apresiasi seni

20
APRESIASI SENI VISUAL Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis- pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. Antara objektif apresiasi seni adalah Memahami dan bertindak terhadap aspek seni, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan , menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya dan membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni. Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:

Upload: aye-nadiah

Post on 28-Oct-2015

976 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Apresiasi Seni

TRANSCRIPT

Page 1: Apresiasi Seni

APRESIASI SENI VISUAL

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau

pandai  tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi

mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’

serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman

mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap

penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai

pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat

dengan aspek-aspek afektif. 

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.

Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan

disentuh.  Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk

berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks

ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai

seni yang diperlukan. Antara objektif apresiasi seni adalah Memahami dan bertindak

terhadap aspek seni, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan ,

menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya dan membuat

dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,

pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam

hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri

dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti

apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-

kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman

penghargaan terhadap bidang seni.

Page 2: Apresiasi Seni

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua

pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik 

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman

intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah

pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Secara penerangan - Membaca,

mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan

pengaruh. Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan

menyusun gambar- gambar. Secara perbandingan - Analisa, penilaian,perbandingan

antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara penghasilan -

Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai

khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep

dan zaman.

b) Pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada

perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan

dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu

pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan

dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih

terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. 

Terdapat beberapa kaedah apreiasi seni. Antaranya adalah kaedah

hedonistik. Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti

kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. 

Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: 

• Suka/tidak 

• Tertarik/tidak 

• Pernyataan spontan 

Page 3: Apresiasi Seni

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan

kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat

kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

Seterusnya kaedah kontekstualistik. Kaedah ini lebih praktikat di mana

pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan.

Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk

kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,

interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan

pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian

bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati. 

Kaedah yang berikutnya adalah kaedah organistik. Kaedah ini menjurus

kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian

dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan

menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang 

dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu

karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan,

kesinambungan serta kepelbagaian. 

Seterusnya kaedah normistik. Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma

sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan

adakaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure

sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif

dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah

melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. 

Kaedah berikutnya adalah kaedah elektik. Kaedah ini lebih berbentuk cara

bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang

tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip,

struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak,

tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana

dan kurang baik.

Page 4: Apresiasi Seni

Proses apresiasi seni mempunyai empat tahap. Pertamanya menggambarkan.

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna,

garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

Proses kedua adalah menganalisa, perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-

unsur seni, prinsip dan stuktur, menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan

suasana dan menghuraikan stail sesuatu karya. Proses seterusnya tafsiran. Mencari

makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-

unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan dan mencari metafora-metafora

(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

Proses terakhir adalah penilaian. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria

yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi serta menilai hasil

seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, sosial, keaagamaan dan

kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Penghargaan atau aspresiasi seni adalah suatu latihan yang memerlukan

penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Objek-objek seni yang berupa

catan dan cetakan dipandang sementara objek-objek seni rupa yang berupa arca

dan binaan disentuh. Kedua-dua deria ini saling bantu membantu agar dapat

mendorong kita menikmati karya seni dengan lebih seronok lagi. Bila kita

menggunakan dua deria ini sahaja, penglibatan kita dengan objek seni ialah secara

pasif. Kebanyakan orang menghargai seni secara pasif mungkin disebabkan oleh

pengalaman, pendidikan dan pilihan sendiri.

Bila kita menghargai sesuatu objek seni secara aktif maka kita melibatkan

penggunaan bahasa. Bahasa digunakan baik secara bertutur atau bertulis. Kalaulah

kita terima anggapan bahawa objek seni itu sendiri merupkn suatu bahasa – bahasa

visual atau tampak – ( kerana penuturnya, seniman ; alatnya, objek seni yang

mengandungi maklumat-maklumat; dan penerimanya, pemerhati) – maka jelaslah

keadaan yang ingin digambarkan. Penafsiran terhadap objek seni apabila kita

menghargainya, adalah merupakan pengucapan kembali suatu bahasa yang

pertama oleh bahasa kedua. Perbezaan antara kedua-dua bahasa ini ialh dari segi

jenisnya sahaja. Maka tugas pemerhati ialah memandang objek seni dengan teliti

supaya mengambil kira apa saja yang perlu diambil kira. Apabila di mengulas,

bahasanya pula haruslah berpatutan.

Page 5: Apresiasi Seni

Untuk memulakan apresiasi, pemerhati mestilah faham akan sambutan

awalnya terhadap objek seni itu. Mengikut Hauser, “ A work of art is challange ; we

do not explain it, we adjust ourselves to it “. Tugas kita sebagai pemerhati yang

menyesuaikan diri dengan karya seni ialah mencari sebab mengapa kita diusik,

diganggu dan dicabar. Apabila kita sudah mengetahui sebab-musababnya tindak

balas kita yang demikian, baharulah kita menghurai kandungan objek seni. Kerap

juga terjadi kekeliruan di dalam usaha aspresiasi ini. Pemerhati tidak memastikan

manakah yang lebih penting : sambutannyakah atau objek seni itukah? Sebagai

gerak utama, sambutan atau tindak balas itu bertugas untuk bertimbal balik dengan

objek seni tetapi objektif utama ialah mendekatkan lagi objek seni kepada kita

meskipun kita yang menyesuaikan diri dengannya. Sama ada kita kagum, benci,

suka atau tidak, prioriti mestilah diberi kepada objek seni. Apabila berhadapan

dengan objek seni, kita tidak semestinya menyukainya untuk dapat memberikan

penilaian yang jitu dan saksama. Objek seni yang kita tidak suka sekalipun layak

menerima aspresiasi seni. Mungkin di dalam tulisan kita nanti, objek tersebut

menerima pengupasan yang negatif. Sebagai pemerhati, kita berhak ke atas

sambutan awal kita. Tidaklah menghairankan, jika ada sepuluh jenis sambutan atau

tindak balas. Setiap pemerhati mempunyai seleranya sendiri. Demi mengetahui

seleranya itu, pemerhati akan menyelami ke dasar jiwanya. Tugas ini kerap

mematangkan kerana lebih banyak kita tahu tentang diri maka lebih mudahlah kita

mengenali diri. Apresiasi seni mengajar kita menghargai rasa dan perasaan sendiri.

Objek seni sebagai alat pengajar inilah yang menyebabkannya wujud di dalam

semua masyarakat dunia. Penghasilan seni tidak ada kena mengena dengan tahap

sesuatu tamadun. Semua tamadun menghasilkan seni, kerana semua tamadun

menghargai seni. Bentuk seni berbeza antara satu tamadun dengan tamadun yang

lain dan perbezaan bentuk seni pula mencipta tradisi seni yang berbeza. Dari tradisi

itu maka wujud pula penulisan tentang peraturan-peraturan, pembuatan-pembuatan,

penilaian-penilaiandan penjualan objek-objek seni yang berbeza juga. Eropah yang

mementingkan pemikiran rasional mengubahsuaikan pengetahuan tentang ilmu

perspektif kepada kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan catan. Tidaklah

menghairankan di zaman Renaissance, seniman menggunakan kaedah

perspektifuntuk meniru dunia nyata di permukaan datar. Seniman cina pula tidak

memerlukan perspektif seperti yang dianuti oleh para seniman Eropah untuk

Page 6: Apresiasi Seni

mengolah peniruan dunia nyata. Seniman cina mempunyai konsep ruang yang lebih

menyeluruh. Ruang yang diolah tidak tersekat-sekat dengan satah-satah tertentu.

Awan, gunung, bunga, kuda, manusia adalah sama penting dan mesti dipertonjolkan

sejelas mungkin. Seniman islam pula mematuhi larangan hadis berhubung dengan

pembuatan imej-imej untuk dipuja. Mereka lantas menyatakan rasa halus dan

konsep estetikanya melalui tulisan khat (Gambar 1) dan senibina (Gambar 2) ;

meskipun di India dan Parsi, suasana budaya di istana, terus menerus

menggalakkan perlukisan figura khusus sebagai ilustrasi kepada teks-teks terpilih.

Tamadun-tamadun Eropah, China, India dan Parsi bolehlahdikira sebagai contoh-

contoh yang jelas bagaimana seni mempunyai tempat yang istimewa di dalam

masyarakat.

Untuk menilai, kita mesti mempunyai kriteria. Kriteria yang boleh digunakan

ialah asas-asas yang kita sentuh dalam esei pertama iaitu struktur, warna, ruang,

komposisi, imbangan dan tema. Kesemuanya ini merupakan konsep-konsep estetika

yang agak umum. Setiap pemerhati boleh memperlanjutkan konsep-konsep ini

mengikut tafsiran pengalaman dan pengertian sendiri. Dengan demikian, dia boleh

menampung makna-makna yang tercetus dari objek seni yang hanya dia seorang

sahaja mengerti. Dengan menggunakan konsep-konsep umum di atas, dia mungkin

dapat berkongsi pengetahuan-pengetahuan yang diperolehinya sesudah mengupas

sesuatu objek seni yang belum dilihat atau disentuh oleh orang lain. Setidak-

tidaknya, pembaca akan memperolehi pengetahuan umum dari pengalamannya

yang khusus itu. Inilah tugas kriteria yang umum, untuk dapat dijadikan saluran ke

kancah ilmu.

Di samping itu, konsep bentuk pula perlu diperjelaskan sedikit lagi. Bentuk

ialah sebuah konsep yang agak sukar hendak diberi penafsiran yang memuaskan.

Namun, dapat diberikan beberapa cirinya yang dikira agak umum agar dapat

menjangkau batas yang lebih luas.

(1) Penggabungan isi dengan cara persembahan yang sesuai untuk isi itu.

(2) Peranan warna, garis, atau berat yang berkesanggupan memberikan

gambaran yang sepadu mungkin kepada objek yang diolah.

(3) Idea kesepaduan yang dipertontonkan oleh sesuatu objek itu merupakan

kekuatannya yang utama.

Page 7: Apresiasi Seni

(4) Pembebasan diri sesuatu objek seni itu dari tradisinya, dan kejayaannya

memperlanjuttkan tradisinya itu.

Tafsiran pertama, boleh mengupas catan, cetakan dan arca, begitu juga yang

kedua. Tafsiran ketiga ialah mengenai arca dan senibina dan yang keempat pula,

catan arca, cetakan dan senibina.

Apresiasi seni yang aktif merupakan sumbangan ke arah perkembangan seni

umumnya. Dengan mendedahkan objek-objek seni kepada khalayak yang lebih

ramai melalui ulasan, kritikan dan kupasan terhadapnya, maka orang ramai akan

berpeluang mengetahuitentang selok-belok penciptaan karya seni. Apresiasi juga

bertugas membasmi segala anggapan-anggapan misteri yang sering dikaitkan

dengan objek seni, baik di peringkat idea, pembuatan, persembahan dan

penyimpanannya. Objek seni adalah satu benda yang dicipta oleh manusia kerana

manusia itu kreatif dan kuat berikhtiar. Sebagai pemerhati, kita harus sedar bahawa

apresiasi kita berupa satu latihan ilmiah. Dengan itu, kita harus memisahkan objek

seni itu dari penggunaan asalnya. Di sini kita melangkah masuk ke dalam konteks,

dan ini perlu juga kita ketahui secara ilmiah. Mungkin ada di kalangan pemerhati

yang tidak bersetuju dengan cara seni catan dipergunakan oleh para pembesar

India dan Iran; atau seni arca, catan dan binaan dipergunakan oleh gereja di zaman

Renaissance. Mungkin ada dalam kalangan pemerhati yang suka cara catan

dipergunakan oleh para pujangga di negeri China, atau cara catan mural

diperalatkan oleh seniman Mexico yang revolusioner demi menyebarkan ideologi

masing-masing. Memang agak sukar untuk mempertidakkan saja konteks-konteks

budaya dari karya yang terhasil di dalamnya. Namun harus diingat bahawa konteks

seni merupakan maklumat yang sekunder. Kita memang berminat tentang cerita-

cerita rasmi dan tidak rasmi yang didesasdesuskan orang umpamanya tentang

seniman Paul Gaugin. Memang tidak boleh dinafikan bahawa cebisan-cebisan

daripada riwayat hidup seniman memang menyeronokkan, menjadi semacam

“garam” di dalam bancuhan prosa kita. Jika diselang-selikan dengan berhati-hati,

cebisan-cebisan ini mempunyai fungsi yang boleh memperkuatkan kritikan kita

tetapi ia tidak boleh melampaui hadnya. Minat kita sebagai pemerhati mesti lebih

tertumpu kepada karya-karya Paul Gaugin sendiri juga kepada erti dan mutu

karyanya. Apresiasi ialah untuk mendapatkan hikmah dan hikmah berkisar kepada

Page 8: Apresiasi Seni

soal-soal asas tadi. Adakah objek seni itu mematuhi tuntutan struktur, warna,

imbangan, ruang, komposisi, atau tema? Sejauh mana ia patuh, dan sejauh mana

pula ia melanggarnya? Adakah seniman seorang reaksioner, ingin terus

mempertahankan nilai-nilai lama, atau adakah dia seorang revolusioner, ingin terus

memusnahkan nilai lama dan mewujudkan yang baru?

Karya seni sentiasa terdedah kepada celaan, kritikan dan kupasan yang

negatif kerana tidak ada karya seni yang sempurna. Sebuah karya yang paling

masyhur seperti Mona Lisa sekalipun dapat dicari salahnya. Mengapakah demikian

halnya? Terjadinya ini ialah kerana di dalam sebuah karya, seniman kadang-

kadang tidak menghiraukan sangat prinsip-prinsip asas yang kita sebutkan di atas

tadi. Mungkin seniman ingin membuat tumpuan yang khusus kepada sesuatu ciri

seperti tema sahaja, dan mengetepikan ciri lain. Hal ini sering terjadi kepada karya-

karya yang moden, iaitu seni abstrak. Catan abstrak sering mementingkan warna

dan kontras-kontras warna secara yang cukup rasional. Cat direnjis-renjiskan demi

mempernyatakan gelora rasa, tanpa memperhitungkan sama ada pemerhati faham,

mengerti, menghargai atau tidak. (Gambar 3) Dengan menidakkan aspek-aspek

lain, seniman mungkin ingin menekankan aspek warna. Maka tugas pemerhati yang

sensitif ialah mengesan penekanan aspek-aspek terpilih ini. Katakanlah seniman

ingin mengolah tema keganasan melalui gaya abstrak maka menjadi tugas

pemerhati mengukur sejauh mana dia berjaya. Ukuran dibuat mengikut

pengamatan pemerhati sendiri terhadap tema keganasan dan dibantu oleh contoh-

contoh karya terdahulu. Selera pemerhati yang subjektif juga turut membantunya

membuat penilaian atau apresiasi. Apresiasi seni itu sendiri, seperti penulisan

novel, cerpen atau sajak ialah sejenis seni. Ia juga merupakan satu cabang aktiviti

kritikan dan tertakluk kepada aturan-aturannya yang tersendiri pula. Interpretasi

pemerhati adalah berlapis-lapis dan bersegi-segi, sama seperti interpretasi seniman

terhadap tema yang dipilihnya itu. Seperti seniman, pemerhati boleh memilin untuk

menekankan lapis mana dan dari segi apa interpretasinya. Kerap juga terjadi, apa

yang hendak ditekankan oleh seniman, baik dari masa kini mahupun dari masa

lampau, tidak dilihat oleh pemerhati malah apa yang diulas panjang lebar oleh

pemerhati, dipertidakkan oleh seniman.

Pengulas perlu jujur kepada dirinya sendiri; inilah prinsip yang patut

dipegangnya. Kejujurannya itu kadangkala menghalangnya membuat apresiasi

bertulis yang jujur. Dia khuatir akan menyinggung perasaan seniman yang sentiasa

Page 9: Apresiasi Seni

sensitif, tidak boleh ditegur, dan mahu dipuji sahaja. Seniman pula sentiasa

mengakui bahawa karyanya itu adalah hasil jujur dari dirinya. Kejujuran tidak

menjamin terhasilnya karya yang besar. Kewujudan karya seni itu adalah

merupakan suatu hakikat yang bebas dari pengaruh seniman dan pemerhati.

Objek seni ialah pernyataan seniman sendiri. Biasanya bolehlah

dianggap bahawa tanggungjawab seniman berakhir sebaik sahaja dia selesai

mengerjakan karyanya dan segala ikatan dengan objek seni putus. Maka apa

sahaja pendapat yang dikeluarkannya sesudah itu tidak sepatutnya meninggi atau

mengurangkan mutu karyanya. Jarang seniman mengeluarkan pendapatnya yang

negatif terhadap karyanya. Pemerhati haruslah berwaspada kerana pendapat-

pendapat seniman itu hanya merupakan penyambungan suasana mental

ciptaannya sahaja. Suasana ini boleh membantu pemerhati menikmati kesenian

karya seniman itu. Sebaliknya pula, terlampau banyak pendapat yang dikeluarkan,

boleh mengelirukan orang ramai yang bakal menjadi peminatnya. Lebih-lebih lagi

kalau pendapat-pendapat tersebut dibuat pada waktu yang berbeza-beza sehingga

terdapat sebilangan kontradiksi-kontradiksi yang nyata. Seniman yang bijak selalu

membisu sesudah karyanya siap. Namun di dalam sejarah seni, banyak sekali

terdapat contoh-contoh seniman yang menulis surat-surat, diari-diari dan renungan-

renungan peribadi. Bagi kita sebagai pemerhati, ini merupakan dokumen pembantu

di dalam usaha membuat apresiasi. Bagi seniman yang masih hidup, mereka masih

boleh membuat penyataan-penyataan menukar fikiran, mengubah pendapat, malah

menafikan pendapat-pendapat awal. Kesudahannya, nilaian dan pendapatnya yang

diharapkan menjadi dokumen pembantu adalah diragukan. Untuk menentukan

sesuatu ulasan itu tidak dinodai oleh prasangka upahan atau penyambung lidah

seniman, pemerhati hanya bertanggungjawab kepada falsafah dan karya seninya

sahaja.

Sebagai penutup eloklah ditegaskan bahawa bukan semua pemerhati

boleh menjadi pengkritik, terutama pengkritik yang menulis dengan cekap dan

bernas, serta mempunyai etika. Namun di tahap peribadi, apabila semua pemerhati

berhadapan dengan objek seni, mereka adalah pengkritik; kalaupun dalam senyap-

senyap. Setiap pemerhatu seni, harus digalakkan menjadi pengkritik yang senyap-

senyap pada mulanya dan pengkritik yang aktif sesudah itu.

Page 10: Apresiasi Seni

GAMBAR 1

GAMBAR 2

Page 11: Apresiasi Seni

GAMBAR 3

Page 12: Apresiasi Seni

CORAK / ALIRAN / GAYA SENI RUPA

1.    Naturalisme 

    Naturalisme merupakan corak atau aliran dalam seni rupa yang berusaha

melukiskan sesuatu obyek sesuai dengan alam (nature). Objek yang digambarkan

diungkapkan seperti mata melihat. Untuk memberikan kesan mirip diusahakan

bentuk yang sama, ini ertinya proporsi, keseimbangan, perspektif, pewarnaan dan

lainnya diusahakan setepat mungkin sesuai mata kita melihat.

    Tokoh-tokoh Naturalisme : Rembrant, Williamn Hogart dan Frans Hall

2.    Realisme

    Realisme adalah corak seni rupa yang menggambarkan kenyataan yang benar-

benar ada, ertinya yang ditekankan bukanlah objek tetapi suasana dari kenyataan

tersebut.

    Tokoh-tokoh realisme ialah : Gustove Corbert, Fransisco de Goya dan Honore

Daumier.

3.    Romantisme

    Romantisme merupakan corak dalam seni rupa yang berusaha menampilkan hal-

hal yang fantastik, irrasional, indah dan absurd. Aliran ini melukiskan cerita-cerita

romantis tentang tragedi yang dahsyat, kejadian dramatis yang biasa ditampilkan

dalam cerita roman. Penggambaran objeknya lebih sedikit dari kenyataan, warna

yang lebih meriah, gerakan yang lebih lincah, lelaki yang lebih gagah, wanita yang

lebih cantik.

4.    Impressionisme

    Impressionisme merupakan corak seni rupa yang lahir pada tahun 1874. Aliran ini

mengutamakan kesan selintas dari suatu obyek yang dilukiskan. Kesan itu didapat

dari bantuan sinar matahari yang merefleksi ke mata mereka. Mereka melukis

dengan cepat kerana putaran matahari dari timur ke barat. Kerana itulah dalam

lukisan impressionisme objek yang dihasilkan agak kabur dan tidak terperinci.

    Tokoh aliran ini : Claude Monet, Aguste Renoir, Casmile Pissaro, SIsley, Edward

Degas dan Mary Cassat.

Page 13: Apresiasi Seni

   5.    Ekspresionisme

    Ekspresionisme adalah aliran yang mengutamakan curahan batin secara bebas.

Bebas dalam menggali objek yang timbul dari dunia batin. Imaginasi dan perasaan.

Objek-objek yang dilukiskan antara lain kengerian, kekerasan, kemiskinan,

kesedihan dan keinginan lain dibalik tingkah laku manusia.

    Pelopor ekspresionisme : Vincent Van Gogh, Paul Gaugiuin, Ernast Ludwig, Karl

Schmidt, Emile Nolde, JJ. Kandinsky dan Paul Klee.    Contoh Lukisan bercorak

Naturalisme, Contoh Lukisan bercorak Impresionisme, karya Basoeki Abdullah karya

George Sevoat.

6.    Kubisme

    Kubisme lahir pada saat pameran retpektif Cezanne iaitu pada tahun 1907. Corak

ini menggambarkan alam menjadi bentuk-bentuk geometris seperti segitiga, segi

empat, lingkaran, silinder, bola, kerucut, kubus dan kotak-kotak. Disini sei bukanlah

peniruan alam melainkan penempatan bentuk-bentuk geometris dari seniman

kepada alam. Pelopor Kubisme : Gezanne, Pablo Picasso, Metzinger, Braque, Albert

Glazes, Fernand Leger, Robert Delaunay, Francis Picabia dan Juan Gris. 

7.    Fuvisme

    Fuvisme merupakan nama yang diberi kepada sekelompok pelukis muda yang

muncul pada abad ke 20. Ciri khas seni lukisannya ialah warna-warna yang liar. Des

fauves dalam bahasa Perancis artinya binatang liar. Karena keliaran dari warna-

warna itulah oleh kritikus Perancis Louis Vauxelles dilontarkan dengan nama

Fauvisme. 

    Tokoh-tokoh aliran ini : Henry Matisse, Andre Dirrain, Maurice de Vlamink, Rauol

Dufi dan Kess Van Dongen.

8.    Dadaisme

    Dadaisme lahir karena meletusnya Perang Dunia I. Sifatnya dikatakan anti seni,

anti perasaan dan cenderung merefleksi kekasaran dan kekerasan. Karyanya aneh

seperti misalnya meniru lukisan Monalisa lalu diberi kumis, tempat kencing diberi

judul dan dipamerkan. Tokoh-tokoh aliran ini : Juan Gross, Max Ernst, Hans Arp,

Marcel Duchamp dan Picabia.

Page 14: Apresiasi Seni

9.    Futurisme

    Futurisme ialah sebuah aliran seni lukis yang lahir pada tahun 1909. Aliran ini

mengatakan keindahan gerak dan dipandang sebagai pencetus aliran Kubisme yang

dianggap statis dalam komposisi, garis dan pewarnaan. Futurisme mengabdikan diri

pada gerak sehingga pada lukisan anjing digambarkan berkaki lebih dari empat.

    Tokoh aliran ini : Umberto, Boccioni, Carlo Cara, Severini, Gioccomo Ballad an

Ruigi Russalo.

10.    Surrealisme

    Surrealisme pada awalnya merupakan gerakan dalam sastera yang diketemukan

oleh Apollinaire utuk menyebut dramanya. Pada tahun 1024 dpakai oleh Andre

Bizton untuk menyebutkan corak dalam seni lukis. Dalam kreativitinya corak surrealis

berusaha membebaskan diri dari kawalan kesedaran, mengkehendaki kebebasan

yang selanjutnya ada kecenderungan menuju kepada realistis namun masih dalam

hubungan-hubungannya yang aneh.

    Pelopor Surrealisme : Joan Miro, Salvador Dali darl Andre Masson.

11.    Abstraksionisme

    Seni abstrak dalam seni lukis  ialah seni yang berusaha mengambil objek yang

berasal dari dunia batin. Objek itu boleh fantasi, imaginasi dan mungkin juga intuisi

para seniman. Kerana timbul dari dalam batin. Dalam seni abstrak terbagi dua

katagori besar iaitu :

    a.    Abstrak Ekspresionisme

        Di Amerika abstrak ini terdapat dua kecenderungani:

        -    Color Field Painting, iaitu lukisan yang menampilkan bidang-bidang lebar

dan warna yang cerah.

            Pelopornya : Mark Rothko, Clyfford Stll, Adolf Got lieb, Robert Montherwell

dan Bornet Newman.

        -    Action Painting, iaitu lukisan yang tidak mementingkan bentuk yang penting

adalah aksi atau cara dalam melukiskannya. Tokohnya adalah : Jackson Polack,

Willem de Koning, Frans Kliner dan; adik Twarkov. 

            Di Perancis abstrak ekspresionesme diikuti oleh : H. Hartum Gerard

Page 15: Apresiasi Seni

Schneider, G. Mathiew dan Piere Souloges. Kemudian yang diberi nama Technisme

dipelopori : Wols Aechinsky dan Asger Yorn.

    b.    Abstrak Geometris 

        Abstrak Geometris disebut juga seni non objektif. Dipelopori oleh Kandinsky.

Setelah itu bermunculan abstrak geometris yang lain dengan nama berbeza antara

lain :

        - Suprematisme, iaitu lukisan yang menampilkan abstraksi bentuk-bentuk

geometris mumi dengan tokohnya adalah kasimir Malevich.

         - Konsiruktivisme, sebuah corak seni rupa 3 dimensi yang berusaha

menampilkan bentuk-bentuk abstrak dengan menggunakan bahan-bahan modem

seperti kawat, besi, kayu dan plastik. Tokohnya : Vladimir Tatlin, Antonic Pevner,

Naum Gabo dan A. Rodehenko. Alexander Calder karena patungnya dapat bergerak

disebut Mobilisme di Amerika patung yang dapat bergerak disebut Kinetic Sculpture.

Minimal Art juga termasuk dalam kelompok konstruktivisme. Seni ini lahir karena

situasi teknologi industri yang tinggi dan karyanya cenderung ke arah aristektual.

         - Neo Plastisisme (De Stijil), iaitu corak seni abstrak yang menampilkan

keuniversalan ilmu pasti. Aliran ini berusaha mengembalikan pewarna kepada warna

pokok dan bentuk yang siku-siku. Tokohnya ialah Piet Mondarian, Theo Van

Daesburg dan Bart Van Leck.

        - Op Art (Optical Art), disebut juga Retinal Art iaitu corak seni lukis yang

penggambarannya merupakan susunan geometris dengan pengulangan yang teratur

rapi, seperti papan catur. Karya ini menarik perhatian kerana warnanya yang

cemerlang dan seakan mengecohkan mata dengan ilusi ruang. Tokoh corak ini :

Victor Vaserelly, Bridget Riley, Yacov Gipstein dan Todasuke Kawayama.

12.    Pop Art (Popular Art)

    Seni Pop atau Pop Art mula-mula berkembang di Amerika pada tahun 1956.

Nama aslinya adalah Popular Images. Seni ini muncul kerana kebosanan dengan

seni tanpa objek dan mengingatkan kita akan keadaaan sekeliling yang telah lama

kita lupakan. Dalam mengambil objek tidak memilih-milih, apa yang mereka jumpai

Page 16: Apresiasi Seni

dijadikan objek.

    Bahkan mereka mengambil sepasang sandal disandarkan  diatas  meja kemudian

diatur sedemikian rupa dan akhirnya dipamerkan.

    Kesan umum dari karya-karya Pop art menampilkan suasana sindiran, karikaturis,

humor dan apa adanya.

    Tokoh-tokohnya antara lain : Tom Wasselman, George Segal, Yoseph Benys,

Claes Oldenburg dan Cristo.

13.    Seni Instalasi

    Bererti sejumlah kanvas atau objek idea instalasi dimulai dari barang-barang yang 

dijumpai di mana-mana dan kemudian dikembangkan, direka di bengkel,

dipertingkatkan dengan ruang, atau merupakan input respons terhadap ruang

ataupun yang mengelilinginya, susunan dalam sebuah fungsi dirakit dengan objek-

objek lain jadilah sebuah sistem itulah instalasi.

Page 17: Apresiasi Seni

CONTOH APRESIASI SENI

Gunung Ledang/Tanjung Kupang (1978) -syed ahmad jamal

Dalam karya ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini

bersatu dari aspek warna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh pengkarya.

Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bahagian

belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada

belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang

hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi

penggunaan warna.

Sejak dari tahun 1978, unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk

Ledang menjadi unsur dominan dalam karya Syed Ahmad Jamal. Bagi beliau

Gunung Ledang adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Jika

dilihat kepada karya ini, penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu

segitiga yang disusun secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.

Prinsip rekaan iaitu penegasan yang dapat dilihat dalam karya ini ialah pada bentuk

segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap dalam bentuk

Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh

tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga.

Page 18: Apresiasi Seni

Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah

langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang

diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran.

Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana

dan bentuk hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa nahas

tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar menjadi

bentuk-bentuk segitiga.

Bentuk-bentuk tidak konsisten di atas gunung itu melukiskan cebisan atau bangkai

kapal terbang yang berkecai di Tanjung Kupang setelah melintasi Gunung Ledang.

Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang/Tanjung Kupang ialah perkembangan

pemikiran dalam catan tersebut yang bermula dari bawah ke atas berkaitan dengan

kenaikan roh dari dunia ini.

Catan ini semakin jelas apabila warna biru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan

warna yang paling tepat untuk menunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih

dan merah di bahagian tengah adalah serpihan dan darah dalam nahas itu.

Sememangnya, ketelitian diberi penekanan agar rasa subjektif pemerhati.

Wajah Ledang yang selama ini tidak menarik minat tiba-tiba berakrab dengan naluri

seninya. lni terjadi setelah berlaku insiden nahas udara di Tanjung Kupang yang turut

mengorbankan seorang rakan karibnya. Kapal terbang yang dirampas itu berlegar

melintasi Gunung Ledang dahulu sebelum ia menjunam dan meletup di Tanjung

Kupang. Keadaan ini menyebabkan gunung itu terasa mempunyai pertalian yang

cukup erat dengan Tanjung Kupang dan dirinya sehinggalah perhubungan ini

dimitoskan dalam catan Gunung Ledang/ Tanjung Kupang (1978).

Karya tersebut merupakan satu olahan yang menggabungkan mitos gunung terebut

dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dan dongengnya dilihat sebagai suatu

entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetap akan menyahut panggilan ilahi.

Gunung Ledang / Tanjung Kupang, seperti yang telah dinyatakan, mempertemukan

dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam

menginterpretasi catan itu.

Page 19: Apresiasi Seni

The Thinker by Auguste Rodin

The thinker adalah patung gangsa dan marmar yang dihasilkan oleh Auguste

Rodin yang dipamerkan di Musée Rodin di Paris. Ini menggambarkan seorang lelaki

dalam meditasi sedar berjuang dengan perjuangan dalaman yang kuat. Hal ini sering

digunakan untuk mewakili falsafah.

 “The Thinker” ini awalnya bertujuan untuk menggambarkan Dante di depan

Gerbang Neraka. Rodin mahukan tokoh heroik dalam tradisi Michelangelo, untuk

mewakili intelek dan juga puisi diinspirasikan .

“The Thinker” telah memotivasikan orang di seluruh dunia selama lebih

daripada satu abad. Digambarkan sebagai lambang falsafah dan disiplin rasional,

"The Thinker" adalah kuno dalam 'Klasik' gaya, dengan tanda tangan yang unik

Rodin. Berdiri 2m (6'6 ") dan dibezakan dengan" The Thinker's "eye-catching

mungkin dan 'Realisme,' Rodin menolak untuk mengabaikan dan menyiratkan aspek

negatif umat manusia ke dalam patung ini.

Awalnya dikritik dan kemudiannya dihargai, patung gangsa dan marmar ini di

Musee Rodin, Paris (1912) tidak hanya terlihat duduk seorang pemikir, tetapi juga

menggambarkan manusia yang kuat. Patung mempunyai kompleks ekspresi fizikal

dari susuk lelaki berotot, bersandar di tangan kanan, yang menyokong batang

Page 20: Apresiasi Seni

atasnya, tangan kiri disimpan di lututnya. Secara keseluruhan, patung mempunyai

hidup sendiri, sebagai bersemangat.

Berdasarkan asas-asas seni reka, karya ini mempunyai rupa. Ini disebabkan

terdapat perbezaan ruang dengan ruang yang lain. Oleh itu, kita dapat melihat rupa

patung ini. Selain itu, semestinya kita dapat melihat bentuk pada patung ini. Ini

kerana patung ini bersifat 3 dimensi iaitu mengandungi tinggi, lebar dan dalam.

Bentuk dalam patung ini wujud sebagai bentuk konkrit. Ini disebabkan ianya boleh

disentuh, dilihat dan dipegang.

Kita dapat juga melihat perbezaan warna yang terdapat pada patung ini iaitu

kesan cerah dan gelap. Ini adalah untuk menimbulkan ilusi ruang. Unsur ruang juga

terdapat dalam karya ini. Ruang merupakan satu kawasan yang kosong tanpa

halangan. Ruang dalam kaya ini dikenali sebagai ruang fizikal. Ruang fizikajuga

dikenali ruang konkrit atau ruang nyata. Biasanya, ruang ini terdapat di persekitaran

seperti bangunan, arca, tembikat dan segala bentuk 3 dimensi.

Unsur penegasan juga wujud pada patung ini. Pengukirnya memberikan lebih

penegasan pada bahagian tangan dan kaki dengan menimbulkan urat-urat. Ini

adalah untuk menampakkan patung itu berada dalam keadaan yang tegang.

Imnbangan juga diaplikasikan dalam karya ini.

Hasil karya Auguste Robin ini memberi peluang kepada kita untuk lebih

bersemangat dalam perjuangan kita yang tak pernah selesai di muka bumi ini. Ini

mempunyai perkaitan dengan falsafah hidup seseorang itu sendiri. Hal yang

demikian, berdasarkan patung ini kita dengan sendirinya akan memikirkan kehidupan

kita yang penuh cabaran dan dugaan. Mungkin perkara ini akan lebih mematangkan

kita.