aplikasi inframerah

7
2.3 Aplikasi/Pengunaan 2.3.1 Gelombang inframerah digunakan dengan meluas pada hari ini. Gelombang inframerah juga banyak digunakan untuk kegunaan ketenteraan, komunikasi, astronomi / kaji cuaca, perkilangan dan banyak lagi. Antara kegunaannya yang paling umum seperti diketahui ialah pengesan pergerakan inframerah. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah) 2.4 Contoh pengunaan inframerah dalam Komunikasi 2.4.1 Kemudahan media bergelombang inframerah ini, boleh digunakan di dalam sesebuah organisasi atau rangkaian kawasan setempat atau Local Area Network (LAN) dimana pengguna boleh memasang pemancar (transmitter) dan penerima (receiver) gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini, penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dapat digunakan dalam sesebuah LAN tanpa penyambungan secara fizikal contohnya kabel LAN terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada. Oleh itu, rangkaian antara komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan plug in untuk perlaksanaan. Kelebihan media bergelombang jenis ini adalah mudah untuk dipasang, kosnya yang rendah dan selamat digunakan kerana ianya tidak mudah tersebar kepada media gelombang jenis lain. Ini dapat mengelakkan kecurian atau pengintipan ke atas sebarang data oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah) 2.4.2 Komunikasi optik ruang bebas atau Free space optical communication beroperasi menggunakan pancaran inframerah. Ia merupakan satu cara menjimatkan kos di mana kos pemasangan

Upload: fads

Post on 10-Jun-2015

1.194 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi inframerah

2.3 Aplikasi/Pengunaan

2.3.1 Gelombang inframerah digunakan dengan meluas pada hari ini. Gelombang

inframerah juga banyak digunakan untuk kegunaan ketenteraan, komunikasi,

astronomi / kaji cuaca, perkilangan dan banyak lagi. Antara kegunaannya yang paling

umum seperti diketahui ialah pengesan pergerakan inframerah.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.4 Contoh pengunaan inframerah dalam Komunikasi

2.4.1 Kemudahan media bergelombang inframerah ini, boleh digunakan di dalam

sesebuah organisasi atau rangkaian kawasan setempat atau Local Area Network (LAN)

dimana pengguna boleh memasang pemancar (transmitter) dan penerima (receiver)

gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini,

penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dapat digunakan

dalam sesebuah LAN tanpa penyambungan secara fizikal contohnya kabel LAN

terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada. Oleh itu, rangkaian antara

komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan plug in untuk

perlaksanaan. Kelebihan media bergelombang jenis ini adalah mudah untuk dipasang,

kosnya yang rendah dan selamat digunakan kerana ianya tidak mudah tersebar kepada

media gelombang jenis lain. Ini dapat mengelakkan kecurian atau pengintipan ke atas

sebarang data oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.4.2 Komunikasi optik ruang bebas atau Free space optical communication

beroperasi menggunakan pancaran inframerah. Ia merupakan satu cara menjimatkan

kos di mana kos pemasangan perhubungan komunikasi di dalam sebuah kawasan

bandar yang boleh menghantar atau menerima data sehingga 4 gigabit/s yang mana

adalah lebih murah berbanding kos pemasangan kabel fiber optik bawah tanah.

Pancaran laser inframerah digunakan untuk memancarkan cahaya untuk sistem

komunikasi fiber optik. Cahaya inframerah dengan panjang gelombang diantara 1,330

Page 2: Aplikasi inframerah

nm(nanometer) atau 1,550 nm adalah pilihan yang paling baik untuk fiber jenis silika.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Infrared)

2.4.3 Penghantaran data inframerah yang diprogramkan dengan tanda cetak versi

audio sedang diselidik sebagai satu langkah untuk membantu golongan kurang upaya

khususnya orang cacat penglihatan melalui projek RIAS (Remote Infrared Audible

Signage).

(http://en.wikipedia.org/wiki/Infrared)

2.5 Contoh pengunaan inframerah dalam Ketenteraan

2.5.1 Inframerah digunakan dalam teknologi alat penglihatan malam (night vision).

Peranti night vision beroperasi melalui satu proses yang melibatkan penukaran

photon cahaya persekitaran kepada elektron yang kemudiannya dikuatkan oleh proses

kimia dan elektrik dan ditukarkan kepada cahaya nyata.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.5.2 Radiasi inframerah juga digunakan untuk menentukan suhu sesuatu objek

objek. Ianya dikenali sebagai thermography. Alat yang boleh menentukan suhu

tersebut ialah kamera thermografi. Oleh kerana radiasi inframerah dipancarkan oleh

semua objek bergantung kepada suhu sesuatu objek, thermography membolehkan kita

untuk melihat imej sesuatu objek berdasarkan perubahan dalam suhu objek. Kamera

thermografi boleh mengesan radiasi inframerah dalam julat spectrum elektromagnetik

dari 900 – 14,000 nm (nanometer) dan menghasilkan imej radiasi tersebut.

Disebabkan radiasi inframerah dihasilkan oleh semua objek melalui suhu objek

tersebut, thermografi boleh melihat radiasi tersebut dengan pencerahan atau tanpa

pencerahan. Jumlah radiasi yang dihasilkan oleh sesuatu objek berubah mengikut

suhu objek. Oleh itu, kamera thermografi membolehkan seseorang untuk melihat

variasi warna imej suhu sesuatu objek.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

Page 3: Aplikasi inframerah

Rajah 2.5a Imej termografi manusia

2.5.3 Pengesan inframerah juga digunakan untuk sistem panduan peluru berpandu. Ia

menggunakan pancaran daripada sasaran radiasi elektromagnetik dalam spectrum

inframerah untuk menjejak sesuatu objek. Peluru berpandu yang menggunakan

inframerah juga dipanggil peluru berpandu penjejak haba disebabkan sinar inframerah

yang dibawah frekuensi spektrum cahaya nyata dan suhu objek yang mengeluarkan

radiasi tersebut. Kebanyakkan objek seperti manusia, enjin kenderaan dan kapal yang

menghasilkan dan menyimpan tenaga haba boleh dikesan dalam julat panjang

gelombang cahaya inframerah.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.6 Contoh pengunaan inframerah dalam Astronomi/Kaji cuaca

2.6.1 Satelit kaji cuaca yang dilengkapi pengecam radiometer mengeluarkan imej

terma atau inframerah yang membolehkan seseorang penganalisis profesional untuk

menentukan ketinggian dan jenis awan, suhu darat dan lautan serta meramal bencana

seperti hurikan, tsunami dan lain-lain.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

Page 4: Aplikasi inframerah

Rajah 2.6a Gambar satelit awan kumulonimbus di perairan Mexico

2.6.2 Dalam bidang astronomi, teleskop inframerah angkasa lepas digunakan untuk

melihat imej awan molekular seperti gas-gas dan zarah-zarah yang mengeluarkan

radiasi akibat daripada kematian dan kelahiran bintang. Ahli astronomi memerhati

objek dalam spektrum elektromagnetik inframerah komponen optik seperti cermin,

lensa dan pengesan digital keadaan pejal. Oleh itu, ianya diklasifikasikan sebagai

sebahagian daripada kajian astronomi optik. Untuk membentuk sesuatu objek,

komponen dalam teleskop inframerah haruslah dilindungi daripada sumber haba dan

pengesan inframerah disejukkan menggunakkan cecair helium. Disebabkan sensitiviti

teleskop inframerah yang terletak di bumi terganggu oleh wap-wap air di lapisan

atmosfera, teleskop tersebut dibawa ke altitud yang tinggi menggunakan belon udara

atau kapal terbang. Lokasi ideal bagi teleskop inframerah ialah di angkasa lepas

dimana ia mengesan radiasi haba dari gas dan zarah-zarah dalam galaksi.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

Rajah 2.6 b Teleskop inframerah angkasa lepas Spitzer

Page 5: Aplikasi inframerah

2.7 Contoh pengunaan inframerah dalam Perkilangan

2.7.1 Dalam industri pengeluaran kertas, inframerah digunakan untuk mengeringkan

pelekat neoprene dalam kad kertas, mengasingkan cecair daripada kertas,

mengeringkan dakwat pada kertas dan kanji dalam kertas tisu.

(http://www.noblelight.net/products/infrared/applications/paper.asp)

Rajah 2.7a Proses pengeringan kertas

2.7.2 Dalam sektor automotif, inframerah digunakan untuk mengeringkan cat pada

badan dan rangka kenderaan. Ini adalah kerana proses pengeringan yang tepat, cepat

dan efisien amat diperlukan dan suhu daripada inframerah adalah ideal. Inframerah

juga digunakan untuk mengimpal bekas cecair pencuci cermin depan dan belakang

dan kebanyakkan alat-alat dalam sesebuah kenderaan bergantung kepada penggunaan

inframerah. Alat yang biasa digunakan dalam pengeringan ialah satu alat yang

dikenali sebagai Pemanas inframerah Heraeus Noblelight.

(http://www.noblelight.net/products/infrared/applications/automotive.asp)

2.7.3 Dalam sektor pengeluaran makanan, inframerah digunakan untuk memanas,

memasak, mencair dan pembalutan. Contoh penggunaannya ialah mencairkan lapisan

coklat di atas kek, memanaskan kacang almond, menutup makanan dengan foil frame

inframerah yang khas daripada habuk atau bendasing dan banyak lagi kegunaan lain.

(http://www.noblelight.net/products/infrared/applications/food.asp)

Page 6: Aplikasi inframerah

Proses mencairkan coklat di atas kek