as5

8
Significance Utility Validity Learnability Feasibility Scope, Integration, Sequence, Continuity, Articulation. Dimensi Kurikulum Rajah 1 : Conceptual Framework : Horizontal And Vertical Organization Kurikulum yang saya pilih adalah Subjek Sains tahap 2 iaitu, subjek sains untuk pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Berdasarkan falsafah pendidikan Sains yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Hubungan menegak contohnya : hubungan antara mata pelajaran sains tahun 5 dan sains tahun 6. Hubungan mendaftar contohnya: hubungan antara mata pelajaran sains dan mata pelajaran matematik dalam tahun 5. Menegak Signifikan :Kandungan perlulah releven dan signifikan. Iaitu kandungan pembelajaran perlulah mencerminkan budaya, sosial dan teknologi yang sering berubah dari semasa ke semasa. Di sebabkan zaman informasi kini. Kandungan merupakan sesuatu yang sangat penting dan signifikan termasuklah Standard Kurikulum Sains sekolah yang rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian. Pusat Pembangunan Kurikulum (2002).

Upload: opie-mohamad

Post on 23-Jan-2017

107 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: As5

SignificanceUtility Validity LearnabilityFeasibility

Scope, Integration, Sequence, Continuity, Articulation.

Dimensi Kurikulum

Rajah 1 : Conceptual Framework : Horizontal And Vertical Organization

Kurikulum yang saya pilih adalah Subjek Sains tahap 2 iaitu, subjek sains untuk pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Berdasarkan falsafah pendidikan Sains yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Hubungan menegak contohnya : hubungan antara mata pelajaran sains tahun 5 dan sains tahun 6. Hubungan mendaftar contohnya: hubungan antara mata pelajaran sains dan mata pelajaran matematik dalam tahun 5.

Menegak

Signifikan :Kandungan perlulah releven dan signifikan. Iaitu kandungan pembelajaran perlulah mencerminkan budaya, sosial dan teknologi yang sering berubah dari semasa ke semasa. Di sebabkan zaman informasi kini. Kandungan merupakan sesuatu yang sangat penting dan signifikan termasuklah Standard Kurikulum Sains sekolah yang rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian. Pusat Pembangunan Kurikulum (2002).

Berguna /Utility : Kandungan perlulah beguna, berguna demi kepentingan pelajar dan masyarakat. Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

Page 2: As5

Sahih/ Validity : Sudah semestinya isi kandungan pendidikan perlu memiliki nilai kesahihan atau tidak sahih. Bermaksud sesuatu perkara yang benar perlulah di jelaskan tentang kebenaranya manakala perkara yang salah di jelaskan rasional kesalahanya. Sudah semestinya subjek sains sekolah rendah ini memiliki validitinya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana sains itu sendiri memerlukan bukti.

Boleh Di Pelajari/ Learnability : Isi kandungan yang dipilih perlulah seiring dengan peringkat perkembangan pelajar. Konsep yang terlampau sukar atau atau di luar genggaman pelajar hanya akan memberi sedikit kesan kepada pelajar. Situasi ini selaras dengan turutan. Bermaksud tahap kesukaran isi kandungan perlu seiring dengan perkembangan kongnitif pelajar. Contonya. Dalam subjek sains untuk tahap dua ini dari tahun empat hingga tahun 6 pelajar akan belajar tajuk yang sama iaitu menyiasat alam kehidupan. Pada tahun 4 pelajar hanya akan belajar serba sedikit tentang alam kehidupan seperti organ pernafasan manusia, apabila pelajar tersebut masuk ke tahun 5 mereka akan tetap mempelajari tema yang sama iaitu menyiasat alam kehidupan tetapi pelajar akan mempelajari ilmu alam kehidupan yang lebih mendalam lagi seperti kemandirian hiduapan dan interaksi antara benda hidup.

Kebolehlaksanaan. / Feasibility : Kebolehlaksanaan amat menitik beratkan soal sumber ( manusia, fizikal dan kewangan), takwim sekolah, undang –undang dan peraturan, sokongan ibu-bapa dan masyarakat serta masa yang diperuntukkan untuk mengajar sesuatu kandungan pendidikan. Sudah semestinya kebolehlaksanan perlu dalam penerapan kurikulum sains. Contohya di setiap sekolah disediakan makmal-makmal sains untuk kegunaan pelajar dan guru menjalankan kajian atau eksperiment. Turut kementerian sediakan pembantu makmal demi memudahkan tugas guru dan pelajar. Selain daripada itu juga, kerajaan juga telah memperuntukkan satu jumlah yang besar untuk setiap sekolah di Malaysia agar dapat digunakan unutuk tujuan memperkukuhkan lagi penguasan pelajar terhadap subjek sains.

Mendatar

Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka bentuk kurikulum merupakan satu penyataan yang menunjukkan perkaitan antara komponen-komponen sesebuah kurikulum. Ketika usaha mendapatkan penyataan itu pereka bentuk kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum dengan mengambil kira beberapa dimensi kurikulum; skop; penyepaduan; urutan dan kesinambungan dan keseimbangan. (Ornstein dan Hankins 2004)

Skop /Scope

Ketika mereka bentuk sesebuah kurikulum, seseorang itu harus mengambil kira tentang keluasan dan kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan skop. J. Galen Saylor mendefinisikan skop sebagai keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk pelajar alami ketika mereka mengikuti program pendidikan di sekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui program ini?. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya disediakan?. Sejauhmana komponen-komponen

Page 3: As5

(isi kandungan dan aktiviti) ini harus dirancangkan?. Kandungan pendidikan sains merujuk pada apa yang perlu diajar dan disediakan dalam sukatan pelajaran dan huraian spesifikasi kurikulum sains. Matapelajaran Sains adalah disusun mengikut pendekatan bertema dan berasaskan pada keperluan pelajar, masyarakat dan sejagat. Setiap tema terdiri daripada beberapa bidang pembelajaran yang terdiri daripada beberapa objektif pembelajaran. Setiap objektif pembelajaran mengandungi satu atau lebih hasil pembelajaran.

Subjek sains tahap 2 mengandungi tema berikut:

Pengenalan kepada Sains

Sains Hayat

Sains Fizikal

Sains Bahan

Bumi dan Sains Angkasa

Teknologi dan Kehidupan Lestari

Penyepaduan /Intergration Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di antara isi kandungan daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang lain. Dengan kata lain, penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di antara pelbagai topik dan tema. Jika idea dan konsep digunakan sebagai asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan, penyepaduan dapat dicapai dengan menunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan merentas subjek atau kurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan juga merujuk kepada kaitan isi kandungan dengan pengalaman dan aktiviti pembelajaran pelajar agar keperluan pelajar dapat dipenuhi. Kemahiran yang digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain dalam tahun yang sama. Hilda Taba ( 1962 ) Kurikulum sains di perkenalkan untuk memupuk pelajar menjadi manusia yang teliti dan mematuhi arahan melalui exsperiment yang dijalankan. Selain daripada itu juga subjek sains juga merupakan asas kepada subjek saian tulin seperti subjek biologi, kimia dan fizik. Hal ini demikian kerana asas-asas tersebut yang akan digunakan kelak, contohnya melalui proses photosintesi yang di pelajari di sekolah rendah akan dibawa ke sekolah menengah melalui subjek biologi untuk menetahui tentang Xylem dan Pheolem. Tidak dapat dinafikan juga bahawa subjek sains dapat membantu pelajar dalam subjek seperti matematik. Hal ini demikian kerana di dalam subjek sains pelajar perlu mempelajari beberapa formula yang berkaitan dengan matematik contohya formula mengira kelajuan dan formula isi padu.

Urutan/ Sequence

Page 4: As5

Membina pengalaman baru berasaskan pengalaman yang sedia ada secara berperingkat-peringkat. Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum, pereka bentuk kurikulum perlu mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum secara berkesan agar dapat mewujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam kalangan pelajar atau apa yang dikenali sebagai perkaitan “vertical” di antara bidang-bidang dalam sesebuah kurikulum. Bidang-bidang yang dimaksudkan di sini merangkumi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran dan juga proses yang diperlukan bagi memperoleh isi kandungan tersebut. Ini bermakna isi kandungan, kemahiran dan proses perlu diorganisasikan secara berkesan agar organisasi itu dapat mengujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam kalangan pelajar. Lazimnya ketika mengorganisasikan isi kandungan, proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum, seseorang pereka bentuk itu akan mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang diambil daripada kefahaman tentang bagaimana manusia berkembang dan belajar. Kurikulum sains di Malaysia telah disusun dengan sebaiknya oleh pihak kementerian sama ada dari segi:

Simple To Complex : Menyatakan maksud buruj Mengenal pasti buruj biduk ,belatik dan scorpio Menyatakan kegunaan buruj

Spiral: Tajuk : Menyiasat Alam Bahan

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Memahami sifat-sifat bahan seperti kayu, daun, kapas, buku dan sebagainya.

Menyatakan keadaan bahan sama ada cecair, gas atau pepejal.

Memahami kesan pembuangan bahan buangan keatas alam sekitar

Prerequisite: Sebelum pelajar boleh mempelajari tentang rantaian makanan terlebih dahulu sebelum mempelajari tentang herbivor, karnivor dan omnivor.

Whole To Part Learning: Dalam tajuk menyiasat bumi dan alam semester pelajar perlu tahun bahawa terdapat 8 planet di ruang angkasa seperti Bumi, Marikh dan Zuhal sebelum mengetahui struktur dan rupa bentuk setiap planet.

Chronological Learning: Dalam eksperiment pengaratan melalui tajuk menyiasat alam bahan tahun 5. Pelajar perlu melakukan eksperiment yang mengambil masa tiga hari intuk dijalankan. Pelajar perlu mencatat perubahan yang berlaku pada paku yang di rendam dari hari pertama hingga hari ketiga sebelum membuat kesimpulan tentang tajuk tersebut.

Kesinambunngan/Continuity

Page 5: As5

Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangan komponen-komponen kurikulum secara vertical. Ini bermaksud kesinambungan kurikulum menerangkan tentang pengulangan idea dan kemahiran-kemahiran utama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar secara meluas dan mendalam dalam masa yang ditentukan. Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam kurikulum spiral yang dianjurkan oleh Bruner. Konsep kurikulum spiral ini bukan sahaja menekankan perkaitan secara vertical malah perkaitan secara horizontal juga ia itu yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum. Jika seseorang pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara topik dalam sesuatu mata pelajaran atau sesuatu bidang ilmu itu, ia dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara mata pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan sebagai perkaitan secara horizontal. Dalam kurikulum sains dari tahun empat hingga enam pelajar di ajar tentang kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelas, mengukur dan membuat inference. Bahkan sehingga tingkatan 5 pun pelajar perlu sentiasa mengaplikasikan kemahiran tersebut. Oleh itu peranan para guru untuk memupuk kemahiran tersebut dalam diri pelajar sama ada mereka berada pada tahun 4, tahun 5 atau tahun 6.

Seimbang/ Articulation ialah kurikulum yang menyediakan pelajar peluang untuk menguasai ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai untuk perkembangan diri, sosial dan intelektualnya. Oleh kerana kurikulum boleh dilihat daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada daripada bingkai rujukan mata pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai, komponen-komponen kurikulum yang perlu diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka bentuk itu, kesemua komponen kurikulumnya mestilah seimbang. Kurikukum sains sudah semestinya mempunyai keseimbangan dengan subjek lain seperti Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Contohnya,

Rujukan

Page 6: As5

Ornstein, A. C., & Hunkins, F. (2004). Curriculum foundations: Principles and theory (4th ed). Boston: Allyn and Bacon.

Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia

Tyler, R. W. (1949). Basic Principles Of Curriculum And Instruction. Chicago, IL: University of Chicago Press.