asaigment seni 2014

25
PENDAHULUAN SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisa muzik dan lain-lain yang di!i"takan dengan bakat, keb#le$an men!i"ta sesuatu yang inda %e!ara tidak langsung mengakui ba$awa untuk meng$asilkan sesuatu "r#duk seni, keb#le$an dan "eng$ayatan serta "ema$aman yang jitu amat "enting. Keb#le$an ad sesuatu yang mam"u di"elajari dan dibentuk manakala bakat "ula adala$ sesuatu yang berdi dengan sendiri $asil dari"ada kurniaan &la$i. Kedua-dua ini saling berkait ra" meng$asilkan sesuatu "r#duk seni yang mem"unyai nilai estetika yang tinggi. Di"andang dari"ada sudut agama, &mam Muslim melalui "enulisan kitabnya, Kitab 'l- &man, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan k#nse" keinda$an sebagai "erte antara sese#rang yang mem"unyai "engeta$uan ter$ada" mesej atau #bjek yang dit Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( "engeta$ua mana sese#rang yang mem"unyai ilmu atau"un "engeta$uan seni tersebut akan men!i" serta mela$irkan manifestasi "emikirandan "erasaannya ter$ada" sesuatu #bjek yang di$ayatinya melalui karya-karya seni, atau"un setidak-tidaknya akan meng$argai keinda$an #bjek serta karya tersebut, sekiranya tidak mam"u meng$asilkan karya seni. &ni adala$ ke seni itu sendiri mem"unyai "ertalian erat di antara "enggiat dan k$alayak seni itu sendi Menurut erbert )ead ( buku, *$e Meaning #f 'rts "ula seni adala$ "eng$asilan ru bentuk yang menimbulkan ke!eriaan, keser#n#kan dan kesenangan estetik ('rt is E+"ressi#n Kesenangan estetik di sini adala$ merujuk ke"ada k#nse" kesenangan yang ter$asil kesan #le$ "eng$ayatan ter$ada" keinda$an seni isual. Ke"uasan, kenikmatan, kesukaan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. .0 '"likasi seni dalam "endidikan %eni meru"akan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. %eni itu inda$ dan $alus. %eni bukan sa$aja dia"likasikan dalam satu bidang teta"i dalam bebera"a bidang se"erti s suara, seni tari dan seni lak#n. Kesemua seni yang dinyatakan tadi meru"akan seni yang memerlukan "ergerakan, suara, dan eks"resi dalam mela$irkan sesuatu yang inda$ dari dala diri kita. %eni juga dia"likasikan dalam "engajaran. Pengajaran memerlukan "ema$aman dan 1

Upload: zalina-husain

Post on 06-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan big

TRANSCRIPT

PENDAHULUANSENI DALAM PENDIDIKAN1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.2.0 Aplikasi seni dalam pendidikanSeni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidikSeni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan membantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan4.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral LeapsBidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi5.0 KesimpulanSecara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

1.1 ( a ) Rancangan Pengajaran Harian Seni Dalam Pendidikan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Mata Pelajaran:Komponen Sosial Alam Sekitar. Kelas:Pendidikan Khas ( 6 Alfa ).Tarikh:24 Ogos 2014 ( Ahad ).Masa:9.00 pagi 10.00 pagi ( 60 minit ).Bilangan murid:6 orang murid ( 3 Slow Learner dan 3 Terencat Akal ).Tajuk:Burung.Kemahiran:1 - Hubungan manusia dengan alam sekitar.1.2 Mengenal dan menamakan benda hidup.Kandungan:1.2.2 HaiwanPengetahuan Sedia Ada:Murid pernah melihat burung.Hasil Pembelajaran:Diakhir pembelajaran ini murid akan dapat :i) Slow learner dapat memahami sifat burung.ii) Terencat akal dapat mengenal bentuk burung.Pengabungjalinan isi kandungan:1.2.2 Mengenal spesis haiwan terbang.Pengabungjalinankurikulum:Pendidikan seni, Muzik dan Bahasa Malaysia.Nilai murni:Kerjasama, berdikari, tekun dan mendengar arahan.Unsur terapi:Pertuturan, pergerakan, pendengaran, muzik, penglihatan dan cara kerja.BBM:Kad huruf, lembaran kerja, lakaran gambar burung, CD lagu burung, klip video pendek.

Langkah Pengajaran.Langkah / MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan / BBM

Set Induksi5 minitNyanyianTajuk : Burung Kakak tuaBurung kakak tuaHinggap di JendelaNenek sudah tuaGiginya tinggal dua

Letcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laBurung kakak tua

Burung kakak tuaHinggap di JendelaNenek sudah tuaGiginya tinggal dua

Letcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laBurung kakak tua

1. Guru menampalkan lirik lagu di papan tulis.2. Murid diperdengarkan lagu dengan menggunakan laptop.3. Murid diminta menyanyi dengan iringan muzik.4. Guru bersoaljawab mengenai haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut. Apakah binatang yang terdapat di dalam video tersebut.5. Guru memberi tepukan dan kata pujian kepada murid yang dapat menyanyi lagu dengan baik.

Teknik :Nyanyian

Terapi :Muzik

BBM :Carta laguKlip video

Nilai :Gembira,Yakin pada diri sendiri.

Langkah 15 minitTayangan video.1. Murid akan dipertontonkan video pendek tentang hidupan terbang.2. Guru menjelaskan topik pembelajaran yang akan dipelajari pada hari ini.3. Guru menunjukkan bentuk burung sebenar kepada murid-murid di dalam kelas di dalam sangkar kecil yang telah disediakan.Teknik :Penerangan

Terapi :Penglihatan.Pengamatan.

Nilai :Mendengar arahan disiplin.

BBM :Video klip.Model burung sebenar.

Langkah 210 minit

Mengenal abjad dan menyebut perkataan.

b u r

u n g

burung 1. Guru menggunakan kad imbasan huruf bagi memperkenalkan huruf dan membentuk perkataan burung.2. Guru meminta murid menyebut setiap huruf yang ditujukkan kepada murid bersama-sama secara berulangan.3. Guru memberi pujian kepada murid yang rajin dan dapat mendengar arahan yang telah diberikan.

Teknik ;Tunjuk ajar.

Unsur terapi :Penglihatan.Pertuturan.

Nilai :Bekerjasama.Tekun.

BBM :Kad huruf.

Langkah 35 minitAktiviti pengukuhan 1.-Memadankan burung ikut jenis dan warna.

1. Curu menyediakan beberapa gambar kumpulan burung daripada beberapa jenis dan warna burung.2. Guru meminta murid membahagikan kumpulan burung tersebut mengikut jenis dan warna yang dilihat oleh murid.3. Guru memberi tepukan dan kata pujian kepada murid yang berjaya.Teknik :Permainan.

Unsur terapi :Pertuturan, penglihatan, pergerakan motor kasar dan halus.

Nilai :Kerjasama.Dedikasi.

BBM :Gambar burung.

Langkah 415 minitAktiviti pengukuhan 2.-Membuat kolaj burung.

1. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi gambar burung.2. Murid diberikan bahan semulajadi yang terdapat disekeliling murid dan juga kertas warna.3. Murid diminta menampalkannya menggunakan tangan di atas gambar burung mengikut kreativiti masing-masing.4. Guru memberi bimbingan kepada semua murid.5. Murid diminta menamakan burung tersebut dan membunyikan pelbagai jenis bunyi burung tersebut.6. Hasil kerja yang telah disiapkan dipamerkan di hadapan kelas.

Teknik :Menampal.

Terapi :Motor halus.Koordinasi mata.

Nilai :Tekun.Menumpukan perhatian pada kerja yang diberikan.

BBM :Lembaran kerja.Kertas warna.Gam.Bahan semulajadi.

Langkah 515 minitAktiviti pengukuhan 3.-Membuat gambar burung menggunakan teknik gurisan.

1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 2 orang ahli kumpulan.2. Setiap kumpulan dibahagikan sehelai kertas lukisan, alat tulis, warna krayon dan pen yang telah kehabisan dakwat.3. Guru memberi penerangan dan tunjukcara bagaimana untuk membuat gambar burung menggunakan teknik gurisan.4. Murid dikehendaki membuat gambar burung menggunakan teknik gurisan mengikut kumpulan masing-masing menggunakan bahan-bahan yang telah diberikan oleh guru.5. Kumpulan yang dapat menyiapkan kerja dengan baik akan diberi ganjaran ( gula-gula ).

Teknik :Gurisan.Lukisan.

Unsur terapi :Koordinasi mata.Motor Halus.

Nilai :Kerjasama.Tekun. Berdisiplin.

BBM :Alat tulis.Warna Crayon.Kertas lukisan.Pen tiada dakwat.Gula-gula

Penutup5 minitMenyanyikan lagu sambil melakukan gerakan burung.-Topeng burung.Senikata lagu Burung Kakak Tua Burung kakak tuaHinggap di JendelaNenek sudah tuaGiginya tinggal dua

Letcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laBurung kakak tua

Burung kakak tuaHinggap di JendelaNenek sudah tuaGiginya tinggal dua

Letcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laLetcum, letcum, letcum, hu la laBurung kakak tua

1. Murid dan guru akan menyanyikan lagu Burung Kakak Tua bersama-sama dengan berpandukan lirik lagu yang ditampal di papan putih di hadapan kelas.2. Murid melakukan gerakan mengikut pergerakan burung.3. Guru memberi bimbingan sambil setiap murid dibekalkan topeng burung oleh guru.4. Guru merumuskan tajuk pembelajaran pada hari ini.Teknik :Menyanyi

Unsur terapi :Pertuturan.

Nilai :Kerjasama.

BBM :Lirik lagu.Laptop.Topeng.

1.1 (b )Mengaplikasikan Tiga Bahan Bantu Mengajar Dengan Mengaplikasikan Elemen Pendidikan Seni Visual.

Aktiviti kolaj burung yang menggunakan bahan semulajadi yang ada di sekeliling murid. Bahan-bahan ini telah dibahagikan kepada tiap-tiap murid untuk menghasilkan kolaj burung. Antara bahan-bahannya ialah daun kelapa, daun pokok bunga, ranting kayu kering, daun kering, sedikit kertas warna dan gam. Teknik yang digunakan ialah teknik menampal. Kaedah terapi yang digunakan ialah penggunaan motor halus dan koordinasi mata. Untuk menghasilkan kolaj ini memerlukan ketekunan dan perlu menumpukan perhatian terhadap kerja. Di samping murid dapat mengenal bentuk burung, murid juga dapat menghasilkan warna burung yang pelbagai dan juga murid dapat mengenali sifat-sifat burung. Kaedah ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti membuat burung menggunakan teknik gurisan adalah salah satu aktiviti yang dapat diterapkan dalam pembelajaran sosial alam sekitar. Untuk aktiviti ini, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan. Bahan-bahan yang digunakan iaitu kertas lukisan, alat tulis, warna krayon dan juga pen yang habis dakwat.Bahan-bahan ini diagihkan kepada setiap kumpulan. Murid perlu mewarnakan kertas lukisan dengan warna yang diingini dengan lapisan yang agak tebal dan dengan warna yang bertindan-tindan. Permulaannya perlu demgan warna hitam. Selepas itu, murid perlu menggunakan pen tadi dan bolehlah memulakan aktiviti melukis burung dengan cermat.Unsur terapi yang digunakan iaitu koordinasi mata dan juga motor halus. Murid-murid perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan, tekun dan berdisiplin dalam menghasilkan teknik gurisan ini. Disamping mengenali burung , murid dapat tahu mengenai teknik gurisan yang sangat cantik.

Topeng burung digunakan pada penutup sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini untuk memberi pengukuhan kepada tajuk penaagajaran pada hari tersebut. Penghasilan topeng yang mudah yang diagihkan kepada tiap-tiap murid. Topeng ini digunakan semasa menyanyikan lagu burung dengan diiringi dengan muzik. Murid amat teruja dalam melakukan aktiviti tersebut yang mana murid dikehendaki melakukan pelbagai gerakan burung sambil diiringi dengan muzik. Kaedah terapi yang digunakan ialah terapi pertuturan. Murid dibimbing oleh guru. Murid juga perlu memberi kerjasama dan tidak kekok dalam melakukan aktiviti tersebut.

Refleksi

Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan berbincang bersama ahli kumpulan dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan.Tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dimasa hadapan. Hal ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai cara membuat rancangan pengajaran dan mencari buku bagi matapelajaran sosial alam sekitar dan seni seperti cara- cara untuk membuat kolaj, gurisan dan sebagainya. Namun dengan usaha yang dilakukan saya berjaya menemui nota dan langkah- langkah untuk membuat kolaj. Selain itu dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan dimana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tiga tugasan yang lain. Namun dengan jadual yang telah dibuat oleh saya akhirnya saya telah dapat menyiapkannya dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan. Namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar PPG telah dipikul oleh saya dengan menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat tidak lari daripada tugasan.Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya, berakit- rakit kehulu,berenang- renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

Penutup

Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnyaseni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam duniapendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalampembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melaluiseni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan perananpenting dalam dunia pendidikan kita hari ini.Di harapkan melalui Seni dalam pendidikan ini akan melahirkan individu yangberkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindak balas di samping dapatmempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial di mana sesuatu masyarakatdapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia salingmemerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahanmasyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu jugasebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

Bibliografi

Baharudin Mohd. Arus ( 1996 ), Seni Lukis dan Kehidupan Masa Kini, Dewan Budaya . , hal 64Mazlan Mohamad ( 1997 )Pendidikan Seni 2 : Kurikulum Pendidikan Seni.Kump. Budiman Sdn Bhd. , hal 14Mohd Zaihidee Hj Arshad, 2000 Seni : Cabaran Kepada Pengalaman dan Pengetahuan (Tinjauan dalam Karya Abstrak), UPSI , ha1128Amboyer, Jeannie (1979) Oriental art: A handbook of styles and forms, Faber and FaberAmboyer, Jeannie. (1967).The oriental world: India and south east Asia, London : P. Hamlyn.Bloom, Blair, J & S. (1997). Islamic art. New York:Phaidonhttps://www.google.com.my/search?q=gambar+burung&client=firefox-a&hs=skF&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=np&tbm=isch&tbo=uhttp://csnndigiwork.wordpress.com/2011/09/14/aliran-klasikisme-dan-realisme/http://eka.web.id/aliran-dalam-seni-lukis.htmlhttp://en.wikipedia.org/wiki/Naturalism_(arts)http://en.wikipedia.org/wiki/Realism_(arts)http://en.wikipedia.org/wiki/Romanticismhttp://hafizmnordin.blogspot.com/2009/10/seni-impressionism-dan-post.htmlhttp://marinni.livejournal.com/694731.htmlhttp://merry-studiocatan.blogspot.com/2009/10/aliran-pop-art.htmlhttp://risalahproseni.blogspot.com/2009/07/apakah-perbezaan-antara-seni.html?zx=4a4d554a1df027cehttp://tanleon-sss1042.blogspot.com/2009/08/post-impressionisme-post-impressionisme.htmlhttp://www.art-virtue.com/painting/history/index.htmhttp://www.huntfor.com/arthistory/medieval/islamic.htmhttp://www.michaelarnoldart.com/Realism%20and%20Naturalism%20Style%20of%20Art.htmhttp://www.paragonfineart.com/artists/avary.htmlMason, Penelope E.(1993). History of Japanese art. Prentice Hall, Upper Sadlle RiverMcDonald, S.( 1970). The history and philosophy of art education. London : University of London Press Ltd.Muliyadi Mahamood.(2004).Seni lukis moden Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Pub. & Dist. Sdn. Bhd.Orvirk, O.G.,et.al. (2001). Art fundamentals:theory and practice (9th. ed.) New York:McGraw-Hill.Richard, G & Fred, S. (1996). Art through the ages. New York: Harcourt Brace GardnersSanento Juliman, Seni Lukis Indonesia Dulu dan sekarang, Sani, Mei/Jun, 1969, hal 37.Sullivan, Michael. (1967). A short history of chinese art. University of BerkeleyWaley, Arthur. (1981). Oriental art and culture: A study of Indian, Chinese and Japanese art. Cosmo Publications.

LAMPIRAN

21