dahlan sekaligussebagai anggota dan menjadi pengurus ketuapengajaran Muhammadiyah di Bengkulu, Sumatera.Dalam kadar Bung Karno dengan dinyatanya,sebagai berikut;

“Kita mengenal KH. Ahmad Dahlan, bukansetakat sebagai seorang pengasas dan bapakMuhammadiyah sahaja, akan tetapi beliau adalahsalah seoarng perintis kemerdekaan dan reformerIslam di Indonesia. KH. Ahmad Dahlan manusiaamal, manusia yang sepi ing pamrih, tapi rameing gawe; manusia yang berjiwa besar, yangdadanya penuh dengan cita-cita yang luhur,

penuh dengan semangat berjuang dan berkorbanuntuk kemuliaan agama” (Solichin Salam 1963:82, 130).

Meskipun K.H. Ahmad Dahlan sebagai salahseorang tokoh Nasional yang dihormati keranaketinggian ilmunya, namun pembaharuan yang ingindibawanya ketengah masyarakat muslim dalam soalmeluruskan dan meluaskan kefahaman dalam urusanibadah menimbulkan keresahan dan ketegangan.Beliau dituduh menyebar pemahaman Islam yanganeh dan belum diketahui oleh masyarakat setempat.Kepada anak-anak muridnya, beliau bukan sahajamengajar kitab-kitab klasik mazhab Imam as Syafiidan kitab tasauf al Ghazali tetapi juga kitab-kitabterkini karangan Syeikh Muhammad Abduh sepertiRisalah Tauhid, Tafseer Juzu’ Amma dan al Islamwal Nasraniyah dan karangan Ibnu Taimiyah sepertiFi al Bid’ah dan al Tawasul wal Wasilah. Ini mestifahami, kerana semua ulama yang kembali dariMekah dan Mesir pada awal kurun abad ke 20,KH.Ahmad Dahlan juga terdedah kepada fikrahpembaharu Islam Syeikh Muhammad Abduh, SayyidJamaluddin al Afghani dan Sayyid Rashid Ridha,diperkirakan berlangsung antara tahun 1890-1905.Meskipun mereka bergurukan imam-imambermazhab Syafi’i seperti Syeikh Ahmad Khatib dariMinangkabau di Mekah, namun guru-guru inimemperlihatkan sikap keterbukaan terhadappelbagai mazhab fiqh dan aliran pemikiran Islammoden. Pendedahan dan keterbukaan ini boleh dilihatdaripada produk ulama-ulama yang kembali ke tanahair pada pada zaman itu seperti H. Agus Salim yangmendapat bimbingan peribadi (personal coaching)daripada Syeikh Ahmad Khatib, ulama-ulama yangdisebut sebagai ‘kaum muda’ seperti Syeikh AbdulKarim Amrullah, Syeikh Jamil Jambek, Syeikh AbbasAbdullah, Sayyid Syeikh al Hadi dan Syeikh TahirJalaluddin, ulama yang mempelopori jihad melawanpenjajah seperti Teungku Muhammad Saman ataudikenal dengan Teungku Cik di Tiro (Aceh) dan Hj.Mat Hassan bin Panglima Munas atau Tuk Janggut(Pasir Puteh, Kelantan). Mereka ini adalah ulamapembaharu atau reformis yang tidak mengikat dirikepada mazhab yang tertentu, mementingkan ilmumoden yang dikuasai oleh barat, memerangi bid’ahdan semua amalan yang tiada asasnya dalam syariat,menolak taqlid dan menggalakkan ijtihad dalam isu-isu terkini yang dihadapi umat Islam (Junus Salam1968: 8,12).

Termasuk mengenai hal-hal pembaharuan Islamyang cukup asli dari Kiyai Ahmad Dahlan dapatdirujuk pada pemahaman dan pengamalan Surat Al-

Page 6: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

70 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

Ma’un. Gagasan dan pelajaran tentang Surat Al-Maun, adalah contoh lain yang paling monumentaldaripada pembaharuan yang berorientasi kepadaamal sosial-kesejahteraan, yang kemudianmelahirkan institusi Penolong KesengsaraanOemoem (PKO). Langkah monumental ini dalamwacana Islam kontemporer disebut sebagai “teologitransformatif”, kerana Islam bukan sekadar menjadiseperangkat ajaran ibadah dan hubungan denganAllah (hablu min Allah) semata, tetapi justerumemperhatikan dan terlibat dalam memecahkanmasalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia.Inilah teologi amal yang khas daripada Kiyai AhmadDahlan sebagai bentuk daripada gagasan dan amalpembaharuan lainnya di negeri ini. Di samping itu,keberanian Kiyai Ahmad Dahlan berdialog dengansesiapapun untuk mencari kebenaran yangsesungguhnya, maka beliau bukan sahaja dilihathanya mengajar dari kitab-kitab yang asing bahkanbeliau menggunakan pelbagai pendekatan termasukberkelah, bersukan, menyanyi dan bermain muzikuntuk meluas pandangan anak-anak muridnya. Alat-alat muzik yang digunakan pula tidak terbatas kepadapercussion (gendang dan seumpamanya) tetapi jugaalat-alat muzik moden seperti accordian, dan bahkanKH. Ahmad Dahlan sangat cekap dalam bermainbiola. Lebih fleksibel lagi KH.Ahmad Dahlan telahmengubah lagu-lagu gereja kepada nasyid denganmemberi nafas Islam. Keadaan ini adakalanyamenimbulkan ketegangan sehingga kepada tahapcercaan dan surau tempat beliau mengajar kerapmenjadi sasaran lemparan mercun (Usman Yatimdan Almisar Hamid 1993:22). Namun, sikapkontroversi terbesar yang ditimbul oleh KH.AhmadDahlan ialah berkaitan perubahan kiblat pada MasjidAgung Keraton, Yogyakarta. Berdasar ilmumatematik/falak yang dipelajarinya di Mekah dariKiyai Jambek, arah kiblat sepatutnya ke utarasebanyak 24.5 darjah. Sejak daripada awal umatIslam di Pulau Jawa menghadap kiblat lurus kesebelah barat kerana kedudukan Mekah di sebelahbarat Jawa. Menurut KH.Ahmad Dahlan arah kiblattersebut perlu diperbetulkan kerana ia berkait dengankesempurnaan ibadah sholat. Untuk mengemukakanpandangan ini, beliau telah mengundang para ulamadalam sebuah pertemuan pada tahun 1898 khususnyauntuk membincangkan permasalahan kiblat (Mt.Arifin 1987:87). Meskipun belum ada kesepakatandalam pertemuan tersebut KH.Ahmad Dahlan dihitung berjaya memaparkan isu kedudukan kiblatuntuk pertimbangan ulama di kawasan sekitarYogyakarta. Tetapi anak-anak muda secarareaksionari telah mengubah kiblat di surau Kidul

dengan melukis garis-garis saf yang baharumengguna kapur putih. Sewaktu surau di Kiduldibesarkan, saf sholat diubah arahnya sehinggamenjadi satu-satunya tempat ibadat di Yogyakartayang berbeza kiblatnya. Kontroversi ini berlanjutanapabila murid-muridnya membuat pula garis-garissaf baru di Masjid Agung. Hal ini menimbulkankemarahan Kanjeng penghulu KholilKamaludiningrat yang menganggap KH. AhmadDahlan telah menganggu kerukunan beribadah danmenimbulkan keresahan. Oleh itu, KH. AhmadDahlan dijatuhkan tiga kesalahan. Pertama MasjidAgung adalah wewenangan kanjeng penghulu yangdilantik Sultan. Jadi tindakan mengubah kiblat tanpakeizinan penghulu melanggar birokrasi pentadbiranKesultanan. Kedua KH. Ahmad Dahlan sendirisebagai abdi dalem juga bertanggungjawab kepadaSultan dan tindakannya itu jelas melanggarkedaulatan kesultanan. Ketiga tindakan mengubahkiblat ini dilihat melanggar tradisi dan adat istiadat.Langkah seterusnya ialah merobohkan surau kiduldi bawah pengawasan polis Belanda. Keadaan inihampir mencetus pergaduhan, tetapi oleh keranasemasa itu bulan puasa, maka KH.Ahmad Dahlandan anak-anak muridnya menahan diri daripadapergaduhan.

Peristiwa perobohan surau ini benar-benarmengecewakan KH.Ahmad Dahlan sehingga beliaubertekad untuk berhijrah dari Yogyakarta tetapidihalang oleh iparnya Kiyai H. Saleh. Selepas KiyaiH. Saleh berjanji untuk membantu beliaumembangunkan semula surau kidul KH. AhmadDahlan bersetuju untuk membatal niatnya berpindah.Atas sokongan keluarga, surau kidul dibangun semuladengan mengarah kepada kiblat asal, iaitu ke sebelahbarat. Tetapi KH. Ahmad Dahlan tetap menandagaris-garis saf yang sebetulnya dan tindakan ini tidakmengundang apa-apa bantahan daripada masyarakat(Solichin Salam 1962:55). Langkah seterusnya, ialahKH. Ahmad Dahlan telah menghubungi SayyidUthman al Habsyi, seorang ahli ilmu geografi yangterkenal di Betawi (Jakarta) untuk menyemakketepatan arah kiblat yang dikira berdasar ilmu falaq.Jadi apa yang dilakukan oleh KH. Ahmad Dahlantersebut di atas, adalah langkah-langkahpembaharuan yang sangat berani di tengah statusquo kekuasaan yang kukuh dan ini membuatpenguasa semasa itu merasa terancam dan ketakutankehilangan jabatannya. Hal itu menimbulkankemarahan Kanjeng penghulu KholilKamaludiningrat dengan menjatuhkan hukumankepada Kiyai dengan tuduhan tiga kesalahansebagaimana telah dihurai sebelum ini. Namun, KH.

Page 7: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 71

Ahmad Dahlan tidak peduli dengan tuduhan tersebutdan terus melakukan langkah-langkah pembaharuanguna mencerahkan umat dan bangsanya. Jejak yangdilakukan oleh Kiyai Ahmad Dahlan tersebut, terpatridalam hati dan fikiran kader-kader dan pengikutnyayang bergabung dalam Muhammadiyah, sepertiBung Karno (Soekarno, presiden pertama Indonesia),Tan Malaka, Jenderal Sudirman (Panglima petamaTNI), Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA),M. Amien Rais, dan lain-lain sehingga kehari ini sertaakan datang masih terus dikibarkan.

Selanjutnya, KH. Ahmad Dahlan jugamemanfaatkan masanya untuk menggunakankemudahan pencerapan (observatorium) bagimembuktikan ketepatan penentuan arah kiblatdaripada hasil diskusi beliau dengan Sayyid Uthmanal Habsyi. Penggunaan alat-alat analisis pencerapanmengesahkan ketepatan arah kiblat yangdikemukakan oleh KH. Ahmad Dahlan ini membawaimplikasi yang sangat besar. Menurut Dr. G.F. Pijper,penasihat hal-ehwal pribumi (1937-1942), bahawabermula tahun 1920’an, kebanyakan Masjid di JawaBarat terus dibangun berdasar hasil observatoriumdan kemungkinan hal ini yang membuat KH. AhmadDahlan melakukan diskusi Sayyid Uthman al Habsyi.Kemudian, langkah berani KH. Ahmad Dahlan ialahmemperbetulkan penentuan tarikh Hari Raya AidilFitri. Sambutan Hari Raya Puasa yang disebutsebagai Grebeg Pasa ditentukan menurut sistemtakwim Jawa yang dinamakan Aboge. Abogeadalah singkatan kepada A atau tahun Alif, tahunsatu dalam kiraan Tahun Jawa, bo adalah singkatankepada rebo atau rabu dan ge singkatan kepadawage, dua sistem penamaan hari dalam kiraantaqwim Jawa. Pada setiap tahun Alif (dari putaranlapan tahun menurut taqwim Jawa) Hari Rayamenurut kepercayaan kejawen ditetapkan pada harirebo wage (rabu). KH.Ahmad Dahlan telahmenggunalaksana kedudukannya sebagai abdidalem untuk menghadap Sultan atas persetujuan dandiiringi Kanjeng penghulu. Selepas menjelaskankaedah penentuan satu syawal berdasarkankemunculan hilal (anak bulan) dan hisab, makaKH.Ahmad Dahlan mempersembahkan kepadaSultan agar Hari Raya Idul Fitri diistihar berdasarkaedah ini. Kaedah Rukyat al-hilal adalah satu-satunya metode untuk mengetahui keberadaan hilal(wujud al-hilal) sebagai pertanda awal bulan di zamanRasulullah saw. Kerana itu, kriteria hisab yang dipilihpun, adalah kriteria wujud al-hilal (Dadang Syaripudin2011, 1 Januari 2012). Selepas diberi pemahaman,Sultan berpuas hati dengan penjelasan KH.AhmadDahlan dan mulai masa itu 1 syawal sentiasa

disambut menurut syariat Islam meskipun jatuhnyapada tahun Alif Jawa. Ini merupakan wujudnya satukejayaan besar dalam memurnikan ajaran Islamdaripada pengaruh kejawen yang menjadi pegangankesultanan Yogyakarta sejak ratusan tahun lalu.Pencapaian ini adalah satu penerobosan yang amatbesar memandangkan Sultan mempunyai kekuasaanabsolut dan mendapat dokongan masyarakat Islamsinkretis (kejawen) serta kumpulan kauman yangtradisional (Mt. Arifin 1987:89 – 90, 110). Sehinggakini, perayaan Hari Raya berdasar kriteria wujudal-hilal sentiasa dilakukan oleh organisasiMuhammadiyah dan ormas-ormas yang lainberfaham Islam moden di Indonesia.

Namun, pendekatan Kiyai Ahmad Dahlanbersifat moden adalah wajar menjadi satu modelpengoperasian dakwah dalam masyarakat hari iniyang tidak sunyi daripada pelbagai bentuk tafsirandan amalan yang menyimpang. Ini sama ada darisisa peninggalan adat-istiadat mahupun penyerapanunsur-unsur jahiliyah moden dari timur dan barat(Junus Salam 1968:12; Hafidzi Mohd Noor 2011).Untuk mengurangi penyerapan unsur yangbertentangan dengan fahaman agama Islam, makaperlu adanya gerakan bersama-sama tidak mungkindengan gerak sendirian. Untuk itu perlu mencarikawan-kawan yang cerdas dan mahu melakukandakwah Islam yang sesungguhnya berdasar al-Qur’an dan Sunnah. Oleh itu, Kiyai Ahmad Dahlanmelakukan gerakan untuk terus mencari kawan-kawan ke daerah-daerah lain di wilayah Indonesia,dan hal itu juga memerlukan pembiayaan. Untukmemenuhi keperluan tersebut, dan termasukmencukupi sebahagian daripada kos sara hidupkeluarga, beliau berniaga batik kerana mengingat gajiKiyai Ahmad Dahlan sebagai khatib tidak mencukupiuntuk memenuhi keperluannnya sehari-hari. Inimembawanya ke hampir semua wilayah di Jawadan luar Jawa, dan memberinya peluang untukmenyampaikan gagasan-gagasannya kepada kaummuslim yang menonjol (sebagai tokoh Ulama) dikawasan masing-masing. Kemudian, gunamemperluaskan lagi jaringan gerakan fahamankeagamaan maka pada tahun 1909 KH. AhmadDahlan juga bergabung dengan organisasi Jam’iyatulKhair 1905 dengan kad keahlian bernombor 770, ahliutama Sarekat Islam (SI), dan Budi Utomo. Semasabergabung dengan Budi Utomo, kepedulian utamaKH. Ahmad Dahlan adalah untuk memasukkandimensi keagamaan ke dalam organisasi tersebutyang watak utamanya adalah sekular. Beliau inginmenyebarkan nilai-nilai keagamaan di kalangan ahliorganisasi tersebut, yang dikenali sebagai sangat

Page 8: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

72 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

intelek tetapi komitmen kepada Islam sangat kurang.Hal ini dengan harapan bahawa melalui jalan inibeliau dapat menjadi guru agama di sekolah-sekolahyang didirikan oleh kerajaan, dan juga di pejabat-pejabat kerajaan. Nampaknya usaha KH. AhmadDahlan ini berjaya, dengan diangkatnya beliaumenjadi guru agama pada sekolah rakyat kerajaan(Kweekschool) di Jetis dan sekolah Pamong Praja;Opleidingschool voor Inlandsch Amtenaren(OSVIA) di Mangelang (Deliar Noer 1980: 86). Olehkerana, pembawaannya yang logik atau rasional dantidak tradisional dalam merumuskan fahaman ajaran-ajaran Islam, nampaknya ia menjadi alasan untukditerima oleh para ahli Budi Utomo dan beliau tetapmenjadi ahli aktif dalam organisasi tersebut bahkanselepas Muhammadiyah lahir 1912.

KELAHIRAN MUHAMMADIYAH

Kini proses luhur kelahiran Muhammadiyah, gerakkisah bermula selepas KH. Ahmad Dahlanberkunjung ke wilayah-wilayah dan berjumpa denganulama-ulama utama di wilayahnya masing-masing,dan diperkuatkan lagi selepas beliau menjadi ahli BudiUtomo sepertimana telah dihurai di atas. Adamanfaat lain yang diperoleh dan dirasai oleh KH.Ahmad Dahlan selepas berkenalan dan menjadi ahliBudi Utomo. Di samping beliau dapat memberipendidikan agama Islam kepada para pelajar SekolahGuru (Kweekschool) di Jetis, Yogyakarta. Maksudbaik itu dicapai selepas disampaikan kepada KetuaKweekschool, R. Boedihardjo, yang juga menjadiahli pengurus Budi Utomo. Meskipunpelaksanaannya di luar waktu sekolah, pada setiaphari Sabtu petang, dengan metode induktif, ilmiah,naqliah, dan tanya jawab. Ternyata pengajaranagama Islam yang beliau berikan itu dapat menarikperhatian dan memuaskan hati para pelajarnya.Kerana itu, di antara mereka ada yang mengusulkankepada beliau agar pembelajaran agama Islam ditambah masanya dan mereka tidak keberatan datangke rumah beliau sebab dirasai pengajian agama Islamseminggu satu kali masih kurang. Atas usulan itu,telah dipersetujui tambahan pendidikan agama Islamdiberi setiap hari Ahad di rumah beliau. Dari sinilahawal ditubuhkannya pengajian bernama FathulAsrar Wamiftahus Sa’adah, kemudian pelajar-pelajarnya terdiri daripada 22 orang pemuda yangberumur kurang lebih 25 tahun. Anak-anak mudaini, dididiknya dengan mula-mula diikuti kemauan dankeinginan mereka, berpiknik, melancong, dansebagainya, kemudian sedikit demi sedikit mereka

dididik agar menjalankan sholat dan bertaubat. Anakdidik pengajian dan pelajar Kweekschool berjumlah12 orang itulah yang kelak menjadi kader danbersama beliau mengelola Madrasah IbtidaiyyahDiniyyah Islamiyyah selepas ditubuhkan pada tahun1911. Madrasah tersebut, menduduki ruangan biliktetamu beliau yang di dalamnya mengandungi meja,kerusi panjang, dan papan tulis. Bulan pertamamuridnya berjumlah baru 9 (sembilan) orang anakdan enam bulan kemudian muridnya berjumlah 20orang anak. Pada bulan ke tujuh beliau mendapatbantuan guru umum dari Budi Utomo. Pelajaranyang diberi di Madrasah tersebut adalah ilmupengetahuan umum dan pelajaran agama di kelas.Lalu, lama kelamaan konon terdapat di antara pelajaryang memberi makluman kepada beliau agar baiknyasekolah tersebut tidak di kelola dan diuruskan olehbeliau sendiri, kerana ia terkesan sekolah tersebutseperti milik beliau sendiri. Apabila beliau meninggaldan ahli waris tidak mampu meneruskannya, makaterhentilah sekolah itu. Oleh itu, hendaknya sekolahtersebut di uruskan oleh sebuah organisasi supayaia berlangsung lama, dan organisasi tersebut sebagaiwadah untuk menggunalaksanakan cita-cita beliau(Solichin Salam 1963:36-37) dalam meluruskanpemahaman ajaran Islam yang berkemajuan moden.

Usulan pelajar tersebut tidak langsung dijawaboleh KH Ahmad Dahlan secara terburu-buru. Sebabproses melahirkan gagasan terbaik haruslah didasaridengan hati ikhlas dan suci kerana Allah s.w.t.semata. Sama dengan proses kelahiran Organisasi,yang kemudian dikenali dengan namaMuhammadiyah. Untuk itu hal yang mula-muladilakukan oleh Kiyai Ahmad Dahlan adalahmelakukan sholat Istikharah secara berulang-ulanguntuk menentukan nama perkumpulan yang akandiasaskannya tersebut. Kemudian, hasil daripadasholat tersebut, beliau memberi nama“Muhammadijah” atau sekarang dikenal denganMuhammadiyah selepas disesuiakan dengan ejaanyang disepurnakan (EYD) yang ertinya adalah umatMuhammad atau pengikut Muhammad. Oleh sebabMuhammad itu adalah utusan Tuhan yangpenghabisan, maka beliau berharap agarMuhammadiyah pun menjadi perkumpulan yangpengahabisan pula (Solichin Salam 1963:39). Apayang dinyatakan oleh Kiyai Ahmad Dahlan tersebut,tentang Nabi Penghabisan tidak sekadar ucapantanpa asas, namun sesuai sabda Nabi Muhammads.a.w. yang ertinya bermaksud:

Aku mempunyai beberapa nama: (1) Akubernama Muhammad. (2) Aku bernama Ahmad.

Page 9: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 73

(3) Aku bernama al-Mahi (penghapus), yangertinya Allah menghapus kekufuran denganku.(4) Aku bernama al-Hasyir (pengumpul), yangertinya Allah mengumpulkan manusiamengikuti langkahku. (5) Aku bernama al-’Aqib (penutup), yang ertinya tidak adaseorang Nabi pun sesudahku (Shahih Muslim,kitab al-fadla’il bab fi asma’ihi saw no. 6251-6253; Shahih al-Bukhari kitab al-manaqib babma ja’a fi asma’i Rasulullah saw no. 2532).

Kiyai Ahmad Dahlan berharap semoga denganberdasar erti nama Muhammadiyah adalah pengikutNabi Muhammad s.a.w. itu diharapkan bahawakepada setiap umat Islam dan ahli Muhammadiyahdalam kehidupan beragama serta bermasyarakatdapat menyesuaikan diri dengan peribadi NabiMuhammad s.a.w sebagai pengikutnya. Ini bolehmenjadi jalan untuk mencapai suatu pembaharuandalam cara berfikir dan beramal menurut tuntutanagama Islam sesungguhnya. Beliau ingin mengajakummat Islam Indonesia untuk kembali hidup menuruttuntutan al-Quran dan al-Hadis. Oleh itu, pada 18hbDisember 1912 bertepatan dengan 8 Zulhijah 1330Hijrah barulah ditubuhkan Muhammadiyah secararasmi. Jadi gagasan pengasasan organisasiMuhammadiyah baru hadir kemudian selepasdiasaskan institusi pendidikan atau sekolahnya. Inipetanda bahawa pendidikan yang mencerdas akalfikiran terlebih dahulu dan utamanya dilahirkandaripada institusi organisasinya sebagai wadahgerakan untuk memperjuangkan gagasan cemerlang.

Gagasan cemerlang daripada pendirianMuhammadiyah oleh Ahmad Dahlan ini juga tidaklepas dari pertahanan, sama ada dari keluargamahupun dari masyarakat sekitarnya. Pelbagaifitnah, tuduhan, dan hasutan datang bertubi-tubikepadanya. Beliau dituduh hendak mendirikanagama baru yang menyalahi agama Islam. Ada yangmenuduhnya kiyai palsu, kiyai kafir, kiyai rosak danKristian alus atau secara halus (Solichin Salam1963:77) kerana meniru-niru bangsa penjajahBelanda yang Kristian dan pelbagai tuduhan lain.Bahkan ada pula orang yang hendak membunuhnya.Namun, rintangan-rintangan tersebut dihadapinyadengan sabar. Keteguhan hatinya untuk melanjutkancita-cita dan perjuangan pembaharuan Islam di tanahairnya dengan penuh kepastian sehingga mampumengatasi semua rintangan tersebut. Tuduh menuduhterhadap sesorang pembawa kebenaran bukanlahperkara baru, ini pernah berlaku kepada Rasulullahs.a.w, ketika beliau dituduh dengan tuduhan berdusta,tukang sihir, pengacau (pengganas), pemecah belahpersatuan dan tuduhan-tuduhan dusta yang lain.

Disebabkan mereka tidak berjaya dalammenjalankan makarnya terhadap Rasulullah s.a.w.dan para sahabatnya, mereka pun menampakkankekerasaan dan keganasan. Ketika Rasulullah s.a.w.sudah hijrah di Madinah, dan kaum muslimin sudahmempunyai kekuatan, maka Rasulullah mengumumperlawanan (jihad) terhadap orang-orang musyrik.Perlawanan tersebut berhenti apabila kaummusyrikin merealisasi akibat dari tauhid, iaitu benar-benar memurnikan agama (ibadah) hanya kepadaAllah Ta’ala. Maka Allah Taala berfirman dalamsurah QS. Al-Anfal ayat 39:

.

“Dan perangilah mereka, supaya jangan adafitnah dan supaya agama itu semata-matauntuk Allah. Jika mereka berhenti (darikesyirikan), maka sesungguhnya Allah Mahamelihat apa yang mereka kerjakan” (QS. Al-Anfal: 39). Dan Rasulullah s.a.w berkata yangertinya bermaksud: Aku diperintah untukmemerangi manusia sampai mereka bersaksi“Bahawa tidak ada Ilah (sesembahan) yangberhak disembah melainkan Allah, merekaberiman kepadaku dan apa-apa yang akudatang dengannya, jika mereka melaksanakanyang demikian itu maka mereka mendapatkanjaminan (kemanaan) dariku pada darah-darahdan harta-harta mereka kecuali pada haknya,dan perhitungannya atas Allah”. (Dari AbuHurairah, di dalam “Shahih Al-Bukhari” no, 25dari Abdullah bin Umar, dan “Shahih Muslim”no. 135).

Keyakinan yang teguh Kiyai Ahmad Dahlanakan tidak ada Ilah yang berhak disembah melainkanAllah s.w.t. semata, maka dalam menembus aliranyang berbuhul-buhul dari pelbagai penjuru, bukansahaja datang dari luaran Islam tetapi juga dari dalamkalangan umat Islam sendiri dapat dilaluinya, dengansemangat semakin melaju tanpa halangan yangbererti. Ada aksi ada reaksi, hal itu tidak menjadihalangan namun justeru semakin menampakkansemangat untuk memahami kandungan mesej-mesejagama, sama ada melalui hadis-hadis mahupun ayatal-Quran sebagaimana asas utama dalam gerakanorganisasi yang diasasnya tersebut. Dasarpemahaman Kiyai Ahmad Dahlan sebagaimanadiperintah oleh Allah swt dalam firmanya bermaksud,yang ertinnya;

Haruslah engkau mengadakan segolongandari kamu, yang mengajak kepada kebajikan,

Page 10: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

74 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

yang memerintahkan kepada perbuatan baikdan mencegah perbuatan yang jahat. Orangyang demikian itulah yang berbahagia (QS AlicImran 3:104). “Maka masuklah ke dalamgolongan hamba-hambak-Ku’ (QS Al-Fajr: 27-30). Golongan hamba-hamba yang menyakiniakan kewajipan sebagai hamba Allah s.w.t yangsesungguhnya, dan sesuai FirmanNya: “Dialahyang menjadikan kamu orang-orang yangberkuasa di muka bumi” (QS al-Fatir: 39) dan“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamumemakmurkannya” (QS Hud: 61).

Menurut tafsir Ibn Kathir (1999:1192), mengenaikandungan mesej ayat-ayat di atas tersebut, adalahberkait rapat dengan firman Allah s.w.t., “Wahaijiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmudengan hati yang redha dan diredhai-Nya” (QS.Al-Fajr 27-30). Ibn Abi Hatim meriwayatkanbahawa Ibnu Abbas berkata, “Ayat ini turun ketikaAbu Bakar sedang duduk, kemudian ia bertanya,‘Wahai Rasulullah, apa maksudnya itu?’ Rasulullahsaw menjawab, “ayat ini akan dikatakan kepadamu.”Dalam Tafsir disebutkan bahawa maksud daripadafirman Allah s.w.t., “Maka masuklah ke dalamgolongan hamba-hamba-Ku” adalah ke dalamkumpulan mereka. Firman Allah swt, “dan masuklahke dalam syurga-Ku” dikatakan kepada jiwa ketikadihadiri pada hari Kiamat, sebagaimana para malaikatjuga akan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman ketika mereka dibangkitkan darikubur (Ibn Katsir 1999: 1192). Jadi hal berkaitandengan ayat-ayat tersebut, mesej utamanya adalah“memberi kabar gembira kepada orang-orang yangberiman” dan sangat berkait rapat dengan kandunganpesan-pesan indah tentang pentingnya untukbersiraturahim, sebagaimana ayat yang ertinyaberikut:

“Hai manusia, Sesungguhnya kamimenciptakan kamu dari seorang laki-laki danseorang perempuan dan menjadikan kamuberbangsa bangsa dan bersuku - suku supayakamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnyaorang yang paling mulia diantara kamu disisiAllah ialah orang yang paling taqwa diantarakamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahuilagi Maha Mengenal” ( QS. Al – Hujurat, 49: 13).

Manusia diciptakan bersuku-suku danberbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenal (QS.49:13). Kenyataannya bahawa manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa mengisyaratkan adanyabahasa yang boleh digunakan untuk saling mengenaldengan penuh kasih-sayang antara sesama manusia.

Sekiranya terdapat individu-individu (terutamasesama orang yang beriman) yang berbezapandangan atau bermusuhan, perlu ada usahamengislahkan mereka. Bahasa dan kasih sayangmenghubungkan hati manusia agar salingmenyayangi, berkaitan, dan memaafkan gunamenjalin kehidupan bersama di bumi. Menurutpemahaman dan dinyakini KH. Ahmad Dahlan danMuhammadiyah, menjalin kehidupan bersama adalahmenjadi tugas manusia di bumi untuk mewujudkemakmuran dan kebahagiaan hidup seluruhmanusia tanpa mengira warna kulit, bahasa, danagama yang dianutnya. Sehingga tidak akan terjadidiskriminasi sepertimana yang pernah berlaku diAmerika, membuat Martin Luther King (1963) dalampidatonya yang terkenal menyatakan; Sayamempunyai impian bahawa empat anak-anak kecilsaya satu hari tinggal di sebuah negara di manamereka tidak akan dinilai oleh warna kulit merekatetapi oleh kandungan jiwa karakternya” (MamanA. Majid Binfas 2011:4). Karakter dalam kandunganpendidikan yang baik dan benar, adalah tidakwujudnya diskriminasi guna mencapai hal tersebut,maka sumber pendidikan Islam seharusnyabersumber pada asas al-Qur’an dan Sunnah. Sumberutama pendidikan Islam terbahagi kepada dua: (1)Sumber asas iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah; (2)Sumber kedua, iaitu perjalanan para khulafa’ al-Rasyidin, tabi’en, dan sesiapa yang mengikuti jejaklangkah mereka yang terdiri daripada paramuntajdid Islam sehingga ke hari ini (Al Khayat1991:26-27). Menyakin diri bahawa sabda Nabi kitayang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah akan mengutus bagiumat ini di penghujung setiap seratus tahun(seabad) seseorang yang mentajdid(memperbaharui) agama umat ini.” (Hadits inidiriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud As-Sijistanit dalam Sunan-nya no. 4291, Dikeluarkanpula oleh Al-Imam Abu ‘Amr Ad-Dani dalam As-Sunan Al-Waridah fil Fitan no. 364, Al-Imam Al-Hakim dalam Mustadrak-nya, 4/522,dan dalamShahih Abi Dawud, Ash-Shahihah no. 599, danShahih Al-Jami’ Ash-Shaghir no. 1874).

Boleh jadi KH. Ahmad Dahlan danMuhammadiyah yang diasaskannya sebagai gerakanpembaharu agama tersirat masuk pada bahagiankandungan hadis tersebut. Maka Gagasanpembaharuan dilakukan KH. Ahmad Dahlan melaluiMuhammadiyah yang sejak awal telah menetapkanbahawa Muhammadiyah bukan organisasi politikakan tetapi bersifat sosial keagamaan dan bergerak

Page 11: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 75

di bidang keagamaan, kemasyarakatan, dankebangsaan; yang termasuk dalam salah satubahagian unsurnya adalah bergerak di bidangpendidikan. Bidang pendidikan menekankan padapendidikan moral agama, yang seharusnya pendidikanmoral yang baik sesuai dengan pengetahuan yangbaik dan benar. Pengetahuan yang benar menurutKH. Ahmad Dahlan ialah pengetahuan berguna ataulebih pragmatik, boleh dilaksanakan dan sesuai faktaserta keadaan zaman. Sementara kegunaanpengetahuan adalah jika mampu memperbaikitindakan manusia yang buruk dan yang salah.Kemampuan memilih yang salah dan benar, baik danburuk, dan kemampuan memecahkan masalah harusdidasari fakta yang benar dengan belas-kasih sebagaidasar pencapaian keutamaan (Abdul Munir Mulkhan2012:1). Walaupun dinyatakan organisasi pergerakanini bukan bersifat politik akan tetapi, sebenarnya kalaudiperhatikan secara tajam gerakan dilakukan KH.Ahmad Dahlan sebenarnya gerakan politik halusuntuk melawan penjajahan Belanda. Siyasah “Kudatroya” untuk menggolkan agenda-agenda besarnyayang tersembunyi demi kepentingan yang positif danbukan sebaliknya. Ataupun untuk mencapaimatlamatnya mereka melakukan strategi “KudetaMerangkak” dengan dua jalan, satu masuk ke jalurpolitik rasmi, seolah olah mengikuti prosedurkenegaraan demokratik, melalui badan perwakilanrakyat dan eksekutif. Hal ini boleh jadi masuk padajalur organisasi yang diasaskannya. Namun, KiyaiAhmad Dahlan di dalam politik menanam benih untukmenghasilkan kemakmuran dan kemerdekaanIndonesia yang sesungguhnya. Hal itu, juga membuatpenjajah Belanda berhati-hati dan ketakutan dalammenghadapi gerakan yang dilakukan kiyai AhmadDahlan. Oleh itu, apabila ada yang menyatakanbahawa ‘awal organisasi ini diasaskan bukan bersifatpolitik’ itu sebenarnya pernyataan itu agak kurangbijaksana. Berdasar, “ada anjuran Kiyai AhmadDahlan kepada murid-muridnya untuk memasukiperkumpulan-perkumpulan parti-parti denganmengikut kemampuan dan bakat masing-masing,sehingga dapat memberi serta menerima manfaatlangsung atau tidak langsung bagi kepentingan Islam”(Junus Salam 1968: 11).

Rangkaian semangat dan hasil perenungan yangmendalam tersebut, sehingga KH. Ahmad Dahlanmakin maju guna membuktikan secara nyatagagasan yang telah dicita-citakannya. Sehingga pada20hb Disember 1912, Ahmad Dahlanmengemukakan permohonan pertama kepadaKerajaan Penjajah Hindia Belanda untuk mendapatbadan undang-undang. Permohonan itu baru

dikabulkan pada tahun 1914, dengan Surat KetetapanKerajaan No. 81 tarikh 22hb Ogos 1914.Kemungkinan terlambatnya diterbitkan ini diakibatpenjajah Belanda merasa ketakutan sehingga berhati-hati untuk memberi izin. Bahkan izin pun itu hanyaterbatas pada kawasan tertentu, iaitu hanya bolehbergerak di kawasan Yogyakarta sahaja. DariKerajaan penjajah Hindia Belanda timbulkebimbangan akan perkembangan organisasi ini.Itulah sebabnya aktivitinya terhad. WalaupunMuhammadiyah terhad, tetapi wujud di wilayah lainseperti Srandakan, Wonosari, Imogiri dan lain-lain.Hal ini jelas bertentangan dengan keinginan kerajaanpenjajah Hindia Belanda. Untuk mengatasinya, makaKH. Ahmad Dahlan mensiasatinya denganmenganjur agar cabang Muhammadiyah di luarYogyakarta memakai nama lain. Misalnya NurulIslam di Pekan, Bandar Seri Begawan dengan namaAl-Munir, Garut Jawa Barat dengan namaAhmadiyah. Sedangkan di Solo berdiri perkumpulanSidiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah yang mendapatrestu dari pimpinan cabang Muhammadiyah. Bahkandalam kota Yogyakarta sendiri beliau menganjuradanya jamaah dan perkumpulan untuk mengadakanpengajian dan menjalankan kepentingan umat Islam,ini juga termasuk strategi politik dilakukan oleh kiyaiAhmad Dahlan terhadap Penjajah Belanda.

Dalam perkumpulan pengajian Kiyai AhmadDahlan selalu menekan pada hal-hal falsafahsebagaimana yang diceritakan oleh murid beliauKHR. Hadjid, iaitu sebagai berikut;

Pelajaran pertama: Mempelajari tentangperkataan ulama tentang manusia itu semuanyamati. Pelajaran kedua: Mempelajari tentangperkataan ulama tentang manusia yangmementingkan diri-sendiri (individual). Pelajaranketiga: Mempelajari tentang perkataan ulamatentang akal fikiran, perasaan, kehendak, danperbuatan. Pelajaran keempat: Mempelajaritentang perkataan ulama tentang golonganmanusia dalam satu kebenaran. Pelajaran kelima:Mempelajari tentang perkataan ulama tentangpenyucian diri. Pelajaran keenam: Mempelajaritentang perkataan ulama tentang ikhlas dalammemimpin. Pelajaran ketujuh: Mempelajaritentang perkataan ulama tentang ilmupengetahuan dibahagi atas pengetahuan atauteori (belajar ilmu), dan mengerjakan,mempraktikkan belajar amal (Hadjid 2005: 9-10).

Bahan ajaran tersebut menjadi amal nyatasebagai falsafah gerak ilmu, namun gagasan-gagasan pembaharuan Muhammadiyah selanjutnyamakin maju dan melaju sesuai dengan perkembangan

Page 12: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

76 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

ilmu pengetahuan, dan zamannya. Gagasanpembaharuan tersebut disebarluaskan olehKH.Ahmad Dahlan dengan mengadakan tabligh kepelbagai bandar, dan di samping itu juga melaluihubungan-hubungan perdagangan yang dimilikinya.Gagasan ini, ternyata mendapat sambutan yangbesar daripada masyarakat di pelbagai bandarIndonesia. Para ulama dari pelbagai daerah-daerahlain datang kepadanya untuk menyatakan sokonganterhadap Muhammadiyah, dan mengasaskanorganasasi di tempat masing-masing. Muhammadiyahmakin lama semakin berkembang hampir di seluruhIndonesia. Oleh itu, pada 7Hb Mei 1921 Kiyai AhmadDahlan mengajukan permohonan yang kedua,kepada kerajaan penjajah Hindia Belanda untukmengasaskan lagi cabang-cabang Muhammadiyahdi seluruh Indonesia. Permohonan ini dikabulkan olehkerajaan penjajah Hindia Belanda pada 2hbSeptember 1921. Pengabulan oleh pemerintahpenjajah Belanda mengenai permohonan KiyaiAhmad Dahlan tersebut, semakin meningkatkansemangat beliau dan rakan-rakannya di semualapisan yang sefahaman dengan gerakan diasaskantersebut. Walaupun, seandainya kehadiran maut laluTuhan berkenan akan memberitahu kepada Kiyaibahawa umurnya tinggal lebih kurang daripada duatahun lagi beliau meninggal pada 23 Februari 1923M/ 7 Radjab 1340 Hijrah dalam usia 55 tahun.Kemungkin Kiyai pun akan ikhlas dengan jawapantulus, tunduk dan patuh tanpa membantahnya.Walaupun demikian, cita-cita juangnya tetap dilanjut,tidak akan surut dalam gerak ketulusannya gunamelanjutkan gerakan yang telah diasaskannya.Semangat ketulus ikhlasan ini sudah menjadi asasdenyutan nadi dalam pengabdiannya kepada agamaTuhannya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.sebagai ikutan umat Islam. Pengabdian tersebut,berdasarkan kenyakinan dalam pemahaman akanperintah Allah swt melalui al-Quran, surat Ali Imran3:104, dari sini terpanggil untuk merubah keadaandengan melakukan gerakan pembaharuan. Gerakanpembaharuan dilakukan oleh Kiyai Ahmad Dahlanmelalui Muhammadiyah menurut DjarnawiHadikusuma telah menampilkan Islam sebagai“sistem kehidupan manusia dalam segala seginya,”ertinya Muhammadiyah bukan hanya memandangajaran Islam sebagai aqidah dan ibadah semata,tetapi merupakan suatu keseluruhan yang berkaitandengan akhlak dan mu’amalat duniawiyah. Selainitu, aspek aqidah dan ibadah pun harus teraktualisasidalam akhlak, dan mu’amalah, sehingga Islam benar-benar wujud dalam realiti hidup para penganutnya.

Kerana itu, Muhammadiyah memulakan gerakannyadengan tulus, meluruskan dan memperluaskan fahamIslam untuk diamal dalam sistem kehidupan yangnyata (Djarnawi Hadikusuma (tt.): 69). Dikeranakanperkara tersebut, maka tidak hairan dalam masayang singkat, iaitu lebih kurang sepuluh tahun, sejakdiasaskannya organisasi Muhammadiyah (1912-1922), perkembangannya boleh dikatakan sangatmelaju dengan menghasilkan beberapa buah karyaamal nyatanya, iaitu, pertama, menerbit majalah, iaituSuara Muhammadiyah (SM) tahun 1914, Mengasaspengajian Malam Jumaat (1917) sebagai forumdialog dan tukar fikiran warga Muhammadiyah sertamasyarakat yang bersimpati, yang kemudiannyamelahirkan Kor Mubaligh keliling, Kepanduan HizwulWathan (HW) Tahun 1918, Tahun sekolah Al QismAl Arqam (1918), Panti Asuhan Yatim PiatuMuhammadiyah (1920), dan pada tahun 1921disaskan badan yang membantu kemudahanpelaksanaan ibadah Haji bagi orang Indonesia, yakniPenolong Haji. Selain itu, mengasaskan pula surauyang pertama di Indonesia untuk kaum wanita untukmenyokong aktivitinya. Guna untuk melaku hal-haltersebut di atas, sering kali Kiyai Ahmad Dahlanmenyumbang harta benda dan bahkan beliaumelelong perabot rumah tangganya, untuk mencukupikeperluan kos bagi gerakan Muhammadiyah. Kedua,pada tahun 1921 sudah mempunyai lima buahcawangan Muhammadiyah iaitu: Srandakan(Yogyakarta), Imogiri (Yogyakarta), Blora (JawaTengah), Alor Setar (Jawa Tengah), Kepanjen,Malang (Jawa Timur). Ketiga, Tahun 1922diasaskannya organisasi perempuan muda, iaituNasyiatul Asiyiyah (NA) dan di tahun yang samamenyusul cabang Muhammadiyah di Solo,Purwokerta, Pekan, Pekajangan, Jakarta, Garut(Jawa Barat), dan Sungai Liat (Bangka). Keempat,Muhammadiyah pun mendirikan perpustakaan untukpara ahli dan umat Islam pada umumnya tahun 1922,bersamaan dengan itu pula Muhammadiyah telahmempunyai institusi pendidikan berupa sekolahsembilan buah. Adapun ke sembilan sekolah tersebut,iaitu; Sekolah Al Qismul Al Arqo, yang dua tahunkemudian menjadi Pondok Muhammadiyah diKauman, Opleiding School di Magelang, KweeckSchool (Magelang), Kweeck School (Purworejo),Normal School (Blitar), NBS (Bandung), AlgemeeneMidelbare School (Surabaya), Hoogers KweeckSchool (Purworejo) dari sekolah tersebut telahmemiliki 73 orang guru dan 1019 siswa (SolichinSalam 1963: 47).

Page 13: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 77

INSTITUSI PENDIDIKANMUHAMMADIYAH

Muhammadiyah sekarang ini, dilihat dari segiorganisasi dan amal usahanya merupakan OrganisasiIslam terbesar di dunia. Cendekiawan Muslim Prof.Dr. Nurcholis Madjid (1997) mengatakan bahawa:“Teknologi itu Pertubuhan Islam moden terbesar didunia, lebih besar daripada yang mana-mana dinegeri Islam lain. Muhammadiyah juga sebuahorganisasi Islam yang relatif paling berjaya jika dilihatdari ciri kelembagaannya yang relatif moden, denganproduk-produk sosial keagamaannya yang sangatmengesankan, lebih dari organisasi mana pun dan dimana pun. Kerana itu, boleh dikatakan bahawadalam kalangan Islam, tidak sahaja nasional, tetapijuga antarabangsa, Muhammadiyah adalah sebuahcerita kejayaan” (Nurcholish Madjid 1997:107).

Kejayaan Muhammadiyah dalam bidangpendidikan mengikut laporannya pada Muktamar ke-46 tahun 2010 di Yogyakarta, yang menunjukkanjumlah institusi pendidikan yang diuruskanMuhamadiyah sebanyak 16,942 buah, dengan butiransebagai berikut: Taman Kanak-Kanak (TK)sebanyak 4,623 buah, Pendidikan Anak Usia Dini(PAUD ) sebanyak 6,723 buah, Sekolah Luar Biasasebanyak 15 buah, Sekolah Dasar sebanyak 1,137buah, Madrasah Ibtidaiyah sebanyak 1,079 buah,Madrasah Diniyah sebanyak 347 buah, SekolahMenengah Pertama sebanyak 1,178 buah, MadrasahTsanawiyah sebanyak 507 buah, Madrasah Aliyahsebanyak 158 buah, Sekolah menengah Atassebanyak 589 buah, Sekolah Menengah Kejuruansebanyak 396 buah, Muallimin/ Muallimat sebanyak7 buah, Pondok Pesantren sebanyak 101 buah,Sekolah Menengah Farmasi sebanyak 3 buah. Dibidang pendidikan tinggi, sampai saat iniMuhammadiyah memiliki 172 buah (A. RosyadSholeh 2011:27). Jumlah ini, boleh dikatakan sebagaikejayaan yang paling bermakna namun tidak berertibahawa itu semua terlepas daripada rintangan dancabaran yang berat, sama ada dalam tubuhorganisasi mahupun di luarnya.

Jejak sejarah telah mengukir pelbagai macamcabaran dan rintangan, memang wujud selari dengankewujudan suatu usaha dan tidak dinafikan lagi suatuusaha mesti ada aksi dan reaksi. Usaha apapunsudah menjadi sunatullah demikian adanya, sebagaicontoh; di masa bermulanya Muhammadiyah akanmendirikan Perguruan Tinggi atau UniversitiMuhammadiyah, pada tahun 1936 dalam kongresseperempat abad Muhammadiyah di Jakarta, telah

diputuskan akan mendirikan UniversitiMuhammadiyah, tetapi kemudian mendapat rintangankerana pecahnya perang dunia ke II. Barulah pada3 Rabi’ul Akhir 1375 H/ 18 November 1955,Muhammadiyah dapat mendirikan Perguruan Tinggi(PT) di Padang Panjang, Sumatera Barat, dengandua Fakulti Undang-Undang dan Falsafah ataukemudian menjadi Sekolah Tinggi Usuluddin. SekolahTinggi inilah cikal bakal yang menjadi UniversitiMuhammadiyah Sumatera Barat sehingga kini.Proses ditubuhkannya dua Fakulti Undang-Undangdan Falsafah di Padang Panjang Sumatera Barattersebut, berproses yang kemudiannya dipindahkanke Jakarta pada tahun 1957. Inilah yang menjadicikal bakal daripada Universitas MuhammadiyahJakarta (UMJ) sehingga kini. Jadi Fakulti Hukumdan Falsafah, yang kemudian diberi nama barudengan Perguruan Tinggi Pendidikan Guru (PTPG)Muhammadiyah. Perkembangan selanjutnya, padatahun 1958, PTPG Muhammadiyah diubah menjadiFakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP)dalam ruang lingkup UMJ. Sesuai denganperkembangan zaman, maka pada tanggal 21hbSeptember 1961 dibukalah Fakulti KesejahteraanSosial (FKS) dan UMJ kemudiannya semakindikembangkan sehingga semasa ini (Mahmud Yunus1996: 278-279). Selanjutnya Perguruan TinggiMuhammadiyah yang menjadi amal usahanya dalampendidikan, sama ada yang berupa Universitimahupun Sekolah Tinggi yang semakin hari semakinberkembang mengikuti tuntutan peradaban zaman

Perkembangan Muhammadiyah terutama dibidang institusi pendidikan yang semakin melajutersebut di atas, tidak terlepas daripada ketertarikanramai orang terhadap cara atau kaedah Kiyai AhmadDahlan, yang telah meletak dasar keikhlasan palingutama didalam mengajarkan pemahaman agamaIslam yang sesungguhnya. Pemahaman agama Islamyang mendalam harus diiringi dengan kesucian fikirandan hati yang tulus ikhlas, dan ini bukan berertimelepas fikiran kreatif kritikal dalam membaca tandakemajuan yang menyejukkan batin. Menurut KiyaiAhmad Dahlan, orang Islam itu harus mencarikebenaran yang sejati, berfikir mana yang benar danyang salah, tidak taklid dan fanatik buta dalamkebenaran sendiri, menimbang-nimbang danmenggunalaksana akal fikirannya, tentang hakikatkehidupan, dan mahu berfikir teoritik dan sekaligusberfikir amalan (Hadjid 2005: 9-10).Menggunalaksana fikiran dalam amalan baikdilakukan oleh ahli persyariakan mahupun pimpinanMuhammadiyah adalah menjalankan nalar fikiran

Page 14: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

78 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

cerdas yang menyejukkan semuanya, dan demikebaikan bersama dalam kehidupan sebagai manusiayang mengabdi pada Tuhannya. Bahkan tidakmenghairankan ramai orang berpandangan positifataupun negatif tentang Muhammadiyah, termasuksalah satu di dalamnya, iaitu James Peacock (1986),seorang ahli antropologi dari Amerika Syarikat yangmerintis kajian mengenai Muhammadiyah tahun1970-an, menilai bahawa: “dalam setengah abadsejak berkembangnya pembaharuan di AsiaTenggara, pergerakan itu tumbuh dengan cara yangberbeza dipelbagai kawasan. Hanya di Indonesiasahaja, gerakan pembaharuan Muslimin itu menjadikekuatan yang besar dan teratur. Pada permulaanabad ke-20 terdapat beberapa pergerakan kecil-kecil,pembaharuan di Indonesia bergabung menjadibeberapa gerakan kedaerahan, dan sebuahpergerakan nasional yang tangguh, adalahMuhammadiyah. Dengan beratus-ratus cawangandi seluruh kepulauan dan berjuta-juta ahli yangtersebar di seluruh negeri, Muhammadiyah memangmerupakan pergerakan Islam yang terkuat yangpernah ada di Asia Tenggara. Sebagai pergerakanyang memajukan ajaran Islam yang murni,Muhammadiyah juga telah memberi sumbanganyang besar di bidang kemasyarakatan danpendidikan. Klinik-klinik rawatan kesihatan, rumah-rumah piatu, panti asuhan, di samping beberapa ribusekolah menjadikan Muhammadiyah sebagai institusinon-Kristian dalam bidang kemasyarakatan,pendidikan, dan keagamaan swasta yang utama diIndonesia. ‘Aisyiah, organisasi wanitanya, mungkinmerupakan pergerakan wanita Islam yang terbesardi dunia. Pendek kata Muhammadiyah adalah suatuorganisasi yang utama dan terkuat di negara kelimaterbesar di dunia”(Peacock 1986:26). Jadi, apa yangdikatakan para pakar ilmuan mengenai kejayaanorganisasi dan amal usaha Muhammadiyahsebagaimana telah dihuraikan di atas, adalah faktahasil usaha gerakan Muhammadiyah danpengasasnya yang berasaskan pada hakikat ketulusikhalasan menjadi landasan utama dalamgerakannya. Termasuk di dalam mengendalikanpendidikan yang berpaksi tulus pada hakikat ajarantauhid Islam tulen yang sesungguhnya, iaituberdasarkan tuntunan bertauladan pengajaran yangtelah dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. tanpamenampal dengan fahaman tidak logik yang dibuat-buat oleh ulama-ulama tertentu demi kepentingankekuasaannya.

KESIMPULAN

Muhammadiyah yang diasaskan oleh Kiyai AhmadDahlan tahun 1912 membawa kesan sangat inspirasi,dari hasil renungan yang memadukan fikiran denganhati bening penuh ketulusan guna menjalankan cita-citanya di dalam mencerahkan umat melalui institusipendidikan. Tidak dinafikan bahawa warnah darigerak organisasi selanjutnya bergantung sungguhdaripada getaran niat dari sang pengasasnya,termasuk menjadi corak mempengaruhi sifat dankrakter dilakukannya. Filsafat pokok misalnya, pokokmangga akan berbuah mangga juga menjadi ciri dansifatnya, tidak berbeza daripada ciri dan sifat sertarasa dari mangga asalnya. Hal tesebut, boleh dikaitrapat sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabdayang ertinya;”Setiap anak dilahirkan di atas fitrah(kesucian) maka kedua orang tuanyalah yangmenjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”(HR. Al-Bukhari no. 1279, Muslim no. 2658). Betapapentingnya peranan orang tua dalam mengubahkesucian fitrah seorang anak yang telah diamanahioleh Allah s.w.t. kepadanya. Hakikat pengaruh danmempengaruhi bukan saja berlaku pada hal tesebut,akan tetapi berpengaruh juga pada institusi-institusiyang diasaskan oleh manusia di dunia ini.Sebagaimana organisasi Muhammadiyahdipengaruhi oleh niat dan fikiran pengasasnya iaitukiyai Ahmad Dahlan. Langkah-langkah dilakukanoleh kiyai Ahmad Dahlan dalam pembaharuan secarakritikal akan terus dilanjutkan oleh generasipenerusnya. Kemudian, akan terpateri terus dalamhati dan fikiran oleh kader-kader dan pengikutnyayang bergabung dalam Muhammadiyah, sepertiBung Karno (Soekarno, presiden pertama Indonesia),Tan Malaka, Jenderal Sudirman (Panglima petamaTNI), HAMKA, M. Amien Rais, dan lain-lain,sehingga hari ini serta akan datang masih terusdikibarkan.

Berlakunya, hal tersebut secara automatikberguna dalam mencerahkan umat dan bangsanyaserta besesuaian dengan cita-cita awalnya untukmeresafel pemahaman agama dengan menggunakanakal fikiran cerdasnya. Oleh itu, KH. Ahmad Dahlanmelalui dunia pendidikan dan organisasiMuhammadiyah telah melakukan pembaharuanfahaman ajaran guna membebaskan rakyat daripembodohan sama ada yang dilakukan oleh penjajahBelanda mahupun oleh penghulu agama pribumi.Kemudian, membebaskan umat Islam yangmengalami pelbagai kemunduran yang disebab olehkebekuan dalam berfikir seperti tahyul, bidaah, dan

Page 15: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail 79

khurafat maka Kiyai Ahmad Dahlan mesti melakukanpembahuruan dengan mencerdaskan melaluipengasasan lembaga pendidikan sebagai jawapanya.Gagasan cerdas diwujudkan oleh Kiyai AhmadDahlan melalui institusi pendidikan tersebut, adalahkarya nyata, di samping sebagai wadah untukmemurnikan ajaran Islam daripada amalan sertapengaruh dari fahaman luaran ajaran Islam. Disamping, mereformasi ajaran dan pendidikan Islamdengan memadukan pandangan alam fikiran bersifatmoden, termasuk dalam pemahaman ayat-ayat al-Qur’an mesti dimengerti, dihayati, dan diaktualisasidengan perbuatan nyata.

Oleh itu, KH. Ahmad Dahlan setelahmengajarkan dan memahamkan makna daripadasurat Al-Maun kepada pelajar-pelajarnya, kemudiandibuktikan dengan langkah momumental sebagai“teologi transformatif”. Teologi Islam tidak sekadarmenjadi satu set ajaran upacara-ibadah danhubungan dengan Allah semata, tetapi justerumemberi perhatian dan terlibat dalam memecahkanmasalah-masalah konkrit yang dihadapi manusiasebagai amal nyata, dan harus berusahamembebaskan kebodohan umat Islam dengan cara-cara yang bijak dan anggun, melalui institusipendidikan agar tidak menjadi mangsa misi kerajaanpenjajah Belanda yang berzending Kristian. Usahaamal nyata dalam bidang pendidikan yang dijalankanoleh KH. Ahmad Dahlan iaitu bermula denganmendirikan Madrasah Ibtidaiyyah DiniyyahIslamiyyah, sekitar tahun 1911. Madrasah tersebutbermula menduduki ruang tetamu beliau, selepasdibentangkan menjadi ruang kelas, yang di dalamnyamengandungi meja, kerusi panjang, dan papan tulis.Bulan pertama pelajarnya berjumlah baru 9(sembilan) orang anak dan enam bulan kemudianmuridnya berjumlah 20 orang anak.

Kemudian, walaupun berawal sedemikiansepertimana di sebut di atas ini, di kerana dasar adalahketulusiklasan yang dijalankan oleh KH. AhmadDahlan bersama organisasi Muhammadiyahdiasaskannya tersebut, maka institusi pendidikannyasemakin berkembang terus. Tidak menghairankanperkembangan amal usaha Muhammadiyahterutamanya di bidang institusi pendidikannyasemakin bertambah maju sehingga pada Muktamarke 46 tahun 2010 di Yogyakarta, telah berjumlahsebanyak 16,942 buah. Kelajuan ini sehinggaorganisasi Muhammadiyah dikatakan oleh para pakardunia sebagai organisasi yang terbesar di dunia dalamjumlah amal usahanya, bahkan Negara tidak mampumenyainginya. Seharusnya Negara republik

Indonesia berterima kasih dan bersyukur bahawaMuhammadiyah, telah lebih mampu melaksanakantugasnya berbanding dengan Negara dalammencerdaskan generasi bangsanya melalui institusipendidikan. Ketidakmampuan Negara dalammelaksanakan amanah dengan kos Negara yangmelimpah terhadap institusi pendidikannya. Di manainstitusi pendidikan Negara semakin hari semakintersungkur walaupun kosnya melimpah, yangseharusnya dana Negara tersebut dialihkan secaramerata sesuai kapasiti daripada jumlah institusipendidikan baik dikelola oleh Muhammadiyah, NUmahupun oleh organisasi lain, tentu yang telahterbukti lebih mampu dan amanah. Jadi apa yangdilakukan oleh gerakan Muhammadiyah mestidicontohi oleh umat Islam di dunia ini dalammelaksanakan amanah umat terutama halpengurusan pendidikan yang bersifat moden gunamelintasi peradaban zaman.

RUJUKAN

A. Mukti Ali. 1975. The Muhammadiyah Movement: ABibliographical Introduction. Montreal: McGill University.

A. Rosyad Sholeh. 2011. Pedoman; Prioritas ProgramPengembangan 2010-2015. Suara Muhammadiyah: 05 / 96| 1 - 15 Marc.

Abdul Munir Mulkhan. 2012. Ilmu Dan Pendidikan DalamPandangan Kyai Ahmad Dahlan, Curahan Ilmu, Hikmah,dan Mutiara Hati,

Ahmad Najib Burhani. 2004. Muhammadiyah Jawa. Jakarta: Al-Wasat.

Anon. Sejarah Singkat Muhammadiyah, http://suara-muhammadiyah.com/., hlm.1. [2012, 21 March].

Anon. 2011. Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas.Azyumardi, Azra. 2002. Islam Nusantara; Jaringan Global dan

Lokal, Cet. I. Bandung: Mizan Media Utama.Badri Yatim. 2006. Sejarah Peradaban Islam, cet. II, PT.

Jakarta: Raja Grafindo Persada,Dadang Syaripudin. 2011. Kriteria hisab wujud al-hilal yang

digunakan muhammadiyah dalam penetapan awal bulanqamariyah (Prespektif Hukum Islam). Di pos. 13 November2011). dlm. http://elmue.blogspot.com/2011/11/kriteria-hisab-wujud-al-hilal-yang.html. [1 Januari 2012].

Delia Noer. 1980. Gerakan Moden Islam di Indonesia 1900-1942. Jakarta: LP3ES.

Delia Noer. 1995. Gerakan Moden Islam di Indonesia 1900-1942. Jakarta: LP3ES.

Djarnawi Hadikusuma. tt. Risalah Islamiyah. Yogyakarta:Persatuan.

Hamka.1990. Tafsir al-Azhar, juz 20. Singapura: PustakaNasional.

Hafidzi Mohd Noor. 2011. Siapakah watak dalam movie ‘SangPencerah’ Jejak Risalah di Nusantara. Jild. VI, dlm. http://lambaian-islah.blogspot.com/2011/05/siapakah-watak-dalam-movie-sang.html.[12 September 2012].

Page 16: Asal Usul Gerakan Pendidikan Muhammadiyah di Indonesia · PDF filememecahkan masalah-masalah konkrit yang dihadapi manusia. ... dalam konteks kelahirannya, seperti organisasi Muhammadiyah

80 Maman Abdul Majid Binfas, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Ahmad Munawar Ismail

Hadjid. 2005. Pelajaran KHA Dahlan; 7 Falsafah Ajaran & 17Kelompok Ayat Al-Qur’an. Yogyakarta: UniversitasMuhammadiyah Malang Press.

Hasbullah. 1995. Sejarah Pendidikan Islam Di Indonesia. Jakarta:Rajawali Pres.

Hasbullah. 1996. Kapita Selekta Pendidikan Islam. Ed. I. Jakarta:Rajawali Persada.

Ibn Katsir. 1999. Tafsir, Al Misbah Al Munir fi Tahzib.Junus Salam, 1968. Riwayat Hidup K.H. A. Dahlan; Amal dan

Perdjoangannja, Ed.II, Jakarta: Depot PengdajaranMuhammadiyah.

KH. Ahmad Dahlan. 1924. Suara Muhammadijah. Ed.3.Khalid bin Abdul Karim al Khayat.1991. al-Uslub al-Tarbawiyya

lidda’wah Ilallah fi al-‘Asr al-Hadir. Dar al-Mujtama’:Madinah al-Munawarah.

Maman A. Majid Binfas. 2003. Muhammadiyah Versi A.DahlanMulai Terlupakan, Majalah Tabligh. Nomor: 04.

Maman A. Majid Binfas. 2011. Jatuh bangun sebuah negarabanyak bergantung pada kekukuhan hubungan etnik yangterjalin antara pelbagai kaum di sebuah negara tersebut.Makalah tugas Mata Kuliah Bahasa Melayu 1. UniversitiKebangsaan Malaysia. Selangor.

Mahmud Yunus.1996. Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia.Jakarta: Hidakarya Agung.

Muhammad Mushtafa al Adzamy. 1992. Dirasaat fi al Haditsan Nabawy. Bayrut: al Maktab al Islamy.

Muhammad Syamsu As. 1999. Ulama Pembawa Islam diIndonesia dan Sekitarnya. Jakarta: Lentera.

Mulyawan Karim. 2008. Kipling; Ratu Wilhelmina dan BudiUtomo, Harian Kompas, Isnin, 5 Mei.

Mundzirin Yusuf, dkk. 2006. Sejarah Peradaban Islam diIndonesia, Cet. I, Yogyakarta: Penerbit Pustaka.

Mohamad Abu Bakar.1997. Ulama Pondok dan Politik Kepertiandi Malaysia 1945-1985; Norazit Selat. Ed. Ekonomi danPolitik Melayu. Kuala Lumpur: Akademik PengajianMelayu.

Musthafa Kamal Pasha.1975. Muhammadiyah sebagai GerakanIslam untuk Angkatan Muda. Persatuan:Yogyakarta.

Mt Arifin. 1987. Gagasan Pembaharuan Muhammadiyah DalamPendidikan. Jakarta: PT. Pustaka Jaya.

Nurcholish Madjid. 1997. Tradisi Islam Peranan dan Fungsinyadalam Pembangunan di Indonesia. Jakarta: Paramadina.

Peacock, J.L. 1986. The Muhammadiyah Movement in IndonesiaIslam. Jakarta: Cipta Kreatif.

Roff, W.R. 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.

Solichin Salam. 1963. K.H.Ahmad Dahlan: Reformasi IslamIndonesia. MCMLXIII. Djakarta: Djajamurni.

Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashra. 1986. Krisis DalamPendidikan Islam. diterjh. Fadhlan Mudhafir, Al-MawardiJakarta: Prima.

Syamsi Sumardjo. 1976. Pengetahuan Muhammadiyah denganTokoh-tokohnya dalam Kebangunan Islam. Yogyakarta: P.B.Muhammadjah.

Usman Yatim dan Almisar Hamid (pnyt.). 1993. MuhammadiyahDalam Sorotan, Jakarta: PT Bina Rena Pariwara.

Yusran Asmuni. 2001. Pengantar Studi Pemikiran dan GerakanPembaharuan dalam Dunia Islam. Jakarta: Raja GrafindoPersada.

Maman Abdul Majid BinfasPelajar Ph.D.Institut Alam dan Tamadun MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Ph.D.Felo Penyelidik KananInstitut Alam dan Tamadun MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Ahmad Munawar Ismail, Ph.D.PensyarahFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA