aplikasi mobile – jpsappshabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1971-esitediary.docx · web...
TRANSCRIPT
CABARAN INOVASI 2015
CABARAN INOVASI 2013
SISTEM eSiteDiary Page J A B A T A N P E N G A I R A N D A N S A L I R A N
CABARAN INOVASI 2015
eSiteDiary
Kumpulan eSiteDiary
BAHAGIAN BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR
CABARAN INOVASI 2015
Isi Kandungan
A. RINGKASAN EKSEKUTIF....................................................................................................1
B. PENGENALAN...................................................................................................................2
i. Latar Belakang...............................................................................................................2
ii. Tujuan............................................................................................................................3
iii. Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian...................................................................4
iv. Kolaborasi..................................................................................................................6
v. Maklumbalas dari stakeholder......................................................................................6
C. PRODUK INOVASI............................................................................................................. 7
i. IMPAK INOVASI............................................................................................................10
a) Faedah Inovasi..................................................................................................... 10
b) Keberkesanan.......................................................................................................10
c) Signifikan..................................................................................................................10
d) Relevan.................................................................................................................12
ii. GAMBAR BERKAITAN...................................................................................................13
D. HALATUJU.......................................................................................................................36
E. PENUTUP........................................................................................................................37
eSiteDiary Page i
CABARAN INOVASI 2015
Senarai Gambar RajahGambar Rajah 1: Menu Login.................................................................................................13
Gambar Rajah 2: Menu Utama...............................................................................................14
Gambar Rajah 3: Arahan Kepada Pengguna...........................................................................15
Gambar Rajah 4: Borang 1 - Cabutan Butiran Kontrak...........................................................16
Gambar Rajah 5: Borang 2 - Senarai Permohonan Baru.........................................................17
Gambar Rajah 6: Paparan Ringkasan Projek...........................................................................18
Gambar Rajah 7: Senarai Pengguna.......................................................................................18
Gambar Rajah 8: Proses Utama..............................................................................................19
Gambar Rajah 9: Proses Laporan Harian................................................................................20
Gambar Rajah 10: Proses Arahan Kepada Kontraktor............................................................21
Gambar Rajah 11: Proses Pengesahan oleh Kontraktor.........................................................22
Gambar Rajah 12: Cabutan Minit Mesyuarat Audit JPS Berkenaan Buku Harian Tapak Bina.28
Senarai Carta Alir
Carta Alir 1: Borang 2............................................................................................................. 23
Carta Alir 2: Borang 3 dan Borang 3.1....................................................................................23
Carta Alir 3: Borang 4............................................................................................................. 24
Carta Alir 4: Borang 5............................................................................................................. 24
Carta Alir 5: Borang 6............................................................................................................. 25
Carta Alir 6: Borang 9............................................................................................................. 25
Carta Alir 7: Borang 10...........................................................................................................26
Carta Alir 8: Pelan dan Gambar..............................................................................................26
Carta Alir 9: Borang 8............................................................................................................. 27
SISTEM eSiteDiary Page ii
CABARAN INOVASI 2015
Senarai Lampiran
LAMPIRAN A...........................................................................................................................13
LAMPIRAN B...........................................................................................................................19
LAMPIRAN C...........................................................................................................................28
LAMPIRAN D...........................................................................................................................29
LAMPIRAN E........................................................................................................................... 32
LAMPIRAN F........................................................................................................................... 34
eSiteDiary Page iii
CABARAN INOVASI 2015
eSiteDiary Page iv
ePenaung
Hj. Azmi Bin Ibrahim
Ahli Kumpulan
Irwan Shahrill Ibrahim (Ketua)
Roshidy Nasrol Abu Bakar (Fasilitator)
Mohd Firdaus Muhamad
Maziana Mustafa
Belinda Adzmi
Mohd Hamidi Mohamed
Mazlina Abdul Halim
CABARAN INOVASI 2015
A. RINGKASAN EKSEKUTIF
Buku Harian Tapakbina (BHT) merupakan satu dokumen untuk merekod segala
aktiviti yang dijalankan di tapak bina setiap hari. Rekod yang dicatat adalah
keadaan cuaca, butiran dan kemajuan kerja, senarai nama pekerja, aspek
keselamatan dan kesihatan, penggunaan bahan api serta arahan dan pengesahan
dari pihak kontraktor dan pegawai penguasa.
Hanya pegawai yang diberi kuasa sahaja boleh melakukan kerja merekod seperti
jurutera residen, kerani tapak dan juruteknik. Kebiasaannya BHT ini disimpan di
pejabat tapak pembinaan dan secara berjadual, ia perlu disalinkan ke ibu pejabat
sebagai rekod pentadbiran.
Maklumat yang terdapat di dalam BHT boleh digunakan untuk rujukan perkara
berbangkit, tuntutan, pemeriksaan kualiti, prosedur bayaran dan kemajuan kerja.
Sehubungan dengan itu, satu inisiatif baru telah diambil bagi menggantikan BHT
secara manual kepada sistem secara atas talian yang dinamakan eSiteDiary. Ia
berfungsi sama seperti BHT, lengkap dengan ciri-ciri tambahan seperti kata laluan,
paparan dan pemantauan serta-merta dari mana-mana peranti yang berhubung
dengan talian internet.
SISTEM eSiteDiary 1
CABARAN INOVASI 2015
B. PENGENALAN
i. Latar BelakangKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah memberi tanggungjawab
kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia (JPS) untuk melaksanakan kerja-
kerja pembinaan bangunan dan infrastruktur untuk jabatan sendiri dan agensi-agensi
di bawah NRE
Bahagian Bangunan dan Infrastruktur (BBI) secara khususnya telah diberi
tanggungjawab ini di dalam kerja-kerja perancangan, merekabentuk dan membina
projek-projek bangunan dan infrastruktur . Salah satu mekanisma pemantauan dan
penyimpanan rekod berkaitan pembinaan adalah melalui BHT.
BHT merupakan sumber rujukan penting di dalam proses pemantauan pelaksanaan
projek, namun fungsinya sering dianggap kecil. Memandangkan projek pembinaan
merupakan salah satu teras utama bahagian ini, maka tercetuslah idea ini bagi
memastikan rekod di tapak bina dibuat dengan lengkap dan selamat serta mudah
diperolehi.
eSiteDiary 2
CABARAN INOVASI 2015
ii. Tujuan
BHT dalam perlaksanaan sesuatu projek di tapak pembinaan adalah bertujuan
memantau kemajuan projek. Rekod yang terkandung dalam dokumen ini adalah
sangat penting di dalam pentadbiran kontrak seperti membantu dalam urusan
permohonan lanjutan masa, tuntutan insurans, pertikaian dan
timbangtara/tindakan mahkamah, penilaian tuntutan-tuntutan kontraktor,
pengauditan dan penyelesaian lain-lain masalah dalam pentadbiran kontrak.
Dengan adanya inovasi terhadap BHT, fungsi dan kegunaannya dapat
dipertingkat dan diperkemas supaya ia memenuhi matlamat yang telah digariskan.
Keperluan eSiteDiary ini juga sesuai dengan perkembangan teknologi masa
kini..
Tujuan eSiteDiary ini dibangunan adalah untuk :
Menyediakan sistem aplikasi atas talian secara real-time khusus untuk
pasukan projek;
Membolehkan pasukan projek mencari maklumat dalam masa yang
singkat, cepat dan di mana sahaja;
Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian JPS serta memberi
kemudahan untuk mendapatkan maklumat melalui sistem aplikasi atas
talian;
Memenuhi keperluan pelaksanaan inisiatif ICT selaras dengan Pelan
Strategik ICT Sektor Awam yang menggariskan hala tuju penggunaan ICT
secara pervasif dalam usaha meningkatkan daya saing negara;
eSiteDiary 3
CABARAN INOVASI 2015
Menyediakan dan memenuhi keperluan pelaksanaan dan operasi gerbang
perkhidmatan mobile kerajaan (Mymobile)
Aplikasi ini selaras dengan perkembangan kecanggihan teknologi terkini dan
potensinya dalam penyampaian maklumat yang paling efektif. BBI merupakan
AGENSI KERAJAAN PERTAMA yang membangunkan sistem ini.
iii. Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian
KRONOLOGI
Idea untuk melaksanakan BHT secara online atau eSiteDiary tercetus dari di
atas pengalaman pegawai-pegawai di BBI semasa mengendalikan sesuatu projek.
Selain itu, terdapat juga penemuan teguran audit ke atas projek-projek JPS di
seluruh negara berkenaan dengan rekod BHT. Di antara permasalahan yang berlaku
di dalam pelaksanaan rekod BHT sebelum ini adalah seperti berikut :
Keadaan Sebelum Inovasi
Segala butiran yang terkandung dalam BHT ditulis tangan dan ia mengambil
masa dan bertangguh;
Sering berlaku human error dalam pengisian rekod secara manual;
BHT disimpan di tapakbina mulai dari tarikh permulaan kerja hingga kerja
disiapkan. Sukar untuk Pegawai Penguasa di pejabat membuat rujukan;
Lambakan BHT memakan ruang kerja dan menyebabkan persekitaran kerja
tidak kondusif;
eSiteDiary 4
CABARAN INOVASI 2015
Setelah tercetusnya idea ini, kumpulan inovasi ini merancang melaksanakan satu
sistem pengisian rekod BHT yang dibuat secara online yang dapat mengelakkan
kecuaian di dalam pengisian rekod tersebut. Di antara penambahbaikan yang boleh
di buat melalui sistem tersebut adalah seperti berikut :
Keadaan Selepas Inovasi
Pengisian maklumat dibuat secara pilihan menu tersedia. Ia lebih pantas dan mampu
mengurangkan kesilapan;
Dengan fungsi carian, pengguna boleh menyemak rekod eSiteDiary dengan
cepat dan mudah tanpa perlu membuka BHT;
Pengguna boleh menjana statistik rekod sistem ini dengan paparan grafik secara
effortless;
Pengguna boleh mengepilkan pelbagai lampiran seperti pelan, gambar, spreadsheet
dan sebagainya bagi menjelaskan maksud laporan;
Sistem ini boleh digunapakai di jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan projek
pembinaan;
Pengurusan Tertinggi atau Ketua Jabatan juga boleh memantau status projek yang
telah direkod secara atas talian dengan serta-mertatanpa perlu berada di tapak bina;
Rekod eSiteDiary akan dibuat salinan pendua (backup) oleh sistem secara
automatik.
Pembuktian
Print Screen Sistem (Rujuk Lampiran B Print Screen gambar berkaitan)
Carta Alir Sistem (Rujuk Lampiran B)
eSiteDiary 5
CABARAN INOVASI 2015
Penemuan Audit ( Rujuk Lampiran C)
Minit Mesyuarat Jawatankuasa ICT (Rujuk Lampiran D)
iv. Kolaborasi Dalam pembangunan sesuatu aplikasi baharu secara atas talian memerlukan kos
yang tinggi. Oleh yang demikian bagi menyokong langkah penjimatan jabatan,
BBI telah mengambil satu langkah proaktif dalam membangunkan sistem ini
secara dalaman dengan memeterai kolaborasi di antara BBI dan Bahagian
Pengurusan Maklumat (BPM).(Rujuk Lampiran E)
v. Maklumbalas dari stakeholderBagi menjayakan sistem ini, maklumbalas daripada pasukan projek adalah
penting untuk memastikan sistem yang dibuat adalah lengkap dan teratur supaya
pengisian yang dibuat sama seperti isian manual. Maklumbalas yang pantas dan
real-time dapat diperolehi dengan menggunakan pelbagai medium yang
merangkumi Whatsapp, Facebook, Twitter, emel dan Google Form. (Rujuk
Lampiran F)
eSiteDiary 6
CABARAN INOVASI 2015
C. PRODUK INOVASI
eSiteDiary ini dibangunkan secara bersama di antara BBI dan BPM. BBI
memberikan maklumat carta alir serta item-item di dalam BHT dan BPM
membangunkan sistem ini berdasarkan perancangan yang telah didokumentasikan
ke dalam System Requirement Specification (SRS). SRS telah diwujudkan mengikut
keperluan semasa daripada BBI. Pembangunan sistem ini mengambil kira skop,
keperluan pengguna, analisa dan rekabentuk aplikasi, pembangunan aplikasi,
pengujian dokumentasi dan pelaksanaan.
Aplikasi ini telah dibangunkan secara dalaman oleh BPM dengan menggunakan
peralatan server, komputer dan rangkaian sedia ada. Perisian yang digunakan di
dalam pembangunan sistem ini adalah Dreamweaver, Adobe Photoshop, MsSQL
dan Notepad++. Sistem ini dibangunkan menggunakan rangka kerja (framework)
Zend Studio. Pembangunan aplikasi ini adalah bersifat dinamik dan boleh ditambah
baik dari semasa ke semasa.
Sistem ini boleh dicapai melalui http://generikapps.water.gov.my/esitediary . Untuk
daftar masuk ke dalam sistem, pasukan projek hanya perlu menggunakan ID dan
kata laluan Sistem Warga v2.0 (SISWA 2.0). Sistem ini telah diintegrasikan dengan
SISWA 2.0 bagi tujuan pendaftaran pasukan projek. Integrasi di antara kedua sistem
ini adalah untuk memudahkan pengguna mengingat ID dan kata laluan. Setiap
paparan antara muka adalah berbeza bedasarkan peranan setiap ahli pasukan
projek.
eSiteDiary 7
CABARAN INOVASI 2015
Sistem ini juga telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT
(JTICT) JPS dan telah mendapat persetujuan untuk dibangun dan digunapakai serta
diperluas kepada bahagian yang menggunakan BHT dalam pemantauan
pelaksanaan projek (Lampiran D- Cabutan minit mesyuarat).
Sebelum Sistem Diwujudkan
BHT kebiasaannya ditulis tangan dan ini menyukarkan rujukan/mencari
maklumat yang dikehendaki selain sukar memahami kepelbagaian
tulisan individu.
BHT disimpan oleh pegawai di tapak sahaja dan rujukan oleh pegawai
yang tidak berada di tapak adalah sukar.
BHT boleh menjadi tidak tepat sekiranya maklumat semasa yang diisi
tidak lengkap atau lewat dikemaskini.
BHT tidak mengandungi gambar kerja di tapak di mana ia tidak dapat
menerangkan perincian kerja lebih baik dari rekod bertulis semata.
BHT terdedah kepada pemalsuan maklumat kerana ciri keselamatan
yang lemah.
BHT mudah hilang/musnah disebabkan oleh kecuaian, kebakaran,
bencana alam dan kecurian.
BHT sedia ada berat dan agak sukar dibawa kemana-mana.
Fungsi BHT yang terhad dan maklumat tidak dapat dipelbagaikan.
eSiteDiary 8
CABARAN INOVASI 2015
Selepas Sistem Diwujudkan
BHT dapat ditulis secara atas talian dan memudahkan carian maklumat
oleh semua pasukan projek.
BHT mampu diakses di mana sahaja oleh pasukan projek selagi ada
capaian internet.
BHT dapat direkodkan dengan tepat kerana pasukan projek akan
mendapat amaran jika terdapat maklumat yang tidak lengkap dikemaskini
sebelum memasukkan maklumat baru.
BHT boleh dimuat naik gambar kerja di tapak dan perincian kerja yang
lebih baik dapat diterangkan.
Maklumat di dalam BHT sukar dipalsukan kerana memerlukan
pengesahan daripada Pegawai Penguasa ataupun Wakil Pegawai
Penguasa.
Maklumat di dalam pangkalan data disimpan secara elektronik dan backup
data dilaksanakan setiap hari.
Tidak perlu membawa hard copy BHT dan mesra alam (paperless)
Maklumat BHT dapat dipelbagaikan seperti muat naik gambar, membuat
cetak dan memudahkan carian.
eSiteDiary 9
CABARAN INOVASI 2015
i. IMPAK INOVASI
a) Faedah Inovasi
Output
Laporan BHT di dalam bentuk digital yang boleh di akses secara atas talian
dari mana-mana peranti yang bertalian internet.
b) Keberkesanan
Replicability
Dapat digunapakai oleh pelbagai pihak yang terlibat di dalam penyeliaan
projek dan boleh diadaptasi mengikut kesesuaian projek.
c) Signifikan
Penjimatan Masa
Dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan maklumat terkini pembinaan
projek tanpa perlu ke tapak bina.
i. Perjalanan
ii. Penyediaan laporan
iii. Akses maklumat
iv. Mempercepatkan masa semakan dan pengesahan
v. Penghasilan output dari maklumat-maklumat yang terkumpul
vi. Penyisihan data mengikut kategori/jenis berpandukan kepada
maklumat yang dimasukkan dalam laporan harian
eSiteDiary 10
CABARAN INOVASI 2015
Penggunaan Sumber yang Optimum
i. Menjimatkan kos pengangkutan
ii. Menjimatkan kos komunikasi
iii. Menjimatkan masa
Memenuhi Objektif Inisiatif
Dalam menyokong perkembangan teknologi maklumat yang pesat membangun
sistem ini,merupakan satu inisiatif baru yang diambil di dalam penyebaran maklumat
yang lebih berkesan di JPS.
Mesra Pelanggan
i. Boleh diakses oleh semua pihak yang berkaitan
ii. Mudah diakses dari mana-mana tempat dan bila-bila masa
iii. Mudah difahami
iv. Sistem database yang pantas dan reliable
v. Boleh disimpan untuk tujuan rujukan
vi. Bercirikan medan database berklasifikasi
vii. Simpanan data yang selamat (akses dengan kata laluan)
eSiteDiary 11
CABARAN INOVASI 2015
d) Relevan
Peningkatan produktiviti
i. Dapat memastikan pengisian laporan disediakan secara
sistematik dan pantas
ii. Penyediaan laporan yang menepati masa
iii. Mengurangkan pertikaian terhadap arahan-arahan yang
dikeluarkan kepada kontraktor
iv. Menyegerakan proses-proses mendapatkan maklumat yang
boleh membantu dalam hal-hal berkaitan kontrak yang
disegerakan
v. Mengurangkan berlakunya kesilapan dalam laporan
Menyokong Dasar Kerajaan
Menyokong usaha kerajaan ke arah go green dan kelestarian alam sekitar menerusi konsep
paperless, dimana BHT tidak lagi dicetak dan diedarkan kepada Pasukan Projek. Tanpa
bergantung kepada medium tradisional iaitu hardcopy, penyebaran dan capaian maklumat
dapat dilaksanakan secara lebih cepat, mudah dan meluas.
eSiteDiary 12
CABARAN INOVASI 2015
ii. GAMBAR BERKAITAN
LAMPIRAN A
Gambar Rajah 1: Menu Login
eSiteDiary 13
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 2: Menu Utama
eSiteDiary 14
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 3: Arahan Kepada Pengguna
eSiteDiary 15
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 4: Borang 1 - Cabutan Butiran Kontrak
eSiteDiary 16
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 5: Borang 2 - Senarai Permohonan Baru
Gambar Rajah 6: Paparan Ringkasan Projek
eSiteDiary 17
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 7: Senarai Pengguna
eSiteDiary 18
CABARAN INOVASI 2015
LAMPIRAN BCarta Aliran Sistem
Gambar Rajah 8: Proses Utama
eSiteDiary 19
Pengguna Sistem
PENYELIAAN
TAPAK
LAPORAN
HARIAN
BUTIRAN
PROJEK
Penyelia Tapak
Penyelia Tapak
Admin/ Pegawai
Penguasa
TAMAT
MULA
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 9: Proses Laporan Harian
eSiteDiary 20
MULA
PROJEK SEDIA
ADA?
Papar Maklumat
Borang 8.1/8.2
TAMAT
Cetak Maklumat
Borang 8.1/8.2
Tambah Maklumat
Borang 8.1/8.2
Tidak
YaPenyelia Tapak
Pengguna Sistem
Arahan kepada
Kontraktor
Pengesahan oleh
Kontraktor
Simpan dan papar
maklumat
MAKLUMAT LENGKAP?
Draf Maklumat
Kemaskini
maklumat
YaTidak
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 10: Proses Arahan Kepada Kontraktor
eSiteDiary 21
Tidak
Ya
TAMAT
Ulasan semakan
ARAHAN
KEPADA
Hantar e-mail notifikasi
kepada kontraktor
Pengguna Sistem
Penyelia Tapak
MULA
CABARAN INOVASI 2015
Gambar Rajah 11: Proses Pengesahan oleh Kontraktor
eSiteDiary 22
Kontrakto
r
Pengguna Sistem
MULA
Papar Arahan
ARAHAN
DITERIMA?
Sokong Jumpa Penyelia Tapak
TAMAT
Ya
Tidak
CABARAN INOVASI 2015
Jenis-jenis Borang
Carta Alir 1: Borang 2
Carta Alir 2: Borang 3 dan Borang 3.1
eSiteDiary 23
CABARAN INOVASI 2015
Carta Alir 3: Borang 4
Carta Alir 4: Borang 5
eSiteDiary 24
CABARAN INOVASI 2015
Carta Alir 5: Borang 6
Carta Alir 6: Borang 9
eSiteDiary 25
CABARAN INOVASI 2015
Carta Alir 7: Borang 10
Carta Alir 8: Pelan dan Gambar
eSiteDiary 26
CABARAN INOVASI 2015
Carta Alir 9: Borang 8
eSiteDiary 27
CABARAN INOVASI 2015
LAMPIRAN CContoh Penemuan Audit JPS
Gambar Rajah 12: Cabutan Minit Mesyuarat Audit JPS Berkenaan Buku Harian Tapak Bina
eSiteDiary 28
CABARAN INOVASI 2015
LAMPIRAN DMinit Mesyuarat Jawatankuasa ICT
eSiteDiary 29
CABARAN INOVASI 2015
eSiteDiary 30
CABARAN INOVASI 2015
eSiteDiary 31
CABARAN INOVASI 2015
LAMPIRAN ESurat Jemputan BPM Sebagai Ahli Inovasi eSiteDiary
eSiteDiary 32
CABARAN INOVASI 2015
LAMPIRAN FMaklumbalas Stakeholder
- Seperti dilampirkan -
eSiteDiary 33
CABARAN INOVASI 2015
D. HALATUJU
Dengan adanya sistem ini, eSiteDiary dapat dimanfaatkan oleh semua pasukan
projek. Maklumat yang dipaparkan melalui sistem ini adalah sangat berguna dan
dapat memberi kemudahan kepada pengguna. Bagi memenuhi keperluan pengguna
yang akan berubah dari semasa ke semasa, sistem ini boleh dipertingkatkan dan
ditambahbaik dengan menjurus kepada fungsi-fungsi berikut :
Total Paperless – Sistem digunakan secara elektronik sepenuhnya
Aplikasi Tandatangan Digital bagi menyokong penggunaan secara Total
Paperless dan pengesahan maklumat di dalam BHT
Replicability – Diperluaskan penggunaan kepada agensi-agensi kerajaan
yang lain
Offline- Pengisian maklumat BTH secara offline dan muatnaik automatik
secara pukal apabila ada capaian internet.
eSiteDiary 34
CABARAN INOVASI 2015
E. PENUTUP
Sistem eSiteDiary ini membawa pembaharuan dalam pelaporan kerja di tapak
bina. Jika dahulunya laporan direkod secara manual, kini hanya memerlukan input
secara atas talian. Dengan adanya inovasi seperti ini, beban kos pengangkutan,
komunikasi dan masa dapat dijimatkan dengan skala yang signifikan. Ia juga bersifat
modular dan replicable untuk disesuaikan dengan keperluan. Sistem database yang
cekap, diyakini dan mesra pengguna amat penting bagi menjamin keselamatan dan
keutuhan penyimpanan maklumat. Inovasi eSiteDiary adalah selari dengan
harapan jabatan untuk menjadi sektor awam terunggul di dunia.
eSiteDiary 35