armag

2
Selamat Sejahtera, Armag Oil & Gas Academy atau AOGA merupakan sebuah institusi pendidikan kemahiran yang bernaung di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan berteraskan teknikal petroleum. Sebagai pengenalan, Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang kaya dengan hasil bumi, termasuk industrI minyak dan gas dianggap sebagai tunjang utama rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ianya adalah penggerak utama yang memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi di wilayah ini. Namun demikian, penyertaan anak belia di dalam industri ini boleh dikatakan tidak memberangsangkan sama sekali. Oleh hal demikian para pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), adalah amat digalakan untuk menyertai program ini dengan kelayakan minimum lulus subjek Bahasa Melayu dan Metametik. Berikut adalah objektif AOGA: 1. Memartabatkan tahap pengetahuan dan kemahiran belia bumiputra di dalam industri minyak dan gas. 2. Memperbaiki mutu pekerjaan serta pendapatan yang lebih baik. 3. Memberi peluang pekerja yang berkompeten di dalam bidang minyak dan gas. 4. Membantu industri minyak dan gas bagi mencapai tahap pengeluaran dan pemprosesan terbaik setaraf antarabangsa. MISI : Menjana kemahiran belia bumiputra standing dengan piawaian kemahiran tempatan dan antarabangsa di dalam industri minyak dan gas. VISI : Memberi jaminan mutu kemahiran pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam industri minyak dan gas. Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) disediakan kepada yang memerlukan serta para pelajar boleh memohon Bantuan Biasiswa Yayasan

Upload: fizah-hazyf

Post on 20-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SRGSHJSJ

TRANSCRIPT

Page 1: ARMAG

Selamat Sejahtera,

Armag Oil & Gas Academy atau AOGA merupakan sebuah institusi pendidikan kemahiran yang bernaung di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan berteraskan teknikal petroleum. Sebagai pengenalan, Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang kaya dengan hasil bumi, termasuk industrI minyak dan gas dianggap sebagai tunjang utama rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ianya adalah penggerak utama yang memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi di wilayah ini.

Namun demikian, penyertaan anak belia di dalam industri ini boleh dikatakan tidak memberangsangkan sama sekali. Oleh hal demikian para pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), adalah amat digalakan untuk menyertai program ini dengan kelayakan minimum lulus subjek Bahasa Melayu dan Metametik.

Berikut adalah objektif AOGA:

1. Memartabatkan tahap pengetahuan dan kemahiran belia bumiputra di dalam industri minyak dan gas.

2. Memperbaiki mutu pekerjaan serta pendapatan yang lebih baik.

3. Memberi peluang pekerja yang berkompeten di dalam bidang minyak dan gas.

4. Membantu industri minyak dan gas bagi mencapai tahap pengeluaran dan pemprosesan terbaik setaraf antarabangsa.

MISI :

Menjana kemahiran belia bumiputra standing dengan piawaian kemahiran tempatan dan antarabangsa di dalam industri minyak dan gas.

VISI :

Memberi jaminan mutu kemahiran pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam industri minyak dan gas.

Page 2: ARMAG

Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) disediakan kepada yang memerlukan serta para pelajar boleh memohon Bantuan Biasiswa Yayasan Pembangunan Pendidikan Bumiputera (TERAJU). Kesemua urusan akan di bantu oleh pihak akademi.

Sila pastikan anda mengisi dan menghantar semula borang permohonan berserta sijil-sijil yang berkaitan melalui email : [email protected] atau pos kan ke ;

Armag Oil & Gas Academy

Bangunan Perlancongan & Pameran Marang

Jalan Jeti Pulau Kapas

21600 Marang

Terengganu Darul Iman

Sila layari laman sosial "Facebook" kami di ;

https://www.facebook.com/pages/Armag-Oil-Gas-Academy/722753417749225?ref=hl