ap&ref

4
APRESIASI KARYA SENI: Tajuk : Multifunctional Building (Tempat Penyimpanan Barang Seni dan Lampu Belajar) Tema : Kemasyarakatan Berdasarkan karya di atas, saya telah memilih untuk membuat tempat penyimpanan barang seni yang serba boleh dengan menggunakan konsep lipat yang memudahkan proses penyimpanan atau dipindahkan ke tempat lain. Selain itu, tambahan yang menarik perhatian pada tempat penyimpanan barang ini adalah dengan adanya lampu belajar yang sangat sesuai untuk para pelajar masa kini. Karya ini lebih memberikan fokus utama kepada bidang membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Alat dan bahan yang digunakan semasa proses membuat karya ini adalah seperti kayu, kain, dawai, botol plastik, set lampu dan sebagainya. Karya ini merupakan hasil idea saya sendiri yang berkonsepkan gabungan antara bidang membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional yang mempunyai pelbagai fungsi iaitu tempat penyimpanan barang seni dan lampu belajar serta terdapat tempat untuk menggantungkan kunci di bahagian tepi binaan. Bagi bidang membentuk dan membuat binaan saya telah mengaplikasikan binaan tempat penyimpanan barang yang kompleks iaitu binaan yang mudah untuk

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 02-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ap

TRANSCRIPT

Page 1: ap&ref

APRESIASI KARYA SENI:

Tajuk : Multifunctional Building (Tempat Penyimpanan Barang Seni dan Lampu Belajar)

Tema : Kemasyarakatan

Berdasarkan karya di atas, saya telah memilih untuk membuat tempat

penyimpanan barang seni yang serba boleh dengan menggunakan konsep lipat

yang memudahkan proses penyimpanan atau dipindahkan ke tempat lain. Selain itu,

tambahan yang menarik perhatian pada tempat penyimpanan barang ini adalah

dengan adanya lampu belajar yang sangat sesuai untuk para pelajar masa kini.

Karya ini lebih memberikan fokus utama kepada bidang membentuk dan membuat

binaan dan mengenal kraf tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual. Alat dan bahan yang digunakan semasa proses membuat

karya ini adalah seperti kayu, kain, dawai, botol plastik, set lampu dan sebagainya.

Karya ini merupakan hasil idea saya sendiri yang berkonsepkan gabungan

antara bidang membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional yang

mempunyai pelbagai fungsi iaitu tempat penyimpanan barang seni dan lampu

belajar serta terdapat tempat untuk menggantungkan kunci di bahagian tepi binaan.

Bagi bidang membentuk dan membuat binaan saya telah mengaplikasikan binaan

Page 2: ap&ref

tempat penyimpanan barang yang kompleks iaitu binaan yang mudah untuk dibawa,

disusun dan di simpan melalui teknik lipat dengan menggunakan kayu, skru dan

kain. Manakala, bagi bidang mengenal kraf tradisional saya telah mengaplikasikan

ukiran pada kayu tersebut dan batik ikat celup pada kain yang digunakan pada

binaan yang dibuat.

Seterusnya, aspek unsur seni reka juga terdapat dalam karya ini. Aspek

garisan memainkan peranan penting dalam memberikan struktur geometri pada

rangka binaan yang berbentuk empat segi. Pelbagai jenis garisan juga terdapat

pada kain yang telah di ikat celup pada karya tersebut. Selain itu, garisan juga telah

diaplikasikan semasa membuat ukiran pada bahagian kayu. Jalinan pada karya ini

adalah jalinan sentuh iaitu dapat dirasa dan dilihat melalui sentuhan kerana karya ini

berbentuk 3 dimensi. Melalui penggunaan warna pula, saya telah menggunakan

warna panas dan warna sejuk pada karya ini. Misalnya, warna panas yang terdiri

daripada kumpulan warna merah, jingga, dan kuning untuk menimbulkan suasana

yang ceria, meriah, riang dan sebagainya. Manakala warna sejuk pula seperti warna

biru, dan hijau untuk menimbulkan suasana nyaman dan selesa.

Seterusnya, dari segi prinsip seni reka pula dapat menunjukkan

keseimbangan simetri pada bentuk segi empat yang mampu untuk dilipat-lipat.

Prinsip pengulangan juga wujud dalam pengulangan bentuk-bentuk pada ukiran

yang dibuat. Prinsip penegasan pula yang cuba ditimbulkan adalah dari segi

penggunaan warna yang mampu menimbulkan suasana panas dan sejuk pada

warna batik ikat dan celup yang digunakan. Selain itu, penegasan juga dapat

ditimbulkan dengan adanya set lmpu belajar yang berada di tepi binaan tersebut.

Dari segi harmoni juga wujud dalam gabungan penggunaan warna-warna panas dan

sejuk seperti warna merah, kuning dengan warna biru dan hijau. Kontra pula cuba

ditimbulkan antara binaan tempat penyimpanan barang seni dengan lampu belajar

yang dibuat. Kesatuan pula digunakan untuk menyatukan kain batik ikat dan celup

ke dalam bentuk binaan empat segi yang buat.

Kesimpulannya, aspek-aspek seni reka iaitu asas dan prinsip seni reka

perlulah ada pada semua karya untuk menunjukkan sesebuah karya itu mempunyai

nilai estetika yang tinggi. Seterusnya, dapat menghasilkan karya yang sangat baik

agar ia kelihatan lebih menarik.

Page 3: ap&ref

REFLEKSI :

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana limpah dan kurnianya

akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna. Tidak

lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penasihat dan juga mentor

kami iaitu Puan Mazlina Johari yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta

komitmen dalam membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima

kasih juga saya tujukan kepada rakan sekelas yang turut berkongsi pendapat serta

memberi komitmen sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Tugasan kerja kursus PSV3083 iaitu Membentuk dan Membuat Binaan dan

Mengenal Kraf Tradisional pada kali ini melibatkan kami semua untuk menghasilkan

sebuah karya seni 3 dimensi berfungsi yang melibatkan bidang membentuk dan

membuat binaan dan unsur kraf tradisional yang perlu pada karya. Kerja kursus

pada kali ini telah memberi banyak pengetahuan baru kepada saya terutama dalam

mengenal kraf tradisional dan membuat binaan dengan lebih mendalam lagi seperti

binaan yang mempunyai fungsi yang pelbagai. Sepanjang saya menjalankan

tugasan ini, terdapat pelbagai cabaran atau kelemahan, kelebihan serta ilmu

pengetahuan baharu yang tidak ternilai saya perolehi.

Antara cabaran dan kelemahan yang saya hadapi sepanjang menyiapkan

tugasan ini adalah cabaran dari segi masa untuk menyiapkan tugasan ini. Masa

yang diperuntukkan adalah sangat singkat dengan tugasan lain yang perlu

dilaksanakan pada masa yang sama. Tugasan-tugasan daripada subjek lain menjadi

cabaran dalam menyiapkan tugasan ini kerana masa dan tarikh penghantaran

semua tugasan yang diberikan adalah tarikh yang sama. Namun, saya rasa ini

merupakan satu peluang dan cabaran untuk saya menerima satu ilmu pengetahuan

yang baru. Dengan adanya kelemahan seperti ini, saya tidak beranggapan bahawa

ia satu penghalang untuk saya meneruskan tugasan saya. Malah saya berfikir

bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

Di sebalik cabaran atau kelemahan, pasti ada kelebihan. Antara kelebihan

serta kebaikan yang dapat saya terapkan dalam diri saya ialah sebagai seorang

siswa pendidik kita perlu sentiasa berfikiran positif dengan setiap apa tugasan yang

Page 4: ap&ref

diberikan. Saya juga banyak menerima input baharu yang boleh membantu saya

dalam proses pembelajaran dan pengajaran sewaktu di sekolah kelak terutama

dalam bidang membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

Selain itu, warisan kraf tangan yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu mampu

dipupuk dalam diri murid-murid agar dapat melahirkan generasi yang mampu untuk

menghargai sejarah peninggalan yang ada. Secara tidak langsung, mampu

melahirkan individu yang dapat menghasilkan karya seni yang mempunyai identiti

tersendiri.

Akhir sekali, sebagai seorang bakal guru atau siswa pendidik

penambahbaikan yang perlu dibuat adalah kita perlulah sentiasa bertanggungjawab

dengan tugasan yang diberikan dengan melaksanakan tugasan yang diberikan

dengan sebaik mungkin. Kelemahan yang ada janganlah dijadikan sebagai alasan

tetapi jadikanlah sebagai satu pengajaran yang dapat membuat semangat kita

semakin kuat dalam melatih diri kita untuk bergelar seorang pendidik yang

cemerlang untuk generasi yang akan datang.

Page 5: ap&ref