aqiqah

1
Aqiqah Bolehkah aqiqah dikongsi anak dengan ibu atau bapanya. Ini bermaksud seekor lembu dikongsi dengan anak untuk diaqiqah. Jawab : Jumhur fuqaha' berpendapat had umur bayi untuk beraqiqah ialah sebelum akil baligh. Maknanya apabila sudah melepasi aqil-baligh dan sudah menjadi ibu bapa bermakna gugurlah sunat aqiqah (Sunat mu'akkad, buat dapat pahala, ditinggalkan jika ada keuzuran, tidak berdosa). Pendapat terkuat, binatang aqiqah tidak boleh dikongsi. Satu nyawa hanya untuk satu bayi/kanak-kanak. Adakah boleh lembu dibuat aqiqah kerana ada yang melarang berbuat demikian. Jawab: Imam Ibn Qayyim berpendapat harus mengganti kambing dengan lembu. Malah boleh juga dengan unta atau kerbau. Hadis Ibn Abbas, berbunyi alirkan darah untuk menyambut kelahiran bayi. Alirkan darah (binatang ternak) tidak khusus untuk kambing atau biri-biri. Terlarang atau tidak ibu yang belum beraqiqah membuat aqiqahkan untuk anaknya. Jawab: Aqiqah hanya sunat mustahab atau sunat mu'akkad sahaja. Syarat ibu yang belum aqiqah tidak menghalang untuk melakukan suatu ibadah sunat. Jawabnya: boleh, kerana tiada nas yang melarang ibubapa yang belum aqiqah mengaqiqahkan anaknya. (Ruj: Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Nasih Ulwan, Tarbiyatul Awlad)

Upload: fahmi2010

Post on 27-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Aqiqah

Aqiqah

Bolehkah aqiqah dikongsi anak dengan ibu atau bapanya. Ini bermaksud seekor lembu dikongsi dengan anak untuk diaqiqah.

Jawab:

Jumhur fuqaha' berpendapat had umur bayi untuk beraqiqah ialah sebelum akil baligh. Maknanya apabila sudah melepasi aqil-baligh dan sudah menjadi ibu bapa bermakna gugurlah sunat aqiqah (Sunat mu'akkad, buat dapat pahala, ditinggalkan jika ada keuzuran, tidak berdosa).

Pendapat terkuat, binatang aqiqah tidak boleh dikongsi. Satu nyawa hanya untuk satu bayi/kanak-kanak.

Adakah boleh lembu dibuat aqiqah kerana ada yang melarang berbuat demikian.

Jawab:

Imam Ibn Qayyim berpendapat harus mengganti kambing dengan lembu. Malah boleh juga dengan unta atau kerbau. Hadis Ibn Abbas, berbunyi alirkan darah untuk menyambut kelahiran bayi. Alirkan darah (binatang ternak) tidak khusus untuk kambing atau biri-biri.

Terlarang atau tidak ibu yang belum beraqiqah membuat aqiqahkan untuk anaknya.

Jawab:

Aqiqah hanya sunat mustahab atau sunat mu'akkad sahaja. Syarat ibu yang belum aqiqah tidak menghalang untuk melakukan suatu ibadah sunat. Jawabnya: boleh, kerana tiada nas yang melarang ibubapa yang belum aqiqah mengaqiqahkan anaknya.

(Ruj: Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Nasih Ulwan, Tarbiyatul Awlad)