arkib negara malaysia (kementerian pelancongan … harga... · malaysia tidak terikat untuk...

50
DOKUMEN SEBUT HARGA NO SEBUT HARGA : SHB/ANM/M/19/2016 TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA TARIKH TUTUP: ________________________ 18 MEI 2016 ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN) JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50568 KUALA LUMPUR Nama Syarikat:………………………………….................... Alamat:……………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………… No.Daftar MOF :…………............... Tempoh Daftar :………………....... ………………........ Taraf: BP / BBP 24 MEI 2016

Upload: trinhdien

Post on 29-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

DOKUMEN SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA : SHB/ANM/M/19/2016

TAJUK:

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA

MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIA

TARIKH TUTUP: ________________________

18 MEI 2016

ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN) JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50568 KUALA LUMPUR

Nama Syarikat:…………………………………....................

Alamat:………………………………………………………

………………………………………………………………

………………………………

No.Daftar MOF :…………...............

Tempoh Daftar :……………….......

………………........

Taraf: BP / BBP

24 MEI 2016

Page 2: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)

Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil.

Perkara/Dokumen

Untuk Ditanda

Oleh Syarikat

Untuk Ditanda

Oleh Jawatankuasa

Pembuka Sebut

Harga

1.

Salinan Perakuan Pemerbadanan Syarikat

Sendirian Dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia

2.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari

Kementerian Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

3.

Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari

Kementerian Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

4.

Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian

Kewangan

(Bekalan/Perkhidmatan)

5. Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat

Kontraktor (Kerja)

6. Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat

Khidmat Kontraktor (Kerja)

7. Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB

8.

Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan

Lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh

siap) dan Ditandatangani

9. Borang Maklumat Penyebut Harga

10. Pematuhan Kepada Spesifikasi

11. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog

(jika berkaitan)

12. Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan

(jika perlu)

/

Page 3: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

Bil.

Perkara/Dokumen

Untuk Ditanda

Oleh Syarikat

Untuk Ditanda

Oleh Jawatankuasa

Pembuka Sebut

Harga

13.

Senarai Kakitangan Teknikal

(jika berkaitan)

14.

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir

15. Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

Page 4: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

NO. SEBUT HARGA : SHB/ANM/M/19/2016

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA

MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIA

KANDUNGAN

1.0 Notis Sebut harga

2.0 Kenyataan Sebut harga

3.0 Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut harga

4.0 Borang Sebut harga

5.0 Spesifikasi

6.0 Pematuhan Spesifikasi

7.0 Ringkasan Sebut harga (Pukal)

8.0 Jadual Harga

9.0 Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat

10.0 Lampiran 1 – Surat Akuan Pembida

11.0 Kedudukan Kewangan Penyebut harga

(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)

12.0 Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan

13.0 Surat Pengesahan Pemberian Kuasa sebagai Syarikat yang Bertanggungjawab untuk Kerja-kerja Penyelenggaraan Mesin Mitsubishi

14.0 Senarai Kerja Semasa

15.0 Rekod Pengalaman Kerja

16.0 Profil Syarikat

17.0 Katalog dan Brosur (jika berkaitan)

PERINGATAN PENTING:

SILA SUSUN DOKUMEN SEBUT HARGA INI MENGIKUT TURUTAN DI ATAS.

SETIAP PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MENYEMPURNAKANNYA. PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERUNTUKAN DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Page 5: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

1.0 NOTIS SEBUT HARGA

1

Page 6: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

NOTIS SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut :-

No.Sebut harga : SHB/ANM/M/19/2016

Tajuk Sebut harga : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN

SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Syarat Pendaftaran : Kod Bidang 220505 Tarikh Buka : 18 Mei 2016 (Rabu) Tarikh Tutup : 24 Mei 2016 (Selasa) Dokumen Sebut harga hanya boleh didapati dengan memuat turun dari laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my sepanjang tempoh iklan sebut harga. Dokumen Sokongan Tawaran Sebut harga (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk Sebut harga, No. Sebut harga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat seperti berikut:-

ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH

KM 4, JALAN PENAMPANG,

PETI SURAT 12758,

88830 KOTA KINABALU

SABAH.

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh 24 Mei 2016 (Selasa). Sebut harga

yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Arkib

Negara Malaysia Negeri Sabah dan W.P Labuan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang

pertanyaan berkenaan sebut harga boleh hubungi En. Reduan Abdul Majid), tel.: 088-264617.

Page 7: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

2.0 KENYATAAN SEBUT HARGA

2

Page 8: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

2.0 KENYATAAN SEBUT HARGA 2.1 Perihal

Penyebut harga adalah dipelawa bagi PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

2.2 Perlaksanaan Sebut harga Tawaran sebut harga ini dilaksanakan secara manual.

2.3 Dokumen Sebut harga Pengambilan Dokumen Sebut harga hanya boleh diperolehi dengan memuat turun

melalui laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my

sepanjang tempoh iklan sebut harga.

2.4 Kod Bidang Sebut harga ini terbuka kepada semua pembekal yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan Malaysia sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan

Bumiputera dengan kod bidang berikut:-

Tajuk Kod Bidang

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN

LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA

MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN

PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

220505

2.5 Pertanyaan Am Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebut harga boleh dibuat ke alamat berikut:-

Arkib Negara Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan

Tingkat Bawah, Wisma Warisan

Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta)

50568 Kuala Lumpur.

(u.p.: Puan Hadijah binti Taib)

Tel. : 03-6209 0694 Faks: 03-6201 5679

Page 9: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

2.6 Pertanyaan Teknikal Sebarang pertanyaan teknikal hendaklah disalurkan kepada:-

Arkib Negara Malaysia Negeri Sabah,

KM 4, Jalan Penampang,

Peti Surat 12758,

88830 Kota Kinabalu

Sabah.

(u.p.: En. Reduan Abdul Majid)

Tel : 088-264617

2.7 Dokumen Sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Tajuk sebut harga, Nombor Sebut harga yang disertai. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut harga di:-

ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH

KM 4, JALAN PENAMPANG,

PETI SURAT 12758,

88830 KOTA KINABALU

SABAH.

Penghantaran hendaklah tiba di alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00

tengahari pada tarikh tutup sebut harga.

Page 10: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

3.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA

PENYEBUT HARGA

3

Page 11: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

3.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA : SHB/ANM/M/19/2016

3.1 Cadangan Sebut harga

3.1.1 Penyebut harga hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja

bagi sebut harga yang ditawarkan.

3.1.2 Penyebut harga dilarang sama sekali membuat pindaan ke atas borang

yang telah disediakan.

3.1.3 Cadangan sebut harga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi

hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan sebelum

tarikh dan waktu tutup sebut harga. Peti sebut harga ditempatkan di alamat

seperti berikut:-

ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH

KM 4, JALAN PENAMPANG,

PETI SURAT 12758,

88830 KOTA KINABALU

SABAH.

Penghantaran dokumen tawaran sebut harga hendaklah tiba di alamat ini sebelum

12.00 tengahari pada tarikh tutup sebut harga. Kelewatan menghantar dokumen

tawaran sebut harga tidak akan dilayan.

3.1.4 Kandungan di dalam cadangan kewangan dan cadangan teknikal hendaklah

dipisahkan seperti format berikut:

i. Notis Sebut harga

ii. Kenyataan Sebut harga

iii. Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebut harga

iv. Borang Sebut harga

v. Spesifikasi

vi. Pematuhan spesifikasi

vii. Ringkasan Sebut harga (Pukal)

viii. Jadual Harga

Page 12: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

ix. Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat

x. Surat Akuan Pembida

xi. Senarai Kerja Semasa

xii. Rekod Pengalaman Kerja

xiii. Kedudukan Kewangan Penyebut harga

(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)

xiv. Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan

a. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian

Kewangan Malaysia

b. Salinan Sijil Akuan Bumiputera daripada Kementerian Kewangan

c. Salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan

Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar)

xv. Profil Syarikat

xvi. Katalog dan Brosur (jika berkaitan)

3.1.5 Pihak kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak lengkap

atau lewat diterima.

3.2 Jangka Masa Sah Laku Sebut harga

Sebut harga mestilah sah laku dalam jangka masa sekurang-kurangnya 90 hari

daripada tarikh tutup Sebut harga.

3.3 Keperluan Dan Spesifikasi

Keperluan dan spesifikasi bagi skop perkhidmatan ini adalah dinyatakan dalam

Spesifikasi Teknikal.

3.4 Pindaan Dokumen Sebut harga

Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup Sebut harga

meminda dokumen Sebut harga dengan menyediakan Addendum. Kerajaan akan

memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang telah membeli dokumen Sebut

harga.

Page 13: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

3.5 Pemberitahuan Tawaran

Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima Sebut

harga kepada Penyebut harga yang berjaya apabila Sebut harganya dipersetujui

dalam jangka masa sah laku Sebut harga atau jangka masa tambahan yang terlibat.

3.6 Cadangan Harga

3.6.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang disebut hargakan mestilah

dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos

perkhidmatan. Harga ini mestilah sah laku (valid) dalam tempoh 90 hari

daripada tarikh tutup Sebut harga.

3.6.2 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insurans dan lain-lain yang

bersangkutan dengan Perkhidmatan ini.

3.6.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama

tempoh sahlaku sebut harga. Syarikat yang berjaya ditawarkan sebut harga

ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh

dibuat sebarang perubahan.

3.6.4 Fi perkhidmatan yang dijana melalui ePerolehan akan dikenakan kepada

pembekal/syarikat yang dilantik adalah seperti berikut:

a. Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk

kepada had maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang

bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang

melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

b. Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk

kepada had maksimum berjumlah RM4,800.00 bagi transaksi yang

bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang

melibatkan beberapa kali bayaran (multiple payment) sama ada

melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian

Page 14: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment)

atau atas permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam

tempoh kontrak.

3.7 Insurans

Syarikat dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengambil polisi insurans yang

diperakui iaitu Insuran Tanggungan Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-lain

polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan. Polisi insuran yang diperakui

dan resit premium yang telah dibayar hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan

dalam masa empat belas (14) hari selepas notis penerima tawaran.

3.8 Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

3.8.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan

GST.

3.8.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan

mengemukakan salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang

dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan ini.

3.8.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan

Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan akan mengeluarkan Surat Setuju

Terima kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST

3.8.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai dibawah Akta

GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan

perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera

kepada Jabatan ini perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah

Akta GST.

3.9 Iklan

Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau

alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan

diluluskan oleh Kerajaan Malaysia terlebih dahulu.

Page 15: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

3.10 Penyerahan Dokumen Sebut harga

3.10.1 Setiap cadangan sebut harga (secara manual) hendaklah dimasukkan

ke dalam satu (1) sampul surat dan dilabelkan seperti berikut:-

Sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan di

sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-

SHB/ANM/M/19/2016

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA

MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIA

3.11 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

3.11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,

meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan

daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009.

3.11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat

Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan

berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

3.11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Page 16: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

3.11.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di

bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi

dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan

berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

3.12 Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan Melalui Sistem

ePerolehan

3.12.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan

(SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke

arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.

3.12.2 Sehubungan dengan itu penyebut harga DIWAJIBKAN mengisi Surat Akuan

Pembida seperti di Lampiran 1

4.0 Kesimpulan

Penyebut harga adalah dinasihat berhati-hati di dalam penyediaan semua maklumat

dan memastikan maklumat yang perlu diisi di semua jadual adalah dipatuhi.

Page 17: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

4.0 LAMPIRAN Q

4

Page 18: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

(PK2 – Lampiran 2.3) LAMPIRAN Q

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab sila nyatakan nombor ini No. Sebutharga :

SHB / ANM / M / 19 / 2016

(Kew.284-Pin.5/94)

KERAJAAN MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN

KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN

PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan / perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan : mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

1.2 Tarikh Penyerahan / Penyempurnaan : mulai tarikh diarahkan.

1.3 Arahan pengiriman : Dihantar/serah ke Arkib Negara Malaysia Negeri SABAH

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

“No. Sebutharga : “SHB / ANM / M / 19 / 2016”

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di

atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari, 23 Mei 2016.

1.6 Tempoh sah laku sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Kepada (Nama Syarikat):...................................................................

........................................................................................................................ No. Telefon :............................................................................................. No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : .............................................................................................. Kod Bidang Pendaftaran yang releven dengan perolehan ini : 220505 (Penyebutharga hendaklah ePerolehan enabled untuk menyertai sebutharga ini)

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh :

ARKIB NEGARA MALAYSIA, SEKSYEN PEMBANGUNAN, PENYENGGARAAN DAN PEROLEHAN, TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN, JALAN TUANKU ABDUL HALIM (JALAN DUTA),

50568 KUALA LUMPUR

No.Tel : 03-62090694 No.Fax : 03-62056891 Tarikh : 18 MEI 2016

Tarikh : ..................................

Tandatangan : ......................................................................................

Nama Pegawai : ......................................................................................

Jawatan : ......................................................................................

Page 19: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

(i) Harga yang ditawarkan adalah bersih; dan

(ii) Tarikh penyerahan / penyempurnaan ialah ……………………………………………………

Saya / kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan bekalan / perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-

syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Bil Perihal Bekalan/Perkhidmatan dan Syarat-syarat Khas Harga (RM)

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB

NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN

KEBUDAYAAN MALAYSIA

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk diisi oleh

Penyebutharga

1.

PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN

KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P

LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

MALAYSIA

...............................................

JUMLAH KESELURUHAN RM ................................

Tarikh : Tandatangan Penyebutharga :

Nama dan No. KP :

Alamat Syarikat :

Page 20: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am

yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am ini ditolak atau diubah dengan

khususnya oleh penyebutharga.

1. KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulin, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang

berikutan.

3. SEBUTHARGA SEBAHAGIAN

Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG-BARANG SETARA

Sebutharga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh

diberi.

5. PERSETUJUAN

i. Kerajaan tidak terikat untuk seetuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana

sebutharga; dan

ii. Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

i. Kerajaan sentiasa berhak melantik seorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu

semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut;

dan

ii. Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila

dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh

mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN

i. Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah

dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

ii. Apabila diminta, penyebutharga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu

dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik

Page 21: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yangg ditolak

itu.; dan

iii. Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan

ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam

mana-mana akbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha

Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan

dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang

kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin

timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam

Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EK-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

i. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja

pembungkusan; dan

ii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau bungkusan yang tidak mencukupi atau

yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-

barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah

dikehendaki ditunjukkan berasingan.

Page 22: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

16. MATAWANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

17. PEMBUNGKUSAN

i. Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika

mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja

pembungkusan; dan

iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang mencukupi atau

cacat hendaklah diganti oleh penyebutharga.

Page 23: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

5.0 SPESIFIKASI

5

Page 24: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

SPESIFIKASI TEKNIKAL PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA

NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

SHB/ANM/M/19/2016

JENIS LIF YANG AKAN DISENGGARA a. MITSUBISHI GPS-III SERIES 17/1150KG CONTROL ACVVVF SYSTEM 6 STOPS 2C,AI-21) (Lif 1 DAN Lif 2) – 2 unit b. MITSUBISHI GPS-III SERIES 20/1350KG CONTROL ACVVVF SYSTEM 6 STOPS (2BC) (Lif 3) – 1 unit

A. KERJA SENGGARA

BIL. PERKARA SPESIFIKASI MINIMA PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT

HARGA (WAJIB DIISI)

i. Kerja-kerja mengkonfigurasi

i- Mengkonfigurasi system fungsi peralatan lif

ii. Kerja-kerja Pelarasan

i. Memeriksa, ubahsuai, lincir dan selenggara mesin – mesin.

ii. Selenggara motor pengendali

Mesin. iii. Selenggara dan ganti

kereta lif dan alat ganti seperti skru berpusar, komutator, alas bebola, pemacu,lingkaran brek

Page 25: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

BIL. PERKARA SPESIFIKASI MINIMA PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT

HARGA (WAJIB DIISI)

bermagnet,alas brek, berus, pemutar, kabel konduktor dan papan litar bercetak (sekiranya perlu).

iv. Bersih dan selaras mesin, tali,

ikatan, pemasangan, pengawalan, pintu, pengunci ;interlock’, pendawaian motor dan alatan keselamatan.

v. Sedia semua alatan keperluan

untuk licinkan dan lincirkan mesin.

vi. Penyelenggaraan

kerosakan secara komprehensif.

vii. Ganti pemacu gandar atau

roda apabila perlu. Landasan gandar berpelincir sekiranya perlu.

viii. Ganti pendawaian sekerap

perlu untuk pastikan ketegangan semua tali kabel.

Page 26: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

BIL. PERKARA SPESIFIKASI MINIMA PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT

HARGA (WAJIB DIISI)

ix. Campuran pelincir ikut kehendak Kontraktor.

x. Periksa secara berkala

semua alatan keselamatan dan alatan dalam jentera yang kawal secara automatic kelajuan, kemasuk dan lain – lain.

xi. Hantar laporan perkhidmatan

setelah setiap kali perkhidmatan dilaksanakan.

iii.

Waranti a) Tempoh waranti b) Jenis waranti

Empat (4) minggu Tapak Lokasi (Parts and labour)

Page 27: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

6.0 PEMATUHAN SPESIFIKASI

6

Page 28: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA JADUAL SYARAT DAN SKOP KERJA

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT HARGA (SILA PERINCIKAN)

A PRA-PEMBEKALAN

1.0 JADUAL-JADUAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebut harga WAJIB mengisi semua medan PEMATUHAN dan CADANGAN PENYEBUT HARGA dengan lengkap dan sempurna. Sekiranya tiada, isikan ‘TIADA’.

1.2 Penyebut harga WAJIB menyediakan perincian dalam medan CADANGAN PENYEBUT HARGA. Penggunaan istilah seperti "AMBIL MAKLUM", "MEMAHAMI", "BERSETUJU”, “SEPERTI DINYATAKAN” atau apa jua istilah/ayat yang ditakrifkan sebagai bukan perincian cadangan adalah tidak akan diterima dan menyebabkan cadangan penyebut harga ditolak. Sekiranya ruang tidak mencukupi, sila lampirkan Lampiran dalam format medan yang sama.

1.3 Penyebut harga WAJIB membekalkan dokumentasi (seperti risalah, brosur dan maklumat produk) dan menandakan produk yang dicadangkan dengan jelas.

1.4 Penyebut harga WAJIB mengemukakan senarai komposisi terperinci peralatan yang dicadangkan seperti Jenama, Nombor Model, Pengeluar, Tahun Pembuatan dan Negara Asal pada Jadual Spesifikasi Teknikal.

Page 29: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT HARGA (SILA PERINCIKAN)

1.5 Penyebut harga hendaklah memberikan perhatian khusus kepada kesempurnaan peralatan yang ditawarkan merangkumi semua komponen yang diperlukan bagi melengkapkan sistem kerja sama ada jelas dinyatakan dan diperincikan di dalam spesifikasi ini atau tidak. Jika ada, komponen tersebut hendaklah diperincikan dalam Spesifikasi (Other Features). Sekiranya tidak dinyatakan atau tertinggal dari Jadual Peralatan dan Jadual Harga, tetapi kemudiannya didapati perlu bagi kesempurnaan dan fungsi sesuatu peralatan, maka kos peralatan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh penyebut harga.

1.6 Cadangan penyebut harga yang memberikan maklumat palsu atau membuat percubaan untuk menipu Kerajaan, tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.

1.7 Cadangan penyebut harga adalah tidak lengkap sekiranya meninggalkan mana-mana medan tanpa sebarang maklumat, dan cadangan tersebut tidak akan dipertimbangkan.

2.0 TEMPOH PERKHIDMATAN

2.1 Penyebut harga WAJIB melaksanakan kerja-kerja bagi sebut harga ini dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat setuju terima ditandatangani.

2.3 Penyebut harga WAJIB mencadangkan jadual terperinci penyelenggaraan (Carta Gantt)

Page 30: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT HARGA (SILA PERINCIKAN)

3.0 KEUPAYAAN PENYEBUT HARGA

3.1 Penyebut harga WAJIB mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman menyelenggara peralatan lif bangunan. Penyebut harga perlu melengkapkan di Lampiran A.

3.3 Penyebut harga WAJIB memberikan perkhidmatan sokongan mengikut Jaminan Tanda Aras Perkhidmatan (SLA) yang dipersetujui.

3.4 Penyebut harga perlu melaksanakan penyelenggaran kecemasan dan perkhidmatan menyelamat kecemasan didalam dan diluar waktu pejabat. Tindakan (Response Time) tidak melebihi satu (1) jam dan pembaikan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari Tarikh/Masa Laporan Kerosakan.

4.0 WAKTU BEKERJA

4.1 Penyebut harga mesti bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja dalam tempoh Waktu Bekerja Berperingkat Kerajaan yang ditetapkan (7.30 pagi – 5.30 petang). Sebarang kerja yang ingin dilaksanakan diluar waktu kerja hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan untuk kelulusan.

Page 31: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUT HARGA (SILA PERINCIKAN)

5.0 PEMBAYARAN

5.1 Penyebut harga bersetuju untuk menerima bayaran setelah perkhidmatan disempurnakan.

5.2 Penyebut harga bersetuju untuk mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pembayaran.

6.0 MAKLUMBALAS RASMI

6.1 Penyebut harga bersetuju memberikan maklumbalas rasmi dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi semua urusan komunikasi dan surat-menyurat Kerajaan.

6.2 Penyebut harga WAJIB memaklumkan Kerajaan secara bertulis, jika berlaku sebarang perubahan dalam syarikat penyebut harga, yang boleh mengganggu perolehan ini, di sepanjang tempoh jaminan.

Page 32: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

Pengesahan daripada Penyebut Harga:

__________________________________

Tandatangan Penyebut Harga

Nama : ...........................................................

No. K/P : ...........................................................

Alamat : ...........................................................

...........................................................

...........................................................

...........................................................

Tarikh : ............................

Page 33: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

7.0 RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)

7

Page 34: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)

TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

NO.SEBUT HARGA : SHB/ANM/M/19/2016

Bil Butir-butir kerja Jumlah Harga

(RM)

Kerja-kerja Penyelenggaraan 3 unit Lif Bangunan i. MITSUBISHI GPS-III SERIES 17/1150KG CONTROL

ACVVVF SYSTEM 6 STOPS 2C,AI-21) (Lif 1) ii MITSUBISHI GPS-III SERIES 17/1150KG CONTROL

ACVVVF SYSTEM 6 STOPS 2C,AI-21) (Lif 2) iii MITSUBISHI GPS-III SERIES 20/1350KG CONTROL

ACVVVF SYSTEM 6 STOPS (2BC) (Lif 3)

…………………………. ………………………… …………………………

Jumlah dibawa ke Lampiran Q (RM) ……………………………

Jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia (dengan perkataan):

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

________________________________

Tandatangan Penyebut Harga

Nama : ...........................................................

No. K/P : ...........................................................

Alamat : ...........................................................

...........................................................

...........................................................

Tarikh : ..............................

Page 35: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

8.0 JADUAL HARGA

8

Page 36: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

JADUAL HARGA

TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P

LABUAN, KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

NO.SEBUT HARGA : SHB/ANM/M/19/2016

Bil

. Item

Unit

Ukuran

Kuantiti/

Kekerapan

Harga Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

Kerja-kerja Penyelenggaraan 3 unit Lif: a. MITSUBISHI GPS-III SERIES 17/1150KG CONTROL ACVVVF SYSTEM 6 STOPS 2C,AI-21) (Lif 1 ) a. MITSUBISHI GPS-III SERIES 17/1150KG CONTROL ACVVVF SYSTEM 6 STOPS 2C,AI-21) ( Lif 2 ) b. MITSUBISHI GPS-III SERIES 20/1350KG CONTROL ACVVVF SYSTEM 6 STOPS (2BC) (Lif 3)

Unit 1x 24 bulan

……………….

………………

……………….

……………….

………………

……………….

Caj Teknikal :

- Kerja-kerja penggantian kompenen yang rosak.

- Merumus dan mengenalpasti masalah kerosakan

. - Mengkonfigurasi semula system fungsi peralatan pelincir dan lif

- Menyelaras ketegangan tali kabel

- Penggantian pendawaian sekerap perlu

- Memeriksa secara berkala semua alatan keselamatan dan alatan di dalam jentera secara automatic kelajuan, kemasukan dan lain - lain

1 ……………….. ………………

Page 37: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

- Penyelenggaraan kerosakan secara komprehensif.

- Periksa keadaan governor

- Periksa brek

- Periksa semua ‘sensor’

- Mengservis dan membersih peralatan gandar kerta serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

- Memeriksa kotak litar kawalan

- Memeriksa kotak fuis agihan

- Memeriksa bateri

- Memeriksa alas bebola utama, gear bahagian utama, skru yang berputar

- Periksa suis had biasa dan akhir

- Selenggara semua kelengkapan – kelengkapan lif.

JUMLAH KESELURUHAN

(Dibawa ke Ringkasan Sebut Harga Pukal)

……..………..

Page 38: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

9.0 MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT

9

Page 39: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

LATAR BELAKANG SYARIKAT

(Arahan kepada Syarikat :- semua butir-butir di dalam borang ini hendaklah diisikan oleh Syarikat dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan borang sebut harga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebut harga ini ditolak atau/ dan

mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas Syarikat berkenaan ) Bahagian A : Maklumat Asas 1. Nama Syarikat : ………………………………………………................................ 2. Alamat Syarikat : ………………………………………………................................ ………………………………………………................................. 3. No. Tel. Pejabat : ………………………………………………................................ 4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ………………………………………………................................ 5. Tarikh Didaftarkan : ………………………………………………................................ 6. Tempoh Sah Pendaftaran : Dari……………………… Hingga …………................. 7. ( i ) Taraf Bumiputra : Ya / Tidak * ( ii ) Tarikh Kuatkuasa : ………………………………………………..................... ( iii) Tarikh Tamat : ………………………………………………..................... 8. Bagi Syarikat Sdn Bhd, nyatakan : a) Modal Dibenarkan : ……………………………………………….................... b) Modal Berbayar : ……………………………………………….................... * potong mana tidak berkenaan

Page 40: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

Ahli-Ahli Syarikat / Pemilik

i) Ahli Lembaga Pengarah

Bil Nama Jawatan Saham Modal

Dipegang

ii ) Ahli- Ahli Pengurusan

Bil Nama Jawatan Kelulusan

Akademik/ Ikhtisas

Page 41: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

10.0 SURAT AKUAN PEMBIDA

10

Page 42: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

LAMPIRAN 1

SURAT AKUAN PEMBIDA

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIF BANGUNAN SELAMA DUA (2) TAHUN KEPADA ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN,

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

NO. SEBUT HARGA: SHB/ANM/M/19/2016

Saya,………...………............................. No.Kad Pengenalan …………….................... yang

mewakili …………................................................. nombor Pendaftaran

…….......................…… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu

yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana

individu dalam Jabatan Arkib Negara Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai

sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan

Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat

pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Arkib Negara

Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut

diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-

kuasa.

2. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam

tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan

perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 43: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

11.0 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT

1. Sila sertakan dokumen berikut:

Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup

Sebut harga.

Sebut harga yang tidak disertakan dengan salah satu dokumen di atas akan

DITOLAK.

11

Page 44: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

12.0 SALINAN SIJIL-SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN

DAN SIJIL-SIJIL BERKAITAN

Sila sertakan salinan Sijil Akuan Pendaftaran dan Sijil Akuan Bumiputra yang telah

disahkan.

Sila sertakan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

(jika berdaftar)

Sila sertakan lain-lain sijil yang berkaitan (jika ada)

12

Page 45: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

13.0 SENARAI KERJA SEMASA

13

Page 46: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

SENARAI KERJA SEMASA a)

Nota: Sila sertakan bukti

Nama Kontrak

Agensi Tempoh

Masa Harga

Kontrak

Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang

Bertanggungjawab Untuk dihubungi

Mula Tamat

Page 47: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

14.0 REKOD PENGALAMAN KERJA

14

Page 48: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

REKOD PENGALAMAN KERJA

Nota: Sila sertakan bukti

Nama Kontrak

Agensi Tempoh

Masa Harga

Kontrak

Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang

Bertanggungjawab Untuk dihubungi

Mula Tamat

Page 49: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

15.0 PROFIL SYARIKAT

15

Page 50: ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN … HARGA... · Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang ... Katalog dan Brosur (jika

16.0 KATALOG DAN BROSUR

16