aplikasi mel elektronik (e-mel) dan laman web di …selawat dan salam ditujukan kepada rasulullah...

26
APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI KALANGAN GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURUBESAR (PKPGB) UTM SKUDAI JAMALUDIN BIN MD.JALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI

KALANGAN GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN

GURUBESAR (PKPGB) UTM SKUDAI

JAMALUDIN BIN MD.JALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:

SESI PENGAJIAN: 2007-2008

Saya ______________________JAMALUDIN BIN MD.JALI ______________________(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ()

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_____________________ ______________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:78 KAMPUNG PARIT JAWA, DR . M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN84150 PARIT JAWA, Nama PenyeliaMUAR, JOHOR.Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis iniperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DIKALANGAN GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHANGURU BESAR (PKPGB) UTM SKUDAI

Page 3: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penyelia : DR . M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN.

Tarikh : APRIL 2008.

Page 4: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

i

APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI

KALANGAN GURU BESAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU

BESAR (PKPGB) DI UTM SKUDAI

JAMALUDIN BIN MD.JALI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 5: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................

Nama Penulis : JAMALUDIN BIN M.D.JALI

Tarikh : APRIL 2008

Page 6: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

iii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Ibu

Bindon Binti Abu

Terima kasih atas doa dan sokongan mu

Juga, allahyarham ayahku

Md. Jali Bin Yasir

semoga rohnya dirahmati Allah

Isteri yang dikasihi

Siti Khatijah Binti Talib

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

Anak

Muhammad Iman Bin Jamaludin

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada anakku

di masa hadapan.

Page 7: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada

Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Dr . M.

Al-Muz-Zammil bin Yasin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta

bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga

kepada guru-guru besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang

telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 8: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan e-mel dan laman

web di kalangan 85 orang Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan

Guru Besar (PKPGB) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti (1) kemahiran asas, (2) persepsi

terhadap aplikasi e-mel dan laman web, dan (3) cara penggunaan e-mel dan laman

web di kalangan Guru Besar PKPGB. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

mengandungi dua bahagian; bahagian A mewakili item latar belakang dan bahagian B

mewakili item untuk mengukur kemahiran asas, persepsi dan cara penggunaan

aplikasi e-mel dan laman web oleh Guru Besar PKPGB. Data yang telah dikumpulkan

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi

14.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran asas Guru Besar PKPGB

dalam menggunakan e-mel dan laman web berada pada tahap tinggi, persepsi Guru

Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web juga tinggi, manakala tahap

penggunaan Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web berada pada

tahap yang sederhana. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran asas dan cara

penggunaan, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap

persepsi guru besar PKPGB. Dapatan daripada ujian Anova pula menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman dengan kemahiran asas,

persepsi dan cara penggunaan, faktor umur dengan cara penggunaan, manakala

terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan kemahiran asas dan tahap

persepsi guru besar PKPGB. Adalah diharapkan dapatan kajian boleh dijadikan

panduan oleh perancang dalam bidang pendidikan dalam merangka latihan yang perlu

bagi Guru Besar di sekolah.

Page 9: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

vi

ABSTRACT

The aim of the research was to investigate the use of e-mail and website among 85

headmasters in the Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) at Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. The objectives of this research were (1) to

determine the skills possessed by the headmasters, (2) to determine the perceptions

toward the application of e-mail and website, and (3) to determine the ways the e-mail

and website were used among the PKPGB headmasters. The instrument used in this

research consisted of two parts; part A to represent the demographic items and part B

to represent items that measure the headmasters’ basic skills in using the e-mail and

web site, perception and the way headmasters use the e-mail and web application. The

data was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version

14.0. The results of the study revealed that the skills of the headmasters in using e-

mail and web site were at high level, the level of the headmasters’ perception towards

the use of the e-mail and website was at high level too, while the ways the e-mail and

website were used was at moderate level. The result from the t-test shows that there is

no significant difference within gender with basic skills and usage, but there is a

significant difference within gender and PKPGB headmaster perceptions. The results

from Anova test shows that there is no significant differences within experiences with

basic skills, the usage and perceptions, but there is significant differences within ages

with basic skills and perception levels by the PKPGB headmasters. It is hoped that the

research findings will serve as guidance for educational planners in conducting

training among school headmasters.

Page 10: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI SINGKATAN xii

Page 11: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definasi Istilah 11

1.10 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Internet 14

2.3 Penggunaan Internet di Malaysia 15

2.4 Kepentingan Laman Web 17

2.5 Penggunaan E-mel 18

2.6 Penutup 19

Page 12: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 20

3.3 Tempat Kajian 21

3.4 Persampel Kajian 21

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Analisis Data 23

3.7 Jangkamasa Kajian 25

3.8 Kajian Rintis 25

3.9 Penutup 26

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 27

4.2 Maklumbalas Soal Selidik 27

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 28

4.4 Profil Demografi Responden

4.4.1 Jantina

4.4.2 Umur

4.4.3 Pengalaman

28

28

28

29

4.5 Maklumat Bahagian B Soal Selidik

4.5.1 Tahap Kemahiran Asas Guru Besar PKPGB

Terhadap Aplikasi E-Mel Dan Laman Web

4.5.2 Tahap Persepsi Guru Besar PKPGB

Terhadap Aplikasi E-Mel Dan Laman Web

4.5.3 Tahap Penggunaan E-Mel Dan Laman Web

di Kalangan Guru Besar PKPGB

4.5.4 Perbezaan antara Tahap Kemahiran asas

Aplikasi E-mel dan Laman Web Dengan

Faktor Jantina Guru Besar PKPGB

4.5.5 Perbezaan Antara Tahap Kemahiran Asas

29

30

32

34

36

Page 13: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

x

Aplikasi E-mel dan Laman Web Dengan

Faktor Umur Guru Besar PKPGB

4.5.6 Perbezaan Antara Tahap Kemahiran Asas

Aplikasi E-mel dan Laman Web Dengan

Faktor Pengalaman Guru Besar PKPGB

4.5.7 Perbezaan Antara Tahap Persepsi Aplikasi

E-mel dan Laman Web Dengan Faktor

Jantina Guru Besar PKPGB

4.5.8 Perbezaan Antara Tahap Persepsi Guru

Besar PKPGB Terhadap Aplikasi E-mel dan

Laman Web Dengan Faktor Umur

4.5.9 Perbezaan Antara Tahap Persepsi Guru

Besar

PKPGB Terhadap Aplikasi E-mel dan

Laman Web Dengan Faktor Pengalaman

4.5.10 Perbezaan Antara Tahap Cara Penggunaan

E-mel dan Laman Web Dengan Faktor

Jantina Guru Besar PKPGB

4.5.11 Perbezaan Antara Tahap Cara Penggunaan

Terhadap E-mel dan Laman Web Dengan

Faktor Umur Guru Besar PKPGB

4.5.12 Perbezaan Antara Tahap Cara Penggunaan

Terhadap E-mel dan Laman Web Dengan

Faktor Pengalaman Guru Besar PKPGB

37

38

39

40

41

42

43

44

4.6 Penutup 45

Page 14: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

xi

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Rumusan Kajian

5.2.1 Apakah tahap kemahiran asas Guru Besar

PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman

web?

5.2.2 Apakah tahap persepsi Guru Besar PKPGB

terhadap aplikasi e-mel dan laman web?

5.2.3 Apakah tahap cara penggunaan e-mel dan

laman web dikalangan Guru Besar PKPGB?

5.2.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan

antara tahap kemahiran asas dengan faktor-

faktor demografi (jantina, umur dan

pengalaman) Guru Besar PKPGB?

5.2.5 Adakah terdapat perbezaan signifikan antara

tahap persepsi dengan faktor-faktor

demografi (jantina, umur dan pengalaman)

Guru Besar PKPGB?

5.2.6 Adakah terdapat perbezaan signifikan antara

tahap cara penggunaan dengan faktor-faktor

demografi (jantina, umur dan pengalaman)

Guru Besar PKPGB?

46

47

47

48

48

48

49

5.3 Perbincangan

5.3.1 Kemahiran Asas Dalam Aplikasi E-mel dan

Laman Web

5.3.2 Persepsi Terhadap Aplikasi E-mel dan

Laman Web

5.3.3 Penggunaan E-mel dan Laman Web

5.3.4 Perbezaan Antara Tahap Kemahiran Asas,

Persepsi dan Cara Penggunaan E-mel dan

Laman Web Dengan Faktor Demografi

49

49

51

52

53

5.4 Cadangan 54

Page 15: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

xii

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.6 Penutup 56

RUJUKAN 57

SENARAI LAMPIRAN

Page 16: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Faktor-faktor Demografi 23

3.2 Pecahan Item Soal Selidik 23

3.3 Jadual skala Likert dan skor 24

3.4 Pemeringkatan Nilai Min 25

3.5 Pengukuran Persoalan Kajian 25

4.1 Taburan Jantina Responden 28

4.2 Taburan Umur Responden 29

4.3 Taburan Pengalaman Responden 29

4.4 Taburan Tahap Kemahiran Asas Guru Besar

PKPGB Terhadap Aplikasi E-Mel Dan Laman

Web30

4.5 Taburan Tahap Persepsi Guru Besar PKPGB

Terhadap Aplikasi E-Mel Dan Laman Web 32

4.6 Tahap Penggunaan E-Mel Dan Laman Web di

Kalangan Guru Besar PKPGB 34

4.7 Keputusan ujian – t berhubung faktor jantina

dengan tahap kemahiran asas. 36

4.8 Keputusan ujian Anova berhubung faktor umur

dengan tahap kemahiran asas 37

4.9 Keputusan ujian anova berhubung faktor

pengalaman dengan tahap kemahiran asas. 38

4.10 Keputusan ujian – t berhubung faktor jantina

dengan tahap persepsi. 39

4.11 Keputusan ujian Anova berhubung faktor umur

dengan tahap persepsi 40

4.12 Keputusan ujian Anova berhubung faktor

pengalaman dengan tahap persepsi. 41

Page 17: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

xiv

4.13 Keputusan ujian – t berhubung faktor jantina

dengan tahap cara penggunaan 42

4.14 Keputusan ujian Anova berhubung faktor umur

dengan tahap cara pengunaan. 43

4.15 Keputusan ujian Anova berhubung faktor

pengalaman dengan tahap cara penggunaan 44

Page 18: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

xv

SENARAI SINGKATAN

E-mel - Mel Elektronik

PKPGB - Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

HTML - Hypertext Markup Language

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MIMOS - Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

WWW - Worl Wide Web

Page 19: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A SOAL SELIDIK 60

B KEPUTUSAN

1. KAJIAN RINTIS

2. ANOVA ONEWAY

3. UJIAN-t

64

Page 20: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Teknologi maklumat telah berkembang dengan pesat di zaman era globalisasi

ini. Dunia tanpa sempadan memerlukan penggunaan teknologi maklumat yang terkini

bagi mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas tanpa batasan. Internet

diperlukan untuk semua pihak mendapatkan maklumat bagi mencapai kemajuan.

Internet dan komputer mula menular di setiap lapangan apabila larangan

penggunaan internet digugurkan pada tahun 1991 dan dibuka untuk tujuan sektor

swasta dan industri (Balbinder Singh, 2002). Kini komputer dan internet merupakan

satu fenomena penting menukar senario penggunaannya dalam institusi pendidikan.

Lebuhraya Multimedia (Information Superhighway), Koridor Raya Multimedia

(MSC), Era IT dan multimedia telah menjadi agenda nasional beberapa buah negara

ketika ini.

Jaringan komputer dan internet telah mengubah dan mempengaruhi kehidupan

masyarakat seluruh dunia. Kegunaannya telah diperluas dalam pelbagai bidang

kehidupan seperti perubatan, perindustrian, perniagaan, perundangan, seni muzik dan

juga pendidikan. Segala urusan harian telah banyak dibantu oleh komputer.

Sewajarnya generasi sekarang juga tidak ketinggalan dalam mengubah budaya kerja

kepada penggunaan komputer dan internet secara menyeluruh.

Page 21: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

2

Penggunaan komputer seiring dengan penggunaan internet yang membolehkan

manusia menukar kaedah komunikasi dan interaksi antara satu sama lain. Menurut

O’leary dan O’leary (2002), aplikasi lazim internet adalah untuk berkomunikasi

melalui e-mel, membeli belah menerusi dagang elektronik, menyelidik menggunakan

perpustakaan maya dan hiburan seperti menempah kelab serta permainan interaktif

secara langsung.

Dengan menggunakan komputer dan internet segala maklumat menjadi lebih

cepat dan mudah. Perkembangan pendidikan juga bergantung kepada teknologi

maklumat khususnya internet dan komputer dan antara penggunaannya ialah

mendapatkan fakta-fakta bahan kursus, membuat perbincangan dengan pengajar,

menyertai forum, membentang kertas kerja dan menyebarkan maklumat. Melalui Tele

Sidang Komputer ianya boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

tidak secara formal seperti pengajar berada di sekolah dan pelajar berada di rumah

sahaja. CAI (Computer Assisted Instruction) merupakan satu kaedah pembelajaran

secara interaktiviti, latih tubi, simulasi dan animasi.

Menurut Hamacher dalam Abd Samad Hanif (2001), komputer merupakan

sebuah mesin penghitung yang pantas dan dapat menerima data masukan digital,

kemudian memprosesnya sesuai dengan program yang tersimpan dalam ingatan dan

menghasilkan keluaran berupa maklumat. Komputer juga boleh memindahkan,

memproses dan memanipulasikan maklumat sesuatu data secara serentak tetapi ianya

tidak dapat memahami data dan mengikut segala arahan. Dewasa ini juga sistem

pendidikan pra sekolah juga telah cuba memperkenalkan penggunaan komputer dalam

proses pengajaran.

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat menerajui ke arah teknologi

siber. Perkembangan ini juga telah banyak mempengaruhi budaya kerja di Malaysia.

Namun dengan kehadiran komputer dan internet ini adakah ianya telah menjadi satu

bebanan kepada masyarakat sekarang, golongan guru atau pendidik kerana telah

menambahkan kerja-kerja mereka atau dilihat dari satu perkembangan positif dalam

era globalisasi. Segala pengurusan dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih

pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan teknologi maklumat.

Page 22: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Perkembangan dalam teknologi komputer dan internet semakin terserlah

dengan tertubuhnya Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah dirasmikan oleh

Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1995 yang lalu. Ia mengandungi projek

Bandar Teknologi, Pusat Ilmu dan Cyberjaya. Koridor Raya Multimedia (MSC)

merupakan tempat terbaik membangunkan hasil kajian dan perkhidmatan yang

berasaskan multimedia dan Malaysia akan menjadi tumpuan dunia melalui saluran

maklumat antarabangsa.

Dengan adanya komputer dan internet setiap guru diharap dapat meningkatkan

prestasi pengajaran dan pengurusan. Penggunaan komputer dan internet perlu

diadakan secara menyeluruh di sekolah. Bagi memastikan pengajaran berkembang

berasaskan komputer, makmal komputer mestilah mencukupi. Guru perlulah

mengorak langkah dan berfikiran positif serta menganggap komputer sebagai satu alat

yang mampu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Setiap guru sewajarnya

mampu mengendalikan ilmu komputer yang dimiliki dalam proses pengajaran.

Mengikut Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran dan Tajuddin Hassan

(1996), penggunaan komputer dapat mencetuskan motivasi dan merangsang

dikalangan penggunanya untuk mencuba penemuan baru tanpa rasa takut untuk

membuat kesilapan. Pengguna komputer juga dapat menggunakan komputer sebagai

perantaraan perhubungan dan komunikasi di rumah dan tempat kerja.

Web Seluas Dunia (www) merupakan tunjang utama teknologi internet masa

kini untuk membekalkan bahan dan kursus secara mudah di dalam setiap “setting”

pendidikan, khususnya pendidikan jarak jauh, penyelidikan pembinaan infrastruktur,

penyebaran maklumat serta komunikasi elektronik dalam bentuk multimedia.

(Jamaludin ,1998).

Penggunaan internet di dalam bidang pendidikan adalah menjadi topik yang

paling hangat dalam akhbar-akhbar harian. Keperluan untuk meneroka bidang

teknologi baru selaras dengan ledakan teknologi maklumat telah menjadikan

Page 23: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

4

pendidikan sebagai agen utama untuk menangani perkembangan masyarakat

bermaklumat.

Penyelidikan mengenai Penilaian Guru Pelatih Fakulti Pendidikan, UTM

Terhadap Laman Web Pendidikan Biologi oleh Farizan Binti Hashim dan Zaidatun

Bt. Tasir (2003), mendapati isi kandungan yang dimuatkan dalam laman web adalah

mendalam dan sesuai serta menunjukkan kaedah penyebaran menggunakan Internet

adalah sesuai. Pembelajaran pelajar adalah sangat aktif dan sentiasa menginginkan

sesuatu yang menarik seperti idea baru dan pelbagai. Oleh itu internet adalah suatu

keperluan yang sesuai untuk aktviti pengajaran dan pembelajaran. Internet juga dapat

mempengaruhi minat, motivasi dan menjimatkan masa pengguna.

Penyelidikan mengenai penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran

dan pembelajaran di kalangan guru-guru di Johor oleh Siti Hajar Binti Abd Hamid

dan Johari B. Hassan (2006), mendapati bahawa guru mempunyai pengetahuan asas

mengenai internet. Namun begitu, tahap penggunaan internet bergantung kepada

tahap kemahiran, umur dan pengalaman. Ini dapat menggambarkan bahawa

kemahiran asas guru atau pengetahuan tentang internet masih lagi kurang dan perlu

diperbaiki serta diperluaskan.

Menurut Norasmawaty Binti Bakri @ Abudairi (2000), dalam kajiannya yang

bertajuk Penggunaan Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web Dalam Pengurusan

Dan Pentadbiran Oleh Pengurus Pendidikan Di Sekolah Menengah Daerah Kulai

menunjukkan tahap kemahiran pengurus pendidikan dalam penggunaan e-mel adalah

rendah. Pengurus pendidikan perlu diberi pendedahan dan dilatih dalam menggunakan

kaedah terbaru dalam pengumpulan maklumat dan diharapkan mereka menjadi

teladan kepada staf bawahan untuk menggunakan teknologi dalam tugas seharian.

Menurut Nur Atikah Binti Abdul Rahman dan M. Al-Muzzammil B. Yasin

(2007), dalam kajiannya tentang Aplikasi Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web di

Kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di UTM

Skudai mendapati bahawa tahap penggunaan guru besar terhadap aplikasi e-mel dan

laman web berada pada tahap yang rendah.

Page 24: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

5

Daripada kajian-kajian lepas didapati aspek penggunaan internet terutamanya

e-mel dan laman web di kalangan pendidik masih lagi kurang. Penyelidik-penyelidik

daripada kajian lepas juga telah mencadangkan meluaskan lagi skop kajian dengan

menggunakan populasi yang lebih besar. Dengan perkembangan yang pesat dalam

ciptaan dan inovasi teknologi perkomputeran, fungsi komputer telah menjadi begitu

luas sekali. Penggunaan secara menyeluruh melibatkan semua bidang termasuk

bidang perubatan, pendidikan juga pentadbiran. Para pendidik seharusnya mendalami

bidang pengkomputeran terutamanya internet bukan sahaja mengetahui malah perlu

menggunakan sepenuhnya secara maksima teknologi yang ada sekarang. Rugilah jika

kemahiran dan kemudahan yang telah sedia ada dibiarkan tanpa sebarang

penggunaan. Secara praktikalnya, adakah golongan pengurus dalam pendidikan di

sekolah menggunakan sepenuhnya aplikasi e-mel dan laman web dalam urusan

seharian.

1.3 Pernyataan Masalah

Pernyataan-pernyataan di atas telah menggambarkan bahawa terdapatnya

keperluan untuk meninjau sejauh mana penggunaan komputer dan internet khususnya

di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik. Perkembangan semasa mengenai

teknologi maklumat seperti wujudnya sekolah bestari yang menjalankan pengajaran

berbantukan komputer perlu dilihat secara positif. Justeru itu pengetua dan guru besar

sebagai pengurus organisasi perlu mengorak langkah supaya penggunaan komputer

dan internet yang disediakan digunakan secara menyeluruh. Bagi guru penggunaan

komputer dan internet diharapkan mampu bertindak sebagai fasilitator.

Kajian ini dibuat bertujuan mengenalpasti sejauh mana golongan guru besar

menggunakan kemudahan yang disediakan di sekolah bagi tujuan pengajaran dan

pengurusan organisasi. Melalui pengalaman dan pemerhatian penyelidik secara

rambang, didapati penggunaan komputer dan internet di kalangan pengguna masih di

tahap minima. Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, kajian ini bertujuan untuk

Page 25: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

6

mengkaji adakah Guru Besar PKPGB di UTM mempunyai kemahiran asas dalam

menggunakan aplikasi e-mel dan laman web, mengenalpasti apakah persepsi Guru

Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web dan mengkaji cara penggunaan

e-mel dan laman web dikalangan Guru Besar PKPGB dalam urusan seharian mereka.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan internet iaitu

aplikasi e-mel dan laman web di kalangan Guru Besar PKPGB di UTM Skudai.

Objektif penyelidik menjalankan kajian ini ialah :

1) Mengenalpasti tahap kemahiran asas Guru BesarPKPGB terhadap aplikasi

e-mel dan laman web.

2) Mengenalpasti tahap persepsi Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel

dan laman web.

3) Mengenalpasti tahap cara penggunaan e-mel dan laman web di kalangan

Guru Besar PKPGB.

4) Mengenalpasti perbezaan antara tahap kemahiran asas, tahap persepsi dan

dan tahap cara penggunaan e-mel dan laman web berdasarkan faktor-

faktor demografi (jantina, umur dan pengalaman) Guru Besar PKPGB.

Page 26: APLIKASI MEL ELEKTRONIK (E-MEL) DAN LAMAN WEB DI …Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan

7

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusunya, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan menjawab

beberapa soalan seperti berikut :

1) Apakah tahap kemahiran asas Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel

dan laman web?

2) Apakah tahap persepsi Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan

laman web?

3) Apakah tahap cara penggunaan e-mel dan laman web di kalangan Guru

Besar PKPGB?

4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran asas

berdasarkan faktor-faktor demografi ( jantina, umur dan pengalaman )

Guru Besar PKPGB?

5) Adakah terdapat perbezaan signifikan antara tahap persepsi berdasarkan

faktor-faktor demografi ( jantina, umur dan pengalaman ) Guru Besar

PKPGB?

6) Adakah terdapat perbezaan signifikan antara tahap cara penggunaan

berdasarkan faktor-faktor demografi ( jantina, umur dan pengalaman )

Guru Besar PKPGB?