(artikel37)

7
2 nd International Malaysian Educational Technology Convention Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan Farah Mohamad Zain, Hanafi Atan, Noorizdayantie Samar, Omar Majid & Zuraidah Abd Rahman Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia [email protected] Abstrak Kajian ini mengkaji kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi terhadap pencapaian pelajar yang berlainan lokus kawalan dalam pembelajaran fizik atas talian (online learning). Pembangunan bahan pembelajaran adalah berdasarkan Model Rekabentuk Allesi & Trollip manakala pembangunan bahan pula berasaskan Model Adegan Pengajaran Gagne, Briggs & Wager. Dua sistem pembelajaran atas talian dibangunkan dan setiap satu mempunyai mod maklum balas yang berbeza iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF). Pembolehubah bebas ialah dua jenis maklum balas iaitu KCR dan EF manakala pembolehubah bersandar pula ialah skor min pencapaian. Pembolehubah moderator ialah lokus kawalan dalaman dan juga lokus kawalan luaran. Kajian ini menggunakan Matapelajaran Tingkatan 4 Fizik yang bertajuk “Understanding lenses”. Sampel kajian seramai 88 orang pelajar. Kajian ini merumuskan bahawa maklum balas EF adalah jenis maklum balas yang paling berguna kepada pelajar yang berbeza lokus kawalan dalaman mempelajari Fizik berbanding dengan maklum balas KCR. Kepada pelajar berlokus kawalan luaran, EF adalah maklum balas yang paling berkesan dan begitu juga bagi pelajar berlokus kawalan dalaman. Oleh yang demikian, pertimbangan perlu diberikan kepada ciri pelajar ketika memilih jenis maklum balas dalam mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran. Data mengenai kesan maklum balas yang berbeza terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan akan dibentangkan. Pengenalan Kertas ini mengkaji satu paradigma baru untuk pendidikan iaitu interaksi bersemuka dengan agen dalam persekitaran pembelajaran atas talian yang interaktif. Menurut Lester,2000 agen pedagogi ialah watak-watak bebas yang tampak hidup dalam persekitaran pembelajaran dan berinteraksi secara bersemuka. Agen boleh menunjukkan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu perkara (Rickel & Johnson, 1997). Ia boleh menggunakan gerakan, pandangan dan gerak isyarat untuk menarik perhatian pelajar (Lester et al. 1999; Noma & Badler, 1997; Rickel & Johnson, 1997). Agen pedagogi bertindak sebagai pengajar dan berkomunikasi dengan pelajar untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Salah satu peranan utama seorang pengajar adalah untuk menyediakan maklum balas mengenai tindakan seseorang pelajar. Selain daripada memberikan maklum balas non-verbal, agen juga boleh memberikan maklum balas verbal untuk mempengaruhi pelajar. Kajian ini melibatkan pembangunan agen yang akan memberikan maklum balas verbal iaitu Teacher Rina. Teacher Rina memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang diberikan kepadanya. Teacher Rina juga memberikan soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar di akhir pembelajaran. Terdapat dua jenis maklum balas yang dikaji iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF). Persoalan Kajian S1 Adakah pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi?

Upload: madihaturrahmah

Post on 18-Jun-2015

907 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Artikel37)

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan

Farah Mohamad Zain, Hanafi Atan, Noorizdayantie Samar, Omar Majid & Zuraidah Abd Rahman

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak JauhUniversiti Sains [email protected]

Abstrak

Kajian ini mengkaji kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi terhadap pencapaian pelajar yang berlainan lokus kawalan dalam pembelajaran fizik atas talian (online learning). Pembangunan bahan pembelajaran adalah berdasarkan Model Rekabentuk Allesi & Trollip manakala pembangunan bahan pula berasaskan Model Adegan Pengajaran Gagne, Briggs & Wager. Dua sistem pembelajaran atas talian dibangunkan dan setiap satu mempunyai mod maklum balas yang berbeza iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF). Pembolehubah bebas ialah dua jenis maklum balas iaitu KCR dan EF manakala pembolehubah bersandar pula ialah skor min pencapaian. Pembolehubah moderator ialah lokus kawalan dalaman dan juga lokus kawalan luaran. Kajian ini menggunakan Matapelajaran Tingkatan 4 Fizik yang bertajuk “Understanding lenses”. Sampel kajian seramai 88 orang pelajar. Kajian ini merumuskan bahawa maklum balas EF adalah jenis maklum balas yang paling berguna kepada pelajar yang berbeza lokus kawalan dalaman mempelajari Fizik berbanding dengan maklum balas KCR. Kepada pelajar berlokus kawalan luaran, EF adalah maklum balas yang paling berkesan dan begitu juga bagi pelajar berlokus kawalan dalaman. Oleh yang demikian, pertimbangan perlu diberikan kepada ciri pelajar ketika memilih jenis maklum balas dalam mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran. Data mengenai kesan maklum balas yang berbeza terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan akan dibentangkan.

PengenalanKertas ini mengkaji satu paradigma baru untuk pendidikan iaitu interaksi bersemuka dengan agen dalam persekitaran pembelajaran atas talian yang interaktif. Menurut Lester,2000 agen pedagogi ialah watak-watak bebas yang tampak hidup dalam persekitaran pembelajaran dan berinteraksi secara bersemuka. Agen boleh menunjukkan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu perkara (Rickel & Johnson, 1997). Ia boleh menggunakan gerakan, pandangan dan gerak isyarat untuk menarik perhatian pelajar (Lester et al. 1999; Noma & Badler, 1997; Rickel & Johnson, 1997). Agen pedagogi bertindak sebagai pengajar dan berkomunikasi dengan pelajar untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Salah satu peranan utama seorang pengajar adalah untuk menyediakan maklum balas mengenai tindakan seseorang pelajar. Selain daripada memberikan maklum balas non-verbal, agen juga boleh memberikan maklum balas verbal untuk mempengaruhi pelajar. Kajian ini melibatkan pembangunan agen yang akan memberikan maklum balas verbal iaitu Teacher Rina. Teacher Rina memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang diberikan kepadanya. Teacher Rina juga memberikan soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar di akhir pembelajaran. Terdapat dua jenis maklum balas yang dikaji iaitu Maklum Balas Dengan Pengetahuan Respon Yang Betul (KCR) dan Maklum Balas Dengan Penghuraian (EF).

Persoalan KajianS1 Adakah pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi memperoleh

pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi?

S2 Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, adakah pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan?

S2a: Adakah pelajar yang berlokus kawalan dalaman memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan luaran?

S2b: Adakah pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi?

Page 2: (Artikel37)

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

S2c: Adakah pelajar berlokus kawalan luaran yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi?

Hipotesis KajianBerdasarkan soalan kajian, hipotesis berikut dibina pada aras signifikan 0.05.

H1 Pelajar yang menggunakan maklum balas EF oleh agen pedagogi akan memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar yang menggunakan maklum balas KCR oleh agen pedagogi.

H2 Dengan menggunakan pembelajaran atas talian, pelajar berlokus kawalan berbeza akan memperoleh skor min pencapaian yang berbeza dalam kedua-dua mod olahan.

H2a: Pelajar yang berlokus kawalan dalaman akan memperoleh skor min pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan luaran.

H2b: Pelajar berlokus kawalan dalaman (LKD) yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi.

H2c: Pelajar berlokus kawalan luaran (LKL) yang menerima maklum balas EF oleh agen pedagogi memperoleh pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar berlokus kawalan dalaman yang menerima maklum balas KCR oleh agen pedagogi.

Rekabentuk KajianKajian ini menggunakan reka bentuk eksperimental kuasi dengan faktorial 2 X 2 untuk mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran atas talian. Kesan pembolehubah bebas iaitu maklum balas KCR dan maklumbalas EF terhadap pencapaian pelajar akan dikaji. Pembolehubah moderator iaitu lokus kawalan dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL) juga mempengaruhi dapatan kajian. PensampelanSampel yang dipilih untuk tujuan penyelidikan ini adalah daripada dua buah sekolah teknik di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMTTARP) dan Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang (SMTBL). Hanya 88 pelajar yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Purata umur pelajar adalah antara 16-17 tahun. Subjek dalam kajian ini ialah Fizik Tingkatan 4, Bab 5 iaitu Kanta dan Alat Optik.

Instrumen KajianDalam kajian ini, empat instrumen digunakan untuk mengumpul data. Instrumen-instrumen ini ialah praujian, pascaujian, Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (Intellectual Academic Responsibility, IAR) dan Soal Selidik Literasi Komputer. Ujian soal selidik IAR digunakan untuk mengukur tahap lokus kawalan pelajar. Markah seseorang pelajar yang sama atau melebihi min dianggap sebagai pelajar berlokus kawalan dalaman, manakala pelajar yang mendapat markah kurang daripada min dikategorikan sebagai pelajar yang berlokus kawalan luaran. Ujian ini diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh penyelidik projek Inspire USM (Maznah & Ng, 1985)

Prosedur KajianFasa 1 – Program PraujianProgram ini dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra dan juga di Sekolah Menegah Teknik Batu Lanchang. Pelajar perlu menjawab dua soal selidik iaitu Soal Selidik Literasi Komputer dan Soal Selidik Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek (IAR). Pelajar diberi masa selama setengah jam untuk menjawab Praujian dan 15 minit untuk soal selidik IAR. Program Praujian ini dijalankan sebelum pelajar didedahkan kepada agen pedagogi (pembelajaran atas talian). Ini adalah untuk melihat sejauh mana peningkatan pelajar sebelum didedahkan dengan agen pedagogi dan selepas menggunakan agen pedagogi.

Fasa 2 – Rawatan KajianRawatan kajian dijalankan di dua buah makmal di USM iaitu Makmal Komputer Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK). Seramai 88 pelajar di bawa ke USM kerana bilangan komputer di sekolah tidak

300

Page 3: (Artikel37)

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

mencukupi untuk menampung bilangan pelajar. Pelajar ini seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan I yang menerima mod Knowledge of Correct Response (KCR) dan kumpulan II yang menerima mod Elaborated Feedback (EF). Oleh kerana bilangan pelajar yang agak ramai, maka pelajar ini dibahagikan kepada dua makmal di mana setiap makmal memuatkan lebih kurang 50 pelajar. Pelajar diberikan taklimat terlebih dahulu oleh ketua projek dan dibantu oleh beberapa fasilitator dan seterusnya pelajar diberi arahan bagaimana untuk berinteraksi dan bertanyakan soalan kepada agen pedagogi. Sesi rawatan dijalankan selama sejam.

Fasa 3 – Program PascaujianFasa ini dijalankan sejurus selepas Fasa 2. Pelajar diberikan Pascaujian untuk menguji kefahaman pelajar selepas melalui pembelajaran dengan agen pedagogi.

Dapatan KajianData yang dikumpul daripada kajian ini dianalisis menggunakan sofwer Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS versi 11.0) pada aras keertian 0.05 (p<0.05).

Perbandingan Skor Min Pencapaian Pelajar Dalam Kedua-Dua Kumpulan Maklum BalasSuatu siri analisis ujian-t dijalankan untuk menentukan kesan perbandingan kedua-dua mod olahan terhadap skor min pencapaian. Perbandingan dua hala dilakukan di antara kumpulan KCR dan EF. Keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Ujian-t skor min pencapaian pelajar dalam kedua-dua mod olahan

Mod olahan

N Min () Sisihan Piawai ()

Nilai-t df Sig. 2-ekor

Mod KCRMod EF

4543

16.1127.09

8.97514.566

-4.235 69.296 0.000*

Signifikan *p , 0.05

Skor min pencapaian kumpulan yang menggunakan mod KCR dan mod EF dibandingkan. Terdapat perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR ( = 16.11, = 8.975) dan mod EF ( = 27.09, = 14.566; t (69.296 = -4.235, p = 0.000). Maka, daripada dapatan ini, hipotesis 1 disokong. Hal ini menunjukkan bahawa maklum balas EF iaitu maklum balas yang memberikan penerangan merupakan satu bantuan yang penting bagi pembelajaran dibandingkan dengan maklum balas KCR. Hasil ini konsisten dengan hasil kajian Fong (1996) Perbandingan Skor Min Pencapaian Di Antara Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan Bagi Kedua-Dua Mod OlahanDengan menggunakan setiap mod olahan secara berasingan, skor min pencapaian pelajar menurut klasifikasi LKD-LKL dibandingkan menggunakan satu siri analisis ujian-t. Keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Ujian-t skor min pencapaian di antara pelajar LKD dengan LKL

Pembolehubah N Min () Sisihan Piawai ()

Nilai-t df Sig 2-ekor

LKDLKL

4939

23.5718.85

13.84411.946

1.689 86 0.095

LKDMod KCRMod EF

2524

17.6029.79

9.36715.143

-3.373 38.078 0.002*

LKLMod KCRMod EF

2019

14.2523.68

8.31513.421

-2.654 37 0.012*

Jumlah kes 88Signifikan *p < 0.05

301

Page 4: (Artikel37)

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Skor min pencapaian di antara pelajar LKL dan LKD dibandingkan (Jadual 2). Tiada perbezaan yang signifikan dalam skor min pencapaian bagi pelajar LKD ( = 23.57, = 13.844) dan pelajar LKL ( = 18.85, = 11.946; t(86) = 1.689, p = 0.095). Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa hipotesis 2a ditolak. Akan tetapi, skor min pencapaian () pelajar berlokus kawalan dalaman (=23.57) didapati lebih tinggi daripada pelajar berlokus kawalan luaran (=18.85). Walaupun tiada perbezaan yang signifikan, tetapi secara amnya pelajar berlokus kawalan dalaman memperoleh pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar berlokus kawalan luaran tanpa mengira olahan mod. Dapatan kajian ini konsisten dengan penemuan (Fong, 2000) terhadap hubungan antara lokus kawalan dan pencapaian akademik.

Skor min pencapaian pelajar LKD dalam kumpulan KCR dan EF dibandingkan. Terdapat perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR ( = 17.60, = 9.367) dan mod EF ( = 29.79, = 15.143; t(38.078) = -3.373, p = 0.002). Dapatan ini menunjukkan bahawa hipotesis 2b disokong. Terdapat beberapa sebab yang mungkin untuk hasil ini. Antaranya ialah pelajar berlokus kawalan dalaman cenderung untuk mencapai prestasi yang tinggi. Dengan menggunakan maklum balas EF, pelajar LKD lebih mudah meningkatkan prestasi kerana setiap jawapan diberikan bersama dengan penerangan.

Skor min pencapaian pelajar LKL dalam kumpulan KCR dan EF dibandingkan. Terdapat perbezaan signifikan dalam skor min pencapaian bagi mod KCR ( = 14.25, = 8.315) dan mod EF ( = 23.68, = 8.315; t(37) = -2.654, p = 0.012). Maka, hipotesis 2c disokong. Satu faktor yang mungkin bagi pelajar LKL memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam kumpulan EF ialah melalui pembelajaran secara elaboratif. Dengan memberikan penerangan yang lebih jelas dapat membantu pelajar LKL untuk lebih memahami dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.

Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan bahawa mod EF yang diberikan secara elaboratif dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar berbanding mod KCR. Ini disokong oleh hipotesis yang diutarakan. Namun begitu, pelajar LKD tidak menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan daripada pelajar LKL. Tetapi, daripada min pencapaian pelajar menunjukkan pelajar LKD lebih tinggi berbanding LKL. Bagi pelajar LKD, mod EF menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding mod KCR. Begitu juga dengan pelajar LKL di mana mod EF menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding mod KCR. Ini mungkin kerana pencapaian pelajar LKL telah meningkat dan hampir sama dengan pelajar LKD kerana menggunakan maklum balas EF. Oleh itu, daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa pelajar yang berlokus kawalan luaran juga akan menunjukkan prestasi yang baik jika pembelajaran secara elaboratif diberikan.

RujukanFong, S. F. (1996). Effect of different levels of feedback using multimedia computer-based learning on the

learning gain of students with different cognitive styles. Unpublished Degree of Master, Universiti Sains Malaysia.

Fong, S. F. (2000). Kesan animasi terhadap pembelajaran pengetahuan prosedur meiosis di kalangan pelajar pelbagai profil psikologi. Universiti Sains Malaysia.

J. C Lester, Voerman, J. L., Towns, S. G., & Callaway, C. B. (1999). Deictic believability: Coordinating gesture, locomotion, and speech in lifelike pedagogical agents. Applied Artificial Intelligence, 13, 383 – 414.

Lester, J. C. (2000). Animated pedagogical agents; face-to-face interaction in interactive learning environments. International Journal of Artificial Intelligence in Education, 11, 47 – 78.

Maznah, I., & Ng, W. K. (1985). Relationship of locus of control, cognitive style, anxiety and academic achievement of a group of Malaysian Primary School Children. Psychology Report, 57, 1127 – 1134.

Noma, T., and badler, N. I. (1997). A virtual human presenter. In proceeding of the IJCAI workshop on animated interface agents: making them intelligent, 45 – 51.

Rickel, J., and Johnson, W. L. (1997). Integrating pedagogical capabilities in a virtual environment agent. In Proceeding of the First International Conference on Autonomous Agents. ACM Press.

LAMPIRAN302

Page 5: (Artikel37)

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Gambarajah 1: Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (KCR)

Pelajar : A long-sighted personAgen : Good! Your answer is correct

Pelajar : A short-sighted personAgen : Sorry, your answer is wrong! The correct answer is Y.

Gambarajah 2: Maklum Balas dengan Penghuraian (EF)

Pelajar : A long-sighted personAgen : Good! Your answer is correct. Long-sightedness is when a person cannot see near objects clearly and they are said to suffer from hypermetropia.

Pelajar : A short-sighted personAgen : Your answer is wrong. A short-sightedness is when a person cannot see distant objects clearly and they are said to suffer from myopia.

303